Biskut kacang mazola

Bahan-bahan : 200 gm kacang tanah - goreng & tumbuk halus 200 gm gula halus 250 gm tepung gandum minyak mazola 1 biji telur Cara penyediaan : Gaul tepung gandum, gula dan kacang tanah hingga sebati. Kemudian masukkan minyak mazola secukupnya hingga adunan menjadi lembut dan tidak berketul. Bulat-bulatkan adunan sebesar guli. Kemudian atur dalam dulang pembakar dan letakkan sebiji kacang sebagai hiasan di atasnya. Supaya kacang tidak terpisah daripada biskut selepas dibakar, sapukan kuning telur di atasnya dan hasilnya ia akan kelihatan lebih cantik. Related Posts by Categories

Bahan-bahan :

250 gm buttercup 185 gm gula perang 375 gm tepung gandum 125 gm gajus - dikisar 1/2 sudu teh soda bikarbonat 1 biji kuning telur - sapuan atas 100 gm biji gajus - hiasan Cara penyediaan : Pukul mentega dan gula perang hingga kembang. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan gajus kisar, gaul hingga menjadi doh. Canai doh dan terap mengikut bentuk gajus atau bujur. Cucukkan biji gajus seperti gambar dan sapukan sedikit kuning telur di atasnya sebagai hiasan. Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit.

Bahan-bahan : 250 gm buttercup 70 gm gula halus 1 sudu kecil esen vanilla 1 biji telur 300 gm tepung 1/2 sudu kecil baking powder badam cincang atau - untuk hiasan coklat masak Mohrenglanz (boleh digantikan dengan coklat masak biasa) * coklat mohrenglanz boleh didapat di pasaraya2 besar dan berkualiti tinggi Cara penyediaan : Ayak tepung dan baking powder, ketepikan seketika. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan telur, pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi hingga adunan menjadi lembut. Ambil adunan dan masukkan ke dalam piping bag yang mempunyai muncung bintang. Picitkan piping bag menjadi bentuk jari di atas loyang yang telah dilenserkan dengan mentega. Bakar di dalam oven pada suhu 160'C atau anggaran 15-20 minit. Biarkan biskut sejuk dahulu barulah dicelupkan sebahagian sahaja ke dalam coklat masak yang telah dicairkan tadi dan taburkan badam cincang tadi ke atas coklat tadi.

Bahan-bahannya : 150 gm tepung naik sendiri, diayak 150 gm bijirin NESTUM 90 gm serbuk badam 120 gm badam cincang 200 gram buttercup 150 gram gula kastor 1 biji telur coklat masakan - cairkan 2 sudu besar serbuk kopi nescafe dicampur dengan 2 sudu besar air panas Cara penyediaan : Ayak tepung, masukkan bijirin NESTUM dan badam; gaul rata dan ketepikan.

Krim mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan campurkan NESCAFE. Kaup balikkan campuran tepung. Ambil satu camca teh adunan, bentukkan ke bebola kecil. Letak diatas dulang pembakar yang telah dilenser. Ratakan sedikit adunan. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180 darjah C selama 10 - 15 minit atau hingga kekuningan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 20 minit. Bila biskut sudah sejuk, hiaskan dengan coklat masakan cair.

Bahan-bahan : 250 gm buttercup 300 gm gula kastor 250 gm nestum 430 gm tepung gandum 1 1/2 sudu teh serbuk koko 200 gm minyak sapi susu tepung - hiasan Cara penyediaan : Campurkan oat, gula kastor, serbuk koko, minyak sapi dan mentega. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lembut. Anda tidak perlu menggunakan kesemua tepung yang ada. Ambil sedikit doh dan bentukkan ia bujur seperti jari. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu di atas suhu 160'C. Apabila telah masak, taburkan susu tepung di atasnya dan bolehlah disimpan di dalam bekas

makmur

Bahan-bahan : 500 gm tepung gandum 80 gm gula halus minyak sapi - ikut lembut doh gula aising - untuk salut biskut Bahan Inti : 300 gm kacang tanah 70 gm gula halus *kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dimesin halus dan dicampur dengan gula Cara penyediaan : Gaulkan semua bahan doh hingga lembut dan boleh dibentukkan. Ambil seketul doh sebesar biji guli dan leperkan. Masukkan inti yang telah dibentuk bujur dan balut dengan doh tadi. Jadikan ia sebesar biji buah kurma. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 minit atau sehingga nampak masak.Sejukkan baru golekkan dalam gula aising. Yong Tau Foo

Sumber : Dari group Pak Amir diubahsuai oleh Anis Sos Manis (kuah warna hitam)

Bahan-bahan 200 g taucu hitam (dikisar) 1 cawan air 1/2 cawan kicap pekat (saya guna kicap pekat manis cap kipas udang) 1 sudu makan minyak masak 1/2 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air) gula secukup rasa (saya guna 1 senduk nasi gula putih & 2 ketul gula melaka) Cara-cara Membuatnya 1. 2. 3. 4. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sekejap. Masukkan air, kacau seketika & bairkan mendidih Masukkan kicap & kacau lagi. Masukkan gula & pekatkan sos dgn campuran tepung jagung tadi.

Sos Pedas (kuah warna merah) Bahan-bahan 20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar) 1 cawan air 2 sudu makan bijan 2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk) 1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air) garam, gula & cuka secukup rasa 2 sudu makan sos plum Cara-cara Membuatnya 1. 2. 3. 4. 5. Masak air hingga mendidih. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili masak. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa. Masukkan campuran tepung jagung. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam sos.

Sup yong tau foo Bahan-bahan 2 cawan air 1 kiub ayam maggi Bebola/fishcake (lauk-pauk yong tau foo) Garam & gula secukup rasa Cara-cara Membuatnya 1. 2. 3. 4. 5. Didihkan air. Masukkan kiub ayam maggi & kacau hingga larut. Masukkan bebola/fishcake & masak hingga timbul. Keluarkan bebola/fishcake. Masukkan garam & gula secukup rasa.