You are on page 1of 14

SOALAN 3

61

Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian disesebuah negara iaitu kesan pengindustrian dan perubahan sosial. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan. 62 . apakah faktor yang boleh membawa keseimbangan ? Apakah perkara yang perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan ? Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis harus berkesinambungan. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik. pengajaran penting yang diperolehi ialah kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Persoalannya. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.SOALAN 3 MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju melalui cita-cita Wawasan 2020. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat. Keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Daripada pengalaman pahit tersebut. pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.

mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam keadaan ini. misalnya Bahasa Melayu. Dengan cara itu. amalan dan keistimewaan pelbagai kaum melalui kaedah ini. Perpaduan kaum atau etnik di Malaysia boleh dipupuk melalui beberapa cara. kepercayaan. Persis kata mutiara. Kebanyakan rakyat Malaysia kita hanya bergaul dan berkawan dengan rakyat sekaum sahaja. Amalan tolong menolong. Bahasa Inggeris. tetapi orang dewasa juga haruslah bergaul dan mengeratkan hubungan mereka sesama kaum. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa. Mereka harus digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari perayaan. 63 . “Abu kawan dengan Ali. Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan. pengeratan hubungan etnik di Malaysia adalah sangat penting kerana ia memainkan peranan yang amat besar dalam pembangunan Negara Malaysia. Anak-anak dapat mengenali dan memahami adat. Hal ini akan membantu mengeratkan hubungan etnik di negara kita. Keadaan inilah yang terjadi secara berulangan sejak negara kita mencapai kemerdekaan.Pada pendapat saya. nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. Kita haruslah berkawan dan bergaul dengan rakyat pelbagai kaum. Bukan sahaja anak-anak. Kesedaran tentang kepentingan perpaduan kaum haruslah ditunaikan dalam diri semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia haruslah mengelakkan keadaan ini daripada terus berulang. rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. dan bahasa-bahasa ibunda. Pokoknya. ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa. Keadaan ini haruslah berubah. Ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anakanak sejak kecil lagi. Ah Chong berkawan dengan Ah Tong. “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. bekerjasama. dan Ramasamy pula akan berkawan dengan Kuppusamy”.

memupuk semangat kebangsaan. Penyertaan pelbagai kaum dalam program berkenaan secara tidak langsung akan menggalakkan interaksi antara satu sama lain. Hubungan etnik di negara kita boleh dieratkan melalui sistem pendidikan. kerajaan juga hedaklah membenarkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa ibunda kaum tertentu seperti bahasa Mandarin. Sikap dan nilai-nilai ini termasuk juga sikap kesejahteraan. seterusnya dapat menjalin ikatan perpaduan. pendidikan sepanjang hayat. Sistem pendidikan merupakan salah satu daripada alat terpenting dan berkesan bagi membina jati diri nasional. juga memainkan peranan penting dalam usaha memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional. Langkah seterusnya untuk menambahbaikan hubungan diantara etnik pada hari ini ialah melalui sistem pendidikan. serta unsur-unsur penting agama dan kepercayaan utama. termasuk persetujuan antara kaum dan negeri tentang peruntukan tertentu dalam perlembagaan. Selain itu. kokurikulum. Iban dan Kadazan Dusun di peringkat sekolah rendah dan menengah. kita dapat mengeratkan perpaduan kaum atau etnik di negara Malaysia dengan mudah. semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan antara kaum. budaya dan adat resam kaum di Malaysia. peperiksaan serta pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama. Dengan ini. Kurikulum sekolah rendah dan menengah memberikan tumpuan yang sewajarnya dalam mata pelajaran sejarah negara. Di samping langkah yang telah disebutkan tadi. Tamil. Semangat perpaduan boleh diterapkan kepada pelajar bermula dalam lingkungan usia muda di samping menanam sikap dan nilai yang dapat melahirkan kesedaran nasional. Peranan sistem pendidikan meliputi aspek menyediakan persekitaran serta kemudahan yang kondusif bagi keperluan sosialisasi dalam kalangan sebilangan besar rakyat. Pelbagai langkah telah diambil untuk menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan menyeragamkan kurikulum. iaitu program pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal. 64 .setiakawan dan kasih sayang haruslah dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum juga menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendukung pencapaian perpaduan negara. bertolak ansur dan saling menghormati antara kaum dan agama. cinta kepada negara dan berperanan mengeratkan perpaduan.

Sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Iban dan Kadazan Dusun. Dengan itu. Memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolah satu aliran. tetapi juga orang bukan Melayu menghantar anak mereka belajar di sekolah tersebut.Sistem pendidikan negara pelbagai aliran menyebabkan tiada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik. iaitu sekolah kebangsaan perlu ditadbir sebaikbaiknya supaya bukan sahaja boleh menarik orang Melayu. Langkah-langkah untuk memperkasakan sekolah kebangsaan perlu diletakkan di landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang etnik tanpa mengetepikan sekolah rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah kontrak sosial. kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan dipertingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2015 supaya sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan. Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar perlu dipupuk bukan sahaja di peringkat sekolah. mengikuti acuan kurikulum yang sama. tetapi juga membantu menanam nilai. sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik supaya mereka dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotism serta berakomodatif yang tinggi. Usaha memupuk perpaduan harus bermula sejak awal lagi. sekolah rendah dan menengah. Sekolah Kebangsaan bukan sahaja berkemampuan mendidik pelajar pelbagai etnik. dalam Rancangan Malaysia Ke-12. iaitu sewaktu anak-anak berada di peringkat prasekolah. tidak mengetepikan penguasaan bahasa ibunda masing-masing seperti bahasa Mandarin. Lantaran itu. Antaranya.nilai perpaduan dalam kalangan warganegara Malaysia. Setiap ibu bapa perlu diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil tanpa halangan. mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan 65 . tetapi juga di peringkat Institusi Pengajian Tinggi dengan beberapa pendekatan. Hal ini menyebabkan ibu bapa lebih cenderung memilih aliran mengikut etnik masing-masing. Tamil.

Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong66 . iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Sekolah wawasan adalah contoh dalam sistem pendidikan untuk mengeratkan hubungan etnik. apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya ? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia. Langkah yang seterusnya ialah peranan kerajaan dan rakyat Malaysia itu sendiri.etnik. Sebagai jentera pentadbiran negara. Kerajaan turut telah mengambil langkah menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain. iaitu Bahasa Melayu. kerajaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Demi merealisasikan gagasan tersebut. Seterusnya.hubungan etnik akan bertambah erat dalam kalangan rakyat Malaysia. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Kempen “Cintai Bahasa Kita” perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. rakyat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Dengan ini. usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya “seperti kera mendapat bunga” agar perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan. kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Namun. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Tuntasnya. Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Program Sekolah Wawasan harus diperbanyakkan dan diamalkan oleh seluruh negeri di Malaysia.

maka. Pebezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat majmuk adalah satu keistimewaan yang harus dipeliharai oleh semua kaum. Senario masyarakat Malaysia adalah berdasarkan rakyatnya yang berbilang kaum. kita harus peka dan faham keperluan dan kehendak rakyat kumpulan majoriti disekeliling kita. Sesungguhnya.royong. Mereka harus sedar bahawasanya mereka harus menjaga dan membina tamadun dan warisan bangsa mereka sendiri supaya ia tidak hilang ditelan zaman. menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Konsep bangsa Malaysia sebenarnya bergantung kepada kesedaran dalam semua etnik dan masyarakat iaitu mereka harus bersatu untuk memajukan diri sendiri dan negara. Program Hari Keluarga misalnya. Bak kata pepatah. rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga. Nilai sosiobudaya yang positif dan dinamik akan membantu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan bermaruah (Deraman. tugas dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang pelbagai bukanlah satu tugas yang mudah. hormat menghormati. Maka dapatlah kita lihat bahawa pembangunan sosial adalah penting dalam menguruskan sebuah negara yang mempunyai kelompok masyarakat yang pelbagai. “serampang dua mata”. Secara kesimpulannya. faham memahami. Namun kepimpinan yang baik oleh para pemimpin kita menunjukkan bahawa sesuatu yang dikira agak mustahil akhirnya dapat diselesaikan. dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk. setiap kaum harus bangkit dan bekerjasama antara satu sama lain untuk membentuk bangsa Malaysia. 2000). Program Rukun Tetangga. masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara. tolong menolong sama ada negara 67 . selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat. Kepelbagaian etnik seperti Malaysia memerlukan tolak ansur. Sambutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. setiakawan. Malahan jika tersilap langkah ia boleh menjurus kepada kejatuhan sesebuah negara yang sedang membangun. Kerajaan tidak pernah untuk menghapuskan nilai tradisi dan warisan setiap kaum di Malaysia seperti yang telah dijamin dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Malaysia.

