You are on page 1of 1

CONTOH PENGISIAN

SURAT AKU JANJI
Saya, Beralamat di

LEMAN BIN ABU
UNIT PERUNDANGAN, JABATAN PENDAFTAR

, No. Kad Pengenalan

851211-00-0000

dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605), Perintah-perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluar dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan saya dengan Universiti Sains Malaysia (USM). Maka dengan itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan Tatatertib BadanBadan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) bahawa saya: (i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, Kerajaan dan USM; (ii) (iii) (iv) (v) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab; tidak akan membelakangkan kewajipan saya kepada USM demi kepentingan peribadi saya; tidak akan berkelakuan dengan sedemikian cara yang muungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan kewajipan saya kepada USM; tidak akan berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan kewajipan saya kepada USM sehingga menjejaskan kebergunaan saya sebagai seorang pegawai USM; tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai seorang pegawai USM bagi faedah saya sendiri; tidak akan berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama baik USM; tidak akan membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap USM, sama ada tuntutan itu ialah tuntutan saya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain USM; tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan tidak akan cuai dalam melaksanakan tugas-tugas saya.

(vi) (vii) (viii)

(ix) (x)

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605). PEMBANTU TADBIR (P/O) N17 (Tandatangan Pegawai) Di hadapan saya, (Jawatan Pegawai)

(Tandatangan Ketua Jabatan)

AZMAN BIN ABDULLAH (54XXXX-XX-XXXX)
(Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan)

1 JULAI /2005
(Tarikh)

Pendaftar Universiti Sains Malaysia 11800 PULAU PINANG
(Cap Rasmi Jabatan)