You are on page 1of 10

1.

0

Pengenalan Semua kanak-kanak adalah istimewa. Kanak-kanak yang dilahirkan adalah berbeza-

beza dan unik dari segi keupayaan fizikal dan kognitif. Keunikan dan perbezaan yang dimiliki oleh kanak-kanak ini perlu dihargai dan dijaga dengan sebaiknya oleh ibu bapa dan guru. Namun kanak-kanak istimewa ini lebih unik daripada kanak-kanak lain kerana mereka memerlukan pendekatan yang spesifik. Kanak-kanak istimewa ini lebih dikenali sebagai kanakkanak berkeperluan khas. Kanak-kanak yang berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa ini merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa ini merangkumi golongan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran, bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran, kanak-kanak hiperaktif, bermasalah fizikal dan kesihatan, kanakkanak pelbagai kecacatan dan kanak-kanak pintar cerdas. Kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada satu kecacatan atau kecacatan pelbagai merupakan tamparan yang hebat kepada ibu bapa dan keluarga. Ini merupakan satu cabaran yang sangat besar yang perlu dihadapi. Ini adalah disebabkan kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada satu kecacatan mempunyai pola permasalahan yang berbeza daripada kanakkanak yang hanya mempunyai satu kecacatan. Memiliki anak istimewa ini mewujudkan satu dimensi yang tidak dirancang bagi ibu bapa. Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa, mereka perlu peka dengan kemudahan dan keistimewaan yang disediakan untuk anak mereka.

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3073)

1

Gabungan masalah ini menyebabkan kurikulum pembelajaran mereka tidak boleh digabungkan dan dimasukkan di bawah satu program pendidikan khas sebagai suatu kecacatan seperti kanak-kanak disleksia. ibu bapa tidak mengalami kecacatan tetapi anak yang mengalami kecacatan. bagi pasangan yang normal tetapi kedua-duanya pembawa baka cacat kemungkinan anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibu bapanya adalah pembawa baka cacat.0 Definisi Individual Disabilities Education Act mendefinisikan kepelbagaian kecacatan ialah kecacatan yang wujud atau hadir pada seseorang individu itu secara seiring atau bersama. 2009). Pertamanya. Setiap pasangan kromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. 50 peratus menjadi pembawa manakala 25 peratus lagi mungkin normal. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat. ibu bapa mempunyai kecacatan dan diwarisi oleh anak dan keduanya. Keadaan ini berlaku setiap kali kandungan. Menurut Mohd Sharani Ahmad (2009). ia bermula pada hubungan seksual suami dan isteri.0 Jenis-jenis Pelbagai Kecacatan Fizikal 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3073) . Bagaimanapun. Ia berlaku dalam dua jenis pewarisan. hiperaktif dan sindrom down kerana mereka lebih banyak kecacatan dan ketidak upayaan yang pelbagai. 3. Peratus mendapat anak cacat adalah 25 peratus.2. Oleh itu. suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom dan begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23 pasangan kromosom. sebahagian ibu bapa yang normal juga mempunyai anak cacat (Mohd Sharani Ahmad. kecacatan pada kanak-kanak dikenalpasti berlaku akibat daripada baka. Contohnya daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana penerimaan baka normal. Apabila dikaitkan dengan baka. Umumnya.

2008). Deborah & Brian. mental dan emosi. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3073) 3 . faktor psikologi. Tetapi secara umumnya terdapat tiga punca utama yang menyebabkan berlakunya kecacatan ke atas bayi. Faktor-faktor ini merupakan dominan kepada semua kategori berlakunya kecacatan. Pelbagai kecacatan fizikal ini merangkumi masalah fizikal. KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN JENIS-JENIS PELBAGAI KECACATAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN KANAK-KANAK BERMASALAH FIZIKAL DAN KESIHATAN 4. biologi dan persekitaran.Kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan fizikal merupakan kelompok terbesar dalam kategori kanak-kanak kurang upaya (Diane. Faktor-faktor ini merupakan dominan kepada semua kategori berlakunya kecacatan. Antara faktor-faktor yang dimaksudkan ialah.0 KANAK-KANAK BERMASALAH ADHD Punca-punca Pelbagai Kecacatan Fizikal KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Etiologi atau punca-punca kecacatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah disebabkan banyak faktor. Antara pelbagai kecacatan fizikal yang dibincangkan di dalam esei ilmiah ini ialah .

Kebanyakan kajian perubatan yang dijalankan untuk menjawab persoalan di atas. ia akan memberi kesan kepada kandungannya.1 Faktor Psikologi Faktor psikologi yang merupakan salah satu punca berlakunya kecacatan pada bayi ialah keadaan ibu mengandung yang mengalami tekanan (stress).2 Faktor Biologi Faktor kedua ialah faktor risiko biologi. Faktor biologi ini ialah berkait dengan sejarah perkara yang terjadi pada bayi semasa kandungan. Postnatal (semasa membesar). Risiko ini boleh berlaku semasa peringkat prenatal atau penghamilan. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3073) 4 . Ini akan menyebabkan bayi tersebut lahir tidak cukup bulan dan kurang berat badan. ini akan menyebabkan pengeluaran hormon adrenalin yang berlebihan yang memasuki saluran darah janin akibat tekanan psikologi yang dialami oleh ibu-ibu yang mengandung dan ini boleh menjejaskan pertumbuhan janin dalam kandungan. kelahiran. didapati menuju kepada suatu kesimpulan yang sama iaitu sekiranya ibu menghadapi masalah psikologi ketika mengandung. selepas lahir serta semasa membesar yang menyebabkan bayi menghadapi kecacatan atau permasalahan. 4. Apabila ibu mengalami tekanan.FAKTOR PSIKOLOGI FAKTOR PERSEKITARAN PUNCA-PUNCA PELBAGAI KECACATAN FIZIKAL FAKTOR BIOLOGI 4. Perinatal (tujuh bulan kehamilan hinggalah kelahiran dan seterusnya dua minggu pertama selepas kelahiran). (Pagel 1990 & Copper 1996).

Kebiasaannya berlaku sekali dalam sebuah keluarga dan ia melibatkan ibu yang berada pada peringkat penghujung melahirkan anak. Penjagaan pemakanan ibu sangat penting ketika sedang mengandung. Persekitaran sebelum lahir ini meliputi juga emosi ibu yang boleh berkaitan dengan stres seperti kemiskinan. Pasangan kromosom ke 21 mempunyai tiga kromosom dan tidak 2 sebagaimana sepatutnya. Genetik-Sebelum Lahir 23 pasang kromosom (1 daripada bapa dan 1 daripada ibu). Kromosom mengandungi keseluruhan warisan biologi ibu bapa. Contohnya Sindrom Down disebabkan oleh lebihan kromosom yang dikenali sebagai Trisomy 21. Penyakit kencing manis juga merupakan punca kecacatan pada bayi. Permasalahan yang timbul akan menyebabkan kerencatan otak dan lewat perkembangan motor dan neuro. bebanan kerja dan lain-lain. Hasilnya kategori ADHD yang kuat menangis dan sangat aktif. Apabila berlakunya kandungan gula yang tinggi dalam darah maka kesannya ialah besar kemungkinan berlakunya keguguran. Selain itu kecacatan juga berpunca daripada bayi yang terlalu berat atau KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3073) 5 . ibu akan menghasilkan antibodi yang menyerang darah janin. Faktor persekitaran juga meliputi faktor yang mempengaruhi ibu semasa proses mengandung yang melibatkan perubahan fisiologi ibu dan bahan yang diresapi uri yang boleh bergerak ke janin melalui saluran darah. Punca yang seterusnya ialah ketidak abnormalan kromosom. Ini akan menyebabkan berlakunya kecacatan pada bahagian otak.4. Kecacatan genetik yang melibatkan lebihan kromosom atau serpihan kromosom melekat pada kromosom lain iaitu penyimpangan kromosom (chromosomal aberration). Jumlah Jumlah kromosom yang normal ialah 46 kromosom. Kewujudan protein dalam sel darah menghasilkan Rh+ atau Rh-. terutamanya faktor Rh.1 Peringkat Prenatal (Sebelum kelahiran bayi) Pada peringkat prenatal atau sebelum kelahiran faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kecacatan semasa di dalam kandungan ialah jenis darah yang tidak bersesuaian. Berlakunya keadaan ini di mana bekalan oksigen ke otak janin terputus akibat dari keadaan anemia yang dialami oleh ibu. masalah keluarga. Kromosom juga akan menentukan baka. vitamin dan zat besi. Jika ianya berpanjangan maka ia boleh mengeluarkan hormon kortisone yang mengalir ke saluran darah dan kesannya ialah janin tidak mendapat oksigen yang cukup. Kesan yang berlaku ke atas bayi ialah penyakit kuning dan lahir tidak cukup bulan. Jika Rh ibu dan janin berlainan darah.2. Pemakanan ibu yang tidak seimbang iaitu kekurangan zat makanan akan memberi kesan kepada janin contohnya kekurangan protein. Toksemia pula ialah keadaan di mana terdapat bahan-bahan beracun di dalam saluran darah ibu semasa mengandung.

pengambilan alkohol juga amat berbahaya kepada bayi yang di dalam kandungan. pekak. Pengambilan dadah oleh ibu yang sedang mengandung sama ada ubatan atau bahan khayalan menyebabkan sampai kepada janin daripada uri melalui tali pusat. Degupan jantung janin juga akan menjadi cepat. Kesan kecacatan hanya akan berlaku kepada janin yang sedang dikandungi dan tidak diwariskan pada keturunan akan datang.gemuk serta masalah fizikal dan saraf. menunjukkan sindrom penarikan (withdrawal). lambat dalam pembelajaran. Kesannya ialah bayi akan buta. Kehadiran penyakit AIDS iaitu virus yang merosakkan sistem antibodi (daya ketahanan badan) akan menyebabkan mudah untuk mendapat penyakit. Amalan merokok juga tidak baik untuk ibu mengandung kerana ini akan menyebabkan saluran darah dalam uri mengecut dan akan mengurangkan oksigen serta zat makanan sampai kepada janin. mengalami kecacatan. Permasalahan yang berlaku punca daripada amalan merokok ini adalah keguguran. Selain itu penyakit kelamin (sifilis) wujud kuman dalam darah dan ianya lebih bahaya selepas janin berumur empat bulan ke atas. Selain daripada amalan merokok. Penyakit tisu faraj dan struktur serviks yang tidak normal serta berkemungkinan anak lelaki menjadi mandul (penahan keguguran: diethylstilbestrol). kecacatan otak atau cacat jantung. Penyakit Rubella (demam campak) iaitu di mana berlakunya kewujudan kuman dalam darah lebih bahaya sekiranya dijangkiti semasa tiga bulan pertama kandungan. tidak menentu tidur dan kelewatan perkembangan kognitif dan motor. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3073) 6 . Kesannya pada bayi ialah kemungkinan bayi meninggal semasa dilahirkan. prestasi rendah di sekolah dan tidak dapat menumpukan perhatian. Umur yang ideal untuk melahirkan anak antara 22 hingga 25 tahun. Alkohol yang diambil akan meresap ke dalam janin dan ia amat berbahaya terutama bagi kandungan tiga bulan yang terakhir sebelum bersalin kerana pada masa ini perkembangan yang pesat berlaku. sekiranya usia ibu yang terlalu muda juga akan menyebabkan masalah kesukaran untuk melahirkan dan bagi usia ibu yang agak lewat akan berkemungkinan melahirkan anak yang menghadapi sindrom down. sakit kulit. tidak dapat menumpukan perhatian dan tidak cergas. Permasalahan yang timbul adalah cacat anggota (thalidomide). kerosakan sistem saraf dan sakit tali perut. Punca yang seterusnya ialah resapan bahan luaran (teratogen) oleh uri yang diperoleh melalui pemakanan atau resapan melalui deria atau kulit. Faktor usia ibu adalah salah satu penyumbang kepada kecacatan. Permasalahan yang timbul akibat pengambilan alcohol ini adalah saiz bayi yang kecil. ketagihan. dilahirkan buta. Namun begitu. bayi mati semasa lahir.tidak suka dimanja.

Peringkat yang kedua pula ialah semasa bersalin (delivery). bayi mungkin akan mengalami kelemasan akibat kekurangan oksigen. Proses yang diambil terlalu lama juga boleh menyebabkan terputusnya bekalan oksigen ke otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada otak. bersalin. Selain itu penggunaan forsep. Situasi yang berlaku pada ibu yang bersalin memakan masa yang panjang antara 8 hingga 14 jam ini akan menimbulkan masalah pada bayi. Ini akan menyebabkan bayi boleh dijangkiti oleh virus yang dibawa oleh ibu seperti herpes simplex (lepuh-lepuh berair pada kulit). Anoksia iaitu di mana keadaan tali pusat bayi terbelit dilehernya dan memutuskan bekalan oksigen ke otak bayi. Semasa bersalin kemungkinan yang boleh berlaku ialah bayi songsang atau melintang. Pada peringkat ini kecacatan berkemungkinan boleh berlaku di dua peringkat kelahiran iaitu sebelum melahirkan dan semasa KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3073) 7 . Masa melahirkan yang terlalu panjang atau terlalu pendek ini berkemungkinan menyebabkan bayi lemas dan ini berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya kecacatan dan kerencatan akal pada bayi. Jika bayi tidak dapat dilahirkan secara normal. sawan dan kerencatan akal. Ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan struktur saraf. uri berada di kedudukan yang tidak betul. leukemia dan pembesaran yang terbantut. Semasa kelahiran bekalan oksigen pada bayi akan berkurangan. Permasalahan yang wujud kesan daripada pendedahan ini ialah kanak-kanak akan menghadapi tumor. Ini akan menyebabkan kesukaran kelahiran. buta pekak dan lain-lain kecacatan. atau ubat penahan sakit untuk membantu kelahiran juga boleh membahayakan bayi.2 Peringkat Perinatal (Semasa kelahiran bayi) Proses kelahiran terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat kedua pula ialah kelahiran bayi dan peringkat yang ketiga ialah pengeluaran uri dari rahim.Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga boleh menyebabkan ia dilahirkan cacat. Ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak berlaku dan lain-lain. 4. Peringkat pertama bermula dengan pembukaan servik. Permasalahan ini akan menyebabkan terjadinya cerebral palsy.Pendedahan kepada pancaran radiasi (x-ray) juga boleh menyebabkan berlakunya mutasi genetik iaitu kecacatan kepada sistem saraf. air mentuban pecah terlalu awal akan menyebabkan jangkitan. Pada peringkat sebelum melahirkan (labour).2. ibu akan mengalami kesakitan untuk melahirkan.

