You are on page 1of 60

SOALAN 1

1

ASAL USUL ETNIK BAJAU

Biasanya, apabila disebut Bajau, kita akan segera terbayang bahawa suku bangsa peribumi yang mendiami kepulauan Filipina Selatan dan Sabah. Sebenarnya Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara. Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku.

Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau Maluku, kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari Yunan menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi iaitu 3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik. Oleh kerana bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.

Kepercayaan dan Agama Seratus peratus suku kaum Bajau menganut agama Islam. Akibat daripada anutan agama Islam corak hidup etnik Bajau di Sabah tidak banyak bezanya dengan bangsa Melayu yang ada di Semenanjung Malaysia. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, ramai masyarakat Bajau dikahwini dan mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.

Bahasa Etnik Bajau Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud 2

bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.

Bahasa bajau di selatan Filipina juga menuturkan bahasa yang sama, tanpa perubahan sebutan atau makna. Walau bagaimanapun,terdapat perbezaan sedikit di antara bahasa kaum bajau sebelah pantai barat dan pantai timur Sabah, dari segi sebutan tetapi masih mengekalkan makna yang sama. 40% bahasa Bajau adalah bahasa Melayu. Apa yang pasti, kebanyakan orang tua - tua suku kaum Bajau dahulu amat sukar apabila menyebut perkataan yang ada huruf 'R' dan 'C'. Contohnya 'NUR' menjadi 'NUL', 'SABAR menjadi 'SABAL', 'SYUKUR' menjadi 'SYUKUL', 'CUKUP' menjadi 'SUKUP', 'CAWAN' menjadi 'SAWAN' dan banyak lagi.

Adat Resam Etnik Bajau

Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli negeri ini. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda. Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut yang mahir. Mereka menggunakan cara penangkapan tradisional. Di pantai timur, mereka adalah nelayan yang tinggal di Kota Belud, Papar, Semporna dan Tuaran. Bajau juga mendapat gelaran “Cowboy Sabah” kerana Bajau lama terkenal dengan penunggang kuda.

Bajau Pantai Barat ( Putatan, Tuaran , Kota Belud ) dan Bajau Pantai Semporna ( Pantai Timur ).Bajau Pantai adalah berbeza dengan Bajau Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi, adat resam dan budaya hidup adalah sangat berbeza. Bajau Pantai Darat banyak yang

3

Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan. secara rasminya bidan bertanggungjawab menjada wanita hamil tersebut.terlibat dengan pertanian sawah padi manakala Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut. antaranya ialah berpantang. wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu.  Berpantang Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung. menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut. Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung. menempah bidan. Setelah tujuh bulan hamil. bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran kelak. 4 . Antara pantang larang tersebut termasuklah I. a) Kelahiran  Sewaktu mengandung Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung. II. Terdapat barangan tertentu yang perlu dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas kelahiran bayi. III. wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut.  Menempah bidan Dalam masyarakat Bajau. Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit ketimbaluan.

Cara adat ini dijalankan hampir-hampir sama dengan upacara melenggang perut yang dijalankan oleh masyarakat Melayu Semenanjung. Sebaik sahaja bayi dilahirkan. Talam tersebut akan diletakkan di bahagian kepala tempat tidur orang yang hamil itu sehingga bayinya lahir. Kadang kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan menjadi milik anak yang akan diahirkan. Kemudian pasu tembaga beserta kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang padi. duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan. Adakalanya di bawah rumah tersebut. dan menanam tembuni.  Melenggang perut Selain dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas. kelapa tua bertunas tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan ibunya. azan. suatu tanda kelahiran akan disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga.  Potong tali pusat 5 . Di samping itu terdapat beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat. bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. Secara simboliknya. Tanda Kelahiran Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan. Lazimnya tanda kelahiran I ni diadakan untuk menyambut anak pertama walaupun masih boleh diadakan anak–anak berikut. wanita Bajau juga perlu melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang di kalangan masyarakat Bajau.  Semasa Bersalin Apabila sudah tiba masanya. sementara padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya yang dapat menyuburkan tunas kelap tersebut. sementara padi pula akan dimasak untuk menjamu si ibu dan para jemputan.

dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam tempurung. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan oleh bidan sendiri.  Rawatan Bidan Selepas kelahiran bayi. Seperti yang telah dinyatakan. Ia bukanlah suatu adat. bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan mereka berdua beranak sehingga hari ke 44. justeru itu mereka akan melakukan perbuatan ini. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya. bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak lelaki) dan diqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Apabila bayi sudah dilahirkan. bidan akan memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa selamat. Bahan-bahan tersebut beserta sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberi kepada bidan.Sewaktu hendak melahirkan anak. Semasa azan diserukan. tetapi lebih merupakan suatu upacara ritual. Setelah diikat pusatnya. bidan akan memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat pusat bayi dengan benang.  Menanam Tembuni Pada hari kelahiran itu juga. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang terdiri daripada segantang beras. Elepas kelahiran si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. emas dan lilin yang akan dipasangkan. si ibu akan dibaringkan di atas tikar sementara bidan pula akan mengurut badannya serta membaca doa selamat agar proses kelahiran itu tidak mengalami sebarang kesulitan. bayi itu diberi makan sedikit garam dan gula. Bagi bayi tersebut pula.  Qamat / Azan Bagi masyarakat Islam. Untuk memulihkan kesihatan si ibu. masyarakat Bajau rata-ratanya beragama Islam. terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar. dan selepas itu barulah bayi tersebut yang baru dilahirkan boleh disusukan. mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir adalah disunatkan. Di samping itu. tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi. Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. tembuni ibu dicuci. Ini dilakukan pada malam hari 6 .

maka ibu bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Upacara ini biasanya diakhiri 7 .  Naik Buai Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa. bayi akan didukung dan rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir. bidan secara rasminya menyerahkan tugasnya kepada suami dan keluarga wanita tersebut. Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. doa selamat dibacakan oleh bidan dan sebagai upah. Air ubat yang dibuat daripada ramuan akar-akar kayu. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran dan dijalankan menyerupai upacara melenggang perut. ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan di kalangan masyarakat Bajau. si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. dan herba akan diminum oleh si ibu untuk memulihkan kesihatan selepasa bersalin. si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Dia juga perlu memakai bedak paus. kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayinya. Selain kenduri. Selepas kenduri.ketiga. iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan. Selain bubur atau nasi tanpa lauk.    Si ibu harus memakai sarung yang bewarna gelap. biasanya hitam. Semasa upacara naik buai berlangsung. Selepas tamat tempoh berpantang. Pemakanan perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang ini. upacara berzanji diadakan selama satu setengah jam dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi. Antaranya ialah :   Si ibu tidak boleh makan sembarangan makanan. bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima biji kelapa tua. ketujuh.  Selama tujuh hari selepas bersalin. di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali.  Berpantang Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang baru lepas bersalin. kedua puluh dan ke 44.

 Menimbang bayi bulan safar Umumnya. bayi akan dibawa ke masjid untuk ditimbang.  Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan tergantung. antaranya ialah :  Sebatang penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas air. Pada satu hujung batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Batu-batu timbang yang terdiri daripada benda-benda berikut. pada masa menyambut Maulud nabi.dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak saudara dan jiran tetangga. Majlis berkhatan kanak-kanak lelaki lebih 8 . Apabila batu-batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi.  Berkhatan Sebagai orang Islam. Batang penimbang itu akan dibalut dengan tujuh hasta kain putih. Terdapat barangan tertentu yang digunakan untuk upacara ini. seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda. seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut. Bayi yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap sebagai bulan yang tidak baik. batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia berputar pada keadaan asalnya. seikat kayu yang sederhana besarnya. Untuk mengelakkan kecelakaan dari menimpa si bayi. Selain jamuan. orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Selepas berkhatan mereka akan dianggap sebagai orang Islam yang sebenarnya. anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah cukup umur. Dengan itu tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan digunating rambutnya. tuan rumah juga akan memberi sedekah yang lazimnya berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada tetamu yang hadir di majlis tersebut. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun. sebekas air.

 Selepas Kematian Apabila seseorang itu meninggal dunia.kanak tersebut. seperti dimandi. b) Kematian Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. Namun demikian.  Adat mengawal kubur Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme. Upacara berkhatan biasanya diakhiri dengan satu jamuan di masjid atau di rumah kanak. mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. kini telah banyak memeluk agama Islam. Adat paling menarik dalam budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat. Pada masa itu. 9 . Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam. akan musnah semua organ dalam tubuh mayat dalam masa tujuh hari kerana perut yang semakin menggelembung akan bocor. Masyarakat Melayu secara amnya percaya. maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung jawab mereka. Sememangnya dalam kajian saintifik juga. beberapa adat. mayat manusia akan reput sepenuhnya dalam masa tujuh hari. budaya dan kepercayaan masih dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia.meriah berbanding upacara berkhatan bagi kanak-kanak perempuan. dikafan dan disembahyangkan. Mengikut adat bajau. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul. Kawalan kubur selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan dalam tempoh tersebut.

cara untuk mengenalpasti balan-balan adalah dengan melihat pada matanya. Mata balan-balan dikatakan sentiasa merah. potonglah limau nipis sambil memperhatikan matanya. adat yang sepatutnya menyeramkan ini sudah menjadi seperti budaya masyarakat yang ditunggu-tunggu dan membawa keceriaan. balan-balan akan menyerang mayat manusia dan memakan segala organ dalam tubuh mayat itu. balan-balan akan menyerang dan menghisap darah manusia. Kemudian. kepalanya akan tercabut dan terpisah dari tubuh badan sambil membawa keluar segala isi tubuh dan perut. Berbalik pada adat mengawal kubur masyarakat Bajau. Pada saat itulah. Jika dia mengamalkan ilmu balan-balan. Menurut cerita orang tua-tua Bajau. „Balan-balan‟ kelihatan sama seperti hantu „penanggalan‟ atau „Tenggelong‟ yang dikenali oleh kebanyakan orang Melayu. Tujuan ilmu ini adalah supaya sentiasa muda. Lelaki Bajau yang terdiri daripada saudara mara si mati akan mengawal kubur sepanjang malam selama tujuh hari. Dikatakan. Untuk memastikan lagi. Manusia yang ingin mengamalkan ilmu ini hendaklah mengamalkan jampi mantera ilmu balan-balan selama empat puluh hari empat puluh malam berturut-turut. “Balan-balan” terjadi apabila manusia itu salah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan. Pengamal ilmu balan-balan juga tidak suka pada benda berduri dan tajam kerana semua itu boleh mengakibatkan isi perutnya yang terburai itu tersangkut dan luka. Namun sekiranya balan-balan gagal mendapatkannya. matanya akan berair. tidak pernah ada kisah penanggalan atau Tenggelong menyerang mayat untuk mendapatkan makanan. Kaum wanita dan kanak-kanak pula akan berjaga di 10 . sebenarnya balan-balan suka menjilat darah pada uri perempuan bersalin. terutama hati.Masyarakat Bajau percaya “Balan-balan” merupakan sejenis lembaga yang berasal daripada manusia. cantik dan boleh hidup lama. Balan-balan dikatakan hanya terbang pada waktu malam dan bergerak bebas seperti manusia biasa pada siang hari. Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia. Namun bezanya. badan pengamal ilmu syaitan ini akan terasa panas dan miang. Justeru di halaman rumahnya tidak akan ada pokok yang berduri seperti pokok limau dan benda-benda tajam seperti buluh. Dikatakan.

Dalam majlis penyerahan barang-barang tersebut. Masa pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan. Antara permainan yang biasa dilakukan semasa mengawal kubur adalah „pasang‟ . Itulah yang menonjolkan keunikan dan warna warni budaya masyarakat Melayu yang rencam. barulah diikuti dengan upacara seruan yakni menyimpul tali pertunangan. Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.rumah si mati.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada. Mereka bergurau senda dan berhibur sepanjang malam. upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon. tiga ekor bagi 11 . daun Bagi orang-orang tua Bajau. Apabila tempoh yang ditentukan tiba. terup dan sebagainya. tarikh perkahwinan ditentukan. Namun setiap kebiasaan sesuatu masyarakat memang lazimnya dianggap luar biasa oleh masyarakat lain. Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh suku kaum yang lain iaitu dengan melantik wakil bagi menemui keluarga gadis. permainan-permainan ini sudah menjadi semacam ritual magis untuk menyingkirkan kuasa-kuasa luar biasa. Sebelum perkahwinan berlangsung. pihak lelaki menghantar semuabarang yang dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan. Setelah mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan secocok dengan keinginan pihak lelaki tentang rupa paras. budi bahasa serta martabat keluarganya. pihak lelaki membawa sebentuk cincin. c) Perkahwinan  Merisik Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu.  Meminang Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Orang luar pastinya berasa hairan apabila melihat adat mengawal kubur ini meriah dan ceria dengan jerit pekik dan tawa para pengawal kubur. Adat mengawal kubur ini menjadi semacam hiburan pula apabila para penjaga kubur mengadakan permainan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau rasa takut. Dalam majlis itu.congkak.

tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. pada sebelah malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan. sirih pinang. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan. bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam. dua orang pemukul gendang.keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. selalunya berwarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera. 12 . dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil. gong. Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan sebilah keris diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya.  I. Rambut pengantin perempuan dihiasi dengan serempak iaitu sejenis mahkota. pengantin dihias dengan pakaian yang baru. kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal sebagai runsai. Mas kahwin dan hadiah lain seperti sepersalinan pakaian yang lengkap. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam. Sehari sebelum hari perkahwinan. Pada hari perkahwinan. alat persolekan dan sebagainya akan diberikan dalam majlis perkahwinan nanti. atau menunggang kuda ketika menuju ke ke diaman pengantin perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama tigad-tigad semasa melalui jalan yang dihias dengan bendera yang berwarnawarni. Sepanjang hari tersebut. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. bebandil dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak. Majlis Perkahwinan Pengantin Bajau Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam.

