Dialog Antara Saya Dengan Orang Sumber

Saya :Apa khabar Puan Ilaveni ? Puan Ilaveni : Khabar baik adik .Mau beli murukku ke ? Saya : Ya boleh juga .Sebenarnya saya datang untuk menemu ramah makcik untuk kerja kursus sejarah saya di sekolah berdasarkan kegiatan ekonomi tradisional . Puan Ilaveni :Oh , begitu rupanya .Adik boleh temu ramah bersama dengan saya sekarang kerana tiada pelanggan petang ini . Saya :Puan Ilaveni , adakah murukku makanan tradisional ? Puan Ilaveni : Ya adik. Sejak dahulu lagi, murukku merupakan makanan tradisional dalam kalangan orang Tamil di India. Makanan ini dimasak terutamanya semasa perayaan seperti Ponggal dan Deepavali. Saya : Oh begitu! Bagaimanakah makanan ini boleh sampai ke Malaysia? Puan Ilaveni : Ia dibawa oleh pedagang-pedagang India ke Tanah Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Setelah kedatangan British, makanan ini telah dipopularkan. Kini murukku menjadi kegemaran dalam kalangan orang Melayu dan Cina. Saya : Amat menarik sekali sejarah Murukku. Terima kasih Puan Ilaveni .Boleh saya menanya lagi satu soalan lagi ? Puan Ilaveni : Ya , silakan adik . Saya :Apakah produk-produk lain yang dikeluarkan oleh Puan Ilaveni ? Puan Ilaveni:Selain murukku biasa, saya mangeluarkan murukku star, pagoda chips, murukku halus, murukku pedas, pagoda dhall dan murukku kasar. Saya:Wah memang bagus Puan Ilaveni. Puan mempunyai banyak pengetahuan tentang makanan tradisional kaum India. Terima kasih banyak Puan Ilaveni. Sekarang tolong bungkuskan 2 paket murukku untuk saya. Puan Ilaveni; Sama-sama. Jangan lupa untuk berkunjung lagi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful