LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

KANDUNGAN Penghargaan …………………………………………………………………. 2 Abstrak …………………………………………………………………....... ..3 1. Refleksi P & P yang lalu / Latar Belakang Kajian ……………………… 4 2. Fokus Kajian ………………………………………………………………. 4 3. Isu Keprihatinan ………………………………………………………… 5

4. Objektif Kajian ………………………………………………………......... 5 5. Kumpulan Sasaran …………………………………………………………6 6. Methodologi Kajian……………………………………………………….. 6 7. Pelaksanaan Kajian ………………………………………………………..22 8. Dapatan Kajian ………………………………………………………….....24 9. Refleksi Kajian ………………………………………………………….....25 10.Cadangan Tindakan Seterusnya ………………………………………...25 Penutup …………………………………………………………………… ...25 Bibliografi ……………………………………………………………………26 Lampiran …………………………………………………………………… 27 ___________________________________________________________________________
Muka surat 1 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini

Kepada:

Pihak Pensyarah En. /Pn._____________________ (Pengajaran, Teknolgi Dan Penaksiran2 KPD 3026, UPSI)

En. Abdul Razak Bin Muda (Guru Besar SK Pekan Tuaran, Sabah)

Ustazah Norafsah Awang Kati (Guru Pendidikan Islam SK Pekan Tuaran, Sabah)

Murid-murid Tahun 4 Melur (SK Pekan Tuaran, Sabah)

___________________________________________________________________________
Muka surat 2 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHAFAL AYAT-AYAT HAFAZAN YANG TERKANDUNG DALAM ASUHAN TILAWAH AL-QUR’AN DI KALANGAN MURID TAHUN 4 MELUR MELALUI KAEDAH SERTA TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AYAT HAFAZAN YANG PELBAGAI, SESUAI DAN DILAKUKAN OLEH GURU SECARA SISTEMATIK Oleh Shimila Kaur @ Noraini Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran, Sabah

Abstrak Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran murid Tahun 4 Melur SK Pekan Tuaran, menghafal ayat-ayat hafazan yang terkandung dalam Asuhan Tilawah Al-Qur’an Tahun Empat khususnya murid yang beragama Islam. Objektif pengajaran dan pembelajaran ayat hafazan ini ialah supaya murid dapat menghafaz surahsurah tertentu dengan betul, fasih dan bertajwid untuk dibaca dalam solat dan ibadat harian. Pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan Tahun 4 Melur telah dijalankan, ujian bacaan/hafalan murid turut dilaksanakan kepada setiap murid dan borang soal selidik yang diisi oleh murid telah digunakan untuk mengenalpasti masalah utama yang menyebabkan murid Tahun 4 Melur tidak berjaya menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan. Setelah analisis terhadap data kajian dibuat, ternyata masalah utama tersebut adalah guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan yang sesuai dan teknik hafalan yang dilakukan secara tidak sistematik. Sebanyak 58.8% daripada murid 4 Melur mengakui bahawa mereka rasa bosan dan rasa letih setiap kali guru menjalankan aktiviti menghafal ayat-ayat hafazan kerana guru hanya memberi arahan kepada murid supaya mengikuti bacaan guru berulang-ulang kali secara hafaz sehinggalah akhir waktu. Pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan yang berkesan merupakan isu yang begitu mencabar kepada semua Guru Pendidikan Islam. Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2007), guru perlu menguasai ilmu kerana dengan ilmu yang luas dan mendalam sahaja mereka dapat menghuraikan sesuatu topik pengajaran dengan baik dan mantap. Kebijaksanaan guru memilih prinsip dalam menyampaikan isi pelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan terhadap murid.

___________________________________________________________________________
Muka surat 3 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

1. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Yang Lalu/Latar Belakang Kajian Mata Pelajaran Pendidikan Islam adalah mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid yang beragama Islam di semua sekolah. Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Hafazan) pula merupakan salah satu bidang dalam Pendidikan Islam. Berdasarkan pengjaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan (Surah al-A’diyat ayat 1-3) pada minggu P&P ke-23 yang lalu, 88% daripada murid Tahun 4 Melur yang beragama Islam tidak berjaya menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan (Surah al-A’diyat ayat 1-3) dengan bertajwid dan lancar. Sebelum P&P Surah al-A’diyat bermula, Tahun 4 Melur telah mengikuti P&P Surah al-Qoria’h selama 4 minggu, 88% daripada murid Tahun 4 Melur turut gagal menghafal Surah al-Qoria’h. Hanya 4 orang murid sahaja dapat menghafal Surah AlQoria’h dan Surah al-A’diyat ayat 1-3 tersebut. Murid-murid memberi ulasan bahawa mereka berasa cepat letih apabila menghafal ayat-ayat hafazan / surah-surah terpilih tersebut seterusnya berasa sukar untuk menghafalnya. Saya dapati hasil daripada soal-selidik dan pemerhatian yang dijalankan, murid-murid 4 Melur berasa bosan dan cepat penat setiap kali sesi pengajaran Ayat-ayat Hafazan ini kerana guru yang mengajar hanya menggunakan kaedah yang sama sahaja dalam setip langkah proses pengajaran dan pembelajaran Ayatayat Hafazan ini (Kaedah Talaqqi Musyafahah & Tikrar). Apabila murid dikehendaki untuk mengulangi bacaan ayat-ayat tersebut, mereka sering kali membaca dengan tersangkutsangkut atau tidak lancar serta banyak kesalahan tajwid telah dikesan. Justeru, kajian tindakan ini perlu saya jalankan untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini supaya murid Tahun 4 Melur tidak berlaku keciciran dalam menguasai kemahiran menghafal ayatayat hafazan tersebut.

2. Fokus Kajian Fokus utama kajian tindakan ini ialah : (i) Penyelesaian/mengurangkan masalah seramai 30 orang murid 4 Melur masih tidak dapat menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan (Surah al-Qoria’h & Surah al-A’diyat ayat 1-3. (ii) Penyelesaian masalah kaedah pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan yang tidak pelbagai sebaliknya guru hanya menggunakan kaedah sama sahaja dalam setiap langkah proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam kelas 4 melur iaitu kaedah talaqqi musyafahah dan kaedah tikrar.

___________________________________________________________________________
Muka surat 4 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
(ii) Penyelesaian masalah teknik menghafal ayat-ayat Hafazan secara tidak sistematik yang dilakukan oleh guru yang mengajar. Proses menghafal ayat-ayat hafazan ini sebenarnya mudah untuk dikuasai sekiranya murid dibimbing dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan yang bersesuaian dipelbagaikan oleh guru ditambah lagi dengan pelaksanaan teknik menghafalnya secara sistematik diajarkan kepada murid. 3. Isu Keperihatinan Kajian ini adalah berfokuskan aspek kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan di kalangan murid Tahun 4 Melur. Secara tidak langsung kajian ini membantu murid Tahun 4 Melur untuk membaca surah al-Qoria’h, Surah al-A’diat dan Surah al-Zalzalah sebagai bacaan dalam solat dengan lancar. Rasional kajian ini dijalankan adalah oleh kerana muridmurid Tahun 4 Melur lemah dalam aspek menghafal ayat-ayat hafazan tersebut dan masalah ini memerlukan usaha guru yang maksima untuk membantu mengatasinya, oleh itu kajian tindakan ini perlu dijalankan untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Ia perlu diatasi agar mereka tidak tercicir dalam kecemerlangan bidang Asuhan Tilawah alQuran. Penyebab besar kepada masalah ini adalah guru menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak pelbagai serta teknik menghafal secara tidak sistematik sehinnga membuatkan murid berasa bosan dan cepat letih untuk menghafal ayat-ayat berkenaan. Masalah ini dapat diatasi sekiranya guru memainkan peranan mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta menganjurkankan teknik hafalan yang dilakukan secara sistematik. 4. Objektif Kajian 4.1 Objektif Umum : Kajian tindakan ini secara umumnya bertujuan supaya guru dapat memperbaiki kelemahan atau masalah dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran Ayatayat Hafazan (Surah al-Qoria’h, Surah al-A’diat dan Surah al-Zalzalah) sama ada dari segi kaedah mahupun teknik yang diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut.

___________________________________________________________________________
Muka surat 5 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
4.2 Objektif Khusus :

Murid dapat meningkatkan penguasaan menghafal ayat-ayat Hafazan (Surah alQoria’h, Surah al-A’diat dan Surah al-Zalzalah) dengan betul, fasih dan bertajwid untuk dibaca dalam solat dan ibadat harian.

Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta

menggunakan teknik menghafal ayat-ayat hafazan secara sistematik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan supaya murid tidak merasa bosan dan cepat penat sebaliknya bersemangat dan seronok untuk meneruskan hafalan mereka. 5. Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan seorang Guru Pendidikan Islam yang mengajar Ayat-Ayat Hafazan, 34 orang murid Tahun 4 Melur yang terdiri daripada 19 lelaki dan 15 perempuan. Majoriti daripada murid Tahun 4 Melur ini sering kali gagal untuk menghafal ayat-ayat hafazan bermula daripada Surah al-Qoria’h sehinggalah Surah al-A’diyat.

6. Pelaksanaan Kajian Pelaksanaan kajian ini adalah terdiri daripada lima langkah penting yang telah saya laksanakan iaitu Tinjauan Awal, Analisis Tinjauan Masalah, Tindakan Kajian, Perlakasanaan Tindakan seterusnya Penilaian & Refleksi. 6.1 Tinjauan Awal / Metodologi Kajian Metodologi yang digunakan dalam kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk meninjau masalah murid, antaranya ialah : i. Pemerhatian

Saya telah menjalankan pemerhatian semasa proses pengajaran dan

pembelajaran Ayat-ayat hafazan (Surah al-A’diyat ayat 1 -3) bagi murid Tahun 4 Melur. Sebelum Surah al-A’diyat, saya juga telah membuat pemerhatian ke atas P&P Surah al-Qoria’h di kelas yang sama. Ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan sehingga menyebabkan murid sukar menguasai kemahiran menghafal.

___________________________________________________________________________
Muka surat 6 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

Pemerhatian turut dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat-ayat hafazan) untuk meninjau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasi oleh guru.

Pemerhatian ini juga dijalankan untuk meninjau teknik menghafal ayat-ayat

hafazan yang dianjurkan oleh guru untuk murid menghafalnya.

Pemerhatian ini menggunakan borang pemerhatian inventori yang mengandungi item-item tentang penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan yang pelbagai serta pelaksanaan teknik menghafal secara sistematik oleh guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan.

ii. Ujian Pengesanan Tahap Bacaan/Hafalan Murid Guru mendengar bacaan/hafalan murid sambil membuat penilaian bacaan tersebut seterusnya merekod pencapaian mereka secara individu. Guru menggunakan borang rekod tahap bacaan/hafalan murid. iii. Soal Selidik Borang soal selidik diberi kepada murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur tentang respons dan komen mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan tersebut. Saya menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan jawapan daripada murid secara jujur.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah i. Analisis Pemerhatian Pemerhatian ini menggunakan borang pemerhatian inventori yang mengandungi item-item tentang penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan yang pelbagai serta pelaksanaan teknik menghafal secara sistematik oleh guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan (Surah alQoria’h dan Surah al-A’diyat ayat 1-3) yang lalu, di akhir pembelajaran saya dapati

___________________________________________________________________________
Muka surat 7 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

Hanya 4 orang sahaja daripada murid Tahun 4 Melur dapat menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan (Surah al-Qoria’h dan Surah al-A’diyat ayat 1-3) yang dipelajari.

Guru yang mengajar hanya menggunakan kaedah yang sama sahaja setiap kali pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan dijalankan iaitu kaedah talaqqi musyafahah dan kaedah tikrar sahaja sehingga murid berasa letih dan capat bosan menyebabkan hilang kosentrasi untuk menghafal bersungguah-sungguh.

Guru yang mengajar menggunakan teknik menghafal ayat-ayat hafazan secara tidak sistematik yang mana guru terus meminta murid menghafal ayat secara tikrar tanpa melancarka sebutan setiap potongan-potongan ayat terlebih dahulu sebelum aktiviti menghafal dimulakan. Guru terus beralih kepada ayat kedua dan meminta murid menghafalnya walaupun ayat pertama masih ramai yang tersangkut-sangkut membacanya.

ii. Analisis Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan Murid (Surah al-Qoriah dan Surah al-A’diyat ayat 1-3) Ujian Pengesanan Bacaan/hafalan Murid ini adalah bertujuan untuk menguji tahap sebenar penguasaan murid dalam aspek kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan. Berikut adalah dapatan daripada Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan Murid Tahun 4 Melur : Bilangan Murid Mengikut Tahap Perkara / Aspek Penguasaan Kemahiran Menghafal Ayat-ayat Hafazan Bacaan/Hafalan Bacaan/Hafalan Baik 1.Menghafaz ayat dengan sebutan huruf yang betul. 2.Menghafaz 3 orang ayat dengan bacaan 3 orang 1 orang 1 orang 1 orang 29 29 29 29 29 Lemah

panjang pendek yang betul. 3.Menghafaz ayat dengan tajwid yang betul. 4.Menghafaz ayat dengan bertajwid dan lancar. 5.Menghafaz ayat dengan turutan yang betul, bertajwid dan lancar. iii. Analisis Soal Selidik

___________________________________________________________________________
Muka surat 8 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
Berdasarkan kepada borang soal selidik yang telah diisi oleh murid Tahun 4 Melur, terdapat lima masalah murid Tahun 4 Melur tidak menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan di kalangan murid Tahun 4 Melur. Rasa bosan dan rasa letih setiap kali guru menjalankan aktiviti menghafal ayat-ayat hafazan kerana guru hanya memberi arahan yang sama sahaja kepada murid iaitu mengkehendaki murid mengikuti bacaan guru berulang-ulang kali secara hafaz sehinggalah akhir waktu merupakan penyebab utama mengapa murid Tahun 4 Melur sukar menghafal ayat-ayat hafazan (Surah al-Qoria’h dan Surah al-A’diat ayat 1-3). Guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan tersebut seringkali menggunakan kaedah yang sama sahaja walaupun murid tidak berjaya menghafal ayat-ayat hafazan. Ternyata di sini guru hendaklah mempelbagaikan kaedah yang sesuai dan menganjurkan teknik menghafal yang sistematik. Berikut adalah maklumat tentang sebab-sebab murid tidak dapat menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan :

Bil. 1 2

MASALAH-MASALAH MURID TIDAK MENGUASAI KEMAHIRAN MENGHAFAL Murid tidak memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Murid tidak berminat untuk menghafal ayat-ayat hafazan kerana beranggapan ayat-ayat tersebut susah untuk dihafal

JUMLAH MURID (%) 4 Orang (11%) 3 Orang (8.8 %)

3 4

kerana ayatnya panjang. Murid tidak berasa seronok dan kurang keyakinan setiap kali aktiviti menghafal ayat-ayat hafazan dijalankan. Rasa bosan dan rasa letih setiap kali guru menjalankan aktiviti menghafal ayat-ayat hafazan kerana guru hanya memberi arahan kepada murid supaya mengikuti bacaan guru berulang-ulang kali secara hafaz sehinggalah akhir waktu.Apabila letih, susah untuk meneruskan hafalan. Murid berasa seronok dan yakin untuk menghafal ayat-ayat hafazan. 3 Orang (8.8 %) 20 Orang (58.8 %)

5

4 Orang (5.8 %)

6.3 Tindakan Yang Dijalankan

___________________________________________________________________________
Muka surat 9 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
Tindakan yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengatasi masalah murid Tahun 4 Melur yang tidak menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan atas sebab guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran sebaliknya menggunakan kaedah yang sama sahaja setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Manakala teknik menghafal pula tidak dilakukan guru secara sistematik. Fokus kajian ini adalah berkaitan dengan amalan pengajaran guru. Berdasarkan tinjauan awal sebelum ini, saya telah menyediakan panduan dan penerangan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan serta teknik menghafal secara sistematik untuk diaplikasi oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan dalam kelas. Selain itu saya telah merancang untuk mengadakan sesi pengajaran yang khusus dengan memberi tumpuan kepada amalan pengajaran guru dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan serta teknik menghafal secara sistematik. Saya turut menyediakan rancangan pengajaran harian untuk dua sesi pengajaran. Berikut adalah beberapa langkah yang dicadangkan kepada guru Asuhan Tilawah al-Quran semasa proses pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan bagi kelas 4 Melur : i. Guru dicadangkan supaya menerapkan panduan atau tatacara menghafaz al-Quran di kalangan murid-murid. ii.Guru dicadangkan supaya mempelbagaikan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat hafazan antaranya kaedah Talaqqi, kaedah Musyafahah, kaedah Tikrar, Kaedah Cuba Jaya. kaedah sambung bacaan dan kaedah Tasmik. iii. Guru dicadangkan supaya menjalankan teknik menghafal ayat-ayat al-Qur’an secara sistematik dalam pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan iv. Guru dicadangkan supaya menerapkan secara maksimum metodologi dan psikologi Pendidikan Asuhan Tilawah al-Qur’an supaya pelajar tidak mudah jemu, cepat ingat, tidak mudah lupa, belajar dalam keadaan tidak tertekan, tidak berlumba-lumba untuk

menghafal ayat-ayat hafazan tersebut dan menanamkan dalam diri mereka semangat ukhuwah dan kasih sayang di antara guru dan murid.

___________________________________________________________________________
Muka surat 10 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
v. Guru dicadangkan supaya mempertingkatkan kemahiran membaca al-Qur’an dengan baik, fasih dan bertajwid aeterusnya menjadi contoh kepada anak-anak didiknya serta hendaklah ikhlas dan mempunyai keperibadian yang luhur. vi. Guru dicadangkan untuk melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian yang menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan serta teknik menghafal secara sistematik.

6.4 Pelaksanaan Tindakan Pelaksanaan tindakan yang terlibat dalam kajian ini memberi penekanan kepada pelaksanaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan yang sesuai serta teknik menghafal ayat-ayat hafazan secara sistematik. Tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menghafal ayat-ayat hafazan. 6.4.1 Pelaksanaan Panduan/Tatacara Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Ayat-ayat Hafazan Serta Teknik Menghafal Secara Sistematik i.Guru menerapkan panduan atau tatacara menghafaz al-Quran kepada murid Tahun 4 Melur melalui penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat-ayat Hafazan) iaitu :

• Ikhlas dalam niat dan amalan. • Menggunakan satu mushaf dan tidak bertukar-tukar mushaf. Buku teks Asuhan
Tilawah al-Qur’an Jilid 2 juga boleh digunakan sepenuhnya.

• Menjauhkan diri daripada melakukan maksiat. • Menghafal ayat-ayat hafazan secara berperingkat-peringkat. • Biasakan diri selalu mendengar bacaan al-Qur’an contohnya mendengar pita
rakaman bacaan ayat-ayat hafazan yang dipelajari.

• Selalu tasmi’ bacaan/hafalan ayat-ayat hafazan tersebut di hadapan orang lain
yang mahir membaca al-Qur’an seperti guru Asuhan Tilawah al-Qur’an. ii.Guru mempelbagaikan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran Ayatayat hafazan untuk murid Tahun 4 Melur. Berikut adalah kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran tersebut :

___________________________________________________________________________
Muka surat 11 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

• Kaedah Talaqqi.di mana murid-murid dikehendaki mendengar pembacaan guru
dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru. Kemudian secara beramairamai murid-murid membaca mengikut bacaan guru dan diteliti oleh guru sehingga guru berpuas hati.

• Kaedah Musyafahah.di mana guru membaca ayat terlebih dahulu dan didengar
oleh murid, kemudian murid diminta membaca ayat tadi dengan didengar oleh guru atau mengikut bacaan guru.

• Kaedah Tikrar di mana guru memperdengarkan bacaan kepada murid berulang
kali supaya murid dapat menanggapi sebutan dan bacaan guru dengan baik. Murid pula berulang kali mengulangi sebutan dan bacaan di bawah bimbingan guru dengan betul sehingga guru berpuas hati dengan sebutan dan bacaan murid.

Kaedah Cuba Jaya di mana murid-murid diberi masa yang terhad 10 hingga 15

minit untuk menghafaz ayat-ayat tertentu. Selepas tempoh itu, murid diminta membaca ayat secara hafaz di hadapan guru. Jika murid belum hafaz, guru meminta murid itu cuba hafal ayat itu sekali lagi. Kaedah ini boleh dilaksanakan dalam bentuk kumpulan atau individu.

• Kaedah Sambung Bacaan di mana guru membaca satu ayat dan meminta
murid-murid menyambung secara hafaz, atau pun kumpulan pertama membaca ayat 1 secara hafaz, kumpulan kedua menyambung ayat 2 secara hafaz, kumpulan ketiga menyambung ayat 3 secara hafaz juga dan begitulah seterusnya sambung-menyambung bacaan secara hafaz antara beberapa kumpulan murid. Kemudian guru meminta seorang murid membaca ayat 1 secara hafaz kemudian meminta seorang murid lain menyambung bacaan ayat 2 secara hafaz. Demikianlah seterusnya sambung-menyambung bacaan hafazan dalam kalangan murid.

Kaedah Tasmik di mana murid diberi tugas menghafaz ayat tertentu di rumah

atau di luar waktu sekolah. Pada hari yang ditetapkan, murid diminta membaca ayat yang sudah dihafaz di hadapan guru untuk ditasmik. Murid yang sudah

___________________________________________________________________________
Muka surat 12 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

hafaz dicatat sebagai sudah hafaz, manakala murid yang belum hafaz diminta menghafaz lagi. iii.Guru menjalankan teknik menghafal ayat-ayat al-Qur’an secara sistematik dalam pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan iaitu :

• Murid diminta membaca ayat dengan sebutan yang betul dan perlahan-lahan
(tartil) mengikut bacaan guru. Jika ayat panjang ambil sebahagiannya sahaja.

• Murid diminta membaca ayat tadi dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga
lancar mengikut bacaan guru.

• Setelah lancar bacaan tadi, bolehlah meminta murid membacanya dengan lebih
cepat (tadwir) mengikut bacaan guru.

• Meminta murid ulang beberapa kali bacaan cepat tadi hingga lancar. • Meminta murid cuba mengingati ayat tadi tanpa melihat buku teks. Jika salah
barulah kembali merujuk buku teks.

• Apabila berjaya menghafal ayat tadi, barulah beralih kepada ayat berikutnya
mengikut langkah-langkah menghafal ayat pertama tadi.

• Apabila berjaya menghafal ayat tersebut, guru meminta murid mengulangi ayat
pertama tadi sehingga ayat kedua secara hafaz kecuali kalau tersangkut barulah merujuk buku teks.

• Murid diminta mengulangi ayat 1 hingga 2 beberapa kali secara cepat (tadwir)
sehingga lancar tanpa merujuk buku teks Asuhan Tilawah al-Qur’an.

• Murid diminta menghafal sehinggalah ayat terakhir menggunakan langkah2
seperti di atas tadi.

• Baca ayat-ayat yang dihafaz itu dalam solat kerana ia
menguatkan hafalan.

boleh membantu

iv. Satu set Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan serta teknik menghafal secara sistematik untuk guru jalankan di kelas Tahun 4 Melur turut disediakan dan bolehlah dijadikan contoh oleh guru untuk set RPH seterusnya :

___________________________________________________________________________
Muka surat 13 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
Rancangan Pengajaran Harian Mata pelajaran : Pendidikan Islam Tahun : Tarikh : Masa : Bilangan Pelajar : Bidang : Asuhan Tilawah al-Qur’an (Surah al-A’diyat). Tajuk : Membaca dan menghafaz Surah al-A’diyat ayat 1-3. Pengetahuan Sedia Ada : Membaca dan menghafaz Surah al-Qoria’h ayat 1 -11. Hasil Pembelajaran : Murid dapat Aras 1 = Menyebut dengan betul potongan ayat daripada Surah al-A’diyat. Membaca dan menghafaz potongan ayat 1 - 3 dengan bacaan yang betul. Aras 2 = Membaca dan menghafaz potongan ayat 1- 3 dengan bertajwid. Sentiasa membaca al-Qura’n dengan betul dan fasih. Aras 3 = Membaca dan menghafaz potongan ayat 1- 3 secara bertajwid dan fasih. Mengamalkan pembacaan al-Qur’an dengan fasih dan bertajwid. Kemahiran berfikir : Menilai,. Penerapan nilai : Ikhlas dalam niat dan amalan & menjauhkan diri daripada melakukan maksiat. Bahan Bantu Mengajar : Carta Surah al-A’diyat, bacaan ayat paparan LCD, kad imbasan potongan-potongan ayat & Mushaf AL-Quran Rasm Uthmani /Buku Teks Pendidikan Islam Jilid 2.

___________________________________________________________________________
Muka surat 14 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

Pendahuluan (2 minit)

Doa belajar

Murid ramai.

dan

guru

membaca doa beramai-

Set Induksi (3 minit)

Paparan seorang sedang pertama membaca A’diyat

LCD budak solat dan

tentang 1.Murid rakaat surah sedang secara al- budak yang hafaz lelaki

diminta Kemahiran dibaca Menilai oleh yang Teknik : Soal Jawab diminta Nilai : dalam dan

lelaki mendengar dengan teliti Berfikir :

surah

selepas sedang solat itu. 2.Murid

membaca al-Fatihah. menjawab soalan guru Ikhlas “adakah budak lelaki itu niat membaca atau amalan menghafal surah lazim dengan lancar selepas BBM : LCD bacaan al-Fatihah dalam solatnya?” 3.Kemudian murid

___________________________________________________________________________
Muka surat 15 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
diminta soalan murid mendengar menjawab guru yang pernah surah

kedua, “ adakah murid-

tersebut sebelum ini? 4.Guru tajuk hari ini. mengaitkan

jawapan murid dengan

Langkah 1 (10 minit)

Surah al-A’diyat ayat 1-3. Membaca ayat-ayat

1.Murid

diminta Kemahiran

mendengar pembacaan Berfikir : guru dengan teliti serta Mengecam potongan melihat secara pergerakan urutan ayat beramai-ramai Kaedah : membaca Talaqqi dengan mulut guru. Kemudian murid-murid

sebutan yang betul. Latih tubi

membaca mengikut bacaan guru Musyafahah dan diteliti oleh guru Teknik : Latih sehingga guru berpuas tubi menghafal lancar, hati. secara sistematik dahulu oleh ayat dan Nilai : murid, Ikhlas dalam tadi amalan.

potongan ayat. Apabila mengikut teknik

membaca ayat demi ayat yang 2. Guru membaca ayat betul, bermula dengan terlebih bacaan perlahan setelah didengar lancar membaca secara tadwir. membaca

bolehlah kemudian murid diminta niat dan dengan didengar oleh

___________________________________________________________________________
Muka surat 16 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
Surah al-A’diyat Ayat 1 – 3. guru atau mengikut BBM : Kad imbasan 3.Setelah bacaan meminta membacanya lebih cepat tadi, lancar potonganbolehlah potongan ayat murid & dengan Carta Surah al(tadwir) Zalzalah. bacaan guru.

mengikut bacaan guru. 4. Meminta murid ulang beberapa kali bacaan cepat tadi hingga lancar.

Langkah 2 (15 minit)

Menghafaz A’diyat ayat

Surah 1 1 –

al- 1.Meminta murid ulang Kemahiran 3 beberapa kali bacaan Berfikir : tadi hingga Membuat gambaran ayat tadi buku Kaedah :

mengikut kaedah yang cepat dicadangkan dan teknik lancar. menghafal sistematik.

secara 2. Meminta murid cuba mental. mengingati tanpa melihat

teks. Jika salah barulah Tikrar. kembali merujuk buku teks. 3.Apabila menghafal ayat mengikut pertama tadi. Teknik : Latih tubi menghafal berjaya secara ayat tadi, sistematik. BBM : Carta Surah alZalzalah.

barulah beralih kepada berikutnya langkah-

langkah menghafal ayat

___________________________________________________________________________
Muka surat 17 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
4.Apabila berjaya menghafal ayat tersebut, guru meminta murid mengulangi ayat pertama tadi sehingga ayat kedua secara hafaz kecuali kalau tersangkut barulah merujuk buku teks. 5.Murid mengulangi secara cepat merujuk Asuhan Qur’an. 6.Murid ayat diminta ketiga buku Tilawah diminta ayat 1

hingga 2 beberapa kali (tadwir) teks alsehingga lancar tanpa

menghafal sehinggalah menggunakan langkah2 seperti di atas tadi. 7.Baca ayat-ayat yang dihafaz itu dalam solat kerana hafalan. ia boleh membantu menguatkan

Langkah 3 (15 minit)

Menghafal ayat 1 - 3 . 1.

Murid-murid yang

diberi Kemahiran terhad Berfikir :

melalui kaedah cuba jaya masa sebanyak 15 minit.

dalam masa yang terhad selama 15 minit untuk Membuat menghafaz tertentu secara ayat-ayat gambaran sama ada mental &

perseorangan membuat Muka surat 18 daripada 10

___________________________________________________________________________

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
atau berkumpulan. Ia urutan ayat terpulang kapada murid sama individu berpasangan. Sekiranya berpasangan murid boleh meminta Teknik : Latih itu tubi menghafal dan secara sistematik. BBM : Mushaf 2. Selepas 15 minit atau AL-Qura Rasm ada murid yang lebih Uthmani /Buku awal menghafalnya, secara hadapan murid cuba boleh hafaz guru. belum hafal dapat Teks murid Pendidikan di Jika hafaz, ayat itu rakannya mendengar menyemak bacaan/hafalannya. ada secara Kaedah : Cuba mahupun Jaya & Kaedah Tasmik.

diminta membaca ayat Islam Jilid 2.

guru meminta murid itu sekali lagi. Kaedah ini dilaksanakan dalam bentuk kumpulan atau individu.

Penilaian Tahap Murid (10 minit)

Penilaian bacaan/hafalan murid

tahap 1. Murid diminta berada Kemahiran murid dalam kumpulan Berfikir : Membuat gambaran dan
ayat dan meminta membuat

Bacaan/Hafalan berdasarkan kemampuan menyambung

masing-masing.

bacaan guru atau bacaan 2.Guru membaca satu mental di kalangan murid. Surah al-A’diyat
murid-murid menyambung secara

urutan.

___________________________________________________________________________
Muka surat 19 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. hafaz, atau pun Kaedah: Ayat 1-3.
kumpulan membaca kedua kumpulan menyambung begitulah pertama Sambung ayat 1 bacaan. menyambung ketiga ayat 3

secara hafaz, kumpulan ayat 2 secara hafaz,

Teknik : main peranan.

secara hafaz juga dan seterusnya sambung-menyambung bacaan secara hafaz antara 3.Kemudian beberapa guru kumpulan murid. meminta seorang murid membaca ayat 1 secara hafaz lain hafaz. seterusnya menyambung hafazan kalangan murid. Penutup (5 minit) Rumusan dan refleksi 1. : 1. Guru memberi kataSurah sekiranya dijadikan boleh solat bacaan harian al-A’diyat sudah iaitu untuk kata penghargaan kepada murid yang berjaya menghafal ayat 1-3. kata perangsang kepada murid yang belum menghafal ayat 1- 3. Nilai : Menjauhkan diri daripada melakukan maksiat. Kaedah : Tasmik kemudian menyambung Demikianlah sambungbacaan dalam meminta seorang murid bacaan ayat 2 secara

menghafal ayat 1-3, ia dibaca

dalam 2. Guru memberi kata-

menguatkan hafalan.

___________________________________________________________________________
Muka surat 20 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
3. Guru membuat kesimpulan bahawa hanya dengan kesungguhan dan usaha yang tekun boleh membantu murid untuk menghafal surah azZalzalah dengan betul dan lancar. 4. Guru meminta murid membaca dan menghafal Surah azZalzalah ayat 1-3 semasa berada di rumah dan akan dinilai semula oleh guru.

Refleksi :__________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ v. Ujian Penilaian Tahap Bacaan/Hafalan Murid kali kedua secara individu turut dijalankan selepas menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan yang memberi penekanan kepada penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta teknik menghafal ayat-ayat hafazan. Ujian ini untuk mengesan perkembangan kemampuan murid menghafal ayat-ayat hafazan setelah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan yang mana

___________________________________________________________________________
Muka surat 21 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
pengisiannya telah dirancang rapi dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan teknik menghafal secara sistematik tersebut.

7.0 Dapatan Kajian Bagi mengetahui keberkesanan perlaksanaan tindakan dalam kajian ini, saya telah membuat penilaian dan refleksi ke atas beberapa tindakan lalu seperti berikut : i. Pemerhatian Proses Pengajaran & Pembelajaran Ayat-ayat Hafazan untuk Kelas 4 Melur Yang Menggunakan Pelbagai Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Serta Teknik Menghafal Ayat-ayat Hafazan Secara Sistematik. Saya telah menjalankan pemerhatian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan untuk kelas 4 Melur tetapi tidak dengan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terhad dan asyik kaedah yang sama sahaja digunakan dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajarannya, sebaliknya saya mengisinya dengan penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta teknik menghafal ayat-ayat hafazan secara sistematik. Saya telah menggunakan borang pemerhatian inventori yang mengandungi item-item tentang penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan yang pelbagai serta pelaksanaan teknik menghafal secara sistematik oleh guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan tersebut. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan selama 4 minggu berturut-turut, saya dapati guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan di kelas 4 Melur berjaya mempelbagaikan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan dan berjaya menganjurkan teknik menghafal ayat-ayat hafazan secara sistematik. Guru tersebut juga berjaya meningkatkan tahap bacaan/hafalan murid-murid Tahun 4 Melur. Guru tersebut turut berjaya menyelesaikan masalah murid yang cepat merasa bosan dan cepat penat sehingga mengganggu konsentrasi mereka untuk menghafal ayat-ayat hafazan tersebut. Selain itu, saya dapati beberapa objektif P&P tersebut tercapai iaitu : a. Mencapai objektif P&P (Minggu pertama) iaitu seramai 21 orang murid dapat menghafaz potongan ayat 1 – 3 dengan bertajwid. Sebelum ini hanya 4 orang sahaja yang berjaya menghafalnya. Kempat-empat orang tersebut merupakan murid yang sama sahaja semenjak daripada Hafalan Surah AL-A’diyat lagi. b. Mencapai objektif P&P (Minggu Kedua) iaitu seramai 21 orang murid dapat menghafaz potongan ayat 3 – 6 Surah AL-A’diyat dengan bertajwid. c. Mencapai objektif P&P (Minggu ketiga) iaitu seramai 21 orang murid dapat menghafaz ayat 6-9 Surah al-a’diyat dengan bertajwid.