13 . Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau kudanya dijulang di atas bahu anggota rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin perempuan. kayu api dan upacara pengebumian. laut bukan sahaja sebagai sumber rezeki tetapi turut memberikan pelbagai inspirasi dan pengaruh tersendiri kepada kehidupan. Di situ pengantin lelaki menunngu majlis akad nikah. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi laut tetapi juga tinggal 'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi atau sebagai rumah mereka. Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian besar hidup di laut dan hanya naik ke darat untuk mendapatkan bekalan air. d) Perayaan · Perayaan Regatta Lepa Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan kehebatan mereka sebagai pelaut yang disegani. Hakikatnya. Dia kemudiannya dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya dan bunyi gong pun diberhentikan. laut adalah dunia mereka. Setelah tiba waktunya. syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan. Bajau Laut memang sinonim dengan lepa. pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan.Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan alu-aluan akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan. Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu. Setiap tabir itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM10 hingga RM20 ataupun membaca sebuah pantun.Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya. Bagi mereka. kedua-dua mempelai itu disandingkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Lepa dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot. kebanyakan masyarakat Bajau di kawasan berkenaan telah tinggal di darat. perayaan Regatta Lepa mula diperkenalkan sebagai perayaan di peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan di peringkat negeri Sabah. budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman ini dipersembahkan dengan meriah dan gemilang dalam Perayaan Regatta Lepa untuk dihayati oleh masyarakat terutamanya generasi hari ini. Kini. lepa berukuran lapan meter panjang dan dua meter lebar serta menampilkan pelbagai jenis ukiran dan warna. alat-alat muzik tradisional ataupun tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Lepa merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau Semporna. ia merupakan pengangkutan utama untuk membawa muatan pedagangpedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu. Sejak kurun ke-14. Ia juga amat berpengaruh dalam perkembangan seni budaya tempatan. Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau Semporna dan boleh dianggap sebagai „hari raya‟ mereka. Oleh itu. Pada tahun 1994. 14 . Setiap lepa yang didiami sesebuah keluarga Bajau menampilkan seni ukiran dan saiz yang berbeza di mana ia menggambarkan status keluarga tersebut. Perayaan Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini ia merupakan salah satu acara tahunan di Malaysia. Dalam persembahan kebudayaan. Walau bagaimanapun. Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna. Catatan sejarah juga menunjukkan lepa telah digunakan oleh para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam di rantau Asia Tenggara pada awal kurun ke-15.Biasanya sebuah lepa didiami oleh sebuah keluarga yang dianggotai lima hingga enam orang. Lazimnya. Seterusnya pada tahun 2003. lepa dianggap sebagai satu elemen penting dalam hidup dan telah sebati dengan adat dan tradisi Bajau Laut. Ia merupakan satu lambang keagungan dan warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi wujud hingga ke hari ini. Borneo. Kalimantan. Biasanya Lepa diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah. Sabah.

Selain itu. pada perayaan ini turut dipamerkan pelbagai jenis kraftangan masyarakat Bajau seperti aksesori wanita. Lepa yang paling cantik dan kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang Lepa Tercantik yang merupakan hadiah utama dalam perayaan ini. duyung dan kuda laut. Lepa mempunyai pelbagai kegunaan kepada penduduk tempatan seperti sebagai kenderaan 15 . Menjadi tradisi kepada sambutan Regatta Lepa. Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba perahu.Setiap tahun pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang cantik. Usaha menghasilkan sebuah lepa yang cantik boleh memakan masa sehingga empat bulan dan kosnya boleh mencecah hingga ribuan ringgit. tarik perahu secara berpasangan. pakaian tradisional.Lepalepa tersebut diukir dengan motif bertemakan laut seperti ikan. Peralatan Tradisional Lepa. yang dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu adalah peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau Semporna. Setiap satu lepa juga akan membawa penari-penari dan ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional masyarakat Bajau Laut. Di sebalik perayaan dan kisah sejarah lepa yang panjang ini sebenarnya terselit mesej kepada masyarakat supaya kuat dari aspek mental dan fizikal umpama sebuah lepa yang kuat serta gah belayar di lautan. alatalat tradisioanl dan lain-lain lagi. Hakikatnya. usaha memartabatkan dan memelihara warisan budaya bangsa perlu digerakkan dengan lebih proaktif selaras dengan perkembangan dunia sekarang yang semakin mencabar agar ianya tidak ditelan zaman. Ia juga turut dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat Hiasan ukiran tersebut merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut dihiasi dengan layar dan bendera tiga segi kecil. sebanyak lebih 50 buah perahu akan menyertai Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar dan perahu tercantik. renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan untuk memeriahkan lagi perayaan ini.

Layar-layar yang berfungsi sebagai perhiasan dipanggil tipas-tipas (berbentuk bendera segitiga). Lepa dilengkapi dengan layar kain. ia boleh menyebabkan tali layar putus atau tiang layar patah dalam keadaan angin yang kencang. Kebiasaannya ia diperbuat daripada kayu jenis Ubar Sluk ataupun Seraya Merah. Kewujudan lepa adalah dipercayai bermula dari kaum nelayan yang tinggal di kepulauan sekitar pesisiran pantai daerah Semporna. pengangkutan awam dan barangan.5 meter lebar boleh disiapkan dalam masa 6 bulan. alat-alat muzik tradisi ataupun tagunggu akan dimainkan di atas lepa. Walau bagaimanapun. Seluruh bahagian tengah dipanggil pakajjangan. Jika menggunakan kain tebal. Dalam persembahan kebudayaan. lepa ialah rumah mereka. sehingga kini warisan dan budaya perahu ini nampaknya tidak pernah diketengahkan oleh mana-mana 16 . tempat tinggal. dan ini merupakan sesuatu yang amat menarik untuk disaksikan.untuk menangkap ikan. yang mengandungi struktur sebuah rumah berdinding yang dipanggil tepi dan beratapkan daun nipah yang dikenali sebagai kajang. komuniti Bajau Laut ini juga sebenarnya mempunyai satu lagi seni bina perahu yang unik yang tidak terdapat pada lain-lain komuniti maritim di Sabah iaitu perahu bogoo. Bahagian depan yang tajam dipanggil tujjsh. sejenis perahu bersayap yang digunakan untuk menangkap ikan. Selain lepa-lepa.Kain layar kebiasaannya diperbuat daripada kain kapas sederhana tebal. sementara bahagian belakang dipanggil pemalung. Hingga hari ini lepa masih digunakan oleh masyarakat Bajau Pala'u sebagai tempat tinggal. Terdapat dua jenis layar iaitu lemak bua'an dan lemak kapis. sambulayang dan panji-panji (berbentuk bendera segiempat) dipasang pada lepa semasa majlis perkahwinan atau pesta keramaian.Dalam erti kata yang lain. Tempat menyangkut pengayuh pula dikenali sebagai sanga. Sebuah lepa yang berukuran 5 meter panjang dan 1. "alat-alat keperluan asas seperti periuk dan pinggan mangkuk disimpan dalam lepa tersebut". tempat mengadakan majlis perkahwinan dan persembahan kebudayaan.Lepa boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Lepa Semarang lebih merupakan sesuatu yang melambangkan warisan budaya suku kaum Bajau di Semporna. badan perahu dikenali sebagai lepa.

sarjana yang mengkaji komuniti ini. Atas kesedaran tersebut, makalah ini ditulis dengan tujuan untuk mendokumentasikan semula perahu ini sebagai salah satu warisan dan kebudayaan komuniti Bajau Laut agar tidak hilang mengikut peredaran zaman.

Makanan tradisional a) Kima

Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur. b)Sagol

Sagol (Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. Ada dua jenis masakan sagol iaitu sagol kering (tiada kuah) dan sagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal. c) Putu

17

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek, dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut). d) Tompe'

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan.

Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'tehe', tayum, kilau, bat, lato', kima dan sebagainya.

Tarian Tradisional

a) Tarian Dalling-Dalling

Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dalling-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan.

18

Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.

Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin. b) Tarian Limbai & Runsai (Bajau Kota Belud)

Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Kpta Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.

Tarian limbai di iringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambailambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat

19

iaitu a-a-a-a. bermula dari daerah Kudat sehingga ke Sipitang. dengan memilih kata-kata yang bersesuaian dan rima menarik boleh membawa pengertian mendalam kepada pendengar. c) Kalang Mpat Kalang mpat merupakan salah satu nyanyian rakyat yang dimiliki suku kaum Bajau. Penyampaiannya. Selain tarian Limbai Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum bajau di Kota Belud. Namun. Suku kaum Bajau di daerah ini masih lagi mengekalkan budaya tradisi ekspresif yang hanya digemari oleh kalangan generasi tua sahaja. dapat diteliti rima akhir yang berbeza antara satu kalang dengan kalang yang lain. Dalam keadaan ini. Keseimbangan rima dan rangkap selalu ditekankan dalam pembinaan kalang. sindiran. Kalang mpat dicipta dalam susunan kata-kata yang padat mengikut peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan. tumpuan penelitian ialah di daerah Kota Belud yang didominasi oleh suku kaum Bajau. Di Borneo.datang. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan. pemantunnya dapat menyampaikan pengajaran. dari segi suku kata dan rima pada penghujung yang sesuai adalah berasaskan kepada keperluan pernyataan yang disampaikan secara lisan. a-b-a-b. Memandangkan kalang mpat semakin tidak menarik perhatian generasi muda dan generasi tua yang mengetahui kalang mpat semakin berkurangan. Pemilihan dan susunan kata-kata yang memperlihatkan keseimbangan amat ditekankan kerana penciptaan sedemikian akan melambangkan keharmonian pemikiran ahli-ahli masyarakat tersebut. rasa hati. maka kalang mpat menjadi salah satu tarikan budaya yang menarik. orang-orang Bajau boleh ditemui di Sabah terutama di sepanjang pantai barat Sabah. pendengar dan pemantun dapat menilai dan membezakan antara kalang baik dan sebaliknya.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Peraturan yang disusun misalnya. Menerusi kalang. perasaan dan hiburan dengan cara yang berkesan. 20 . Berdasarkan contohcontoh kalang yang diberikan.Runsai selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah malam.

Kalang dihasilkan secara spontan. Kebolehan menghasilkan kalang secara spontan serta dinyanyikan dengan iringan muzik merupakan satu kebolehan yang istimewa dan sangat dihargai pendengarnya. Kalang yang disertakan berhasil memperlihatkan nilai-nilai muafakat. Melalui budaya ekpresif itu. Di dalamnya. penciptanya juga turut menyerlahkan keindahan jagat raya ke dalam kalang-kalang ini. Pekerjaan ini telah mengundang mereka untuk menyatukan unsur-unsur pengetahuan. kalang-kalang tersebut memperlihatkan watak manusia penciptanya. kesabaran. kerjasama dan sikap tolong-menolong di kalangan ahli-ahli masyarakat ini. pengalaman mereka mengharungi hidup. Suasana kehalusan dan keindahan alam sekitar ini dapat memberikan inspirasi yang mempengaruhi rasa hati dan perasaan anggota-anggota masyarakat untuk dinyatakan pula dalam kehidupan harian mereka. Penciptaan sebegini lazimnya membawa pengertian mendalam yang disesuaikan dengan suasana tempat kalang dinyanyikan. Pencipta kalang lazimnya amat peka dengan susunan atau peredaran yang dapat diteliti dari keharmonian dan keseimbangan alam sekitar. Jika diperhatikan dengan teliti. persaudaraan. Susunan struktur pantun itu sebagaimana puisi-puisi tradisional lain menekankan keindahan susunan bunyi yang disampaikan secara lisan. terkandung bentuk kegembiraan. suasana alam sekitar sebagai latar belakang kalang. Dalam proses kreativiti (mencipta dan menghasilkan) kalang. Dengan menyampaikan kalang dalam konteks budaya ekspresif itu bermakna keindahan dan kehalusan kalang itu dapat dihayati bersama secara lebih mendalam dan bermakna. rendah diri. Keindahan dan kehalusan budi yang dicipta dan dihasilkan dalam kalang itu disampaikan pula dalam bentuk tradisi budaya ekspresif. 21 . penciptanya sering melihat kepada latar belakang mereka sebagai petani. keprihatinan. anggota-anggota masyarakat dapat merasai keindahan. Sesungguhnya. Melaluinya mereka dapat menghayati kehalusan dan keindahan alam ciptaan Tuhan. kesedihan dan nilai-nilai murni dalam diri manusia penciptanya. di samping memberikan mereka hiburan. terpancar kandungan pemikiran yang tersirat di sebalik bait-bait puisi tradisi ini. Keadaan ini membuktikan bahawa latar diri penciptanya begitu akrab dengan alam sehingga tidak dapat memisahkan setiap inci alam daripada kalang. Selain itu. Keindahan tersebut waima berunsurkan flora atau fauna jelas tergambar dalam setiap bait kalang itu.

Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang. samping dan destar. Unsur-unsur tersebut merupakan antara teknik penciptaan dan penyampaian yang dilakukan oleh penyanyinya agar setiap bait kalang itu dapat dinikmati keaslian dan keindahannya oleh pendengar. perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. seluar. 22 . wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit.Melalui kalang mpat. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang. Pakaian Tradisional Bagi Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. tradisi berkalang dalam masyarakat Bajau adalah gabungan antara teknik penyampaian dan proses interaksi penyanyipendengar yang telah berlaku sejak sekian lama.Berdasarkan gambar.Manakala. Secara tidak langsung. pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. kita mampu mengesan beberapa unsur yang terselindung di sebalik nyanyian ini.

kebanyakan mereka menganuti agama Budha. Manakala para pengiring yang yang datang bersama Puteri Hang Li Po yang tinggal di Bukit cina telah mewujudkan perkahwinan campur dengan orang Melayu. Manakala dari segi anutan pula. 23 . Pada kurun ini kepulauan Melayu sedang mengeratkan Kedatangan rombongan hubungan dengan negara-negara lain. terutamanya negara Cina. Masyarakat Baba juga masih mengekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina. namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam dan Kristian. didapati di Melaka. Oleh disebabkan itu juga kebanyakan golongan Baba banyak Namun setelah Pulau Pinang dan Singapura dikembangkan serta dimajukan. maka terlalu banyak berlaku percampuran amalan yang dilakukan oleh masyarakat Baba ini. namun setelah lama kekal di kepulauan Melayu maka kebanyakan mereka dapat bertutur dalam loghat Melayu yang agak berbeza sedikit namun masih dapat difahami oleh kaum Melayu. Menurut Zalifah Abdullah dalam catatan beliau. Seterusnya. kebanyakan orang Cina yang datang pada ketika itu adalah yang berasal daripada kelompok Hokkien dan bertutur dalam loghat Hokkien. Buktinya kaum Baba yang kekal pada hari ini masih bertutur dalam bahasa Baba. iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh masyarakat Melayu. Melalui penyesuaian cara hidup dan resapan pengaruh sosio-budaya persekitaran mereka. Melalui cara masakan mereka juga kebanyakannya dicampurkan dengan resipi masakan orang Melayu dan ianya telah menjadi salah satu kebiasaan bagi mereka seperti makan masakan yang menggunakan rempah dan santan. maka dari itu lahirnya peranakan. Puteri Hang Li Po pula dikahwinkan dengan Sultan Melaka sebagai tanda penghargaan. Budaya Berbilang Kaum (2006:24). Misalnya. ramai golongan Baba ini telah berhijrah ke negeri tersebut terutamanya di Singapura.BABA DAN NYONYA Sejarah Baba dan Nyonya. Laksamana Cheng Ho bersama Puteri Hang Li Po dan para pengiringnya ke Melaka untuk mengadakan hubungan diplomatik adalah salah satu cara untuk memulakan hubungan diplomatik. masyarakat Baba wujud sejak kurun ke-15.

anak lelaki akan mewarisi harta pusaka keluarganya. Bagi masyarakat Baba anak lelaki mahupun anak perempuan tetap akan diberikan hak mewarisi harta ibu bapa mereka. Menurut Zalifah Abdullah (2006:22).bahkan cara makan orang Melayu turut menjadi ikutan iaitu makan dengan menggunakan tangan. kita dapat membezakan masyarakat Baba dengan masyarakat Cina berdasarkan nama mereka. Bukti berlakunya pencampuran gaya hidup masyarakat Baba dengan masyarakat Melayu juga dapat diketahui melalui gaya pakaian yang dipakai oleh generasi Nyonya. Misalnya seperti adat istiadat perkahwinan Cina yang diharuskan kepada kedua-dua pengantin memakai pakaian yang indah dan berwarna-warni berunsurkan warisan budaya Cina tradisonal serta kebanyakan rumah Baba yang dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina. iaitu nama tengah dan nama akhir mereka akan dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. 24 . ini kerana masyarakat Baba mengamalkan sistem nama yang unik. begitu juga pada nama akhir prinsip yang sama akan digunakan. Oleh itu. seperti masyarakat Cina. sementara anak perempuan akan mewarisi harta dalam bentuk barangan kemas dan wang tunai bagi menyara kehidupan seterusnya. Kim Eng. Kim Ping. Misalnya seperti nama seorang Nyonya yang mempunyai nama tengah Kim akan berkongsi nama dengan adik-beradik dan sepupu perempuannya. Walaupun terdapat banyak penyerapan budaya Melayu dalam amalan masyarakat Baba. masyarakat Baba dalam sistem keluarga juga lebih memberatkan pihak lelaki atau nasab bapa. iaitu memakai pakaian kebaya dan kain sarong yang tidak ubah seperti wanita-wanita Melayu. Masyarakat Baba dengan masyarakat Cina mempunyai paras rupa yang tidak jauh berbeza. Walaupun anak lelaki lebih penting untuk meneruskan zuriat namun anak perempuan tetap tidak akan diabaikan. Namun begitu. contohnya Kim Ling. kebanyakan nama masyarakat Baba akan mempunyai nama yang hampir sama dalam satu keluarga itu. tetapi mereka masih banyak mengekalkan amalan asal-usul mereka.

perlakuan dan paras rupa bagi memastikan gadis tersebut sesuai dengan teruna. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:20-28). Setelah berlakunya adat merisik dan pertunangan. tugas si penyampai adalah untuk merisik tentang latar belakang gadis tersebut dari segi budi bahasa. manakala jika sekiranya pihak gadis tidak bersetuju. bertunang ialah proses mengenal hati budi pasangan. Hari pertunangan ditentukan oleh kedua belah pihak mengikut kalendar Cina. tutur kata. Pasangan yang ingin melayari kehidupan bersama perlu mengenal hati budi supaya akan lebih rapat dan dapat bekerjasama dalam mendirikan rumah tangga. Sekiranya si penyampai berkenan dengan gadis tersebut. kebiasaan ibu bapa akan cuba mengambil tahu tentang bakal menantu yang dipilih atau yang dicalonkan. Seterusnya adalah tahap bertunang. Merisik calon menantu akan dilakukan oleh si penyampai yang diupah oleh ibu bapa. Masyarakat Baba akan melangsungkan perkahwinan dengan penuh 25 . Tahap pertama iaitu merisik. Bagi menyampaikan hasrat tersebut si penyampai akan pergi ke rumah gadis dengan membawa buah tangan dan menyampaikan berita gembira tersebut. Masyarakat Baba amat mementingkan tarikh menentukan hari bertunang kerana kaum Baba percaya pertunangan yang dijalankan pada hari yang tidak sesuai akan mempengaruhi kebahagian bakal pengantin atau pertunangan akan terputus. seterusnya pasangan akan melalui majlis perkahwinan. maka si penyampai akan memberitahu kepada ibu bapa teruna. jika pihak teruna juga bersetuju dan berkenan maka mereka akan menetapkan hari pertunangan yang dipersetujui oleh kedua pihak. ianya ditentukan mengikut kesesuaian bintang kelahiran kedua-dua pasangan.Adat Perkahwinan Dalam Masyarakat Baba Dan Nyonya Masyarakat Baba mempunyai adat istiadat perkahwinan yang hampir menyamai adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu tetapi masih lagi tidak meninggalkan adat perkahwinan masyarakat Cina. maka kedatangan penyampai hanyalah sekadar untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. adat perkahwinan yang diamalkan masyarakat Baba mempunyai tiga tahap untuk pasangan itu menjadi suami isteri.

Upacara Chai Kee ialah satu upacara yang dilakukan bertujuan untuk mengajar dan memberitahu pengantin lelaki tentang tanggungjawab terhadap keluarga yang akan dibina. Pak Andam akan membawa pengantin lelaki ke ruang tamu dan memberi nasihat secara berpantun tentang kehidupan yang bakal dihadapi oleh pengantin kelak seperti tanggungjawab pengantin ke atas isteri dan anak-anak. Seterusnya. di atas nyiru itu akan diletakkan satu tin gantang yang dibalut dengan kain merah dan ditelangkupkan. Kai Sai dan Ku Yeh akan memberi tanda hormat antara satu sama lain. Setelah itu. Bagi pengantin lelaki akan Manakala bagi pengantin perempuan pula akan melalui upacara Menyalakan Lilin. ia dinamakan sebagai upacara Chia. kasut pengantin perempuan pula ditekat dengan benang emas atau perak. Cara ini penting bagi masyarakat Baba kerana dianggap sebagai cara untuk membuang segala masalah yang dihadapi oleh pengantin lelaki ketika bujang dahulu tidak menimpanya sesudah berumahtangga. 26 .istiadat. Kai Sai akan duduk diatas gantang yang telah ditutup dengan permaidani. pasangan pengantin dikehendaki menjalani beberapa upacara. Ku Yeh akan diberikan pokok daun bawang yang dililitkan dengan kertas merah atau tali merah dan kemudian disapukan pada muka pengantin lelaki sebagai proses membuang sial atau soi. perlaksanaan upacara ini dijalankan dengan menggunakan seorang kanak-kanak lelaki dari kalangan ahli keluarga yang dinamakan Ku Yeh dan pengantin lelaki dinamakan Kai Sai. Chia. Setelah upacara Chai Kee dijalankan. Kemudian pengantin akan berdoa kepada tuhan di atas sebuah nyiru besar yang diletakkan di lantai bagi merestui perkahwinannya serta meminta supaya hidup bahagia disamping isteri dan dikurniakan anak-anak yang baik dan disaksikan oleh Pak Andam dan ahli keluarga terdekat. Mengikut adat istiadat masyarakat Baba sebelum melangsungkan perkahwinan. pengantin akan memakai pakaian yang lengkap dengan dihias pelbagai aksesori yang menarik dan tradisional. Ku Yeh pula berdiri mengadap Kai Sai. Mengandam dan Pai Chew. Mencukur Rambut dan Sojar. Setelah selesai berdoa. melalui upacara Chai Kee. Pakaian pengantin biasanya diperbuat dari kain sutera yang disulam dengan benang emas. Ketika upacara ini.

Ketika itu rambut pengantin akan didandan dengan kemas supaya kelihatan menarik. Setelah itu. kemudian ibu bapa pengantin perempuan akan menyalakan lilin utama di atas meja tersebut. sikat dan tali Pembaris akan dipusingkan dikeliling kepala pengantin sebanyak tiga kali yang membawa maksud pengantin hendaklah berhati-hati menghadapi dunia luar. Kemudian pengantin akan dipakaikan dengan Teng Sah Beh Kuah. Manakala. seterusnya pengantin 27 . Alatan mencukur adalah seperti dacing yang mengandungi pembaris. Pengantin perempuan memakai pakaian serba putih atau lebih dikenali Shioh Thau bagi masyarakat Baba. Mencukur rambut adalah untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa pengantin lelaki adalah dari golongan yang baik serta untuk menghilangkan unsur jahat yang terdapat pada diri pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan diiringi oleh Mak Andam untuk melakukan istiadat menyikat rambut. pengantin lelaki akan menjalankan upacara mencukur rambut. Selepas selesai menjalankan semua upacara berikut. Seterusnya pengantin akan melalui istiadat mengandam atau dikenali sebagai menyikat rambut yang akan di lakukan oleh Mak Andam. Upacara istiadat pengantin perempuan akan dimulakan dengan menyediakan sebuah meja tinggi yang dikenali sebagai Sam Kai yang diletakkan di hadapan pintu masuk dewan utama atau ruang rumah. Setelah itu pengantin lelaki akan menjalankan upacara Sojar. Setelah selesai menandan rambut maka tamatlah istiadat mengandam. Manakala bagi pengantin perempuan pula.Seterusnya. pengantin akan dibawa ke bilik untuk berehat dan menantikan hari perlangsungan. ahli keluarga yang lain akan menyalakan lilin masing-masing di atas meja persembahan keluarga. Semasa upacara ini diadakan sebuah nyiru besar seperti yang diadakan di rumah pengantin lelaki juga akan disediakan tetapi gantangnya dibuka ke atas. iaitu pengantin akan menyembah kepada Tuhannya. akan melalui upacara menyalakan lilin. tali tocang pula akan diletakkan ditengah kepala pengantin lelaki sebagai syarat menunjukkan bahawa pngantin berketurunan Baba. iaitu baju labuh panjang dan diluarnya dipakaikan kot pendek yang bersulamkan benang emas. Istiadat ini akan dimulakan oleh seorang kanak-kanak perempuan yang terdiri dari golongan keluarga pengantin perempuan itu sendiri. tocang. mengandam dan Pai Chew sebelum layak menjadi seorang isteri. Kemudian rambut pengantin akan disikat yang menggambarkan bahawa pengantin sudah dewasa dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

