You are on page 1of 2
JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal 1. Masalah/Peristiwa Pada beberapa waktu dalam minggu pertama, saya telah menghadapi beberapa situasi pengurusan masa pembelajaran yang tidak baik dan kurang mengikut perancangan harian yang dibuat. Ada kalanya saya tidak dapat mempunyai masa yang cukup dan ada kalanya saya mempunyai lebihan masa yang terlalu lama. Namun demikian, objektif pembelajaran masih dapat dicapai. 2. Analisis Bagi kekangan masa yang tidak mencukupi, saya mendapati bahawa pada satu kelas yang mempunyai 60 minit waktu interaksi, perancangan kandungan yang ingin saya ajar terlalu banyak bagi waktu tersebut. Murid juga dilihat agak lambat dalam menyalin nota yang telah saya berikan. Bagi kelas yang mempunyai lebihan masa yang banyak pula, saya mendapati aktiviti dan latihan yang telah saya berikan adalah pada tahap yang rendah dan mudah untuk difahami oleh murid. Justeru objektif pembelajaran dapat dicapai dengan awal. 3. Cadangan Tindakan Susulan Bagi mengatasi masalah ini, saya ingin mengambil langkah untuk merancangan pembahagian kandungan secara mingguan iaitu dengan merujuk kepada rancangan pengajaran mingguan yang perlu dicapai, dan saya menyusun kandungan pengajaran mengikut peruntukan masa yang sesuai. Selain itu, saya akan memberikan soalan dan latihan mengikut aras yang lebih tinggi supaya lebih mencabar pemikiran murid. :1 : Pertama : 1 April hingga 5 April 2013 : Perkembangan Pembelajaran (Masa) 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada kelas minggu hadapan dalam tempoh seminggu. Saya akan cuba merancang pengajaran harian yang menggunakan masa secara optimum dan realistik untuk dicapai murid. Hal ini bertujuan supaya organisasi pengajaran dapat dijalankan dengan lebih tersusun. Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : : Tandatangan : Nama Tarikh : :