P. 1
Hukum Pegang Dan Baca Quran Ketika Berhadas

Hukum Pegang Dan Baca Quran Ketika Berhadas

|Views: 38|Likes:
Published by Abdul Aziz
Hukum Pegang Dan Baca Quran Ketika Berhadas
Hukum Pegang Dan Baca Quran Ketika Berhadas

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Abdul Aziz on Jun 22, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/18/2013

pdf

text

original

HUKUM MENYENTUH DAN

MEMBACA AL-QURAN BAGI
ORANG YANG BERHADAS
MOHAMAD RIHAZ BIN ABD RAZAK
MOHD SYAFIQ AZAMI BIN MOHD HELMI

HUKUM
Jumhur ulama’ telah bersepakat diharamkan membawa mushaf dan menyentuhnya bagi orangorang: 1) Haid 2) Nifas 3) Junub

DALIL AL-QURAN

Dalil yang digunakan oleh para imam adalah firman Allah :

“Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia. Pada Kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh). Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.” (QS. Al Waqi’ah : 77 – 80)

HURAIAN DALIL

Bahawa yang dimaksud dengan Kitab di situ adalah mushaf sedangkan makna menyentuh adalah menyentuh secara fizikal yang telah diketahui. Dalil ini mendapat tanggapan dari sebagian ulama yang menafsirkan“kitab yang terpelihara” adalah Lauh Mahfuzh


Makna “orang-orang yang suci” adalah para malaikat.
Atau seandainya yang dimaksud dengan Kitab adalah mushaf, maka orang-orang yang suci adalah orang-orang yang suci dari kesyirikan, kerana orang-orang musyrik adalah najis. Pendapat ini dibenarkan oleh Ibnul Qoyyim didalam “At Tibyan fii Aqsaamil Qur’an, hal 141” bahawa yang dimaksud dengan al Kitab adalah yang ada ditangan para malaikat.

DALIL HADIS

Para imam juga berdalil dengan hadis Abdullah bin Umar ‫عه وبفع عه اثه عمر أوه كبن ال يمس المصحف إال وهو طبهر‬ Dari Nafi, “Tidaklah Ibnu Umar menyentuh mushaf melainkan dalam keadaan suci” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah no 4728)

Hadis disebutkan oleh Haitsami di dalam “Majma’ az Zawaid”. Dia mengatakan bahawa orang-orang yang meriwayatkannya boleh dipercayai. Sedangkan al Hafizh mengatakan bahawa sanadnya tidak masalah namun di dalamnya terdapat seorang perawi yang diperselisihkan.

HUKUM BAWA LEMBARAN ADA TULISAN AYAT AL-QURAN

Nabi saw mengutus sebuah tulisan kepada Hercules yang di dalamnya terdapat ayat :

ْ ‫ل‬ ْ َ‫قُلْ يَب أ‬ َ ‫وا إِلَى‬ (64( ‫ء‬ ْ َ‫عبل‬ ٍ ‫وا‬ ٍ‫م‬ َ ‫ة‬ َ َ‫ة ت‬ َ ‫ه‬ ِ ‫كتَب‬ ِ ‫ال‬ َ‫س‬ َ ِ‫كل‬
Ertinya : “Katakanlah: “Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan…”. (Ali Imran : 64)

Termasuk tulisan-tulisan lainnya yang dikirim kepada mereka yang mana mereka tidaklah bersih dari junub. Hal ini dijawab oleh para imam dengan mengatakan bahawa surat tidaklah boleh disamakan dengan mushaf dan tidak ada larangan dalam hal ini, seperti halnya membawa buku-buku agama yang didalamnya terdapat ayat-ayat al Qur’an.

PENDAPAT PARA ULAMA’
Al Kharqi mengatakan, “Tidak boleh menyentuh mushaf melainkan orang yang suci”.  Perkataan beliau ini dijelaskan oleh Ibnu Qudamah sebagai berikut, “Yaitu suci dari hadas besar dan hadas kecil.  Diriwayatkan bahwa inilah pendapat Ibnu Umar, al Hasan al Bashri, Atha’, Thawus, Sya’bi, al Qasim bin Muhammad. Inilah pendapat Imam Malik, Syafii dan ashhab ra’yi (Abu Hanifah ). (al Mughni 1/256, Syamilah).

HUKUM BAGI YANG BERHADAS KECIL
Bagi orang yang berhadas kecil, maka hukumnya sebagai berikut : 1. Jumhur ulama mengharamkannya menyentuh dan membawa mushaf, ini adalah pendapat Malik, Syafi’i dan Abu Hanifah di dalam salah satu riwayatnya, dalil-dalil mereka sama dengan yang diatas. 2. Sebagian ulama membolehkannya, ini adalah pendapat Abu Hanifah di dalam salah satu riwayatnya sebagaimana juga dibolehkan oleh Daud bin Ali.

