You are on page 1of 15

EDU3105

T3 – MEDIA PENGAJARAN

_____________________________________________________________________

TAJUK 3

MEDIA PENGAJARAN

SINOPSIS

Tajuk ini mengandungi menjelaskan konsep media dan media pengajaran yang merupakan salah satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan pengkelasan, kelebihan serta fungsi untuk menentukan pemilihan, pembinaan dan penggunaan media pengajaran sebagai saluran komunikasi.

HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat: i. ii. iii. iv. menjelaskan konsep media dan media pengajaran. merumuskan fungsi media pengajaran. menyatakan pengkelasan media pengajaran. menyata dan menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran.

KERANGKA TAJUK 3.1 Konsep Media Pengajaran 3.2 Fungsi Media Pengajaran 3.3Jenis-jenis dan Klasifikasi Media 3.4Penyediaan Media Pengajaran`

1

perasaan. Oleh itu. Fikirkan Apakah kelebihan menggunakan media dalam pengajaran? Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar topik berikut? (a) Sains mengenai rupa atom. radio.1 Konsep Media Pengajaran Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran.EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ 3. televisyen.2 Fungsi Media Pengajaran Kesan menggunakan media yang terdiri daripada pelbagai jenis itu didapati berbeza antara satu dengan yang lain. bolehlah dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. rakaman audio. komputer dan pengajar. 2 . Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Ada yang sesuai pada perkara yang mempunyai unsur abstrak ikonik dan enaktif. gambar foto. Ini dapat dilihat kon pengalaman pembelajaran yang pernah diketengahkan oleh Edgar Dale (Wah Wan Ali et al. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran. bahan bercetak. perhatian. Media atau medium bermakna saluran komunikasi. subset dan tindanan 3.2008) sebagaimana yang terdapat dalam rajah. minat serta perhatian murid dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. (b) Matematik mengenai set. Contoh media termasuklah filem.

Antaranya ialah: a) Media menjadi sumber yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berikut:    Memainkan peranan sebagai papan hitam.EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ Rajah 1: Kon Pengalaman Dale Media terdiri daripada pelbagai jenis boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3 . Menjadi alat yang boleh mengawal disiplin murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. b) Media dapat membantu guru menyakinkan diri dan mengurangkan darah gemuruh (podium fright) semasa penyampaian pengajaran. Boleh mengurangkan kebosanan murid di mana menggunakan pelbagai multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

motivasi murid dalam pembelajaran dan memberi hiburan (entertainment). Menurut kajian. Media cetak Media bukan cetak 4 . Di samping itu juga media dapat:     mengurangkan masa penerangan. murid dapat meyakinkan kemahiran dan prestasinya pada subjek yang dipelajarinya. memberi maklumat yang tepat dan jelas.      membaca mereka memperolehi mendengar mereka memperolehi 10% dari apa yang dibacanya 20% dari apa yang didengar mendengar dan melihat mereka 30% dari apa yang didengar dan memperolehi memyebut mereka memperolehi dilihat 70% dari apa yang didengar. kadar murid ingat berbeza-beza jika mereka membuat kerja seperti berikut: Jika. d) Melalui media keterangan seribu perkataan dapat diperjelaskan dengan sekeping gambar. dilihat dn disebut membuat. ii. e) Penggunaan alat bantu memudahkan kita mewujudkan pengalaman konkrit. memperolehi menyebut mereka 90% dari apa yang didengar.EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ c) Media dapat membantu guru menyampaikan mesej dalam pengajaran.3 Jenis-Jenis dan Klasifikasi Media Media pengajaran terbahagi kepada dua: i. dilihat dan disebut 3. murid dapat mengekakalkan kefahaman. murid dapat belajar lebih.

Jenis Media Cetak Secara umumnya media cetak boleh diklasifikasikan sebagaimana yang dinyatakan seperti berikut: kepada empat fungsi a. Memberikan panduan.EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ 3. notanota.1. 5 . Lazimnya instruksi yang terdapat dalam bahan bantu mengajar itu dibentuk tahap demi tahap atau langkah demi langkah untuk memudahkan murid mengguna dan memahamkan pelajaran dengan mudah.buku rujukan. surat khabar. buku kerja. ’jobs aids’ dan sebagai satu gambar bersiri. 3.3. risalah.1 Media Cetak Media cetak merupakan bahan-bahan maklumat yang dicetak di atas kertas. prosiding seminar. Ia berbentuk buku teks. Ia berbentuk ’guide sheet’. surat-surat berita.3. Mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada bidang yang dicetak. Bahan maklumat d. majalah. iii. laporan tahunan dan sebagainya. ii. Tujuan bahan-bahan ini dicetak adalah untuk: i.1. Bahan untuk latihan c. Menyampaikan maklumat. Alat bantu mengajar b. Bahan untuk peningkatan ilmu Surat khabar Rajah 2: Contoh Media Cetak Media Sebagai Alat Bantu Mengajar Bahan cetak yang berperanan sebagai alat bantu belajar merupakan bahan-bahan yang mempunyai instruksi atau panduan sumber belajar.

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ Maklumat dalam ”guide sheet” akan menampilkan kata-kata atau arahan secara keseluruhan sedangkan ”jobs aids” selain dari kata-kata atau arahan tadi terdapat juga beberapa ilustrasi atau gambar bersama-sama arahan tadi. Bahan untuk latihan ini adalah berbentuk ”manual” . Lazimnya catatan itu berkaitan dengan isi pelajaran. sumber-sumber bahan untuk rujukan. Manual Manual adalah petunjuk yang praktikal bagi sesuatu kerja yang perlu dilaksanakan. manakala ”picture series” merupakan maklumat yang disampaikan dalam gambar bersiri. Maklumat yang terdapat dalam bahan edaran itu antara lainya adalah jadual pelajaran. 6 . Media Sebagai Bahan Untuk Latihan Bahan yang berperanan sebagai bahan untuk latihan lazimnya ia berbentuk intruksi. sinopsis pelajaran dan objektif yang ingin dicapai. ”handout” dan ada yang berbentuk Panduan Pembelajaran(study guides). tugas-tugas yang perlu disempurnakan. Di sini pembaca akan disugukkan dengan pelbagai maklumat atau petunjuk yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar. Handout Rajah 3: Contoh handout Nota atau catatan yang dibuat oleh guru atau tenaga pengajar yang diedarkan kepada murid. Biasanya pelatih-pelatih akan menggunakan manual ini untuk melaksanakan sesuatu kerja atau projek mengikut langkah-langkah yang instruktornya telah rancang dan catatkan di manual yang diedarkan itu.

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ Panduan Pembelajaran (Study Guides) Secara kasarnya ” study guides” ini mempunyai ciri seakan-akan serupa dengan ”handout” dari aspek penggunaannya. Perbezaan yang nyata terhadap ”handout” dengan ”study guides” adalah dari aspek penjelasan isi bagi sesuatu topik pengajaran. Biografi dan Sejarah 7 . ia berbentuk risalah (brochure) surat khabar. Kedua-dua bahan ini bertujuan untuk murid dan poeserta membuat latihan. Media Sebagai bahan Peningkatan Ilmu Media cetak berbentuk buku boleh berperanan sebagai alat yang dapat meningkatkan ilmu seseorang dengan lebih mendalam. Ia dapat menarik perhatian seseorang dengan menampilkan sesuatu yang dimiliki oleh sesebuah organisasi. Lazimnya. Media Sebagai Bahan Maklumat Media cetak berperanan sebagai bahan maklumat foreka dengan tujuan untuk memberi mahlumat dan mitibasi. fiksyen dan bukan fiksyen yang Dewey klasifikasikan kepada 10 kod yang bermula dari kod 000 hingga ke kod 999 dan Library Congress menggunakan notasi bercampur seperti berikut: Sistem Perpuluhan Dewey (DDC) iaitu kod ringkasan pertama 000 100 200 300 400 500 600 700 800 900 Karya Am Falsafah Agama Sains Sosial Bahasa Sains Tulin Teknologi/Sains Gunaan Kesenian Kesusasteraan Geografi. laporan tahunan dan sebagainya. Pada ”handout” penjelasan yang dapat kita lihat adalah ringkas terhadap sesuatu topik manakala ”study guides” maklumat yang diterangkan itu didapati terperinci. Jenis bahan berbentuk buku dan bukan buku ini boleh diklasifikasikan pada bahan rujukan.

HJ HM. PN.2.EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ Kod Library Congress pula menggunakan kod pengklasannya seperti berikut untuk mengkelaskan bahan pendidikan di pusat pendidikan terutama di institut pengajian tinggi di Malaysia. TK. AG. PR. Kebaikan Media Bercetak Media cetak sebagaimana yang tersenarai di atas jika dibandingkan dengan media lain. AY B. TE. mudah disebar. QD. Qa. F Karya Am Falsafah Agama Sains Sosial Pendidikan Bahasa Sains Tulin Teknologi Undang-Undang Geografi Am dan Biografi 3. QB. TX K G. 8 . BJ BF Bl. LH. Bentuk media cetak didapati mudah dibawa dan mudah juga digunakan di mana sahaja.QH TA.C. Ae. TG.TE. LD. LA. Bahan cetak digunakan begitu meluas kerana terdapat beberapa ciri yang positif seperti berikut: a. Media cetak didapati lebih ekonomi. BP. BX.3. Media cetak mampu menyimpan maklumat yang konsisten dan tepat dan dapat menghasilkan kesamaan pengertian maklumat untuk hari ini dan juga untuk sedekad yang akan datang. LG.TT. LC. Simbol-simbol pada kod Library Congress adalah: A. v. HA. QC. AS.1. Pembaca boleh mengambil masa yang lama untuk mencerna isi maklumat yang terkandung di dalamnya dan boleh diulang-ulang mengikut keperluan pengguna.LB P. PZ Q. iv. TP. LJ. Digunakan begitu meluas. ii. iii. mudah dipindahpindahkan dari seorang pengguna kepada pengguna yang lain. BZ H. HX L. BH. TH. PE. QE. ia mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut: i.

Jika kebolehan membaca lemah maka pembaca akan menghadapi masalah untuk memahami isi maklumat.1. ii. d. Bahan bercetak mempunyai latihan di akhir modulnya.3 Kelemahan Media Cetak Media cetak apabila dibandingkan dengan media lain seperti audio. video terdapat beberapa kelemahan seperti berikut: i.3. jadual dan gambar-gambar kartun. 3. Mudah disedia dan diterbitkan. iii. Keberkesanan media cetak banyak bergantung pada kebolehan individu menguasai bacaan. Murid dapat mengawal masa. mempunyai pengajaran yang sudah dirancang dengan penerangannya dilengkapkan dengan gambar. Mudah dikemas kini. g.3.2 Media Bukan Bercetak Kumpulan bahan pengajaran yang kedua adalah bahan yang berbentuk bukan bercetak yang boleh diklasifikasikan pada jenis perkakasan (hardware) dan jenis perisian (software) dan bahan kos rendah dan papan peragaan.EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ b. 3. Digunakan sebagai alat pengajaran utama. tempat dan tempoh pembelajaran mereka. f. 3.1 Bahan Jenis Perkakasan (Hardware)       Kamera filem 35mm Kamera video Perakam audio Radio Televisyen Projektor filem 9 .3. c. carta. Media cetak tidak dapat menampilkan gambar bergerak dan bersuara yang dapat memberikan pengalaman murid bersifat konkrit. Tidak menggunakan alat lain semasa menggunakannya. Maklum balas tidak dapat disampaikan serta merta kecuali menggunakan kemudahan telefon atau internet.2. e.

fakta dan teks untuk ditonton. filem ptojektor. LCD. slaid projektor dan mikro filem.EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________     Projektor OHP Projektor slaid Projektor LCD Projektor legap Projektor slaid Rajah 4: Projektor slaid Bahan Jenis Perisian (software)       Filem Transparensi Kaset audio Slaid Perisian komputer Mikro filem Mikro filem Rajah 5: Mikro filem Kesemua media yang berbentuk perkakasan dan perisian tersebut pada umumnya boleh diklasifikasikan juga mengikut fungsinya seperti berikut: Projektor slaid 3. Projektor bagi bahan seperti berikut berbeza antara satu dengan yang lain.        Slaid Filem Transparensi Multimedia Video Produk komputer Mikro filem Rajah 6: Multimedia Projektor slaid Multimedia 10 .2.3.2 Media Tayang Bahan yang memerlukan projektor untuk menayangkan imej. Ada yang memerlukan OHP. gambar.

Bahan mudahalih (mobile) Aktiviti1 Jawab soalan-soalan berikut: 1.3 Bahan Kos Rendah Bahan kos rendah boleh dikategorikan kepada bahan 2 dimensi (2D) dan bahan 3 dimensi (3D).2. iv. lukisan. Bagaimana media boleh diklasifikasikan? 4. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih media pengajaran? 6. Bagaimana media boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran? 3. kartun. Apakah fungsi media pengajaran? 5. Bahan 3D boleh dikategorikan kepada kategori berikut: i.3. Bahan 2D terdiri daripada bahan seperti carta. fotograf. poster. vi. Apakah media pengajaran? 2.EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ 3. akhbaryang guru boleh gunakan dalam proses Bahan 3D adalah bahan sebenar (realia) ataupun bahan buatan manusia yang menyerupai bahan sebenar. boneka lidi.graf. v. iii.brosur dan pengajaran dan pembelajaran. ii. Apakah langkah-langkah yang perlu dalam menyediakan bahan media pengajaran? 11 . boneka wayang kulit dan boneka bertali. Bahan berbentuk model Bahan realia Bahan berbentuk diorama Bahan berbentuk panel animasi dan si mulasi Boneka-Boneka sarung tangan. bahan bercetak.

Sebelum membuat pemilihan media. Melalui pengalaman yang lepas penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan berhemah untuk pemilihan kesesuaian media dengan pengajaran. a. 12 .EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ Aktiviti2 Berikan seberapa banyak contoh untuk setiap jenis media berikut: Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Klasifikasi media Media tayang kaku Media tayang bergerak Bahan grafik Gambar pegun Bahan 2 Dimensi Bahan 3 Dimensi Papan Peragaan Media audio Media cetak Contoh media 3. pastikan perkara berikut sudah diketahui. Ciri murid yang akan menggunakan media dan kaedah pembelajaran yang telah dialaminya. c. Matlamat dan objektif pengajaran tersebut. Bilangan murid dan tempat atau suasana yang kita akan gunakan media tersebut.4 Pemilihan Media Pengajaran Media boleh digunakan dalam pelbagai cara dan bentuk dengan tujuan untuk membantu seseorang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. i. b. d. Tajuk dan kandungan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Terdapat enam panduan yang boleh dilakukan untuk kita membuat pilihan media untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Pastikan tempat dan suasana fizikal yang guru hendak gunakan media itu sesuai dan boleh memberi kesan yang baik dan objektifnya tercapai. Tentukan cara penyampaian yang hendah digunakan. OHP. masa persiapan juga kemahiran teknikal tentang penggunaan media pengajaran tersebut semasa pengajaran. Tentukan jenis media seperti bahan-bahan cetak. Hal ini perlu diketahui kerana sebahagian murid kita sudah melihat. v. ii. vi. pita video. g. Ada yang berbentuk tayang dan ada yang berbentuk bukan tayang. sama ada komunikasi sehala atau dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu nanti. Kenal pasti media dan kelengkapan yang murid boleh gunakan. iv. mana satu yang akan didahulukan).EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ e. Strategi penyampaian guru (cara. RUMUSAN Media pengajaran yang baru boleh digunakan terdiri dari pelbagai bentuk. mikrokomputer dan kemudahan virtual yang hendak digunakan itu ada dan boleh digunakan. iii. Dengan ini amat wajar bagi setiap guru perlu membuat pemilihan terlebih dahulu sebelum digunakannya di bilik darjah. Setiap bahan dan alat ini berperanan sebagai alat yang boleh membantu guru dan murid memahami sesuatu ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. mengalami dan menggunakan beberapa alat di rumah dan di persekitaran hidup kita. slaid. pita audio. Fungsi setiap alat dan bahan ini berbeza mengikut keperluan pengguna. 13 . Alat kawalan media yang akan digunakan. kemudahan yang berkaitan dengan media. terutamanya kakitangan sokongan. guru boleh bekerjasama dan melibatkan murid yang mahir dalam pengajarannya. f. Dari kemahiran yang murid miliki ini. Tentukan sumber sokongan yang boleh digunakan. Pastikan bentuk aktiviti yang akan dilaksanakan nanti.

praktik 3. brochure 4. dan digunakan sebagai A. Tujuan media cetak digunakan adalah untuk A. handout B. study guides D. bimbingan C. menjelaskan kembali kepada orang lain mengenai maklumat yang ada D. 6. yang manakah media cetak yang berperanan sebagai sebaran maklumat A. Antara yang berikut. Senaraikan empat contoh bahan bukan bercetak. menyamakan persepsi pembaca 2.EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ Latihan 3 Jawab semua soalan berikut: 1. Bagaimana media mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah? 14 . Apakah perbezaan antara media cetak dengan media bukan cetak? 7. manual C. meningkatkan kemampuan pembaca B. memotivasikan tingkat pemerhatian dan perilaku seseorang C. instruksi B. Study Guides merupakan salah satu bentuk media untuk menyampaikan maklumat. 5. Huraikan empat kelebihan menggunakan bahan bercetak dalam pengajaran dan pembelajaran. latihan D.

H. Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain. et. Smaldino.Teknologi pendidikan: penggunaannya dalam pengajaran Geografi. Instructional technology and media for learning. (2005).(1989). dan Race. Heinnich. (2009).. New Jersey: Prentice Hall. Kuala Lumpur: OUM. Handbook of Educational Technology. Teknologi pengajaran dan pembelajaran. & Molenda. Wah Wan Ali et al.I.P.. Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. M. Ellington. S.. 15 . H. Abdul Razak Idris & Jessnor Elmy (2006). (1993).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ BIBLIOGRAFI Mohd Jizat Abdol. Prcival.T.. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia. London: Kogan Page. Shah Alam: Oxford Fajar. (2008). Ngui Kuan Sang.(2009). Edisi ke 8. edisi ke-3. R. J. HBEM3103. Noriati A. Russell. Norasiah Abdullah.E. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Rashid. Prinsip teknologi pengajaran. al. UTM.