You are on page 1of 2

“Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” (Peribahasa Melayu)”

“Kalau anda ingin tumbuh, tumbuhkanlah orang lain, kalau anda ingin makmur, makmurkanlah orang lain” (Falsafah Confucius)” Manusia seharuusnya menjadikan peribahasa dan falsafah di atas sebagai landasan untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Sesebuah masyarakat, negara dan tamadun, tidak pernah wujud berasingan dengan memencilkan diri, sebaliknya berlaku interaksi dan perhubungan dengan kelompok, negara dan tamadun lain demi kelangsungan dan keutuhannya. Kadangkala perhubungan itu berlangsung secara aman damai yang memanfaatkan satu sama lain. Meskipun begitu, tidak kurang pula hubungan yang membawa pemberontakan, pertumpahan darah, peperangan dan penjelajahan yang akhirnya membawa keadaan huru-hara kepada rakyat jelata dan negara. Walau apapun bentuk interaksi, sama ada berlangsung secara aman damai atau ganas, sesebuah tamadun itu senantiasa mempelajari dan menyedut masuk unsurunsur yang dianggap lebih tinggi yang datang daripada tamadun saingan (Hashim Musa,2000:1). Proses penyedutan unsur-unsur luar seringkali diasimilasikan dengan unsur-unsur tempatan. Begitulah terjadinya dengan Alam Melayu yang menerima dan menyedut Tamadun Islam sehingga muncul Tamadun Melaka (Abad ke-15) dan Tamadun Acheh (Abad ke-16 dan 17). Dalam membicarakan tentang pertalian antar tamadun, Quingley ada memaparkan rajah berkaitan dengannya(lihat LampiranA1). Seperti kebanyakkan sarjan Barat lain, beliau enggan memasukkan pertalian Islam ke Barat yang akan mendedahkan bahwa Tamdun Barat terhutang budi atau menyedut Tamadun Islam. Selain menyelami perhubungan dan pertalian Tamadun Melayu dengan Tamadun China dan India dalam aspek-aspek yang telah dinyatakan, esei ini cuba membandingkan secara ringkas bentuk hubungan Alam Melayu apabila dikuasai penjajah Barat.