agama dan anutan ideologi politik. Trend konsep Satu Malaysia yang diamalkan pada masa kini amat sesuai untuk menyatu padukan rakyat tanpa mengenal etnik.di waktu senang ataupun susah. 68 .

usaha untuk memupuk perpaduan dan pengintegrasian kaum dan etnik harus dimulakan dari bawah iaitu daripada kesedaran rakyat. isu perkauman di Malaysia semakin menjadi perhatian oleh semua pihak. Namun begitu. Isu ini menjadi hangat kembali apabila musim Pilihan Raya Umum 2013 semakin hampir dan sering diperkatakan sama ada diperingkat kedai kopi sehinggalah ke dewan parlimen. Namun disini perlu kita ingat . pihak manakah yang harus bertanggungjawab dalam hal sedemikian dan bagaimanakah mengeratkan hubungan antara etnik pada masa kini? cara untuk kita Selanjutnya. kebanyakkan generasi muda memandang enteng tentang hal ini dan kemungkinan sesetengah mereka tidak tahu menahu tentang hal ini serta tidak pula sarankan untuk mengambil tahu tentang peristiwa ini kerana sangat sensitif untuk dibangkitkan semula . Negara kita iaitu Malaysia boleh dikatakan sebuah Negara unik yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik yang mampu menjalankan kehidupan seharian masing-masing secara aman dan makmur tanpa ada pergaduhan dan perbalahan . Mungkin dengan cara ini.BAHAGIAN C Oleh : Mohd Syafiq Wafiuddin Bin Ahmad Zaini Semenjak dua menjak kebelakangan sekarang. Peristiwa ini sangatlah dasyat sehinggakan negara kita diletakkan dalam keadaan darurat pada ketika itu dan kemerdekaan yang baru sahaja kita kecapi hampir sahaja dicemari oleh campur tangan British yang menganggap bahawa Tanah Melayu tidak boleh berdiri di atas kaki sendiri . Peristiwa berkenaan menjadi detik hitam bagi sejarah Negara kita kerana impaknya sangat besar dan sehingga kini masih tersemat dalam nostalgia atuk-atuk kita . Program ini merupakan salah satu langkah yang drastik dan menonjol yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menyatupadukan kaum yang berbilang bangsa di Malaysia . saya tertarik dengan usaha-usaha yang telah dibawa oleh Perdana Menteri kita yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razk dalam memperkenalkan Progaram Satu Malaysia. Persoalannya. Masa kini . 69 . Hal ini kerana. sentimen perkauman dalam masyarakat kita pada hari ini akan berkurang dek arus kemodenan yang kita kecapi pada hari ini. bahawa peristiwa hitam yang melibatkan perbalahan antara kaum pernah tercetus di Malaysia iaitu pada tanggal 13 Mei 1969.

