You are on page 1of 16

Isl minggu 1

1.0 PENGENALAN Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan asas kepada pergerakan kanak-kanak. Pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat seharusnya dititikberatkan pada pendidikan awal kanak-kanak lagi. Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti yang mencabar. Sekiranya mereka mempunyai asas pergerakan ini, berkemungkinan mereka tidak akan menghadapi masalah kelak. Namun, ibu bapa serta guru tidak seharusnya mengabaikan kepentingan pergerakan bukan lokomotor. Banyak faedah yang boleh diperolehi melalui pergerakan bukan lokomotor. Ia mengajar kanak-kanak menguasai keseimbangan tubuh badan dan sebagainya. 2.0 OBJEKTIF PERGERAKAN LOKOMOTOR Antara objektif pergerekan lokomotor dan bukan lokomotor ialah dapat memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan. membantu guru pelatih menguasai semua kemahiran pergerakan asas dengan berkesan, memperkembangkan kebolehan dalam diri setiap guru pelatih bagi membentuk pergerakan yang kreatif, memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan bakal guru dalam membuat perancangan dan strategi, dan mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai seorang bakal guru. Disamping itu, objektifnya adalah untuk meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan, melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik, bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran, mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan, melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan, sentiasa berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan, dan sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 3.0 MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTOR Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan ini juga dapat menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini ia mampu untuk memupuk semangat toleransi dan kerjasama, di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru. Selain itu, matlamat pergerakan ini ialah dapat

memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak, mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemenelemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak. 4.0 DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Manakala, pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Selain itu, pergerakan ini juga merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Tambahan pula, pergerakan bukan lokomotor tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Sebagai contah, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi. Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan. 5.0 CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

5.1 Melompat Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah dengan melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat keduadua belah kaki dengan serentak. 5.2 Lompat Skip Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Cara melakukan ketingting ialah dengan langakh satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki yang sama. Seterusnya langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secara berselang seli. 5.3 Lompat Galop Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului pergerakan secara cepat. 5.4 Melantun Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau badan bergerak ke depan dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan. Sebagai contoh permainan bola tampar. 5.5 Melungsur Pergerakan melungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului pergerakan. 6.0 DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Selain itu, pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar. Contohnya melambung, membaling, menggolek(seperti menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (seperti menggunakan kompang). Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi dan sebagainya. Malah terdapat perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Disini Pergerakan Bukan Lokomotor adalah kestabilan iaitu sesuatu kemahiran. Kemahiran ini adalah

kemahiran yang melibatkan pergerakan setempat atau tidak bergerak dari suatu tempat ke tempat lain. Seperti membengkok, meregang, mengilas, memusing, menghayun, berbuai buai, rebah, bangkit, menolak, menarik, mendekam dan sebagainya. 7.0 CONTOH CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR 7.1 Menghayun Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang 7.2 Membengkok Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan lahan menegakkan badan 7.3 Memusing Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan. 7.4 Mendekam Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat dan dekam dengan tangan menyentuh lantai 7.5 Menyokong Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanya kestabilan. Terdapat beberapa teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi, sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu tangan satu kaki, sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya. 7.6 Membengkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul dan sendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu. 7.7 Meregang Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi

bermaksud pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat. Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180. 7.8 Mengilas Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia ats suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menheraakn dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah bulatan sahaj. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang. 7.9 Memusing Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat. 7.10 Menolak dan Menarik Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalah mendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. 7.11 Rebah Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan perlahan. Rebah yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan dengan cepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati. 7.12 Bangkit Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi. 7.13 Melantun Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan berterusan. Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas. Sebagai contoh, pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas antaranya Merangkak dan membongkok dan berjalan. Membaling dan hayunan dengan tangan dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. Mendekam dan rebah serta membongkok, menolak dan menyokong. Menguak dan menolak serta menarik ke kiri dan kanan.

Pergerakan 1 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Dirian Bangau Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak 2) Angkat sebelah kaki bersudut 90 darjah 3) Tangan didepakan untuk meningkatkan keseimbangan

Pergerakan 2 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Bola Berputar Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak 2) Rendahkan badan seperti melutut 3) Depakan tangan ke hadapan dan menyentuh lantai 4) Gulingkan badan ke hadapan sebanyak dua kali 5) Berdiri tegak seperti sediakala.

Pergerakan 3 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Irama gelung Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak sambil memegang gelung dengan tangan kanan 2) Pusingkan gelung bermula dari arah bawah

Pergerakan 4 Jenis pergerakan : Lokomotor Nama pergerakan : Pusingan menggapai langit Alatan : Tilam Cara pelaksanaan : 1) Menahan badan dengan tangan, bermula dengan tangan 2) Pusingkan badan ke arah bertentangan dengan tangan kanan menahan badan 3) Ulang langkah 1 dan 2

Pergerakan 5 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Tepuk pundi Alatan : Pundi kacang (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak sambil memegang pundi kacang 2) Lambung pundi kacang itu ke atas sambil menepuk tangan dua kali

Pergerakan 6 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Jambatan Gantung Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Baring di atas lantai 2) Bengkokkan lutut dan bawa tangan ke belakang 3) Angkat bahagian belakang badan ke atas

Pergerakan 7 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Gerakan harimau Alatan : Pundi kacang (2) Cara pelaksanaan : 1) Posisi adalah seperti merangkak 2) Pundi diletakkan di atas belakang tapak tangan 3) Merangkak ke hadapan bermula dengan tangan kanan di hadapan dan diikuti tangan kiri pula secara berselang-seli

PERGERAKAN 8 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Lompat Tinggi-tinggi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri seluas bahu dengan lutut dibengkokkan sedikit dan tangan dihayun ke belakang. 2) Lompat setinggi mungkin ke hadapan 3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan lutut dibengkokkan sedikit untuk menyerap hentakan.

Pergerakan 9 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Gelungku pusing Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Duduk melutut dengan memegang gelung ke hadapan 2) Pusingkan gelung 360 bermula dari arah kanan dengan menggunakan tangan

Pergerakan 10 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Imbangan pundi Alatan : Pundi kacang (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri dengan sebelah kaki sementara pundi diletakkan di atas kepala 2) Lompat ke hadapan dengan sebelah kaki (seperti permainan ketingting) sambil tangan didepakan untuk mengimbang badan 3) Rapatkan kedua-dua belah kaki setelah semasa mendarat

PERGERAKAN 11 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Duduk Si Tempang Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta berdiri tegak dengan tangan di sisi 2) Peserta mendepakan tangan ke sisi sambil mengangkat dan meunjurkan kaki ke hadapan 3) Peserta duduk separuh dan pastikan lutut dibengkokkan 90 darjah.

Pergerakan 12 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Bus driver Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri sambil memegang gelung ke hadapan seperti memegang stereng bas 2) Berjalan ke hadapan dengan memulakan langkah dengan kaki kanan dan memusing gelung ke arah kiri dahulu 3) Ulang langkah 2 dengan menukar arah kaki dan arah pusingan

gelung

Pergerakan 13 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Lompat Berpusing Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak kemudian berlari anak sejauh 4 langkah 2) Lompat sambil memusingkan badan 3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki

Pergerakan 14 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor Nama pergerakan : Belantanku sayang Alatan : Belatan (2) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak 2) Belatan digerakkan bermula dengan arah atas 3) Kemudian, belatan digerakkkan ke arah sisi 4) Seterusnya, belatan digerakkan ke arah hadapan 5) Ulang langkah 2,3 dan 4

PERGERAKAN 15 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Imbangan Sisi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta baring sisi kanan 2) Tangan kanan ditegakkan untuk mengangkat badan ke atas 3) Tahan dan cuba imbangkan badan selama 5 saat

Pergerakan 16 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Gulingan Balak Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berbaring dengan tangan lurus ke atas 2) Gulingkan badan ke sisi

Pergerakan 17 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Gerudi belantan Alatan : Belantan (2) Cara pelaksanaan : 1) Bongkokkan badan dengan mengangkat sebelah kaki sambil tangan memegang belatan ke hadapan 2) Angkat kaki kiri ke belakang dan putarkan belatan ke hadapan 3) Ulang langkah 2 dengan mengangkat kaki kanan

PERGERAKAN 18 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan :Bangkit tubi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta meletakkan tangan di sisi badan dan lutut dibengkokkan 2) Peserta meletakkan tangan secara bersilang di dada 3) Peserta bangun hingga dada mencecah lutut 4) Kembali ke kedudukan asal

PERGERAKAN 19 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Lompatan Si Gemuk Alatan : Kotak dan gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri di permulaan kotak dengan badan berada di dalam gelung 2) Tangan memegang gelung pada paras pinggang 3) Lompat melepasi kotak 4) Mendarat dengan lutut dibengkokkan sedikit

Pergerakan 20 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Kudaku Laju Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak dengan siku dibengkokkan ke dada

2) Kaki kanan diangkat ke hadapan dan kaki kiri melangkah seperti biasa 3) Pergerakan diulang dengan bergerak ke hadapan

Pergerakan 21 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Morning glory Alatan : Belantan (2) Cara pelaksanaan : 1) Bongkokkan badan ke sebelah kanan dengan memegang belatan ke hadapan 2) Angkat belatan ke atas mengikut arah iaitu dari kanan ke kiri Pergerakan 22 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor Nama pergerakan : Ular Terbang Alatan : Riben Cara pelaksanaan : 1) Berdiri sambil memegang riben 2) Menggerakkan riben ke kiri dan ke kanan 3) Memutarkan riben pada paras atas kepala.

PERGERAKAN 23 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Tekan Tubi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta dalam keadaan sedia iaitu dalam keadaan meniarap 2) Peserta meluruskan siku untuk menaikkan badan ke atas 3) Siku dibengkokkan kembali dan badan turun ke bawah tetapi tidak mencecah lantai 4) Ulang langkah 2 dan 3 sebanyak 5 kali

PERGERAKAN 24 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Lompatan X Alatan : Papan anjal dan belatan (2) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri di permulaan papan anjal dengan tangan memegang belatan yang disilangkan seperti bentuk X 2) Lompat ke atas papan anjal dengan tangan di sisi sambil

memegang belatan 3) Semasa mendarat, belatan di tangan disilangkan semula

PERGERAKAN 25 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Hayunan belantan Alatan : Peti lombol dan belantan (2) Cara pelaksanaan : 1)Duduk melutut di atas peti lombol sambil memegang belatan ke arah bawah 2)Belatan diangkat ke sisi dan dihayun ke atas dan ke bawah secara berulangkali PERGERAKAN 26 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Merangkak Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta seperti keadaan merangkak 2) Peserta bergerak ke hadapan Pergerakan 27 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Lompat katak bergelung Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1)Posisi badan adalah seperti permulaan lompat katak, iaitu posisi mencangkung, dengan badan berada di dalam gelung sambil tangan memegang gelung 2)Melompat ke hadapan seperti lompat katak

http://pjthepioneering.blogspot.com/2010/11/assignment-pergerakan-asas.html

ISL M4-M5 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS HASIL PEMBELAJARAN Menjelas dan menghuraikan tentang strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas dalam bentuk catatan. Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti dalam penyampaian isi pelajaran. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar Pergerakan Asas. Antara kaedah yang disarankan ialah: q Kaedah kuliah q Kaedah perbincangan q Kaedah kuliah demonstrasi q Kaedah latihan q Kaedah penemuan q Kaedah projek q Kaedah persembahan lisan q Kaedah sebahagian-keseluruhan Kesemua kaedah di atas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kaedah kuliah dan kaedah kuliah-demonstrasi. Kaedah Kuliah Kaedah ini adalah kaedah yang luas di gunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan di dalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada murid-murid atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan jika bergabung dengan teknik lain. Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas. q Pengenalan

Menerang dan menjelaskan skop pelajaran Memberitahu murid apa yang dikehendaki daripada mereka Cuba membangkitkan minat Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan murid termasuk murid di barisan belakang. q Persembahan Kuat tetapi nada mesra Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai Huraikan istilah yang digunakan Bercakap dengan semua murid Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstrasi dan lain-lain Ulang butiran penting Guna lawak jenaka Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin q Penutup Mengulangi isi utama Menggalakkan perbincangan Meneguhkan isi yang lemah Kaedah Kuliah Demonstrasi Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru PJ. Demonstrasi boleh digunakan oleh guru, murid atau kumpulan murid. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas. q Pendahuluan

Susun murid supaya mereka boleh dengar dan lihat. Murid boleh duduk, melutut dan berdiri. Memperkenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah. Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelumnya. q Demonstrasi Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar. Ikut cara dan prosedur yang piawai. Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan .q Demonstrasi dan pengajaran Semasa membuat pelakuan, beri butiran yang sepatutnya. Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan. Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu. Gunakan kaedah ansur maju dan mengajar mengikut turutan yang sebenarnya. Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas. q Ulang demonstrasi dan butiran yang penting Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit Membuat demonstrasi untuk memberi pandangan yang berlainan Beri butiran penting q Penutup Ulang butiran penting Menggalakkan perbincangan Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran Kaedah atau Gaya Pengajaran Terdapat beberapa gaya atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas. Gaya-gaya yang dipraktikkan mestilah membewa satu objektif iaitu setiap murid dapat manfaat daripada gaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengjaran boleh dibahagikan

kepada 3 kategori yang utama iaitu: Kaedah / Gaya Langsung Kaedah / Gaya Gabungan Kaedah / Gaya Tidak Langsung Gaya Langsung Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993) . Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul. Gaya Tidak Langsung Gaya ini berpusatkan murid. Is berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif di mana pembelajaran dianggap sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalah sama penting dengan hasil pembelajaran berkenaan. Gaya Arahan Guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti. Ciri-ciri Gaya Arahan Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demonstrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari oleh murid. Murid berlatih. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas. Jika perlu, guru memberi penerangan lanjut dan membuat demonstrasi lanjut. Murid berlatih. Guru memberi tunjuk ajar kepada murid yang memerlukan bantuan secara individu atau berkumpulan. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan.

You might also like