You are on page 1of 1

REFLEKSI ( Wong Peai Peai, PPISMP SEM2, 930827-08-5294 ) 10 unit 2PPISMP Ambilan Jun 2011, iaitu 3 unit

PSV, 2 unit PJ, 3 unit PRA, 1 unit RBT dan 1 unit TESL telah menyertai pertandingan membina istana pasir yang diadakan pada 2 April 2012, pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang di Pantai Bukit Keluang. Saya telah mengambil bahagian dalam perbincangan tentang

pembahagian tugasan dan juga alatan yang perlu dibawa semasa hari pertandingan itu. Selain itu, saya juga mengambil bahagian dalam proses menghasilkan model istana pasir. Sebelum hari pertandingan pada 31 March 2012, unit kami telah mengadakan latihan di Pantai Bukit Keluang. Pada hari pertandingan pula, tugas yang diberikan kepada saya ialah mengambil air dari laut dan menyembur di atas istana pasir tersebut. Selepas pertandingan membina istana pasir tamat, saya dan ahli-ahli unit saya membersihkan kawasan pertandingan tersebut bersama-sama. Di samping itu, ketika melaksanakan tugasan, pelbagai halangan telah saya hadapi. Misalnya, semasa membina model istana pasir, saya telah menggunakan skala yang salah. Hal ini telah menyebabkan model istana pasir yang dibina itu runtuh. Akibatnya, kami terpaksa membuat semula bahagian pintu masuk model istana pasir tersebut. Lebih-lebih lagi, semasa menjalankan latihan membina istana pasir, hasil kerja kami agar berbeza dengan model yang dihasilkan. Hal ini demikian kerana skala yang digunakan tidak sama. Malangnya, hujan lebat pada hari pertandingan. Ini telah menyebabkan pertandingan membina istana pasir terpaksa dihentikan sebelum sampai tempoh masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, semua proses masih dapat dijalankan dengan lancar. Akhir sekali, pertandingan membina istana pasir ini, bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara kami, ia juga dapat membangkitkan semangat berkerjasama. Oleh itu, aktiviti membina istana ini harus digalakkan. Sekian, terima kasih.