Buktinya.perempuan akan melalui istiadat Pai Chew. Istiadat Hari Ketiga dan Majlis Gembira. Upacara sembahyang yang dilakukan kebiasaanya menggunakan colok. amalan ini dikatakan untuk menjauhi maksiat dan memohon restu supaya dielakkan dari kecelakaan. Masyarakat Baba juga merupakan golongan yang begitu taat dan taksub terhadap ajaran agama Budha. Iaitu pengantin perempuan akan diberikan arak oleh bapanya dikuti dengan doa restu oleh ibu bapanya supaya anaknya akan sentiasa dilindungi setelah menjadi isteri. Masyarakat Baba kebanyakannya dipercayai menganuti agama Budha. Upacara Berkenalan. Selepas melakukan upacara secara sendirian. pasangan pengantin akan menjalani adat istiadat yang lain pula secara bersama. masyarakat Baba juga sering menziarahi tokong-tokong Budha untuk bersembahyang. lilin serta pelbagai jenis kuih dan buah-buahan seperti buah limau dan nanas juga air teh yang disediakan dalam teko dan cawan kecil yang diletakkan di atas sebuah dulang. Upacaraupacara ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan pasangan pengantin. Jamuan Teh. 28 . Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:11-14). Makan Cuntuh. Walaupun mereka mengamalkan kepercayaan yang sama seperti masyarakat Cina yang lain tetapi sedikit berbeza kerana masyarakat Baba akan menggunakan bahasa Melayu Baba ketika menyembah dewa-dewi. namun begitu niat dan permintaan yang dibuat adalah masih sama. Ketaatan inilah yang menunjukkan bahawa kaum Baba ini masih mengekalkan amalan serta kepercayaan kebanyakan orang Cina. Pasangan pengantin akan menjadi suami isteri yang sah setelah melalui upacara-upacara tersebut. dan kaum Baba juga akan bersembahyang pada setiap pagi sebelum melakukan sebarang pekerjaan. mereka akan meletakkan satu sudut sebagai tempat pemujaan di ruang rehat walaupun ruangan tersebut kecil. Mereka mempercayai kewujudan dewa-dewi dan menyembahnya. pengantin perempuan akan beredar ke ruang tamu untuk menunggu pengantin lelaki. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:29) antara upcara yang akan dilalui adalah seperti Menyambut Pengantin Lelaki. Kepercayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Setelah selesai.

pantang-larang ini akan didedahkan kepada mereka sejak dari kecil lagi supaya pantang-larang ini menjadi satu amalan dalam diri mereka hingga dewasa. 29 .Selain itu. Kaum Baba juga percaya bahawa nenek-moyang akan mengamuk dan tidak mahu menjaga keamanan keluarga mereka sehingga menyebabkan pertengkaran dan penceraian. masyarakat Baba juga amat menghormati jasa nenek-moyang mereka semasa masih hidup seperti jasa nenek moyang yang membolehkan mereka lahir dan menikmati kehidupan dunia sebagai manusia sehingga beberapa generasi. namun mereka juga melakukan beberapa pantang-larang yang mesti dituruti. Ini kerana mereka menganggap bahawa roh si mati akan memberi kesejahteraan kepada mereka yang hidup. Oleh itu. terdapat segelintir masyarakat Baba akan membalut busut atau batu-batu besar dengan kain kuning sebagai langkah memuja. Walaupun terdapat pelbagai amalan yang dilakukan oleh masyarakat Baba. iaitu menuju kejalan kesesatan dalam bacaan doanya. Ini kerana mereka menganggap bahawa batu dan busut yang besar mempuyai kuasa. serta akan melekatkan gambar nenek-moyang mereka di sebuah bingkai sebagai tanda penghargaan dan diletakkan di bahagian ruang tamu serta akan dihidangkan buah limau supaya mendapat perlindungan dan restu dari mereka. Namun bagi masyarakat Baba. Selain mempercayai kepada makam orang yang mempunyai kelebihan. Maka dengan itu. misalnya seperti kebiasaan sesetengah masyarakat Melayu yang akan menyanjung seseorang yang mempunyai kelebihan semasa hidupnya walaupun orang tersebut telah meninggal dunia dengan melakukan sesuatu di makam orang tersebut atau menjadikan orang tersebut sebagai satu wasilah badi‟i. kaum Baba akan melangsungkan beberapa upacara bagi mengenang jasa-jasa nenek-moyang mereka seperti menjalankan upacara penyembahan pada ulang tahun kematian mereka dengan menghidangkan buah-buahan dan kuih-muih juga air teh diatas jirat nenek-moyang mereka. masyarakat Baba juga mempercayai kepada busut atau batu-batu besar. mereka akan membuat sesuatu perkara yang berbentuk pemujaan diatas makam orang tersebut dengan tujuan memohon pertolongan dan sebagainya. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:15) Kepercayaan keramat iaitu suatu kepercayaan terhadap sesuatu yang aneh. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:19). Masyarakat Baba juga mengamalkan kepercayaan kepada keramat.

dan pada kebiasaanya sulam bunga di baju kebaya mempunyai warna yang sama dan amat menarik. Pakaian masyarakat Baba berbeza dari masyarakat Cina. Warna yang menjadi kegemaran untuk dipilih antaranya ialah biru muda. ini dapat dilihat pada beberapa jenis pakaian kaum Nyonya. Selain itu. seperti warna kelabu. merah jambu dan putih. Pakaian Masyarakat Baba Dan Nyonya Menurut Kamus Melayu Global (2006). masyarakat Baba dilarang untuk membersihkan rumah kerana dianggap membuang untung dan mendatangkan sial. merah hati adalah menjadi kegemaran utama. Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:49) wanita masyarakat Baba juga gemar memakai baju kebaya labuh. oleh itu amat sesuai dipakai oleh golongan wanita muda masyarakat Baba supaya kelihatan sopan. antara pakaian yang hampir serupa dengan baju kurung namun pakaian tersebut lebih ketat mengikut saiz bentuk badan pemakai.Antara pantang-larangnya ialah. Misalnya. kadangkala ada juga kaum wanita masyarakat Baba yang meletakkan kain batik di bahu untuk di jadikan selendang ketika memakai baju cekak musang. Warna yang sering menjadi pilihan kaum nyonya adalah seperti warna-warna yang terang dan berbunga kecil. putih. masyarakat Baba juga tidak dibenarkan menyapu serpihan mercun kerana serpihan itu dianggap tuah dan membawa jalan menuju ke syurga. manakala rambut pula akan disanggulkan dengan sanggul yang menarik. malah lebih mirip dengan pakaian masyarakat Melayu. Selain itu. seorang itu tidak boleh membuang air merata-rata kerana akan membawa kecelakaan pada diri mereka. Kaum Baba juga dilarang untuk bersiul dalam rumah terutamanya anak dara. menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:48) pakaian berikut adalah seperti baju cekak musang. Ketika menyambut hari perayaan pula. Baju kebaya labuh ini kelihatan lebih lembut dan nipis. Baju kebaya labuh ini akan dihiasi dengan pelbagai jenis kerongsang dan dipadankan dengan kain batik sarong. Baju cekak musang ini akan dipadankan dengan kain sarong atau kain pelikat. 30 . kerana akan menyebabkan susah untuk mendapat jodoh. pakaian ialah sesuatu yang diperbuat daripada kain.

31 . Baju Koon berbentuk panjang dan labuh serta akan dihiasi dengan sulaman pada kain baldu. Masakan masyarakat Baba digelar sebagai masakan Nyoya kerana jenis masakan mereka adalah hasil gabungan masakan Cina dan Melayu yang menggunakan rempah masakan melayu. mereka juga makan dalam keadaan tertib dan sopan seperti masyarakat Melayu. berbentuk sanggul bunga yang dihiasi dengan ikatan dipanggil buntut belangkas kerana cucuk sanggulnya berbentuk lintang bulat. Baju ini dinamakan teng sah yang bermaksud baju labuh panjang. Ketika memakai baju ini rambut akan dihias. mereka akan makan menggunakan tangan seperti masyarakat melayu. Kepelbagaian Masakan Baba Dan Nyonya Antaranya seperti gaya makan dan jenis masakan Baba yang bercampur antara masyarakat Melayu dan Cina. Manakala pakaian yang selalu dipakai bagi lelaki masyarakat Baba ialah teng sah beh kuah. iaitu baju Koon. bagi masyarakat Baba. bagi masyarakat Baba. Kini kasut manek diberi rekaan moden serta ditambah tumit. iaitu sejenis makanan yang dimasak menggunakan rempah kari dan ayam tersebut perlu dimasak sehingga kering tanpa berkuah. iaitu baju cekak musang yang berbutang kain sangkut dan berseluar kilat kosong dan dipadankan dengan topi berwarna hitam. Rekaan kasut manek tradisional ini sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarong batik. Rekaan kasut yang unik dan amat digemari oleh masyarakat Baba ialah kasut manek. Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang dihasilkan dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. mereka mempunyai baju khas bagi kaum wanita masyarakat Baba yang perlu dipakai ketika hari pertama dalam perkahwinan. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997: 43). beh kuah pula membawa maksud baju pendek yang dipakai di luar teng sah. Misalnya seperti ayam kapitan.Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:49). Masakan ini kebiasaanya dimasak pada waktu makan tengahari dan juga dihidangkan ketika menyambut perayaan. tetapi amalan ini hanya dilakukan dirumah sahaja.

Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:44). ia dibuat dengan menggunakan mi khas dan mi sua tau ini adalah salah satu makanan yang istimewa kerana makanan ini dipercayai dapat memenuhi hajat serta memanjangkan umur.Selain itu. Walaupun makanan ini dihidangkan pada hari biasa. seperti kuih bakul yang menjadi kuih yang paling penting dalam setiap perayaan dan upacara yang diamalkan oleh masyarakat Baba. nasi lemak dan banyak lagi. bahkan kuih-muih masyarakat Cina dan Melayu juga telah menjadi satu makanan kegemaran kaum Baba. kuih bakul juga dikenali sebagai tih kuey yang diperbuat daripada tepung yang dimasak dengan gula. 32 . Bukan sahaja masakan Cina dan Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada masakan masyarakat Baba secara keseluruhannya. itik tim (itik yang dimasak dengan sayur jeruk). tapai dan bahulu. namun ianya akan menjadi lebih istimewa pada hari keramaian atau ketika menyambut sebarang perayaan. Kuih bakul ini adalah salah satu kuih tradisional yang masih dikekalkan hingga sekarang. Kuih-muih masyarakat Melayu yang digemari serta menjadi juadah yang lazat ketika mengadakan perayaan masyarakat Baba pula adalah seperti dodol. Buktinya. Masyarakat Baba juga mempunyai beberapa masakan yang hanya akan dihidangkan pada majlis-majlis tertentu. misalnya seperti kuih-muih Cina. makanan yang menjadi kegemaran adalah seperti inci kabin (ayam goreng cara Nyonya). Masyarakat Baba hanya akan menghidangkan mi sua tau ini bersama dengan nasi kunyit pada majlis menyambut hari lahir seseorang. Manakala kuih bahulu ynag dibuat oleh masyarakat Baba sedikit berbeza dengan masyarakat Melayu. pulut inti daging khinzir dan pau kacang merah adalah antara kuih yang digemari oleh masyarakat Baba. pang-teh bak-wan kepiting (babi cincang yang dicampur dengan sup ketam). Namun begitu. iaitu kuih bakul. Kuih wajik pula adalah sama pembuatannya dengan masyarakat Melayu. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:46). wajik. bagi masyarakat Baba dodol yang dibuat dengan menggunakan beras yang ditumbuk halus dan ditampi adalah lebih sedap berbanding tepung beras yang dikilang dan dijual di pasaran. misalnya seperti masakan mi sua tau. itik sioh (itik yang disalut rempah). Segelintir masyarakat Baba mahir dalam membuat kuih-muih masyarakat Melayu kerana dipercayai mempunyai pergaulan yang erat dengan masyarakat Melayu. pindang bandeng (kuah ikan).