hubungan yang baik akan dapat dibina. Salah satu cadangan untuk memupuk semangat perpaduan dan meningkatkan kesepaduan antara kaum di Malaysia ini ialah dengan memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. tidak dapat tidak pasti ada perhubungan mahupun komunikasi antara mereka yang sama-sama bekerja dalam usaha untuk melaksanakan sesuatu itu. Melalui komunikasi seperti inilah.Kita perlu menukarkan pandangan sebanyak 360 darjah dan melihat kepada kesan positif. aktiviti-aktiviti seperti bergotong royong dan sebagainya sebenarnya memberi impak kepada penyatupaduan antara kaum di sini. penyertaannya haruslah melibatkan kesemua masyarakat yang ada dan semestinya tidak harus dihadkan kepada satu kaum sahaja. seeloknya aturkanlah sekurang-kurangnya satu acara untuk setiap tahun dan jika berkelapangan. wujudkan satu jawatankuasa rukun tetangga di taman perumahan dan kawasan kampung yang mana. Usaha-usaha sedemikin melibatkan pelbagai pihak yang harus bertanggung jawab bermula daripada individu. Perkara ini sebenarnya tidak sukar untuk dilaksanakan namun harus ada yang rajin untuk merancang dan melaksanakan sahaja. ianya merupakan langkah yang sangat berkesan kerana apabila semua orang menyertai jawatankuasa ini. perhubungan antara satu sama lain dapat dirapatkan. Walaupun perkara ini nampak agak berat untuk dilaksanakan. dengan melibatkan diri melalui program-program seperti ini. Jika hal sebegini yang dijadikan cara hidup. adakanlah dengan lebih kerap. Aktiviti seperti ini sebaiknya dilaksanakan dengan lebih kerap di kawasan bandar-bandar besar yang mana. kebiasaannya hidup manusia di bandar-bandar sebegini hanya mengambil tahu hal diri sendiri dan keluarga di dalam rumah sendiri sehinggakan jiran tetangga di kanan dan kiri rumah langsung tidak dikenali. Jika tidak mahu acara berbentuk jamuan.Mengapa saya berkata begitu ialah seperti yang kita semua maklum.budaya dan etnik mampu hidup bersatu? Selain daripada gotong royong. masih terdapat banyak lagi program yang boleh dilaksanakan. Sebagai contoh. adakan saja aktiviti yang berbentuk sukaneka ataupun trip lawatan seperti yang dilaksanakan oleh penduduk-penduduk 70 . masyarakat dan Negara ataupun jentera pentadbiran. maka akan berlaku perhubungan sosial di antara mereka dan dengan wujudnya hubungan sosial ini. Di peringkat perumahan pula. Contonhya. Contohnya. adakan saja jamuan ataupun acara BBQ untuk penduduk di seluruh taman. bagaimana mampu kita sebagai penduduk di sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa.

