You are on page 1of 19

EDU 3104 BAB 1: PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN Ciri yang menjadikan bilik darjah tempat yang unik dan mencabar 1. Pelbagai dimensi 2. Serentak 3. Segera 4. Sukar diramal 5. Umum Konsep pengurusan bilik darjah pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku (Richard, 1990) Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat yang berikut: menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai membentuk suasana pembelajaran yang positif menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-murid menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p mengurangkan masalah disiplin pengurusan rutin yang berkesan murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri Bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku. ia memerlukan guru yang berkemahiran dan berkemampuan yang pelbagai dalam menyelesaikan masalah yang telah berlaku. Faktor utama dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah: Perancangan yang rapi Guru perlu mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan mereka Membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan p&pyang telah dilaksanakan pengetahuan tentang keperluan murid-murid Keperluan hierarki Abraham maslow (estetik, pengetahuan, penyempurnaan kendiri, penghargaan diri, kasih sayang, keselamatan dan fisiologi) Fisiologi dan psikologi mempunyai pengetahuan akademik: Memahami objektif pengajaran Melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya

Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid Masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi Pengalaman kejayaan Maklum balas yang tepat dan realistik Pengurusan bilik darjah 1. Merancang 2. Mengelola 3. Mengawal 4. Membuat refleksi 5. menjalinkan hubungan guru- murid Ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah ialah guru yang dapat: Menguruskan bilik darjah dengan berkesan Membentuk suatu suasana Agar murid teransang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik Menggunakan masa p&p dengan efisien Tiga aspek yang dilihat: 1. kualiti peribadi 2. kompentensi pengajaran dan pembelajaran 3. penghayatan dan amalan nilai Guru yang efektif (mesra, peramah, penyayang, tenang, jenaka, kreatif, spontan, fleksibel dll) Guru yang tidak efektif (cepat marah, tidak yakin, pesimis, autokratik, tiada daya usaha, tegar) Kompetensi pengajaran dan pembelajaran Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti berikut: 1. Kandungan mata pelajaran: Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum. Contoh : Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara mengurus idea serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir dan berhujah, pola perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan kebolehan memindahkan idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain. 2. Strategi pengajaran Seiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P Contoh : Guru yang efektif akan memberi penekanan kepada kolaborasi antara murid dalam usaha mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri. 3. Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran.

Contoh : Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang mencukupi dalam memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras dengan perancangan dan matlamat tercapai. Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat maklum balas dan menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih baik,menarik pada masa seterusnya. Kemahiran mengurus bilik darjah Merupakan salah satu aspek bagi seorang guru yang efektif. Kebolehannya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan membentuk peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah, dan menangani masalah tingkah laku murid. Kemahiran motivasi Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang diberikan dan pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan minat dan matlamat dan kebolehan mereka. Kemahiran komunikasi Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan. Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya guru efektif juga mengekalkan kritikan pada tahap minimum, mempunyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif atau pasif, dan yang terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi mjurid-murid melalui latihan, praktis dan sebagainya. Kemahiran teknologi Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan bahan multi-media sebagai alat sokongan.

EDU 3104 BAB 2 : PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH PENGENALAN Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator. PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF Ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran Persekitaran fizikal susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah sumber bahan pembelajaran ruang/sudut pembelajaran ruang pada dinding pencahayaan, pengudaraan dan perabot kebersihan Persekitaran psikososial Suasana selesa dan mesra bebas daripada ancaman bahaya fizikal perasaan yang diterima sensitif dan peka kepada perbezaan individu suasana yang meransang pembelajaran mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea menggalakkan pembelajaran koperatif peluang yang sama untuk semua murid Peraturan dan rutin bilik darjah (ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah) ayat peraturan mesti ringkas dan jelas peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh murid di dalam bilik darjah dan akan lebih berkesan jika guru membentuk peraturan bersama murid hadkan bilangan peraturan peraturan adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya

PENGURUSAN PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAH a. Dua Proses PENGUKURAN - penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat pencapaian pembelajaran individu. PENILAIAN - proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran.

b. Pentaksiran yang berkesan ada dua ciri: kesahan - sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur kebolehpercayaan - merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali dalam masa yang berbeza. c. Dua bentuk pentaksiran formatif - sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai sumatif - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil d. Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid. Murid terdorong untuk memberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu akan dinilai. e. Pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah tingkah laku. Proses penyediaan ujian dan peperiksaan kekerapan ujian dalam satu penggal atau semester tarikh ujian dan peperiksaan menggubal soalan ujian tempoh masa setiap ujian ujian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan pengetah uan atau kemahiran yang telah diajar soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat pengetahuan bincang dengan guru mata pelajaran lain murid dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal) biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan Pentadbiran ujian atau peperiksaan (langkah-langkah) sediakan persekitaran selesa benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing murid seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. masa 10 minit digunakan untuk memberikan arahan atau peraturan mencatat kehadiran murid semasa ujian/peperiksaan pentadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid

PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID

Ibu bapa perlu menisi BORANG MAKLUMAT MURID ia bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam pengurusan berkaitan hal ehwal murid. maklumat ibu bapa/penjaga tanggungan ibu bapa/penjaga maklumat murid maklumat bantuan yang diterima murid penyimpanan data peribadi murid

Kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R buku rekod guru kelas buku laporan buku kedatangan murid

EDU 3104 BAB 3: HUBUNGAN GURU-MURID hubungan guru murid mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran murid hubungan yang positif antara guru - murid boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak

MEMBINA HUBUNGAN GURU - MURID komunikasi yang berkesan perlu antara guru - murid untuk sama-sama mencapai objektif p&p guru perlu sentiasa mengawasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran yang dihadapi mereka guru perlu memahami masalah yang dihadapi murid komunikasi yang berkesan akan meningkatkan prestasi murid guru yang menghormati dan peka dengan murid tetapi dalam masa yang sama tegas dan menetapkan batas-batas tertentu akan dihormati oleh murid mewujudkan suasana demokratik dalam bilik darjah guru dan murid bersama-sama berkongsi tanggungjawab di dalam bilik darjah Kepentingan membina hubungan guru - murid a. Kepada guru menaikkan motivasi dan semangat guru murid lebih senang dikawal memberi kesan yang baik kepada pengajaran guru menaikkan imej guru b. Kepada murid

murid lebih minat belajar murid lebih memberikan kerjasama kepada guru meningkatkan pencapaian akademik murid murid lebih bermotivasi untuk belajar Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan guru - murid penampilan dan bahasa badan guru menunjukkan contoh teladan yang baik persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah Strategi membina hubungan positif guru - murid ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing menanamkan semangat cintakan kelas/ bilik darjah agihkan tanggungjawab bersama tetapkan jangkaan yang realistik tunjukkan keprihatinan masukkan unsur kecindan dalam komunikasi

Amalan budaya penyayang i. Hormat ii. Autentik iii. Keprihatinan integriti emosi iv. Menggalakkan integriti emosi dalam kalangan murid v. Strategi mengamalkan budaya penyayang - menerapkan elemen mengambil berat - membina semangat kekitaan dan kepunyaan dalam bilik darjah - hormat menghormati - guru komited dengan usaha mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan pelajar Dinamika bilik darjah Dinamika bilik darjah ialah apabila sesuatu kumpulan rakan sebaya berupaya menggerakkan ahli-ahlinya bertindak mengikut matlamat yang sama, terbahagi kepada : Dinamika kumpulan - boleh dikenal pasti melalui kajian sosiometri Kajian sosiometri - membantu guru melihat pola persahabatan/kumpulan dalam bilik darjah Penularan - ciri-ciri atau tingkah laku ahli kumpulan dinamika yang diikuti dan mempunyai pengaruh kepada ahli kumpulan yang lain Faktor- faktor yang membentuk dinamika kumpulan jantina agama/bangsa status sosioekonomi

Peranan guru dalam dinamika kumpulan kenal pasti bentuk dinamika perhatian kepada murid yang tersingkir gunakan kuasa penularan bimbing kumpulan membentuk ciri-ciri yang diingini guru sebagai ketua dinamika bilik darjah

EDU 3104 BAB 4: PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH Pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkahlaku yang diingini MODEL PENGURUSAN DISIPLIN MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU oleh B.F.SKINNER MODEL DISIPLIN ASERTIF oleh LEE CANTER MODEL AKIBAT LOGIKAL oleh RUDOLF DREIKURS MODEL PENGURUSAN KELOMPOK oleh JACOB S. KOUNIN MODEL TERAPI REALITI oleh WILLIAM GLASSER Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner a. Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini b. Terdapat dua jenis peneguhan - peneguhan positif-hadiah, pujian, markah merit dsbg (meningkatkan tingkah laku murid yang diingini) - peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini. c. Peneguhan berbeza dengan dendaan d. Peneguhan berkala Kebaikan dan kelemahan model ini hasil pantas tetapi tidak kekal lama lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen ganjaran untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar murid lebih teruja mendapat ganjaran daripada ilmu Model disiplin asertif Canter berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid

terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (be rkeyakinan dan tegas). beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.

Terdapat tiga jenis guru guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, tidak konsisten dan mengelirukan. guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah penerangan peraturan cara pelaksanaan peraturan semak kefahaman murid maklumkan tentang ganjaran penerangan tentang tindakan pembetulan cara tindakan pembetulan dikenakan semak kefahaman murid Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid bertindak dengan tenang konsisten berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini beri peluang kepada murid meluahkan perasaan teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa Murid bermasalah perlu ditangani dengan berhemah paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk berinteraksi dengan murid Model akibat logikal Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah

murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut: mendapatkan perhatian mencabar kuasa membalas dendam mempamerkan kekurangan

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku berkomunikasi perkara yang positif galak peningkatan murid kenal pasti kelemahan murid belajar daripada kesilapan percaya kebolehan murid bekerjasama rasa bangga pencapaian murid optimis beri galakan dan motivasi Model pengurusan kelompok Kounin menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yan g teliti guru dalam pengurusan bilik darjah guru perlu mempunyai weightiness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa. kebolehan guru melakukan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tidakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. guru harus elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&p momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan p engajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan Model terapi realiti oleh William Glasser

a. Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat b. Pilihan yang dibuat oleh individu berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka c. Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah. d. Keperluan-keperluan asas - kasih sayang - mempunyai kuasa dan kawalan - kebebasan - keseronokan e. Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang f. Melalui terapi realiti, guru dapat: - membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan - pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid - kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku - bertindak sebagai pembimbing murid - Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kurikulum yang berkualiti akan meningkatkan mutu pendidikan kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan peng ajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka yang diajar Kualiti pengajaran persekitaran bilik darjah yang tenang dan kondusif guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya Guru yang membimbing akan: memahami murid menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan berbincang dengan murid menggalakkan murid meneroka p&p menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran Membina bilik darjah yang berkualiti tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk gantikan dengan tabiat yang boleh kekalkan

hubungan baik mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian bina hubungan dengan murid peraturan kelas elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah pengetahuan kompentensi kualiti penilaian kefahaman dan penggunaan

EDU 3104 BAB 5: MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN Definisi disiplin Disiplin berkaitan dengan tingkah laku seseorang. Disiplin boleh dijelaskan sebagai - latihan - kepatuhan - kawalan Disiplin tidak boleh ditafsirkan sebagai hukuman, hukuman bersifat negatif dan mengajar kanak-kanak perkara yang tidak patut mereka lakukan Sekolah di Malaysia memberikan konsep disiplin sebagai penekanan kepada cara cara mencegah masalah disiplin dan tingkah laku daripada berlaku di dalam bilik darjah agar p&p dapat dilaksanakan dengan lancar Jenis disiplin di dalam bilik darjah arahan Guru- termasuk peraturan & rutin arahan rakan sebaya arahan tugasan diri sendiri Jenis-jenis masalah disiplin melawan memukul mencuri mengugut rakan/guru kekemesan diri ponteng kelas Masalah disiplin yang bersifat disruptif tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercakap semasa guru mengajar,

makan dan tidur di dalam kelas keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran lewat masuk kelas tidak membawa buku latihan/teks menunjukkan sikap biadap terhadap guru membuli melepak, berlari, menjerit di koridor Masalah kekemasan diri tidak memakai lencana, tanda nama.stoking kuku panjang mewarnakan rambut pelajar lelaki rambut panjang

TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH kurang memberikan perhatian hiperaktif pendiam sensitif apati (tidak kisah kepada arahan guru) sikap melengahkan dan sambil lewa gemar bercakap menganggu rakan membuli berbohong menipu menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah kurang sopan mencuri merosakkan harta benda mudah marah dan agresif SEBAB-SEBAB BERLAKU MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH diri murid guru sekolah latar belakang murid Peranan guru dalam mengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah merancang aktiviti yang menyeronokkan gunakan pelbagai kaedah dan teknik yakin

berminat dan mengambil berat terhadap murid rol model adil komunikasi yang jelas memberikan bimbingan dan maklum balas tenang dalam menangani masalah di dalam bilik darjah EDU 3104 BAB 6: PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH sebarang bentuk mendisiplinkan murid mestilah ke arah mendatangkan matlamat kepada murid kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam bilik darjah secara dasarnya boleh ditangani melalui teguran nonverbal, mengalihkan tingkah laku atau menukarkan rentak p&p Kitaran pengurusan disiplin merancang menyediakan pelan pengurusan, strukur organisasi dan pendekatan yang akan digunakan melaksanakan dan mengurus mengawasi dan membuat refleksi PERANAN DAN TINDAKAN GURU SEMASA MENGURUS MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH a. Guru berperanan sebagai pembimbing b. Apabila guru tidak dapat menangani atau menyelesaikan masalah tersebut boleh merujuk kepada kaunselor sekolah atau jawatankuasa disiplin sekolah c. Cadangan untuk menangani disiplin:- tidak panik dan jangan bertindak melulu - elakkan daripada mencabar murid - semak semula cara pengajaran - jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawalan sendirian - berbincang dengan guru lain yang lebih mahir - ikuti budaya disiplin sekolah HALANGAN KEPADA PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH hubungan ibu bapa pengaruh rakan sebaya keadaan persekitaran bilik darjah masalah perkembangan murid salah laku yang tidak dijangka INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN

PASTORAL CARE BIMBINGAN DAN KAUNSELING TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU Pastoral care Merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-muridnya. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi murid.

Bimbingan dan kaunseling a. Bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang oleh guru-guru untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran. b. Kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami dirinya yang sebenar c. Matlamat bimbingan dan kaunseling: mengenal potensi murid membina kemahiran pengurusan diri kemahiran penyelesaian masalah pengurusan tingkah laku memajukan diri murid penilaian kendiri d. Prinsip bimbingan dan kaunseling: murid perlu sukarela untuk dibimbing murid bertanggungjawab terhadap perkembangan masing-masing bimbingan adalah proses pencegahan penggunaan kemahiran asas bimbingan bantuan menyeluruh bersikap terbuka e. Etika bimbingan menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi kerahsiaan murid bertanggungjawab f. Kemahiran bimbingan memberikan perhatian kemahiran mendengar dengan aktif

kemahiran berempati Teknik modifikasi tingkah laku a. Menggunakan prinsip peneguhan tingkah laku dipengaruhi oleh akibat tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan bertindak berdasarkan kepada tingkah laku yang diberi ganjaran akan diul ang manakala yang tidak diberi ganjaran dilupus peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan daripada dendaan b. Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur sistem kontrak tingkah laku sistem token c. Pelan intervensi pengurusan kendiri tingkah laku murid tetapkan tingkah laku murid beri kesedaran kepada murid matlamat yang realistik bincangkan akibat bina sistem pengurusan kendiri guru memantau dan memberi peluang kepada murid untuk mengurus penilaian berterusan. Ubah cara penilaian jika perlu

EDU 3104 BAB 7: PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MELIBATKAN MURID BERPERLUAN KHAS

KATEGORI KANAK-KANAK BEKEPERLUAN KHAS 1. Terencat akal 2. Masalah kerosakan sesnsori a. Masalah kecacatan fizikal - cerebral palsy - musculor dystrophy - spina bifida - sawan (epilepsy) b. Masalah penglihatan c. Masalah pendengaran d. Masalah komunikasi - masalah bahasa

- masalah pertuturan 3. Masalah pembelajaran masalah membaca masalah menulis masalah mengira masalah komunikasi 4. Disleksia 5. Diskalkulia 6. Disgrafia 7. Autistik (autism) 8. Lewat perkembangan 9. Hiperaktif (ADHD dan ADD) 10. Pintar cerdas atau berbakat 11. Masalah emosi dan tingkah laku Aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:a. Pengurusan bilik darjah yang efektif, iaitu merangkumi pengurusan aspek fizikal bilik darjah, tingkah laku murid, rutin, peraturan serta prosedur dan juga arahan yang berkesan b. Pengetahuan dan kemahiran tentang strategi pengajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang berbeza c. Keupayaan menilai kemahiran yang diperlukan seseorang murid d. Menetapkan objektif pembelajaran yang sesuai dan realistik e. Mengubahsuai aktiviti dan latihan di dalam bilik darjah supaya dapat mengambil kira keperluan serta kebolehan murid yang berada pada tahap berbeza di dalam kelas f. Menstruktur persekitaran agar dapat meransang pembelajaran muridnya g. Menggunakan strategi-strategi seperti bimbingan rakan sebaya dan pembelajaran koperatif untuk menggalakkan kerjasama antara murid di dalam bilik darjah h. Menekankan kepentingan menghormati rakan sebaya i. Menghargai perbezaan dalam kalangan individu j. Mempunyai harapan yang tinggi atas kebolehan muridnya untuk berjaya k. Membina hubungan yang baik dan bekerjasama dengan ibu bapa, guru-guru lain serta guru pendidikan khas agar dapat memahami cara terbaik untuk membantu dan memenuhi keperluan murid tersebut. Pengurusan bilik darjah yang mempunyai murid berkeperluan khas memerlukan guru membentuk semangat komuniti yang dapat menerima kepelbagaian dalam kalangan murid dan membina persekitaran yang dapat memberikan perhatian serta respon kepada keperluan individu.

EDU 3104 BAB 8: PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN CORAK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN

Murid-murid mempunyai perbezaan dari segi matlamat, kebolehan dan personaliti. guru harus mengambil kira faktor-faktor tersebut untuk membentuk satu persekitaran dan pengurusan bilik darjah yang berkesan Susunan kelas perlu diberi perhatian. contoh murid lemah diletakkan bersama murid pandai tetapi jika silap perancangan murid yang pandai akan membuli murid yang lemah Banyak perkara yang berlaku di luar perancangan. contoh LCD rosak, gangguan bising oleh pemotong rumput dan sebagainya. Oleh itu, perancangan guru perlu mantap dengan mengambil kira pelbagai sudut Persekitaran pembelajaran yang kondusif perlu mengambil kira elemen -elemen seperti fizikal, emosi dan sosial Kerjasama Memerlukan persefahaman antara kedua-dua belah pihak. kerjasama antara guru dengan murid akan mengeratkan hubungan antara keduanya Elemen kerjasama boleh diterapkan semasa memilih bahan bantu mengajar, jangkaan prestasi, objektif p&p, membina kontrak tingkah laku dan perjalanan bilik darjah Matlamat pengurusan bilik darjah Matlamat utama pengurusan bilik darjah adalah mengekalkan persekitaran bilik darjah yang positif, kondusif dan produktif Tiga elemen yang peru dipertimbangkan:a. pengurusan masa b. peluang pembelajaran c. pengurusan kendiri Persekitaran bilik darjah yang positif a. Persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik. b. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar c. Rutin dan peraturan bilik darjah rutin bilik darjah peraturan akibat d. Perancangan ruang pembelajaran perancangan pembelajaran ialah perancangan fizikal ke atas ruang yang terdapat di dalam bilik darjah ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran Mengekalkan persekitaran berkesan untuk pembelajaran Galakkan penglibatan murid Langkah pencegahan - guru sentiasa mengawasi murid dan aktiviti yang berlaku serentak - murid perlu sedar guru sentiasa mengawasi mereka - guru merancang dan menyelaras aktiviti dengan berkesan

Komunikasi berkesan CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG BERKESAN Suasana demokratik di dalam bilik darjah Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator Menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati Guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan Guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti Jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid -murid Guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan mendidik murid-murid Pembelajaran berasaskan individu Mempunyai semanagat kekitaan Mengamalkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN PELAN PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN a. Dua perkara utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam membuat perancangan ialah persekitaran pembelajaran dan komuniti murid yang diingini b. Menetapkan persekitaran pembelajaran ialah membangun dan mengekalkan persekitaran pembelajaran dan mengekalkan persekitaran bilik darjah supaya pembelajaran yang berkesan berlaku c. Menetapkan jenis komuniti murid ialah mengasuh dan mendidik murid supaya bertingkah laku untuk menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif d. Tiga langkah dalam setiap perancangan rancang susun praktis Proses membina pelan perancangan pengurusan bilik darjah komponen pengajaran komponen pencegahan komponen pembetulan komponen sokongan komponen persekitaran fizikal