Sebahagian orang-orang yang mengharamkannya mengecualikan hal itu terhadap anak-anak kecil yang belum baligh.  kerana keperluan mereka untuk menghafal Al Qur’an serta memudahkan penghafalannya bagi mereka. Jika pun seorang anak itu bersuci (wudhuk) maka bersucinya itu tidaklah sah disebabkankan tidak sah niatnya.  Hal ini kemudian dianalogikan kepada orang-orang dewasa yang memerlukan al Qur’an untuk menghafal Al Qur’an. Adapun apabila untuk tujuan ibadah maka diharuskan ke atasnya untuk bersuci.

Demikianlah, membaca al Qur’an tanpa menyentuh atau membawa mushaf dibolehkan bagi orang yang sedang berhadas kecil.  Ini sudah menjadi kesepakatan para fuqoha, walaupun yang paling utama (afdhol) adalah dalam keadaan bersuci, khususnya apabila dimaksudkan untuk ibadah, kerana ibadah dengan bersuci lebih sempurna dan lebih boleh diharapkan untuk diterima. (Fatwa al Azhar juz VII hal 496)

PENGECUALIAN…

Harus jika orang yang menyentuh al-Quran itu bertujuan untuk melindungi kemuliaan al-Quran misalnya al-Quran itu terjatuh di lantai atau berada di tempat bawah sekiranya dia tidak ada wudhuk.

HUKUM MEMBACA AL-QURAN BAGI
PEREMPUAN YANG DATANG HAID

Diharamkan Perempuan Haid Membaca Al Quran Jumhur ulama berpendapat, haram ke atas orang perempuan yang kedatangan haid membaca Al Quran hinggalah perempuan itu bersuci barulah dibolehkan perempuan itu membaca Al Quran.

DALIL ULAMA YANG MENGHARAMKAN PEREMPUAN HAID MEMBACA AL QURAN
ْ ‫ه‬ ْ َ‫وال‬ ْ ُ‫رأ‬ ْ َ‫الَ ت‬ َ ُ‫جىُت‬ ْ‫ش‬ .‫آن‬ ُ ‫ال‬ َ‫م‬ َ ‫ال‬ َ‫ق‬ ِ ‫يئًب‬ َ ُ‫حبئِض‬ ِ ْ‫القُر‬ .)‫ الترمذي‬،‫(أثو داود‬ “orang haid dan orang nifas tidak boleh membaca al Quran sedikitpun.”  Ini kerana junub adalah hadas besar dan haid juga adalah hadas besar.  Begitu juga dengan orang nifas termasuk dalam larangan membaca Al Quran.


  1)

2)

3)

Bagi pendapat mazhab Hanafi: Diharamkan bagi perempuan haid membaca Al Quran melainkan jika perempuan itu seorang guru. Dibolehkan perempuan itu membaca Al Quran dengan syarat: perempuan itu hendaklah mengajarkan anak muridnya satu kalimah-satu kalimah, iaitu dengan memisahkan satu kalimah dengan kalimah yang lain dan tidak boleh disambungkan kalimah-kalimah itu dan tidak boleh perempuan itu membaca ayat, tetapi dibolehkan perempuan itu membaca ayat Al Quran kerana membuka sesuatu perkara yang dibacakan basmalah (bismillahirrahmanirrahim) dan begitu juga dibolehkan ke atas perempuan itu membaca ayat-ayat pendek dengan niat doa atau memuji Allah.

Bagi pendapat mazhab Syafie:  Diharamkan perempuan haid membaca Al Quran walaupun satu huruf sekalipun melainkan perempuan itu:

1)
2)

Berniat zikir Membaca doa

* Dengan syarat tidak diniatkan membaca al-Quran.

HUKUM MENGAJAR AL-QURAN DAN MENGAMBIL UPAH MENGAJAR

Hukum mengajar al-Quran fardhu kifayah. Jika dalam sebuah kampung tidak ada orang yang layak mengajar al-Quran kecuali seorang sahaja maka ketika itu fardhu ain ke atasnya mengajar al-Quran kepada orang lain.

Ulama berselisih pendapat mengenai mengambil upah mengajar al-Quran. Huraiannya seperti :

a) Imam Abu Hanifah mengatakan tidak harus mengambil upah mengajar alQuran secara mutlak. b) Imam Hassan al-Basri, al-Sya'bi dan Ibnu Sirin mengatakan harus mengambil

upah mengajar al-Quran jika tidak mensyaratkan upahnya.
c) Imam Syafie, Imam Malik dan ' Ata ' al-Tabie mengatakan harus mengambil upah mengajar al-Quran jika mensyaratkan upahnya dengan upah yang sah.

