You are on page 1of 20

Ghadab berasal dari bahasa arab yang bererti marah. MARAH salah satu daripada sifat mazmumah yang dibenci ALLAH SWT dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).” kemarahan yang meluap-luap akan memburukkan wajah pemarah, menyempitkan salur darah, disebabkan berlumba-lumbanya syaitan di dalam salur darah untuk menyucuk butir-butir kata dan tindakan penuh mazmumah. Maka, lahirlah kemarahan yang disorak-sorai oleh syaitan laknatullah.

Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar. seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hakhaknya. sifat pemarah. Oleh kerana itu. iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan. GHADHAB (PEMARAH) .Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran.

lisan al –arab . ada yang mahmud (terpuji) ada yang madzmum (tercela) (apabila) bukan pada tempatnya. ia adalah sesuatu yang menyerap di dalam hati.Marah yang dipuji ( al-ghadhab almahmud ) Marah yang dicela ( al-ghadhab almazmum ) Marah yang diharuskan ( alghadhab al-mubah ) Bahagian sifat marah Marah sebahagian daripada makhluk. manakala yang terpuji (apabila digunakan) di sisi agama dan kebenaran Ibnu Manzur.

Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia ubah dengan tangan (kekuasaan) sekiranya tidak mampu ubah dengan lidahnya. • sabda Rasulullah s. Sifat ini adalah hasil dari keimanan yang kuat terhadap Allah swt kerana orang yang tidak marah terhadap pencabulan dan pelanggaran larangan Allah dianggap sebagai orang yang lemah iman.1) Marah yang dipuji • Perasaan marah yang dituntut apabila berlakunya pencabulan dan perlanggaran terhadap larangan-larangan Allah s. sekiranya tidak mampu juga maka ubah dengan hati.w. ‫ وذلك أضعف‬، ‫ فإن لم يستطع فبقلبه‬، ‫ فإن لم يستطع فبلسانه‬، ‫من رأى منكم منكراً فليغيره بيده‬ .t.a.‫اإليمان‬ • Maksudnya. itulah selemahlemah iman .w.

t.Marah yang dicela • marah terhadap pelaksanaan perintah Allah swt atau marah yang didorong oleh perasaan dan hawa nafsu seperti marah dan tidak suka dengan pelaksanaan hukum-hukum Allah s. sedangkan seburuk-buruk orang adalah yang cepat marah dan lambat meredhai " (Hadis Riwayat Ahmad .w.a. marah dengan usaha dakwah. marah dengan pelaksanaan syiar Islam dan lain-lain.w bersabda maksudnya : "Sebaik-baik orang adalah yang tidak mudah marah dan cepat meredhai. • Dalam riwayat Abu Said al-Khudri Rasulullah s.

Marah yang diharuskan • marah yang tidak melanggar perintah Allah s. seperti marah apabila tidak tahu perkara yang sepatutnya diketahui.t. marah apabila tidak melakukan pekerjaan dengan baik dan lain-lain.w.w.t dan tidak melampaui batasan. . • marah pada perkara-perkara berkaitan kehidupan dan berakhlak bertujuan untuk memperbaiki kekurangan yang ada • orang yang dapat mengawal perasaan ini disukai oleh Allah s.

a. dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). (al-Fath: 29) .tafrith • tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran • tidak terasa tersinggung apabila agama diinjak-injak oleh musuh islam • bersikap bacul dan terlalu merendah diri apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarga Firman Allah: Nabi Muhammad (s.w) ialah Rasul Allah. dan orangorang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam).

ifrath • Manusia yang tidak dapat mengawal perasaan marah sehingga bertindak mengikut hawa nafsu • membentuk perasaan dendam. benci dan dengki yang mendorong untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahi Rasulullah s. "Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi) .a...w bersabda yang bermaksud.

maka baginda akan membalas dengan hukuman terhadap perkara itu kerana Allah.a. • tidak melakukan pembalasan mengikut kepentingan peribadi Saidatina Aisyah r. (Riwayat Bukhari . telah meriwayatkan bahawa: Dan tidaklah baginda membalas dengan hukuman untuk (membela) dirinya di dalam sesuatu sama sekali kecuali jika perkara-perkara yang diharamkan Allah dilanggar.I’tidal • golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. • Marah mengikut situasi yang bersesuaian dan saluran yang benar • mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Menurut Imam Al-Ghazali. 10 punca menyebabkan sifat marah: 1) rasa bangga diri (sombong) 2) takjub kepada peribadi sendiril 3) suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas 4) suka bercakap perkara sia-sia 5) suka membuat fitnah 6) suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara 7) khianat 8) tamak kepada harta dan pangkat 9) tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi .

w. Membaca Ta'awwudz Rasulullah s.maka akan hilang kemarahannya.a. maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim .bersabda: "Aku mengetahui suatu kalimat. Hendaklah dia berkata: A’udzubillahi minasy syaithanir rajim (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).1. jika diucapkan olehnya .dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri. maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak. Mengubah posisi kedudukan Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 2.

Jika engkau marah.3. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah. diam Rasulullah s. bersabda : "Jika engkau marah.a. maka diamlah. maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud). (Hadis Riwayat Ahmad ) . berwudhuk Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan. sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.w. maka diamlah. . dan syaitan itu diciptakan daripada api. 4.

" (Hadis Riwayat Tirmidzi) 6.w bersabda : "Ketahuilah.5. berdoa "Ya Allah. sesungguhnya marah itu bara api dalam hati manusia. maka hendaklah ia meletakkan pipinya dengan tanah (sujud). ampunilah dosaku dan hilangkan marah di hatiku dan selamatkan lah aku dari godaan syaitan" .a. Tidaklah engkau melihat merahnya kedua matanya dan tegangnya urat darah di lehernya? Maka barangsiapa yang mendapatkan hal itu. Sujud ( solat sunat dua rakaat) Rasulullah s.

'Orang yang tidak terkalahkan oleh orang lain. . 'Bukan demikian. bersabda.W. syahwat dan marah.' Nabi bersabda."Daripada Ibnu Mas'ud r.Al Imam Al Hasan Al Bashri rahimahullah berkata: “Empat hal. Rasulullah S.. barangsiapa yang mampu mengendalikannya maka Allah akan menjaga dari syaitan dan diharamkan dari Neraka : iaitu seseorang mampu menguasai nafsunya ketika berkeinginan.a. cemas.” Siapakah di antara kalian yang kalian anggap kuat?' Kami menjawab.A. dia berkata. akan tetapi dia adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah'.

(Al-Bukhari) ْ‫و‬ َ ‫ال‬ ‫ين‬ ِ ‫اظ‬ ِ ‫ك‬ ِ َّ‫ال‬ َ ‫م‬ َ ‫ء‬ َ ‫ء‬ َ ُ‫ين يُنفِق‬ َ ‫ذ‬ ِ ‫والضَّرَّ ا‬ ِ ‫ون فِي السَّرَّ ا‬ َّ ‫و‬ ْ ُّ‫يحِب‬ ْ‫و‬ ْ َ ‫غ ْي‬ َّ ‫ن ال‬ َ ‫ال‬ ‫ين‬ ُ ُ‫َّللا‬ ِ‫س‬ ِ ْ‫المُح‬ َ ‫ن‬ َ ۗ ‫اس‬ َ ‫ين‬ َ ِ‫عاف‬ َ ‫ال‬ َ ‫ظ‬ ِ ‫ن‬ ِ ‫ع‬ • "mereka yang menafkahkan (harta) sama ada pada waktu lapang atau waktu sempit. mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh manusia dan Allah mengasihi orang yang melakukan kebaikan".• ‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan ia berjaya menghilangkannya di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari sekalian makhluk sehingga ia memilih mana-mana pintu syurga yang ia mahu’.(134)(Surah Ali-Imran : ayat 133 & 134)[9 .

DIRI SENDIRI • Seseorang yang sedang marah akan berubah wajahnya. kata-kata yang mengutuk dan mengumpat • mengeluarkan perkataan yang haram. meluap-luap darahnya. iaitu perkataan yang boleh terkeluar dari Islam atau murtad • Melakukan tindakan yang boleh merosakkan harta benda atau boleh menjejaskan kesihatannya sendiri. . angota badan menggeletar. tegang urat leher. keseluruhan badan menggigil dan percakapan menjadi tidak jelas • Mengeluarkan perkataan yang keji.

. • akan menyakiti anggota masyarakat dan memisahkan diri dengan orang ramai • akan merasa gembira jika orang lain ditimpa musibah. dan mendatangkan permusuhan dan kebencian antara sahabat dan sanak saudara • memutuskan silatulrahim antara keluarga serta meruntuhkan perpaduan dalam masyarakat.masyarakat • lahir perasaan hasad dengki dalam hati dan seterusnya menyembunyikan niat jahat terhadap orang ramai.

“Ya Allah. Semoga amarah yang disesali dan kemaafan tersebut menjadi pembersih dosa mereka yang dimarahi. sesungguhnya aku adalah manusia biasa. sesiapapun kaum muslimin yang telah aku maki atau aku laknat. Oleh kerana itu.Apabila terlanjur marah hendaklah kita segera sedar. jadikanlah hal itu sebagai penyucian dan rahmat baginya.” (HR. Muslim) . Rasulullah bersabda. dan berusaha mengekang kemarahan agar tidak terus berlanjutan serta memohon kemaafan.