You are on page 1of 7

Topik-topik penting yang didapati dpd pensyarah pada 11.5.2013 di UPSI kumpulan 7.

Ada sesiapa kawan yang berada di UPSI kumpulan 8 dan 9, bolehkah share tips? 1. Apa itu ADHD? 2.Apa maksud Diskalkulia? Merujuk kepada istilah sastera, "Dys" dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran, "Calculia" dalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan/pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008). Menurut Departmant for Education Skills 2001(DfES), Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai / memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Contohnya, mereka tahu 3+5=8, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+3=8. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri. (Messenger et al). 3. Kaedah-kaedah menguji pintar cerdas.(4 kaedah) 4. Ciri-ciri apa yang dikatakan budak itu down sindrom? 5. Model sosial dan model perubatan 6. AUDIOLOGI (UJIAN-UJIAN PENDENGARAN) 1.0 Pendahuluan Perkhidmatan audiologi merupakan satu perkhidmatan yang penting bagi individu bermasalah pendengaran yang memerlukan pengesanan dan tindakan awal, penjagaan dan perlindungan yang sesuai. Masalah pendengaran merupakan masalah yang serius sekiranya tidak ditangani dari peringkat awal kerana ia bukan sahaja menyebabkan seseorang tidak dapat mendengar tetapi bahkan ia juga memberi kesan terhadap perkembangan pertuturan seterusnya mekanisme komunikasi individu. 2.0 Maksud Audiologi Audiologi menurut kamus ialah kajian keseluruhan tentang pendengaran. Ini merangkumi kajian tentang anatomi dan fungsi telinga, masalah pendengaran , penilaian dan rawatan kepada orang yang kehilangan pendengaran. Laman web medical buffalo education pula menyatakan istilah audiologi merujuk kepada sains pendengaran. Iaitu mendefinisikan audiologi sebagai satu disiplin yang melibatkan pencegahan, pengenalan serta penilaian masalah pendengaran, pemilihan dan penilaian alat bantu pendengaran serta habilitasi atau rehabilitasi individu yang mempunyai masalah pendengaran. Manakala menurut pakar audiologi dari unit auditori Jabatan Otorhinolaryngology Hospital Sibu, Cik Nahazatul Islia Jamari pula menyatakan bahawa audiologi merupakan satu bidang yang berkaitan dengan kajian pendengaran normal dan tidak normal. Ia melibatkan tugas disiplin audiologi yang merangkumi pencegahan, pengenalpastian, penilaian pendengaran , pemilihan serta penilaian alat bantu dengar dan pengendalian program rehabilitasi bagi individu yang mengalami masalah pendengaran. Berdasarkan beberapa definisi audiologi tersebut, dapat disimpulkan bahawa audiologi merupakan satu bidang yang berkaitan dengan pendengaran dan semua masalah yang timbul berkaitan dengannya. Oleh itu audiologi dapat menentukan samada seseorang individu dapat mendengar dengan baik atau tidak. Audiologi juga akan memastikan dan mengesahkan samada seseorang

individu itu mempunyai masalah pendengaran serta menjelaskan jenis masalah pendengaran yang dihadapi. Masalah pendengaran yang dihadapi akan dianalisis serta diberikan bimbingan dan pilihan kepada individu yang terlibat untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Rehabilitasi auditori pula adalah terapi atau latihan fizikal yang direka oleh pakar audiologi untuk membantu individu yang mengalami masalah pendengaran. Ianya mempunyai matlamat yang jelas dan pendedahan mengenai alat bantuan mendengar kepada individu yang terlibat dan perkhidmatan profesional yang diberikan. 