P. 1
35986681 Program Mentor Mentee 2010

35986681 Program Mentor Mentee 2010

|Views: 7|Likes:
Published by Chloe

More info:

Published by: Chloe on Jun 20, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/03/2014

pdf

text

original

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TENGGAROH 06 PROGRAM SEMAIAN KASIH TUAIAN BUDI 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA TENGGAROH

6

1

1.0 PENDAHULUAN Untuk mencapai kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan. Sejajar dengan misi dan visi sekolah yang menitik beratkan pencapaian cemerlang murid-murid dari segi kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Bagi mencapai tujuan ini, semua pihak perlu menggembling tenaga bagi menjayakannya. Perubahan dan kemajuan dalam bidang pendidikan yang pesat dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntut kita warga pendidik agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan. Sehubungan dengan itu, salah satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Semaian Kasih Tuaian Budi. Program ini ialah suatu program yang dirangka khusus kepada pelajar Tahun Enam 2010 yang seramai 23 orang.

2.0 RASIONAL Pelajar Tahun Enam memerlukan seorang mentor yang dapat membimbing mereka dengan baik bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

3.0 MATLAMAT Membentuk para pelajar Tahun 2010 yang fokus dalam pelajaran dan mempunyai sahsiah diri yang baik serta menjadikan Sekolah Kebangsaa Felda Tenggaroh 6 sebagai sekolah contoh di daerah Mersing yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

4.0 OBJEKTIF 4.1 Membantu, membimbing, menasihati dan menunjuk ajar pelajar (mentee) dalam setiap aspek pembelajaran mereka agar pelajar dapat belajar dengan berkesan. Memantau perkembangan pelajaran Mentee dari semasa ke semasa agar mencapai sasaran yang ditetapkan oleh sekolah. Mewujudkan perhubungan mesra di antara pelajar dan guru dan seterusnya guru guru boleh membantu menyelesaikan masalah mereka khususnya yang berkaitan dengan pelajaran. Membimbing pelajar (mentee) dalam aspek emosi. Mewujudkan sikap hormat dan sayang murid-murid terhadap rakan mereka, guru guru dan sekolah.

4.2

4.3

4.4 4.5

5.0 KUMPULAN SASARAN & JANGKA MASA PROGRAM

2 7. setiap pertemuan hendaklah ditandatangani oleh mentor pada borang laporan perjumpaan yang telah diedarkan kepada setiap mentor. Program bermula dari Pertengahan Mac 2010.5 7.2 6.0 TATACARA 6.1 Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan supaya apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan. Mentee boleh merujuk mana-mana guru mata pelajaran. Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada Mentee. terutama dari segi perkembangan akademik. Mentor bertanggungjawab memberi perhatian terhadap perkembangan setiap mentee.1 Perjumpaan mingguan akan diseragamkan untuk semua mentor mentee pada satu masa tertentu iaitu pada setiap hari khamis jam 12.0 PERANAN MENTEE . Jika Mentee terlibat dengan sebarang urusan luar pada hari berkenaan. bolehlah diubah ke tarikh lain pada minggu berkenaan. Mentor haruslah memberitahu Mentee jika ada sebarang perubahan hari perjumpaan.UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TENGGAROH 06 Pelajar seramai 23 orang dibahagikan kepada 12 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seorang mentor. Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa Mentee.4 6. Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai keazaman dan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan. Kehadiran adalah wajib. mentor hendaklah mengenalpasti mentee yang tidak hadir pada sesi pertemuan.3 7.3 6. 7.5 6.6 7. Lihat Lampiran 1 2 6. Satu sesi perjumpaan memakan masa selama 20-30 minit. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina.0 PERANAN MENTOR 7. sekiranya perlu berbuat demikian dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada mentor dan guru-guru perlu menandatangani setiap pertemuan. 6.15 tengahari.6 8. Juga bertanyakan jika ada hal-hal peribadi Mentee yang mengganggu pelajaran.4 7. Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif program.

8.1 Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.3 8.5 9. peperiksaan semester dan ujian percubaan untuk dibincangkan bersama bagi meningkatken prestasi mereka.0 PENILAIAN 11.1 Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian.0 PENGISIAN Cadangan aktiviti disediakan sebagai garis panduan dalam menjalankan aktiviti bagi mencapai matlamat program. 3 8. 11.2 Disediakan Oleh.UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TENGGAROH 06 Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk: 8. ____________________________ ( Mohd. Membincangkan apa jua masalah yang mengganggu pelajaran mereka. Faizal Bin Janor ) Guru Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Felda Tenggaroh 06 Disahkan Oleh. Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR.4 8.0 JAWATANKUASA PROGRAM Lihat Lampiran 2 10. 11. peperiksaan percubaan dan UPSR mentee yang dihantar kepada pengetua. ____________________________ Abdul Rahim Bin Jamaluddin ) ( Penaung Guru Besar SK Felda Tenggaroh 06 KUMPULAN MENTOR MENTEE TAHUN 2010 .2 Melaporkan keputusan ujian ujian bulanan. Perkembangan sahsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar bilik darjah dan juga berdasarkan laporan guru-guru lain. Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan hati yang terbuka dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.

ABD RAHMAN TALIB BIN A. MOHD NOH B.KARIM TEL : 013-7079304 BIL 1 2 MOHD YAZID BIN UNOS NAMA MENTEE NO TEL AINORSIRA BINTI ABD GHANI KUMPULAN 4 MENTOR : EN. ALIF BIN ZAKARIA NAMA MENTEE NO TEL NUR AQILAH BINTI NOR AZAM KUMPULAN 6 MENTOR : PN.2652842 BIL 1 2 FARID BIN AINI NAMA MENTEE NO TEL ALIYAH MARDHIYAH BINTI ROSLI KUMPULAN 5 MENTOR : PN. RASHIDI BIN HJ. WAN HAMILAH BT. WAN MAHMUD TEL : BIL 1 2 MOHD. ABDUL RAZAK BIN SUMADI TEL : 019 . RAHMAT TEL : 013 . NORHAYATI BINTI TALIB TEL : 019 . ABDUL TALIB TEL : 012-7835083 BIL 1 2 NAMA MENTEE RABIATUL ADAWIYAH BINTI BAKRI AEREEN AFEQAH BINTI ASPAN NO TEL KUMPULAN 3 MENTOR : EN.UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TENGGAROH 06 4 KUMPULAN 1 MENTOR : EN.3577787 BIL 1 2 NAMA MENTEE MOHD NUR AKMA BIN NAZIR HAZIATUL AIN BINTI SALLEH NO TEL KUMPULAN 2 MENTOR : EN.7237753 .

AZIZ NUR HAYAT BIN SEMAN NO TEL KUMPULAN 9 MENTOR : UST. SAIFUDDIN BIN HASHIM TEL : . MUTALIB TEL : 019-7234256 BIL 1 2 NAMA MENTEE MOHD NUR FAYYED BIN ABD. MD RAZIF BIN A.UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TENGGAROH 06 5 BIL 1 2 AZAMUDDIN BIN MISNAN NAMA MENTEE NO TEL SYUHADA SYAKIRAH BINTI MOHAMED SALEH KUMPULAN 7 MENTOR : EN. ZIN NO TEL KUMPULAN 8 MENTOR : EN. IMRAN BIN MOHD AKIL TEL :013-9965606 BIL 1 2 NAMA MENTEE MUHAMAD FIRDAUS BIN MOHD SAH SHAFIQAH BINTI NORDIN NO TEL KUMPULAN 10 MENTOR : EN. HASSAN BIN ABD. RAHMAT MOHD HAZIQ BIN MD. NORIANTO BIN AHMAD SUKANI TEL :019-7449001 BIL 1 2 NAMA MENTEE NADIA AMIRAH BINTI HARIS NORINA DIANA BINTI MUHD SAH NO TEL KUMPULAN 11 MENTOR : EN.RAZAK TEL : 019-7658476 BIL 1 2 NAMA MENTEE MUHD RADZI BIN HJ.

MAHAR MASILAH BINTI MAN NO TEL KUMPULAN 12 MENTOR : CIK NORHIDAYAH BINTI MASRI TEL : BIL 1 2 NAMA MENTEE MOHD. NURWAFIQ BIN NOR AZMAN SITI NORAZIRA BINTI MASHADI NO TEL LAMPIRAN 2 .UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TENGGAROH 06 6 BIL 1 2 NAMA MENTEE SAKINAH BINTI HJ.

ABDUL RAHMAN TALIB BIN A. MOHD NOH BIN TALIB (GPK 1) NAIB PENGERUSI EN.UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TENGGAROH 06 7 PROGRAM SEMAIAN KASIH TUAIAN BUDI (MENTOR MENTEE MURID TAHUN 6) SK FELDA TENGGAROH 6 MERSING JOHOR TAHUN 2010 PENAUNG EN. ABDUL RAHIM B. MOHD FAIZAL BIN JANON AHLI JAWATANKUASA SEMUA GURU SK TENGGAROH 6 . JAMALUDDIN (GURU BESAR) PENGERUSI EN. KARIM (GPK KO-KURIKULUM&HEM) SETIAUSAHA EN.

Contoh. Membantu mentee mengenalpasti perbezaan dirinya dengan individu lain sebagai unik individu. melayan. pilihan bidang kerjaya dan cita-cita) menamakan kelompok. Sikap atau sifat-sifat tertentu dipelajari. Mentor meminta mentee menyenaraikan lima kelemahan diri mereka yang boleh dikenalpasti menjadi penghalang bagi menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Mentor menjelaskan tentang sifat-sifat kelemahan diri manusia iaitu:o Kelemahan yang bersifat kekal atau semulajadi seperti kecacatan anggota sejak lahir atau disebabkan kemalangan. didikan ibu bapa atau amalan keluarga yang dipelajari dan diamalkan sejak kecil lagi. persepsi atau tanggapan terhadap sesuatu. . o Kelemahan peribadi disebabkan gaya asuhan. matlamat akademik. Kelemahan tersebut seharusnya diterima dan bersedia untuk hidup bersama-samanya. tiada keyakinan diri. motto atau slogan kelompok. memandangorang lain terlalu hebat. rakan sebaya. Bertanya khabar. kepercayaan dan amalan agama. penyakit yang tiada harapan untuk sembuh. 3. suka menyalahkan diri sendiri dan sebagainya. diterima pakai dan dipraktikkan. logo. Mentor menjelaskan bahawa tidak ada manusia yang bersifat sempurna. mendengar dan memahami . Aktiviti : Mengenali kekuatan dan kelemahan diri 1. Setiap orang mempunyai kelemahan. Melalui pelaziman operan sikap. Di antara kelemahan diri yang mungkin disebabkan oleh kecacatan fizikal ialah rasa rendah diri. kecacatan otak dan seumpamanya. o Kelemahan sikap dan sifat yang dipelajari dari persekitaran (keluarga. cara berfikir yang negatif dan sebagainya. berkenalan (mengenali butiran diri. iii. KEDUA MEMBINA SIKAP MENGHARGAI PERBEZAAN & KEUNIKAN INDIVIDU Tujuan : 1. Membantu mentee mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. 2. Manusia yang berjaya mengatasi kelemahan dirinya akan berjaya mencapai cita-cita dan impiannya.UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TENGGAROH 06 LAMPIRAN 3 CADANGAN AKTIVITI 8 MINGGU AKTIVITI PERTAMA MEMBINA HUBUNGAN Membina hubungan. kurang daya saing. membentuk matlamat kelompok dan matlamat kendiri setiap ahli kelompok. keluarga. adab sopan. mengucapkan salam atau kata-kata aluan dan menerangkan tujuan kelompok. ii.Perkara-perkara yang perlu disentuh seperti:i. masyarakat). 2.

2. Menghormati orang lain terutama orang yang banyak memberikan jasa dan bakti seperti ibu bapa. 2. 3. Membantu mentee menilai aspek pengurusan masa. d. Menyediakan bahan atau alatan belajar selengkapnya. Di akhir sesi mentor menjelaskan bahawa setiap individu yang cemerlang perlu A. B. guru. Mentor meminta mentee menyenaraikan lima kekuatan diri yang ada atau perlu ada untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Bertanya kepada guru sekiranya tidak faham atau terkeliru. Menghormati. 2. adik beradik. Mentor meminta mentee merujuk Perancangan Jadual Belajar dan menerangkan kepada semua mentee tentang pengisian aktiviti belajar. KEEMPAT KEMAHIRAN MENDENGAR . Mentor meminta mentee menyediakan jadual peribadi sebagai kerja rumah KEEMPAT MEMBINA SIKAP DAN AMALAN BELAJAR Strategi Membuat Persediaan Belajar dalam Kelas Tujuan : Mentee dapat mengenalpasti perlakuan di dalam kelas yang ada kaitan dengan pencapaian.UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TENGGAROH 06 4. Membaca atau membuat rujukan terlebih dahulu tajuk dan isi-isi pelajaran yang akan dipelajari di kelas nanti. c. b. sekurang-kurangnya mereka tidak mengganggu atau menimbulkan masalah dalam pergaulan dan akan sentiasa memberikan kerjasama. Perasaan menyayangi diri sendiri bermakna sentiasa memelihara diri daripada perkara atau gejala yang boleh merosakkan fizikal. Membantu mentee membina perancangan masa yang berkesan Aktiviti : Merancang Jadual Belajar 1. Mentor meminta mentee menyatakan persediaan yang mereka buat sebelum memasuki kelas pengajaran. Mentor menerangkan tentang perlakuan belajar yang perlu dilakukan semasa belajar di kelas seperti:a. Jika tidak sempat bertanya catatkan soalan dan kemudian berjumpa dengan guru tersebut apabila ada kesempatan misalnya pada waktu rehat. Membuat catatan dalam bentuk nota isi pelajaran. Mentor menerangkan kepada mentee bagaimana untuk memenuhi jadual tersebut dengan aktiviti belajar. menyayangi dan menerima diri sendiri seadanya. Aktiviti : Persediaan belajar di kelas 1. e. C. 5. sanak saudara dan jiran tetangga. mental dan akhlak. 9 KETIGA KESEDIAAN BELAJAR Membina Perancangan dan Pengurusan Masa Berkesan Tujuan : 1. Menghormati rakan-rakan pelajar yang lain. D. Menghormati rakan-rakan sekelas kerana sikap tersebut akan membolehkan mereka rela dan bersedia untuk membantu ketika menghadapi masalah atau kesulitan dalam pembelajaran. Memberikan tumpuan dan konsentrasi sepenuhnya semasa guru menerang-kan sesuatu isi pelajaran.

Manusia mempunyai kelemahan diri iaitu sifat mudah lupa. 3. e. Di akhir sesi mentor menjelaskan:a. Mentor mengulangi atau membacakan semula petikan dan meminta mentee mencatat isi petikan. Mentor meminta mentee mengulangi semula apa yang telah diperkatakan oleh mentor. Seorang remaja suka suasana yang gembira. Mentor menjelaskan bahawa maklumat yang lengkap hanya akan diperolehi apabila mentee mendengar dengan membuat catatan. membuang masa dan membuat perkara yang sia-sia. Konsentrasi (tumpuan dan perhatian) dan minat merupakan kunci kepada keberkesanan aktiviti mendengar. gelak ketawa. KELIMA & KEENAM STRATEGI MENINGKATKAN AKTIVITI BELAJAR Tujuan : Mentee dapat mengenalpasti perlakuan di dalam kelas yang boleh dan perlu dipertingkatkan. Mentor membacakan petikan dan mentee mendengar tanpa membuat catatan. d. Aktiviti mendengar dan mengingat akan menjadi lebih berkesan sekiranya pelajar membuat sendiri catatan.UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TENGGAROH 06 Tujuan : Mentee memahami dan dapat mempraktikkan kemahiran mendengar yang berkesan semasa berada di dalam kelas. b. 2. Apa. Mentor boleh menggunakan petikan dalam Rajah di bawah atau menyediakan petikan sendiri. 10 Aktiviti : Kemahiran mendengar 1. bagai-mana dan bila dia berjaya tiada siapa yang percaya. sentiasa bersukaria. Setiap halangan semasa aktiviti mendengar perlu diatasi untuk mendapatkan konsentrasi. 5. . c. Aktiviti mendengar dalam kelas merupakan pemerolehan sumber yang primer atau sumber asal yang dapat memantapkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap isi pelajaran. Dia berasa kecewa hingga terbawa-bawa jiwa yang lara ke rimba noda dan dosa mendamba rasa bahagia. 4. bergurau senda berjenaka. Ada kalanya dia suka merekareka cerita serta berpura-pura bahawa dia sudah berjaya.

Bagi setiap mata pelajaran lantik seorang pengerusi yang dianggap pakar atau mahir dalam mata pelajaran tersebut. 11 KETUJUH STRATEGI MENGHADAPI UJIAN DAN PEPERIKSAAN Tujuan : Membantu mentee membina persepsi yang positif terhadap ujian dan peperiksaan. Pengerusi mampu menghuraikan atau menjelaskan sebarang keraguan atau kemusykilan berkaitan isi pelajaran dibincang. c. menggunakan strategi mengingat yang betul dan berkesan dan meningkatkan motivasi diri ketika menghadapi pelbagai halangan belajar. Peranan pencatat ialah mencatat semua isi-isi penting hasil perbincangan. 4. Misalnya : melengkap dan mengemaskini nota pelajaran. b. Kaedah perbincangan dapat meningkatkan kefahaman. d. g. perluditangguh untuk dirujuk kepada guru. Mentor menerangkan kaedah perbincangan berkesan. Pilih 4 atau 5 mata pelajaran yang sukar dikuasai. Mentor bertanya kepada mentee bagaimana mereka meningkatkan aktiviti pembelajaran terutama sewaktu hampir dengan ujian atau peperiksaan. Pastikan tiada penyimpangan tajuk dalam perbincangan. meningkatkan latihan dan melatih tubi soalan yang berorientasikan peperiksaan berkaitan tajuk-tajuk atau aspek yang didapati lemah. d. Peranan pengerusi mengetuai perbincangan:i. e. e. Tetapkan matlamat dan satu tajuk yang khusus untuk dibincangkan. h. Pilih tajuk-tajuk yang mencabar dan sukar dikuasai. Masukkan aktiviti kelompok perbincangan dalam jadual waktu belajar peribadi. i. Jika tidak dapat dihuraikan. Aktiviti : Teknik menghadapi peperiksaan . Mentor menerangkan tentang kaedah membentuk kelompok perbincangan atau kumpulan belajar.UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TENGGAROH 06 Aktiviti : Meningkatkan aktiviti pembelajaran 1. Setiap perbincangan perlu ada hasilnya. f. membentuk kelompok perbincangan (study group). 3. a. c. Bentuk kumpulan belajar yang kecil yang terdiri daripada 4 atau 5 orang rakan-rakan yang serasi dan komited untuk belajar. iii. Setiap mentee perlu menyenaraikan dan menyusun aktiviti mengikut keutamaan apabila menjelang peperiksaan. Pilih tempat yang sesuai dan gunakan kaedah perbincangan yang sistematik dan berkesan. pada waktu petang. b. Pengerusi memberi peluang semua ahli memberikan pendapat. Lantik seorang pencatat bagi setiap mata pelajaran. Setiap hasil perlu dikongsi oleh semua ahli kelompok perbincangan. 2. waktu kelas persediaan atau di hujung minggu. Gunakan masa ‘kelapangan’ seperti semasa ketiadaan guru di kelas. ii. a. variasi (kepelbagaian) dan juga kreativiti ketika menjawab soalan. Gunakan masa perbincangan secara maksimum iaitu perbincangan hanya tertumpu kepada tajuk yang telah ditetapkan. daya ingatan.

iii. Kebanyakan faktor berpunca daripada diri pelajar itu sendiri. Memandang ringan terhadap masalah dan bersikap tidak serius ketika menangani masalah yang dihadapi. iv. Aktiviti : Menghadapi tekanan atau stres 1. 4. 3. Mentor meminta setiap mentee memberikan apakah masalah yang mereka hadapi ketika menduduki ujian atau peperiksaan. 3. Mentor menerangkan strategi dan teknik menghadapi peperiksaan. Ujian – aktiviti untuk memeriksa tahap kecapaian (prestasi) pelajar semasa atau selepas setiap topik tertentu dipelajari. Pelajar tiada kemahiran atau tidak dapat mengurus masa dengan baik. ii. v. 2. Jika isi-isi pelajaran tidak dipelajari dan mentee tidak bersedia. Pelajar tidak membuat persediaan lebih awal.UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TENGGAROH 06 1. c. Peperiksaan – aktiviti untuk memeriksa prestasi pelajar secara keseluruhan atau dalam tempoh tertentu tentang apa yang telah dipelajari. Pelajar suka bertangguh kerana mengharapkan ada kelapangan masa pada masa akan datang. Mempelajari bahan atau isi pelajaran. Faktor-faktor yang menyebabkan tekanan belajar ialah i. *** Perubahan aktiviti mengikut kreativiti mentor masing-masing . Di akhir sesi mentor menjelaskan a. walaupun kecil atau remeh perlu ditangani sebelum ianya membesar. Mentor menerangkan perbezaan di antara ujian dengan peperiksaan. Terdapat banyak faktor yang menimbulkan tekanan belajar. 12 KELAPAN & KESEMBILAN MENGENDALIKAN TEKANAN UJIAN Tujuan : Mentee belajar cara-cara mengendalikan kerungsingan atau stres ujian. Mentor menjelaskan bahawa untuk menghadapi ujian atau peperiksaan memerlukan persediaan. Persediaan yang perlu dibuat ialah a. Bagi setiap masalah. mentee akan menghadapi tekanan atau stres. 2. menjadi rumit dan sukar dibendung. Memahami dan mampu menerangkan semula isi pelajaran. b. Mentor memberikan satu ujian mudah matematik kepada mentee. b. Pelajar tidak memahami bahan atau isi pelajaran tetapi tidak mahu bertanya atau berusaha untuk memahaminya di peringkat awal. Mampu menterjemahkan atau mengaplikasi semula isi-isi pelajaran dalam bentuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->