RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Sinopsis

Menjelaskan pengenalan kepada PTV yang meliputi definisi dan ciri-ciri RBT, hubungan RBT dengan PTV; keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan dan Prinsip Pendidikan Teknikal.

Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran tajuk ini, pelajar dapat: 1. 2. 3. 4. Menerangkan maksud terminologi teknikal, vokasional dan teknologi; Membezakan antara pendidikan teknik, pendidikan vokasional dan pendidikan teknologi; Menjelaskan hubungan RBT dengan PTV; Menjelaskan keperluan PTV dalam kurikulum kebangsaan;

Kerangka Konsep Tajuk 1 Definisi dan ciri-ciri RBT Definisi dan ciri-ciri RBT Hubungan RBT dengan PTV Hubungan RBT dengan PTV Pengenalan PTV Keperluan PTV dalam kurikulum di Keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan peringkat kebangsaan Prinsip dan rasional Pendidikan Teknik Prinsip dan rasional Pendidikan Teknik

1

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

1.1

Definisi dan Ciri-ciri RBT

Tahukah anda apakah maksud teknikal, vokasional dan teknologi? Mari kita teliti maksud terminologi di bawah; Jom kita lihat asal perkataan teknik dulu… Perkataan teknik atau techic berasal dari perkataan Greek ‘technikos’ yang bermaksud untuk belajar atau prinsip-prinsip teknologi. Mari kita lihat maksud berikutnya;

Teknik bermaksud; “pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barangan hasil industri atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni”. (Dewan Bahasa, 1993)

Teknikal ialah…….. “pelaksanaan sesuatu kerja atau berkaitan dengan sesuatu bidang pengetahuan yang tertentu.” (Dewan Bahasa, 1993)

Perkataan vokasional (vocational) berasal dari perkataan Latin vocare yang bermaksud to call. Jom kita lihat makna yang diberikan oleh Kamus Dewan dan Webster’s New World Dictionary pula;

2

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Vokasional ialah ……. “pendidikan dan latihan yang akan menyediakan individu untuk pekerjaan tertentu.” (Webster’s New World Dictionary, 1991)

Vokasional bermaksud; “pekerjaan atau profesion yang tertentu atau berkaitan dengan kursus-kursus pendidikan amali.” (Kamus Dewan, 1993)

Jika kita lihat maksud bagi teknologi juga berasal daripada dua perkataan Greek iaitu technes yang bermaksud prinsip atau kaedah yang digunakan untuk membuat barangan dan logos yang bermaksud pengajian mengenai prinsip atau kaedah tersebut.

Sila lihat maksud di bawah.

Teknologi ialah ……. “pengajian berkaitan dengan teknikal yang digunakan untuk meneruskan kehidupan.” (Webster’s New World Dictionary, 1991)

Bagaimana pula dengan maksud Pendidikan Teknik dan Pendidikan Vokasional? Istilah ini tidak asing kepada kita… Cuba fikirkan sejenak…

3

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Perkembangan penggunaan istilah dalam PTV berubah mengikut perkembangan semasa. Pendidikan Ketukangan ialah ……… “program latihan yang melibatkan pembentukan kemahiran dengan pengajian teori yang paling minimum. penurap bata dan sebagainya. Dunia yang sedang membangun memerlukan pelbagai jenis tenaga manusia. 1965) 4 . Latihan lebih berbentuk ke arah penyediaan untuk pekerjaan seperti tukang perabot.” Pendidikan Seni Perusahaan ialah ……… “pendidikan yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal berkaiatan dengan industri. dan institusi pendidikan bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan berkenaan. Rentetan itu maka wujudlah pelbagai jenis program pendidikan berkaitan dengan teknikal dan vokasional berbeza maksudnya seperti berikut.” Pendidikan Teknik ialah ……… “Pendidikan yang memberi pengetahuan teknikal yang berkaitan dengan matapelajaran Matematik dan Sains yang kukuh.” (Finch & Crunkilton.

1965) Renung sejenak! Pernahkah anda mengikuti salah satu program Pendidikan Teknikal atau Vokasional di atas? berkenaan? 1. . . “satu program pendidikan yang dibentuk khusus untuk mengajar teknologimasa lalu. “Satu program pendidikan tersusun yang menyediakan pelajar untuk sesuatu pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan ijazah sarjana muda. sekolah menengah sehingga ke peringkat ijazah sebagai persediaan untuk hidup dalam dunia yang sentiasa berubah.” (Finch & Crunkilton.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Pendidikan Vokasional ialah . 1965) Manakala Pendidikan Teknologi ialah . . . di peringkat sekolah rendah. masa kini dan masa hadapan.2 Hubungan RBT dengan PTV Pada pandangan anda apakah keistimewaan program 5 .” (Finch & Crunkilton.

sumber. Working in stimulating contexts they engage in a continuous course of personal development. (www. 2008) 6 . design and make products and systems that meet human needs. they reflect on and evaluate present and past design and technology. ”Design and Technology prepares pupils to participate in tomorrow’s rapidly changing technologies.uk. all pupils can become discriminating and informed users of products. wants and opportunities and respond to them by developing a range of ideas and making products and systems. Learners use a range of tools. As they do so. social and environmental issues. 1999: 90) (DfEE/QCA. The subject calls for pupils to become creative and autonomous problem solver.org. They combine practical skills with an understanding of aesthetics.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Reka bentuk didefinisikan sebagai susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk atau impak.” ( DfEE/QCA. materials. and become innovators. function and industrial practices. They learn to think and intervene creatively to improve quality of life. They must look for needs. Through design and technology. learning to use today's technologies so they can participate in developing tomorrow's. skills and techniques to explore. as individuals and members of a team. 1999: 90) Design and technology is about inventing practical solutions to problems through imaginative thinking. teknik dan sistem untuk menguruskan kehidupan. Jom kita teliti maksud reka bentuk dan teknologi ini.qca. its uses and effect. Teknologi ialah pengajian dan pengetahuan dalam usaha manusia mencipta dan menggunakan pelbagai alat.

and foster spiritual and human values. in terms of the needs and aspirations of individuals. 1. Sehingga kini. judgement.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Apakah hubungan RBT dengan PTV? Istilah ini tidak asing kepada kita… Cuba fikirkan sejenak…Bincangkan perkembangan RBT di sekolah rendah. 7 . Prepare the individual for lifelong learning by developing the necessary mental tools. Permit the harmonious development of personality and character. critical thinking and self-expression. UNESCO and ILO Recommendations (2006). objektif ini telah menjadi dasar pembentukan objektif PTV.3 Keperluan PTV dalam Kurikulum di Peringkat Kebangsaan Pada tahun 1971. technical and vocational education should: a. technical and entrepreneurial skills and attitudes. Rupert Evans mencadangkan tiga objektif asas bagi Pendidikan Vokasional iaitu memenuhi keperluan tenaga kerja. Mari kita lihat pandangan dan cadangan oleh pihak UNESCO dan ILO ini. the capacity for understanding. meningkatkan pilihan individu dan memotivasikan pelbagai jenis pendidikan. Apakah pandangan anda mengenai objektif yang dibentuk oleh seorang guru? Adakah ia dapat dimanafaatkan oleh semua pelajarnya? Cuba bayangkan jika Sistem Pendidikan Kebangsaan pada masa kini tidak mengambilkira keperluan individu dan negara. b.

c. Kandungan mata pelajaran dapat dihubungkaitkan.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL c. Di sinilah bermulanya keperluan PTV untuk melahirkan tenaga manusia Negara. seorang ayah atau ibu akan mewarisi kemahiran yang mereka miliki kepada anak-anaknya untuk memenuhi keperluan survival keluarga. Apabila keluarga mula membesar menjadi masyarakat. a. Matlamat dan tujuan pengintegrasian relevan dengan kehendak pelajar. 8 . guru dan pengajar mengutamakan kejayaan pelajar. Enable an individual to cope with the rapid advances in information and communication technology. dan e. memerlukan tenaga mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang. Cuba kita lihat bagaimana evolusi pekerjaan berlaku? Pada mulanya. Develop capacities for decision-making and the qualities necessary for active and intelligent participation. b. Persekitaran pembelajaran yang kondusif. Sila hayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan di bawah: Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang relevan. Maka proses pengintegrasian Pendidikan Am dan pendidikan PTV dalam kurilukum perlu dilaksanakan dengan berkesan jika faktor-faktor berikut diberi perhatian. Pelaksanaan program. d. teamwork and leadership at work and in the community as a whole. keperluan tenaga manusia Malaysia akan difokuskan bagi memenuhi kehendak masyarakat setempat. d.

PTV perlu bersaing dalam dunia pendidikan yang sedang berkembang pesat. berakhlak dan bertanggungjawab. rohani. masyarakat dan negara “ Menurut Isahak. Ia menjurus bagi melahirkan golongan pelajar berorientasikan pengetahuan sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan tenaga manusia Negara. (1992) menyatakan bahawa. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat membuat penyesuaian dengan cepat” (Pidato Umum Aminuddin Baki Kali Ke – 4. bertanggungjawab. Jika kita lihat PTV mampu membangunkan diri individu untuk menjadi seorang warganegara yang berkualiti. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. “Tenaga manusia yang diperlukan dalam masyarakat industri tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional. berketerampilan. dasar PTV telah dibentuk bagi memantapkan sistem PTV. 9 . UPM ) Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. berakhlak mulia.

Berhubung kait dengan keadaan sebenar pekerjaan dan kehidupan semasa bekerja. Menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem pendidikan. Menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan latihan yang bersan . melanjutkan pelajaran. Menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang memuaskan.4 Prinsip dan Rasional Pendidikan Teknik Prinsip terbentuk seiring dengan penwujudan PTV. dan g. Mari kita lihat keupayaan PTV itu sendiri dalam bersaing dengan sistem pendidikan am. Cuba teliti Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pidato umum di atas. PTV seharusnya berupaya. a. Menyedarkan individu tentang potensi dirinya. e. ataupun bidang lain pendidikan am. boleh membuat keputusan. c. amalan dan tindakan dalam Pendidikan Teknik? Mengapakah prinsip ini penting? Bolehkah anda fikirkan sejenak apakah kaitannya antara prinsip dengan 10 . Member peluang kepada individu untuk melanjutkan pengajian dalam pendidikan yang sama. f. b.fikirkan bagaimana keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan? 1.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Jika kita teliti kewujudan sistem PTV ini mempunyai keunikannya tersendiri. d. mengambil bahagian dalam masyarakat dan kepimpinan. layak dan boleh mendapat manafaat daripadanya. Membuka peluang belajar kepada mereka yang berminat.

penilaian. 1985) Prinsip akan menggambarkan kejayaan amalan lepas iaitu sejak awal pembentukan pendidikan teknik. Prinsip merupakan panduan untuk tindakan dan memerlukan sokongan kukuh daripada amalan. Pada tahun 1960-an.” (Miller. penampilan diri yang wajar. UNESCO telah menyarankan supaya Pendidikan Teknik dijadikan sebahagian daripada keseluruhan sistem pendidikan secara bersepadu. persediaan untuk bekerja. b. Ia bukan sekadar sebagai pemberi latihan kemahiran dan pengetahuan yang sempurna sebagai 11 . Ia akan melalui perubahan masa dan keperluan. Dapat membuat penyesuaian dalam persekitaran yang berubah. kebolehan membuat pertimbangan. serta diubah mengikut kesesuaiannya. tetapi juga untuk: a. Memenuhi kehendak pendidikan am untuk perkembangan sahsiah dan tingkah laku.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Cuba bayangkan apakah yang akan terjadi jika tiada konsep asas dalam pembentukan Pendidikan Teknik? Maka sebab itulah konsep asas adalah penting untuk dijadikan landasan bagi pembentukan prinsip Pendidikan Teknik. “Prinsip Pendidikan Teknik ialah sebagai generalisasi yang menyatakan amalan pilihan. Prinsip berkait rapat dengan amalan dan tindakan. Prinsip perlu mempunyai asas falsafah yang kukuh. Melengkapkan diri dengan kefahaman. pemilihan teknik pengajaran dan pembinaan polisi. dan menjadi panduan bagi pembentukan program dan kurikulum. Amalan bebas dan amalan baru yang berjaya akan dijadikan asas kepada pembentukan prinsip baru atau kontemporari dalam Pendidikan Teknik. dan c.

unevoc. b. c. (1985). Definisi bagi elemen-elemen berikut: a. berakhlak mulia. berilmu. Vokasional d. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Teknikal c.. Melahirkan insan yang beriman.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Malaysia telah membentuk matlamat Pendidikan Kebangsaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu:- a. Teknik b. sila baca buku ini…. Sila layari laman web berikut untuk mendapatkan lebih kefahaman iaitu http://www. berketerampilan dan sejahtera.D. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.Miller. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. dan d. Reka bentuk dan teknologi 2.de/convention/con-e. Maklumat lanjut. 1. Ohio: NCRVE.htm Aktiviti 1 Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Huraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa proses pengintegrasian pendidikan am dan pendidikan PTV dalam kurilukum. Principles and A Philosophy For Vocational Education. 12 . M. Columbus.

13 . Bagaimanakah kurikulum PTV itu dapat bersaing dengan sistem pendidikan am. Mengenal pasti konsep asas dan falsafah PTV. Hasil Pembelajaran: Diakhir pembelajaran tajuk ini. Menerangkan sejarah perkembangan PTV seawal pengajian pondok. TAJUK 2 EVOLUSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis Mengimbas kembali evolusi perkembangan PTV dari zaman pembelajaran secara pondok zaman penjajahan sehinggalah era kemerdekaan dan akta-akta pendidikan yang berkaitan dengan PTV.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 3. 2. pelajar dapat: 1. 3. Bincangkan. zaman penjajahan sehingga ke era kemerdekaan. Menghuraikan akta-akta yang berkaitan dengan PTV.

Negara maju seperti Perancis dan German mempunyai taraf kelayakan kemahiran yang paling popular dan terlaris dalam pasaran kerja pada masa kini. Menerangkan falsafah Pendidikan Vokasional. 5. Seterusnya ia berkembang ke seluruh dunia daripada Negara-negara Eropah dan terus berkembang ke Negara Timur yang dibawa oleh penjajah. PTV kini memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir untuk membangunkan negara dalam sektor perindustrian. kajian dijalankan untuk menghasilkan ciptaan baru untuk keperluan peperangan.1 Sejarah Perkembangan PTV Mari kita lihat sejarah perkembangan PTV secara global bermula daripada revolusi perindustrian Perancis pada awal tahun 1800-an. Menjelaskan dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT. Kerangka Konsep Tajuk 2 Evolusi Perkembangan PTV Sejarah Perkembangan PTV Akta-akta Pendidikan yang berkaitan dengan PTV 2. PTV berkembang pesat dalam menaikkan taraf pembangunan dansosial negara.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 4. Pada ketika itu. kelayakan kemahiran perlu disediakan sehingga tahap tertinggi dalam sesuatu bidang pekerjaan. 6. Menjelaskan falsafah Sekolah Ketukangan. 14 . Tanpa disedari ia telah meningkatkan penawaran tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berpengetahuan telah menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi).

ditubuhkan Lumpur. Rev. Pada tahun 1946. mengingat dan mengenal menghafaz doa. sekolah tersebut 15 . Sistem pendidikan Melayu berubah dengan kedatangan Inggeris pada pertengahan kurun ke 19. Ia terus berkembang sehinggalah pada tahun 1938 terdapat 1169 buah sekolah Vernakular Melayu. pada tahun 1916. Sekolah Vokasional telah tahun Sekolah Menengah Teknik ditubuhkan di Kuala Selepas 100 tahun dijajah Inggeris. selain mendalami prinsip-prinsip Islam. dan diikuti pada Manakala 1918. semasa penjajahan Inggeris sehingga era awal kemerdekaan.S. Sebagaimana yang kita ketahui.M. Hutchings telah membuka Penang Free School dengan menawarkan mata pelajaran PTV. Kurikulumnya sempit dan terhad kepada teks alQuran. telah ditukarkan nama kepada hanya terdapat lima buah Sekolah Ketukangan di Tanah Melayu. Hasil rombakan dasar tersebut pada 1913. Bahasa Melayu akan diajar setelah mereka menguasai al-Quran. sistem pendidikan Melayu hanya terhad kepada membaca al-Quran dan pembelajaran agama di pondok-pondok. R. Inggeris memperkenalkan sistem Pendidikan Vernakular Melayu. sebanyak 189 buah sekolah Vernakular Melayu tersebut telah didirikan di seluruh Tanah Melayu. Pada 6 Februari 1816. PTV memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara khususnya dalam bidang industri seperti pembinaan dan pengeluaran.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Peringkat awal sebelum kedatangan Inggeris. Aktiviti pembelajaran hanya terhad kepada abjad-abjad Arab. Skinner. Cina dan India oleh A. Sebelum kedatangan Inggeris.

16 . Objektif penubuhannya adalah seperti berikut:a. tidak terdapat sebarang rekod rasmi yang mencatatkan mengenai perkembangan PTV. Menampung keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja separa mahir dalam beberapa industri kecil yang pesat berkembang ketika itu. Akan tetapi tahukah anda bahawa kursus-kursus bercorak teknik telah dimulakan dan diperkenalkan di Sekolah-sekolah Teknik dan Sekolah-sekolah Ketukangan yang ada pada masa itu. b.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Sekolah Menengah Pertukangan (Secondary Trade School). Seterusnya tahukah anda bilakah Maktab Perguruan Teknik ditubuhkan? Apakah tujuan penubuhannya? Setelah Tanah Melayu merdeka. Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1941 hingga 1945. Memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu anak mereka diajar mata pelajaran teknik. Pendidikan jika dilihat. ia menjadi satu yang berkesan serta berupaya mencapai hasrat kerajaan. Hasrat ini bertambah kuat dengan kemunculan Laporan Pendidikan 1956 yang dikenali sebagai Laporan Razak 1956. para pemimpin terus berusaha menyusun satu pendidikan kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum bagi membina satu kebangsaan mencapai integrasi nasional. namanya telah bertukar sekali lagi menjadi Sekolah Menengah Vokasional (SMV). hasil Laporan Razak 1956 dan Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1960 (Laporan Rahman Talib) mencadangkan pembinaan lapan buah Sekolah Ketukangan Luar Bandar dengan nama Sekolah Lanjutan Kampung. Pada tahun 1969. Pada era kemerdekaan. Laporan ini julung kali dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu memperkenalkan satu pendidikan kebangsaan.

Alor Gajah dan Pengkalan Chepa telah dijadikan SMV pada tahun 1966 – 1970? Sila layari internet untuk mendapatkan lebih maklumat mengenainya. kesemua 19 buah Sekolah Lanjutan Kampung telah dijadikan Sekolah Menengah Rendah untuk melaksanakan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan yang menawarkan mata pelajaran Seni Perusahaan sebagai mata pelajaran pilihan. Pada Tahun 1965. Semua pelajar diberi 9 tahun pendidikan di mana 6 tahun pendidikan sekolah rendah dan 3 tahun pendidikan sekolah menengah rendah dan 1 tahun dalam kelas peralihan jika perlu. Kenaikan darjah selepas 6 tahun pendidikan rendah secara automatik dan diberi pendidikan lanjutan selama 3 tahun sebagai tingkatan peralihan. Sekolah Lanjutan dikatakan kurang kerana kekurangan kemudahan kelengkapan bengkel. Jika kita lihat.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL c. sama ada mata pelajaran Sains Pertanian atau Pengajian Perdagangan atau Sains Rumahtangga (pelajar perempuan) atau Seni Perusahaan (pelajar lelaki). tingkatan 1. pelajar diberi pendidikan am dan pendidikan pra vokasional di mana mereka perlu mengikuti satu mata pelajaran teras dan satu mata pelajaran pravokasional. pendidikan aneka jurusan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu. 17 . Tahukah anda bahawa Sekolah Lanjutan Kampung di Butterwoth. b. 2 dan 3 tanpa perlu menduduki sebarang peperiksaan. Memenuhi kehendak cadangan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 mengenai Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ( Comprehensive Education System) Pada tahun 1960-an. Dari tingkatan 1 hingga 3. c. Sekolah Pelajaran Lanjutan diperkenalkan untuk menyediakan tempat bagi pelajar yang gagal peperiksaan ‘ Malayan Secondary School Entrance Examination’. a. Rentetan dari itu maka pendidikan kita bertukar menjadi Sistem Pelajaran Aneka Jurusan pada tahun 1965.

Sehubungan dengan itu kerajaan mengambil langkah positif untuk menekankan pendidikan teknik dan vokasional di semua peringkat. teknik atau vokasional berdasarkan keputusan SRP. Jika kita lihat pada tahun 1950-an dahulu. perdagangan dan perindustrian. Maka pada tahun 1960-an. Institusi Vokasional – melatih pekerja mahir dan separa mahir b. terdapat banyak perkembangan menarik di sektor pertanian. Bertitik tolak dari situlah wujudnya struktur latihan bercorak serampang tiga mata iaitu. ekonomi negara mula beralih daripada berasaskan pertanian kepada perindustrian. Pendidikan Am dan Teknikal b. Para pelajar ini diserap masuk ke dua jenis aliran pendidikan mengikut kelayakan dan pilihan masing-masing iaitu. Pendidikan Vokasional 18 . pelajar akan menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) untuk membolehkan mereka meneruskan pelajaran sama ada dalam pendidikan akademik.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL d. a. pendidikan menengah rendah telah diubahsuai dengan memberi keutamaan kepada pelajar lulusan SRP dapat meneruskan persekolahan ke Tingkatan Empat. a. negara kita menjadi tempat yang selamat untuk pelaburan. Politeknik – melatih juruteknik c. Ia disokong dengan suasana politik yang stabil dan harmoni. Selepas 9 tahun di bangku sekolah. Universiti – melatih jurutera Rentetan pelaksanaan Sistem Aneka Jurusan (1965) mulai tahun 1968. Tujuannya adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan objektif serta hasrat kerajaan boleh dicapai melalui kedua-dua sektor pertanian dan perindustrian. bahan mentah amat banyak dan sumber tenaga muda yang sedia ada.

2-96. Dapatkan maklumat seterusnya dalam buku Yahya Emat. 2. Jawatankuasa WINSTEDT (1925) • Sekolah Ketukangan 19 . Pendidikan bercorak teknik dan vokasional mampu melahirkan sebuah masyarakat baru yang berilmu.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Permintaan bagi pendidikan ini semakin mencabar kerana kos pembinaan sesebuah SMV sahaja menelan belanja antara 16 hingga 20 juta ringgit. Selangor: IBS Buku Sdn. (1996). Bhd. Pendidikan Teknik dan Vokasional Di Malaysia. a.2 Akta-akta Pendidikan yang berkaitan dengan PTV Tahukah anda. negara tidak sanggup melabur dalam dalam pendidikan ini kalau masa depannya tidak cerah dan ia tidak akan memberi apa-apa faedah kepada negara atau masyarakat. Sudah pasti pada jangka masa panjang.. berkemahiran serta berdaya maju dan mencerminkan aspiasi Wawasan 2020. terdapat berapakah akta pendidikan yang berkaitan dengan Pendidikan PTV dalam sistem pendidikan di Malaysia? Malaysia? Bagaimanakah kesan akta di pendidikan berkenaan kepada perkembangan sistem Pendidikan PTV Mari kita bincangkan mengenai akta-akta pendidikan yang berkaitan dengan PTV di bawah. Jawatankuasa LEMON (1918) • Sekolah Teknik Treacher > Maktab Teknik > Institut Teknologi Kebangsaan > UTM b. Sedangkan pembinaan sebuah politeknik di anggarkan berjumlah tiga atau empat kali ganda.

iaitu: 1. iaitu bahasa Melayu. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. b. iii. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Diketuai oleh Dr. 20 . ii. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu. iaitu: i. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar. d. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini. Laporan Fenn-Wu (1951) a. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu . Laporan Barnes (1950) a. c. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu. 2. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah: i.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL o Tidak mendapat sambutan dan Sindrom ‘Kolar Biru’ Mari kita teliti lima jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan selepas kemerdekaan. Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Barnes. ii.Negara China) dan Dr. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. iv. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan.

4. ii. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Penyata Razak (1956) a.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL b. Ordinan Pelajaran (1952) a. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). d. kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952) d. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Cina dan Tamil. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan. Walau bagaimanapun. c. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa.B. 3. Sekolah Kebangsaan .corak sistem persekolahan kebangsaan. Antaranya ialah: i. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. iaitu Melayu. iii. dan bahasa kebangsaan juga diadakan. Menteri Pelajaran ketika itu Y. 21 . Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan. b. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga. iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan. c. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat.

Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 c. lieral dan progresif Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956. v. Sekolah Rendah a. 22 . terlatih. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris. terlatih . bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu. iii. Berikut ialah kandungan Laporan Razak: A. Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin. liberal dan progresif. Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi. vi. vii.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL b. ii. Tujuan Penyata Razak adalah:i. iv. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. berdisplin.

b. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3 tahun). Sistem peperiksaan a. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib. C. Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun. Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan c. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi d. 23 . b.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL b. Sekolah Menengah Rendah. Bagi memasuki sekolah menengah. peluang mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin belajar. Sekolah Menengah a. sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun). c. B. Pra-U Tanah Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate. mesti lulus peperiksaan memasuki sekolah menengah. c. d. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama. Sekolah Menengah Atas.

Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah. Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan. sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. b. c. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah. Beberapa syor telah dikemukakan: A. C. Kenaikan automatik a. c. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu. Kelas peralihan Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris. Matapelajaran akhlak 24 . b. 5. D.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki universiti. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Bahasa kebangsaan a. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah. B. LAPORAN RAHMAN TALIB (1960) Pada tahun 1959.

Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. ii. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1979) a) Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat dicapai. viii. iv. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca. b) Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. 6. seimbang yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat 25 . Murid bukan beragama Islam – Pendidikan Moral. Meningkatkan menyediakan bersepadu. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun. menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada mutu pendidikan yang keseluruhannya dengan dan pendidikan menyeluruh. v. b. c) Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut: i. vii. vi. Murid beragama Islam – Pendidikan Islam.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL a. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. iii.

moral dan disiplin. Di antaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanakkanak. puteri Islam dan lain-lain. Jawatankuasa Perancangan Pendidikan. beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. kita akan dapati bahawa di samping strategi ini. pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 26 . Mempertingkatkan pendidikan kerohanian. Memperluaskan 1978. xi. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin. Biro Buku Teks. kadet polis. Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum. xii. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. seperti pasukan-pasukan kadet tentera. dan xiii. Bahagian Perkhidmatan. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. ix. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh. x. pengakap. Jawatankuasa Pusat Kurikulum. Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional. Jika kita teliti.

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Tingkatkan maklumat anda. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk 27 .gov. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. sila rujuk buku yang dikarang oleh Abdul Malek Mohamad.my Aktiviti 2 Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Kurikulum ini masih menuju ke arah memperkembangkan potensi dan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis. http://pmr. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas. Pengenalan Mata pelajaran KHSR merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II. Perkembangan Pendidikan di Tanah Melayu.penerangan. kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut.

kreatif dan inventif. Kumpulkan tugasan dalam folio dan kompilasikan softcopy dalam satu CD. mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap serta budaya kerja yang baik? Tugasan Anda perlu kenalpasti bagaimanakah mata pelajaran KHSR ini boleh menyumbang kepada perkembangan PTV di Malaysia? Anda perlu meneliti sukatan pelajaran KHSR dan mengenalpasti elemen yang diperlukan bagi pelaksanaan mata pelajaran PTV di peringkat menengah rendah ataupun menengah atas.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. 28 . Bincangkan perkaitan di antaranya. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak. Masalah Apakah kesan pelaksanaan mata dan pelajaran KHSR dalam membantu teknologi murid dan memperolehi kemahiran asas pengetahuan berasaskan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri.

3.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL TAJUK 3 FALSAFAH DAN DASAR PTV SERTA PERKAITANNYA DENGAN RBT Sinopsis Memperkenalkan konsep dan asas falsafah PTV. Menjelaskan Falsafah Sekolah Ketukangan. Hasil Pembelajaran: 1. 2. Mengenal pasti konsep asas dan falsafah PTV. Falsafah Sekolah Ketukangan dan Falsafah Pendidikan Vokasional. dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT. 4. Menjelaskan dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT. 29 . Menerangkan falsafah Pendidikan Vokasional.

Ketiga-tiga elemen tersebut harus wujud dalam satu hubungan yang harmoni dan searah. Kita semua ketahui bahawa tanpa konsep dan falsafah yang kukuh akan menyebabkan setiap program yang dirancang akan menjadi kabur.1 Konsep Asas PTV Falsafah. Pembentukan program PTV kebanyakannya menggunakan prinsip sebagai konsep asasnya. Tidak wajar untuk dikatakan bahawa prinsip adalah lebih penting daripada falsafah ataupun polisi walaupun sejarah 30 . prinsip dan polisi adalah penting bagi PTV.1.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Kerangka Konsep Tajuk 3 Konsep dan Asas Falsafah PTV Dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT Falsafah dan Dasar PTV serta Perkaitannya Dengan RBT Falsafah Sekolah Ketukangan Falsafah Pendidikan Vokasional 3. tiada matlamat yang jelas dan sudah pasti pelaksanaannya akan terkeluar dari landasan yang sepatutnya.1 Konsep dan Asas Falsafah PTV Apakah yang akan terjadi apabila program KHSR tidak mempunyai konsep dan asas falsafah PTV yang kukuh? Berikan pandangan anda. 3.

Falsafah dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak Sejarah juga telah membuktikan bahawa prinsip. Prinsip menjadi konsep asas kepada pembentukan program PTV kerana ‘orang teknikal/vokasional’dikenal sebagai individu yang praktikal. Sejarah juga telah membuktikan kepentingan dan peranan prinsip. Ada juga konsep asas yang diubah bersesuaian dengan kehendak semasa ataupun digugurkan sebagai teorem atau prinsip." (Miller. falsafah dan polisi dalam PTV. Sementara polisi menjadi asas bagi membina matlamat dan tujuan program. Ini adalah kerana sudah menjadi prinsip bidang teknikal/vokasional mengutamakan amalan berbanding teori. 1985) 31 . Konsep asas yang sama terus dijadikan landasan bagi pembentukan prinsip yang baru.Kita dikenali sebagai pengamal (practitioners) yang lebih mementingkan amalan daripada daripada teori. Falsafah pada ketika itu dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan untuk membentuk program sementara polisi berperanan sebagai asas bagi membina matlamat dan tujuan program. “Falsafah boleh didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis dan menilai satu sistem nilai yang menjadi asas membuat keputusan bagi membentuk masa hadapan PTV. Pembentukan paradigma untuk PTV memerlukan falsafah yang koheren dan selari dengan prinsip serta polisi. diperlukan bagi membentuk program. falsafah dan polisi dalam PTV memainkan peranan yang penting bagi memastikan kejayaan sesebuah program yang dirancang.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL awal pembentukan program PTV memaparkan penggunaan prinsip sebagai konsep asas.

pandangan jauh dan basirah (insight).1. sumber ilmu. a. pendidikan bertujuan menyediakan pelajar yang seimbang dari aspek Pendidikan berupaya mengembangkan potensi manusia ke arah pendidikan yang jasmania. Oleh itu falsafah bermaksud mencintai hikmah. emosi. Peranan falsafah melihat manusia dan alam sejagat secara bersepadu dan mewujudkan hubungan yang sempurna antaranya melalui hikmah. kematangan.2 Falsafah Pendidikan Vokasional 32 . Aksiologi – teori nilai yang meliputi aspek nilai. Falsafah memberi arah manusia untuk memilih matlamat. Menyusun sesuatu skema konsep. pembahagian ilmu.” phileosophic”.sumber nilai. 3. Berfikir secara sistematik. Berfikir dengan menggunakan pemikiran aras tinggi. maka terdapat tiga bidang falsafah iaitu. Hikmah pula mempunyai unsur-unsur nilai. pengetahuan. manusia dan alam. Phileo bermakna “mencintai” dan sophic bermakna “hikmah”.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Istilah “falsafah” berasal dari perkataan Yunani. Epistemologi – c. dan peranan ilmu. pembahagian nilai dan peranan nilai. teori ilmu yang meliputi aspek apakah ilmu. b. terdapat empat ciri-ciri berfikir seseorang ahli falsafah iaitu:a) b) c) d) universal. Ontologi – teori kewujudan yang meliputi aspek kewujudan masa esa. dan Berfikir secara menyeluruh. rohani dan intelektual. tujuan dan kaedah untuk mencapai matlamat tersebut.

Atas kesedaran ini maka lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957. Untuk kegunaan harian. Jika kita imbas kembali era sebelum merdeka dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam Tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. takrifan ini terlalu luas dan sememangnya yang muktahir. kejuruteraan. mereka yang melengkapkan diri dengan profesionprofesion seperti perubatan.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Pendidikan Vokasional boleh ditakrifkan dengan dua pengertian. 3. Jelasnya pendidikan vokasional bererti “sebarang bentuk pendidikan yang dirancang khas dengan tujuan utama untuk menyediakan manusia dalam bidang pekerjaan sosial yang berfaedah yang tidak memerlukan sekeping ijazah dan untuk membantu pekerjapekerja mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran mereka supaya dapat meneruskan pekerjaan-pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan ijazah. telah diterbitkan dalam tahun 1979.2 Dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT Malaysia telah menyambut kemerdekaan yang ke 51 pada tahun 2008. telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Jawatankuasa ini 33 . Akta Pelajaran 1961. Secara umum ”Pendidikan Vokasional adalah sebarang pendidikan pada mana-mana peringkat yang cuba menyediakan manusia untuk kerjaya-kerjaya tertentu (spesifik) dalam bidangbidang tertentu. Dalam takrifan yang luas ini. undang-undang dan kursus-kursus pengajian tinggi yang lain boleh dikategorikan dalam pendidikan vokasional.

jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan 34 . Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV).. Pendidikan Pendidikan Teknik dan Vokasional negara telah melalui beberapa fasa perubahan dan perkembangan seiring dengan kemajuan teknologi pada masa tersebut. Jika dilihat secara terperinci. 3. ekonomi dan politiknya. sosial. Selain merangka polisi. Jika diimbas kembali sejarah sistem pengajian Teknik dan Vokasional negara bermula dengan penubuhan Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur untuk melatih juruteknik Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya pada tahun 1906. 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditubuh dan dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan pendidikan Teknik dan Vokasional. kebenaran dan nilai. Teknik dan Vokasional telah bermula seawal tahun 1926 dengan penubuhan Sekolah Ketukangan yang pertama dan telah berkembangan seiring dengan kemajuan teknologi bagi memenuhi keperluan sumber tenaga kerja dan meningkatkan status ekonomi negara.” Fikirkan bagaimanakah perkaitannya dengan RBT? Bincangkan. falsafah berfokuskan realiti.. Pada tahun 1964. Bahagian ini seterusnya diberi status jabatan dan dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Jika diteliti.3 Falsafah Sekolah Ketukangan Kita ketahui bahawa falsafah mewakili andaian dan spekulasi mengenai aktiviti manusia. Sejak tarikh itu. objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan dinyatakan dalam pendahuluan AKTA PELAJARAN 1961 adalah seperti berikut: “Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran.

3. Perkembangan Kurikulum.4. Biro Buku Teks. falsafah berfokus pada realiti. 35 . Sebaran Pendidikan dan Pusat 3. Secara spesifik. asas untuk membentuk tujuan.4 Falsafah Pendidikan Vokasional Kita sedar bahawa falsafah adalah penting terutamanya dalam Pendidikan Vokasional kerana ia boleh dijadikan pegangan dan panduan untuk hala tuju. kebenaran dan nilai. Oleh itu falsafah yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan merupakan pernyataan andaian asas mengenai realiti. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.1 Kepentingan Falsafah dalam PTV Falsafah mewakili andaian dan spekulasi yang dibuat mengenai aktiviti manusia dan dunia. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula. memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan Bahagian Perkhidmatan. Pendidikan. Jawatankuasa Pusat Jawatankuasa Kurikulum. matlamat dan objektif Pendidikan Vokasional.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL teknikal dan vokasional selaras dengan program pengindustrian dan modenisasi negara. Setelah meneliti penubuhan sekolah ketukangan. beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Di antaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. apakah falsafah sekolah ketukangan? Fikirkan sejenak…. Di samping strategi pelaksanaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat pertambahan kanak-kanak. Perancangan Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional. kebenaran dan nilai. Bincangkan bersama rakan anda.

Kita perlu bertanya soalan yang sesuai berkaitan realiti. ia merupakan pembinaan kehidupan manusia dan mencari keperluan.4. kebenaran dan nilai.2 Implikasi Aliran Falsafah Pragmatisme dalam PTV Perkataan Pragmatisme berasal dari perkataan Greek iaitu pragma yang bermaksud kerja di mana ia merupakan satu kaedah mengatur dan mengurus perkara yang harus dilakukan oleh seseorang individu. Prinsip hanya menyediakan arah yang jelas untuk pembentukan falsafah. 3. Pragmatisme merupakan salah satu falsafah moden yang wujud dari aliran pemikiran tradisional idealisme dan realisme. mereka menganggap bahawa idea manusia mengenai alam adalah neutral. Falsafah juga turut menjadi panduan untuk amalan. Jika kita kaitkan dengan pandangan ahliahli Pragmatisme ini. manakala Progresivisme dan Rekonstruktivisme memperkembangkan ciri-ciri pendidikan Pragmatisme dalam aspek peranan kurikulum. Rekonstruktivisme dan Eksistensialisme di dalam PTV boleh kita bincangkan bersama. Falsafah didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis dan menilai yang mewakili satu sistem nilai yang menjadi asas untuk membuat keputusan yang akan membentuk masa depan PTV Falsafah adalah penting kepada setiap indvidu yang terlibat dengan PTV. kurikulum. matlamat dan penggunaan sumber. Falsafah menyediakan satu rangka yang boleh digunakan untuk memikirkan tentang PTV. membantu dalam keputusan mengenai perkembangan program. Dari aspek falsafah. Implikasi aliran falsafah Progresivisme. Jika kita lihat. kita mesti bersikap sebagai seorang ahli falsafah. memajukan manusia dan cara adalah bagaimana manusia melaksanakannya untuk 36 . Manusia haruslah menerima perubahan. pemilihan aktiviti pembelajaran. Prinsip bukan falsafah dan tidak bersifat seperti falsafah. maka cara dan matlamat Pendidikan mempunyai matlamat untuk pendidikan mestilah fleksibel dan terbuka.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Maka untuk membentuk falsafah atau world view iaitu cara untuk melihat dunia. Pragmatisme.

pelajar mempelajari teori teknologi pembuatan. pelajar akan dapat menyelesaikan masalah-masalah ataupun soalan-soalan yang diberikan oleh guru. ujikasi dan lain-lain.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL mencapai matlamat berkenaan. Jika kita lihat. Learning (PBL). dalam falsafah PTV memberi penekanan kepada outcome tertentu. Seterusnya diharapkan pelajar dapat menghasilkan projek rekacipta. c) Pelajar • Pelajar akan belajar perkara baru dan yang diminati sahaja. Aliran ini amat sesuai dengan falsafah PTV kerana is bertujuan melahirkan para pelajar yang dapat menguasai kemahiran hasil penjelmaan daripada pengetahuan yang telah mereka pelajari. Dalam konteks pragmatisme. setelah pelajar itu mempelajarinya. sumbangsaran. 37 . sebagai contohnya. Jika kita kaji secara keseluruhannya. Realiti mestilah dicapai oleh manusia yang berinteraksi dengan alam sekeliling. Antara teknik penyelesaian masalah yang digunakan dalam PTV ialah teknik Problem Based Teknik ini dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dan menguasai ilmu pengetahuan secara menyeluruh. terdapat empat elemen dalam PTV yang mempunyai implikasi daripada falsafah pragmatisme ini iaitu:a) Guru • • • • Guru merupakan ketua projek penyelidikan Penyertaan secara menyeluruh dalam membina ilmu Guru akan mengentengahnya masalah dan beberapa penyelesaian masalah Menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah b) Sekolah • Implikasinya sekolah akan dilengkapkan dengan prasarana untuk membolehkan pelajar menjalankan amali ataupun ujikaji.

Maka tidak hairanlah jika pada masa kini terdapat pelbagai mata pelajaran yang berkaitan dengana kehidupan sebenar pelajar.3 Implikasi Aliran Falsafah Progresivisme dalam PTV Falsafah ini dibentuk oleh John Dewey pada abad ke 20 untuk tujuan pendidikan. 38 . Maka kurikulum perlu dikaitkan dengan masalah semasa yang perlu diselesaikan oleh pelajar seterusnya masyarakat. maka kurikulum mestilah mengikuti perkembangan semasa bagi melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran semasa dalam PTV. pendidikan merupakan satu kehidupan.4. para pelajar akan mendapat pendedahan bagaimana menyelesaikan masalah secara bijak dan teknikteknik penyelesaian masalah yang sesuai mengikut jenis masalahnya. Hasil aplikasi falsafah ini dalam PTV.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL • • Mereka akan belajar mengenai alam sekeliling kerana pelajaran berkenaan akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. 3. Fahaman ini berfokuskan kepada masyarakat masa kini. Falsafah ini mengatakan objektif pendidikan tradisional tidak sesuai pada zaman moden. d) Kurikulum • • • • Kurikulum turut menerima impak daripada falsafah pragmatisme dalam PTV ini. menganalisa dan menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran seperti Matematik Moden. • Kurikulum mestilah mengandungi pelbagai pengalaman. Sebagai contohnya. Progresivisme bertujuan memberi kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah. sebagaimana yang kita maklum. Lukisan Kejuruteraan dan lain-lain lagi. Matematik Tambahan. Alat ini merupakan kemahiran penyelesaian masalah di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mengenalpasti. mata pelajaran Makanan dan Pemakanan banyak menerangkan cara pemakanan yang sihat serta keperluan kepada kehidupan manusia.

Secara tidak langsung. kreatif. Bagi PTV. Rentetan itu kita dapati bahawa kurikulum PTV wujud hasil dari falsafah ini di mana ia tidak terbatas kepada keperluan masa lampau sahaja. Tugasan yang diberi itu merupakan tajuk-tajuk yang perlu di ajar oleh memastikan pelajar lebih memahami subjek tersebut. peringkat sekolah rendah lagi.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Kurikulum di sekolah mahupun di institusi pendidikan telah dibangunkan berdasarkan pengalaman sosial dan personal pelajar. Guru berperanan sebagai fasiliatator atau Sekolah Guru ini lebih sabar. penganjuran program oleh Kebanyakan teknik-teknik ini telah digunapakai di sepatutnya tidak mengajar sebarang prinsip tetap kepada pelajar tetapi sebaliknya berperanan untuk menyediakan pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah. rohani dan intelektual mereka. pelbagai e-nota dan e-jurnal telah dapat pelajar capai menerusi internet. pemudahcara. Penilaian guru juga turut berubah corak di mana ia tidak lagi hanya Guru boleh menilai bergantung kepada penilaian sumatif atau formatif semata. penglibatan pelajar di dalam kelas. Ahli progresivisme menyatakan bahawa pendekatan induktif merupakan pendekatan yang sesuai digunakan bagi perkara yang berkaitan dengan alam semulajadi. idea-idea baru berkenaan subjek berkenaan boleh dikongsi bersama dengan rakan mereka. Ini jelas kita lihat apabila pelajar membentangkan hasil Pendekatan induktif ini sangat sesuai dilaksanakan bagi tugasan mereka. inovatif serta bijak. fleksibel. Para pelajar diberi kebebasan mempelajari pelbagian disiplin ilmu dan kemahiran yang diminati untuk mempertingkatkan perkembangan jasmani. pelajar. tugasan yang diberikan. Cuba kita perhatikan PTV. Golongan falsafah Progresivisme ini menyatakan bahawa kurikulum perlu merujuk kepada keperluan dan perkembangan semasa. 39 . Guru tidak perlu memberi penerangan secara am atau terperinci terhadap sesuatu subjek tetapi pelajar dapat membentuk penerangannya sendiri. guru di dalam kelas. proses pendidikan tidak hanya berfokuskan kepada kepada buku sahaja sebagai sumber maklumat tetapi teknologi maklumat turut menyumbang kepadanya. kuiz dan pelbagai lagi. emosil.

1979). Guru digalakkan membina dan memupuk bakat yang ada pada diri mereka. Aliran Rekonstruktivisme memberi penekanan yang penting kepada institusi pendidikan di semua peringkat iaitu bermula dari peringkat sekolah. Guru sebagai pemangkin kepada pelajarnya untuk berfikiran ke hadapan. dan universiti. Implikasinya ia akan membentuk sebuah masyarakat berkemahiran yang unggul. ia melibatkan kaedah. kolej komuniti. Kolej Universiti yang bersifat teknikal. Guru juga merupakan agen perubahan dan pembaharuan sosial serta kebudayaan dalam masyarakat. Kesan daripada falsafah Rekonstruktivisme ini dalam falsafah PTV. mengaplikasikan dan berfikiran demokrasi. politeknik. outcome dalam menghadapi cabaran sains dan teknologi secara global pada masa kini.4 Implikasi Aliran Falsafah Rekonstruktivisme dalam PTV Ahli falsafah Rekonstruktivisme mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusi pembentukan semula masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat (Van Scottes. kolej universiti. Pusat Giat MARA. Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang Jika kita lihat dari aspek berkemahiran tinggi secara sistematik dan terancang. matlamat. Penwujudan Institusi Kemahiran MARA. guru bukan sahaja bertindak sebagai penyampai pengetahuan malah bertanggungjawab untuk menyampaikan dan mencadangkan kepada pelajarnya untuk membentuk masyarakat demokrasi. Institut Latihan Petronas 40 . mampu menguruskan diri dan mampu membimbing pelbagai aktiviti pembelajaran secara berterusan. Kraft dan Haas. Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik masyarakat supaya dapat menerima. sistematik.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 3.4. Ia berfokuskan ke arah pembelajaran yang aktif dalam penyelesaian masalah. Falsafah ini memberi penekanan terhadap penwujudan masyarakat demokratik dan berfikiran kritis. Rentetan dari itu maka wujudlah pelbagai institusi PTV seperti Kolej Komuniti. Politeknik.

penghayatan emosi dan perasaan individu. renungan kendiri. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan lain-lain pusat latihan bertauliah di Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa aliran falsafah Eksistensialisme ini mampu membawa perubahan yang besar kepada masyarakat. ekonomi. Falsafah Eksistensialisme ini telah menaik tarafkan PTV menjadi salah satu pendidikan yang penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat seterusnya memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Kemajuan pengetahuan kejuruteraan telekomunikasi ini telah melahirkan pelbagai rekabentuk dan teknologi telefon mudah alih yang turut menyumbang kepada pembangunan perhubungan.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL (ILP). sosial. Individu berkenaan akan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan bebas menentukan arah hidupnya. 41 . Falsafah ini berasaskan naturalisme bermazhabkan humanis berfokuskan kepada kewujudan manusia berkaitan dengan individu bagi pembentukan diri sendiri.4. 3. secara tidak langsung mampu menjana pembangunan ekonomi di negara tersebut. Ini dapat kita lihat dengan pembinaan Empangan Saad di Baghdad. Manakala jika kita lihat penerokaan angkasa lepas oleh angkasawan negara yang lalu menjadi indikator kepada pembangunan pendidikan PTV dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi dunia.5 Implikasi Aliran Falsafah Eksistensialisme dalam PTV Eksistensialisme bersifat terlalu individualistik dan bergantung kepada faktor-faktor subjektif seperti intuisi. Masyarakat yang menguasai pendidikan PTV ini akan dapat membangunkan masyarakat ke arah yang lebih pembinaan negara bangsa yang cemerlang. Guru mestilah menghormati pelajar dan pelajar mestilah menghormati kebebasan yang diberikan oleh guru. politik dan keselamatan kepada masyarakat.

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Abdul Malek Mohamad. Perkembangan Pendidikan di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai falsafah pragmatisme, progresivisme, rekonsruktivisme dan eksistensialisme.

Aktiviti 3 Sila tandakan √ pada pernyataan yang benar dan tandakan X pada Anda

pernyataan yang salah pada ruangan yang disediakan di bawah. dikemukakan. 1. Falsafah dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan bagi membentuk sesuatu program. 2. Seseorang ahli falsafah akan berfikir secara menyeluruh dan sistematik dengan mengambilkira semua aspek yang melibatkan fahaman mereka. 3. Pendidikan Vokasional akan menyediakan manusia untuk kerjayakerjaya tertentu (spesifik) dalam bidang-bidang tertentu sahaja.

diberikan masa selama 10 minit untuk menjawab semua soalan yang

42

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

4.

Falsafah PTV memberi penekanan kepada outcome tertentu sahaja.

5.

Aplikasi falsafah rekonstruktivisme dalam PTV akan menjadikan para pelajar bijak menyelesaikan masalah dan boleh memilih dan mengaplikasikan teknik-teknik penyelesaian masalah yang sesuai mengikut jenis masalahnya

6.

Para pelajar diberi kebebasan mempelajari pelbagian disiplin ilmu dan kemahiran yang diminati untuk mempertingkatkan perkembangan jasmani, emosil, rohani dan intelektual mereka dalam falsafah eksistensialisme

7.

Guru

mestilah

menghormati

pelajar

dan

pelajar

mestilah

menghormati kebebasan yang diberikan oleh guru bagi ahli fahaman eksistensialisme. 8. Guru boleh menilai penglibatan pelajar di dalam kelas, tugasan yang diberikan, penganjuran program oleh pelajar, kuiz dan pelbagai lagi teknik mengikut fahaman ahli falsafah progresivisme.

43

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

TAJUK 4

FUNGSI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Sinopsis Membincangkan mengenai fungsi PTV dari aspek peranan dan fungsi PTV dalam konteks individu, sosial dan ekonomi; sorotan laporan kajian mengenai PTV dan menilai keberkesanannya; kreativiti dalam penagajaran dan pembelajaran RBT; ciri-ciri kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran; dan aplikasi literasi, 3M dan ICT dalam RBT. Hasil Pembelajaran: 1. 2. 3. 4. 5. Menerangkan peranan dan fungsi PTV dalam konteks individu, sosial dan ekonomi; Mengenal pasti sorotan kajian mengenai PTV dan dapat menilai keberkesanan kajian berkenaan; Menjelaskan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT; Mengenal pasti ciri-ciri kualiti pengajaran dan pembelajaran; dan Menjelaskan aplikasi literasi, 3M dan ICT dalam RBT

44

beretika. bijak mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh. berkebolehan. berfikiran terbuka. Sosial dan Ekonomi Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV dan Menilai Keberkesanannya FUNGSI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT Ciri-ciri Kualiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran Aplikasi literasi. Peningkatan bilangan murid dalam aliran pendidikan teknik dan vokasional berlaku disebabkan oleh kesedaran masyarakat. pendidikan diharapkan dapat melahirkan seorang insan berketrampilan seperti yang dicitrakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. berilmu dan beriman. berketrampilan.1 Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu. 3M. cekap. harmonis. serta memiliki ciri-ciri seorang keusahawanan. Dalam konteks negara kita. kreatif dan inovatif. Sosial dan Ekonomi Tahukah anda peranan dan fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam sistem pendidikan di negara kita? Pendidikan berperanan membentuk modal insan yang mahir. 45 .RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Kerangka konsep tajuk 4 Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu. dan ICT dalam RBT 4. ibu bapa dan murid sendiri mengenai kepentingan pekerjaan yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal serta kepentingannya terhadap permintaan pasaran kerja yang ada kaitannya terhadap keperluan untuk pembangunan ekonomi negara.

sosial dan pendemokrasian. berkomunikasi. Membangunkan kapasiti membuat keputusan dan kemahiran kerja berpasukan serta kepimpinan di tempat kerja dan komuniti. dan Membolehkan individu menangani kemajuan yang pantas dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai sebahagian sistem pembelajaran sepanjang hayat yang boleh disesuaikan dengan keperluan negara tertentu dan perkembangan teknologi yang meluas. 46 . nilai-nilai kemanusiaan. kemahiran keusahawanan dan teknikal. Manakala peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks sosial dan ekonomi: • • • • Penyumbang pencapaian matlamat masyarakat dalam perkembangan ekonomi. tetapi mereka juga perlu mempunyai kemahiran. Pemacu kefahaman dan keupayaan bertindak dalam aspek teknologi dan saintifik. budaya. dan kemahiran berfikir secara harmoni. Membolehkan masyarakat menyumbang kepada pengekalan pembangunan alam sekitar melalui pekerjaan dan bidang lain dalam kehidupan mereka. sikap. kreatif dan berpandangan jauh agar mereka boleh bersaing dengan negara lain. baik dari segi teknikal dan juga dari segi soft skill iaitu pandai berbahasa. Peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks individu: • • • • Membangunkan personaliti dan tingkahlaku serta membentuk nilai-nilai spiritual. negara memerlukan modal insan yang bukan sahaja memiliki pengetahuan sahaja.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Pada era globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan datang dari pelbagai punca. Menyediakan pembelajaran individu sepanjang hayat melalui pembangunan alatalat berfikir yang diperlukan. dan • Memudahkan artikulasi secara mendatar dan menegak dalam sistem pendidikan dan antara sekolah ke dunia pekerjaan.

2 Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV dan Menilai Keberkesanannya Tahukan anda apakah kepentingan kajian mengenai PTV dan keberkesannya dijalankan? Sila fahami petikan di bawah. By making individuals employable and informed citizens. sila rujuk buku ini. Human resources development. The ILO’s framework of decent work addresses both the quality and quantity of employment and provides a basis for new education and training policies and strategies. education and training contribute significantly to promoting the interests of individuals. human resources development and training contribute to economic development and to achieving full employment and promoting social inclusion. 4.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Maklumat lanjut. economy and society. 47 . “A critical challenge that faces human society at the start of the twenty-first century is to attain full employment and sustained economic growth in the global economy and social inclusivity. enterprises. They also help individuals to gain access to decent work and good jobs. Unesco and ILO Recommendation (2006).

2002:53) Seterusnya bincangkan beberapa kajian mengenai PTV dan keberkesanannya yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini. 2002:53 di atas? Maklumat lanjut. Isu-isu penyelidikan PTV yang dikaji oleh penyelidik-penyelidik adalah dari pelbagai kerangka kerja berdasarkan pelbagai arah orientasi disiplin dalam pendidikan iaitu: • • • • • Falsafah Pendidikan Sejarah Pendidikan Pendidikan Perbandingan Psikologi Pendidikan Sosiologi Pendidikan 48 . dan penggunaan kemudahan. pembuat dasar dan pentadbir berkaitan PTV. kecukupan.. PTV masih lagi di peringkat formatif. sumber manusia dan sebagainya merupakan pelbagai pembolehubah yang menarik perhatian penyelidik dalam penilaian PTV. kaedah penilaian prestasi. organisasi dan gaya pentadbiran. Apakah perkaitannya dengan pernyataan oleh UNESCO & ILO RECOMMENDATION. Jenis-jenis pengurusan. jenis masalah program. Sehubungan itu. kualiti pelajar. sila baca buku ini…. Education and skills formation could lead to less unemployment and to more equity in employment.Unesco and ILO Recommendation (2002). programprogram di bawah PTV memperoleh kelebihan daripada penilaian semasa program yang dijalankan. Secara umumnya. program persediaan guru. masalah permintaan dan penawaran.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL and escape poverty and marginalization.” (UNESCO & ILO RECOMMENDATION. kebolehsediaan. Kajian dan penilaian yang dijalankan menjadi amat penting kepada perancang. jenis program.

Antara perubahan dasar-dasar tersebut ialah • Penstrukturan 69 buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah • Menengah Teknik (SMT) secara berperingkat mulai sesi persekolahan 1995/96. Pelan tindakan peningkatan pengeluaran tenaga manusia teknikal bagi tempoh 1996 – 2020 • Program latihan kemahiran dan pendidikan vokasional kepada pelajarpelajar yang berpencapaian rendah dan sederhana rendah. murid juga menghasilkan tanaman hiasan dan melakukan 49 . Di Malaysia. Murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti serta melakukan kajian reka bentuk dan fungsi terhadap sesuatu produk.3 Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah berasaskan kepada kemahiran teknologi dan kreativiti. kajian mengenai PTV dan keberkesanannya membawa kepada perubahan beberapa dasar bagi mengukuhkan lagi PTV. Di samping itu.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL • • • • • Ekonomi Pendidikan/Perancangan Pendidikan/Pengurusan Pendidikan Pengajian Kurikulum Pentadbiran dan Organisasi Sekolah Pendidikan Tidak Formal Penilaian Kerangka kerja ini juga digunakan bagi mengklasifikasikan kajian yang telah dijalankan dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional. Mata pelajaran ini dapat menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan produk yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. Murid juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam serta penghasilan projek elektrik dan elektronik. 4.

Rogoff (1990). Strategi bagi mencapai kemahiran berfikir dalam konteks reka bentuk dan teknologi merangkumi: • Refleksi guru. Manakala penyelesaian masalah secara kreatif merupakan manifestasi personaliti dan penampilan bagi sosial dan motivasi seseorang murid. rakan sebaya dan keluarga. semua murid mempunyai hak yang sama untuk menjadi kreatif dan mempunyai capaian penuh terhadap peluang dalam bidang-bidang kreatif kurikulum.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. terdapat peluang yang cukup bagi membangunkan kemahiran kreatif murid melalui pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi Pembelajaran secara sokongan (scaffold) diperlukan dalam pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Peluang untuk murid-murid berkembang kreatif dalam bilik darjah bergantung kepada sokongan (Scaffold) maksimum oleh guru-guru. Dalam mempertimbangkan kepentingan kreativiti. Namun. Ringkasnya. 50 . murid-murid tidak bertindakbalas dengan cara yang sama terhadap kreativiti. Masalah reka bentuk dan teknologi boleh ditangani melalui dua pendekatan utama iaitu: • • penyelesaian masalah melalui proses kognitif iaitu untuk pembelajaran dan berfikir. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi penekanan. scaffold telah didefinisikan dan dibincangkan secara umum oleh Vygotsky (1978). dan secara spesifik dalam konteks bilik darjah oleh Fryer (1996) dan Beetlestone (1998). dan penyelesaian masalah secara kreatif. Penyelesaian masalah melalui proses kognitif tersebut merupakan jenis pemikiran aras tinggi. Terdapat sedikit penyelidikan dan kefahaman berkaitan sokongan (scaffold) dalam reka bentuk dan teknologi. pemodelan dan kemahiran berfikir. Gardner (1995). Walau bagaimanapun.

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL • • • Penyelesaian masalah Pembelajaran koperatif. dan Perbincangan kumpulan. Menjelaskan prosedur Mengenalpasti peringkat-peringkat dalam melaksanakan tugasan membuat keputusan.1 Fasa-Fasa Dalam Tugasan Reka Bentuk dan Teknologi Membangunkan Kemahiran Berfikir Di Kalangan Pelajar Merangka tugas Menarik perhatian murid Menentukan tujuan Memberikan keyakinan Melaksanakan taklimat ringkas bagi tugasan membuat keputusan.1 Jadual 4. Menyatakan kepentingan tugasan Menunjukkan bagaimana pengalaman sedia ada dan tugasan praktikal berfokus dapat membantu mereka. Menjalankan Tugasan Meningkatkan cabaran Memberikan taklimat ringkas secara terbuka atau tertutup. Menyediakan pelbagai 51 . Secara ringkasnya. fasa-fasa tugasan bagi mengembangkan kemahiran berfikir pelajar dalam konteks reka bentuk dan teknologi adalah sepertimana ditunjukkan dalam jadual 4.

sila rujuk Owen-Jackson (2002) muka surat 230. Menggunakan tugasan tambahan. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) perlu menjadi andasan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran "Reka Bentuk dan Teknologi". Maklumat lanjut. Melihat alternatif-alternatif yang ada. memilih projek. kemahiran berfikir yang perlu diberi tumpuan ialah : • • • • • • • Membezakan bentuk-bentuk asas dalam pesekitaran Menghubung kait bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk Menjana idea kreatif dan inovatif Mentafsir lukisan kerja Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan projek Membuat keputusan. Antara contoh 52 . Menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi melihat kelemahan dalam reka bentuk dan proses pembuatan. kreativiti murid perlu dijanakan dan diperkembangkan.alatan tangan dan bahan yang diperlukan Mengkelaskan jenis tanaman hiasan. Mengurangkan arahan dan meminta murid menangani kesukaran mereka sendiri.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Mencabar (Sebahagian dan bukannya semua) maklumat yang berbeza. Perbincangan Mengimbas kembali Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan pembuatan. Menyediakan mereka bagi tugasan membuat keputusan pada masa akan datang. Daya imaginasi.

bertanggungjawab terhadap idea-idea yang digunakan. Bincangkan fungsi RBT dari segi melatih murid dalam penyelesaian masalah dan reka bentuk. menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi melihat kelemahan dalam reka bentuk dan proses pembuatan. dan menyediakan mereka bagi tugasan membuat keputusan pada masa akan datang. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: • • • • menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan pembuatan. serta bertanggungjawab terhadap kesan penggunaan idea tersebut untuk kehidupan yang akan datang. 4. melihat alternatif-alternatif yang ada. bagaimana sesuatu kerja 53 . pembelajaran scaffold dan aktiviti refleksi. Pengetahuan dan kefahaman dalam reka bentuk dan teknologi boleh dilakukan melalui kaedah pengajaran yang berkesan. Dalam setiap proses ini murid juga mendapat pengalaman dalam membuat keputusan. pemikiran kreatif dan kritis. kaedah pengajaran yang berkesan saling mempengaruhi pengetahuan dan pemahaman.4 Ciri-ciri Kualiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perkembangan dan proses pembinaan kemahiran murid dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi boleh dilaksanakan melalui penyertaan dan penghayatan secara aktif dalam satu proses yang berdaya cipta kreatif dan inventif.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Aktiviti refleksi boleh diaplikasikan pada peringkat perbincangan dan mengimbas kembali dalam melaksanakan tugasan reka bentuk dan teknologi. Idea-idea baru boleh dibangunkan dan diubahsuai atau diperbaiki daripada sesuatu bahan atau produk yang telah sedia ada. pemikiran aras tinggi. Sehubungan itu.

dan bahan diperlukan dalam penyelesaian hampir semua masalah manusia. perniagaan dan industri. rekreasi.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL merupakan satu pelengkap dan pertambahan kepada sesuatu yang lain. Kerja mahir adalah penting jika Contohnya seperti kerja bahanperalatan dibina bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan. Contohnya hampir semua manifestasi reka bentuk dan proses teknologi. dan bagaimana beberapa masalah boleh diselesaikan dengan bersubjekkan orientasi. Kurikulum Nasional Britain pula mendefinisikan Reka Bentuk dan Teknologi kepada empat sasaran yang terdiri daripada mengenalpasti keperluan dan peluang. menjana rekabentuk. banyak idea dan sumber diperlukan dalam menyelesaikan masalah. Ini dapat dilakukan melalui penumpuan terhadap prestasi kemahiran. Murid dapat melihat perkaitan antara pengetahuan dan kefahaman. Murid seharusnya boleh mengenal pasti dan menyatakan dengan jelas tentang keperluan dan peluang untuk mereka bentuk dan aktiviti teknologi melalui penyiasatan terhadap konteks rumah tangga. Sikap dan kualiti peribadi murid boleh dipupuk melalui pendidikan reka bentuk dan teknologi. Pengalaman berikut mungkin akan memberi satu kebolehgunaan umum yang luas kepada murid dalam pemupukan sikap positif dan kualiti peribadi unggul bagi menjalani kehidupan semasa dewasa. reka bentuk dan proses teknologi menyediakan satu alat inkuiri di mana murid dapat merasai pengalaman sebenar sama seperti kehidupan dewasa. meneroka idea 54 . Banyak idea. Paling utama. memastikan keselamatan pengguna-penggunanya. menyatakan dengan jelas bahawa membuat keputusan tidak boleh dijalankan dalam pengasingan. integriti dan kejujuran dalam menjayakan sesuatu projek. merancang dan melaksanakan dan akhirnya menilai. Melalui sumber-sumber yang ada mereka cuba mencapai matlamat untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan memberi kepuasan maksimum kepada keperluan pelanggan-pelanggan dan seluruh masyarakat. dan bahan konkrit yang memerlukan pengendalian yang jelas dan tepat serta kemahiran yang tinggi. Ia juga memberi kesedaran kepada murid tentang konteks sosial perilaku manusia. sekolah. pelbagai sumber. Kemudian melalui maklumatmaklumat yang diperolehi murid akan menjana spesifikasi reka bentuk.

Nilai-nilai dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi boleh membentuk personaliti murid. menyediakan dan melakukan perancangan. nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan perlu merentasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi. sesuai dan boleh dilaksanakan. projek kumpulan dapat menyediakan peluang secara spesifik bagi mengembangkan kemahiran kolaboratif. G. Akhirnya murid boleh membangunkan. berkomunikasi dan bertindakbalas atas penilaian terhadap proses. keluaran. sistem dan persekitaran. Sehubungan itu. dan kesan terhadap reka bentuk dan aktiviti teknologi dan sebagainya termasuk dari segi masa dan budaya. Murid juga seharusnya mampu membuat artifak. murid memerhati dan meniru apa saja perkara yang mempesonakan dalam dunia sosial mereka (Hope. sila baca buku ini…. dan menggunakan sumber yang sesuai termasuk pengetahuan dan proses. berfikiran terbuka. (2004). 2004). Maklumat lanjut.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL bagi menghasilkan cadangan reka bentuk dan membangunkan sehingga menjadi kenyataan. 55 . mengenalpasti. Teaching Design and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Pembinaan kemahiran kolaboratif dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi boleh direalisasikan melalui projek kumpulan. Secara umumnya. 2002). mengurus. Sehubungan itu. Great Britain: Antony Rowe Ltd. memuji dan menyesuaikan idea orang lain untuk digunakan dalam kerja mereka. bersedia menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati menggunakan sumber supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian dan urusan hidup di kalangan murid. Langkah ini akan dapat memupuk nilai murni dan sikap positif seperti berusaha mencapai kecemerlangan. Hope. ICT dan sebagainya (Sage. Selain itu. Murid membincangkan secara terbuka.. aktiviti kolaborasi boleh dilakukan dengan cara menghubungkan reka bentuk dan teknologi dengan bidang lain seperti sains dan matematik.

bahan dan sifat bahan. Perkataan dalam permainan yang berfokuskan tema seperti alat-alat dan kegunaannya. Teks boleh digunakan untuk meneroka.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 4. Terdapat usaha mengembangkan literasi. evaluate and use effectively the needed information” (Ron. 3M dan merapatkannya dengan reka bentuk dan teknologi. reka bentuk dan teknologi boleh digunakan bagi mengembangkan kemahiran lisan dan mendengar. dan ICT memberikan impak yang besar kepada pembangunan pendidikan di sekolah rendah. Sebagai contoh.. Manakala teks bukan fiksyen dengan isi kandungan reka bentuk dan teknologi boleh digunakan dalam pelbagai cara. 3M dan ICT dalam RBT Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan literasi ? Definisi literasi . Literasi. ICT boleh sesi latihan amali boleh 56 . Penggunaan fiksyen.. 1995) • LITERASI – Keupayaan untuk membaca/dapat makna daripada perkataan. 3M dan ICT melalui reka bentuk dan teknologi. memperkenal atau mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan kerja reka bentuk dan teknologi sedia ada atau bagi merancang untuk masa depan. ”able to recognize when information is needed and have the ability to locate. teks atau cerita tentang reka bentuk dan teknologi dengan diikuti dilakukan bagi memperkembangkan literasi. 3M dan ICT. Sehubungan itu. ICT pula menyediakan peluang tambahan bagi memperkembangkan literasi. R. 3M. mekanisme dan jenis-jenis pergerakan boleh digunakan.. Kerja-kerja literasi yang berfokus kepada perkataan. ayat yang berasaskan tema reka bentuk dan teknologi dapat menyediakan murid kepada pembelajaran istilah dan perkataan secara spesifik.5 Aplikasi Literasi.

Antara contoh-contoh peranan ICT ialah: • • • • • • • • Sebagai sumber maklumat atau rangsangan bagi projek dan aktiviti (ini meliputi internet.. Ritchie. Merekod proses terlibat dan menilai menggunakan perisian pemprosesan perkataan. berasaskan perisian. dan lain-lain lagi. Memodel dan merangsang situasi menggunakan perisian khusus. Berkomunikasi dengan menggunakan e-mail dan perisian penerbitan atas meja. CD-ROM. menyimpan. Menghasilkan wallpaper. Melalui pengajaran pemulihan pada Tahap I (Tahun 1-3) ini. Mengumpul. dan clip art menggunakan perisian khusus. Primary design and technology: A process for learning (2 nd ed). London: David Fulton Publishers (m.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL digunakan dalam reka bentuk dan teknologi sebagai bahan sumber. kamera digital. 57 . Tahukah anda. Maklumat lanjut.s 60 – 62). Menjana dan membangunkan idea reka bentuk. rakaman audio dan video. dan pangkalan data berasaskan komputer). (2001). menganalisis dan mengesan maklumat menggunakan pangkalan data atau lembaran kerja. Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan yang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran 3M dan penekanan kepada pendidikan pemulihan. alat atau komponen. menggunakan lukisan. dalam tahun 1983. Merancang dan membuat jujukan peristiwa menggunakan perisian bagi menghasilkan carta alir. imej.. sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). R. sila baca buku ini…. keperluan murid yang mempunyai masalah pembelajaran dikenalpasti dan pihak sekolah memastikan mereka menguasai kemahiran 3M ini.

Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan Information Communication Technology (ICT).RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Manakala penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. murid perlu digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran reka bentuk dan teknologi. dapatan dasar penyelidikan PTV membawa beberapa perubahan pendidikan PTV. 3M dan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran RBT di sekolah rendah? Latihan Bagi menguji tahap kefahaman anda. menggunakan perisian. bincangkan kepentingan penyelidikan PTV. sila jawab soalan di bawah. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) memainkan peranan dan fungsi penting dalam melahirkan modal insan untuk pembangunan negara. kepada Di Malaysia. Bagaimanakah mengaplikasikan literasi. 58 . pemilihan dan pemprosesan maklumat. Kemahiran ICT murid juga boleh diperkembangkan seperti melayari laman web. Ini boleh dilakukan melalui pengumpulan. jelaskan peranan dan fungsi PTV dari segi berikut: a) konteks individu b) konteks sosial dan ekonomi 2. Ringkasnya. Sehubungan itu. 1. Isu-isu penyelidikan PTV yang pelbagai telah menarik perhatian ramai penyelidik daripada pelbagai orientasi telah disiplin pendidikan. CD-ROM dan pengkalan data serta berkomunikasi secara elektronik. Sehubungan itu.

Hasil Pembelajaran: Di akhir tajuk ini anda seharusnya dapat menguasai hasil pembelajaran berikut iaitu: 1. 2. Menerangkan mengenai latihan perantisan . INSTITUT FARMAL DAN TIDAK FORMAL Sinopsis Tajuk ini menjelaskan tentang Sistem PTV di peringkat Sekolah Rendah. 59 . Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah berasaskan kepada kemahiran teknologi dan kreativiti. Juga menjelaskan serba sedikit mengenai latihan perantisan. Institusi Formal dan Tidak Formal. produk yang berlainan Bincangkan bagaimana anda mengembangkan kreativiti pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi. TAJUK 5 SISTEM PTV: PERINGKAT SEKOLAH RENDAH. Sekolah Vokasional dan Teknik. Menjelaskan program-program PTV yang terdapat di bawah institusi formal.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 3. Sekolah Aneka Jurusan. Institusi Awam serta Institusi Swasta. Mata pelajaran ini dapat menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan dengan menggunakan proses reka bentuk.

1 Latihan Perantisan “ Apprenticeship is occupational training that combines on-the-job experience with classroom instruction. When they become journey workers.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 3. Apprentices usually begin at half the salary of trained people (journey workers) who have industry certification. Para perantis akan 60 . pelajar-pelajar ditaja oleh majikan sektor perindustrian dan perkhidmatan untuk mengikuti latihan teori dan praktikal selama 2 1/2 bulan . “ Skim-skim latihan perantisan ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran teknikal (multi-skills) di dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan serta mewujudkan lebih banyak peluang-peluang latihan kepada lepasan sekolah/belia-belia. and receive pay increases as they learn to perform more complex tasks. they increase their chances of finding a well-paying job in the industry and can become supervisors or go into business for themselves. 4. Kerangka konsep tajuk 5 Latihan Perantisan. SISTEM PTV Institusi Formal Latihan Di Tempat Kerja Pendidikan Tidak Formal 5.6 bulan bagi modul pilihan dan 18 bulan bagi modul penuh. Di bawah skim-skim latihan perantisan ini. Membezakan antara aktiviti yang dijalankan semasa latihan di tempat kerja dengan pendidikan tidak formal. Membezakan program-program yang terdapat di bawah Institusi Pendidikan Tinggi Awam dengan Institusi Swasta.

Perantis dikehendaki berkhidmat dengan majikan penaja selama 1 hingga 3 tahun setelah tamat latihan (jika ditawarkan pekerjaan oleh majikan penaja). 5.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL dilatih di institusi-institusi latihan tempatan (off-the-job) serta menjalani latihan sambil kerja (on-the-job)di tempat/premis majikan penaja.2 5. Di mana empat mata pelajaran vokasional telah diperkenalkan daripada Tingakatan 1 61 . Kumpulkan maklumat dan buatkan peta minda untuk menunjukkan kefahaman anda mengenainya.1 Institusi Formal Sekolah Aneka Jurusan (Komprehensif) Tahukah anda bahawa Bahagian Teknik dan Vokasional telah mengubahsuai Sistem Pelajaran Teknik dan Vokasional di peringkat Sekolah Menengah Rendah pada tahun 1965? Dilaksanakan pada tahun 1965. Tahukah anda apakah bentuk latihan perantisan yang ada di Malaysia pada masa kini? Cuba bandingkan bentuk latihan perantisan di Malaysia dengan negara maju yang lain. Dapatkan maklumat lanjut di internet.2. Mereka yang dipilih dikehendaki menandatangani satu Kontrak Perantisan dengan majikan penaja dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Sistem ini dikenali sebagai Sistem Komprehensif.

Satu pertiga daripada seluruh masa 62 .RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL hingga Tingkatan 3 yang dianggap sebagai mata pelajaran elektif iaitu Seni Perusahaan. Perdagangan. pertanian dan sektor-sektor lain yang berkaitan. Fikirkan sejenak! Apakah ciri-ciri sistem pendidikan aneka jurusan ini? 5. murid-murid juga diberi peluang untuk mempelajari mata pelajaran am.2 Sekolah Vokasional dan Teknik Tahukah anda bahawa Sekolah Menengah Vokasional telah ditubuhkan pada tahun 1968. Sains Pertanian. Di samping mempelajari mata pelajaran vokasional. Peralihan ini telah memansuhkan Sekolah Lanjutan Kampung. Corak mata pelajaran teknik dan vokasional diterapkan kepada murid-murid dalam mata pelajaran elektif di bawah sistem aneka jurusan. Perdagangan dan Sains Rumah Tangga. perusahaan. Dalam mata pelajaran elektif. diadakan latihan amali dan teori mengikut kehendak kursus.2. Pertanian dan Sains Rumah Tangga. Sekolah ini menawarkan empat bidang kursus vokasional iaitu Pertukangan. Pada tahun berapakah ia telah di naik taraf ke Sekolah Menengah Teknik? Tujuan penubuhan Sekolah Menengah Vokasional adalah untuk memberi latihan dan kemahiran kepada pelajar bersesuaian dengan pekerjaan di sektor perindustrian.

Fikirkan. Kajian telah 63 . Manakala Sekolah Menengah Teknik mempunyai pertalian dengan Treacher Technical Institute (1906) yang ditubuhkan oleh pihak Inggeris.3 Institusi Pendidikan Tinggi Awam Tahukah anda bahawa dalam tahun 1990-an. Selain menceburi bidang pekerjaan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengkaji semula kurikulum PTV supaya ia memenuhi kehendak industri.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL persekolahan ditumpukan kepada mata pelajaran am seperti Bahasa Inggeris. Kemudian Perdagangan diperkenalkan untuk memberi peluang kepada pelajar perempuan bagi memenuhi cadangan Rancangan Malaysia Kedua. Ilmu Hisab. pelajar yang mempunyai pencapaian yang baik dalam bidang akademik boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke Politeknik dan Universiti. apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan Sistem Pendidikan Vokasional dan Teknik di Malaysia? Dapatkan maklumat lanjut dari internet. Ilmu Kemasyarakatan dan Pelajaran Agama Islam bagi pelajar Islam.2. Kejuruteraan Mekanikal dan Pertanian. 5. Setelah dua tahun mengikuti kursus di Sekolah Menengah Vokasional. Tujuan Sekolah Menengah Teknik adalah untuk memberi pelajaran am yang lebih cenderung kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran tinggi di bidang teknikal. murid-murid akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia ( SPVM ) yang diakui setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Bahasa Melayu. Terdapat tiga kursus utama yang ditawarkan iaitu Kejuruteraan Awam.

a. UiTM memberi peluang kepada lepasan SPM/MCE untuk menyambung pelajaran di peringkat sijil. Memberikan latihan kepada pelajar vokasional menjalani latihan di industriindustri pengeluaran. perdagangan. Dapatkan maklumat berkaitan apakah tindakan yang telah dilaksanakan oleh pihak swasta ini dalam memperkembangkan sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Mengurangkan kos kerajaan. b. sektor awam dan sektor swasta. dan c. Pada tahun 1993. 5. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengesa sektor swasta menawarkan kursus teknikal kepada pelajar lepasan sekolah. 64 . Sehubungan dengan itu Universiti Teknologi MARA (UiTM) diwujudkan lebih awal berbanding institut lain di bawah MARA. Tahukah anda apakah tujuan penswastaan ini? Mari kita bincangkan matlamat di bawah. Mendapatkan pengalaman yang lebih dalam bidang kursus yang dijalani. diploma dan ijazah dalam Graduan lepasan UiTM dapat menarik minat sektor Selain itu perbankan.2. sektor kerajaan dan sektor swasta iaitu Pertubuhan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) bergabung tenaga untuk memainkan peranan yang sama bagi meningkatkan tahap kemahiran. dibiayai oleh pihak JPA dan sebagainya. perindustrian.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL dibuat untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir selaras dengan matlamat Wawasan 2020. bidang pembangunan industri.4 Institusi Swasta graduan ini juga boleh melanjutkan pelajarannya di dalam dan di luar negara yang Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan konsep penswastaan institut teknikal dan sekolah teknik kepada industri.

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 5.3. Objektif program SKK adalah seperti berikut: i) Untuk membolehkan pelajar mengikuti panduan pengajaran dan pembelajaran setaraf dengan kebolehan dan keupayaan mereka dari segi akademik ii) iii) Untuk mengembangkan potensi dan kemahiran boleh guna pelajar dengan melalui pengalaman tempat kerja. dan Untuk memanfaatkan masa di peringkat sekolah menengah terutama bagi mereka yang berpencapaian rendah dari segi akademik.1 Sekolah Ke Kerjaya (SKK) Kenapa agaknya Sekolah ke Kerjaya di berhentikan sedangkan ia mempunyai banyak faedah kepada pelajar? Konsep Program SKK SKK ialah satu program pendidikan dan latihan tempat kerja bagi mengembangkan potensi pelajar dengan membekalkan mereka pengetahuan dan kemahiran boleh guna melalui pengalaman tempat kerja. Sukatan Pelajaran Minimum 65 . dan Latihan di tempat kerja untuk mendapat kemahiran boleh guna melalui pengalaman tempat kerja. Program SKK mengandungi dua komponen iaitu: i) ii) Pengajaran dan pembelajaran menggunakan sukatan pelajaran yang minimum.

sukatan pelajaran yang minimum bagi mata-mata pelajaran berikut telah disediakan untuk kegunaan sekolah.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Tahukah anda bahawa sukatan pelajaran untuk SKK ini hanyalah sukatan minimum. pelajar bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM. Bagi mencapai objektif-objektif tersebut di atas. dan ii) membantu guru bagi membimbing pelajar untuk mencapai kelulusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia mengandungi beberapa topik terpilih mata pelajaran teras dan elektif Tingkatan 4 dan 5.3. Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif Bahasa Melayu Ekonomi Asas Bahasa Inggeris Kesusasteraan Melayu Sains Geografi Matematik Sejarah Sukatan pelajaran minimum ini mengandungi topik-topik terpilih yang dijangka dapat membantu 5. Objektif sukatan pelajaran minimum ialah: i) membantu pelajar yang berpencapaian rendah menguasai topik yang dipilih.2 Latihan Tempat Kerja (LTK) Latihan di tempat kerja bertujuan memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman latihan di tempat kerja. Pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di sekolah semasa berada di tempat latihan. Objektif latihan di tempat kerja adalah untuk: 66 .

pelajar dikehendaki menjalani latihan di pusat latihan agensi kerajaan atau pun di tempat kerja swasta dalam tempoh masa tertentu. pendawaian. Model-Model Latihan Di Tempat Kerja (LTK) Terdapat 3 model LTK yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. model ini. Proses pengajaran dan pembelajaran dan LTK dilaksanakan secara berselang-seli atau berterusan untuk beberapa minggu. Pengajaran dan pembelajaran serta latihan kemahiran berjalan semasa waktu persekolahan. kantin atau pun menjalani latihan kemahiran di bengkel sekolah. Model A: Latihan di Agensi Kerajaan dan Swasta Dalam model A. sebahagian pelajar menjalani latihan kemahiran di sekolah dan pada masa yang sama sebahagian pelajar yang lain menjalani latihan kemahiran di agensi luar. Model C: Gabungan Latihan Berasaskan Sekolah dan Di Agensi Dalam model C. gunting rambut.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL i) ii) iii) memberi peluang kepada pelajar memperoleh kemahiran tertentu di tempat latihan. Latihan kemahiran diberikan dengan menggunakan kemudahan dan tenaga yang ada di sekolah. pelajar diberi pendedahan kemahiran bekerja di sekolah dengan ditempatkan seperti di koperasi sekolah. Tunjuk ajar diberikan oleh guru. memasak. Mari kita teliti model- 67 . membolehkan pelajar memilih kerjaya yang sesuai mengikut minat dan kebolehan. Model B: Latihan Berasaskan Sekolah Di bawah model ini. dan mengembangkan potensi pelajar dan meningkatkan keyakinan diri. Proses pengajaran dan pembelajaran serta latihan kemahiran di laksanakan secara berselang-seli atau berterusan untuk beberapa minggu. semaian anak pokok dan lain-lain. staf sokongan dan komuniti yang berkemahiran tertentu seperti jahitan.

apaka maksud pendidikan tidak formal dan bagaimanakah pendidikan tidak formal dapat membantu perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia? TAJUK 6 KURIKULUM DAN PENGAJARAN PTV DAN KHSR DI MALAYSIA Sinopsis: Tajuk ini akan membincangkan mengenai kurikulum dan pengajaran PTV dan KHSR di Malaysia dari aspek model kurikulum dan pengajaran. Fikirkan. 5.4 Pendidikan Tidak Formal Pendidikan tidak formal telah lama wujud di Tanah Melayu. model-model semasa dan berpotensi serta perbandingan kurikulum PTV di dalam dan luar negara.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Fikir sejenak! Adakah anda bersetuju sekiranya program ini dibatalkan? Berikan pandangan anda. Ketika itu. Hasil Pembelajaran: Diakhir pembelajaran. Tiada kelas formal perlu dihadiri. biasanya kemahiran diperolehi melalui penerangan dan penglibatan secara terus terhadap pekerjaan tersebut. sebelum kedatangan penjajah lagi. kemahiran-kemahiran berkaitan sesuatu bidang dipelajari daripada tukang-tukang yang mahir. pelajar pelatih dapat: 68 .

Menghuraikan berkaitan di antara kurikulum dengan Menjelaskan model-model kurikulum yang digunakan dalam membentuk kurikulum PTV. 3.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 1. Membina model kurikulum berdasarkan model-model kurikulum yang telah dipelajari. 1999) 69 . Membezakan antara model dan teori. 2.1 Model Kurikulum dan Pengajaran Cuba fikirkan apakah yang dimaksudkan dengan model? Apakah perbezaan antara model dan teori ? Definisi Kurikulum: “The sum of the learning activities and experiences that a student has under the auspices or direction of the School” (Finch & Crunkilton. 4. Kerangka Konsep Tajuk 6: Model Kurikulum dan Pengajaran Kurikulum Dan Pengajaran PTV Model Semasa dan Yang Berpotensi Perbandingan Kurikulum Dalam dan Luar Negara 6. pengajaran.

Semua kurikulum mengandungi elemen pernyataan tujuan dan objektif spesifik. Apakah yang boleh anda kupas dari rajah 1 berkenaan? 70 . 1998) Perkaitan antara Kurikulum dan Pengajaran: Cuba anda teliti Rajah 1 di bawah.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL “Kurikulum adalah perancangan untuk pembelajaran. pemilihan dan organisasi kandungan pelajaran.” (Taba. Ia menunjukkan perkaitan antara kurikulum dan pengajaran yang diutarakan oleh Finch dan Crunkilton (1999). pola pengajaran dan pembelajaran dan penilaian hasil pembelajaran. 1962) “Satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati” (Ornstein & Hunkins.

.2 Model Semasa dan Yang Berpotensi Terdapat beberapa model kurikulum dalam literasi. Model Glasier. 6. Boston: Allyn and Bacon. Model Tyler yang dikemukakan oleh Ralph Tyler (1949) dan Model Johnson yang dipelopori oleh Mauritz Johnson (1967). Queensland: Queensland Studies Authority. G. R.2. Selain dari model-model di atas terdapat beberapa model yang boleh dijadikan sebagai rujukan iaitu Model Gay. Model Sim dan Model Taba. J.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Rajah 1: Perkaitan antara kurikulum dan pengajaran Bincangkan apakah perbezaan dan perkaitan antara kurikulum dan pengajaran? Maklumat lanjut.. Queensland Studies Authority (2003). Curriculum Development In Vocational And Technical: Planning. (1999). Content And Implementation (5 th ed).R. (2004). Teaching Design and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. 6. & Crunkilton. sila baca buku ini…Hope. Model yang terserlah adalah Model Hunkins (1980). Great Britain: Antony Rowe Ltd. C. dan Finch. Model-model ini masih dominan kerana elemem-elemennya konsisten dengan teori mengenai sekolah dan perancangan pendidikan. Technology: Initial In-Service Materials.1 Model Hunkins (1980) 71 .

visi dan misi institut yang berkenaan. apakah matlamat yang hendak dicapai? Matlamat dan objektif kurikulum biasanya diperoleh dari kajian mengenai pelajar.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Rajah 2: Model Kurikulum Hunkins 6. Kedua . kehendak masyarakat dan industri serta subjek atau kursus yang akan ditawarkan.2 Model Tyler (1949) Tyler mengemukakan empat persoalan sebelum sesebuah kurikulum boleh dibentuk. bagaimana pengalaman tersebut dapat disusun secara sistematik supaya dapat dilaksanakan secara berkesan? Dan akhir sekali bagaimana kita menentukan matlamat dan objektif kurikulum tersebut tercapai? Apakah matlamat yang hendak dicapai? 72 . Objektif-objektif ini perlulah ditulis dengan tepat dan mestilah boleh diukur dan dicapai. pembuat kurikulum mestilah mengenal pasti apakah bentuk pengalaman yang hendak disediakan untuk mencapai matlamat dan objektif tersebut. Kesemua elemen-elemen ini disesuaikan dengan falsafah.2. Pertama. Ketiga.

2.3 Model Johnson Mauritzs Johnson (1967) pula mendefinisikan. Empat Elemen Model Johnson Menentukan matlamat kurikulum Menentukan matlamat kurikulum Memilih kurikulum Memilih kurikulum Merancang kurikulum Merancang kurikulum 73 Menilai kurikulum Menilai kurikulum . kurikulum sebagai satu siri berstruktur hasil pembelajaran yang dikehendaki (a structured series of intended learning outcomes). Model beliau atau lebih dikenali sebagai Model Johnson mengandungi empat komponen utama iaitu menentukan matlamat.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 4 persoalan Tyler Apakah bentuk pengalaman yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut? Bagaimana pengalaman ini hendak disusun supaya lebih berkesan? Bagaimana menentukan sama ada matlamat ini tercapai atau tidak? Rajah 3 : Empat Persoalan Tyler 6. memilih kurikulum. merancang kurikulum dan menilai kurikulum.

terdapat persamaan antara Model Tyler dan Model Johnson. Jika diperhatikan secara teliti. Rajah 5 di bawah menunjukkan carta aliran tentang Mosel Johnson. Tentukan matlamat Matlamat pendidikan Merancang kurikulum Kurikulum Merancang pengajaran Rancangan pengajaran Pengajaran Pembelajaran 74 Hasil pembelajaran . Johnson cuba membezakan antara elemen proses dan produk dalam membina kurikulum.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Rajah 4 : Empat Elemen Model Johnson Rajah 4 : Carta Alir Empat Komponen Utama Pembentukan Kurikulum. Bentuk bujur menunjukkan proses manakala bentuk segi empat menggambarkan produk.

2. Penekanan diberikan kepada penggunaan struktur sedia ada sesuatu disiplin atau bidang untuk membentuk kandungan kurikulum. (b) Model Experimental 75 .4 Model Gay Gay mengutarakan empat model yang boleh digunakan dalam proses penghasilan kurikulum.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Rajah 5 : Carta Alir Elemen Proses dan Produk Dalam Membina Kurikulum Bujur – Proses Produk Segi empat - 6. seperti berikut: (a) Model Akademik. Model ini menggunakan pemikiran secara ilmiah sebagai asas apabila membuat keputusan mengenai kurikulum.

pelaksanaan. Memilih kandungan yang sesuai dengan objektif. (d) Model teknikal Model ini menganggap pembelajaran sebagai satu sistem yang boleh dibahagikan kepada komponen-komponen kecil dan dilaksanakan secara teratur dan terancang. penilaian dan maklum balas. bukannya setting daripada luar sekolah. Objektif pembelajaran lebih memfokus kepada individu dan proses.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Model ini lebih menumpu kepada pembelajaran memusatkan pelajar di mana aktiviti pelajar lebih diutamakan. dengan tujuan akan dapat dimanafaatkan oleh pelajar sebagai anggota masyarakat. model ini dibina berlandaskan kepada konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan. Antara komponen yang terdapat dalam model ini ialah: • • • • Melaksanakan analisis keperluan. (c) Model Pragmatic Model ini memberi fokus kepada pembelajaran bersesuaian dengan keadaan persekitaran setempat atau sekolah. Menetapkan kaedah penilaian yang kukuh. Objektif Pengajaran Pengetahuan Sedia Ada Kaedaah Mengajaran Penilaian Maklumat Balas 76 . Menyatakan objektif.2. kurikulum dirancang supaya memenuhi setting sekolah.5 Model Glasier Merujuk Rajah 6. 6. Ini bermakna.

77 . 1999).7 Model Taba (1962) Taba telah mengusulkan beberapa peringkat dalam pemilihan sesuatu konsep yang melibatkan penyusunan bahan-bahan pengajaran iaitu peringkat: • • • • Penyusunan data Membentuk konsep Membentuk hukuman Aplikasi 6.2. Objektif Guru Murid Isi Rajah 7: Model Sim Sumber : Ang Huat Bin (1999) 6. model ini dibina berdasarkan konsep pengajaran pelbagai bidang komunikasi iaitu interaksi diantara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam sesuatu perselitaran tertentu.2.6 Model Sim Merujuk Rajah 7.2.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Rajah 6: Model Glasier Sumber : Ang Huat Bin (1999) 6.8 Pembangunan Kurikulum PTV (Finch & Crunkilton.

G.3 Perbandingan Kurikulum Dalam dan Luar Negara “Kurikulum adalah segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan” (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979) 78 .R. Hope. Queensland: Queensland Studies Authority. sila baca buku ini…... J.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Rajah 8 : Pembangunan Kurikulum PTV (Finch & Crunkilton. Curriculum Development In Vocational And Technical: Planning. C. Teaching Design and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Content And Implementation (5 th ed). Great Britain: Antony Rowe Ltd. & Crunkilton. 6. Technology: Initial Materials.. dan Finch. R. In-Service Queensland Studies Authority (2003). Boston: Allyn and Bacon. 1999) Bincangkan Model Kurikulum yang sesuai untuk RBT di negara kita Maklumat lanjut. (1999). (2004).

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Bandingkan kurikulum RBT yang dilaksanakan di dalam dan luar negara kita (di antara Malaysia dan beberapa negara di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat)

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain: Antony Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003).

Technology: Initial In-Service

Materials, Queensland: Queensland Studies

Authority, dan Finch, C.R., & Crunkilton, J. R. (1999). Curriculum Development In Vocational And Technical: Planning, Content And Implementation (5th ed), Boston: Allyn and Bacon.

Aktiviti 6 Bagi menguji tahap kefahaman anda, sila jawab soalan di bawah. 1. Model Tyler boleh digunakan dalam pembentukan model kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional kerana terdapat empat objektif iaitu melibatkan matlamat, bentuk dan penyusunan pengalaman dan penilaian.

79

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Matlamat kurikulum yang hendak dicapai merujuk kepada A) B) C) D) keperluan Kementerian Pendidikan keperluan pelajar, masyarakat dan industri keperluan mengikut aliran perkembangan teknikal semasa keperluan pelajar semata-mata yang mana selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2.

Pernyataan di bawah adalah persamaan model kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional negara dengan negara Amerika kecuali A) B) C) D) memberi peluang pekerjaan yang luas mengikut minat pelajar memberi kemahiran asas yang cukup dalam bidang perniagaan dan pertukangan memenuhi keperluan dan kecenderungan pelajar dalam bidang kemahiran yang diminati memper luaskan Pendidikan Teknikal dan Vokasional di sekolah menengah akademik ke seluruh negara

3.

Berdasarkan kepada pengetahuan anda huraikan beberapa model kurikulum yang telah pelajari : A) Model Tyler B) Model Johnson C) Model Taba D) Model Gay

TAJUK 7

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PTV

Sinopsis:

80

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Tajuk ini akan membincangkan mengenai pentadbiran dan penguruan PTV dari aspeks organisasi pendadbiran, pengambilan pelajar, penyeliaan dan pemantauan program, artikulasi dan koordinasi serta perbandingan sistem pentadbiran dan pengurusan PTV dalam dan luar negara. Hasil Pembelajaran: Diakhir pembelajaran tajuk ini pelajar dapat: 1. 2. 3. PTV di Malaysia. 4. Menjelaskan perbandingan sistem pentadbiran dan pengurusan PTV di dalam dan luar negara. Kerangka Konsep Tajuk 7 Membezakan maksud pengurusan dan pentadbiran. Menghuraikan organisasi pentadbiran PTV di sekolah rendah dan organisasi PTV formal yang terdapat di Malaysia. Mengetahui mengenai penyeliaan dan pemantauan

Organisasi Pentadbiran Pengambilan Pelajar Pentadbiran dan Pengurusan PTV Penyeliaan dan Pemantauan Program Artikulasi dan Koordinasi Perbandingan Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Dalam dan Luar Negara. 7.1 Organisasi Pentadbiran Pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) memerlukan organisasi yang jelas dan mantap bagi membolehkan

81

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

pelaksanaannya berjalan lancar dan berkesan. Sehubungan itu, cuba fikirkan apakah yang dimaksudkan dengan organisasi pentadbiran? Di sekolah rendah, struktur organisasi secara umumnya terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan, Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran. Setiap bahagian mempunyai fungsi dan tanggung jawab tertentu. Sebagai contoh, Ketua Panitia bertanggung jawab mengurus, merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan lancar. Berdasarkan kepada pengalaman anda semasa di sekolah, bincangkan organisasi pentadbiran KHSR/RBT di sekolah rendah. Sebelum seseorang itu meninjau dengan lebih mendalam tentang konsep pengurusan secara menyeluruh, eloklah sekiranya anda memahami dengan lebih jelas tentang organisasi dan ciri-cirinya. Kefahaman yang mendalam tentang konsep organisasi itu penting kerana pengurusan dan organisasi merupakan satu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Wujudnya sesebuah organisasi itu sama ada organisasi kecil atau besar, swasta atau awam memerlukan pengurusan atau pengendalian aktiviti-aktiviti organisasi.

Definisi Organisasi Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Definisi ini menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi merupakan satu unit sosial, penyatuan usaha dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain.

82

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Organisasi sebagai Unit Sosial Apabila organisasi itu dianggap sebagai unit sosial, ini bermakna ia mempunyai beberapa orang pekerja yang telah diberi peranan tertentu untuk menjalankan sesuatu tugas. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu. Sekiranya mereka ini menjalankan tugas tanpa memerlukan perkhidmatan dan kerjasama daripada pihak lain, sudah tentu tugas yang dijalankan itu tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki sama ada dari segi masa, kualiti, kuantiti, dan penentuan-penentuan lainnya.

Penyatuan Usaha dan Hubungan Di Kalangan Pekerja Sesebuah organisasi memerlukan pekerja yang menyatupadukan usaha mereka supaya mencapai matlamat yang dikehendaki. Sekiranya tidak ada perpaduan di kalangan pekerja, sudah tentu organisasi itu tidak dapat menjalankan aktivitinya dengan berkesan dan sempurna. Keadaan organisasi akan menjadi kucar-kacir tanpa sebarang haluan yang tertentu. Penyatuan usaha hendaklah wujud di dalam sesebuah organisasi bagi menjamin pencapaian yang telah disenaraikan. Hubungan di kalangan kakitangan dapat menjamin organisasi itu bergerak dengan sempurna, tersusun dan berkesan. Penyelarasan melalui peraturan dan prosedur yang dibuat dapat meningkatkan hubungan antara satu fungsi dengan satu fungsi yang lain dan antara individu dengan individu yang lain.

Ciri-Ciri Organisasi • Sesebuah organisasi yang telah dibentuk menghasilkan satu identitinya yang tersendiri. Misalnya, sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) dimana ia

83

Pada dasarnya organisasi pengurusan dan pentadbiran dimana bahagian ini terdapat beberapa unit lain seperti personel. Pengurusan 1. dan kewangan. peraturan. sebuah pusat penyelidikan dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat. 2. disusun untuk mengujudkan kerjasama.ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. pemasaran. dasar.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL melambangkan tempat untuk menimba ilmu. penyelenggaraan. Merupakan satu proses sosial dibentuk. dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata kerana ia merupakan kelengkapan pelaksanaandalam sesebuah organisasi. penyertaan dan penglibatan ahli. • Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur ia memerlukan sistem pengawasan. Di dalam sesebuah organisasi. 3. pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga 84 . prosedur. dan pengajaran dan pembelajaran lain. • Terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan contohnya di IPG. Manakala organisasi pengurusan kurikulum akan melibatkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dan beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu. penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Pengurusan melibatkan proses kemanusiaan Pentadbiran Merupkan satu proses yang memusatkan kepada identifikasi. Pengurusan merupakan pelaksanaan sesuatu proses melalui manusia.

Wilfird Brown juga bersetuju bahawa pentadbir dan mengurus adalah satu peranan di mana kerja-kerja diagihkan kepada pembantu-pembantu dan pengurus dan pentadbir mengambil kira hasilnya. Membuat Keputusan Amat penting kerana seseorang pengurus itu membuat keputusan atau untuk membuat tindakan alternatif selanjutnya.Digunakan untuk mendapatkan kerjasama dan penyertaan pekerja.Satu kuasa penggerak dan proses dinamik dalam organisasi yang dapat membantu kerjasama dan kemajuan secara berkelompok ke arah pencapaian matlamat organisasi.Membuat keputusan yang lebih rumit ketika memilih alternatif bagi mengatasi halangan atau masalah yang akan membantu pencapaian matlamat organisasi. 2. Menyelesai Masalah . Planning (merancang) Terdiri daripada: 85 . 4. 3. Boles dan Davenport (1976) menyatakan bahawa pentadbir dan pengurus adalah satu fungsi yang sama meliputi aktiviti-aktiviti merancang. Eleman Pengurusan 1.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL manusia mahupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Proses Pengurusan 1. menghimpun dan menganalisis. Komunikasi . mengawal dan menyebar maklumat-maklumat dalam usaha mencapai objektif yang telah ditetapkan. 2. Hubungan Manusia . menggunakan motivasi dan daya kepimpinan yang baik. Elemen ini timbul di dalam semua peringkat proses pengurusan. Tiada garis pemisah yang nyata diantara pengurusan dan pentadbiran. Kesimpulan yang boleh dibuat tentang pentadbiran dan pengurusan: 1.

iv. Controlling (mengawal) i. iv. Melaporkan segala penyelewengan. Directing (mengarah) i. 3. 4. v. memimpin. menyediakan atau menghubung perancangan dengan keputusan. mengumpul serta menganalisis maklumat. memilih. iii. memperkenalkan dan memberi kepimpinan dalam pelaksanaan perancangan dengan cara membuat keputusan. Menilai segala kerja yang dijalankan di peringkat perancangan. kelemahan dengan segera supaya dapat 86 . mengeluarkan arahan-arahan tertentu. mengelola dan memberi motivasi. Organising (mengelola) i. v. mendapatkan peralatan. mengumpulkan segala komponen pekerjaan ke dalam satu struktur yang baik. iii. ii. menyusun dan menjelaskan kaedah dan prosedur. membentuk struktur kuasa atau wibawa (authority) dan menyelaraskan jentera pelaksanaan. bila. iv. terdiri daripada membentuk rangka kerja untuk masa dan perbelanjaan. siapa dan bagaimana hendak dibuat. ii.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL i. iii. ii. mencari alternatif atau pilihan. kelengkapan dan staf untuk mengwujudkan rangka dasar yang baik untuk menjalankan segala aktiviti perancangan yang telah dirancangkan. ii. menentukan apa. melatih dan memberitahu staf serta mendapatkan sumber-sumber lain yang perlu. 2. mengenalpasti objektif dan menetapkan kaedah pencapaian keberkesanan yang paling maksimum melalui proses penetapan matlamat.

2. Menunjukkan jalan mengikut langkah-langkah yang betul dengan cara membentuk matlamat dan taraf. 7. iii. Sebelum anda melihat nota di bawah mengenai proses pengambilan pelajar. Menetapkan pencapaian dan memperbaiki penyelewengan dan kelemahan. Bincangkan bagaimana pengambilan pelajar Institut Pendidikan Guru dilakukan bagi mengikuti program RBT dalam sistem pendidikan di negara ini. anda perlu menyenaraikan semua maklumat berdasarkan kepada penghasilan penta minda yang telah dibincangkan terlebih dahulu berasaskan program RBT (latih tubi). dan Tingkatan 3 sebagai mata pelajaran elektif. Tingkatan 2. Manakala mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan 1. Tahun 5 dan Tahun 6.1 Proses Pengambilan Pelajar (sumber BPG) 87 . cuba fikirkan apakah langkah terbaik bagi menentukan pengambilan pelajar ke dalam aliran PTV ? Mata pelajaran KHSR diperkenalkan kepada pelajar Tahun 4. Sehubungan itu. iv. 7. pengambilan pelajar ke aliran PTV adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan awam.2 Pengambilan Pelajar Di negara kita.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL dibetulkan.

berpotensi.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan UEC dan SMA atau SMU yang berkelayakan. berminat dan beriltizam untuk mengikuti program seperti di bawah : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) : • • Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bahasa Cina Pendidikan Rendah) Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS • • • • • Warganegara Malaysia. 88 . Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum. • • Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat SMA atau SMU. SYARAT TAMBAHAN • • Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat Sijil Senior Level (UEC-SML). Calon hendaklah sihat fizikal dan mental. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Cina Pendidikan Rendah • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah. calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas (18) bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. • Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Komunikasi. calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas (18) bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. • Sebagai prasyarat. calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam tiga (3) mata pelajaran berikut: i. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam Pendidikan Rendah • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah. • Sebagai prasyarat. Sejarah. 89 . Pendidikan Moral. dan iii. ii. • Dalam tempoh Kursus Persediaan.

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL • Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. mesin ATM. Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).gov. ii. bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum 90 .my mulai 04 April 2011. dan iii. Sejarah. maklumat iklan. Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.moe. Pendidikan Syariah Islamiah.my bagi mendapatkan membuat permohonan. • Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6. CARA MEMOHON • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.gov. • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah. • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM.moe. • Dalam tempoh Kursus Persediaan. calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam tiga (3) mata pelajaran berikut: i.

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. PARCEL E KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA (u. Sabah No Telefon : 088 236804 URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak Jalan College 93259 Kuching. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 APRIL 2011 Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan : BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 3. BLOK E13. • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. Sarawak No Telefon : 082 258045 91 . Telefon : 03-88841260/1254/1253/1371/1235 URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar) No.

• Memberi penekanan kepada Sains dan Teknologi (S&T) serta membangunkan kemahiran dalam teknologi berasaskan maklumat supaya pengetahuan dapat diperoleh. • Menambah jumlah tenaga manusia yang lebih ramai dalam bidang S&T bagi mengambil peluang daripada kepesatan pengetahuan dan teknologi baru untuk mencapai pertumbuhan mapan. 92 .RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL ***Tarikh penting Permohonan Ditutup : 13 April 2011 Semakan Temuduga : 25 April 2011 Temuduga Semakan Tawaran Pendaftaran Admin: : 02 – 05 Mei 2011 : 21 Mei 2011 : 20 Jun 2011 Maklumat disini hanya ringkas sahaja. disebar. 7.sila rujuk lamanweb rasmi KPLSPM disini untuk maklumat lebih terperinci. • Mempercepatkan pencapaian nisbah 60:40 antara pelajar sains dan sastera. ialah. ditafsir dan digunapakai.3 Penyeliaan dan Pemantauan Program Cuba fikirkan apakah yang dimaksudkan dengan penyelian dan pemantauan program? Kenyataan Dasar dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001 – 2010).

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Malaysia sedang melaksanakan proses reformasi kepada PTV untuk menjadikannya lebih fleksibel. sehingga terdapat saling mengisi. 93 . Bincangkan bagaimana penyeliaan dan pemantauan program PTV dilaksanakan di negara ini. Sehubungan itu.4 Artikulasi dan Koordinasi Artikulasi Boleh dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu artikulasi mengufuk dan artikulasi menegak. keberkesanan dan kejayaan program-program ini memerlukan penyeliaan dan pemantauan yang berterusan. unit dalam pelaksanaan tugas-tugas tertentu. Artikulasi mengufuk merujuk kepada pemindahan kredit dari satu program kepada program yang lain pada satu tahap sama ada dalam institusi yang sama atau institusi yang lain. berkualiti tinggi. berupaya menyahut dan bertindak balas terhadap keperluan pasaran kerja yang dinamik dan mengurangkan kos terutama kepada pihak kerajaan. Orang yang menggerakkan / mengkoordinasi terdapat unsur-unsur mengurus untuk mencapai tujuan disebut koordinator Bincangkan bagaimana artikulasi dan koordinasi PTV dilaksanakan di negara ini. institusi. Namun. Manakala artikulasi menegak merujuk kepada pemindahan kredit dari satu institusi kepada institusi yang lain pada tahap yang lebih tinggi Koordinasi Merupakan suatu usaha kerja sama antara jabatan. banyak program PTV diperkenalkan bagi menjayakan dasar di atas. saling membantu dan saling melengkapi. 7.

).. Kementerian Belia dan Sukan. Queensland: Queensland Studies Authority. (1999). Majlis Amanah Rakyat (MARA). (2002). Content And Implementation (5th ed). sila baca buku ini…. Queensland Studies Authority (2003). Selain itu. New York: Routledge Falmer. C. R. 7. Maklumat lanjut. sila baca buku ini…. G. 94 .. Curriculum Development In Vocational And Technical: Planning.. Finch. Great Britain: Antony Rowe Ltd. terdapat juga PTV yang dilaksanakan oleh pihak-pihak swasta.5 Perbandingan Sistem Pentadbiran Cuba fikirkan bagaimanakah Sistem Pentadbiran PTV di Malaysia ? PTV di peringkat sekolah ditadbir oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.. Hope.R. ICT in design & technology.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Maklumat lanjut. (2004). dan Kementerian Sumber Manusia. Bandingkan Sistem Pentadbiran PTV yang dilaksanakan di negara ini dan luar negara. Aspects of Teaching Secondary Design and Technology: Perspectives On Practice.. ditadbir oleh agensi-agensi seperti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Technology: Initial In-Service Materials. in Gwyneth Owen-Jackson (ed. G. dan OwenJackson. J. & Crunkilton. Manakala PTV pada peringkat lepas sekolah menengah. Teaching Design and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Boston: Allyn and Bacon.

02 : Memberikan lebih autonomi kepada sekolah. penyelenggaraan dan analisis yang cekap. amanah serta berhemah.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Aktiviti 7 Soalan Esei Pengenalan Bagi melonjakkan institusi pendidikan. Ia telah dirangka satu strategi pelaksanaannya bagi meningkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah menerusi perolehan bahan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kewangan di sekolah. Setujukah anda bahawa masalah ini berpunca daripada kelemahan sistem pengurusan kewangan sekolah di semua peringkat termasuklah kelemahan merancang belanjawan panitia KHSR itu sendiri? Tugas Anda perlu jalankan satu tinjauan mengenai pengurusan kewangan berkesan di sekolah anda. Pengurusan kewangan perlu memanfaatkan sumber kewangan dengan kaedah pengurusan yang berkesan berdasarkan perancangan. Enrolmen tahunan semasa b. Peruntukan PCG bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup c. Masalah Pihak guru sentiasa menghadapi masalah untuk mendapatkan kelulusan pesanan perolehan barangan mahupun peralatan KHSR di sekolah kerana kekurangan atau ketiadaan peruntukan. Tinjauan anda perlulah meliputi beberapa aspek berikut iaitu: a. Pengagihan peruntukan kewangan mengikut rangka belanjawan tahunan semasa d. Perancangan Belanjawan Tahunan Semasa Panitia Kemahiran Hidup 95 . Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 pada Fokus 9.

4. perancangan pembelajaran dan strategi dan teknik pengurusan. penambahbaikan kualiti pengajaran PTV. menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan Kerangka Konsep Tajuk 8 Perkembangan Profesional Penambahbaikan Kualiti KEPIMPINAN DALAM PTV Peranan dan Tanggungjawab Perancangan Pembelajaran Strategi dan Teknik Pengurusan 96 . mensintesis maklumat daripada pelabagai sumber tentang kepimpinan dalam PTV 2. Hasil Pembelajaran: 1. peranan dan tanggung jawab panitia. menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan 3.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL TAJUK 8 Sinopsis: KEPIMPINAN DALAM PTV Membincangkan mengenai kepimpinan PTV dari aspek perkembangan profesional. meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan melalui perkembangan profesional. mengamalkan pengetahuan dan kemahiran tentang strategi dan teknik pengurusan. 5.

sekolah memerlukan pemimpin yang mampu menjana kecemerlangan pendidikan. 1983.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 8. kerana sekolah merupakan asas kepada bermulanya pendidikan formal seseorang individu itu. Hussien Mahmood. Berdasarkan laporan A Nation At Risk. 1984 di Amerika Syarikat dan kajian-kajian (Edmonds. Kesanggupan kerajaan membuat pelaburan yang banyak membuktikan bahawa bidang pendidikan merupakan bidang yang amat penting bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 iaitu ingin menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau di samping melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu.1 Perkembangan Profesional Cuba fikirkan bagaimanakah aktiviti perkembangan professional di sekolah anda membantu anda meningkatkan kualiti kepimpinan anda dalam pengurusan KHSR di sekolah? Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk sektor pendidikan bagi tahun 2009 hingga 2011. 1983. untuk memastikan pendidikan berjalan di atas landasan yang betul. 1979. kita perlu tahu tentang definisi dan maksud kepimpinan. 1993) didapati bahawa kepemimpinan pengetua atau guru besar merupakan penggerak utama bagi kejayaan sesebuah sekolah. Action For Excellence. memimpin bermaksud membimbing daya tenaga kakitangan bermaksud orang kearah penyempurnaan matlamat organisasi manakala pimpinan 97 . tanggungjawab yang amat berat ini terletak di bahu semua guru di sekolah. Bettter Edcuation for Michigan Citizen : A Blue Print For Action. Hodgets (1975) kepimpinan sebagai satu proses untuk mengarah daya usaha kakitangan supaya dapat mencapai matlamat organisasi. Menurut Koontz And O’Donnei (1972) kepimpinan adalah kemahiran untuk mempengaruhi kakitangan menyelesaikan tugas masing-masing dengan penuh minat dan berkeyakinan serta proses mempengaruhi orang lain. Sebelum mempelajari dengan lebih lanjut. Justeru itu.

Tidak ada penyeliaan Autokratik . Kepuasan kerja Menyelesaikan masalah Memuji dan mengkritik Memberi bimbingan dan tunjukajar Menentukan kriteria dan piawai prestasi Memberi sokongan moral Mendorong kearah pencapaian matlamat Ciri-Ciri Pemimpinan a.Secara perbincangan . f. b.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL yang bertanggungjawab untuk memberitahu kakitangan tentang rancangan yang akan dilaksanakan dan strategi untuk mencapainya. c.Keputusan sendiri .banyak Autonomi . Kecerdasan Bermotivasi – motivasi dalaman dan dorongan pencapaian Sikap – sikap dan hubungan yang baik Matang – matang dalam bersosial Cuba anda bincangkan diantara rakan sekerja secara ringkas mengenai jenis kepimpinan yang ada sekarang. c. e. Kepimpinan membantu pekerja melalui beberapa peranan seperti: a.Membuat semua keputusan JENIS KEPIMPINAN Demokratik . d. d. b. Laiissez Faire .Keputusan secara bersama Rajah 9 : Jenis Kepimpinan 98 . g.

c. daya pengeluaran dan kepuasan Menghormati individu & Kumpulan pengikut Menunjukan minat untuk diterima ahli Komunikasi terbuka Gaya kepemimpinan ialah cara pemimpin memimpin (Smith. d. 99 . b. memberikan arahan. b. Gaya kepemimpinan mengarah (Directive Leadership) iaitu merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang menjelaskan kehendak. f. Mengambil keputusan secara sendirian / berpusat sebagai ketua Perlaksanaan perancangan tidak selaras dengan polisi yang ditetapkan atau diperbincangkan Bertindak tanpa mengambil kira individu Objektif dicapai secara paksaan Tidak mahu mencampuri atau melibatkan diri Tidak menggalakkan komunikasi secara terbuka Mengambil kira pandangan kumpulan Perlaksanaan perancangan selaras dengan polisi yang ditentukan secar perbincangan Mempertingkatkan daya kreatif. Dalam teori ini House dan Mitchell memperkenalkan empat gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua/guru besar. tepat dan mengarah orang bawahan mengikut peraturan dan prosedur. e. Birokrat a. d. e. f. c. Kita boleh menggunakan teori Laluan-Matlamat yang diperkenalkan oleh House dan Mitchell (1974). 1989) atau cara pengetua mempengaruhi tingkah laku pengikutnya untuk mencapai matlamat organisasi. Gaya-gaya tersebut adalah seperti berikut: a.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Jenis-Jenis Tingkahlaku Pengetua Demokrat a.

Gaya kepemimpinan berorientasikan pencapaian ( Achievement Oriented Leadership) iaitu merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang menyediakan matlamat yang mencari kemajuan pencapaian.Perubahan dari silibus . Faktor Kurikulum . Di sini terdapat beberapa faktor yang perlu anda ketahui dalam penambahbaikan kualiti pengajaran PTV iaitu: a. Gaya kepemimpinan menyokong (Supportive Leadership) iaitu merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang bertimbang rasa.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL b.2 Penambahbaikan Kualiti Pengajaran PTV Sebagai seorang guru kita perlu memikirkan bagaimana caranya untuk membuat penambahbaikan kualiti pengajaran PTV di sekolah.Silibus berkaitan dengan industri dan kehendak semasa 100 . c. mengutamakan kecemerlangan dan menunjukkan keyakinan bahawa orang bawahan akan mencapai tahap yang tinggi dalam tugas. d. menunjukkan prihatin terhadap kesejahteraan orang bawahan dan mewujudkan iklim kemesraan dalam kumpulan kerja. Fikirkan sejenak! Bagaimanakah pihak pengurusan anda membuat penambahbaikan terhadap perkembangan profesionalisme anda di sekolah? 8. Gaya kepemimpinan penyertaan ( Participative leadership) iaitu merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang meminta pandangan orang bawahan dan menggunakan pandangan mereka sebelum membuat sesuatu keputusan.

eprints. Faktor Perkembangan Staf bagi pengajar .Peralatan dan kemudahan c.edu.my dan www.Pendedahan kepada kemahiran ICT d.berasaskan ketrampilan Untuk menambahkan pengetahuan dan maklumat mengenai kualiti pengajaran anda boleh melayari laman web www.Simulasi e.secara formatif dan summatif . Faktor Infrastruktur .uum.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL b. kolabrotif . Faktor Kaedah Pengajaran .my 101 .peningkatan kemahiran kepada guru (Kursus peningkatan diluar negara Dan dalam) f. Faktor Latihan Perguruan .Berasaskan kopentensi . Faktor Penilaian .penggunaan ICT .kaedah secara konteksual.pkukmweb.ukm.Kurikulum yang releven .Bangunan .

g. Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah 102 . Membuat pesanan bahan dan alatan. anda pasti akan terlibat dengan satu atau lebih panitia mata pelajaran di sekolah anda. Panitia merupakan sekumpulan guru yang mengajar mata pelajaran yang sama khususnya Panitia KHSR. (Sekolah kecil boleh digabungkan panitia mata pelajaran. h.3 Peranan dan Tanggungjawab Panitia Cuba fikirkan bagaimanakah Panitia KHSR di sekolah anda membantu anda dalam pengurusan bilik darjah di sekolah? Sebagaimana yang anda ketahui. Menjalankan mesyuarat panitia. Menyelaras sukatan dan rancangan pelajaran tahunan. Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. c. Mengagihkan tugas mengajar serta tanggungjawab pengurusan. e. Membuat anggaran belanjawan tahunan. Antara peranan dan tanggungjawab ketua panitia KHSR ialah.) i. f. semester dan bulanan. penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada guru-guru KHSR. memainkan peranan yang penting di samping Ketua panitia mengurus. a.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 8. Menguruskan sesi perkembangan professional staf. b. d. bertanggungjawab merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan lancar. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang kemaskini.

b. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan. Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. a. ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan panitia berhubung dengan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli keperluan pengajaran dan pembelajaran. sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas. Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini kegunaan ahli-ahli panitia. untuk 103 . Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. sama ada untuk untuk mendapat kepada Guru Besar atau Pengetua Penolong penyelesaian atau untuk makluman l. Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaan masalah atau berhubung dengan isu-isu atau masalahkurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia Kanannya.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL j. k. Fikirkan sejenak! atas? Adakah ketua panitia KHSR anda menjalankan tugas di Antara peranan dan tanggungjawab panitia KHSR yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah. Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan.

Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka. f. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain. k. e. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila dan jika perlu h. pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan 104 . j.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL c. Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah. d. mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahankelemahan pengajaran dan pembelajaran. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalahmasalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung denga kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut. i. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan g.

emosi.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL l. rohani dan intelektual pelajar. pengajaran harian (RPH). surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan. m. Rancangan pengajaran dan pembelajaran perlu disediakan lebih awal supaya ia dapat digabungkan unsur pengetahuan. Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia. kemahiran dan nilai selaras dengan perkembangan jasmani. n. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat. Sumber : SPI Bil: 4/1986 8.4 Perancangan Pembelajaran Perancangan pembelajaran adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan penbelajaran mengikut keperluan kurikulum KHSR. Perancangan pembelajaran ini boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu rancangan tahunan/ rancangan semester dan rancangan Apakah yang akan anda titikberatkan semasa menyediakan rancangan tahunan/rancangan semester dan rancangan pengajaran harian? 105 .

mereka boleh memilih samada menggunakan strategi pengurusan saintifik. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi dan mengarahkan ahli-ahli dalam panitia supaya mereka turut menyumbang ke arah pencapaian matlamat panitia dan seterusnya sekolah. anda biasanya sering mengamalkan pelbagai strategi dan teknik pengurusan yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak sekolah seterusnya pelajar. perlakuan dan terkandung dalam sesuatu kaedah. 106 .RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 8. Terutamanya kepada ketua panitia. kemahiran guru. Selaku guru. Manakala teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang Teknik merangkumi aktiviti. pengurusan pentadbiran ataupun pengurusan birokrasi. Di mana ketiga-tiga strategi ini saling berkaitan antara satu sama lain dan ia boleh digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian persekitaran budaya kerja di sekolah. Kenalpasti ketiga-tiga jenis strategi berkenaan dan sila buat rujukan dari manamana bahan bercetak mahupun media elektronik.5 Strategi dan Teknik Pengurusan Strategi merupakan kaedah dan teknik yang dirancang dan digunakan dalam satu-satu pengurusan pengajaran.

IV. IV dan V sahaja III . mengumpulkan segala komponen pekerjaan ke dalam satu struktur yang mantap memimpin dalam proses perancangan dengan cara membuat keputusan yang tegas. dan III sahaja I . mengenal pasti matlamat dan objek serta menetapkan kaedah pencapaian yang paling berkesan.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Aktiviti 8 Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. (A) (B) (C) (D) I . II. Menyambut seruan pendidikan sepanjang hayat Mengemaskini kemahiran seiring perkembangan terkini Antara yang berikut . Antara pernyataan di bawah yang manakah bukan matlamat perkembangan profesional dalam pendidikan teknik dan profesional? (A) Mencungkil potensi guru (B) Meningkatkan keyakinan diri guru (C) (D) 2. III. II. V menyusun dan menjelaskan kaedah dan prosedur. IV dan V sahaja 107 . Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas PEMBELAJARAN KENDIRI 3: 1. pernyataan manakah menjelaskan konsep pengelolaan dalam proses pengurusan I. II dan IV sahaja II . membentuk struktur kuasa dan menyelaraskan jentera pelaksanaan.

Soalan Esei Memimpin sebuah organisasi bukanlah satu tugas yang mudah. nanti engkau diramaskan. kepimpinan bukanlah satu misi yang mustahil bagi setiap orang yang mahu menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Dalam hubungan ini.” 108 . pepatah Arab berikut adalah relevan dan dapat dijadikan panduan dalam kepimpinan. keberkesanan. Hal ini jelas seperti apa yang dikatakan oleh Oliver Wendell Holmes.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 3. keunggulan dan kecemerlangan bergantung kepada kepimpinan sebuah organisasi. personaliti dan visi. nanti engkau dipatahkan. pengetahuan. Sungguhpun begitu. “Jika engkau terlalu keras.” Jadi. Ia memerlukan gabungan ilmu. Terdapat juga dikalangan pemimpin yang memerlukan suntikan semangat dan wawasan bagi menterjemahkan bentuk kepimpinannya yang tidak terlalu autokratik atau terlalu lembut kepada satu bentuk kepimpinan yang berkualiti dan berkesan. “Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di hadapan kita adalah perkara yang kecil berbanding dengan apa yang ada di dalam diri kita. Justeru. bertindaklah secara sederhana kerana sederhana itu adalah bijaksana. Jika engkau terlalu lembut. diri pemimpin dan apa yang tersirat di dalam dirinya adalah penting dalam manifestasikannya menjadi sebuah realiti. Seorang pemimpin berkesan sentiasa melihat kejayaan organisasinya sebagai satu usaha yang berterusan antara dirinya dengan semua anggota dalam organisasi itu.

Kenalpasti gaya Kumpulkan kepimpinan manakah yang menjadi amalan mereka.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Masalah Adakah anda mengetahui serta dapat mengenalpasti gaya kepimpinan jenis manakah yang menjadi amalan pihak pengurusan di sekolah anda? Tugasan Jalankan pemerhatian terhadap guru besar/penolong kanan dan ketua panitia KHSR dengan menggunakan senarai semak di Lampiran 3. Edarkan senarai semak seperti di Lampiran 3 kepada responden yang telah anda pilih. 109 . Panduan analisis skor pada Lampiran 5 telah dilampirkan sebagai rujukan anda. semula senarai semak berkenaan dan buatkan analisis dengan menggunakan borang skor yang disediakan seperti di Lampiran 4.

2. mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan mentaksir dalam pembinaan kit pembelajaran. PERLAKSANAAN DAN PENILAIAN PTV Sinopsis: Membincangkan mengenai proses perancangan. 3. 5. PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PTV . Hasil Pembelajaran: 1. 4. menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan kaedah menilai dan mentaksir dalam PTV Kerangka konsep tajuk 9 Pengajaran dan pembelajaran PTV Pembinaan kit pembelajaran Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi 110 PROSES PERANCANGAN. Pembinaan kit pembelajaran dan Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah. menginterpretasikan bahan kurikulum yang relevan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran mengenalpasti sumber yang berkaitan dengan konteks perancangan.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL TAJUK 9 PROSES PERANCANGAN. membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjana idea baru dalam konteks PTV. pelaksanaan dan penilaian PTV. perlaksanaan dan penilaian PTV dari aspek Pengajaran dan pembelajaran PTV.

tentang perlunya proses perancangan PTV yang dilaksanakan di Malaysia Sebelum mendalami lagi mengenai tajuk ini. Tujuan anda mengajar adalah untuk menukarkan tingkahlaku hasil daripada pengetahuan dan kepercayaan baru oleh pelajar. 9. Di mana berlaku komunikasi secara lisan ataupun bukan lisan bagi membolehkan berlakunya pemindahan ilmu dan maklumat kepada pelajar khususnya dalam bidang PTV. Perubahan ini hendaklah berlaku dalam jangka masa yang agak lama. anda perlu faham tentang perkara-perkara yang menjadi panduan sebelum menyediakan sesuatu program.1. Pengajaran ini melibatkan hubungan satu hala ataupun dua hala. apakah maksud pengajaran dan bincangkan apakah perbezaan di antara pengajaran dan pembelajaran? Sememangnya telah kita ketahui bahawa pengajaran merupakan satu proses memberi maklumat.1 Proses perancangan PTV Cuba anda fikirkan seketika.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 9. tekal dan kekal. Ia boleh jadi baik atau buruk.1 Pengajaran dan Pembelajaran PTV Fikirkan seketika. pembelajaran ialah satu proses yang melibatkan segala perubahan atau modifikasi tingkah laku akibat daripada pengalaman yang berulang. pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar secara langsung. latihan atau interaksi dengan persekitaran. Menurut Vernon (1980). Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut : 111 .

Matlamat Matlamat KHSR bertujuan membolehkan memperolehi kemahiran praktis berasaskan teknologi keusahawanan dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja buat sendiri serta cenderung berurusniaga dan mereka cipta e. Visi Merujuk kepada hala tuju yang menjadi matlamat jangka panjang program mengikut perspektif yang lebih luas c. Contoh: Mewujudkan modal insan yang berkebolehan dan berketrampilan b. Kaedah penyampaian Bagaimana isi pelajaran disampaikan dengan lebih berkesan dan bermakna. visi dan nilai asas program tersebut f. Contoh: 112 . Misi Sesuatu matlamat yang ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh tertentu selaras dengan visi yang telah ditetapkan. Isi pelajaran Kandungan mata pelajaran yang releven dengan keperluan masyarakat selaras dengan dasar dan falsafah kebangsaan g.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL a. Objektif Objektif merujuk kepada komitmen pengurusan & pentadbiran untuk mencapai matlamat prestasi serta dalam masa yang telah ditetapkan – di mana hasil yang dicapai mempunyai hubungan secara langsung dengan strategi. d. Menentukan rasional Sebab kenapa perlunya program diadakan.

simulasi. permainan. pelaksanaan. Tenaga Kerja Guru terlatih. buku rujukan dsb. tinjauan dan lawatan h. Kajian reka bentuk dan kefungsian produk. 113 . Ini dilakukan dalam subjek reka cipta. merancang kaedah penyampaian) Penyampaian ( Motivasi. penilai j. merancang bahan dan alatan. iii. Bagi KHSR elemen ini merangkumi aspek pendedahan kepada asas reka cipta. penyeliaan & bimbingan) Penilaian Dapatan dari segi kemahiran. pembantu bengkel atau makmal. pencapaiannya hendaklah dibuat melalui aktiviti. pengetahuan dan nilai serta hasil kerja 9. arahan aktiviti. Penilaian Peracangan (merancang aktiviti projek. i. Ini dilakukan dalam kerja amali. Rancangan pelaksanaan Selaras dengan penekanan MP KHSR kepada penguasaan kemahiran.maian peranan. kemudahan-kemudahan bengkel . tunjuk cara kemahiran. bengkel. bercerita. kemudahan P&P. mengenal idea berdasarkan gambar atau objek. Pelaksanaan aktiviti mengikut peringkat i.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL tunjukcara. ii. Keperluan Fizikal /Infrastruktur Penyediaan infastruktur dan kemudahan pembelajaran seperti bangunan. sumbang saran. kajian.1. pembina kurikulum. k.2 Penjanaan Idea Dalam Konteks PTV Penghasilan idea yang kreatif dalam mereka bentuk produk. temu bual.

Pendekatan Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Cuba perhatikan Rajah 10 dan Rajah 11 di bawah.1 Pendekatan Masteri Bagaimanakah pendekatan masteri memberi kesan kepada pencapaian prestasi pelajar? Berikan pandangan anda. pembelajaran yang berkesan.1.1. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk perenggan berikutnya: 9.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Amalan Reflektif Kritis Pengajaran dan Pembelajaran melalui amalan refleksi kritis dimana ia mengaitkan masa silam pengalaman pelajar dengan membuat releksi secara kritis seperti kebolehan untuk menilai kemunasabahan idea. Terdapat beberapa pendekatan yang perlu diketahui oleh setiap orang pendidik. Adakah anda tahu tentang pendekatan tersebut ?. Ia menunjukkan prinsip asas pendekatan masteri yang diperlukan bagi melaksanakan proses pengajaran dan 114 .3.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 9. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Rajah 10: Prinsip Asas Pendekatan Masteri Mari kita teliti model pendekatan masteri berikut. Rajah 11: Model Pembelajaran Masteri 115 .

murid dengan guru 116 . b. d. Pendekatan konstektual merupakan satu pendekatan membolehkan murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna. Kaedah pembelajaran konstektual adalah merupakan : a. a. makmal. b. Satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu. e. d.3.2 Pendekatan Konstektual Tahukah anda bahawa konstektual berasal dari bahasa Latin ( con = with + textum = woven).1. sahaja Adakah pendekatan konstektual ini melibatkan aktiviti hands-on ataupun aktiviti minds-on sahaja? Berikan pandangan anda mengenainya. masyarakat dan alam pekerjaan Pembelajaran yang dirancang mengikut konteks yang berasaskan kepada kurikulum dan objektif pembelajaran Pembelajaran secara kontekstual menyediakan secara konkrit yang melibatkan hands-on dan minds-on Hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara bermakna kepada mereka Melibatkan pelbagai aspek seperti bilik darjah. Kita ketahui bahawa minda individu akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 9. Guru sebagai fasilitator dan pengajaran berpusatkan murid Menerapkan konsep ‘Competency Based Education’ Tayangan video berkaitan dengan tajuk dan situasi tempat kerja Perbincangan sebelum dan selepas setiap unit menerusi interaksi murid dengan murid. c. c. tempat kerja dan kehidupan seharian Konsep pembelajaran secara konstektual adalah seperti berikut.

f. Budaya Fazikal Konteks yang pelbagai Sosial Psikologi Rajah 12 : Konteks Yang Pelbagai Pendekatan kontekstual merentasi pelbagai disiplin ilmu yang merangkumi Matematik. teknik dan vokasional. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid merujuk rajah 12.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL e. Menggunakan pendekatan ‘Cooperative learning’ Melaksanakan aktiviti kerja amali di makmal secara ‘ hands-on’ berkaitan situasi tempat kerja Teori pembelajaran secara kontekstual merupakan satu proses pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka dimana pengetahuan sedia ada digabungkan dengan pengetahuan baru. dan kemanusiaan. Experiencing. Applying. Kaedah pembelajaran konstektual juga boleh disimpulkan dalam satu model yang dinamakan REACT (Relating. Cooperating dan Transfering) 117 . sains komunikasi.

R (Relating) – menghubung kait E (Experiencing) . murid akan melalui satu ataupun lebih proses berikut: a. bateri.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL dan semasa proses pembelajaran secara konstektual. Contoh: Mengesan pengaliran arus elektrik dengan membuat penyambungan litar mudah menggunakan mentol.mengaplikasi C (Cooperating) . penemuan dan reka cipta. 118 . d. b.bekerjasama T (Trasfering) – memindahkan Relating (Menghubung kait) Pelajar belajar dalam konteks menghubungkait pengetahuan atau konsep baru dengan pengalaman hidup mereka. guru membawa pelajar melawat ke stesyen penjana elektrik atau tempat air terjun di kawasan sekolah Experiencing (Mengalami) Belajar dengan cara meneroka.mengalami A (Applying) . e. Membuat projek atau demonstrasi dimana konsep ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian. c. Contoh: Memahami konsep baru tentang aliran elektrik. Applying (Mengaplikasikan) Konsep yang dipelajari boleh digunakan dalam situasi lain.

3 Pendekatan Konstruktivisme Tahukah anda bahawa terdapat dua corak pemikiran utama dalam konstruktivisme. Ilmu pengetahuan di bina ke dalam struktur kognitif murid hasil pengalaman mereka dengan alam sekitar. memberi maklumbalas. Tahukah anda bahawa struktur pengetahuan ini kadangkala menjadi penghalang yang kuat kepada pembelajaran dan perubahan konseptual murid-murid. Contoh: Telah mempelajari teori elekronik dan memindahkan dalam mereka bentuk projek elektronik Fikirkan sejenak! Bagaimanakah aplikasi pendekatan konstektual ini dalam mata pelajaran KHSR? 9. Contoh: Melakukan kerja secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah Transferring (Memindahkan) Pemindahan pengetahuan yang sedia ada kepada pengetahuan baru. 119 . Apakah perbezaan di antara pendekatan konstruktivisme dengan pendekatan konstektual? Jika kita teliti maksud konstruktivisme.1. berinteraksi dan berkomunikasi. ia memberi penekanan kepada proses pelajar membina pengetahuan melalui proses psikologi yang aktif.1.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Cooperating (Bekerjasama) Bekerjasama.

1. Menghasilkan lakaran-lakaran perkembangan idea selanjutnya. a. bersesuaian dengan idea asal. e. belajar. komunikasi. Pengalaman lalu yang berbeza dengan fakta sebenar perlu ditinggalkan. c. menilai. 9. urus diri dsb. Menghasilkan rupa dan bentuk projek secara lakaran.1.4 Perkembangan kemahiran Perkembangan kemahiran individu dilakukan melalui proses latihan yang merangkumi kemahiran berfikir.5 Kemahiran perkembangan idea melalui lukisan Kemahiran mengeluarkan idea dan berkongsi pandangan melalui gambar atau lukisan.1. Menganalisis lakaran-lakaran reka bentuk yang telah disediakan. f. 1983). b. Penstrukturan semula idea mesti dilakukan untuk mengasingkan atau mengukuhkan pengalaman lalu dengan pengalaman baru. merancang. Ini boleh dilakukan dalam aktiviti Prekaan Projek contohnya dengan. Pengalaman pembelajaran dibilik darjah akan mempengaruhi schemata struktur kognitif mereka (Osborne & Wittrock. 9. 120 . Melakar dari berbagai-bagai sudut pandangan. melakukan aktiviti & tugasan mengikut bersosial. Secara tidak langsung pendekatan konstruktivisme ini akan mengubah kaedah pengajaran guru yang biasa kepada kaedah yang menjurus kepada membina dan menyusun skema konsep yang lebih mantap ke arah kecemerlangan dalam akademik. analisa.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Pengalaman pembelajaran bermula dengan pertembungan perkara baru yang wujud dalam struktur kognitif murid-murid. Menghasilkan lakaran awal reka bentuk idea yang telah di pilih. spesifikasi. Menghubung kait lakaran-lakaran idea yang telah dibuat. penulisan. d.1.

f. i. g. d. e. c. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran Menggalakkan murid bertanya dan berdailog dengan murid dan guru Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen Menyokong pembelajaran secara koperatif Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dangan situasi dunia yang sebenar (PPK 2001) 121 .RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Implikasi daripada pengeritan konstruktivisme iaitu: a. b. b. c. d. Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Guru beperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut Guru beperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru (PPK 2001) Ciri-ciri Pembelajaran secara konstruktivisme iaitu: a. h. e.

c. yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima dimana perisian pendidikan seperti ini mudah diadaptasi oleh guru. b. model transmisi. Lebih berfikir Lebih seronok Lebih berkemahiran sosial Lebih yakin Lebih ingat Lebih faham (PPK 2001) 9.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme iaitu: a. d. 122 . f. Kit pembelajaran ialah alat yang membantu proses P&P supaya lebih berkesan. simulasi atau kit ujikaji. Sila senaraikan jenis-jenis kit pembelajaran yang sesuai untuk mengajar mata pelajaran bidang PTV. Menurut Clack dan Sun (1996). e. sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P. CD ROM model.2 Pembinaan Kit Pembelajaran Tahukah anda apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih kit pembelajaran yang sesuai bagi mata pelajaran bidang PTV?. Ia boleh dalam bentuk perisian.

cakera keras ataupun laman web. c. Secara umum setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut: a. Dapat mengindividukan pembelajaran Murid belajar mengikut kemampuan sendiri Meningkatkan motivasi murid untuk belajar Murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang minimum 9. b.uwf. b. c. mempersembahkan maklumat membimbing menyediakan/memberi latihan menilai pencapaian Rujuk http://www. Penilaian dan pentaksiran merupakan suatu proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan pelajar dengan menggunakan pelbagai kaedah.edu/cie/tutorials/technolo/coursew/crsware. d. 123 .3 Kaedah Menilai dan mentaksir Pengetahuan dan Kemahiran bagi Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah Setiap guru perlu tahu mengenai maksud kaedah penilaian dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran iaitu a.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Bagaimana ICT digunakan untuk pembelajaran Alat ICT yang selalu diguna untuk pembelajaran ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM. d.htm Kelebihan Mengguna ICT a.

Memastikan murid bertambah maju Penilaian dan pentaksiran dijalankan di peringkat sekolah dan peringkat pusat. Ini membolehkan para guru mengambil tindakan susulan yang berkesan. Proses ini hendaklah dijalankan secara berterusan. terancang dan lebih strategik. Kedua-dua peringkat penilaian ini saling melengkapi dan bertujuan untuk memastikan matlamat pendidikan negara tercapai. i. j.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL b. Aspek yang dinilai secara ujian bertulis ialah:i. Ia dilakukan secara pemerhatian aktiviti dan juga projek yang dijalankan. pemeriksaan atau pentaksiran terhadap hasil kerja bertulis dan karya pelajar b. perlakuan. iii. Penilaian bukan sahaja terhad kepada ujian dan peperiksaan malah penilaian juga merupakan sebahagaian daripada proses pengajaran dan pemelajaran. d. e.1 Penilaian Secara Ujian Bertulis a.3. g. f. h. Senarai semak adalah satu kaedah merekod maklumat penilaian. Penilaian perlu dicatatkan. hasil daripada penilaian ini maka kekuatan dan kelemahan para pelajar dapat dikenal pasti. Ia merupakan penilaian yang melibatkan aktiviti penyemakan. 9. c. Semua penilaian hendaklah direkodkan kedalam rekod profil dan buku rekod mengajar. k. Penilaian juga dilakukan terhadap tahap penguasaan dan pencapaian kemahiran. pengetahuan. amalan. ii. serta nilai dan sikap murid. Sebaliknya penilaian menekankan kepada murid dapat menguasai semua aspek. Penguasaan pengetahuan Penguasaan kemahiran belajar Pemahaman konsep 124 .

skala kadar. xi. Aspek yang diperhatikan menyeluruh. persekitaran. rekod profil dan lain-lain. rekod anekdot. Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.3.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL iv. bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.2 Penilaian Melalui Pemerhatian Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan. x. afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan 125 . Kemahiran bahasa Kemahiran berfikir Pewujudan emosi dan perasaan Perkembangan minat Perkembangan bakat Amalan nilai positif Perkembangan daya kreatif Perubahan sikap. viii. vii. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak. vi. 9. Fikirkan sejenak! Bagaimanakah bentuk penilaian berasaskan rubrik? Bagaimanakah ia dilaksanakan dalam bidang PTV? Dapatkan maklumat lanjut mengenainya. meliputi aspek kognitif. v. ix.

psikomotor.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Jenis Pemerhatian Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati. e.3. d. dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang menggunakan instrumen seperti senarai semak. iaitu:a. b. rubrik yang merangkumi aspek kognitif.3 Strategi Pelaksanaan Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. bahan dan persekitaran c. rekod anekdot.3. dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan 9.4 Fungsi Pendekatan Masteri Penilaian melalui pemerhatian : • • • digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek 126 . c. b. Antaranya ialah a. afektif. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran ( interpretation) dan tanggapan (judgement) Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended” Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang 9.

c. pemudahcara.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindakan susulan yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti • • • menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan meningkatkan motivasi pelajar mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat. d. Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran. Pemerhatian yang terancang membantu guru : a. b. pendidik dan mentor. rakan sebaya dan terhadap diri sendiri Anda boleh gunakan contoh senarai semak seperti di Lampiran 6 untuk menilai kerjasama antara ahli dalam kumpulan semasa membuat aktiviti pemerhatian di dalam kelas anda semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. 127 . f. e.

128 . bahawa portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur.3. lembaran kerja.penilaian kendiri atau penilaian guru c. Bukti prestasi pelajar seperti kertas ujian yang telah disemak. CD. Tahukah anda Ia memerlukan perancangan.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 9. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.seperti esei. Jika diteliti kandungan portfolio. grafik organizer. latihan. laporan.5 Penilaian Portfolio Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu. rakaman audio/video) b. Bahan bukti pembelajaran (learning evidences) yang releven dan dihasilkan oleh pelajar sendiri . pelaksanaan dan penilaian yang teliti. refleksi pelajar yang dibuat dari semasa ke semasa berkaitan tugasan. kita dapati ia boleh ditentukan oleh pelajar atau guru atau secara kolaborasi oleh kedua-dua pihak. a. (cetakan. penilaian rakan sebaya. disket. aktiviti/pengalaman pembelajaran yang dilalui (sama ada dengan menggunakan grid refleksi atau format bebas) dan lain-lain yang releven. Kandungan boleh terdiri daripada. Bahan-bahan rujukan.

dengan penilaian berasaskan projek? 129 .RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Terdapat 3 peringkat dalam menilai portfolio iaitu. Variasi isi yang sesuai Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan kumpulan sasar yang berlainan Ini akan menentukan markah portfolio Mengambil kira markah yang diberi kepada tiaptiap peringkat dan lain-lain bukti seperti nota anekdot dan refleksi pelajar. 2. Bincangkan apakah perbezaan di antara penilaian berasaskan kompetensi. Anda boleh menggunakan contoh senarai semak portfolio di lampiran 7 sebagai panduan semasa membuat penilaian ke atas portfolio murid anda.Penilaian Awal Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama perancangan portfolio. Struktur dan organisasi 3. Senarai ciri-ciri paling penting 4. Penentuan gred Kriteria penilaian: 1. Strategi pengurusan 4. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut kriteria dengan skala Contoh: Sangat Tinggi (5) Tinggi (4) Sederhana (3) Rendah (2) Sangat Rendah (1) 3. Pemikiran dan isi 2. 1.

edu.pdf http://www. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.pdf Aktiviti 9 Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Dapatkan maklumat lanjut mengenai penilaian berasaskan kompetensi dalam website berikut: http://agtraining.ncver. Menentukan misi Menentukan ideologi Menentukan rasional Menentukan matlamat Antara yang berikut .au/teaching/publications/2022.au/research/proj/nr9035.ncver.edu.html http://www.tamu. (A) (B) (C) (D) 2. Antara yang berikut ciri manakah tidak terdapat dalam proses perancangan PTV. 1. aktiviti manakah yang menjadi utama sekiranya pengajaran dan pembelajaran berasaskan refleksi kritis digunakan ? (A) (B) (C) (D) menambahkan bilangan idea menyusun idea dalam susunan baru membuat keputusan yang muktamad menyenarai pendek saranan kepada beberapa pilihan 130 .edu/handouts/Competency-Based-Performance-Ag.

Dalam pembinaan kit pembelajaran . membandingkan hasil kerja pertukangan mereka dengan model yang ditinggalkan oleh guru ? (A) (B) (C) (D) kendiri berasaskan projek pendekatan masteri berasaskan kompetensi 5. Terdapat pelbagai kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran RBT di sekolah rendah selain daripada ujian bertulis .RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 3. ciri manakah yang sepatutnya dijadikan perkiraan utama ? (A) (B) (C) (D) mengintegrasikan pelbagai idea memupuk pembelajaran secara bestari menarik perhatian murid – murid secara berpanjangan menggalakkan pembelajaran secara kolaborasi sahaja 4. dari masa ke masa . 131 . (a) (b) Huraikan secara ringkas dua butiran yang perlu ada pada rubrik penilaian Senaraikan tiga ciri portfolio yang layak dipertimbangkan untuk markah ‘baik’ . Apakah bentuk pentaksiran jika murid sendiri .

Berikan contoh – contoh yang berkaitan (b) Pendekatan penilaian berasaskan kompetensi menawarkan kelebihan kepada para pelajar RBT . Jelaskan sekurang – kurangnya lima kelebihan tersebut . Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menilai dan mentaksir pengetahuan serta kemahiran dalam RBT (a) Terangkan apa yang anda faham tentang pendekatan kontekstual dalam penilaian mata pelajaran RBT di sekolah rendah . 132 .RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 6.

2. membina dan mempertahankan hujahan yang berasas tentang isu pendidikan RBT dalam dan luar negara Kerangka Konsep Tajuk 10 Peluang kerjaya dan masa depan PTV Prospek PTV Dalam Pembangunan Pendidikan Negara Prospek PTV Perbandingan prospek PTV dalam dan luar negeri 133 . mensintesis maklumat daripada pelabagai sumber tentang prospek RBT dalam dan luar negara. Hasil Pembelajaran: 1. pelajar mengenalpasti sumber yang berkaitan dengan peluang kerjaya dan masa depan RBT.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL TAJUK 10 PROSPEK PTV DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN NEGARA DAN LUAR NEGARA Sinopsis: Membincangkan mengenai prospek PTV dalam pembangunan pendidikan negara dari aspek peluang kerjaya dan masa depan PTV. perbandingan prospek PTV dalam dan luar negara. prospek PTV. 3.

Murid akan dilatih dalam bentuk “working technologically” yang menyediakan peluang kepada pelajar belajar dalam konteks sebenar. sila baca buku ini…. G.. Teaching Design and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. dan Queensland Studies Authority (2003).. Pendidikan teknik dan vokasional diperluaskan melalui penambahan bilangan institusi-institusi pendidikan teknik dan vokasional. Bincangkan peluang kerjaya dan masa depan RBT di negara kita. (2004). Manakala RBT diperkenalkan bagi menyediakan murid untuk terlibat dalam bidang teknologi yang sentiasa berubah-ubah dengan pantas. Technology: Initial InService Materials. Queensland: Queensland Studies Authority 134 . Maklumat lanjut. cuba fikirkan apakah cabaran yang dihadapi dalam mengembangkan PTV dalam pembangunan pendidikan negara? Dalam Laporan Kabinet mengenai Pelaksanaan Polisi Pendidikan Negara (1979). Hope. Sehubungan itu. Great Britain: Antony Rowe Ltd.1 Peluang Kerjaya Dan Masa Depan RBT Pendidikan Teknik dan Vokasional terus berkembang dan kekal relevan dalam memacu pembangunan negara. telah mencadangkan agar pendidikan teknik dan vokasional dikembangkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 10.

G (ed). or design. to equip pupils for their futures.” (Googin. pembangunan modal insan dalam bidang teknik dan vokasional perlu dilakukan secara serius dan berterusan. Design and Technology is uniquely placed both to consider the issues of sustainability and to deliver understanding via practical project-work. Sehubungan itu.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL 10. 2003: page 4) “As an area in the curriculum which always causes pupils to look into the future and produce answer to needs by practical application. P. having done it. and. We are suggesting that this fundamental aspect of the subject has the ability that no other curriculum area has. practices and dispositions that enable them to identify and capitalise on opportunities in innovative. cuba fikirkan prospek pendidikan teknik dan vokasional di negara kita? “By ‘working technologically’ students develop knowledge. bincangkan prospek RBT di dalam sistem pendidikan di negara kita. The critical thing in all of this is that pupils are aware of their ability to choose.’ (Queensland Studies Authority. They also consider the impacts or consequences of such products on individuals. They create products in response to needs. communities and environments.2 Prospek RBT Dalam usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.. creative or practical ways. wants or opportunities. 2002. are made aware of the consequences of their decisions and endeavours. in Owen-Jackson. T. a certain course of action. 135 . and evaluate their products and those of others. & Lawler.) Berdasarkan kepada pernyataan di atas.

136 . Great Britain: Antony Rowe Ltd. sila baca buku ini…. Aspects of Teaching Secondary Design and Technology: Perspectives On Practice. Maklumat lanjut. Queensland Studies Authority (2003). dan OwenJackson.). G.. (2004). Teaching Design and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Technology: Initial InService Materials. Aspects of Teaching Secondary Design and Technology: Perspectives On Practice. G.. Hope. Queensland Studies Authority (2003). Teaching Design and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Queensland: Queensland Studies Authority..3 Perbandingan Prospek RBT Dalam dan Luar Negara Mata pelajaran Kemahiran Hidup diperkenalkan dalam sistem pendidikan di negara kita. G. Sehubungan itu. (2002). dan Owen-Jackson. Technology: Initial In-Service materials.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Maklumat lanjut. Hope. (2004). New York: Routledge Falmer. G. cuba fikirkan apakah kepentingan mata pelajaran kemahiran didedahkan kepada murid ? Bagaimanakah RBT dilaksanakan di negara kita? Bandingkan prospek RBT di dalam dan luar negara kita. New York: Routledge Falmer. ICT In Design & Technology. 10. sila baca buku ini…. in Gwyneth Owen-Jackson (ed. in Gwyneth Owen-Jackson (ed. ICT In Design & Technology. (2002). Queensland: Queensland Studies Authority...). Great Britain: Antony Rowe Ltd.

1. Program apakah yang dilaksanakan bagi memantapkan kepakaran dan pengetahuan guru sekolah teknik? (A) (B) (C) (D) 2 Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ) National Occupational Skills Standards ( NOSS ) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ( MLVK ) Competency.RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL Aktiviti 10 Jawab Soalan Berikut.Based Education and Training ( CBET ) Apakah peranan Jabatan Pembangunan Manusia ( JPK ) dalam membantu perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia? 137 .

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.