7. Pediatrik 8. Punca-punca kecacatan 9.Intervensi awal 10. kerosakan mata Katarak sejenis kerosakan mata di mana kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya.Kebiasaannya pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya. Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak. Selain daripada orang tua, kanak-kanak dan bayi baru lahir boleh mendapat katarak apabila ibu mengidap jangkitan seperti rubella. 11. pekak Jenis Sensorineural : Tahap teruk (severe) dan sangat teruk (profound). Tidak boleh mendengar bunyi pertuturan dan hanya mendengar bunyi kuat seperti mercun. Kerosakan berlaku pada telinga dalam atau laluan saraf pendengaran (koklea) ke otak. Bunyi kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Keupayaan pendengaran sebanyak 70dB dan ke atas. Tahap teruk 70dB -90dB. Bagi yang amat teruk 90dB ke atas, mengalami kesukaran untuk mendengar dan bertutur. Tidak boleh dirawat kecuali dengan teknologi terkini seperti ABD berkuasa tinggi dan pacakan koklea serta terapi pertuturan. Punca berlaku ialah semasa dalam kandungan iaitu jangkitan virus seperti rubella/german measles, pengambilan dadah, alkohol, aspirin, cortisone, quinine dan tranquillisiers serta pengambilan pil Thallidomide. Semasa kelahiran pula ialah anoxia (kekurangan oksigen) dan jaundice (demam kuning). Selepas kelahiran ialah kemalangan menyebabkan kerosakan koklea, meningitis (demam teruk), bunyi bising berterusan dan teruk, pengambilan bahan beracun seperti quinine dan antibiotik, ketuaan, vertiga (pening teruk). Punca akhir ialah keturunan iaitu jika ibu bapa membawa gen dominan (pekak) mempunyai anak pekak sensorineural 50% dan membawa gen resesif adalah 25%. 12. unit 3 punca dan pencegahan Unit 3 : Punca dan pencegahan 1. Etiologi atau punca-punca kecacatan : a) biologi b) psikologi c) persekitaran 2. Menurut Winzer (1996) , wujud 3 kategori utama faktor risiko iaitu risiko yang telah lama wujud (established risk), risiko biologi dan risiko persekitaran. 3. Faktor risiko biologi terbahagi kepada 3 iaitu Peringkat Prenatal (Penghamilan), Peringkat Prinatal (7 bulan - 2 minggu lahir) dan Postnatal (semasa membesar) a)Peringkat Prenatal (Penghamilan) Jenis darah tidak sesuai (faktor Rh). Kewujudan protein menghasilkan Rh+ dan Rh-. Jika Rh ibu dan janin berlainan, darah ibu, akan menghasilkan antibodi yang menyerang darah janin. Kesannya lahir tidak cukup bulan, kuning dan kecacatan

otak. Jangkitan penyakit ibu semasa mengandung; kencing manis, meningitis, demam kuning, sifilis, rubella dan virus. Toksemia ; racun pada darah ibu. Anemia; bekalan oksigen ke otak terputus. Lahir tak cukup bulan/prematang Kurang makan makanan berzat. Ketidaknormalan kromosom; Genetik (Sebelum lahir 23 pasang kromosom - 1 daripada ibu dan 1 daripada bapa) Stres semasa mengandung (emosi terganggu) akibat kemiskinan dan lain-lain. Sekiranya berpanjangan akan mengeluarkan hormon kortisone yang mengalir ke saluran darah. ( Tidak dapat oksigen yang cukup akan menyebabkan ADHD. Faktor umur ibu ; ideal (22-25 tahun), tua menyebabkan anak sindrom down, muda akan menyebabkan sukar lahir. Resapan bahan luaran (terotogen) oleh uri melalui pemakanan atau kulit atau deria. Pengambilan dadah atau ubatan atau bahan khayalan menyebabkan kecacatan anggota (thalidomide). Amalan merokok menyebabkan saluran darah dalam uri mengecut dan mengurangkan oksigen dan zat makanan sampai ke janin. Degupan jantung janin cepat, keguguran, kecacatan dan prestasi akademik rendah. Pengambilan alkohol berbahaya pada tiga bulan terakhir. Saiz bayi kecil, sindrom penarikan (withdrawal) lambat