Journal of Educational Science and Mathematics, Volume 1, March 2011, page 1-10 ISSN: 2231-7368

Pencapaian Matematik Pelajar Tahun Akhir PKPG Dan Gaya Pembelajaran Bagi Modaliti Visual, Auditori Dan Kinestetik Di Falkulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor
Mohd Nihra Haruzuan Bin Mohd Said & 2Chang Guek Ngo Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor, Malaysia.
1

Abstrak: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran bagi modality yang diamalkan oleh pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan 4SPT(PKPG)), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dan mengenalpasti sama ada pencapaian mata pelajaran Matematik bagi pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan 4SPT(PKPG)) dipengaruhi oleh gaya pembelajaran mereka. Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah borang soal selidik yang diambil daripada “Learning Style Questionaire” daripada Johnson (2004) dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Instrumen ini mengandungi 30 item yang dikategorikan kepada tiga modaliti iaitu modaliti visual, modaliti auditori dan modaliti kinestetik. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α= 0.8586. Kajian ini dijalankan dengan kaedah tinjauan dan melibatkan 50 orang responden (pelajar 4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan 4SPT(PKPG)) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Hasil kajian ini menunjukkan sebanyak 32% pelajar 4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan 4SPT(PKPG) mengamalkan gaya pembelajaran mengikut satu modaliti. Manakala terdapat sebanyak 36% pelajar berkecenderungan tinggi mengamalkan gaya pembelajaran mengikut dua modaliti dan 32% pelajar pula berkecenderungan tinggi mengamalkan gaya pembelajaran mengikut ketiga-tiga modaliti. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tiada hubungan yang signifikan di antara pencapaian mata pelajaran Matematik dengan pelajar yang mengamalkan ketiga-tiga modaliti. Di samping itu, dikemukakan juga cadangan kajian untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Katakunci : pencapaian matematik, gaya pembelajaran, modality visual, auditori, kinestetik Abstract: The purpose of this study is to examine the learning styles based on three modalities among final year students (4SPM1, 4SPM2, 4SPT and 4SPT(PKPG)) of Faculty Education, University Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. This study was also conducted to identify the Mathematics achievement of final year students (4SPM1, 4SPM2, 4SPT and 4SPT(PKPG)) based on their learning style. The instrument in this study was taken from “Learning Style Questionnaire”’ by Johnson (2004) and which had been translated in “Bahasa Melayu”. The instrument consists of 30 items and had been categorized into three modalities which are visual, auditory and kinesthetic. The value of reliability for this instrument was α = 0.8586. This study involved 50 respondents from Faculty of Education. The outcomes of this study showed that 32% of the students practised the learning style based on a single modality. Besides, 36% of the students practised learning style based on two modalities and 32% of the students practiced learning style based on three modalities. However the research findings showed that there were no significant correlation between Mathematics achievement and the students who were practising learning style based on three modalities. Finally, several recommendations were given to enhance students’ teaching and learning effectiveness. Keywords : learning styles, modalities, Mathematics achievements

kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan agar objektif pembelajaran di dalam bilik darjah tercapai. SPM2. SPT. kajian mengenai gaya pembelajaran bagi modaliti visual. Adakah keadaan ini disebabkan oleh gaya pembelajaran mereka? Dengan itu. . pencapaian pelajar dalam akademik menjadi kayu pengukur yang utama dalam menentukan kejayaan sesuatu sistem pendidikan tersebut. auditori dan kinestik (VAK). Oleh itu. 4SPT. Namun. Mac (2001) 1. justeru kajian ini adalah penting bagi pensyarah mengenali dan memahami perbezaan gaya pembelajaran pelajar. 2000. Seterusnya mereka akan menghilangkan minat. Oleh kerana bukan semua pelajar mengamalkan gaya pembelajaran yang sama. 4SPM2. peranan pendidikan untuk merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya merupakan agenda yang begitu mencabar dan kritikal. Masalah akan berlaku apabila aktiviti dan gaya pengajaran pensyarah tidak sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar akibatnya pelajar rasa bosan dan tidak menumpukan perhatian. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di institut pengajian tinggi. 1991. pencapaian pelajar di institut pengajian tinggi dalam mata pelajaran Matematik dewasa ini majoritinya adalah cemerlang. Mengenalpasti gaya pembelajaran bagi modaliti VAK yang diamalkan oleh pelajar (4SPM1. Felder & Silverman. Setelah mendapat maklumat berkenaan. Pelajar mungkin berhadapan dengan masalah belajar jika tidak memiliki gaya pembelajaran yang sesuai. 1.. masih terdapat sekumpulan kecil pelajar yang lemah dalam Matematik. berputus asa serta tidak dapat mencapai keputusan yang baik (Baharin Abu. iaitu: 1. Volume 1. Oxford et al. Lataran itu. pensyarah dapat menentukan pendekatan. strategi. 4SPT(PKPG)) dalam mata pelajaran Matematik. Godleski. Kenyataan ini amat disokong oleh Dunn (1989) yang menyatakan bahawa apabila pelajar tidak dapat belajar mengikut pengajaran guru. 1984. perlu dibuat supaya boleh membantu pihak universiti dan pensyarah menyediakan persekitaran dan kaedah mengajar yang lebih sesuai dengan kecenderungan belajar pelajar. kajian ini dijalankan memperihalkan pencapaian Matematik di kalangan pelajar bidang Matematik (SPM1. guru mesti mengajar mereka mengikut cara mereka belajar. Smith & Renzulli. Ini bermakna guru haruslah mengajar mengikut gaya pembelajaran pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat tercapai. auditori dan kinestetik (VAK) pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).1 Pernyataan Masalah Pada amnya. 1.2 Mohd Nihra Haruzuan Bin Mohd Said & Chang Guek Ngo/ Journal of Educational Science and Mathematics. pensyarah merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi cara pembelajaran pelajar. 1984). SPT(PKPG)) di Fakulti Pendidikan.0 Pengenalan Selaras dengan wawasan 2020. Pembelajaran yang berkesan akan membawa ingatan jangka panjang pelajar terhadap sesuatu kemahiran atau ilmu. 1988.2 Objektif Kajian Terdapat dua objektif disediakan dalam kajian ini. Universiti Teknologi Malaysia dengan gaya pembelajaran bagi modaliti visual.

terutamanya kepada para pelajar.3 Kepentingan kajian Hasil daripada kajian ini. Khususnya hasil kajian ini dijangkakan dapat menyumbang kepada: 1. penggunaan kaedah atau model-model gaya pembelajaran boleh membantu pelajar memahami dan mengetahui pendekatan pembelajaran. Menurut kajian Watkin (1982) menyaksikan pelajar yang bersedia lebih mudah menyesuaikan diri dan mengetahui cara belajar. Mendorong pelajar untuk meningkatkan prestasi belajar melalui amalan belajar yang betul dan mengetahui masalah gangguan belajar yang mereka hadapi supaya langkah yang perlu boleh diambil untuk mengatasinya. 1. 2. membantu mempertingkatkan kekuatan diri. Strategi belajar yang khusus ini amat penting bagi pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran yang serius dan kesempatan masa untuk belajar. Gabungan dua modaliti.1 Konsep Gaya Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) mengatakan bahawa gaya pembelajaran ialah cara seseorang individu mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan. Gabungan tiga modaliti. Terdapat pelbagai teori dan . menjadi lebih fleksibel apabila berada di luar suasana pembelajaran ideal individu dan meningkatkan pencapaian keseluruhannya. 4SPM2. 2.0 Pencapaian Bagi menjamin pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan. 3. dan penyelidik. Kajian-kajian lanjutan dapat membantu sistem pendidikan kita dalam mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar di sekolah mahupun di institut pengajian tinggi dengan lebih mendalam dan terperinci. Mac (2001) 2. Dengan itu. 4SPT(PKPG)) di Fakulti Pendidikan ini dengan gaya pembelajaran. Satu modaliti. Memberi panduan kepada pensyarah untuk memantapkan lagi pengajaran mereka supaya lebih bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar. mengawal pasti situasi yang boleh membantu ke arah keberkesanan pembelajaran. penyelidik berharap akan dapat memberi manfaat kepada peningkatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2. i. iii. Menjadi titik permulaan bagi kajian-kajian lanjutan tentang gaya pembelajaran secara terperinci sama ada ke atas pelajar atau para profesional. 4. Volume 1. Pensyarah dapat memahami kehendak belajar pelajar mereka dan menggunakan maklumat kajian ini dalam merancang bahan mengajar atau merekabentuk kurikulum bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya dan amalan belajar pelajar. para pelajar perlu tahu cara belajar yang betul. 4SPT. ii. pensyarah. Hasil kajian ini juga dapat menambahkan lagi sumber rujukan dalam bidang ini yang akan membantu kepada sesuatu system berterusan ini. Membantu Fakulti mengesan masalah akademik pelajar dan memperbaiki persekitaran serta mutu pengajaran dan pembelajaran.3 Mohd Nihra Haruzuan Bin Mohd Said & Chang Guek Ngo/ Journal of Educational Science and Mathematics. Mengenalpasti hubungan pencapaian mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar (4SPM1. menurut Dunn dan Stevenson (1997).

pelajar analitik. gaya afektif dan gaya psikologi yang berkaitan dengan cara seseorang individu menerima dan berinteraksi dengan persekitaran belajar. gaya pembelajaran merupakan gabungan gaya kognitif. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). gaya pembelajaran didefinisikan sebagai kecenderungan seseorang individu menumpukan perhatian. auditori dan kinestetik. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. gaya pembelajaran VAK mengandungi tiga aspek. 1991). Pelajar visual selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu. di papan tulis atau paparan komputer. kesihatan dan alam sekitar.3 Model Modaliti VAK Model modaliti VAK (Visual.2 Model Gaya Pembelajaran Dewasa ini. Oleh itu. Model Dunn & Dunn. Daripada kelima-lima faktor tersebut. pelajar praktik dan pelajar dinamik. mengikut McCarthy (1990). Pelajar visual selalunya dapat belajar melalui pembacaan dan tidak memerlukan penerangan lisan. Model Pelbagai Kecerdasan Gardner. pelajar perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya dapat mengenalpasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri sendiri. cara mengorganisasi dan memproses maklumat. gaya afektif melibatkan tindak balas yang berasaskan motivasi dan gaya psikologi merupakan tabiat yang berkaitan dengan unsur jantina. Menurut Dunn dan Dunn (1978). terdapat banyak model gaya pembelajaran yang diketengahkan oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan. 2001). Pelajar yang dikategorikan dalam golongan gaya pembelajaran visual ialah pelajar yang belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku. dalam Griggs dan Shirley. Gaya kognitif melibatkan pemprosesan maklumat. Deporter dan Hernacki (1992) pula berkata gaya pembelajaran merujuk kepada cara seseorang itu menerima. fizikal dan persekitaran. Model Kolb. Gaya pembelajaran seseorang merupakan satu kombinasi modaliti individu. Auditori dan Kinestetik). Mac (2001) model gaya pembelajaran. iaitu mengenali cara yang paling disukainya semasa menerima. Volume 1. Modaliti ini tidak digunakan untuk mencari kekuatan atau kelemahan individu (Zapalska. Walaubagaimanapun. gaya pembelajaran pelajar adalah cara belajar yang dipengaruhi oleh personaliti pelajar tersebut. Secara umumnya. model-model pembelajaran yang telah dibentuk adalah berasaskan konsep gaya pembelajaran yang berlainan. sosiologi. memproses dan mengekalkan maklumat yang diterima. Berdasarkan pandangan McCarthy. pelajar boleh dikategorikan kepada pelajar imaginatif. .4 Mohd Nihra Haruzuan Bin Mohd Said & Chang Guek Ngo/ Journal of Educational Science and Mathematics. iaitu gaya pembelajaran visual. fisiologi. Auditori dan Kinestetik) dibentuk adalah bertujuan untuk mencari kecenderungan individu dalam cara menerima maklumat baru. cara pembelajaran seseorang dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu persepsi terhadap maklumat atau cara pengertian sesuatu maklumat dengan mudah (modaliti VAK) dan cara mengorganisasi serta memproses sesuatu maklumat “brain dominance”. 2. 2. mereka membahagikannya kepada 23 elemen subskala gaya pembelajaran. memproses dan mengorganisasi maklumat. memproses maklumat serta berkomunikasi dengan gaya yang tersendiri. Model Sistem 4MAT dan sebagainya. Antaranya ialah Model Modaliti VAK (Visual. Menurut Keefe (1979. Kecenderungan seseorang individu ini dipengaruhi oleh lima faktor utama iaitu psikologi. Selain itu.

1 Populasi dan Responden Kajian Populasi kajian ini bertumpu kepada pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan. Pemilihan sampel bagi kajian ini adalah secara pensampelan bertujuan iaitu sebanyak 50 orang pelajar dipilih sebagai responden kajian ini. Mac (2001) Bagi pelajar yang dikategorikan dalam golongan gaya pembelajaran kinestetik pula ialah pelajar yang belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Sampelan bertujuan ini dibuat dengan bantuan wakil kelas 4SPM1.5 Mohd Nihra Haruzuan Bin Mohd Said & Chang Guek Ngo/ Journal of Educational Science and Mathematics. . 3. 4SPM2. 4SPT(PKPG) yang terdiri daripada pelajar yang berbangsa Melayu. Pemilihan sampel kajian dibuat adalah untuk memastikan pengagihan sampel secara adil daripada keseluruhan populasi dan memperoleh maklumat yang spesifik dan berguna kepada soalan kajian. Kaedah korelasi juga digunakan dalam kajian ini. 4SPM2.0 Metod Kaedah tinjauan dipilih untuk memungut data kajian ini. Menurut Mohd. Menurut Mohd Majid (1990). 4SPT(PKPG) agar responden-responden yang dipilih meliputi pelbagai aras pencapaian matematik. Universiti Teknologi Malaysia. 4SPT. Borang soal selidik digunakan supaya dapat memudahkan pentadbiran dan pengumpulan maklumat. kaedah korelasi digunakan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara dua pembolehubah yang wujud dalam sesuatu masalah. Kosnya adalah berkadar secara langsung terhadap bilangan unit sampel. 3. Cina dan India. 4SPT. kaedah tinjauan juga boleh dikenali sebagai kaedah pensampelan. 4SPT. Najib (1999). dua pembolehubah yang diuji dengan ujian kolerasi ialah skor gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dan keputusan mata pelajaran Matematik bagi pelajar (4SPM1. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui ‘hands-on’. aktiviti pengurusan diri. 4SPM2. Selain itu. Satu set borang soal selidik telah disediakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data kajian. Sampel yang dipilih adalah pelajar bidang matematik yang telah dipenuhi dengan aktiviti akademik. Kaedah tinjauan ini dipilih kerana kaedah ini menjimatkan belanja. Seramai 118 orang pelajar 4SPM1. kaedah ini adalah lebih jimat dan cepat dari segi masa pengutipan data serta penyiapan tinjauan. Nawi (2003). Menurut Mohd. Pensampelan bertujuan ini dipilih kerana sampelan ini dapat mewakili populasi kajian. Skudai Johor. Manakala markah pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik diperoleh daripada peperiksaan SPM dalam bentuk gred. Volume 1. 4SPT(PKPG)) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam kajian ini. sampelan seperti ini adalah model sampelan tidak rawak paling ringkas dan mudah. aktiviti sosial dan bersesuaikan diri dalam kehidupan di institusi pengajian tinggi.

Menurut Fleming (1995). dua markah jika item itu kadangkadang diamalkan dan satu markah jika item itu jarang diamalkan. Borang soal selidik yang digunakan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Mac (2001) Jadual 1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Program Pengajian Jenis Program Pengajian Bilangan Peratusan 4 SPM 1 18 15. ia tidak cuba mendefinisikan kekuatan dan kelemahan individu tetapi kecenderungan seseorang individu menerima dan memproses maklumat. 2004).0 3.6 Mohd Nihra Haruzuan Bin Mohd Said & Chang Guek Ngo/ Journal of Educational Science and Mathematics. ia memberitahu fokus dan strategi yang sesuai untuk pembelajaran individu. Terjemahan instrumen ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman responden terhadap item-item soal selidik. ia dapat mengenalpasti modaliti gaya pembelajaran atau gabungan modaliti gaya pembelajaran pelajar.9 4 SPT 38 32. Kedua. Bahagian B pula mengandungi sebanyak 30 item yang merupakan pernyataan berkaitan dengan gaya pembelajaran iaitu 10 item bagi modaliti visual.3 4 SPM 2 20 16. Volume 1. Dalam kajian ini. Pertama. respoden kajian perlu memilih jawapan yang paling sesuai dengan pilihan diri.2 4 SPT (PKPG) 42 35. Dengan itu. 1996). . instrumen ini dapat membekalkan satu asas kepada pensyarah dan pelajar dalam pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa sebab instrumen “Learning Styles Questionnaire” dipilih untuk digunakan dalam kajian ini. 10 item bagi modaliti auditori. dan 10 item bagi modaliti kinestetik. Hasil terjemahan telah disemak oleh pensyarah penyelidik dan seorang guru yang berpengalaman dalam pengajaran bahasa Melayu agar bahasa yang digunakan bagi setiap item adalah sesuai dengan tahap pelajar dan pernyataan juga adalah ringkas dan jelas. Tiga markah jika item itu kerap diamalkan. soal selidik berskala tiga mata dipilih. Ia mengandungi 30 item yang merupakan pernyataan yang berkaitan dengan gaya pembelajaran modaliti VAK dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.6 Jumlah 118 100. Ketiga.2 Instrumen Kajian Soal selidik merupakan kaedah yang paling mudah untuk memperoleh maklumat (Sulaiman Ngah Razali. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik gaya pembelajaran modaliti VAK yang diambil daripada “Learning Styles Questionnaire” (Johnson. Bahagian A mengandungi latar belakang responden iaitu keputusan Matematik dalam peperiksaan SPM.

001 Auditori dan Kinestetik 4 0. 4SPT dan 4SPT(PKPG)) Bagi Bilangan Modaliti Gaya Pembelajaran Satu Modaliti Dua modaliti Tiga modaliti Bilangan Responden 16 18 16 Peratus 32 36 32 Berdasarkan Jadual 3.930 0. Mac (2001) 4. didapati seramai 16 orang responden atau 32% mengamalkan satu modaliti.001 Kinestetik 3 0. Kebayakan respoden kajian ini memperolehi Gred 1 (23 orang atau 46%) dalam peperiksaan SPM dan hanya seorang sahaja yang memperolehi Gred 5 (2%). Jadual 3 : Taburan Gaya Pembelajaran Pelajar Tahun Akhir (4SPM1.996 0. Seramai 9 orang (18%) mendapat Gred3 dan 4 orang (8%) mendapat Gred 4. Auditori dan Kinestetik 16 0.997 0.162 .7 Mohd Nihra Haruzuan Bin Mohd Said & Chang Guek Ngo/ Journal of Educational Science and Mathematics. Jadual 4: Hubungan Antara Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Dengan Gaya Pembelajaran Gaya Pembelajaran Bilangan Responden Korelasi Pearson (r) Nilai-p Auditori 5 0. Selebihnya mendapat Gred 2 (13 orang atau 26%). 4SPM2.015 Visual 8 0.0 Analisis Data 4.367 0.048 Visual dan Auditori 6 0.959 0. Volume 1.929 0.953 0.004 Visual.1 Latar Belakang Responden Jadual 2 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Keputusan Peperiksaan SPM Keputusan Peperiksaan SPM Bilangan Peratusan Gred 1 Gred 2 Gred 3 Gred 4 Gred 5 Jumlah 23 13 9 4 1 50 46 26 18 8 2 100 Jadual 2 di atas menunjukkan taburan bilangan dan peratusan respoden mengikut keputusan peperiksaan SPM. manakala seramai 18 orang responden atau 36% mengamalkan dua modaliti dan seramai 16 orang responden atau 32% mengamalkan 3 modaliti.003 Visual dan Kinestetik 8 0.

367 1 Sig. Oleh itu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gabungan gaya pembelajaran visual. Ini kerana kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelbagai bidang secara amnya dan dalam kemahiran membaca.162 iaitu nilai yang lebih besar daripada nilai α = 0. ibubapa pelajar dan pihak kerajaan kerana terdapatnya pelbagai halangan dan rintangan. Namun demikian perlaksanaan ini memerlukan pengorbanan dari pihak pendidik.05 dengan setiap jenis gaya pembelajaran. mengira dan menulis secara khususnya. 4SPM2.8 Mohd Nihra Haruzuan Bin Mohd Said & Chang Guek Ngo/ Journal of Educational Science and Mathematics. Malahan. perlaksanaan kaedah pengajaran yang bersesuaian dan berdasarkan gaya pembelajaran pelajar akan meningkatkan mutu pendidikan di Negara ini. Volume 1. Fakulti pendidikan.162 . Johor pada aras kesignifikanan 0. Skudai.162 N 16 16 GRED Pearson Correlation . Ini dapat dilakukan dengan memberi kursus atau seminar kepada para pensyarah secara berperingkat. hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar yang mengamalkan gabungan gaya pembelajaran visual. . Nilai-p memberikan nilai 0. . auditori dan kinestetik dengan pencapaian mata pelajaran Matematik.05. 5. Universiti Teknologi Malaysia. 4SPT dan 4SPT(PKPG)). Auditori dan Kinestetik) VAK GRED VAK Pearson Correlation 1 . (2-tailed) . (2-tailed) . Jadual 5: Korelasi Di Antara Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Dengan Gaya Pembelajaran Gabungan tiga modality (Visual. Kesedaran guru ataupun ibu bapa terhadap hakikat terdapatnya kepelbagaian gaya pembelajaran di kalangan pelajar akan mengelakkan guru ataupun ibubapa menekankan satu gaya pembelajaran atau gabungan dua pembelajaran sahaja. auditori dan kinestetik memberikan nilai r = 0. Pihak universiti pula perlu menyediakan kemudahan yang sesuai dan pastinya memerlukan perbelanjaan yang besar.367 Sig.0 Perbincangan Penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting tetapi ianya perlu selaras dengan kehendak kurikulum atau pihak kerajaan dan juga tidak membebankan pelajar dan para pendidik. N 16 16 Daripada Jadual 5. Sesungguhnya. bagi pensyarah yang prihatin dengan gaya pembelajaran pelajarnya akan sentiasa merancang dan melaksanakan segala aktiviti pembelajaran yang membolehkan para pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Mac (2001) Jadual 4 menunjukkan keputusan ujian Korelasi Pearson (r) yang menguji hubungan di antara pencapaian mata pelajaran Matematik pelajar tahun akhir (4SPM1. Antara halangan dan rintangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan ialah memerlukan perbelanjaan yang besar kerana setiap pendidik perlu diberikan pendedahan tentang konsep gaya pembelajaran dan kaedah pengajaran yang berkesan.367 yang bermaksud hubungan positif yang lemah antara gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik .

M. Falkuti Pendidikan. dan gabungan tiga modaliti visual. auditori atau kinestetik). Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) turut menyokong dapatan kajian ini dengan hujahnya setiap orang mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. 4SPT dan 4SPT(PKPG)) mengamalkan satu modaliti gaya pembelajaran sahaja. Johor dapat dikategorikan kepada satu modaliti (visual. Skudai mengamalkan gaya pembelajaran pelbagai modaliti. Skudai. Jadual 4. 4SPT dan 4SPT(PKPG)). . Mac (2001) Perlaksanaan sebarang program juga memerlukan masa yang panjang untuk mencapai matlamatnya. 4SPM2. 4SPM2. dapatan kajian menunjukkan pelajar tahun akhir (4SPM1. Universiti Teknologi Malaysia. New York: Dell Publishing. Quantum learning: unleasing the genius in you. iaitu sebanyak 32%. Skudai. Dapatan kajian yang lebih terperinci pula menunjukkan bukan semua pelajar tahun akhir (4SPM1. Oleh itu. Falkuti Pendidikan. Falkuti Pendidikan. modaliti auditori dan modaliti kinestetik.1 menjelaskan bahawa gaya pembelajaran pelajar tahun akhir (4SPM1. dua modality (gabungan VA. The University of Birmingham. Secara umumnya. (1992). B. Teaching Effectiveness and Staff Professional Development Programmes in HEI in Malaysia.9 Mohd Nihra Haruzuan Bin Mohd Said & Chang Guek Ngo/ Journal of Educational Science and Mathematics. UK: Tesis PHD. 4SPM2. Semua pihak perlu memainkan peranan masingmasing dan berusaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran agar selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. kanak-kanak menggunakan lebih daripada satu deria ketika belajar. 4SPT dan 4SPT(PKPG)). 4SPM2. VK atau AK). Kajian ini mendapati gaya pembelajaran gabungan ketiga-tiga modaliti paling banyak diamalkan oleh pelajar tahun akhir (4SPM1. Falkuti Pendidikan. di Falkuti Pendidikan iaitu sebanyak 16%. Rujukan Baharin Abu (2000). Sementara gaya pembelajaran modaliti visual dan gabungan modaliti visual dan kinestetik merupakan gaya pembelajaran yang kedua banyak diamalkan oleh pelajar tahun akhir (4SPM1. Universiti Teknologi Malaysia. 4SPT dan 4SPT(PKPG)). & Hernacki. Universiti Teknologi Malaysia. Gaya pembelajaran yang diamalkan adalah seperti modaliti visual. Setley menyatakan bahawa pengajaran yang berkesan biasanya menggabungkan beberapa kaedah atau melibatkan pelbagai deria. auditori dan kinestetik. Universiti Teknologi Malaysia. Gaya pembelajaran yang ketiga banyak diamalkan oleh pelajar tahun akhir (4SPM1. semua pihak perlu bersikap tegas dan serius terhadap perlaksanaan pengajaran berasaskan gaya pembelajaran kerana ia akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar dan pihak universiti tetapi kepada sistem dan struktur pendidikan yang berkualiti. 4SPT dan 4SPT(PKPG)). Skudai. Keputusan ini menunjukkan bahawa sebilangan besar pelajar tahun akhir (4SPM1. di Falkuti Pendidikan ialah gaya pembelajaran gabungan modaliti visual dan auditori iaitu sebanyak 12%. 4SPT dan 4SPT(PKPG)). Oleh itu. Johor mengamalkan gaya pembelajaran yang berbeza dari segi modaliti dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik. 4SPM2. Deporter. 4SPM2. 4SPM2. 4SPT dan 4SPT(PKPG)). Volume 1. Dapatan kajian ini selaras dengan pandangan Wong (2000) dan dapatan kajian Zapalska dan Dabb (2001) yang menyatakan bahawa setiap individu mempunyai gaya pembelajaran modaliti yang pelbagai. Dapatan kajian ini juga sesuai dengan pandangan Setley (1995) yang menjelaskan cara otak manusia berfungsi mengikut pelbagai deria. Sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dari semua pihak adalah penting untuk menjayakan pengajaran berasaskan gaya pembelajaran.

). 11. 369-380. Higher Education. K. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. vol. Smith. (1991). (1991). R. S & Dunn. 2007 daripada http://www. R. “Factors Influencing The Study Methods Of Australia Tertiary Students. 48(2).H. Penyelidikan pendidikan. Kaedah penyelidikan pendidikan. Diperoleh Januari 31. Style Wars: Teacher-Student Style Conflicts in the Language Classroom. S. Theory in Practice. Diperoleh July 27. Dunn. & Dabb. Challenges in the 1990’s for College Foreign Language Programs.html. J. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.html Dunn. Kaedah statistik. B. A. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. 2007 daripada http://www. Diperoleh July 16. 31-37. J. M. dan Renzulli. Majid Konting. Wong. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia. 31(3): 333-339. (ed. Improving the quality of students learning in US and New Zealand undergraduate business course. S. (1982). L. Zapalska.com/susan29/Isa. ASEE/IEEE. Teaching students through their individual learning style: a practical approach. 23..S. R. Kementerian Pendidikan Malaysia. McCarthy.M (1997). Essential study skills (3rd. College Student Journal. Setley. 2006 daripada http://www.net/ericdigests/ed341890.10 Mohd Nihra Haruzuan Bin Mohd Said & Chang Guek Ngo/ Journal of Educational Science and Mathematics.geocities. Learning Style Compatibility of Engineering Students and Faculty. Proceedings Annual Frontiers In Education Conference. J (1978). E.marshall. J. In Magnan. Mac (2001) Dunn. Analisis Data Dalam Penyelidikan. (1984). (1990). Mohamad Najib Abdul Ghafar. 2007 daripada http://members. (2003). dan Lavine.edu/mbea/alinal. (1984).S. Mohd. (2000). ed).S & Dunn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Learnning style. D. Diperoleh Ogos 21.aol. 362. R. L. Oxford. Philadelphia. Watkins. Learning Style Preferences: A Practical Approach for Classroom Teachers. Griggs & Shirley A. (2001). Boston: Heinle and Heinle. (2001). (2000). Sulaiman Ngah Razali (1996). Ehrman. H. New York: Houghton Mifflin. 144-50. (1995). Volume 1. (1990). dan Stevenson . K. (1999).html. Godleski. Eric digest: learning styles counseling. R. Mohd Nawi Ab Rahman. Teaching Diverse College Students To Study A Learning Style Prescription. Dunn and dunn learning style model. . New Jersey: Prentice Hall.html.com/smkcliffordk/pansuanmendiagnosis. Using the 4MAT system to bring learning styles to schools educational leadership. Belajar cara belajar.ericfacility.