Tung Chek dan Perayaan Bulan Mei. Tahun Baru Cina merupakan hari pertama pada bulan pertama takwim orang Cina. Oleh itu terlalu banyak perayaan yang mereka raikan. Ong Yah. pada zaman purba dahulu masyarakat cina bermastautin dan bertani di sebidang dataran yang subur dan hidup aman dan damai. pelita dan dian dinyalakan dan warna merah dijadikan pilihan utama. Menurut Goh Hin San (1985. Febuari). Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang disambut dengan meriah dan secara besar-besaran oleh masyarakat cina. Oleh disebabkan itu. iaitu pengiraan mengikut peredaran bulan. Namun pada masa kini. Tarikh perayaan Tahun Baru Cina disambut berdasarkan pengiraan takwim orang cina yang berasakan sistem lunar. Sembahyang Bulan. lagenda itu telah diluputkan dan masyarakat Baba akan membersihkan rumah dan menyediakan beberapa keperluan seperti membuat kuih-muih dan pelbagai masakan tradisional untuk jamuan ahli keluarga dan saudara mara sebelum Tahun 33 . Malangnya seekor raksasa ghaib akan datang menyerang membunuh penduduk serta membinasakan harta benda mereka malam musim sejuk dan akan mengulangi serangannya setelah matahari terbit 365 hari.kerana masyarakat Baba menggunakan telur itik berbeza dengan masyarakat Melayu yang menggunakan telur ayam. bunyi. Raksasa itu dinamakan Nian. Cheng Beng. Cara pembakaran bahulu agak unik kerana bahan api prlu diletakkan dibahagian bawah dan atas acuan untuk memastikan bahulu masak dengan sempurna. Akhirnya seorang yang bijaksana mendapati bahawa raksasa itu Cuma takut terhadap tiga perkara di bumi iaitu. namun ianya tetap menghasilkan rasa dan keenakan yang sama. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:38). Sembahyang Hantu. antara perayaan yang mereka raikan ialah Tahun Baru Cina. cahaya dan warna merah. maka masyarakat Cina akan membakar mercun untuk mengeluarkan bunyi. Perayaan ini dikatakan lebih menyerupai perayaan musim menuai padi pada zaman kuno dahulu. Hari-Hari Perayaan Baba Dan Nyonya Masyarakat Baba juga adalah golongan yang menadaptasi perayaan masyarakat Melayu dan masyarakat Cina. mengikut beberapa lagenda.

Upacara ini juga dikenali sebagai perayaan Tung Chek bagi masyarakat Cina. Angpau yang diberi mestilah mempunyai dua keping duit kertas walaupun mempunyai nilai yang kecil.Baru Cina disambut. Sembahyang bulan dilakukan didalam rumah akhay-akhay. Walaupun ahli keluarga tinggal berjauhan mereka diharuskan menghadiri makan malam tersebut. angpau ialah duit yang dimasukkan ke dalam sampul berwarna merah yang melambangkan kebahagiaan. Pada keesokan paginya masyarakat Baba akan bersembahyang untuk mendapatkan kesejahteraan pada sepanjang tahun tersebut. angpau yang mempunyai dua helai note seringgit adalah lebih baik daripada sekeping note seratus ringgit. Menurut masyarakat Baba. menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997: 41-42). iaitu rumah kecil di halaman rumah yang dihias cantik. iaitu tiga cawan air teh. Pada hari perayaan ini. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997: 40). Pada malam hari sebelum menyambut Tahun Baru Cina. Masyarakat Baba akan melakukan perayaan ini pada hari keempat perayaan Tahun Baru Cina. Pelbagai jenis makanan akan disajikan diatas meja yang besar. Selain itu. Selepas itu mercun akan dibakar sebagai tanda kemeriahan. Kepada mereka yang telah berkeluarga adalah diwajibkan untuk memberi angpau kepada mereka yang masih bujang. Upacara ini dilakukan sempena menyambut kelahiran bulan. perayaan ini akan disambut pada 15 haribulan lapan dalam kelender Cina. Ketika ini masyarakat Baba akan berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semasa upacara itu dilakukan. Selepas itu sanak saudara akan datang berkunjung dengan membawa pelbagai juadah serta buah limau mandarin yang menjadi lambang Tahun Baru Cina. berpuluh batang lilin akan dinyalakan ketika 34 . Selain perayaan Tahun Baru Cina. dibahagian pintu rumah akan diletakkan dua batang kayu yang diwarnakan dengan warna putih dan merah. Pada hari tersebut juga masyarakat Baba akan menghidangkan peralatan sembahyang datok pauh. Menurut dalam kepercayaan masyarakat Baba. upacara sembahyang bulan juga adalah salah satu perayaan yang diamalkan oleh masyarakat Baba. dua batang lilin. semua ahli keluarga berkumpul untuk menjamu selera. dan 12 batang colok. perayaan untuk memperingati Dewa Tua Pek Kong juga diraikan oleh masyarakat Baba.

35 Porselin ini merupakan . kacang. Kesenian Dan Peralatan Masyarakat Baba Dan Nyonya Seni menurut Kamus Melayu Global (2006) ialah sesuatu penghasilan yang halus dan indah. Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas emas yang dibakar dihadapan patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh yang telah mati terutama nenek-moyang mereka. Kuih bulan akan diletakkan ditengah-tengah dan dikelilingi oleh makanan yang lain seperti kuih waajik. teh cina dan sebagainya. masyarakat Baba juga akan mengadakan persembahan lauk ketika bersembahyang. Misalnya seperti kerongsang. iaitu persembahan yang menggunakan peralatan Baba seperti dulang. dodol. Manakala menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:40) . Roh juga akan dihidangkan dengan gula tarik. peralatan masyarakat Baba yang mempunyai ukiran yang menarik ialah pada porselin. Selain itu. perayaan Cheng Beng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalam kelender cina. Pada hari Cheng Beng beberapa helai kertas perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh yang dipercayai hidup di kubur. menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:51). namun begitu corak-coraknya dapat dilihat mempunyai pengaruh Melayu atau Islam. Selain itu. Ketika itu masyarakat Baba akan berdoa semoga bulan sentiasa memberi cahaya kepada mereka. kuih bakul.bersembahyang dan pelbagai jenis makanan yang lazat akan dihidangkan. Kesenian masyarakat Baba kebanyaknya mempunyai motif yang berasal dari negara China. Perhiasan kaum Baba kebiasaannya diukir dengan hasil ukiran yang halus dan ukirannya timbul. Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pemberian hidangan ini adalah bertujuan untuk memohon kepada roh nenek-moyang mereka agar diberi perlindungan dan kesejahteraan supaya mendapat kejayaan di dunia. pinggan mangkuk dan cawan yang dihias cantik bagi menggambarkan kegembiraan roh dalam kubur. air arak dan makanan lain. tali pinggang dan penyucuk sanggul.

hijau dan kuning. bunga dahlia.sejenis alat yang dinamakan peralatan Baba dan Nyonya. Kumpulan porselin kaum Nyonya mudah dikenali berbanding porselin kaum Baba. Antara ukiran corak yang terdapat pada seramik jenis ini ialah lukisan burung pheonix. serta bunga botan. khasnya seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah. oleh itu peralatan ini tidak akan dieksport. dan biasanya akan digunakan ketika minum teh pada hari perkahwinan. Kadangkala bakul ini dibuat satu tingkat hingga tiga tingkat.bunga mawar. Porselin ini merupakan peralatan khas untuk kegunaan Baba atau Nyonya di Tanah Melayu yang diperbuat di daerah Jiangxi dan Guangdong di negara China. Masyarakat Baba mempunyai mempunyai peralatan khas yang digunakan untuk menjalankan upacara. lipan. 36 . gabungan lapan jenis benda berharga. biru tua. kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit didalamnya diisi dengan pelbagai juadah makanan. Manakala bakul sia pula digunakan untuk pelbagai tujuan. corak hiasan dan besarnya bakul sia ini bergantung kepada kehendak pemilik. Antaranya seperti dulang teh tembikar berenamel warna-warni yang dihiasi ukiran burung cenderawasih gaya peranakan. ini kerana porselin Nyonya kebiasaanya dari saduran warna cerah seperti merah jambu. Bakul sia ini diperbuat daripada buluh.

Jumlah penduduk Kaum Iban ialah sebanyak 876.000 iaitu kira-kira 40% daripada jumlah keseluruhan penduduk negeri Sarawak. tolak-ansur. dan berteraskan kepada perhubungan persaudaraan yang erat antara satu dengan yang lain. Hal yang demikian adalah untuk memudahkan aktivitiaktiviti seharian mereka seperti kerja. tetapi pada masa yang sama mereka masih lagi mengekalkan nilai-nilai kehidupan nenek moyang mereka seperti adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi dan warisan turun-temurun masyarakat Iban. Sibu. Kapit. Kaum Iban merupakan antara kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak.  Agama Kristian mula diterima dan menjadi pegangan kepada kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini. Sarikei. Bintulu dan Miri. Sungai Batang Lupar. tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan. Amalan cara hidup yang diamalkan oleh Kaum Iban adalah mengikut kepada hukum adat. Penempatan  Kebanyakkan masyarakat Iban mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil tuai rumah. berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Sri Aman.ETNIK IBAN SEJARAH Latar Belakang     Kaum Iban dikenali sebagai Dayak Laut. Sungai Skrang. 37 . Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. pantang-larang.    Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas. Mereka tinggal berkampung di rumah panjang kebiasaanya akan terletak di tebingtebing sungai dan di tepi jalan raya. dan Sungai Rajang. Kegiatan Ekonomi  Terdapat segolongan besar daripada masyarakat Iban yang masih melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma yang merupakan kegiatan turun-temurun nenek moyang mereka.

Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua.ADAT RESAM Tradisi    Orang Iban mempunyai tradisinya yang tersendiri seperti menyimpan pasu. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan animisme. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Kalambi        Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. bernilai. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. gong. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan. Ia diwarisi secara turun-temurun. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Bidang kebiasaanya diperbuat daripada sebidang kain yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang merah. dan tempayan yang dipanggil tajau. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya dan hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. 38 . dan dihomati. dianggap suci. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kuning. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Pakaian Bidang       Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang.

Tarian   Tarian Ngajat sangat terkenal dalam kalangan orang Iban di Sarawak. Setiap rentak lagu yang dimainkan mestilah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari. Para penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat' dan baju burung. Tarian ini ditarikan dengan penari berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah. Perayaan Gawai    Kaum iban menyambut perayaan yang dikenali dengan perayaan Hari Gawai. penari akan melompat bersama-sama dengan iringan lagu. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong. iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus dan panjang bedung juga hampir sama dengan sirat. Penari juga akan memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. ianya ditarikan selepas mereka kembali daripada berperang. Perayaan ini disambut setiap tahun iaitu pada 1 dan 2 Jun. 39 . Dalam tarian ini penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti sedang berdepan dengan musuh dan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu. antaranya ialah :              Ngajat Induk Ngajat bebunoh Ngajat Lesong Ngajat Berayah Ngajat “Ngemai antu pala” Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian semasa menyambut Gawai orang-orang Iban iaitu sebelum berperang dan selepas musim menuai.Bedong    Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Bedong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi. Perayaan ini disambut kerana sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi. gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh. Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis atau pecahan. Pada zaman dahulu.

Pengantin perempuan juga akan diarak ke rumah pengantin lelaki dengan iringan pukulan alat-alat muzik yang kuat. Pengantin perempuan akan dipakaikan dengan pakaian yang indah dan berbagai bentuk. Pengantin lelaki akan ditugaskan untuk mencari kayu api. Pada Hari Gawai tersebut. para penari akan bersaing menunjukkan kehebatan dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi. mereka akan berkumpul bersama-sama dan bersuka ria di samping makan pelbagai makanan tradisional. Perayaan ini akan berakhir apabila ranyai dibuang. Selepas tiga hari mereka akan tinggal dirumah pengantin perempuan pula selama tiga hari.      Pada hari perayaan tersebut juga. kaum Iban akan menyembahkan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas hasil tuaian. meminum arak beras atau lebih dikenali sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang menghiburkan mereka. Salah satu acara yang paling dinanti-nantikan pada hari perayaan ialah ngajat lesung. pengantin perempuan harus bangun pagi untuk menumbuk padi kerana ibu mentuanya akan memastikan tiada beras untuk dimasak. Pada malam pengantin. Di rumah pengantin lelaki. Ngajat lesung ini adalah sejenis tarian. Mereka percaya bahawa bunyian alat muzik yang kuat akan menghalang alamat-alamat yang tidak baik. 40 . mereka akan masuk tidur awal bagi mengelakkan dari mendengar alamat-alamat yang tidak baik. Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang perayaan tersebut.     Perayaan ini bermula apabila masyarakat Iban berkumpul diserambi umum rumah panjang di mana terletaknya ranyai iaitu pokok istiadat. Hari Gawai kebiasaannya disambut dengan meriah di kampung mahupun bandar. Pada hari itu. kaum Iban akan memakai pakaian tradisional kaum mereka yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun-temurun. Upacara penyembahan ini harus mengikut adat iaitu wakil masyarakat Iban akan membacakan mantera dan seterusnya darah ayam akan direnjiskan. Perkahwinan Masyarakat Iban         Istiadat perkahwinan orang Iban adalah sungguh meriah. seperti persembahan tarian.