dalam pembelajaran dan tidak cergas. Pendedahan Pancaran Radiasi - X-ray menyebabkan mutasi genetik iaitu kecacatan sistem saraf. Menghadapi tumor, leukemia dan pembesaran terbantut. b) Peringkat Perinatal (Semasa kelahiran) Sebelum melahirkan (labour-situasi sakit untuk melahirkan). Masa melahirkan panjang (8-11 jam) menyebabkan lemas, kecacatan dan kerencatan akal. Proses yang terlalu lama menyebabkan terputusnya bekalan oksigen. Bersalin (delivery) akibat melintang atau songsang, air mentuban pecah terlalu awal menyebabkan jangkitan , uri berada di kedudukan yang tidak betul dan kesukaran bersalin. Forcep atau ubat penahan sakit untuk membantu kelahiran boleh membahayakan bayi. Anoksia (tali pusat terbelit) dan memutuskan bekalan oksigen ke otak. Bayi boleh dijangkiti virus yang dibawa oleh ibu seperti herpes (lepuh-lepuh berair pada kulit) yang menyebabkan cerebral palsy, sawan dan kerencatan akal, buta, pekak dan lain-lain lagi. c) Postnatal (Selepas kelahiran) Kemalangan, penyakit (demam panas), meningitis. Virus menyerang selaput/penutup otak dan saraf tunjang (spinal cord), kekurangan oksigen (lemas, menghidu bahan toksik, tercekik), pendarahan serangan terhadap tisutisu otak seperti ensefalitis. Kemalangan boleh menyebabkan kerosakan tisu otak ataupun sistem saraf tunjang. Keracunan seperti keracunan plumbum (lead poisoning) menyebabkan kerosakan neurologi yang berterusan. Pemakanan kanak-kanak yang tidak sempurna Faktor persekitaran di mana kanak-kanak itu dibesarkan. 4. Risiko persekitaran timbul disebabkan oleh faktor persekitaran seperti kemiskinan, permasalahan keluarga, trauma, pendedahan pergaulan dan lainlain. Faktor psikologi : perkembangan emosi dan sosial. Kurang mendapat kasih

sayang. Gangguan hiperaktif Pencemaran toksin : kesan pada autisme. Contohnya kilang yang mengeluarkan asap yang banyak di Brick Township, New Jersey menyebabkan kes kanak-kanak autistik. Bahan Pengawet dan pewarna tiruan : menyebabkan perilaku hiperaktif. Kadar timah (lead) dalam serum darah anak yang meningkat. Mendapat penyakit berjangkit : disebabkan oleh bakteria dan virus. 5. Pencegahan berlakunya kecacatan : Imunisasi untuk golongan remaja dan wanita iaitu Rubella bertujugan untuk mengelakkan jangkitan Rubella (German Measles) yang menyerang ibu mengandung pada tiga bulan pertama. Mengelakkan pengambilan dadah dan alkohol yang boleh menyebabkan kecacatan pendengaran. Sekiranya telah dikenalpasti seawal tiga bulan, kanakkanak diberi bantuan alat pendengaran dan pembedahan koklea. Mereka masih ada harapan untuk mendengar. Mengelakkan mengandung ketika usia mencecah atau melebihi 35 tahun yang boleh menyebabkan Sindrom Down. Ibu boleh menjalani ujian imbasan kehamilan tiga bulan pertama atau FTPS. Menguji sel yang dikenali sebagai Pensempelan Vilus Korion bagi pengesanan sebaran kecacatan genetik. Kaedah lain ialah melakukan ujian Amnonsentesis. Program kerjasama antara pelbagai disiplin termasuk terapi bahasa, terapi pertuturan, ahli psikologi, guru pendidikan khas, pentadbir dan lain-lain untuk mengembangkan potensi kanak-kanak. Pengesanan dan intervensi awal penting untuk mengenalpasti kecacatan yang dialami. Contoh disleksia seperti Thomas Edison, Leonardo de Vinci, Winston Churchill, George Pattorn dan William Butler Yeats. Tidak membiarkan anak mengalami demam panas berpanjangan yang boleh menyebabkan penyakit sawan (epilepsi). Elakkan daripada kemalangan yang boleh menyebabkan kecacatan seperti hentakan kuat pada kepala yang boleh merosakkan sistem saraf dan kerencatan akal. Ibu mengandung mengambil makanan seimbang. Kekurangan gula, kalsium dan magnesium di dalam darah mengakibatkan epilepsi kepada bayi. Lawatan ke klinik mengikut jadual bagi mengetahui perkembangan kandungan bayi. Elakkan daripada terdedah pada keracunan plumbum seperti bau cat, petrol dan sebagainya. Rehat yang mencukupi dan tiada tekanan. Elakkan mengambil minuman keras dan makanan yang tidak berkhasiat. 13. Atetosis Atetosis : Berlaku pada bahagian basal ganglion. Pergerakan writhing yang perlahan dan tidak boleh dikawal. Bahu, muka, kaki, tangan dan lengan menjadi sasaran. Otot-otot tekak menyebabkan pertuturan payah dan tidak jelas serta masalah mengawal air liur. 14. Spastik : Berlaku pada bahagian konteks motor di mana kehilangan kawalan terhadap otot-otot menyebabkan koordinasi pergerakan menjadi susah. 15 Gardner (1993), berpendapat bahawa kecerdasan tidak menjadi satu dimensi yang dilaporkan oleh skor ujian semata-mata. Beliau mengemukakan sekurangkurangnya lapan jenis kecerdasan untuk kanak-kanak pintar cerdas iaitu:

kinestetik : kecekapan menginterprestasikan pergerakan anggota atau tubuh untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. naturalis : kepintaran tentang seluruh alam, prihatin dan penyayang pada alam. Contoh : Steve Irwing logik matematik : kecerdasan dalam matematik. Contoh Sofia Yusof. muzikal : kepakaran dalam prestasi, komposisi, apresiasi dan menyusun bola muzik, nada dan irama. Contoh Tan Sri P. Ramlee verbal linguistik : penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan bahasa yang kompleks. Contoh Dr. Rais Yatim, Prof. Diraja Ungku Aziz. Visual ruang : Memiliki kecerdasan dan peka pada warna, garisan, bentuk, corak dan ruang di sekeliling mereka. Contoh ; Dato. Jimmy Choo interpersonal : memahami perasan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Contoh: Datuk Dr. Fadzillah Kamsah. intrapersonal : kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam, kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri. Contoh : Datuk Siti Nurhaliza 16. 8. Penilaian (Assesment) untuk kecerdasan didefinisikan sebagai kebolehan untuk belajar, memahami atau deal dengan situasi baru. Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Ujian Kecerdasan Stanford-Binet (Stanford-Binet Intelligence Test) : oleh Alfred Binet, untuk pelajar pintar di Perancis , ujian berdasar mental age dan chronologikal age (umur mental dan umur kecerdasan) Ujian Kecerdasan Wechsler (Wechsler Intelligence Scales): oleh David Wechsler ahli psikologi Amerika. Skor berdasarkan perbandingan individu dengan individuindividu yang lain. Raven's Progressive Matrices : oleh Dr. John C Raven (1936) yang merupakan ujian yang menawarkan corak atau pecahan; Standard Progressive Matrices, Clored Progressive Matrices dan Advanced Progressive Matrices. Ujian PERMATA Pintar UKM : dijalankan oleh UKM untuk ujian IQ saringan 1setara dengan Raven's , saringan 2 setara dengan ujian WISC-IV dan saringan 3setara dengan ujian Stanford Binet. 17. Tahap kepekakan : Diukur dengan alat pengukur yang dipanggil audiometer. Ukuran kehilangan pendengaran individu mengikut ukuran unit desibel menurut Williams (1991) dalam Safani Bari (1993). Nilai 10dB ialah kekuatan bunyi untuk pendengaran normal. 16-25dB Minimal (Borderline) 26-40dB Mild 41-55dB Moderate 56-70dB Moderate to severe 71-90dB Severe 91dB-.... Profound 18 A pa itu KTBM? Pendekatan Pengajaran Bahasa : a) Komunikasi Seluruh : Alat komunikasi secara lisan, bahasa isyarat, pertuturan kiu, bacaan bibir, ejaan jari, mimik muka dan sebagainya. b) Bahasa isyarat : Sistem komunikasi visual dan pergerakan tangan iaitu isyarat natif , bahasa isyarat Amerika (ASL) dan Komunikasi Menyeluruh Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) Ejaan Jari : untuk mengeja nama khas dan mengeja perkatan yang tiada kod

tangan. Memerlukan penguasaan abjad. mempunyai 3 aspek penting iaitu penggunaan pergerakan fizikal, gerakan pandangan dan tambahan kepada pertuturan dan bacaan bibir iaitu serentak dengan Ejaan Jari dan Kod Tangan. Pertuturan Kiu : pertuturan yang diiringi dengan kiu tangan iaitu petunjuk yang ditunjukkan oleh seseorang penutur supaya setiap suku kata dituturkan itu boleh dicam dengan jelas melalui penglihatan dan juga pendengaran walaupun secara kabur. Bacaan bibir : kebolehan memahami apa yang dikata dengan melihat bibir. Kaedah bacaan bibir menekankan kepada penggunaan penglihatan sepenuhnya. Auditori Verbal : mengajar pertuturan dengan menekankan kemahiran mendengar dari saki baki pendengaran secara lebih berkesan dengan dikuat melalui penggunaan alat bantuan pendengaran disamping menggunakan deriaderia lihat dan sentuh. Kaedah Auditori Oral mengajar kanak-kanak mengikut proses normal iaitu menekankan proses mendengar serta bertutur. Guru pendidikan boleh mengendalikan dan mengenal setiap alat bantuan mengajar seperti Post Aural Aid (Alat bantu belakang telinga), Body Worm Aid (Alat bantu dipakai pada badan), In the Ear Aid( alat Bantu dalam telinga) dan Bone Conductor (konduktor tulang) 19 Dycalculia d) Arithmetic difficulties ; terbahagi kepada Dycalculia ( sebahagian ketidakbolehan dalam menyelesaikan pengiraan) dan Acalculia (ketidakbolehan secara keseluruhan untuk menyelesaikan masalah pengiraan) Quiz KBK 3013 Jawab semua soalan dan jangan meniru jawapan kawan anda. 1.Di Malaysia,perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab kementerian iaitu I. Kementerian Kesihatan, II Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat III Kementerian Pelajaran Malaysia. III Kementerian Kewangan A.I II B II II C I II IV D I II III 2.Pilih contoh-contoh kecacatan pelbagai. TIDAK yang betul. A Fizikal Kecederaan Otak Cerebral Palsy dan Kekejangan Otot B Gangguan Kecacatan Kebutaan C Kognitif Mental dan Spina Bifida D Komunikasi Apraxia dan Kecederaan Otak Traumatik 3 Bagi pasangan yang normal tetapi kedua -duanyapembawa baka cacat kemungkinan anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibubapanya adalah pembawa baka cacat. Peratus mendapat anak cacat adalah A 25 peratus B35 peratus c45 peratus D50 peratus 4. Sindrom Patau (Trisomy ) adalah berlakunya kelainan pada kromosom ke A. 21 B 15 C 13 D 7 5 Toxoplasmosis Adalah jangkitan yang disebabkan oleh parasit yang dikenali sebagai . A. Toxoplasma Gondii B Gondii. C Treponema pallidum D.rretrovirusToxo 6. Pesakit masih boleh memahami perbualan tapi bermasalah untuk mendengar

suara yang perlahan A 50 Dbhl B 60 Dbhl C70 Dbhl D30 dBHL 7.__________ disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dinamakan swimmers ear yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air terperangkap di dalam telinga. A. OtitisMedia B. . Otitis Externa C Otosklerosis D meningococcal 8. Terdapat dua jenis Muscular Dystrophy yang disebabkan oleh genetik iaitu A Duchenne Muscular Dystrophy dan Becker Muscular Dystrop B Emery-Drefuss Muscular Dystrophy, DAN Limb-Girdle Muscular C Limb-Girdle Muscular Dystrophy dan Myotonic Muscular Dystrophy. D Duchenne Muscular Dystrophy, Facioscapulohumeral Muscular Dystrophy