kampung. maka lama kelamaan wujudlah kepelbagaian bangsa yang menjadikan Tanah Melayu sebagai tempat tinggal. manakala kaum India diletakkan di estet-estet untuk memenuhi sektor perladangan. 71 . Kemasukan ini pula bukannya melibatkan skala yang kecil tetapi agak besar memandangkan kekayaan sumber asli di Tanah Melayu pada ketika itu amat banyak untuk ditarah dan diratah oleh mereka. Sebenarnya apa yang hendak ditegaskan di sini ialah dengan wujudnya sistem pecah perintah ini. aktiviti-aktiviti sedemikian harus melibatkan semua kaum yang ada di taman perumahan tersebut.Jadi. British pula sememangnya bijak dan memandang jauh kehadapan apabila mereka sengaja bertindak untuk menjalankan dasar pecah perintah yang bermaksud setiap kaum ini tidak dibenarkan untuk tinggal bersama kerana mereka risau. Malaysia ini pada suatu ketika dahulu dihuni oleh bangsa Melayu sahaja. sebagai usaha untuk memecah belahkan ketiga-tiga kaum ini. suka untuk saya ceritakan kembali di mana pada asalnya. mereka tidak mendapat peluang untuk berinteraksi dan kesannya masih dapat dilihat sehingga kini dimana jika di bandarbandar. Syaratnya. kaum India akan menjadi lebih dominan. kaum Melayu akan lebih dominan dan begitulah juga jika di estet-estet. boleh dilihat sekolah kebangsaan jenis Tamil wujud. pendudukan mereka di Tanah Melayu akan tergugat. kesan daripada kemasukan buruh-buruh ini. Segalanya bermula apabila semasa British menakluk tanah Melayu. Jika di bandar. Kedua-dua sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran daripada negara ibunda masing-masing dan guru juga diambil daripada sana. maka sistem pendidikan juga dijalankan secara pecah perintah oleh pihak British dimana sekolah jenis kebangsaan telah diwujudkan.boleh dilihat sekolah kebangsaan jenis Cina dan jika di estet-estet. dapat dilihat kaum Cina lebih dominan dan jika di kampung-kampung. mereka bertindak memasukkan imigran-imigran daripada cina dan india untuk memenuhi permintaan bagi sektor buruh. Sebelum melihat kepada cadangan seterusnya pula. jika wujudnya kesepaduan antara ketiga-tiga kaum ini. Maka. kaum Cina diletakkan di bandar-bandar untuk mengusahakan perlombongan bijih. Kesannya.Kaum Melayu pula diletakkan di kampung-kampung untuk mengusahakan sektor pertanian dan penternakan. Kemudian. segala-galanya berubah apabila Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu dijajah oleh beberapa bangsa luar iaitu bangsa Eropah dan Timur iaitu Jepun.

Seterusnya. Misalnya ialah. anjurkan program yang berbentuk ala „explorace’ dan wujudkan kumpulan yang bercampur antara kaum kerana semasa menjalani aktiviti ini. pihak sekolah pula seharusnya mengambil langkah proaktif dalam mengadakan program-program yang melibatkan pembabitan murid dan guru-guru berbagai bangsa di sekolah. saya teruskan pula kepada cadangan saya yang seterusnya iaitu pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah yang lebih proaktif dalam usaha untuk menigkatkan lagi perpaduan rakyat. dengan mewujudkan lebih banyak program-program yang berbentuk kem latihan yang melibatkan golongan remaja yang akan mewarisi generasi akan datang. sebenarnya pihak kerajaan sudahpun dilihat melakukan usaha kearah pembentukan perpaduan ini. jika Bahasa melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar. tidak ada kebaikannya daripada segi penyatupaduan kaum untuk diteruskan lagi usaha penjajah British ini. Jika tidak. Lagipula.Makanya. sudah pasti mereka akan hanya bergaul dengan kumpulan masing-masing memandangkan mereka tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik dengan kaum-kaum yang lain. Apa salahnya jika dimansuh sahaja sekolah kebangsaan jenis ini dan wujudkan sahaja sekolah jenis kebangsaan yang mana menggunakan sukatan yang sama. Sebagai contoh. Sebagai contoh. Yang menariknya. kita harus mengubah sistem pendidikan secara kebangsaan. para remaja ini akan bergaul dan berkomuniti sebagai satu pasukan yang dibentuk ala kompeni tentera dan semestinya.mereka tidak akan dapat merasai pengalaman berinteraksi dengan kaum lain secara langsung dan sudah semestinya ia akan menjadi kurang berkesan. maka bahasa ini akan menjadi penghubung kepada ketiga-tiga kaum ini supaya dapat berinteraksi dengan baik antara mereka. dalam setiap kompeni ini akan melibatkan ketiga-tiga kaum utama etnik di Malaysia ini iaitu 72 . namun semestinya masih ada perkara yang masih boleh dibuat untuk memurnikan lagi usaha yang sedia murni ini. dan bahasa pengantar yang sama iaitu Bahasa Melayu.berkomunikasi dan bersosial antara mereka sebagai satu kumpulan dan ini semestinya dapat merapatkan perhubungan mereka. proses penyatupaduan akan menjadi lebih semulajadi dengan langkah sebegini dan saya yakin cara penerapan sebegini jauh lebih berkesan berbanding usaha yang berbentuk ceramahceramah ataupun sekadar menggantung kain-kain rentang kempen yang menggesa kepada penyatupaduan bangsa kerana dengan usaha yang sebegitu. Sebagai contoh. mereka dapat berinteraksi. Pada pemerhatian saya. Selain itu. telah ada Program Latihan Khidmat Negara yang mewajibkan setiap remaja yang terpilih untuk menjalani latihan di kem-kem yang disediakan.Pada masa kini.buat masa kini.