dan udara. Oleh kerana itu. Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang daripada menarik perhatian ibu bapa mereka. Faktor ini pula bagi kanak-kanak yang mengalami masalah di dalam kehidupan seharian dan sering berhadapan dengan hubungan yang dianggap keliru di antara mereka dengan ibu bapa mereka.2. Tanda penyakit ini ialah demam. Penyakit Encephalitis ini disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat ini akan menyebabkan berlakunya kerencatan otak. mereka perlu memberi ruang kepada anak mereka untuk bergiat aktif dalam menjalankan kegiatan aktiviti seharian anakanak untuk menyalurkan kelebihan tenaga mereka. Jika tidak dirawat dengan segera maka akan berlakunya kerencatan akal. Di samping itu juga. Selain itu. Pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh bahan kimia akan memberi kesan kepada kesihatan. sakit mata dan muntah. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies. membangkitkan rasa percaya terhadap diri anak-anak dan berkerjasama dengan guru di sekolah agar memahami keperluan kanak-kanak yang sebenarnya. Penyakit Meningitis yang disebabkan oleh virus dan bakteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang juga boleh menyebabkan kecatatan. keadaan persekitaran dan kemalangan. ibu bapa perlu menambahkan ilmu pengetahuan mereka tentang gangguan hiperaktif. Selain itu kanak-kanak yang mendapat penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus seperti begok. Faktor psikologi juga merupakan penyumbang kepada timbulnya permasalahan yang khususnya latar belakang ibu bapa dan persekitaran tempat kanak-kanak membesar turut mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial. Kebiasaannya permasalahan yang timbul disebabkan oleh penyakit. Bahan kimia ini akan masuk ke dalam tubuh melalui air. ibu bapa juga harus mengenali kelebihan dan bakat anaknya dan membantu anak dalam bersosialisasi. demam campak. demam panas dan sebagainya juga merupakan punca berlakunya kecacatan pada peringkat postnatal. Kemalangan yang berlaku juga boleh menyebabkan berlakunya kecacatan pada kanakkanak.4. beberapa zat makanan seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan juga boleh menyebabkan berlakunya pembentukan perilaku hiperaktif kepada anak. Selain itu.3 Peringkat Postnatal (Selepas kelahiran bayi) Bayi yang dilahirkan tanpa sebarang apa-apa kecacatan kurang upaya boleh mengalami kecacatan. Contohnya kemalangan yang mencederakan bahagian telinga dan mata sehingga boleh ibu bapa juga biasanya akan bertindak lebih aktif untuk KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3073) 8 . makanan. sakit kepala. menerima batasan.

(2005). Walaupun segelintir masyarakat memandang rendah terhadap golongan ini namun mereka juga memiliki kelebihan yang telah dianugerahkan oleh Sebagai seorang ibu.com/doc/88118456/MASALAH-PELBAGAI-KECACATAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3073) 9 . Setiap individu yang bergelar insan perlu turut melibatkan diri dalam memberi bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak istimewa ini. http://www.net/jeahdaniel/kbk-3073 Bahagian ini diolah dan dipetik daripada. Bhd. (2006). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Bhd. Kuala PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa.0 Kesimpulan Kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan fizikal ini hendaklah menjalani kehidupan seperti orang normal. Dengan penjagaan yang baik akan mengelakkan berlakunya kecacatan yang tidak diingini pada bayi. bayangkan apa yang berlaku apabila mereka dewasa kelak.scribd.menyebabkan kanak-kanak itu pekak dan buta. Kanak-kanak yang terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat juga boleh menyebabkan berlakunya masalah pendengaran. Razhiyah. “Kanak-kanak memerlukan bimbingan dan simpati lebih daripada arahan.” Anne Sullivan (Guru Helen Keller) RUJUKAN --------. Lumpur: Jamila K. 5. Jika pada peringkat kanak-kanak lagi mereka diabaikan. http://www. perkembangan kanak-kanak dengan berkeperluan khas tidak wajar dianggap mudah.A. mereka harus menjaga kandungan dengan sebaik-baiknya terutamanya semasa berlakunya tumbesaran kandungan. jalankanlah tanggungjawab kita dengan sebaik-baiknya. sekiranya kita dianugerahkan dengan kanak-kanak yang istimewa ini.Anak Istimewa. Tanggungjawab ini bukan sahaja perlu dipikul oleh ibu bapa sahaja malah seluruh keluarga perlu memainkan peranan mereka. K. Oleh kerana itu.slideshare. Tuhan.A Mohamed. Tumbesaran bayi di dalam kandungan juga bergantung dengan pemakanan seseorang ibu yang mengandung. Bahagian ini diolah dan dipetik daripada. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. (1998). Walau bagaimanapun.

com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-danpencegahan.pdf KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3073) 10 .Bahagian ini diolah dan dipetik daripada.com/2012/05/8-kanak-kanak-bermasalahfizikal.html Bahagian ini diolah dan dipetik daripada.amaljaya. http://blogcikgumazlan.blogspot. http://www.