You are on page 1of 6

KRITIKAN SEMASA PEMERINTAHAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Terdapat beberapa kritikan semasa era pemerintahan Tun Dr.

Mahathir Mohamad. Antaranya ialah tuduhan bahawa penyelewengan yang tidak diambil tindakan seperti penyelewengan RM100 juta di PERWAJA dibawah Erik Chia. Bank Bumiputera telah 2 kali muflis dan diselamatkan dengan menggunakan wang rakyat melalui kerajaan. Kes pembunuhan juruaudit Bank Bumiputera yang belum diselesaikan dan dituduh sebagai penyembuyian fakta. Wang Tabung Haji telah dilaburkan ke dalam pelaburan yang dipersoalkan mengakibatkan pulangan pelaburan yang rendah, serta kos tambang yang berganda berbanding secara persendirian (sebelum diwartakan monopoli oleh Tabung Haji). Meminggirkan majoriti orang Melayu dengan menyekat bantuan kewangan negara kepada kerajaan Terengganu dan Kelantan semata-mata kerana kedua buah negeri tersebut diperintah oleh PAS. Memberhentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SARs) pada 25 Oktober 2002, tetapi pada masa yang sama masih memberi bantuan kepada sekolah Tamil, sekolah Cina, dan pertubuhan haiwan. Bagaimanapun penyokong beliau menyifatkan tiada tindakan diambil disebabkan oleh kekurangan bukti dan bukannya disebabkan sebarang salah-laku, dan segala tindakan beliau adalah menurut undang-undang kerajaan Malaysia. Selain itu, menurut kerajaan (BN), pelajar sekolah Agama Rakyat dikatakan tidak mempunyai daya saing dan merupakan sebahagian besar daripada golongan yang menggangur. Penuntut tersebut lemah menguasai bahasa Inggeris, oleh itu tidak mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan. Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyuarakan hasratnya untuk berundur sebelum kegawatan ekonomi, tetapi terpaksa membatalkan hasrat beliau untuk bersara dan sebaliknya menumpukan perhatian beliau untuk membina semula ekonomi negara. Bagaimanapun pada penutup Perhimpunan Agung UMNO 22 Jun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengejutkan seluruh negara dengan mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Presiden

UMNO. Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya mengumumkan akan bersara sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003 dan menamakan Timbalannya Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi sebagaipengganti. Ini menamatkan karearnya sebagai Perdana Menteri paling lama dan salah seorang pemimpin Asia Tenggara yang paling lama berkuasa. Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Malaysia sebagai salah satu negara yang mantap ekonominya di dunia, khususnya di Asia Tenggara.

Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Dr. Mahathir. Pada era kepimpimnan Tun Dr. Mahathir Mohamad , beliau telah memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional. Program pengswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha mengurangkan beban kewngan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap. Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar PengsyarikatanMalaysia' yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan. Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia' yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia. Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan

beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan. Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal ;Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju. Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia. Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.

Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang

mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.

Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya RM2.6bil. pentadbiran Putrajaya persekutuan bandar 'Putrajaya' yang bernilai

sebuah

pentadbiran

terancang

mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan 'kerajaan elektronik'.

Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia.

Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut

dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang.

You might also like