Penyatuan ini pula seharusnya dilihat daripada pelbagai sudut dan aspek agar pelaksanaannya dapat meliputi setiap perkara yang sepatutnya diberi perhatian. Setiap individu dan komponenkomponen yang terlibat pula haruslah memainkan peranan masing-masing kerana hanya usaha yang dilakukan secara bersama dan berterusan yang mampu untuk merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur tanpa wujud perbalahan dan pertelingkahan antara kaum supaya dapat seiring dengan tuntutan Wawasan 2020 yang menginginkan Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang maju tetapi dalam masa yang 73 . agaknya pada waktu bila ketiga-tiga kaum ini boleh mencuba makananmakanan tersebut. Jika tiada program yang membolehkan makanan berkenaan untuk diperkenalkan. baju kurung telah diterima pakai oleh wanita-wanita daripada bangsa lain untuk digayakan termasuklah untuk ke pejabat.Seterusnya. pada peringkat awal lagi.Melayu. maka pendedahan kepada persembahan-persembahan berbentuk kebudayaan. badan-badan kerajaan seharusnya memperbanyakkan lagi program sambutan perayaan untuk setiap perayaan besar bagi tiga kaum utama di Malaysia. dan pakaian-pakaian tradisi bagi kaum Melayu sahaja dan begitulah juga dengan kaum yang lain. Jadi. disini dapatlah saya tegaskan bahawa banyak sebenarnya langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjadikan penyatuan bangsa dan kaum ini smakin utuh. rentetan daripada hal kebudayaan dan makanan tadi. adat resam. Dengan adanya sambutan perayaan yang lebih kerap. tosey dan capati pula boleh saja diterima oleh masyarakat Melayu untuk dijamah dan nasi lemak pula boleh saja diterima oleh kaum india untuk dijadikan sarapan pada waktu lagi. pihak kerajaan bolehlah mengambil langkah untuk mewujudkan sebuah pusat sehenti antara kaum di lokasi-lokasi yang dikira strategik. dan tatacara kehidupan bagi setiap kaum termasuklah kaum-kaum dan etnik yang ada di Sabah dan Sarawak. Hal ini demikian kerana. Setelah itu. adakan program di pusat sehenti ini yang berasaskan tema seperti hari kaum Melayu yang mana akan mengkhususkan kepada acara memperkenalkan budaya. Tuntasnya. wujudkan pula kiosk-kiosk yang memperkenalkan budaya. pada setiap minggu. lihat saja pada masa kini. kita semua sedia maklum.Di pusat-pusat sehenti ini. Selain itu. makanan. aturcara pemakaian. pemakanan. negara kita kaya dengan pelbagai budaya dan jenis makanan. Buktinya. dan India.mereka akan terdedah dengan aturcara kehidupan kaum-kaum lain dan bekerjasama dalam membuat tugasan yang dipertanggungjawabkan. cara berpakaian dan makananmakanan tradisi untuk setiap kaum dapat diterapkan.Cina.

setiap apa yang direncanakan di atas hendaklah dimulakan dengan perubahan sikap di dalam diri setiap individu kerana hanya dengan perubahan sikap ini. perasaan ingin berpuak-puak.sama aman dan makmur. 74 . dan perasaan yang mempersoalkan hak-hak untuk kaum masing-masing kerana kita semua kini berpayung di bawah satu bendera iaitu Jalur gemilang yang menjadi lambang kepada perpaduan kita semua. Namun harus diingat. Buanglah segala perasaan dengki. apa yang direncanakan mampu dilaksanakan dengan jaya.