___________________________________________________________________________
Muka surat 22 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
d. Mencapai objektif P&P (Minggu keempat) iaitu seramai 21 orang murid dapat menghafaz ayat 9-12 Surah al-a’diyat dengan bertajwid. Secara keseluruhannya, hasil dapatan analisis pemerhatian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan Tahun 4 Melur, penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan serta teknik menghafal secara sistematik dalam proses P&P dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan dengan betul dan lancar. Berbanding dengan tahap bacaan murid pada pengajaran dan pembelajaran yang lalu sebelum ini, hanya 4 orang murid yang sama sahaja dapat menghafal Surah al-Qoria’h dan Surah al-A’diat. Murid lain masih tersangkut-sangkut hafalan mereka. Dengan itu guru perlu memainkan peranan untuk mencorakkan proses pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan ini dengan penggunaan pelbagai kaedah P&P serta teknik menfghafal secara sistematik diajar kepada murid-murid. Tidak hanya terbatas kepada satu atau dua kaedah sahaja sehingga menyebabkan murid cepat bosan dan berasa letih semasa aktiviti menghafal ayat-ayat hafazan tersebut seterusnya membuatkan mereka tidak menghafal dengan kosentrasi yang baik. Namun, murid-murid tersebut sebenarnya memiliki kemampuan menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan tersebut yang boleh dicungkil atau digarap oleh guru. ii. Penilaian dan refleksi berdasarkan maklumbalas daripada Ujian Pengesanan Tahap Bacaan/ Hafalan Murid di awal kajian (ujian pertama) dan di akhir kajian (ujian kedua) Bagi mengetahui keberkesanan pelaksanaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta teknik menghafal secara sistematik di dalam proses P&P Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat-ayat Hafazan) yang telah dijalankan di kelas Tahun 4 Melur, saya telah menjalankan Ujian Pengesanan Tahap Bacaan/Hafalan Murid untuk kali kedua pada akhir kajian ini. Ujian ini meliputi ayat 1 hingga 11 Surah secara individu di hadapan guru. al-A’diyat dihafal oleh murid Berdasarkan hasilan ujian pengesanan tahap

bacaan/hafalan ini sebelum kajian ini berakhir, saya dapati bilangan murid yang dapat menghafal surah az-Zalzalah ayat 1 – 8 dalam ujian akhir (kali kedua) meningkat kepada 21 orang berbanding hanya 4 orang murid sahaja yang dapat menghafalnya dalam ujian pengesanan bacaan/hafalan (ujian pertama) sebelum ini. Ini bererti setelah sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 4 minggu berturut-turut oleh guru Asuhan Tilawah alQur’an menggunakan Rancangan Pengajaran Harian yang saya lengkapi dengan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan serta teknik menghafal secara

___________________________________________________________________________
Muka surat 23 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
sistematik, penguasaan murid terhadap kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan serta teknik menghafalnya secara sistematik semakin bertambah baik. Berikut adalah keputusan Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan Murid 4 Melur (ujian kedua) selepas pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan kepada Guru Asuhan Tilawah al-Qur’an dilaksanakan selama 4 minggu berturut-turut. Bilangan Murid Mengikut Tahap Penguasaan Kemahiran Menghafal Perkara / Aspek Ayat-ayat Hafazan Bacaan/hafazan baik Menghafaz ayat dengan sebutan huruf yang betul. Menghafaz 21 orang ayat dengan bacaan 21 orang 21 orang 21 orang 21 orang 13 orang 13 orang 13 orang 13 orang 13 orang Bcaan/hafazan Lemah

panjang pendek yang betul. Menghafaz ayat dengan tajwid yang betul. Menghafaz ayat dengan bertajwid dan lancar. Menghafaz ayat dengan turutan yang betul, bertajwid dan lancar. 8.0 Refleksi Kajian

Hasil dapatan analisis Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan kali kedua ini, saya dapati seramai 21 orang murid sebenarnya memiliki kemampuan menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan dengan betul dan lancar ekoran daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik daripada sebelum ini. Guru mampu melahirkan murid yang berkemahiran menghafal ayat-ayat hafazan tersebut. Seramai 13 orang murid yang lain masih belum berjaya menghafal ayat-ayat hafazan tersebut. Ini disebabkan banyak faktor mengapa murid-murid ini masih belummenghafal ayat-ayat hafazan tersebut antaranya ialah keupayaan murid tidak sama, belum menguasai bunyi sebutan huruf Hijaiyyah, murid yang lemah rasa rendah diri, murid terlalu ramai menyebabkan guru tidak boleh memberikan perhatian yang sewajarnya untuk seorang murid, ada dikalangan murid yang tidak menghadirkan diri, murid cepat merasa bosan dan sekolah semata-mata. kebanyakkan ibubapa kurang mementingkan pendidikan Al-Quran di rumah dan hanya mengharapkan tunjuk ajar guru di

___________________________________________________________________________
Muka surat 24 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

9.0 Cadangan Kajian Seterusnya Saya mendapati kajian tindakan tentang meningkatkan kemahiran menghafal ayatayat hafazan di kalangan Tahun 4 Melur ini perlu diteruskan untuk semua kelas supaya guru dapat meningkatkan lagi penguasaan di kalangan murid terhadap kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan ini melalui penambahbaikan dari segi amalan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan tersebut. Saya bercadang untuk meneruskan kajian ini dengan memberi penekanan kepada kefahaman terjemahan ayatayat hafazan bagi membantu murid cekap menghafal ayat-ayat hafazan seterusnya mengamalkannya dalam bacaan solat harian. Kajian sedemikian menjadikan guru sentiasa bijak mencorakkan amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Rumusan/Penutup Berdasarkan pengalaman menjalankan kajian tindakan ini, dapatlah dirumuskan bahawa Pencapaian murid banyak dipengaruhi oleh amalan mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan.Penggunaan kaedah pengajaran yang terhad atau tidak dipelbagaikan menjadi faktor utama membuatkan murid menjadi bosan dan tidak memberikan tumpuan kepada pelajaran sehingga ini menjejaskan proses pembelajaran atau hafalan ayat-ayat hafazan. Kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian tiap-tiap murid boleh dipertingkatkan apabila masalah sebenar sedemikian dapat diatasi. Bagi memahami masalah murid seperti guru hendaklah sentiasa peka terhadap perubahan perlakuan muridmurid sepanjang proses P&P dijalankan seperti mengantuk, berbual-bual ketika guru mengajar, tidak aktif dan murid menjadi bosan sehingga tidak memberi tumpuan kepada pelajaran.. Semua ini adalah petunjuk kepada keberkesanan pengajaran guru. Walaubagaimanapun, kewujudan masalah ini sebenarnya turut dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu guru terikat dengan beban sukatan pelajaran tahunan. Guru bertukus lumus menghabiskan sukatan pelajaran tanpa mengambil kira prestasi murid. Ini menjadi kengkangan untuk mencapai pengajaran yang berkualiti. Dengan itu, kajian tindakan meningkatkan kemahiran murid menghafal ayat-ayat hafazan di kalangan murid Tahun 4 Melur ini memberi banyak panduan dan kesedaran kepada guru bahawa guru itu harus bijak menggunakan kaedah pengajaran sepenuhnya kerana ia boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman murid yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa serta menyentuh perasaan murid supaya mereka akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat serta bertahan lebih lama khususnya dalam bidang Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat-ayat Hafazan).

___________________________________________________________________________
Muka surat 25 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
Rujukan / Bibliografi Ahmad Mohd Salleh (1997). Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi, Shah Alam Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Atan Long (1981). Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Azizul Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad (2010). Styrategi Pengajaran Guru Cemerlang, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hassan Langgulung (1981). Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam Kuala, Kuala Lumpur : Pustaka Antara. Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Teknologi, Johor Bahru. Kementerian Pendidikan Malaysia (). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 4.

Mook Soon Sang (1992). Pedagogi 2.: Strategi Pengajaran Pembelajaran Mikro, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Mook Soon Sang (1996). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar (2009). Amalan Pengajaran Berkesan, Shah Alam Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd. Prof. Dr. Othman Lebar, Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim, Omar Hisham Mohd Baharin, Ismail Raof (2011). Modul Pengajaran, Teknolgi Dan Penaksiran2 KPD 3026, Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zawawi Hj. Ahmad (1984). Pendidikan Islam Kaedah & Teknik Pengajaran, Petaling Jaya : International Book Service.

___________________________________________________________________________
Muka surat 26 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.
Lampiran 1.Borang Soal Selidik untuk diisi oleh murid Tahun 4 Melur 1 Sangat tidak setuju Bil. 1 2 Skala Saya tidak memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Saya tidak berminat untuk menghafal ayat-ayat hafazan kerana beranggapan ayat-ayat tersebut susah untuk dihafal kerana ayatnya 3 panjang. Saya tidak berasa seronok dan kurang keyakinan setiap kali aktiviti menghafal ayat4 ayat hafazan dijalankan. Saya rasa bosan dan rasa letih setiap kali guru menjalankan aktiviti menghafal ayat-ayat hafazan kerana guru hanya memberi arahan kepada murid supaya mengikuti bacaan guru berulang-ulang kali secara hafaz sehinggalah akhir waktu. Apabila letih, susah untuk 5 meneruskan hafalan. Saya berasa seronok dan yakin untuk menghafal ayat-ayat hafazan. 1 2 3 4 5 2 Tidak setuju 3 Kurang Setuju 4 Setuju 5 Sangat setuju

SKAL A

___________________________________________________________________________
Muka surat 27 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

2. Dapatan Pemerhatian keatas proses P&P selama 4 minggu berturutturut : a. Mencapai objektif P&P (Minggu pertama) iaitu seramai 21 orang murid dapat menghafaz potongan ayat 1 – 3 dengan bertajwid. Sebelum ini hanya 4 orang sahaja yang berjaya menghafalnya. Kempat-empat orang tersebut merupakan murid yang sama sahaja semenjak daripada Hafalan Surah AL-A’diyat lagi. b. Mencapai objektif P&P (Minggu Kedua) iaitu seramai 21 orang murid dapat menghafaz potongan ayat 3 – 6 Surah AL-A’diyat dengan bertajwid. c. Mencapai objektif P&P (Minggu ketiga) iaitu seramai 21 orang murid dapat menghafaz ayat 6-9 Surah al-a’diyat dengan bertajwid. d. Mencapai objektif P&P (Minggu keempat) iaitu seramai 21 orang murid dapat menghafaz ayat 9-12 Surah al-a’diyat dengan bertajwid.

3. Dapatan terakhir Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan Murid Tahun 4 Melur : Bilangan Murid Mengikut Tahap Penguasaan Kemahiran Menghafal Perkara / Aspek Ayat-ayat Hafazan Bacaan/hafazan baik Menghafaz ayat dengan sebutan huruf yang betul. Menghafaz 21 orang ayat dengan bacaan 21 orang 21 orang 21 orang 21 orang 13 orang 13 orang 13 orang 13 orang 13 orang Bcaan/hafazan Lemah

panjang pendek yang betul. Menghafaz ayat dengan tajwid yang betul. Menghafaz ayat dengan bertajwid dan lancar. Menghafaz ayat dengan turutan yang betul, bertajwid dan lancar.

___________________________________________________________________________
Muka surat 28 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

___________________________________________________________________________
Muka surat 29 daripada 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

Dapatan Soal Selidik Pelajar

___________________________________________________________________________
Muka surat 30 daripada 10

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.