You are on page 1of 2

1.

Senarai tugas jawatan yang disandang: Tugas Akauntan • Mengira dan menyediakan jadual cukai, memberi nasihat mengenai masalah pencukaian institusi bertugas/ individu • Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain, • Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan, • Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain, • Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan; • Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian, • Tugas penyeliaan berkaitan kewangan dan penyata kewangan individu / institusi. Kerjaya kerani Akaun Secara umum tugas kerani akaun lebih kepada tugas menyedia kira-kira untuk dilapor kepada penolong akauntan atau Pegawai akauntan. Antara tugas kerani akaun ialah : • Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kira • Membuat pengiraan yang sewajarnya • Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kita yang terhad • Mengira kos pengeluaran dan pengendalian • Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun. • Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek. • Menyediakan dokumen kewangan dan mengira faedah atau caj broker dan duti sahan yang perlu dibayar. • Memproses dokumentasi dan menyelenggara rekod bon, saham dan sekuriti lain yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau Majikan. • Memeriksa, menilai dan memproses Permohonan kredit atau pinjaman serta menyediakan syarat-syarat pinjaman dan butiran terperinci bayaran balik bagi pinjaman yang diluluskan. • Memberi bantuan dalam menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab pertanyaan mengenai cukai.