You are on page 1of 6

PENYUDAH TEPI

proses jahitan yang dibuat untuk mengukuh dan menghias tepi jahitan.

JENIS PENYUDAH TEPI

KELEPET
sejenis penyudah tepi yang dihasilkan dengan melipat tepi fabrik ke sebelah dalam. jahitan mesin atau jahitan tangan. 2 jenis: kelepet lurus dan kelepet melengkung. Lebar kelepet ~ 5mm-4cm. Kelepet biasanya ditetapkan dengan jahitan sembat, jahitan sembat susup, jahitan silang pangkah atau jahitan mesin.

KUN
penyudah tepi yang dapat dibuat sendiri daripada fabrik yang sama atau dibeli siap. sangat sesuai untuk fabrik nipis atau sederhana yang mudah berbulu. Bahagian pakaian yang sesuai untuk dikemaskan dengan kun termasuklah garis leher, hujung lengan dan bahagian bawah blaus. lebar kun yang telah siap ialah 6mm-1cm.

RENDA
sejenis penyudah tepi yang dibuat daripada fabrik kapas, linen atau nilon. sangat sesuai untuk pakaian kanak-kanak, blaus, pakaian dalam, pakaian tidur dan artikel. Renda jahitan tangan adalah lebih mahal daripada renda jahitan mesin. Renda dijahit pada artikel/pakaian dengan jahitan tangan dan jahitan mesin.

LAPIK
Lapik ialah proses menjahit fabrik yang ditambah pada tepi fabrik, artikel atau pakaian dengan tujuan mengemas tepinya. Lapik ditetapkan dengan menggunakan mesin jahit atau jahitan tangan. dua jenis lapik iaitu lapik lurus dan lapik berbentuk.