6.

PEMBELAJARAN BERKHIDMAT Pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK melibatkan pembelajaran berkhidmat atau perkhidmatan komuniti di luar bilik darjah. Melalui penyertaan secara aktif dalam sesuatu projek komuniti, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam menyelesaikan masalah sosial yang benar-benar berlaku di sekolah, komuniti, negara dan global. Melalui pembelajaran berkhidmat ini, murid akan mengambil tanggungjawab dan kepemimpinan dalam melakukan sesuatu perkhidmatan sivik kepada masyarakat. Mereka juga akan mengembangkan amalan nilai-nilai sivik serta kemahiran sosial dan kewarganegaraan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat. Pendek kata, melalui pembelajaran berkhidmat, murid akan mempelajari secara aktif and interaktif bagaimana menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan ke arah kesejahteraan masyarakat. Namun begitu, pembelajaran berkhidmat memerlukan sokongan dan penglibatan ibu bapa serta komuniti tempatan. Oleh sedemikian, maka guru PSK atau pihak sekolah perlu mewujudkan sesuatu partnership atau kolaborasi dengan agensi-agensi komuniti tempatan supaya memudahkan murid berhubungi dengan mereka mengenai perkhidmatan komuniti, Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran berkhidmat yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK yang boleh dikategorikan seperti berikut: • berkhidmat secara langsung kepada sesiapa yang memerlukannya seperti membantu pekerja sekolah membersihkan taman sekolah (Tahun 4 KBSR) atau menghiburkan penghuni di rumah orang tua (Tingkatan 1 KBSM • berkhidmat secara tidak langsung kepada sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan seperti mengutip derma bagi mangsa bencana alam dan kemudian menyerahkannya kepada akhbar tempatan yang menguruskan kutipan tersebut (Tahun 4 KBSR dan Tingkatan 1 KBSM) • tindakan advocacy atau affirmative dengan mengemukakan cadangan atau kempen mengenai sesuatu masalah sosial kepada pihak-pihak tertentu seperti menulis cadangan kepada pihak sekolah bagaimana membina sekolah penyayang (Tahun 4 KBSR) atau menulis surat kepada pengurusan pusat membeli-belah tempatan supaya menyediakan kemudahan awam yang sesuai untuk golongan kurang bernasib baik (Tingkatan 1 KBSM)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful