You are on page 1of 6

ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA

Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi… Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya

Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah 7. Tanah Babylon 10.sakit dan sebagainya. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Lalu Allah berfirman lagi: “tidak. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN? 1.jawapan bumi masih tidak berganjak. Aku yang mengaturnya. Tanah Iraq 4. kembalilah dia ke hadrat Allah. Tanah Bukit Tursina 3. Tanah India Tanah syurga Tanah Tha’if . 11. Lalu yang terakhir. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah. 12. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Tanah Aden 5. dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. mereka tidak akan memusuhi kamu. Tanah Paris 8. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis 2. dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.terbakar. pertama engkau yang Kutugaskan mengambil tanah. Tanah Al-Kautsar 6. Tanah Khurasan 9. maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. terbunuh.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi. dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa.

Lidahnya dari tanah Tha’if. kemahuan dan sebagainya. tanah itu dicampuri air tawar. 2. Hatinya dari tanah syurga Firdaus. 11. tempat beristinjak. Giginya dari tanah Al-Kautsar. 6. 9. 3. 7. bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan. alat peneguh tubuh manusia. kerana di situ tempat sujud kepada Allah. angin.Kata Ibnu Abbas : 1. tempat menarik perhatian. Dua kakinya dari tanah India. kerana di situlah iman. untuk mencari nafkah dan kerjasama. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar. air hanyir. Ketika Allah akan jadikan Adam. 5. Telinganya dari tanah Bukit Thursina. Perutnya dari tanah Babylon. kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa. kerana di situlah otak manusia. tempat berdiri dan jalan. 12. kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan. tempat mengucap Syahadat. tempat memanis-manis. 10. Bagaimanakah prosesnya : 1. api. Mukanya dari tanah Aden. ilmu. keyakinan. 8. 4. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina. sesama manusia. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”. air masin. Dahinya dari tanah Iraq. 13. Tangan kanannya dari tanah Kaabah. Tangan kirinya dari tanah Paris. .dan di situlah tempatnya akal.

sangat baik sekali kulitnya. dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”. Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan di dalam “Alam Malakut”. ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam. Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahanlahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan. . dua liang telinga. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. 4. telapak tangan. ia pula merasa malas dan enggan. Hidung alat penciuman 3. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam. kasar dan sebagainya. Mata alat penglihatan 2. tetapi warna kukunya adalah sama. mengelilingi patung Adam yang terlantar. masin dan sebagainya. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. dan dua buah liang di bawah badan letaknya. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna. 3. untuk perasa halus. Telinga alat pendengaran 4. Tujuh buah liang di kepala. Mulut alat perasa manis.2. tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah. terjadilah perubahan pada warna kulitnya. 5. Maka sebelum dijadikan patung. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata. wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah. ialah putih kemerah-merahan. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia. Demikian pula roh. 5. Dijadikan pula lima buah pancaindera : 1. malah ia berputar-putar. akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Anggota tubuh lainya seperti kulit.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin. semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian ketika roh sampai pada dadanya. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. kaki lalu terjadi darah daging dan tulang.Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam. Maka seketika itu terasalah lapar. Padahal bahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras. tangan. berkulit dengan sempurna. Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya. tiba-tiba saja ia mahu bangun. maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadrat Allah. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. serta mulutnya terbuka. uraturat. Setelah itu meresap ke kepala Adam.(Al-Israk:II). Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras. . Wajahnya cukup cantik. Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud : ”Dan adalah manusia itu. yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. suka tergesa-gesa”. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar. kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.” Allahuallam . Maha Agung. Bertaqwalah kita kepadaNya. Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian.