You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) METHODIST JALAN CENDERASARI 50480 KUALA LUMPUR Telefon : 603-26926010 Tarikh : 8 April 2013

Kepada, Ibu Bapa / Penjaga Tuan / Puan, MAKLUMAN MENJALANKAN KERJA KURSUS GEOGRAFI 23/2 PMR 2013 Merujuk perkara di atas dimaklumkan bahawa semua pelajar Tingkatan 3 sekolah ini akan terlibat dalam Kerja Kursus Geografi PMR 2013 yang bertajuk Satu Kajian Tentang Pengangkutan Awam . 2. Kajian ini adalah sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi KBSM bagi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Hasil kerja kursus ini akan dinilai oleh guru. Bagi tujuan ini semua pelajar akan menjalankan kerja lapangan di luar waktu persekolahan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Penglibatan ibu bapa / penjaga sangat digalakkan bagi membantu dan menjaga keselamatan pelajar. 4. Dimaklumkan juga bahawa projek ini akan dijalankan pada semester pertama dan kedua persekolahan iaitu bermula dari 08 April hingga 23 Mei 2013. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, …………………………………

___________________________________________________________________________ Saya .......................................................................... , ibu / bapa / penjaga kepada pelajar yang bernama ....................................................................................... dari Tingkatan ...................... sedia maklum terhadap tugasan kerja kursus yang dilaksanakan oleh pelajar.

Tandatangan

: .........................................................

No. Kad Pengenalan : ......................................................... Tarikh : .........................................................