You are on page 1of 51

INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN

Kertas ini adalah untuk memenuhi sebahagian daripada matapelajaran

PRASEKOLAH -3101 & 3102Tajuk : ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


NAMA PELAJAR : NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR 870504-29-5308 MASRINA BINTI BASERI 880523-26-5058 NURUL AZYAN BINTI AZMI 881228-03-5836 UNIT TARIKH SERAHAN : PISMP PRASEKOLAH : 1 APRIL 2008 NAMA PENSYARAH : CIK RUSINI BINTI KAMALUDDIN

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)

JABATAN ILMU PENDIDIKAN INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN

PENGHARGAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KAMI KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH IZIN DAN KURNIANYA DAPAT JUGA KAMI MENYIAPKAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN INI DENGAN JAYANYA. UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA PENSYARAH YANG BANYAK MEMBERIKAN DORONGAN DAN TUNJUK AJAR KEPADA KAMI DALAM PROSES MENYIAPKAN TUGASAN INI. INPUT INPUT YANG BERNAS DAN BERGUNA DARIPADA BELIAU BANYAK MEMBANTU KAMI SEPANJANG PROSES MENYIAPKAN TUGASAN INI. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA JUGA KAMI UCAPKAN KEPADA AHLI KELUARGA ATAS BANTUAN KEWANGAN DAN SOKONGAN MORAL DALAM MENYIAPKAN TUGASAN INI. DORONGAN DARIPADA AHLI KELUARGA BANYAK MEMBANTU KAMI UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN INI. AKHIR SEKALI, TERIMA KASIH JUGA KAMI UCAPKAN BUAT TEMAN TEMAN SEKELAS YANG BANYAK MEMBANTU DAN MENCURAH IDEA DALAM MENYIAPKAN TUGASAN INI DENGAN SEPENUHNYA. TERIMA KASIH BUAT SEMUA.. WASSALAM

HALAMAN PENGAKUAN

SAYA AKUI BAHAWA KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP TIAP SATUNYA TELAH SAYA JELASKAN SUMBERNYA.

TANDATANGAN

NAMA PENULIS : NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR 870504-29-5308 TARIKH :

HALAMAN PENGAKUAN

SAYA AKUI BAHAWA KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP TIAP SATUNYA TELAH SAYA JELASKAN SUMBERNYA.

TANDATANGAN

NAMA PENULIS : MASRINA BINTI BASERI 880523-26-5058 TARIKH :

HALAMAN PENGAKUAN

SAYA AKUI BAHAWA KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP TIAP SATUNYA TELAH SAYA JELASKAN SUMBERNYA.

TANDATANGAN

NAMA PENULIS : NURUL AZYAN BINTI AZMI 881228-03-5836 TARIKH :

SOALAN KAJIAN
Persatuan ibu bapa dan guru di sekolah anda ingin menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk anak-anak kakitangan sekolah anda dengan menubuhkan sebuah prasekolah.

Anda diminta membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti ini bagi menjamin keselamatan, hak dan keperluan kanak-kanak dengan sebaiknya. Anda perlulah memberi penjelasan kepada ahli PIBG di sekolah anda tentang perkara berikut: a) Jelaskan maksud Akta Prasekolah (Akta 550) dengan memberikan penerangan yang tepat dan bersesuaian. b) Nyatakan syarat dan kelayakan yang diperlukan unutk memasuki prasekolah. Penerangan ini boleh dinyatakan melalui pengurusan grafik. c) Terangkan kemudahan fizikal yang sepatutnya ada di dalam bangunan prasekolah serta nyatakan ciri-ciri keselamatan yang perlu ada. d) Cadangkan program aktiviti harian yang sesuai untuk prasekolah tersebut. e) Berikan cadangan anda supaya perkhidmatan prasekolah yang diberikan itu berkualiti dan dapat memenuhi hak dan keperluan kanak-kanak.

PENGENALAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di

rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat prasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga hingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat kindergarten. Selepas beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat nursery. Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum, pendidikan awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir dan peringkat sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir dibahagikan juga kepada dua tahap. Iaitu dari mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga hingga meningkat ke enam tahun

PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Objektif program Pendidikan Prasekolah

Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang supaya mereka menjadi individu yang berguna,bermenafaat,berfaedah kepada diri sendiri,keluarga dan masyarakat berlandaskan rukun agama. Program Pendidikan Prasekolah ialah bertujuan untuk membolehkan kanakkanak :1. Membina sahsiah dan perwatakan yang menarik untuk menjadi ahli keluarga dan warganegara yang baik dan bernafaat dan berfaedah berlandaskan falsafah Pendidikan Negara selaras dengan Rukun Negara. 2. Mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral yang positif dalam kehidupan sehari-hari berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. 3. Menghormati dan menggunakan Bahasa Melaysia sebagai bahasa kebangsaan 4. Mengamalkan nilai-nilai keislaman di dalam kehidupan seharian khusus untuk kanak-kanak yang beragama islam. 5. Membentuk keyakinan diri dan dapat mengawal serta menguasai keupayaan dan memepraktikkan amalan-amalan kesihatan dan keselamatan yang piositif. 6. Membentuk konsep kendiri yang positif,bergaul dan menghargai hak dan kebolehan orang lain serta memupukkan semangat faham-memahami di dalam bekerja ,hormat-menghormati dan bertoleransi. 7. Menyemaikan sikap ingin tahu dan kesediaan belajar semasa berinteraksi. 8. Mengembangkan penggunaan bahasa semasa berkomunikasi.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

Visi Berusaha menjadikan sekolah ini sebagai sebuah pusat pendidikan yang dapat melahirkan pelajar yang intelek, berketrampilan, berpekerti mulia dan bersikap positif, berteraskan kesepaduan ilmu, mengikut acuan budaya Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Mendidik melalui proses pengajaran dan pembelajaran terkini. Menyelaraskan program peningkatan ilmu dari masa ke semasa. Menjadikansekolah sebagai taman ilmu. Berusaha menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang Sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk meningkatkan prestasi Pengurusan sekolah yang cekap, teratur dan efisyen. Sentiasa berhubung dengan sekolah-sekolah terbaik untuk mendapatkan ideaSentiasa berusaha mendapatkan input-input terkini daripada Pusat Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat daerah dan lain-lain pihak yang berkenaan. Objektif * * * Menyediakan murid-murid menjadi ahli masyarakat yang terdidik, yang unggul, penuh keimanan dan bertanggungjawab. Menanam sikap yakin dan percaya ilmu pengetahuan penyuluh hidup. Menanam semangat pentingkan ilmu dan berusaha bersungguhsungguh kepimpinan Pendidikan selesa. murid.

idea ke arah kecemerlangan.

menimba ilmu pengetahuan. * * * * * * Membentuk semangat kerjasama, bersatu padu, hormat menghormati, Menanam semangat cintakan negara rasa kekitaan dan penyayang. Mengalakkan penglibatan yang aktif dalam semua aktiviti sekolah. Berusaha menyemai dan mengamalkan nilai-nilai Islam. Memupuk tabiat suka membaca sepanjang hayat. Memupuk semangat berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan ikhlas dan jujur.

ko- kurikulum.

MAKSUD AKTA 550

Akta Prasekolah (Akta 550) ialah suatu akta yang mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.

AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550) (LATAR BELAKANG)

Akta Pendidikan 1996 diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong setelah diluluskan oleh Perlimen pada 15 Julai 1996.

o o

Diwartakan pada 1 Ogos 1996. Dikuatkuasakan pada 31/12/1997

Menggantikan Akta Pelajaran 1961. Intipati kandungan dalam akta berasaskan perakuan-perakuan dalam Laporan Kabinet 1979 dan Laporan Jawatankuasa Mengkaji Akta Pelajaran 1961,(1989). Majlis Perundingan Akta Pendidikan ditubuhkan pada 1990. Terdapat pendahuluan pada Akta 550 yang menyatakan kepentingan dan hala tuju Dasar Pendidikan Kebangsaan. Rasional kandungan pendidikan kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pindaan terbaru (Akta A1152) diwartakan pada bulan Disember 2002. Akta 550 dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen.

SUSUNAN SEKSYEN AKTA PENDIDIKAN 1996 Mukadimah I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. Permulaan (1 - 2) Pentadbiran (3 - 9) Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (10 - 14) Sistem Pendidikan Kebangsaan (15 - 66) Penilaian dan peperiksaan (67 - 69) Pendidikan tinggi (70 - 72) Institusi Pendidikan Swasta (73 - 78) Pendaftaran Instusi Pendidikan (79 - 102) Pendaftaran Guru (103 - 106)

X. XI. XII. XIII. XIV. XV. XVI.

Jemaah Nazir (117 - 122) Kewangan (123 - 125) Rayuan (126 - 129) Peraturan-Peraturan (130 - 131) Kesalahan dan Penalti (132 - 139) Pelbagai (140 - 145) Peralihan dan Pemansuhan (146 - 156)

KANDUNGAN UTAMA AKTA PENDIDIKAN 1996 Bahasa Kurikulum Kebangsaan Pengajaran Agama Islam Pengajaran Agama Selain Dari Agama Islam Penilaian dan Peperiksaan Murid Pengurusan Sekolah Kuasa Menteri Membuat Peraturan Dendaan dan Kompaun

Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 (AKTA A1152) Kandungan Utama Pindaan Seksyen 22

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika Seksyen 29A

Pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib Pindaan di atas berkuat kuasa mulai 1 Januari 2003 HUBUNGAN AKTA 550 DENGAN AKTA-AKTA LAIN Menteri bertanggungjawab ke atas Institusi Pendidikan tinggi (IPT) - Sekyen 70.

Larangan penubuhan IPT kecuali mengikut undang-undang bertulis tentang IPT -Seksyen 71. Melanggar Seksyen 71 adalah satu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau keduaduanya - Seksyen 72 Akta yang berkaitan ialah Akta 555

Implikasi Penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996 Penginstitusian pendidikan prasekolah ke dalam sistem pendidikan kebangsaan Peluasan peluang pendidikan Peluasan pendidikan swasta terutamanya pada peringkat tinggi Penyediaan khidmat nasihat kepada pelaksanaan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) Pengkorporatan IPTA supaya wujud keupayaan governan secara autonomi Jaminan kualiti terhadap program yang dilaksanakan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melalui pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) Pemberian taraf universiti kepada ITM Jaminan bantuan pendidikan tinggi melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) bagi pelajar yang layak dan diterima masuk ke IPTA dan IPTS PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN BERKAITAN AKTA PENDIDIKAN 1996 Menteri boleh membuat peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi 32 perkara lain seperti disenaraikan dalam seksyen 130 (2). Peraturan-peraturan boleh menetapkan penalti kerana pelanggarannya (hukuman dendaan atau kedua-duanya tetapi tidak lebih RM 10,000 atau tempoh penjaraan melebih enam bulan).

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PRASEKOLAH i. Peraturan ini mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.

ii. iii. iv. v. vi.

Tafsiran murid bererti kanak-kanak yang berumur dari empat hingga enam tahun yang mendapat pendidikan di sesuatu tadika. Bahan pengajaran hendaklah digunakan dalam proses pengajaran tidak kira di dalam atau di luar kelas. Tempoh masa pengajaran dan pembelajaran secara formal yang dijalankan di tadika tidak kurang daripada tiga jam sehari selama lima hari seminggu. Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan muridnya dalam domin kognitif, afektif dan psikomotor. Dari segi peraturan pendaftaran, tadika yang di bawah pengurusan Kementerian Pelajaran dan sekolah bantuan kerajaan adalah dikecualikan pendaftarannya.

SYARAT DAN

KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI PRASEKOLAH

1.1 Kanak-kanak yang dilahirkan dalam tahun 2001sahaja.Jika ada kekosongan, kanak-kanak yang dilahirkan dalam tahun 2002 boleh diterima masuk.

1.2 Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada kanakkanak yang pendapatan ibubapa /penjaga seperti berikut : RM 350.00 ke bawah RM 351.00 hingga RM 500.00 RM 501.00 hingga RM 750.00 RM 751.00 hingga RM 1,000.00 RM 1,000.00 ke atas Selain daripada pendapatan,tanggungan (keramaian anak ) hendaklah juga diambil kira.

1.3 Ibubapa /penjaga hendaklah memenuhi borang permohonan Lampiran E sebagaimana contoh berkembar.(Borang ini hendaklah disimpan di sekolah)

1.4 Pemilihan hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Prasekolah yang telah dipilih daripada : Bilangan kanakkanak adalah diantara 10 hingga 25 orang Guru Besar Guru Penolong Kanan Guru Prasekolah Wakil PIBG

PELAKSANAAN KELAS PRA SEKOLAH


1. Kiteria Pemilihan Kemasukan Kanak-kanak Ke Kelas Prasekolah. 1.1 1.2 a) b) c) d) e) 1.3 1.4 a) b) c) d) Kanak-kanak yang dilahirkan dalam tahun 2001sahaja.Jika ada kekosongan, kanak-kanak yang dilahirkan dalam tahun 2002 boleh diterima masuk. Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada kanak-kanak yang pendapatan ibubapa /penjaga seperti berikut : RM 350.00 ke bawah RM 351.00 hingga RM 500.00 RM 501.00 hingga RM 750.00 RM 751.00 hingga RM 1,000.00 RM 1,000.00 ke atas Ibubapa /penjaga hendaklah memenuhi borang permohonan Lampiran E sebagaimana contoh berkembar.(Borang ini hendaklah disimpan di sekolah) Pemilihan hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Prasekolah yang telah dipilih daripada : Guru Besar Guru Penolong Kanan Guru Prasekolah Wakil PIBG 1.5 Bilangan kanak-kanak adalah diantara 10 hingga 25 orang 2. Pengurusan masa Waktu belajar adalah tidak kurang daripada 3 jam 30 minit termasuk waktu rehat. (8.00 11.30 pagi atau 8.30 12 tengahari).

Selain daripada pendapatan,tanggungan (keramaian anak ) hendaklah juga diambil kira.

3. Pakaian seragam adalah dicadangkan seperti berikut:

3.1 3.2 3.3 4. Makanan 4.1

Baju T berkolar pilihan warna mengikut keputusan Jawatankuasa daerah Seluar / Blouse warna maroon / Baju kemeja pink Kasut / sarung kaki warna putih

Makanan hendaklah disediakan oleh sekolah di atas kadar RM 1.50 sehari bagi setiap murid.Tuntutan hendaklah dibuat sekali setahun sebagaimana yang telah ditetapkan.

4.2 4.3

Makanan mestilah seimbang dan mengikut menu. Minuman yang mengandungi bahan pewarna adalah dilarang.

5. Kewangan 5.1 Bantuan Perkapita (LPTB) akan diberikan pada kadar RM 100.00 ( Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja ) bagi setiap kanak-kanak setahun sebagaimana surat Pekeliling Kewangan Bil 6/2002 5.2 Penggunaan wang perkapita adalah untuk pengurusan dan pentadbiran hal-hal berkaitan pembelanjaran prasekolah sahaja. 5.3 Pihak sekolah boleh menggunakan mana-mana wang peruntukan bantuan Perkapita / Suwa sekolah untuk peruntukan kelas prasekolah jika perlu. 5.4 Tiada yuran dikenakan ke atas murid prasekolah

6. Pembantu Pengurusan Murid 6.1 6.2 Pembantu pengurusan murid adalah berjawatan tetap Tugas dan tanggungjawab adalah sepertimana lampiran.

6.3 7. Guru

Pembantu pengurusan murid hendaklah bertugas setiap hari bekerja.

7 Kelas prasekolah hendaklah dikendalikan oleh guru opsyen prasekolah latihan maktab yang telah atau ditempatkan di sekolah tuan atau yang telah dilatih oleh JPNP dalam pendidikan prasekolah.Guru kelas tersebut hendaklah terus mengajar dikelas berkenaan. 8. Jawatankuasa prasekolah Jawatankuasa hendaklah ditubuhkan di peringkat sekolah dengan keanggotaan berikut: a) b) c) d) e) f) 9. Alat Permainan Sila pastikan bahawa : 9.1 Kemudahan alat permainan luar dan ruang pembelajaran luar kelas diselia dengan baik. 9.2 Kawasan dan alatan permainan sentiasa dalam keadaan yang selamat. 9.3 Keselamatan murid diberi perhatian yang utama. 10. Bahan Pembelajaran Dan Pengurusan Ruang 10.1 Bahan dan peralatan yang harus disediakan di ruang pembelajaran dan pengajaran adalah seperti di bawah : Guru Besar Pengetua Guru Penolong Kanan Guru Prasekolah Guru Kanan Matapelajaran Pembantu Pengurusan Murid Wakil PIBG

a) b) c) d) e) 10.2 10.3

Bahan pengajaran / pembelajaran yang sesuai untuk semua komponen / hasil pembelajaran. Sudut rehat Apron Tuala kecil Peralatan pengurusan diri seperti berus gigi,ubat gigi dan sikat

Memastikan ruang penyediaan makanan / dapur dalam keadaan bersih dan kemas. Bilik selesa ,tandas sentiasa bersih dan tidak berbau.

11. Am 11.1 Guru Besar dan Guru Penolong Kanan hendaklah memberi bimbingan dan membantu penyeliaan yang berterusan kepada program pendidikan prasekolah dan pembantu pengurusan murid. 11.2 Bagi setiap sesi persekolahan taklimat serta penerangan hendaklah diberikan kepada ibubapa mengenai perkara berikut a) b) c) Penerangan matlamat dan objektif Pendidikan Prasekolah. Peranan ibubapa dalam membantu proses pembelajaran dan perkembangan kemahiran kanak-kanak. Merancang program sokongan bagi membantu pembelajaran kanakkanak.

