SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) METHODIST JALAN CENDERASARI 50480 KUALA LUMPUR Telefon : 603-26926010

Tarikh : 8 April 2013 Kepada pihak yang berkenaan.

Tuan,

KERJA KURSUS GEOGRAFI 23/2 PMR 2013

Merujuk perkara di atas dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sekolah ini sedang menjalankan Kerja Kursus Geografi 23/2 PMR 2013. 2. Kajian ini adalah sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi KBSM. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah mengumpul dan mendapat maklumat tentang beberapa aspek geografi tempatan. 3. Sehubungan itu pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. 4. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful