PEMARKAHAN 1 2 3 TUGASAN 1 TUGASAN 2 E FORUM JUMLAH

KAE3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN 1
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia.Bincang dan huraikan pernyataan tersebutbersertakan contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanakkanak.

KUMPULAN EL-P05 DISEDIAKAN OLEH NAMA LIN CHIN MEI NO. ID D20112053344 NO. TELEFON 0178712738

NAMA TUTOR E-LEARNING: MOHD KHAIRI BIN SHAMSUDIN TARIKH SERAH: 03/05/2013

ISI KANDUNGAN Halaman 1.0 2.0 Pendahuluan Topik perbincangan-Lukisan kanak-kanak 2.1 Aktiviti melukis dan menconteng 2.2Aktiviti melukis garisan 2.3Aktivti menggunakan gambar bulan mencipta gambar berkaitan bulan 2.4Aktiviti melukis daun 3.0 Topik perbincangan –Kraftangan kanak-kanak 3.1Aktiviti membuat kolaj 3.2Aktiviti membuat topeng binatang 3.3 Aktiviti Kraftangan Tradisional permainan gasing 3.4Aktiviti Origami 3.5 Aktiviti gunting dan lipatan 4.0 Topik perbincangan-Muzik Kanak-kanak 4.1Aktiviti permainan jari 4.2Aktiviti pantun kanak-kanak 5.0 Topik perbincangan-Tarian kanak-kanak 5.1Aktiviti Tarian Melayu 6.0 Topik perbincangan-Drama kanak-kanak 6.1Aktiviti Boneka 6.2Aktiviti teater bercerita 7.0 8.0 Penutup Rujukan 20-20 21-21 22-22 23-23 18-19 16-16 17-17 10-10 11-11 12-13 14-14 15-15 8-9 4-5 6-6 7-7 1-3

Ini disebabkan kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka.Selain menggalakkan penjanaan idea.Kanak-kanak memiliki sifat kreatif dalam jiwa masing-masing.menerokai dan membuat keputusan daripada proses aktiviti seni yang dijalankan . Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti perlu dipupuk semasa masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui pembelajaran formal. Pemikiran kreatif dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di antarabangsa.Bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti murid-murid. kemampuan.Begitu dengan matlamat wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. berbincang tentang contoh –contoh yang merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak dalam aktiviti seni visual . Sepanjang proses aktiviti seni.Proses aktiviti seni dapat meransang pemikiran kreatif kanak-kanak supaya dapat mencipta sesuatu dengan idea sendiri. Hasil kerja seni visual . Pemupukan pemikiran kreatif perlu dipupuk semenjak kanak-kanak lagi. Kreativiti kanak-kanak boleh dikenalpasti semasa mereka melaksanakan aktiviti seni persembahan dan seni visual dengan mengambil kira motivasi . mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan kebebasankepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan supaya mengahasilkan karya terbaik. berimaginasi.0Pendahuluan Kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap kreativiti dan pemikiran kreatif . kemahiran dan sikap kanak-kanak.Dalam tugasan ini . Menurut Hosffa(1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan yang terbaik. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara di negara kita memberi penekanan kepada usaha melahirkan individu yang kreatif dan inovatif supaya membangunkan negara kita Malaysia .1 1.Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan kanak-kanak . kanak-kanak mencuba dan memanipulasi bahan bagi meningkatkan kreativiti mereka. Sebenarnya Kreativiti kanak-kanak bermula dengan mengeluarkan idea. Usaha yang disarankan ini dilihat relevan dengan berdasarkan aspiras ipendidikan seni visual kerana matapelajaran seni visual ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membantu fikiran kreatif berkembang dengan pesat kerana sifatnya yang tidak konservatif.kreativiti dan dan juga seni persembahan.

memasak dan aktiviti lain yang berinteraksi. Visualisasi. . Hasil seni kanak-kanak adalah satu kaedah yang sangat unik untuk meluahkan perasaan dan menguji keupayaan kognitif mereka. mengenali mesin dan penulisan kreatif. Menurut Kamus Dewan (1993) kreativiti sebagai kemampuan atau kebolehan untuk mencipta. Mendapat informasi. menyanyi dan bermain. numerasi dan literasi. Drama. melukis. Melukis.2 yang dihasilkan oleh kanak.kanak merupakan suatu alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Bercerita. Karya seni kanakkanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. menyanyi.namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif. Menurut Koster (2001). Kreativiti Kreativiti adalah keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baru. mewarna. Bagi orang dewasa.Oleh itu kreativiti yang terdapat di dalam diri kanak-kanak adalah bersifat semulajadi berbergantung kepada pengalaman dan proses pendidika Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. dan penuh dengan perasaan ingin tahu.Manakala Torrance (1970) pula menyatakan kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan. menari dan permainan kata-kata. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yangdihasilkan oleh orang dewasa. Kanak. perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada dua kategori iaitu (i) menerusi aktiviti seni dan (ii) aktiviti harian mengikut umur.kanak dilahirkan dengan keupayaan yang berbeza. Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak gemar meneroka. mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Menurut May (1975) menyatakan kreativiti adalah poses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya. Schirmacher (1998). Jadual di bawah menunjukkan aktiviti seni dan aktiviti harian kreatif kanak-kanak. Umur 2-3 tahun 4-5 tahun 6-7 tahun 8-9 tahun 10-11 tahun 12-13 tahun Aktiviti Menconteng. permainan dan pakaian beragam. seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan.

Sebenarnya Imaginatif meliputi imaginasi yang mencapah berdasarkan pengalaman dan kemahiran sintesis cantuman ideaidea sedia ada. . Seni terbahagi kepada seni visual dan seni persembahan. Pemikiran kreatif dapat membantu kanak-kanak meningkatkan imaginasi . Seni Kanak-Kanak Seni untuk kanak-kanak terbahagi kepada dua jenis iaitu seni visual dan seni persembahan adalah peniruan hidup harian kanak-kanak . dan mempelbagaikan idea kanakkanak . pantun. Sebenarnya Kanak-kanak meluahkan perasaan masing-masing menerusi hasil karya seni masing-masing . Ini disebabkan proses ini membantu kanak-kanak berfikir supaya dapat menghasilkan karya seni yang unik serta mencungkil bakat seni seseorang kanak-kanak.Pemikiran kreatif terbahagi kepada Empat ciri utama pemikiran kreatif meliputi (i) imaginatif. Seni untuk kanak-kanak dapat meningkatkan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak serta dapat menimbulkan rasa kecantikan yang berkaitan dengan estetika dalam seni. Seni membawa maksud sesuatu yang halus. drama. mencerna.Seni visual untuk kanak-kanak meliputi aktiviti melukis dan mewarna kanak-kanak. tarian dan pergerakan kreatif. (ii) keberanian.berimaginasi. Semasa kanak-kanak melakukan aktiviti seni . Dalam tugasan ini akan berbincang mengenai teori-teori seni klasik dan kontemporari serta mengaplikasi teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak. sajak.inovasi.berupaya untuk merangsang kanak-kanak menghasilkan idea baru dan dapat menyelesaikan masalah yang wujud sepanjangproses aktiviti seni secara kreatif. dan kreativiti kanak-kanak dengan menjalankan aktiviti seni. (iii) perkembangan idea (iv) mereka cipta. aktiviti kraf yang mengaplikasikan teknik menggambar.3 Pemikiran kreatif Kemahiran berfikir secara kreatif adalah sangat penting keranan ia membantu kanakkanak untuk menghasilkan idea. Seni persembahan untuk kanak-kanak pula meliputi aktiviti muzik. teknik mereka corak dan rekaan serta teknik bentuk binaan.

Aktiviti melukis merupakan suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis.Menurut Teori Perkembangan Kanak-kanak Piaget terhadap Konsep Kreativiti pengajaran dan pembelajaran adalah kepentingan pembelajaran melalui discovery learning. Piaget menyarankan pembelajaran penemuan di mana guru kurang membimbing.Guru memberi kebebasan kepada kanak –kanak melukis .1) Aktiviti melukis dan menconteng Aktiviti melukis dan menconteng boleh meransang pemikiran kreatif kanak –kanak .4 Contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanakkanak. 2.0. . Kanak. pendidik dan ibu bapa untuk menyelami perasaan dan fikiran kreatif kanak-kanak.kanak diberi sebuah kertas lukisan dan diminta kanak –kanak melukis dan menconteng lukisan yang bertajuk Rumah . Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka dan pengalamansejak awal usia Menurut Piaget dan Vygotsky.Lukisan kanak-kanak 2.Melalui aktiviti melukis dan menconteng dalam kertas lukisan. imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginative dan pemikiran kreatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka.5 mereka . Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama ada daripada segi gaya mahu pun kandungan. kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi sambil membina kekuatan otot. Selain itu. daya ingatan. Kanak-kanak melukis benda mereka tahu berdasarkan pengalaman atau objek kepada kanak-kanak ditentukan oleh pengalaman mereka melihat. melukis juga dapat meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis. Kreativiti melukis dan menconteng boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Aktiviti ini juga menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur. Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi sambil megembangkan pemikiran kreatif mereka. Bagi kanak-kanak. Melalui lukisan. kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera dan megembangkan pemikiran kreatif mereka . masa bermain sambil melukis dan menconteng merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran..Di samping itu. imej dan kesan konsep ini dilukis di atas kertasSelain itu. Menurut Piaget dan Vygotsky bersetuju berkenaan kebaikan bermain semasa melukis dan menconteng mengembangkan kreativiti kanak-kanak Apabila murid melukis dan menconteng kanak-kanak menggunakan daya imaginasi dan pemikiran kreatif ketika melukis . Gardner (1980) mencadangkan agar orang dewasa menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seni tanpa sekatan kerana kanak-kanak meluahkan apa yang mereka rasai dan mempunyai cerita sendiri menerusi lukisan mereka.

. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru.Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa.6 2. . Unsur-unsur Kreativiti Dan Estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. ruang dan gerakan dalam seni visual lihat rajah. Kanak –kanak menggunakan cantuman dari satu titik ke titik dapat melakar bentuk atau rupayang mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. corak serta menimbulkan gambaran bentuk. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.Aktiviti Membentuk Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu dapat meransang pemikiran kreatif kanak –kanak dengan mengabungkan teori Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan pengetahuan iaitu mengenali huruf dengan seni lukis. jalinan. Guru boleh melaksanakan aktiviti berikut untuk mengembangkan pelbagai kecerdasan dan pemikiran kreatif murid. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. ton.2) Aktiviti melukis garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain .

7 2.(c) . ikan pisau sabit pisang megikut kreativiti dan imaginasi masing –masing . (a) Penyoalan .3) Aktiviti mengunakan gambar bulan mencipta gambar –gambar berkaitan bulan .kanak diberi sebuah kertas lukisan dan diminta kanak – kanak melukis bentuk berkaitan dengan menggunakan bulan seperti perahu. Kanak. Torrance telah mencipta satu kaedah penanda aras untuk mengukur tahap kreativiti seseorang kanak-kanak dengan menggunakan Torrence Test of Creative Thinking untuk menguji tahap kreativiti seseorang kanak-kanak. Aktiviti mereka cipta lukisan megikut gambar bentuk bulan dapat meransang pemikiran kreatif kanak –kanak .Seperti tokoh Paul Torrance mencadangkan kaedah penanda aras yang digunakan untuk mengenal pasti perkembangan kreativiti seseorang kanak-kanak. Paul Torrance telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu iaitu :. (b) Penemuan .

(e) Percubaan .Proses penyoalan dalam aktiviti ini adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan. penyoalan tentang lukisan yang lain berbentuk bulan juga boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan.4) Aktiviti melukis daun dengan teknik pensel. Lukisan teknik pensel Teknik oil pastel Teknik pensel warna . Di samping itu.Penyoalan dijalankan dalan aktiviti ini untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar . pendidik digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. (h) Aktiviti / Bermain . (g) Memanipulasi .8 Pemerhatian . Dalam konteks ini. (f) Penerokaan .Penerokaan juga dijalankan dalam aktiviti ini untuk menggalakkan para pelajar membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan berfikiran kreatif . teknik pensel warna dan teknik oil pastel. sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik .Mengikut Paul Torrance dalam aktiviti ini . 2. Di dalam proses pembelajaran seni visual.

lembut. Aktiviti ini memberi peluang kepada kanak-kanak mula melakar dan mula melukis secara lebih sistematik . halus. jalinan. . teknik pensel warna dan teknik oil pastel. pencahayaan. Aktiviti melukis daun dengan teknik pensel.Bahan media tulis tersebut meninggalkan kesan-kesan garisan di permukaan seperti di atas terdapat 3 perbezaan melukis daun .9 kanak-kanak suka melukis bagi meluah perasaan secara spontan. Menurut (Poh.Teknik oil pastel pula merupakan teknik campuran.Perkembangan idea meliputi perluasan idea dan mensintesis idea yang ada. 1996). Mereka cipta meliputi penghasilan idea baru dan reka cipta berdasarkan alternative. kanak-kanak mencuba dan memanipulasi bahan bagi meningkatkan kreativiti mereka.Aktiviti melukis daun dengan menggunakan media kasar. Melukis daun dengan teknik pensel warna dan menggunakan cara mengosok daun di kertas dapat melihat corak dan bentuk daun . ruang. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi. keras dan tajam ini merangsangkan pemikiran kreatif murid mendapatkan kesan ton. kesan-kesan garisan yang dipengaruhi oleh pilihan bahan dan tekanan pada permukaan yang digunakan dapat menghasilkan gambaran yang hamper tepat . teknik pensel warna dan teknik oil pastel dapat membantu kanak-kanak untuk mereka cipta sesuatu dengan menggunakan idea masing-masing. perspektif dan komposisi dengan menggunakan media kering . Sepanjang proses aktiviti seni ini . Lukisan teknik pensel boleh dilaksanakan dengan menggunakan teknik garisan selari dalam melukis gambar daun. mengeluarkan idea. Apabila kanak-kanak mula melukis lukisan dengan teknik pensel.menerokai dan membuat keputusan daripada proses aktiviti seni yang dilaksanakan.

Selain itu. Aktiviti kolaj dapat meningkatkan perkembangan kemahiran seni dan kreativiti kanak-kanak di mana mereka dapat membentuk pelbagai bentuk sisip ikan dengan mengunakan kreativiti mereka.0. Kraftangan kanak-kanak 3. kertas lukisan . Aktiviti kraftangan kolaj mudah menggalakkan penggunaan dan kawalan otot secara berkesan. pensal warna . kolaj boleh dibuat dengan menggunakan kertas warna. aktiviti ini dapat turut membantu perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Kolaj dihasilkan dengan menampal duit syling yang .. Keinginan merupakan kebolehan kanak-kanakmengaplikasikan bahan seni dengan cara membuat eksperimen dan menerokai sesuatu dalam proses aktiviti seni. Naluri yang dimiliki kanak-kanak sejak mereka lahir merupakan faktor utama bagi mereka berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif.10 3.1)Aktiviti membuat Kolaj Kanak-kanak bermain dengan bahan dan alatan memungkinkan pergerakan motor halus dapat membantu peningkatan gerak otot kanak-kanak. Aktiviti memegang gunting. Menurut Lowenfeld berpendapat bahawa naluri dan keinginan sangat penting dalam proses aktiviti seni kanak-kanak.

menggunting. menyampaikan idea dan mengalami proses yang melibatkan imaginasi dan kreativiti. Semasa melaksanakan aktiviti seni. kanak-kanak akan menghadapi halangan .2) Aktiviti membuat topeng binatang Meluki kucing di atas Kad Manila Mewarna dengan Crayon Guntingkan topeng kuching Membuat lubang di sisi telinga dan ikat dengan getah . Aktiviti kolaj ini dijalankan melibatkan proses pemilihan bahan. 3. Tampalan disusun dan ditindih pada permukaan sisik ikan dengan lukisan gosokan duit syling. menyusun dan menampal. kanak-kanak akan mengalami dan menyedari masalah yang dihadapi. Apabila kanak-kanak mengendalikan bahan-bahanyang digunakan bagi mengelakkan bilik menjadi terlalu bersepah. guru harus bertindak dan membantu kanak-kanak menghadapi halangan-halangan wujud. Pelbagai corak bulatan yang boleh ditampalkan dalam sisik ikan melalui aktiviti kolaj berdasarkan kreativiti kanak-kanak. Oleh itu.11 dihasilkan dengan teknik gosok untuk membuat gambar atau corak rekaan syling di atas permukaan sisik ikan . Sepanjang proses aktiviti seni. Kanak-kanak perlu dibebaskan untuk memilih bahan dan dibimbing daripada segi penyusunan bahan.

Kanak diminta memikirkan nama watak.3) Aktiviti kraftangan tradisional permainan gasing .12 Kanak-kanak boleh membuat topeng berdasarkan imaginasi mereka atau mengadaptasi kartun kegemaran mereka. gelung getah. pensel dan warna. plot cerita.Kanak –kanak diminta mendapatkan buku cerita atau melayari menerusi internet untuk mendapatkan bahan yang sesuai dengan topeng yang dihasilkan . Bagi menjayakan pementasan ini. kanak-kanak diminta memikirkan watak. Lukis pelan tapak bagi pentas bagi memudahkan anda menyusun prop dan menyesuaikan prop dengan lakonan. boleh mengajar kanak-kanak membuat dua jenis topeng. Sediakan juga plot cerita dan latarbelakang pentas. kanak-kanak menghafal cerita dan dialog dengan menggunakan topeng 3. Kanak-kanak dikehendaki menyediakan latar belakang dan prop yang bersesuaian dengan jalan cerita. Topeng biasa dibuat menggunakan kertas manila. iaitu topeng penuh dan topeng zorro yang . Imej topeng juga boleh dihasilkan berdasarkan wajah binatang kesukaan mereka . latar dan prop. gunting. Kanak-kanak perlulah namakan watak utama dalam pementasan dan sediakan topeng yang sesuai untuk setiap watak. imej topeng yang dihasilkan .

Dengan pengajaran yang guru kanak-kanak dapat memperkembang pemikiran kreativiti masing-masing . pensel .13 Gasing merupakan sejenis permainan boleh berputar pada paksinya. Akhirnya mencucuk dan melekatkan pensel pada bahagian tengah badan gasing dengan menggunakan gam UHU. sambil mengimbang pada satu titik. pengajaran perlu dirancang dengan mudah untuk membantu kanak-kanak mendapat ilmu. pengajaran perlu perlu mengambil kira kesediaan dan pengalaman kanak-kanak serta kemampuan mereka. warna dan gunting .Gasing dibuat daripada kayu bebaru. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Selepas itu menampal hiasan corak pada box board dan menggunting bentuk bulatan bagi menghasilkan badan gasing . Kedua.Kanak-kanak diminta melakar corak pada bulatan kertas yang telah disediakan dan mewarnakannya. guru mengorganisasi pengajaran mengikut urutan yang mudah difahami oleh kanak-kanak.Menurut pendekatan konstruktivis membimbing kanak-kanak belajar secara mudah berdasarkan pengalaman mereka. Pertama.Bahan – bahan yang perlu disediakan dalam menjalankan aktiviti ini adalah gambar salinan fotostat rupa bulatan pada kertas A4. rambai. durian atau kundang.Aktiviti menyeronokkan murid dan dapat meransang pemikiran kreatif kanak-kanak . Bruner telah menggariskan tiga prinsip dalam pendekatan ini. Ketiga. merbau. box board . Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. kemuning.gam .

Aktiviti ini dapat memperkembangkan jasmani kanak-kanak-satu latihan kepada otot tangan iaitu psikomotor dan koordinasi tangan serta mata .14 3.Upaya menyelesaikan masalah dan membuat penilaian bijak. Kanak-kanak dapat belajar kreativiti pada saat tertentu nanti akan muncul gagasan ingin membuat sesuatu dari teknik-teknik lipatan yang telah dikenalnya. Di samping itu juga Memperkembangan emosi dan sosiol pelajarberkenyakinan diri dan berkomunikasi dengan kawan dan meningkatkan intelek kanakkanak . Kanak –kanak dapat belajar meniru dan mengikut arahan yang diberikan-melalui lipatan mengikut arahan yang telah diberikan.4)Aktiviti Origami Origami merujuk kepada seni melipat kertas menjadi suatu bentuk atau gambaran tertentu dengan menggunakan bahan-bahan yang sesuai. .Penghasilan mengikut tema kan membantu mereka berfikir.Tambahan lagi .

Kertas Warna Pengalaman dalam melakukan aktiviti guntingan dan lipatan ini secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. mereka akan mencipta sesuatu denganmenggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. dapat mempelajari sesuatu yang baru dan menggunakan bahan yang terpakai.5)Aktiviti guntingan dan lipatan tradisional Kanak-kanak dengan melakukan aktiviti dapat mengenal.Tambahan lagi . . Cara yang unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak dan dapat merangsang kreativiti kanakkanak. Kertas . Untuk meluahkan rasa hati. Lazimnya.memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada teknik corak dalam membuat lipatan dan guntingan Tujuan nya adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam teknik penghasilan barang tersebut.media serta proses untuk membuat corak lipatan dan guntingan .Gunting .Kepentingan kanak-kanak melakukan aktiviti ini adalah dapat Bergembira dengan hasilan kertas dan dapat menunjukkan tahap kreativiti seseorang kanak- kanak .15 3.Kertas Lukisan.Dengan melakukan aktiviti guntindan dan lipatan tradisional ini untuk mengetahui bahasa seni visual. mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru.Bahan –bahan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti ini adalah :Gam .

0Muzik kanak-kanak 4. Permainan jari fokus pada pergerakan jari dan diiringi dengan nyanyian. . Lagu dan nyanyian untuk kanak-kanak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti menyanyi. lagu dan nyanyian dapat mempertingkatkan kemahiran muzikal dan juga kreativiti kanak-kanak.Permainan jari sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang kecil kerana pergerakan jenis ini ditumpukan kepada pegerakan jari dekat dengan pantas paras mata kanak-kanak . irama dan lirik dapat dipraktikkan dalam aktiviti nyanyian kanak-kanak. Lagu yang sesuai untuk permainan jari adalah seperti lagu Mana ibu jari. Konsep muzik seperti pic. DI MANA JARI ADIK . Muzik menekankan kemahiran pendengaran.Aktiviti permaianan jari.16 4.Apabila mendengar bunyi kanak-kanak akan memberi reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Mana ibu jarX2i Saya di sini X2 Apa khabar kamu Saya khabar baik Lari sembunyi X2 (Melodi lagu where is thumkin) .1)Aktiviti Permainan jari Kanak-kanak memang peka terhadap irama dan pic serta sensitif terhadap bunyi-bunyi di persekitaran.

Menurut Teori sosial-interaksi Piaget Peringkat Pra-Olahan (2 . Guru menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi untuk meningkatkan daya ciptaan mereka. Kanak-kanak dapat mengecam bunyi perkataan dalam pantun dan mengungkap keindahan bahasa melalui aktiviti berpantun.6 Tahun) Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat ini. Intan berkarang di hati saya. Pantun mudah dicipta dan dideklamasikan secara spontan. nilai estetika kanak-kanak juga dapat dipupuk. . Dalam Aktiviti ini . Perkembangan kreativiti pantun melibatkan imaginasi atau khayalan. Pantun untuk kanak-kanak mempunyai kepelbagaian bentuk dan boleh dinyanyikan dalam bentuk lagu mengikut irama. Contoh pantun 4 kerat untuk kanak-kanak.2)Aktiviti pantun kanak-kanak Burung merbuk membuat sarang.Aktiviti pantun yang dilaksanakan untuk kanak-kanak memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti pantun menggalakkan kreativiti mereka.17 4. Anak enggang meniti di paya. Setiap pantun kanakkanak memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam membuat pergerakan dan menyampaikan mengikut murid. Tembaga buruk di mata orang.

Memberi pujian kepada kanak-kanak. . Guru membuat rumusan. Menanyangkan tarian daripada pelbagai budaya di Malaysia dan pergerakan kreatif mengikut tarian Melayu.. Bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan video yang ditayangkan. . . Minta kanak-kanak meniru pergerakan.18 5. . Kanak-kanak menyatakan perasaan. . .1)Aktiviti tarian kanak-kanak dengan kaedah tayangan video Memilih tarian Melayu atau pergerakan. Menyatakan tujuan tayangan video.0Tarian Kanak-kanak 5.

Seterusnya bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan video yang ditayangkan dan Minta kanak-kanak meniru pergerakan yang ditayangkan . menyelesaikan masalah semasa membuat gerak dan mengekspresikan perasaan masing-masing. Aktiviti tarian bergerak mengikut rentak dan irama muzik merupakan kreativiti semula jadi bagi kanak-kanak. Kanak-kanak menyatakan perasaan selepas tarian .Sebelum menjalankan aktiviti tarian ini akan memilih jenis tarian atau pergerakan dan pergerakan kreatif mengikut tarian pengajaran. kemampuan diri untuk melakukan gerak. Memberi pujian kepada kanak-kanak yang dapat menari dengan baik. Aktiviti -aktiviti pergerakan kreatif untuk kanak-kanak merangkumi pergerakan asas bersama muzik.19 Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak dapat mempertingkatkan kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak-kanak. pergerakan mengikut lirik lagu dan pergerakan bebas bersama muzik. Pergerakan kreatif ialah gabungan gerak-geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Menurut Hanna (1994) . Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. . Aktiviti-aktiviti gerakan tarian yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan bentuk pengalaman yang kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif. Akhirnya guru membuat rumusan tentang tarian .Gerakan-gerakan yang melibatkan psikomotor kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak memahami struktur dan fungsi anggota badan diri. seni membantu dalam membina kreativiti.

Bercerita menggunakan boneka. menggunakan daya imaginasi yang tinggidan kreativiti masing-masing untuk melakukan lakonan dan berinteraksi antara watak dengan watak lainbersama-sama rakan-rakan mereka. dialog dan pemikiran yang menyeluruh penting untuk perkembangan imaginasi dan kreativiti kanakkanak. tikus dan kuching di dalam cerita dengan menggunakan boneka Langkah 3: Guru membimbing kanak-kanak. Kanak-kanak dapat menunjukkan ekspresi mereka menerusi aktiviti-aktiviti drama yang dirancangkan oleh guru. gajah. Langkah 2: Kanak-kanak memainkan watak-watak lembu .mengenali dan mengurus emosi sendiri dan juga rakan-rakan yang lain. Objektif : Berimaginasi dan menggerak lakonan boneka. Langkah 5: Guru memberi pujian dan membuat rumusan. .1)Aktiviti Boneka Melaksanakan aktiviti boneka yang bertajuk pertandingan mendapat tempat pertama berikut.moyet dan zirafah . Bahan : Boneka sarung tangan harimau. Langkah 1: Guru membuat demonstrasi persembahan boneka. Aktiviti ini juga melibatkan gerakan. Semasa kanak-kanak berdrama dengan boneka . mereka perlu berfikir.20 6. Langkah 4: Kanak-kanak menyatakan pendapat dan perasaan masing-masing. Aktiviti boneka ini dimulakan dengan menyediakan boneka dan skrip cerita iaitu bertajuk pertandingan mendapat tempat pertama .0Drama kanak-kanak 6. Interaksi menerusi aktiviti drama dapat meningkat kemahiran social dan emosi kanak-kanak kerana mereka perlu memahami bentuk-bentuk pergaualan rakanrakan lain.

Langkah 3: Guru membimbing kanak-kanak.2)Aktiviti Teater Bercerita Aktiviti Tater bercerita mengabungkan teknik teater dan teknik bercerita. Pengajaran teater bercerita ini dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak- kanak dari segi perkembangan imaginasi. kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti drama dapat berfikir lebih kreatif.21 6. Semasa kanak-kanak menjalankan drama akan diminta oleh guru untuk berimaginasi dan melakonkan watak-watak dalam cerita. Mencerita semula cerita Bahan : Topeng. Kanak-kanak perlu bercerita dan seterusnya melakonkan cerita Objektif : Berimaginasi dan melakonkan watak-watak di dalam cerita. .Kanak-kanak selalu memikirkan perkara yang mereka tahu dan melalui aktiviti drama dapat membantu mereka sedar tentang pengetahun mereka sendiri.Aktiviti teater becerita penting untuk membina kebolehan kanak-kanak dalam pemikiran dan kefahaman. Aktiviti drama yang dilaksanakan oleh guru membenarkan kanak-kanak mencari jalan untuk .Secara tidak langsung. Langkah 2: Kanak-kanak memainkan watak-watak di dalam cerita dengan topeng. Langkah 4: Kanak-kanak menyatakan pendapat dan perasaan masing-masing.Kanak-kanak juga diminta untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam aktiviti drama. Langkah 1: Guru membacakan cerita tentang Pahlawan yang hebat kepada kanak-kanak. Langkah 5: Guru memberi pujian dan membuat rumusan. kemahiran berfikir dan kreativiti kanak-kanak.

mewarna. Oleh itu aktiviti yang kreatif dan kritis dapat membantu para pelajar menjana idea baru dan meneroka sesuatu bidang dengan lebih mendalam. drama. para pelajar dapat mengembangkan bakat yang sedia ada dan sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk mengembangkan bakat dan kebolehan tersebut.0 Penutup Kreativiti adalah aktiviti mental yang kompleks. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti drama melibatkan imaginasi atau khayalan.Tambahan lagi. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis. kaedah. imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dan mencari kepuasan dalam persembahan drama. semasa melakukan aktiviti-aktiviti drama juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil risiko dan mencuba sesuatu yang baru Aktiviti teater cerita dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak terutamanyaperkembangan dari segi kemahiran berfikir. tetapi sangat penting kepada kehidupan Kanak-kanak. Selain itu. puisi. . Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. mengsintesis dan menyelesaikan masalah yang rumit dalam konteks pemikiran kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. kritis. dan inovatif. 7. teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai untuk menampung keperluan pelajar yang berbeza-beza dari segi gaya pembelajaran. Aktiviti yang boleh meransangkan pemikiran kreatif adalah sangat penting supaya sentiasa melibatkan diri dalam pembelajaran aktif ke arah menganalisis. Implikasi guru sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan koperatif learning.22 menyelesaikan masalah yang dihadapi. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti drama menggalakkan kreativiti mereka. kraf tangan. muzik. nyanyian. yang paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran Menurut Abdullah Ishak (1995) menyatakan pendidik yang kreatif dan inovatif adalah pendidik yang mahir menggunakan pelbagai strategi. teori. dan sebagainya Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika. dengan adanya teknik yang bersesuaian dalam memupuk idea kreatif. Pemikiran kreatif dan kritis merupakan aspek yang penting dalam menjana ilmu pengetahuan yang baru dan bersifat holistik yang merangkumi semua aspek perkembangan.

com/2011/06/perkembangan-kreativiti-dan.blogspot. Azhar Abd. 2. http://aisahabol2010. M.html 7. (2010).blogspot. http://www.blogspot.com/2012/04/pemikiran-kreatif. Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis.L. http://bz-li. 7 Edition.my/index. http://assignment. 3.23 8. (2002). Mohd.blogspot. 4. 3.php/aktivti/program-jom-terokai-sains/pemikirankreatif 9. Hamid.pskt.com/doc/74968377/Ekspresi-Kreativiti-Kanak-kanak 5. 1Loy Chee Luen.com/2010/06/teori-jean-piaget.oum. Petaling Jaya: L.edu.com/2011/06/perkembangan-kreativiti-dan. Creative Activities for Young Children. http://www. Mayesky. New York: Thomson DelmarLearning.html 2.html 6.0Rujukan buku 1.C. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.scribd.com.blogspot. Modul KAE 3013 :Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak 4. http://cikguani.com/ . http://inspirasiku11. Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. th Rujukan internet 1. (2004).pdf. http://inspirasiku11.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/790616035703_1 36130_final.htm 8.