KEMUDAHAN FIZIKAL DAN CIRI CIRI KESELAMATAN

PREMIS
Bangunan prasekolah mestilah mempunyai tapak yang sesuai. Premis prasekolah tidak boleh terletak di tengah-tengah kawasan Bandar kerana kawasa yang bising adalah tidak sesuai untuk binaan bangunan prasekolah. Tandas pula mestilah sesuai untuk kanak-kanak. Terdapat ciri-ciri keselamatan yang dapat memberi keselesaa kepada kanak-kanak ketika menggunakannya. Tandas kanak-kanak lelaki dan perempuan hendakalah diasingkan. Dapur pula perlu terdapat unsur keselamatan. pintu dapur hendaklah sentiasa diawasi agar kanak-kanak tidak boleh sesuka hati memasuki kawasan dapur. Alat-alat yang digunakan juga hendaklah bersih dan tidak berkarat. Ruang untuk belajar adalah penting bagi memastikan mereka berada dalam keadaan yang selesa untuk menimba ilmu. Tempat belajar hendaklah di asingkan dari dapur Kawasan riadah pula hendaklah dilengkapi dengn alat permainan yang tidak berbahaya. Prasekolah yang lengkap seharusnya mempunyai bilik sakit. Bilik tersebut perlulah sesuai dengan saiz kanak-kanak. Penyusunan persekitaran dalam bangunan perlu mengambilkira bahagian yang kekal seperti saiz dan bentuk bilik, kedudukan tingkap. dan bahagian yang sedia terbina seperti kabinet. Manakala bahagian yang baleh mudah alih seperti peralatan dan bahan pembelajaran, warna dan tektur

DALAM BANGUNAN

Struktur fizikal bangunan di bahagian dalam bangunan sahaja. Struktur bangunan yang sedia ada seperti berikut.

RUANG
Saiz menepati rsyarat penubuhan dan prasekolah Ruang yang luas dan tidak ada susun atur yang mempengaruhi kanak-kanak berkelakuan agresif Ruang menepati penyusunan suasana pembelajaran mempengaruhi tingkah laku.

BENTUK
Bentuk bilik segi empat sukar disusun Laluan trafik sempit dan pergerakan terhad mudah menyelia kanak-kanak dan perlu keperhatinan kanak-kanak mudah berintraksi dengan rakan sebaya tingkah laku positif dari segi sosiolasi dan kognitif.

Bentuk segi empat bujur mudah disusun Laluan trafik selesa dan memudahkan pergerakan

mudah menyelia kanak-kanak kanak-kanak mudah berintraksi dengan rakan sebaya tingkah laku positif dari segi sosiolasi dan kognitif.

BILIK BERBENTUK L Laluan trafik selesa dengan pelbagai hala pergerakan. sukar menyelia kanak-kanak tingkah laku positif dari segi sosiolasi dan kognitif.

TINGKAP DAN PINTU

Tingkap dapat pengcahayaan semulajadi ke dalam bangunan ruang melukis dan membaca sesuai kedudukannya dekat dengan tingkap pintu utama yang merupakan laluan masuk ke dalam bangunan Pintu kecemasan tidak dibenarkan meletak sebarang bentuk penghalang didepannya pintu ke ruang dapur hendaklah ada penghadang pintu dan sentiasa diawasi. Sesebuah prasekolah perlu mempunyai tingkap yang cukup untuk pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Udara yang bersih penting untuk murid dan semua manusia untuk pernafasan dan kekurangan oksigen boleh membantutkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Pencahayaan yang cukup pula penting semasa guru mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

PLUG ELEKTRIK
Kedudukan plug yang sedia ada disesuaikan untuk peralatan teknologi seperti komputer, television dan radio kaset. guna plug elektrik yang sesuai dan selamat. tempat plug tidak boleh dicapai atau ditutup dengan selamat

SINKI
-Saiz dan ketinggian simki yang sesuai supaya kanak-kanak dapat menggunakannya dengan betul -tisu disediakan atau kaintuala bergantung berdekatan dengan sinki. -kedudukan sinki di ruang basah -pastikan kawasan bawah sinki sentiasa kering.

RUANG DINDING
-ruang dinding disediakan untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid secara kreatif. -pemilihan warna diding yang sesuai.

PAGAR
Pastikan prasekolah mempunyai pagar. Pintu ini hendaklah berkunci untuk meggelakkan orang luar menceroboh kawasan prasekolah dengan mudah. Selain itu, pastikan pagar yang terdapat di prasekolah tidak bahaya kepada murid-murid iaitu tidak tajam. Hal ini penting untuk menjamin keselamatan murid-murid.

TANDAS
-saiz yang bersesuaian dengan kanak-kanak -pastikan mangkuk tandas sentiasa bersih dan harum -permukaan lantai tidak licin. Tandas di prasekolah perlulah sesuai dengan saiz kanak-kanak prasekolah. Mangkuk tandas yang sesuai untuk kanak-kanak bagi mengelakkan kanak-kanak jatuh ke dalam mangkuk tandas. lantai tandas tidak licin dan sentiasa kering serta bertakung. Hal ini penting untuk mengelakkan kanak-kanak tergelincir.

TAMAN PERMAINAN
Taman permainan yang terdapat di sekolah adalah dikhaskan untuk murid-murid prasekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun. Taman permainan ini diwujudkan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor kasar di kalangan kanak-kanak.

PETI KECEMASAN
Setiap kelas prasekolah perlu mempunyai peti kecemasan. Peti kecemasan sangat penting ketika waktu kecemasan seperti murid mengalami kecederaan semasa melakukan aktiviti dan sebagainya. Peti kecemasan perlulah disimpan di tempat tinggi iaitu tempat yang tidak dapat dicapai oleh murid. Selain itu, pastikan peti kecemasan ini diperbaharui dari semasa ke semasa. Sekiranya ubat yang terdapat dalam peti kecemasan ini telah luput tarikh penggunaanya, guru prasekolah perlulah menggantikannya dengan yang baru. Hal ini dapat mengelakkan pengguna yang menggunakan ubat tersebut mengalami kesan yang lebih buruk.

PENYUSUNAN PERALATAN
-Dapat membantu kanak-kanak membentuk tingkah laku yang positif. -menganggarkan bilangan kanak-kanak mengikt keselesaan ruang. -mendorong melakukan aktiviti dengan rakan. -memberi peluang untuk kanak-kanak membuat pilhan aktiviti yang aktif dalam suasana senyap atau bising.

LONGKANG
Longkang perlu dibersihkan setiap hari bagi menggelakkan air bertakung yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Selain itu, longkang perlu ditutup secara rapi dan tidak berbahaya kepada murid.

Alat pemadam kebakaran

Prasekolah perlu mempunyai alat pemadam kebakaran. Hal ini penting kerana guru prasekolah boleh menggunakan alat pemadam kebakaran sekiranya berlaku kebakaran kecil di prasekolah. Selain itu, alat pemadam ini perlu masih sah digunakan dan diperbaharui dari semasa ke semasa.

Dua pintu utama


Prasekolah perlu mempunyai pintu di hadapan kelas dan di belakang kelas. Hal ini penting semasa berlaku kecemasan. Sekiranya kecemasan berlaku di dalam kelas, guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid boleh menggunakan kedua-dua pintu untuk meyelamatkan diri dan murid-murid.

Persekitaran luar
Persekitaran di luar prasekolah perlulah selamat untuk murid-murid. Pastikan prasekolah tidak berada berhampiran dengan jalan raya dan jalan yang sibuk. Tambahan pula, pastikan kawasan prasekolah tidak mempunyai peralatan berbahaya seperti cangkul, serpihan pasu, tong-tong air dan sebagainya. Murid-murid tidak mengetahui tentang bahaya yang akan menimpa mereka ketika mereka bermain di kawasan luar kelas prasekolah.

Taman permainan kanak-kanak perlu mempunyai ruang khas untuk kanak-kanak bermain dan terletak di kawasan lapang. Alat mainan yang disediakan perlulah selamat iaitu tidak tajam dan tidak bertoksik. Alat permainan yang baik ialah alat permainan yang dihasilkan dari jenis tidak berkarat dan plastik yang tahan lama. Hal ini penting untuk menjamin keselamatan kanak-kanak semasa bermain. Di samping itu, siaz alat permainan ini perlulah sesuai dengan usia kanak-kanak. Tambahan pula, pembaik pulih

alatan permainan perlu dibuat bagi menjamin tahap keselamatan kanak-kanak semasa bermain alatan tersebut.

Dapur
Dapur di prasekolah perlulah mempunyai pintu dan ditutup sepanjang masa. Hal ini penting untuk mengelakkan kanak-kanak masuk ke dalam dapur. Alatan yang terdapat di dapur seperti pisau, gunting, alatan elektrik dan sebagainya disusun di tempat yang sepatutnya. Selain itu, lantai di ruang dapur dipastikan tidak licin dan sentiasa kering. Tambahan pula, penggunaan alatan elektirk bervoltan tinggi tidak digunakan dengan soket yang sama untuk mengelakkan berlaku litar pintas di dalam prasekolah.

Sudut ICT
Makmal komputer disediakan untuk murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Mereka diperkenalkan kepada program-program computer yang mudah di peringkat sekolah rendah. Dengan adanya, computer di sekolah, murid-murid akan membesar dalam suasana yang mengikut perkembangan sains dan teknologi.

Kemudahan ICT diletakkan di sudut yang luas dan selesa semasa menggunakannya. Hal ini penting untuk mengelakkan kanak-kanak terlanggar kemudahan ini menyebabkan kecederaan. Wayar elektrik yang digunakan perlu diselenggara dengan baik dan kemas bagi mengelakkan litar pintas berlaku. Semasa aktiviti murid-murid dilaksanakan di sudut ini, guru perlulah memantau pergerakkan murid bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sudut Bacaan

Pusat sumber digunakan untuk mencari bahan , dan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan Dalam perpustakaan terdapat pelbagai jenis buku yang boleh menjadi rujukan murid-murid. Antaranya subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris serta buku-buku cerita .Pusat sumber menjadi rujukan untuk murid-murid di sekolah kerana untuk mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, pelbagai sudut kebudayaan disediakan. Murid-murid dapat didedahkan kepada pelbagai jenis kebudayaan dan adapt resam Negara kita. Di samping pemerolehan ilmu pengetahuan secara langsung dari perpustakaan, murid-murid juga terlibat dengan pengurusan contohnya menjadi pengawas pusat sumber.

Pelbagai bahan bacaan disediakan di tempat ini. Bahan bacaan yang disediakan seperti big book, buku cerita dan sebagai. Bahan bacaan ini disusun dan disimpan di rak buku atau almari. Almari dan rak buku yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan ketinggian murid dan tidak mempunyai bucu tajam di sekelilingnya.

Sudut fizikal
Terdapat kolam renang yang dibina di sudut fizikal. Kolam renang ini disediakan di sebuah bilik khas dan mempunyai pintu serta dikunci sepanjang masa. Safe guard ditempatkan di kawasan kolam ini ketika murid-murid mengadakan aktiviti in. Selain itu, kedalaman air di dalam kolam renang di sesuaikan dengan saiz dan ketinggian muridmurid. Murid-murid yang tidak pandai berenang dipakaikan jaket keselamatan bagi menjamin keselamatan murid.

Ruang makan
Meja mudah alih boleh disediakan pleh guru sekiranya ruang di dalam prasekolah ini terlalu kecil untuk disediakan meja makan. Meja makan yang disediakan tidak

mempunyai bucu untuk menjamin keselamatan murid. Selain itu, kerusi dan meja yang disediakan perlulah disusun dengan kemas untuk mengelakkan murid melanggar peralatan tersebut. Tambahan pula, pastikan kebersihan ruang makan setiap kali murid selesai makan. Hal ini penting untuk mengelakkan murid tergelincir dengan sisa makanan yang tumpah.

Ruang belajar
Ruang pembelajaran digunakan untuk murid-murid ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saiz bilik darjah adalah penting kerana ia menjamin keselesaan muridmurid di dalamnya. Ukuran bilik darjah yang di anggap sesuai untuk menampung 40 orang murid ialah 7 x 9 meter Meja dan kerusi disediakan tidak mempunyai bucu tajan yang boleh membahayakan keselamatan murid. Meja dan kerusi yang tajam boleh mencederakan murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku sekiranya murid terjatuh dan terkena bucu tersebut.

PROGRAM AKTIVITI HARIAN

YANG SESUAI UNTUK PROGRAM PRASEKOLAH

SUMBER
Guru dan pelaksana prasekolah perlu memberi perhatian kepada catatan yang diberi. Catatan ini bertujuan untuk memberi panduan atau maklumat lanjut mengenai sesuatu aktiviti yang dijalankan. Alatan dan bahan yang dinyatakan hanya sebagai cadangan. Guru dan pelaksana prasekolah harus menggunakan pelbagai bahan dan alatan yang terdapat dipersekitaran tempat masingmasing. Selain itu guru boleh memperbanyakkan penggunaan bahan dan alatan yang dikitar semula Terdapat banyak jenis sumber bahan iaitu alat pembelajaran. Alat pembelajaran mestilah sesuai dengan kanak-kanak prasekolah. Kesemua sumber bahan ini jika

digunakan dalam situasi pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih berkesan. Antara jenis-jenis sumber bahan adalah bahan hidup yang bersumberkanbahan dari alam semulajadiyang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Manakala bahan bukan hidup pula terdiri daripada bahan elektronik, bukan elektronik dan permainan. Bahan elektronik ialah bahan visualseperti rakaman video, rancangan televisyen, tayangan filem atau cerita kanak-kanak dan tayangan slide. Gambra-gambar yang bergerak dapat merangsang daya imaginasi murid. Bahan ini melibatkan komunikasi antara murid dan guru. Bahan bukan elektronik pula adalahbahan bercetak dan permainan, contohnya kad domino bernombor dan playdoh. Ini dapat merangsang imaginasi murid untuk membentuk sesuatu. Contoh yang lain adalah bahan-bahan bergambar seperti mewarna dengan pelbagai jenis bahan mewarna. Alat muzik juga dapat membantu meningkatkan kreativiti murid.

PROGRAM AKTIVITI HARIAN


Susunan aktiviti harian prasekolah perlulah mengambil kira faktor-faktor berikut iaitu, kesesuaian dengan keperluan dan perkembangan murid kesepaduan komponen secara seimbang, keseimbangan aktiviti luar kelas dan keseimbangan aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Aktiviti harian tadika dilaksanakan berpandukan

cadangan-cadangan berikut seperti rutin, perbualan pagi, aktiviti kelas, aktiviti kumpulan, aktiviti individu, rehat , dan aktiviti penamat. Rutin bermaksud aktiviti atau aturan biasa yang dilakukan oleh guru atau murid setiap hari mengikut sesuatu sistem yang ditentukan. Contoh rutin yang biasa dilakukan ialah seperti berikut di mana guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid menyambut murid dengan mesra ketika mereka datang ke prasekolah , murid menyusun kasut dan beg, guru mengambil kedatangan murid , guru memeriksa kebersihan murid, murid membersih diri selepas makan , guru mengadakan perhimpunan pada awal pagi dan murid mematuhi peraturan di dalam dan luar bilik darjah Perbualan pagi merupakan aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan suasana kesediaan murid seterusnya dapat menggerakkan interaksi dan komunikasi antara guru dan murid. Contoh aktiviti perbualan pagi ialah, murid berkongsi pengalaman atau bahan bersama rakan dan guru (show and tell), guru menerangkan peraturan dan disiplin bilik darjah, guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu.

Aktiviti kelas merupakan satu kaedah yang melibatkan seluruh kelas menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama serentak. Aktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan maklumat semasa perbualan pagi , guru menerang atau memberi maklumat, guru bercerita, membuat aktiviti fizikal di dalam atau luar kelas, membuat aktiviti penamat pada akhir pembelajaran dan membuat lawatan di sekitar sekolah. Aktiviti kumpulan merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan murid kepada kumpulan kecil bagi menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan kumpulan lain. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara koloboratif dalam kumpulan masing-masing. Selain itu

murid-murid boleh bertukar aktiviti selepas tempoh yang telah ditetapkan jika perlu namun bagi murid yang belum bersedia untuk bergerak ke aktiviti yang lain, harus dibenarkan untuk meneruskan aktiviti tersebut bagi mengelakkan murid tersebut mengalami kesulitan sekiranya bergerak ke aktiviti yang lain. Antara contoh aktiviti kumpulan ialah main bongkah, membuat kolaj, membentuk doh dan bermain cantuman puzzle serta penerokaan. Aktiviti individu boleh diadakan di mana murid menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Selain itu murid boleh menjalankan aktiviti bebas di pusat pembelajaran yang diminati jika tugas dalam aktiviti kumpulan sudah selesai seterusnya murid mendapat perhatian secara personal daripada guru bagi pemulihan dan pengukuhan. Antara contoh aktiviti individu ialah melukis, menyusun bongkah, membaca buku kecil/kad bacaan serta menggunting/menampal.

Murid-murid memerlukan rehat selepas menjalankan aktiviti yang aktif untuk menikmati hidangan makanan yang berkhasiat dan seimbang, mengamalkan nilai murni seperti membaca doa, bekerjasama menghidang, mengemas selepas makan dan menggosok gigi serta menjalankan aktiviti bebas secara senyap seperti melihat buku bergambar, main komputer atau mendengar muzik perlahan dan lain-lain lagi. Aktiviti penamat ialah aktiviti yang terakhir bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Aktiviti penamat ialah di mana murid dikehendaki memeriksa sekitar kelas sekiranya masih ada lagi peralatan atau bahan yang telah digunakan masih belum disimpan di tempat asal, murid duduk bersama guru di dalam bulatan atau separa bulatan untuk melaksanakan aktiviti perbualan untuk berbincang atau berbual tentang pengalaman pembelajaran yang telah diperolehi pada hari tersebut, guru menyampaikan pesanan perkara-perkara yang perlu dilakukan di rumah dan juga bahan-bahan yang perlu dibawa pada hari esoknya.

Susunan aktiviti harian perlu mengambil kira faktor-faktor berikut; Kesesuaian dengan keperluan dan perkembangan murid. , aktiviti yang dirancangkan mestilah bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan kanak-kanak atau murid-murid. Ini kerana kesesuaian setiap aktiviti dengan keperluan dan perkembangan kanak-kanak memainkan perananan yang amat penting dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan bagi aktiviti yang berkaitan. Seorang guru prasekolah haruslah peka dan mengambil berat tentang tahap perkembangan murid-murid dan mengetahui apa yang diperlukan oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesepaduan komponen secara seimbang. kesepaduan komponen yang seimbang dalam setiap aktiviti harian yang dirancangkan. Kesepaduan komponen mestilah mencakupi aspek bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, pendidikan kerohanian dan moral, perkembangan sosioemosi, perkembangan fizikal serta aspek kreativiti dan estetika. Contohnya melalui pengajian bertema, guru prasekolah mesti memasukkan keenam-enam komponen dalam setiap tema pengajaran. Dalam merancang setiap aktiviti harian, daya kreativiti seorang guru itu amat penting bagi memastikan aktiviti yang ingin dijalankan seimbang dan menyeluruh. Kesepaduan antara setiap komponen tersebut akan memberikan kesan yang seimbang kepada murid-murid. Keseimbangan aktiviti luar kelas; keseimbangan aktiviti dalam kelas dan di luar kelas. Dalam proses merancang aktiviti harian bagi murid-muri prasekolah, guru perlu menseimbangkan antara aktiviti dalam kelas dan juga di luar kelas. Guru boleh menjalankan aktiviti pangajaran dalam

kelas bagi komponen kognitif atau komponen-komponen yang sesuai dijalankan di dalam kelas. Bagi aktiviti Iuar kelas, sesuai dengan komponen fizikal. Walau bagaimanapun, perancangan aktiviti harian juga bergantung kepada kreativiti guru. Guru boleh merancang aktiviti mengikut kreativiti sendiri dan juga mengikut kesesuaian asalkan tidak terkeluar daripada sukatan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Keseimbangan antara aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah dapat memberi kesan yang seimbang terhadap perkembagan murid-murid. Keseimbangan aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. keseimbangan aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Ketiga-tiga aspek ini perlu diseimbangkan dalam proses merancang aktiviti harian prasekolah. Keseimbangan ini juga dapat membantu murid-murid dalam beberapa aspek seperti perkembangan kognitif, sosioemosi dan pendidikan rohani. Contohnya bagi aktiviti kelas, murid-murid mendengar guru bercerita atau murud yang bercerita. Ini dapat membantu murid alam proses perkembangan kognitif sekali gus dapat menambahkan keyakinan dalam diri murid-murid. Bagi aktiviti kumpulan, murid dapat bersosial dam bekerjasama dengan ahli kumpulan. Ini akan membantu murid dalam proses perkembangan sosioemosi dan juga moral. Bagi aktiviti individu pula, guru dapat menilai tahap pencapaian murid-murid melalui tugasan yang diberikan oleh guru kepada setiap murid-murid. Terdapat beberapa cadangan yang dijadikan panduan bagi aktiviti-aktiviti di tadika atau prasekolah. Cadangan-cadangan berikut ialah rutin, perbualan pagi, aktiviti kelas, aktiviti kumpulan, aktiviti individu, rehat dan aktiviti penamat.

CADANGAN

Melalui temubual ini, terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan dapat diperolehi untuk membaiki strategi dan aktiviti yang sedia ada di prasekolah. Aktiviti Berpusatkan Murid Cadangan pertama yang dapat diperkatakan ialah guru perlu menjalankan aktiviti berpusatkan murid. Melalui cara ini, kanak-kanak akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. Selain itu guru prasekolah juga perlulah menceriakan keadaan persekitaran di prasekolah. Guru hendaklah sentiasa memperbaharui dan membuat perubahan persekitaran kelas prasekolah agar kanak-kanak sentiasa tertarik dan gembira ketika hadir ke prasekolah. Perbanyakkan Aktiviti Guru juga perlu mengambil inisiatif untuk memperbanyakkan aktiviti-aktiviti dan permainan di dalam prasekolah dengan menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid prasekolah untuk mengikuti pembelajaran. Murid prasekolah mempunyai potensi diri yang tersendiri dan menjadi tugas guru untuk mencungkilnya. Ubah perancangan pembelajaran Untuk melahirkan insan yang berpotensi, guru parasekolah seharusnya

mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti dan menguba perancangan pembelajaran supaya

menjadi lebih efektif. Dari situ kanak-kanak prasekolah dapat mengaut pengalaman dan pengalaman itu akan dibawa ke tahun satu.

kerjasama antara guru prasekolah dan guru tahun satu Seterusnya, kerjasama antara guru prasekolah dan guru di tahun satu harus ada. Mereka seharusnya sering berhubung antara satu sama lain. Ini membolehkan keduadua belah pihak dapat melaksanakan aktiviti yang berkaitan dan sesuai untuk kanakkanak ketika di prasekolah mahupun apabila mereka melangkah ke alam sekolah rendah.

Semua organisasi memainkan peranan Seharusnya semua organisasi memainkan peranan penting untuk menjadikan kanak-kanak ini seorang yang berjaya dan berdikari sendiri. Apa yang boleh dibuat ialah guru di sekolah rendah seharusnya masih menerapkan nilai-nilai murni ketika pengajaran di dalam kelas. Pemantauan guru ketika waktu rehat boleh membentuk sahsiah muridmurid. Ini kerana mereka akan takut untuk melanggar peraturan.

Tidak mengajar pengajaran formal secara mendadak Dari segi pengajaran pula guru di tahun satu tidak boleh memberi pengajaran formal secara tiba-tiba, mereka masih perlu menitikberatkan pengajaran secara kreatif di awal kemasukan mereka di tahun satu. Dengan ini murid-murid akan rasa gembira

belajar dan makin hari makin berminat untuk belajar.

Didikan dari rumah Didikan dari rumah adalah penting. Ibubapa seharusnya turut serta bersamasama dengan guru membantu untuk memastikan anak-anak selesa berada di rumah dan dapat belajar dengan baik. Ibubapa dan guru juga perlu duduk berbincang dan

berkongsi idea bagaimana untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada.

Kemudahan Teknologi Maklumat yang Lengkap Kementerian Pelajaran juga perlulah membantu dengan menyediakan kemudahan teknologi maklumat yang lengkap seperti komputer riba (laptop) bagi setiap guru prasekolah. Ini mampu mengurangkan beban kerja guru prasekolah. Komputer riba boleh digunakan oleh guru prasekolah untuk mengaplikasikan pembelajaran dalam mata pelajaran teknologi maklumat kepada kanak-kanak prasekolah. Menambah Bilangan Kelas Selain itu, penambahan bilangan kelas prasekolah juga perlu dilakukan. Ia akan memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk belajar di prasekolah. Pertambahan kelas prasekolah ini dapat membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah sejak awal lagi. Program Transisi Kelas Penyayang Program Transisi Kelas Penyayang yang dibuat untuk kanak-kanak prasekolah yang baru melangkah ke Tahun Satu juga perlu diteruskan. Ia telah terbukti dapat membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran dan pembelajaran di Tahun Satu di sekolah. Oleh itu, mereka tidak akan mengalami kejutan budaya dalam diri. Ujian bagi mengenalpasti potensi murid juga hendaklah diadakan bagi membantu guru guru mengenalpasti tahap pencapaian murid sejak awal lagi. Oleh itu, guru dapat menemui cara yang berkesan dalam pembelajaran mengikut potensi diri mereka. Interaksi dengan ibubapa murid

Selain itu, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil tahu hal berkenaan perkembangan anak-anak mereka. Hubungan dua hala antara ibu bapa perlulah diwujudkan. Dengan ini guru dapat menceritakan permasalahan anak mereka kepada ibu bapa dan mereka dapat memantau serta membantu anak-anak mereka. Terdapat ibu bapa yang mengambil ringan pembelajaran anak-anak mereka di prasekolah dan meletakkan 100 peratus tanggungjawab mendidik anak mereka di bahu guru. Oleh itu, kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan untuk memangkin kemantapan dan kematangan kanak-kanak untuk belajar dan menyesuaikan diri untuk transisi dari satu tahap ke satu tahap.

Kesimpulannya guru perlu merancang satu strategi yang berkesan dan bersesuaian dengan muridnya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru juga perlu seiring dengan strategi tersebut. Secara tidak langsung, ia sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak prasekolah menyesuaikan diri untuk ke tahun satu. Guru juga harus sentiasa peka dengan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat supaya dapat memberikan yang terbaik untuk pembelajaran kanak kanak prasekolah.

REFLEKSI
Penubuhan prasekolah adalah mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Akta 550. Melalui akta ini, ibu bapa dan penjaga akan yakin dan tidak berasa bimbang apabila ingin menghantar anak mereka ke prasekolah. Ibu bapa penjaga seharusnya mengetahui dan memahami segala perkara yang terdapat dalam Akta 550 kerana mereka akan mengetahui hak dan kelebihan yang seharusnya dimiliki oleh anak anak mereka. Ini dapat mengelakkan kes penipuan dan penderaan pada anak anak mereka ketika berada di pusat jagaan. Pelaksanaan aktiviti di prasekolah, tabika atau pusat pendidikan awal kanak kanak yang lain seharusnya bersesuaian dengan tahap perkembangan dan kematangan kanak kanak. Setiap pusat pendidikan awal ini seharusnya menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh memperkembangan tahap pemikiran kanak kanak. Pada tahap umur ini, pendidikan ilmiah tidak wajar diberi tekanan yang melampau. Kanak kanak harus diberi penekanan untuk belajar melalui pengalaman mereka sendiri. Mereka digalakkan bermain dan berinteraksi dengan alam sekitar mereka bagi memperkayakan lagi pengalaman yang sedia ada. Pengalaman merupakan guru yang terbaik untuk kanak

kanak. Setiap aktiviti akan dipantau oleh guru sekolah pada setiap masa bagi menjamin keselamatan murid murid ketika berada di kawasan prasekolah. Pendidikan prasekolah juga mempunyai rang undang undangnya yang tersendiri. Setiap syarat kemasukan, aktiviti prasekolah dan kawasan prasekolah mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Peraturan dan undang undang yang dicipta adalah untuk menjamin keselamatan dan kesihatan murid murid prasekolah. Kebajikan murid murid prasekolah merupakan tunggak utama Akta 550 ditubuhkan. Kanak kanak yang berumur 5 hingga 8 tahun tidak boleh sewenang wenangnya diserahkan kepada orang yang tidak dikenali. Ini dikhuatiri keselamatan kanak kanak tersebut saya dapat mengetahui kemudahan fizikal yang perlu diberi perhatian oleh guru prasekolah dalam melaksanakan prasekolah yang berkualiti. Saya pernah melawat sebuah tadika KEMAS dan 3 buah prasekolah sepanjang tempoh pengajian ini. Pada pendapat saya, guru prasekolah kadangkala terlepas pandang tentang perkara ini. Dalam proses menghasilkan murid dan pengajaran yang berkualiti, aspek kemudahan fizikal perlu dititkberatkan bagi menjamin keselamatan murid dan orang ramai. Selain itu, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik dalam masa yang telah ditetapkan walaupun sangat sibuk dengan pelbagai kerja kursus yang lain. Saya mendapat kerjasama yang baik daripada ahli kumpulan yang lain. Mereka memberi komitmen yang tinggi walaupun semua orang mengalami tekanan dalam melaksanakan tugasan yang masih banyak belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

BIBLIOGRAFI
Dr. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing. Haliza Hamzah. et.al. (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kasnani Ab. Karim. et. al. (2005). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kasnani Ab. Karim. et. al. (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur : KPM Putri Zabariah. et. al. (2006). Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing. Dr. Shahizan Hasan & Ahmad Shabudin Che Noh. (2005). Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing. Pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta A1152) yang diwartakan pada Disember 2002. Bahagian Perancangan dan Pembangunan Penyelidikan. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001 2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Educational Planning and Research Division. (2001). Education in Malaysia: A Journey to Excellence. Kuala Lumpur: Ministry of Education. Kementerian Pendidikan Malaysia. Institut Tadbiran Awam. (1991). Nasional Malaysia. (2001). Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia 2001. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Percetakan

Angus, L. (1997). Studies in Educational Policy and Administration (Educational Government). Melbourne: Monash University. Mohd. Taib Hashim. (1998). Nota Kursus Penggubalan dan Penilaian Dasar Awam. Kuala Lumpur. INTAN.