si ibu harus menjaga pemakanannya selama 30 hari dan berdiang selama 40 hari. ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu akan dibalut dengan kekalung iaitu sejenis kain yang di perbuat daripada kulit kayu dan di sapu pada badan si ibu. hal ini kerana dikhuatiri akan berlakunya pendarahan yang berterusan semasa si ibu melahirkan. Pantang Larang Selepas Bersalin  Sebaik sahaja bayi dilahirkan. Ibu pula akan diurut oleh bidan. Sepanjang tempoh berpantang. Bakal ibu juga dilarang untuk menuang minyak di tapak tangan mereka bagi disapu ke rambut kerana akan dikhuatiri bayi yang lahir akan menanah. Sebaik sahaja bayi dibersihkan. Seterusnya. Makanan tersebut pula mestilah dicampur dengan air rebusan halia bagi memanaskan badan ibu yang berada dalam keadaan lemah. mereka tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah. Semasa berada dalam pantang makanan. bertujuan menghilangkan kesakitan selepas bersalin. 41 . ada keluarga yang menggunakan senapang bagi menggantikan penggunaan potong.        Namun selari dengan arus kemodenan pada masa ini. si ibu hanya diboleh makan nasi bersama ikan kering atau ikan salai dan pucuk paku atau buah pulur. Selain itu. contohnya.PANTANG LARANG Pantang Larang Sewaktu Mengandung   Kaum Iban sangat mementingkan pantang larang sewaktu mengandung dan juga selepas bersalin. mereka juga dilarang membawa kura-kura ke dalam bilik kerana dikhuatiri bayi akan tersangkut semasa dilahirkan.    Mereka juga dilarang sama sekali memecahkan telur dengan menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri yang dilahirkan akan bayi cacat. Pantang larang ketika mengandung bukan sahaja diwajibkan kepada wanita yang sedang mengandung tetapi juga kepada si suaminya. bayi itu akan dibalut atau dibedung menggunakan kain khas yang dikenali sebagai kain pua kumbu atau kain yang di sulam. ahli keluarga bayi tersebut akan memalu buluh yang dikenali sebagai potong oleh masyarakat Iban menandakan bayi tersebut telah dilahirkan dan untuk memanggil jiran tetangga.

untuk mereka yang mengalami mimpi buruk atau apabila hendak bersawah. Terdapat empat tahap penggunaan piring dalam upacara miring. Upacara Miring      Upacara miring diadakan bagi memberkati dan melindungi penduduk. Hal berkenaan bermakna nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagut oleh ayam akan menjadi pilihan untuk dinamakan kepada bayi. Unggun api perlu menggunakan kayu api yang dikhaskan. manakala lima piring adalah untuk mendirikan rumah panjang. Adat Pemilihan Nama Kepada Bayi  Pemilihan nama merupakan satu adat yang sangat penting bagi kaum Iban kerana mereka berpendapat bahawa nama yang baik akan memberi kesan yang baik kepada bayi tersebut pada masa depan. Seekor ayam jantan akan dilepaskan supaya memagut salah satu daripada gumpalan nasi. serta membawa kebahagiaan. Hal yang demikian kerana kayu tersebut mempunyai khasiatnya yang tersendiri. miring akan diadakan sebelum aktiviti penting diadakan atau sesudah malapetaka dan kejadian tidak diingini menimpa. kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat. iaitu tiga. lima. tujuh piring adalah untuk aktiviti yang lebih tinggi seperti untuk berjalai atau mengembara jauh dan sembilan piring untuk peperangan. Pada zaman silam. Cara pemilihan nama dalam kaum Iban merupakan satu adat yang sangat unik. Si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah sebagai penanda hari sepanjang tempoh 40 hari berdiang. tujuh. Nama rasmi akan diberikan berdasarkan nama orang terdahulu yang hebat dan berjasa supaya kelak bayi tersebut akan menjadi orang yang berguna. Dalam masyarakat Iban. Tiga dianggap sebagai miring biasa misalnya. iaitu kayu malam.       Nama timbangan diberikan terlebih dahulu sebelum nama rasmi. upacara miring diadakan sebelum rombongan melancarkan ngayau atau menerokai kawasan baru serta ketika penghuni berpindah ke rumah panjang baru. 42 .    Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun api bertujuan bersalai untuk menghilangkan penyakit ibu yang baru bersalin. Dua nama yang terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan dan gumpalan nasi akan diletakkan di atas papan tersebut.

KEPERCAYAAN Dalam kepercayaan kaum Iban. mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. 43 . Islam Kelompok etnik Bidayuh. kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Kristian. Jumlah penduduk 600. Brunei & penduduk penting Bahasa Agama Iban Pengarap Lama. Mimpi merupakan salah satu sumber alamat terdekat tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh „Beliau‟ dan „Manang‟. Contohnya: 1. Percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. 2. Kalimantan Barat Semberuang. Mualang. Bugau & Sebaru Rajah menunjukkan ringkasan latar belakang etnik Iban. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Kepercayaan nenek moyang. kebiasaanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut adat yang perlu dirujuk kepada Tuai raban bangsa terlebih dahulu. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka.000 (Sarawak) Rantau dengan Sarawak. Hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah. terdekat ▲ Kantu.    Semua petanda tersebut akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka kepada penduduk.

Betong.Rumah Panjang Iban moden di Bahagian Kapit Kanak-kanak perempuan Iban semasa Upacara Gawai di Debak. Perkahwinan Masyarakat Iban Upacara Miring 44 . Sarawak.

45 .Baju Ngepan Pakaian tradisional wanita suku kaum Iban.

Kebanyakan mereka suka tinggal di lembah beberapa buah sungai seperti di sepanjang lembah Sungai Barito dari Banjar Masin hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara.Sebahagian dari mereka juga berasal dari Sumatera Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat yang terkenal sebagai kawasan penanaman padi. tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional ketiganya. Walaupun sejarah kedatangannya hampir sama dengan masyarakat Jawa namun.Namun yang demikian. Alai. Tradisi Banjar serta adat istiadatnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak. rumpun masyarakat Melayu terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza. ramai yang tidak mengetahui mengenai etnik Banjar ini. di kawasan selatan Basin Barito. Amuntai. Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimantan. peratusan yang mengetahui kesemua suku yang menjadi penduduk di Malaysia masih boleh dibilang dengan jari. ramai yang berpendapat bahawa mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani yang mahir dalam penanaman padi. 46 . iaitu pusat bandar daerah itu yang terletak di bahagian tenggara Borneo. etnik Banjar juga merupakan masyarakat yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Justera itu.ETNIK BANJAR SEJARAH Ramai yang menyedari bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa yang bersatu di bawah lembayung negara yang makmur iaitu.Oleh demikian. Indonesia.Ramai yang tidak mengetahui bahawa.Di samping itu. Di antara daerah-daerah utama tempat asal orang Banjar tersebut ialah dari daerah Balangan. pekerjaan khusus seperti melukis. Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran membuat peralatan dari besi. Latar Belakang Sebenarnya. Malaysia. Hamandit. Margasari dan Martapura. terutama sekali dari daerah Banjar Masin. Seperti etnik lain. seperti peralatan pertanian dan senjata. tukang permata dan berniaga juga dikatakan mahir dilakukan oleh mereka. Pekerjaan inilah yang membezakan mereka dari suku-suku bangsa lain di daerah orang-orang Dayak yang tinggal lebih ke utara barat Banjar Masin. Etnik Banjar merupakan salah satu suku kaum yang terdapat dalam rumpun Masyarakat Melayu.

Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan yang sama. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapa puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan. Nagara dan Kandangan dari daerah Hamandit. Dari Batu Pahat. Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan. Dalam masa-masa tersebut. tetapi menurut Afred Bacon Hudson seorang pengkaji orang Banjar. Inderagiri terus ke Batu Pahat dan Singapura. kelapa dan sebagainya. Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan Sultan Isa.Penempatan yang awal sekali dapat dikesan ialah di Batu Pahat. mereka dikatakan sering berulang alik berdagang dan berniaga kelapa kering melalui Siak. Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah Martapura.Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Sungai Manik dan Bagan Datoh di Perak. Bentan. Di Sabah pula. Tanjung Karang). Keningau. Perak (Kerian. Pada masa kini. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda. Amuntai dari daerah Amuntai. Sabak Bernam dan Tanjong Karang di Selangor serta Batu Pahat di Johor. orang Banjar terdapat di Sandakan. 47 . Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dapat dipastikan. suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri Kedah. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar.Selain daripada itu Bagan Datoh di Perak juga dikatakan tempat pertapakan awal masyarakat ini di Tanah Melayu. Sungai Manik. migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke 19. Keningau dan Tawau. raja Indragiri sebelum raja yang terakhir. Johor.Pada masa itu. Tenom. etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera pada tahun 1905. masyarakat Banjar boleh didapati di beberapa kawasan pantai barat. Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan. Tawau) yang dikenali sebagai Banjar Melau. berkebun getah. pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Barabai dari daerah Alai. Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan. mereka berpecah ke kawasan lain. Mereka masih lagi manjalankan aktiviti yang serupa seperti bertani. Tenom. terutamanya di kawasan penanaman padi seperti di daerah Kerian. Bagan Datoh). Selangor (Sabak Bernam.Bagi golongan migrasi kedua.Bagi golongan migrasi ketiga pula.

dipetik dalam rencana Berita Harian “Orang Banjar Warisi Darah Pejuang” (Isnin.Penghijrahan ini sebenarnya berlaku secara berperingkat tetapi semakin hebat pada pertengahan abad ke-19. Bekas Ahli Parlimen Bagan Serai. mereka tertarik dengan kemakmuran kehidupan di Tanah Melayu pada masa itu yang dikhabarkan oleh pedagang-pedagang yang berulang-alik ke Tanah Melayu. “ada dua kelompok penghijrahan orang Banjar ke negara ini iaitu mereka yang mahu bebas daripada masalah dan tekanan di Banjar Masin serta sekelompok lagi ialah pendakwah. Sebenarnya.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penghijrahan suku Banjar terutamanya ke Tanah Melayu.Mereka ini tidak begitu disegani orang tempatan kerana masalah bahasa.Di samping itu. Selain daripada faktor perdagangan. menurut Qamaruz Zaman Ismail. Pihak penjajah British di Tanah Melayu pula amat menggalakkan penghijrahan masyarakat dari Indonesia untuk membuka dan mengerjakan kawasan pertanian yang baru kerana masyarakat tersebut amat terkenal dengan sifat tabah dan gigih dalam menghadapi cabaran hidup. Mereka yang lari dan mahu bina kehidupan baru telah memilih untuk mengasingkan diri dan tinggal jauh di dalam hutan. 12 Mac 2012) yang disunting oleh Azrul Affandi Sobry mengatakan bahawa.Faktor ini ditambah lagi dengan kemelaratan yang dihadapi di bawah pemerintahan penjajah Belanda yang terlalu menindas masyarakat tempatan dengan pelbagai cukai dan peraturan yang tidak munasabah. kemiskinan yang mencengkam kehidupan orang Banjar di tempat asal mereka juga telah mendorong penghijrahan ke Tanah Melayu.Keadaan mereka di Tanah Banjar agak sukar kerana tanah pertanian mereka sering menghadapi ancaman binatang buas. ditambah dengan peluang mengembangkan sumber ekonomi melalui pertanian yang terbuka di Tanah Melayu menyebabkan ramai terpaksa berhijrah. 48 . Atas sebab pelbagai tekanan itu.

dalam masyarakat Banjar zaman dahulu. Seperti istiadat perkahwinan masyarakat lain. tetapi dalam suasana yang cukup ringkas. Abdul Latif Abu Bakar (2001) mengatakan bahawa. keluarga lelaki berjanji akan datang ke rumah perempuan selalunya pada waktu Isyak untuk menyatakan hajat mereka untuk meminang anak perempuan secara terus terang. perjanjian akan dibuat untuk menentukan tarikh bila hendak diadakan majlis perkahwinan. (Khairi Muhammad Nor. Menurut Azrol Affandi Sobry dalam rencananya “Pengantin „Berpapai‟ Sebelum Naik Rumah” (Sabtu. seperti sepupu dan sebagainya.Seperti yang kita ketahui. ramai yang mengakui bahawa semakin sukar untuk melihat pengantin Banjar mengenakan pakaian tradisional dan menjalankan adat perkahwinan asal mereka.Etnik Banjar juga tidak terlepas dari senarai asimilasi budaya perkahwinan ini. Sekiranya pihak perempuan bersetuju. Majlis akad nikah dalam masyarakat Banjar akan diadakan seminggu sebelum majlis kenduri berlangsung. budaya perkahwinannya tidak akan dilupakan. 17 Mac 2012) mengatakan bahawa. orang Banjar memandang perkahwinan sebagai sesuatu yang sangat penting. dalam rencana yang ditulis beliau. 49 . Upacara dimulakan apabila kedua-dua belah berkenaan. Menurut Drs. Hal ini kerana. mereka tidak ada adat merisik seperti kebanyakan masyarakat yang lain (rujuk gambar 9). kedua-dua bakal pengantin tidak dibenarkan berjumpa antara satu sama lain. akad nikah tanpa diikuti oleh upacara adat perkahwinan menimbulkan kecurigaan bahawa pengantin perempuan hamil. Pada kebiasaannya. perkahwinan mereka berlangsung antara sesama saudara. Majlis akad dalam masyarakat Banjar akan diadakan seminggu sebelum majlis kenduri berlangsung (Khairi Muhammad Nor. Syarifuddin dalam Adat Melayu Serumpun. Menurut adat masyarakat Banjar.Hal ini disebabkan oleh bekalan beras yang dapat ditampungnya sendiri. Lebih ketara adalah asimilasi dalam budaya perkahwinan melayu. Berita Harian. 2012). majlis perkahwinan diadakan selepas musim mengetam dan menuai padi.ADAT RESAM Adat Perkahwinan Asimilasi dalam perkahwinan di negara ini pastinya lebih menyerlah dan ketara kerana kebanyakannya berhijrah dari tanah lain. sebelum upacara perkahwinan berlangsung. Sabtu 17 Mac 2012. Namun yang demikian. perkahwinan dalam masyarakat Banjar juga berlangsung dalam keadaan meriah. perkahwinan adalah satu sisi budaya yang unik dan berbeza bagi setiap masyakat dan etnik. Menurut pandangan sebahagian besaro orang Banjar.Pada masa sekarang.

pihak perempuan dikehendaki mengadakan majlis bubur bayak atau berayak sebagai tanda selamat bertujuan menyelamatkan „kelambu‟ atau perkahwinan. pada hari persandingan tersebut diadakan majlis khatam Al-Quran pengantin dan tetamu diberikan bunga telur sebagai kenangan.Selepas tiga hari.Selepas selesai.Selesai acara itu. Pengantin lelaki akan pergi ke rumah pengantin perempuan untuk upacara mandi bersama atau „mandi adat‟. lilin atau pelita ditiup sambil memasang niat. Kemudian. dia berzanji dan bermarhaban sehingga pukul 12 tengah malam. pelita atau lilin sebanyak tiga kali dengan dibantu oleh bidan.Ketika ini. mereka sekali lagi disandingkan di dalam kelambu.Selepas itu. mereka dikehendaki melakukan upacara pijak telur sebelum naik ke rumah.Ketika bersanding. di atas buaian sambil dipersembahkan pencak silat sembah dan diiringi paluan dua biji gendang serta satu gong. ketupat dan kuih cincin. Pengantin disandingkan di tengah laman. kedua-dua pengantin duduk mengelilingi cermin. upacara makan di dalam kelambu diadakan iaitu makanan yang dimasak daripada barangan yang dibekalkan oleh pihak lelaki sebelum ini. 50 . hanya upacara bersalaman dengan pengantin sahaja yang dilakukan tanpa merenjis pengantin atau disebut sebagai „tepung tawar‟ dalam masyarakat Melayu.Kemudian.Selain itu juga.Upacara ini dinamakan „tahaba‟ bermaksud bertembung dalam bahasa Melayu. Menjelang malam. Pada setiap batang tebu diikat mayang pinang dengan benang kuning dan digantung buah pisang.Apabila pihak lelaki telah menghantar barang keperluan dan duit belanja.Upacara „mandi adat‟ atau „berpapai‟ dijalankan di tempat khas yang dipanggil balai yang diperbuat daripada empat batang tiang yang diikat dengan batang tebu. terdapat adat „bertaguran‟ iaitu adat bertegur sapa. Menurut Azrul Affandi Sobry (2012) lagi dalam rencananya. pengantin perempuan pula tidak dibenarkan melihat wajah di cermin kerana dikhuatiri akan hilang seri wajahnya. kawasan balai akan menempatkan bidan dan pembanti untuk memandikan pengantin dengan menggunakan upih pinang.Pada ketika ini. barulah pengantin lelaki disuruh masuk semula ke dalam bilik untuk bertukar pakaian manakala pengantin perempuan disuruh melipat kain. Pengantin lelaki dikehendaki memakai kain pelikat dan selendang manakala pengantin perempuan pula memakai kain batik (kain telasan) dan selendang jarang ketika upacara. Kemudian. lampu. pengantin lelaki keluar dari bilik dan pada ketika itu. ketika hendak melangkah keluar daripada balai. barulah pengantin perempuan boleh bersiap sedia untuk upacara „mandi adat‟.

dan ke muka.Bahan yangh diperlukan untuk upacara ini ialah kulit kayu yang diperoleh daripada 44 pokok yang belum berbuah atau dikenali sebagai pokok dara. budaya masuk rumah baru bagi masyarakat ini menurut Khairi Muhammad Nor di dalam rencana yang ditulis Azrul Affandi Sobry. mereka akan berniat supaya dimurahkan rezeki kepada orang yang masuk ke rumah itu. pengantin juga akan melalui budaya „bergosok‟. Rahman Hj. bertujuan mengeluarkan daki dari badan pengantin. 2001). Bagi pengantin lelaki pula. sekiranya dahulu jodoh mereka ditentukan orang tua. anak lelaki keluarga kaya perlu memberi jujuran yang lebih bayak daripada anak lelaki keluarga miskin. badan pengantin perempuan digosok oleh bidan untuk mengembalikan seri pengantin. apabila pengantin perempuan anak orang kaya biasanya akan menerima jujuran yang lebih banyak daripada pengantin perempuan anak orang miskin. Adat Masuk Rumah Baru Dalam masyarakat Banjar. Telur ayam dara. daun sirih bertemu urat. Semasa memasukkan duit syiling tersebut.Doa dipohon kepada Nabi Ilias sambil menyeru nama pengantin yang berbintikan ibunya. mereka sekarang boleh memilih pasangan yang sesuai dengan pandangan mereka. Duit syiling bernilai 10 sen atau 5 sen akan digunakan. kapur yang dipangkah.Hal ini memenuhi syarat. Orang ramai juga akan membacakan yasin dan selawat ketika tiang dinaikkan. bidan akan menggosok pengantin bermula dari pangkal hidung. Sekiranya terdapat tujuh tiang yang perlu dinaikkan maka ketujuh-tujuh tiang tersebut hendaklah dinaikkan dengan dimulakan 51 . adat dan resepsi secara barat.Terdapat dua pengaruh besar dalam adat perkahwinan orang Banjar iaitu pengaruh ekonomi dan pengaruh agama. Mereka akan membalut duit syiling tersebut dengan kain putih dan dimasukkan kepada kepala tiang itu. dan terus naik ke atas. Dalam upacara adat ini. (Drs. pengaruh agama Islam terhadap adat dan upacara perkahwinan orang Banjar sangat besar. dilipat dan digulung serta disimpul kemudian. mereka perlu memastikan kepala tiang rumah dibalut dengan kain tiga warna. ditumbuk halus.Terdapat pantang larang yang dipegang ketika mengambil kulit kayu tersebut. Abdullah (1985). Abdul Latif Abu Bakar. Sebenarnya. Hal ini terbukti.Selain itu. gambir dan pinang. sedikit air. Dua tangan berpusing. Bahan lain yang digunakan dalam upacara bergosok ialah segenggam beras pulut yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus serta diayak. Menurut Abd. Menurut Azrul Affandi bin Sobry (2012) lagi.Hal ini mungkin disebabkan kebanyakan daripada masyakarat Baanjar merupakan penganut agama Islam. Syarifuddin dalam Adat Melayu Serumpun.

asam. majlis kenduri doa selamat dan hidangan pulut kuning. Adat Menanam Uri Selain daripada adat perkahwinan. bawang.Bagi anak perempuan.Warna yang digunakan adalah putih kemudian merah dan putih kembali.Walau yang demikian. uri tersebut ditanam bersama sembilu.Walaupun tidaklah semeriah dengan budaya asal namun pelaksanaannya masih dapat dilihat sehingga kini. garam dan dimasukkan ke dalam periuk tanah yang mempunyai lubang di bawahnya dan tidak dikambus. sunat dilakukan oleh bidan kampung.Kemudian. mereka berpakat bersunat beramai-ramai kerana diadakan kenduri selepas berkhatan.Antaranya ialah kaedah menanam uri iaitu uri yang keluar bersama bayi dengan membasuh dan membaca bacaan tertentu sebelum ditanam. sebahagiannya masih diteruskan terutamanya di kawasan kampung kerana masih berada dalam kalangan mereka yang tinggal di dalam kawasan tersebut. Selalunya bagi anak lelaki. upacara „belah mulut‟ turut dilakukan oleh bidan kampung. mereka perlu dipakaikan dengan kain batik lepas dan dialas dengan kain belacu yang dicelup dengan dua warna secara berselang-seli.Jika bayi tersebut adalah lelaki. 52 . terdapat beberapa lagi adat yang semakin dilupakan dan semakin ditinggalkan oleh masyarakat Banjar.dengan kepala tiang yang telah dimasukkan dengan duit syiling tersebut. mengatakan bahawa upacara bersunat pula dilakukan dalam suasana yang cukup ringkas. Cincin akan digunakan untuk diletakkan di dalam mulut tidak kira cincin milik ibu mahupun milik bidan diiringi bacaan tertentu. Setelah selesai tuan rumah akan mengadakan kenduri.Bagi bayi perempuan pula yang membezakannya adalah warna kain belacu yang bermula dengan merah dan berselang-seli dengan putih dan merah. Menurut Azrul Affandi Sobry (2012). Adat Upacara Naik Buaian Terdapat beberapa budaya yang masih diamalkan oleh orang Banjar pada masa sekarang antaranya adalah upacara naik buaian. Selepas gelegar dipasang barulah tetamu akan pulang dan jika kerja belum selesai maka mereka perlu datang pada keesokan harinya pula. cabai.Selain itu.Kelainannya upacara ini adalah mengikut jantina bayi tersebut. Antaranya adalah upacara naik buaian yang selalunya diadakan pada bulan maulud ataupun pada Rabiulawal yang mana disertai dengan upacara berzanji dan marhaban.

Sebenarnya. satu gula kabong. Pada tali buaian pula diikat makanan seperti tiga biji ketupat nasi.Kedudukannya nampak tidak selesa dan jika salah faham boleh ditafsirkan seperti mahu menjerut bayi. Kanak-kanak sehingga usia sembilan bulan masih boleh dipukung. Di mana sahaja. budaya yang dinamakan „bapukung‟ bukan sekadar untuk majlis cukur jambul tetapi dipraktikkan sejak dahulu sehingga ke hari ini. Bayi akan merasa lebih selesa berbanding kaedah buaian yang biasa. orang Banjar akan membuat satu pondok kecil sekadar boleh memuatkan buaian bapukung 53 . Pelik melihat budaya ini kerana kedudukan bayi bukan dibaringkan dalam buaian tetapi diletak seperti sedang duduk dan seterusnya ada ikatan sehelai kain batik lain yang menjerut badannya di bahagian atas (bahagian leher). namun sebenarnya.Budaya bapukung sebenarnya satu kaedah popular untuk memberikan rasa selesa dan dakapan kepada bayi untuk membolehkannya tidur lebih lama tanpa rasa terganggu. sebiji kelapa. tiga biji ketupat pulut. semua barang akan diserahkan kepada orang yang meletakkan bayi ke dalam buaian. budaya berendoi mereka unik sekali. dan dua batang lilin. sebiji telur rebus. Selesai sahaja selawat makanan ini akan diserahkan kepada kanak-kanak yang datang melihat dan memeriahkan majlis. Memang kelihatan seperti terseksa tapi sebaliknya bayi lebih selesa dan dapat tidur lama. Cara membalut bayi mestilah kemas dan padat untuk membolehkan bayi merasa seperti dalam rahim ibu. Mereka hanya akan membawa bayi tersebut mengelilingi buaian sebanyak tiga kali. Menurut Asmah Ramli (2012) dalam rencana oleh Azrul Affandi Sobry. kuih cincin dan pisang dengan tujuan kehidupan kanak-kanak tersebut akan menjadi semanis-manis makanan tersebut. bayi diletak dalam buaian dalam cara yang sama. Walaupun keadaan bayi kelihatan amat menyeksakan. Dua batang lilin tersebut akan dinyalakan sambil berdoa supaya diterangkan hati secerah cahaya lilin tersebut. Di tepi buaian itu diletakkan sebuah bakul yang mengandungi segantang beras. Selesai upacara. sepiring pulut. keadaan sebegini menyebabkan bayi tersebut merasa selesa seperti badannya sedang didakap erat.Upacara ini dilakukan tanpa upacara cukur jambul. Biasanya. bayi seawal usia sebulan sudah boleh dipukung. Budaya Bapukung Bagi masyarakat Banjar.

