You are on page 1of 1

Institusi Pendidikan di Melaka : Istana, Rumah Guru dan Masjid.

Pada peringkat awal, pusat pendidikan adalah di istana. 1 Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pendiakan Islam menjadi keutamaan. Istana dijadiakn perpustakaan atau tempat penterjemahan dan penyalinan. Sebagai contoh, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan al-Durr al- Manzum disimpan dan menjadi bahan bacaan di Istana. madrasah, surau dan masjid. Selain itu, terdapat juga rumah maulana,

Mengikut catatan Ibnu Batutah seorang pengembara Arab, istana raja Pasai merupakan pusat pengajian Islam yang terulung pada abad ke-14 Masihi. Perbincangan dan pendebatan isu agama sering diadakan di istana dan turut disertai oleh para ulama dan Sultan Pasai iaitu Sultan Malik al- Zahir. Melaka pula menjadi tempat perbincangan ilmu agama dan pusat pengajian bagi putera-putera raja. Rajaraja Melaka seperti Sultan Mansur Shah dan Sultan Mahmud Shah pernah mempelajari ilmu agama malah menyuruh pengawai kerajaan turut belajar. Istana menjadi pusat pendidikan penting bagi anak-anak raja daripada golongan bangsawan selain menjadi pusat tumpuan ahli-ahli bijak pandai dan para ulama.

Tokoh agama seperti Makhdum Sayid Abdul Aziz merupakan pedagang mubaligh yang mendapat tempatvistimewa dalam kerajaan Melaka. Sultan sendiri menuntut ilmu daripada mereka seperti Sultan Mahmud Shah yang mengunjungi rumah Maulana Yusuf untuk mempelajari kitab Malumat. Kitab yang menjadi pegangan ialah al-Dar al-Manzum, Ihya Ulumuddin dan Minhaj al-Talibin.

Lee Sin Lian & Aleeya Atiqah Ammar (2009). Focus Ace Pmr 2009 Sejarah. Pelangi, Selangor, Malaysia. (muka surat 46)