Imam Ibnu Rushd al Hafid menjelaskan, Adapun meminta upah untuk mengajarkan al-Quran,

sekelompok fuqaha berselisih pendapat dengan memakruhkannya , namun sebahagian yang lain
mengharuskannya. Mereka yang mengharuskannya telah mengqiaskan pada amalan yang lain dan berhujah dengan apa yang diriwayatkan oleh Kharijah bin al-Somit dari bapa saudaranya beliau berkata :

“Aku telah menerima Islam dari sisi Nabi saw. Setelah selesai aku pun pulang. Di perjalanan aku telah

melalui sebuah perkampungan. Di situ terdapat seorang lelaki yang terkena penyakil gila dengan tubuh
badannya telah dirantai. Lalu salah seorang dan keluarganya berkata: “Sesungguhnya aku telah mendengar berita bahawa kamu ini telah datang dari lelaki (Nabi saw) yang membawa kebaikan. Jadi, adakah sesuatu yang telah anda dapati untuk merawat si malang ini ?”. Maka aku katakan kepada mereka: “YA” Lalu aku pun menjampikannya dengan surah al-Fatihah selama 3 hari setiap pagi dan petang. Dengan izin Allah lelaki tersebut pulih seperti sediakala. Keluarga lelaki itu kemudiannya menghadiahkan kepada aku seratus ekor kambing. Aku berkata kepada mereka: “Jangan sehinggalah aku bertanyakan hal ini kepada Nabi saw terlebih dahulu”. Aku kemudiannya terus pergi berjumpa Rasulullah S.A.W. dan menceritakan segala yang telah berlaku. Rasulullah S.A.W. kemudiannya bersabda:”Adakah engkau (telah menambah dengan apa-apa jampi lain) selain dari (surah al Fatihah) itu ?”"Tidak!” Jawabku. Seterusnya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Ambillah kambing-kambing tersebut, demi umurku, (adalah haram sama sekali barangsiapa yang memakan hasil dari) jampi yang batil (tidak betul). Sesungguhnya kamu telah memakan hasil jampi yang hak (benar)”.

Al-Hakam bin Utaibah berkata : Tidak aku ketahui seseorang pun (dari kalangan sahabat dan tabi‟in) yang memakruhkan untuk mengupah seorang guru. Dan apa yang SAHIH dari „Atho dan Abi Qilabah adalah HARUS mengupah guru untuk mengajar al-Quran. Hasan alBasri dan „Alqamah di dalam satu pendapat mereka turut mengHARUSkan memberi upah dalam kerja menyalin al-Quran. (Kitab al-Muhalla karya Ibn Hazm, juzuk 8 m/s 196).

Akhir sekali kita ambil penjelasan dari kitab Tuhfatul Ahwazi karya Abd Rahman alMubarakfuri dalam juzuk 6 m/s 191 :

Imam al-Syafie memberi izin bagi guru yang mengajarkan al-Quran diambil upahnya. Sependapat dengan al-Syafie beberapa Imam lain seperti Imam Malik, Ahmad, Ishaq (ibn Rahawaih), Abu Tsaur dan selain mereka dari kalangan ulama SALAF dan para ulama selepas mereka. Ulama yang menCEGAH perbuatan tersebut hanyalah Imam Abu Hanifah yang mengharuskannya hanya di dalam jampi sahaja (berpaksikan hadis di atas) sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitab syarah Muslimnya. Dan berkata pula Imam al-Hafiz (Ibn Hajar) sesungguhnya dinaqalkan daripada Iyadh (al-Qadhi Iyadh al-Maliki) diharuskan mengambil upah dari mengajarkan al-Quran dari SELURUH ULAMA kecuali ulama Hanafi sahaja.

Orang yang mengajar al-Quran terbahagi kepada tiga golongan. Huraiannya ialah seperti berikut :

a) Golongan yang mengajar al-Quran semata-mata kerana Allah tanpa mengambil sebarang balasan atau keuntungan. Mereka diberi pahala di sisi Allah dan amalannya disifatkan sebagai amalan para Nabi ' Alaihim al-Shalatu Wassalam. b) Golongan yang mengajar al-Quran dengan mensyaratkan upahnya dan mereka layak mengambil upahnya. c) Golongan yang mengajar al-Quran tanpa mensyaratkan upahnya, jika diberi

hadiah mereka akan menerimanya. Harus bagi mereka menerima hadiah.

SYUKRAN JAZILAN

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->