Mereka akan membuat buaian menggunakan kain batik atau pelikat. ada nyanyian khusus yang digelar „dudoi lagu Banjar‟. kus samangat hidup baiman”. guring di dalam. Apabila berlaku kematian mereka akan mengetuk beduk bagi memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa berlakunya kematian. lakas bakijim lakasi guring. jauhi culas jauhkan kulir. Mereka 54 . ketika mendodoi anak dalam bapukung. beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai masyarakat Banjar. Tidak sampai beberapa lama. Adat Upacara Kematian Seterusnya adalah menguruskan kematian bagi orang Banjar. bayi yang berada dalam pukongan hanya akan menampakkan kepala sahaja. Oleh itu. Ini merupakan salah satu cara yang berbeza daripada masyarakat lain bagi menidurkan bayi. matanya mula terpejam dan terlena.Pada kebiasaannya. pukung adalah salah satu cara yang digunakan oleh orang Banjar khususnya bagi menidurkan bayi. Selesa‟ oleh Azrul Affandi Sobry). bayi itu akan terus lena tanpa perlu didodoi lagi.Yuna dinana anakku guring.Lailahaillallah Nabi Muhammad pasuruh Allah. ayun di dalam. Menurutnya lagi. Hal ini sesuai dengan masyarakat tersebut yang mempunyai pegangan agama yang kuat. orang Banjar yang berkebun dahulu tidak ada masalah membawa anak bersama ke kebun dengan menggunakan bapukung. umak aur banyak gawian. Sekiranya orang tua yang meninggal dunia beduk akan diketuk sebanyak tujuh kali manakala bagi kanak-kanak sebanyak tiga kali. Dodoian sekadar perlahan ke depan dan ke belakang tanpa perlu henjutan seperti buaian lain. Mereka masih mengekalkan proses tersebut mengikut kaedah Islam walaupun mereka mempunyai budaya tersendiri. Asmah Ramli (2012) mengatakan lagu yang dinyanyikan adalah seperti berikut : “Yun ayun anakku ayun. dalam Bismillah. jika dibiarkan begitu. 2012 dalam rencana „Bapukung Buai Bayi Tidur Nyenyak. Menurut temuramah yang telah dijalankan iaitu Encik Samsudin Bin Jilani berumur 62 tahun pula. Justeru. Bayi akan diletakkan di dalam ayunan dengan cara bayi tersebut akan berada dalam keadaan duduk dan kain tersebut akan diikat sehingga ke bahagian leher bayi tersebut. Bayi yang berada dalam keadaan ini membolehkan mereka tertidur. dalam ayunan.dan sesuai dihayun ke depan dan ke belakang (Asmah Ramli.

Ayam bapak ini dipercayai dapat menggerakkan mayat terbabit di akhirat kelak. tarian yang ditari mencerminkan budaya masyarakat itu.Pakaiannya juga ringkas dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani.Pengusung tersebut dibuat daripada dua batang buluh. kedua. gali kuburdan sebagainya. kafan. Jika diperhatikan. menyediakan gula waluh dan ayam bapak. ke-40 dan penutupnya hari yang ke-100.akan datang menziarahi serta membacakan surah Yasin serta al-Quran. Seni Tarian Menurut Azrul Affandi Sobry dalam rencananya di Berita Harian (Khamis. 15 Mac 2012) mengatakan bahawa sebenarnya memang agak sukar untuk dipastikan sama ada dalam masyarakat Banjar. Jika suami yang meninggal dunia isteri tiada tempoh berkabung untuk isterinya pergi ke mana-mana. orang Banar sememangnya ada pakaian tradisinya yang turut digunakan dalam persembahan budaya. Menjelangnya subuh mereka akan menumbuk tepung beras untuk dibuat serabai . ketujuh. ketiga. sarat dengan aksesori. Tidak seperti pakaian tradisi etnik yang lain. Anak-anak pula akan mengelilingi di bawah mayat tersebut sebanyak tiga pusingan apabila pengusung diangkat supaya mereka tidak terlalu mengingati arwah. Hal ini mungkin berikutan daripada sejarah kedatangan mereka ke negara ini sebagai masyarakat yang tinggi pegangan agamanya menjadikan jika adapun tarian di tanah asal. Hal ini kerana. ke-25. Cuma perbezaaan etnik Banjar dengan etnik yang lain adalah dari segi berpakaian. Masyarakat Banjar juga akan mengadakan kenduri tahlil dan bacaan Yasin iaitu pada hari pertama. Untuk mengebumikan jenazah pula keranda tidak digunakan sebaliknya jenazah diletakkan di atas kain usungan atau pelikat dan ditutup dengan kain batik lepas. Setahun sekali juga akan diadakan kenduri arwah. Manakala pakaian yang pernah dipakai oleh arwah juga akan disedekahkan kepada saudara mara atau jiran tetangga terdekat. sebenarnya masyarakat Banjar mempunyai rentak muzik yang tersendiri kerana rentak yang diiramakan mengadaptasi kegiatan harian etnik dan cara hidup yang diamalkan. Urusan pengkebumian jenazah dilakukan oleh orang kampung tanpa sebarang bayaran sebaliknya bergotong-royong untuk urusan mandi. Jika ingin menyembahyangkan jenazah. Tarian yang terdapat dalam etnik ini mengadaptasi kegiatan harian ini dengan menyelitkan 55 . jika tidak cukup 40 oang jemaah maka penduduk dari kampung lain akan dipanggil dan tuan rumah akan menyediakan sampu berisi RM 5 untuk diberkan kepada jemaah yang datang.

Sebagai pasangannya dikenakan kemeja lengan panjang dengan leher baju bulat.Sedangkan dalam acara-acara rasmi seperti menghadiri upacara adat seluar diganti dengan kain sarung. tarian yang ditarikan mempamerkan kelembutan gadis Banjar menyambut tetamu dengan kata-kata indah serta lemah-gemalai gerak seni tari yang dicipta melambangkan seni tari kreatif dan keindahan bahasa dilafazkan. tanpa poket. tarian yang memang lemah lembut ini sedikit menyerupai tarian inang di mana penarinya hanya menggerakkan tangan dan melangkah lembut tanpa gerak yang tangkas. jika dilihat sekali pandang.elemen kelembutan dan nilai seni tradisional yang tinggi selain membuktikan bahawa etnik ini sangat mementingkan pengekalan busana asal masyarakat Banjar. ▲ Gambar menunjukkan tarian Banjar yang menyelitkan keunikan hidup masyarakatnya. 56 .Secara kesimpulannya. Warna yang digunakan oleh remaja lebih terang dan dominan. Pada saat-saat tertentu kelengkapan pakaian ini ditambah dengan kain sarung yang diletakkan di bahu. Menurut Azrul Affandi Sobry lagi dalam rencananya. Bahagian dada terbelah berkancing tiga. Pakaian Pakaian tradisional yang biasa dipakai dihari biasa oleh remaja dan orang dewasa kaum lelaki Banjar adalah seluar panjang yang menutup kaki.Ulik tangan pun sekadar melentik ke kiri dan ke kanan penuh kelembutan.

sejenis sarung terbuat dari katun atau sutra bermotif garis-garis melintang dan membujur. Alas kakinya ada berbagai jenis.Sebagai penutup kepala digunakan kopiah dari kain beludru. iaitu sandal kalipik. sandal tali silang. 57 . Pasangannya digunakan kain sarung yang lazim disebut tapih kaling. iaitu kemeja berlengan panjang dengan leher baju bulat dilengkapi dengan butang lima dan mempunyai poket sebanyak tiga buah.Lelaki yang telah berusia bagi masyarakat Banjar pula mengenakan baju palimbangan. ▲ Gambar menunjukkan cara berpakaian masyarakat Banjar dahulu dan sekarang. Perbezaan ini juga menunjukkan cara berpakaian bagi golongan tua dan golongan muda. kain satin (kupiah Padang) atau kupiah jangang. selop dan segala bagai alas kaki yang lain.

jintan manis dan bawang putih. Tempoh bagi wanita berpantang pula adalah selama 44 hari. akan dilakukan urutan supaya dapat menaikkan peranakan dan urutan akan dilakukan sebanyak hampir tiga kali. Manakala selepas 10 hari. Hal ini boleh menyebabkan bayi yang bakal dilahirkan susah untuk keluar. pantang larang bagi wanita hamil masyarakat Banjar adalah mereka tidak dibenarkan duduk di tengah pintu. Seterusnya. Amalan yang diamalkan sepanjang berpantang bagi orang Banjar adalah mereka akan menggunakan barut sepanjang bermeter-meter. Begitu juga apabila ada orang yang datang dan duduk di hadapan kita. Selain itu. jika sedang makan dan ada orang yang datang ke rumah maka perlulah dipelawa orang tersebut untuk makan bersama. Jangan buat tidak endah sahaja kerana dikhuatiri anak dikatakan akan bisu dan sombong.PANTANG LARANG Pantang Larang Wanita Hamil Masyarakat Banjar juga mengamalkan pantang larang seperti orang Melayu yang lain. Kaki perempuan yang bersalin juga akan dibedung supaya tidak boleh terlalu mengangkang. Tujuan penggunaan air ini adalah bagi memudahkan proses melahirkan anak. jika makan buahbuahan kulitnya tidak dibenarkan dibuang di dalam semak sebaiknya buang di tempat yang terbuka dan orang boleh melihatnya. Bagi wanita yang bakal bersalin penggunaan air pelongsor sangat popular dan digunakan sehingga ke hari ini. Perkara berkenaan disebabkan bayi yang dilahirkan nanti tidak disukai orang lain apabila dipandang. Menurut Zahrah Ijan (2012) di dalam artikel Berita Harian oleh Azrul Affendi Sobry. Antaranya bagi wanita hamil terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti bagi mengelakkan berlakunya musibah. jangan memalingkan muka atau membelakangi orang tersebut kerana anak yang bakal lahir tidak disukai orang lain. Di dalam balutan ini akan dimasukkan pelbagai jenis herba seperti halia. 58 . Terdapat banyak pantang larang bagi wanita yang hamil tetapi semuanya agak sama dengan masyarakat Melayu yang lain. Bagi wanita yang berpantang banyak makanan yang tidak boleh dimakan serta mereka akan mengamalkan minum air halia setiap hari.

Rashid. Satu hal yang agak menarik juga ialah. mereka merasakan orangorang selain dari suku mereka dianggap orang luar. Samsiah binti Hj.Keadaan inilah yang telah mempengaruhi perkembangan keperibadian dan corak pergaulan mereka.Justeru. jika tuan pemilik tanah sawah padi ingin menanam padi. Keadaan kehidupan mereka juga amat sederhana. 59 . disebabkan kebanyakkan masyarakat banjar tinggal di kawasan penanaman padi maka terdapat satu budaya yang dinamakan berderau bagi aktiviti penanaman padi ini. terdapat 10 orang yang datang untuk membantu menanam padi maka pemilik sawah tersebut harus membantu 10 orang itu untuk menanam padi mereka. Berderau dalam erti kata lain adalah menjalankan aktiviti penanaman padi secara berkumpulan.Peralatan yang ada seperti tikar mengkuang yang dibentangkan ketika tetamu datang dan lain-lain perkakas yang mustahak sahaja.Pekerjaan bertani khasnya penanaman padi mempunyai ruang masa yang banyak dan bebas untuk mereka melakukan perkara-perkara tersebut seperti ketika menunggu musim menuai dan seumpamanya. jarang berlaku perkahwinan di luar suku Banjar.Perkara ini juga berkait dengan kebebasan untuk mereka membuat perkara-perkara sampingan khasnya untuk mendalami ilmu-ilmu keagamaan.Kedudukan seseorang yang tinggi ilmu agama juga amat dihormati dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan orang Banjar.Jadi. Aktiviti ini menunjukkan satu sikap kerjasama yang baik antara pemilik sawah padi tersebut untuk membantu menanam padi selain mempercepatkan proses menanam padi.Menurut beliau lagi. Pn. Menurut orang sumber. mereka dapat mengekalkan ciri-ciri keperibadian yang tersendiri dalam msyarakat ini. mereka sentiasa tinggal dalam satu kelompok. Abd. Samsudin bin Jilani. masyarakat ini tidak suka bekerja makan gaji dengan kerajaan kerana mereka lebih suka bekerja sendiri khasnya dalam bidang pertanian. Aktiviti ini diadakan apabila musim penanaman padi bermula. Sebagai contoh. Pemilik sawah padi akan disertai oleh beberapa orang yang datang membantu untuk menanam padi. meja dan almari. rumah mereka dikatakan kosong kerana tidak mempunyai alat-alat perabut seperti kerusi. Salah satu ciri terpenting wujud pada masyarakat tersebut pada masa itu ialah mendalamnya fahaman kesukuan.KEPERCAYAAN Perkara sedemikian sangat berkait rapat dengan keadaan mereka yang baru berhijrah dari Tanah Banjar ke Tanah Melayu yang masih asing bagi mereka. Menurut En. bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

Nilai-nilai seperti ini menjadikan masyarakat ini begitu kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam dan kepada kepimpinan yang ahli dalam bidang agama Islam. Tambahan pula. tidak hairanlah bahawa masyarakat Banjar yang amat condong terhadap perkara-perkara berkaitan agama Islam. Oleh yang demikian. kebanyakan orang Banjar yang berhijrah ke Tanah Melayu terdiri daripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan mengamalkan cara hidup yang sempurna. Perkembangan pendidikan secara formal yang wujud dalam masyarakat ini hanyalah berupa kelas membaca Al-Quran.Nilai yang diberikan ke atas seseorang individu dalam masyarakat ini adalah berdasarkan keahliannya dalam ilmu-ilmu agama Islam. mempelajari hal ehwal syariat Islam dan mendalami ilmu agama yang lain. 60 .