You are on page 1of 32

Kaedah Pengajaran

Sumbang saran

Bercerita

Kaedah/Teknik Pengajaran
Perbincangan Penyelesaian masalah

Demonstrasi

Sumbang saran
• Mengikut Orlich et al. (2007),sumbang saran merupakan satu teknik pembinaan kemahiran yang mudah dan berkesan jika satu tahap kreativiti tinggi diperolehi dalam pembelajaran yang diingini.

• Sumbang saran ialah satu teknik perbincangan yang kreatif untuk mendapatkan beberapa idea daripada sesuatu kumpulan dalam masa yang terkawal.

Sumbangan sedemikian diterima tanpa sebarang kritikan atau penilaian.• Merupakan aktiviti perbincangan di mana ahli dalam kumpulan mengemukakan seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan masalah . • Ketua kumpulan mengemukakan satu soalan. . Seterusnya. kata-kata dan idea-idea yang berkemungkinan. masalah. ataupun tajuk. murid-murid akan memberi jawapan-jawapan.

Keputusan yang dicapai merupakan keputusan kumpulan.Pelajar berpeluang untuk menyelesaikan masalah secara bersama.Idea yang paling sesuai akan diterima sebagai rumusan perbincangan.• Setiap ahli digalakkan untuk memberikan idea dan idea itu akan dikaji dengan teliti . . • Sumbang saran bertujuan untuk melatih pelajar mengemukakan idea atau pandangan yang bernas.

Namun. tetapi kepunyaan semua ahli.Peraturan Sumbang saran # Semua idea kecuali jenaka harus diterima dan dicatatkan . # Ketua kumpulan harus cuba mengalakkan semua ahli untuk mengemukakan idea serta memberikan peneguhan positif.Pada analisis akhir. #Kualiti idea tidak begitu dipentingkan. # Tiada kritikan terhadap mana-mana idea atau cadangan. idea bukan kepunyaan individu. . ahli digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan berintelek. # Ahli kumpulan harus menambah idea rakan-rakan.

wujudnya saling interaksi antara pelajar.gerak balas yang spontan daripada pelajar boleh melahirkan idea-idea yang baharu dan kreatif. .Selain itu . pandangan. dan pengetahuan baru.  Nilai-nilai murni dipupuk dan wujudnya unsur hormatmenghormati idea atau ppendapat orang lain.  Mengalakkan pemikiran kreatid dan kritis dalam kalangan pelajar.Kelebihan Sumbang saran  Semua pelajar melibatkan diri dalam mengemukakan idea. Semua pelajar berpeluang untuk berkongsiu idea. pengalaman.

Bercerita .

pelajar dilatih untuk lebih mengenali masyarakat sekitar mereka dan kehidupan berdasarkan cerita-cerita yang didengar.Bercerita • Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar. pelajar dapat menghayati nilai-nilai murni melalui pemodelan watakwatak baik yang ditonjolkan dalam cerita. terutamanya kemahiran lisan. .Secara langsungnya. • Apabila bererita . pelajar dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan dalam pelbagai biddang jika cerita berkait dengan kehidupan seharian. • Pelajar digalakkan untuk mendengar cerita secara kritis supaya berfikiran matang dan berketrampilan.Dalam proses penceritaan. selain melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa.

• 5)Pelajar diminta untuk mendengar rakaman cerita dan pelajar menceritakan semula cerita tersebut.Teknik bercerita • 1)Guru boleh berceritakeseluruhan cerita dan pelajar mencatat urutan peristiwa. . • 3)Guru menceritakan awal cerita dan pelajar meramalkan kesudahan cerita. • 4)Guru juga boleh menceritakan bahagian akhir cerita dan pelajar membina permulaan cerita. • 2)Guru bercerita keseluruhan cerita dan pelajar menceritakan semula.

. • Selain memberikan peluang kepada pelajar mendengar dengan teliti dan bertutur dengan baik. ia dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.• Teknik bercerita membawa manfaat kepada pelajar dan sesuai digunakan untuk pelajar sekolah rendah. • Guru juga dapat mengalakkan pelaar berkomunikasi dengan berkesan di samping membanu pelajar meningkatkan penguasaan perbendharaan kata dalam kalangan pelajar.

Perbincangan .

Perbincangan bukan sahaja merangsang interaksi antara pelajar secara bermakna. perbincangan merupakan satu pproses aktif yang melibtkan guru dan pelajar dalm persekitaran pembelajaran.Perbincangan Mengikut Gauthier (2001). . sikap dan proses-proses pembelajaran. juga mengalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan. kemahiran.

. 2001). • Perbincangan digunakan oleh guru untuk mencapai tiga objektif pengajaran .• Orlich et al. iaitu 1)meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar membina kefahaman kandungan 2)merangsang penglibatan 3)membantu pelajar menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran ( Arends. berpandangan bahawa perbincangan merupakan teknik yang boleh meningkatkan kemahiran pemikiran dan pertuturan pelajar.

Semua murid pertimbangkan soalan tersebut .rakan kongsi pembelajaran dan penyoal. mediator.murid semasa perbincangan.penggalak.Bina dialog murid-dengan. . .Hormati soalan-soalan dan respon-respon mereka. .Jenis perbincangan 1)Perbincangan Terbuka : .Benarkan hentian antara respon mereka bagi menggalakkan respon lanjutan atau yang berbeza.Kemukakan satu soalan terbuka atau benarkan murid-murid berbuat demikian. . .Mainkan peranan sebagai pendengar yang peka. .

2)Perbincangan Terbimbing .Kemukakan satu soalan yang menggalakkan penerokaan satu tema.topik atau isu. galakkan murid-murid untuk mengadakan perbincangan sesama mereka dengan membentuk dan bertanya soalan-soalan yang relevan dengan topik yang berkenaan. .Setelah satu tempoh masa tertentu. . .Peruntukan masa untuk menyoal.

Ahli yang memegang satu objek atau ‘kayu bercakap’mempunyai opsyen untuk berkongsi komen dn pendapat. . ataupun dengan bulatan berbentuk balang ikan (fishbowl). Kemudian ‘kayu bercakap’tadi akan diserahkan kepada ahli yang duduk di sebelah. manakala ahli-ahli yang lain dalam bulatan tersebut hanya mendengar sahaja. Sesuai digunakan untuk kumpulan besar atau kecil.3)Bulatan atau Perbincnagan Jenis ‘Kayu Bercakap ’ Digunakan untuk murid-murid membuat refleksi terhadap pengalaman mereka atau membincangkan perasaan masing-masing: Kumpulkan mereka dalam bulatan.

. . . ahli-ahli kedua-dua bulatan ini bertukar tempat dan peranan.Selepas satu tempoh masa yang diperuntukkan.Murid-murid membentuk dua bulatan.4) Perbincangan Balang Ikan .Mereka yang berada di luar hanya jadi pendengar manakala dalam bulatan dalaman akan mengadakan perbincangan antara satu sama lain berdasarkan satu topik yang telah dikenalpasti terlebih dahulu.

Kaedah Demonstrasi .

mendengar penerangan dan melihat sebelum aktiviti yang sama dilakukan oleh mereka.Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur.Demonstrasi melibatkan guru atau seseorang individu menunjuk cara di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. .Kaedah Demonstrasi . .Pelajar-pekajar lain akan memerhati.

• Ia dapat meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah sesuatu pelaksanaan atau eksperimen. . sebagai teknik pengajaran bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar agar benar-benar memahami perkara yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan. • Proses melibatkan diri dalam demonstrasi setelah memerhati contoh dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti atau eksperimen.• Demonstrasi.

Menjalankan uji kaji tentang pernafasan tumbuhan ( Sains) Mendemonstrasi cara menyediakan rak kasut ( Kemahiran Hidup) Menunjuk cara –cara membuat kuih lapis( Ekonomi Rumah Tangga) Mendemonstrasi cara menyediakan bakul/tikar(Pendidikan Semi/kraf Tangan) Mendemonstrasi cara lompatan atau lontar peluru ( Pendidikan Jasmani) .

Penyelesaian Masalah .

 Peranan guru adalah untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelajar mengambil bahagian dan berinteraksi dalam aktiviti bilik darjah atau npenerokaan melalui internet.  Teknik ini berasakan falsafah konstruktivisme di mana pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.Penyelesaian Masalah  Penyelesaian masalah merujuk kepada sesuatu proses pembelajaran inkuiri di mana pelajar mencari jawapan untuk soalan yang relevan kepada mereka. .

Sepanjang proses ini. . d)Menilai idea-idea dan rumusan. guru perlu memberikan maklum balas kemajuan daripada pelajar terhadap proses penyiasatan mereka.Proses dalam penyelesaian masalah merangkumi : a)Pelajar mengenal pasti masalah b)Menjelaskan isu-isu c) Mencadangkan cara untuk memperoleh maklumat yang diperlukan.

bacaan atau penulisan. • Contoh P&P yang menggunakan penyelesaian masalah harus terdiri daripada masalah autenik atau isu-isu terdekat dengan pelajar: a)Aktiviti menjawab soalan dan perbincangan berdasarkan bahan kesusasteraan yang memerlukan daya pemikiran kritis dan kreatif. b)Aktiviti pengayaan di mana persoalan dan permasalahan sesuatu bahan latihan secara lisan.• Penyelesaian masalah memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menyiasat masalah dan bertanggungjawab untuk mencapai penyelesaian. .

• Penyelesaian masalah dapat mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan memerlukan penglibatan aktif pelajar dalma pembelajaran. iaitu pencemaran bunti. membina idea dan meneroka idea dengan cara yang tersendiri. • Guru memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar dengan bebas tanpa sekatan. . • Aktiviti kajian tempatan di mana pelajar menyelesaikan masalah lalu lintas di luar sekolah. bilik darjah sempit dan sesak serta tempat meletak kereta yang terhad. menyiasat.• Aktiviti geografi seperti masalah persekitaran sekolah.

di samping memudahkan komunikasi.• Satu lagi perspektif daripada pengajaran berasaskan penyelesaian masalah ialah TOC(Theory Of Constraints)yang boleh digunakan secara berasingan atau digandingkan dengan kaedah lain untuk membentuk sistem penyelesaian masalah dan pengurusan perubahan yang sesuai. menganalisis secara berkesan. kerjasama dan persetujuan dalam kalangan mereka yang terlibat dalam penyelesaian masalah tersebut. • Alat-alat ini membolehkan pelajar menerangkan masalah dan mencipta penyelesaian yang kreatif. 2002). . • Cara ini digunakan untuk penyelesaian masalah. • TOC merupakan satu alat berfikir dan komunikasi yang amat efektif (Vishalache Balakrishnan. berfikir melalui akibat terhadap tindakan dan ideaidea serta mengaplikasi apa-apa yang dipelajari sehingga mencapai keputusan dalam satu cara yang bertanggungjawab.

• TOC berpaksikan aplikasi prinsip-prinsip saintifik dan penaakulan logik untuk membimbing organisasi berasaskan manusia untuk mencapai matlamat secara berterusan. • Menurut TOC.setiap organisasi sama ada koprat atau awam. . • Sebagai langkah mengurus prestasi organisasi tersebut . perniagaan atau pendidikan mempunyai sekurangkurangnya satu konstrain( perkara yang menghalang atau menjejaskan pencapaian matlamat yng telah ditetapkan)pada satu-satu masa.maka konstrain harus dikenalpasti dahulu sebelum ditangani dengan betul.

Langkah 5:Sekiranya didapati ada pergerakan pada konstrain tersebut. Langkah 3: Selaraskan usaha dan kerjasama semua pihak yang berkenaan untuk mengatasi konstrain ini. .Goidratt mengesyorkan lima langkah menyelesaikan masalah iaitu: Langkah 0 (sifar):Lafazkan matlamat organisasi. Langkah 4 :Atasi konstrain tersebut. Langkah 1: Kenalpasti konstrain. kembali ke langkah 1. Langkah 2:Putuskan bagaimana konstrain boleh ditangani.

• Antara alat yang digunakan untuk memperkatakan intuisi peserta terdiri daripada awan. • Alat-alat ini bukan sahaja sesuai untuk pemikiran kognitif atau moral. cabang pokok dan pohon sasaran. . tetapi alat ini membolehkan pelajar berfikir secara sistematik pada awalnya apabila menghadapi dilema moral sebelum bertindak terhadapnya.

Dapat mengesan tahap kognitif subjek. Hasil pembelajaran yang berkesan Minus Interesting (Kekurangan) (keistimewaan) Hanya akan berkesan pada tahap-tahap kognitif tertentu. Proses Pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan kreatif. Tindakan memerlukan tahap persekitaran yang sesuai. Tahap umur (Hanya berkesan pada tahap umur tertentu). Pelaksanaan bergantung pada pengalaman individu. .Analisis PMI dalam Teori Behavioris Plus (Kelebihan) Hasil tingkah laku yang diingini diperolehi dengan cepat. Kesan tingkah laku positif boleh dipupuk dari awal.