You are on page 1of 8

Persepsi Jihad

Media-media barat sering menggambarkan para pejuang Islam sebagai pengganas

Konsep Jihad
Jihad bermaksud perjuangan mempertahankan kesucian dan keselamatan agama serta negara Islam. Jihad juga bermaksud perjuangan menentang sebarang bentuk kemungkaran dan menegakkan kebenaran.

Bahagian-bahagian Jihad
Terbahagi kepada jihad besar dan jihad kecil Jihad besar ialah jihad melawan hawa nafsu Jihad kecil ialah berperang ke jalan Allah SWT bagi mempertahankan kesucian Islam daripada dinodai dan negara Islam daripada dicerobohi Jihad dalam konteks semasa seperti jihad ilmu, jihad dakwah, jihad sahsiah, jihad ekonomi dan jihad amar makruf nahi mungkar

Kepentingan Berjihad
Tuntutan Islam untuk membela dan mempertahankan hak semua orang tanpa mengira warna kulit dan anutan kepercayaan. Bersesuaian dengan misi Islam sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam Memelihara keselamatan seluruh rakyat, sama ada penganut Isalam atau bukan adalah tanggungjawab pemimpin Islam.pemimpin boleh mengiystiharkan jihad terhadap musuh yang mengancam

Semangat jihad yang kental dalam kalangan umat Islam menjamin kesejahteraan dan kedaulatan negara Islam selain memelihara maruah ummah. Kekuatan semanagt jihad dapat menggerunkan musuh-musuh yang berniat jahat.

Halangan Dalam Melaksanakan Jihad


Merupakan pekerjaan terpuji yang disanjung oleh Allah SWT Kebanyakan umat Islam kini takut berjihad kerana mempunyai iman yang lemah. Lebih mementingkan diri sendiri,terlalu cintakan dunia dan takut untuk mati Ikatan persaudaraan umat Islam kini amat rapuh dan lebih mengutamakan bangsa dan negara masing-masing.

Tanggapan Salah Terhadap Konsep Jihad


Majoriti umat Islam kini tidak memahami konsep jihad dengan jelas dan terpengaruh dengan persepsi Barat Pemahaman jihad terfokus kepada perjuangan bersenjata dan mujahid atau pejuang dilihat sebagai pengganas atau paling minimum sebagai ekstremis agama Tidak memberi penekanan terhadap kepentingan strategik umat Islam seperti pembangunan ekonomi dan pendidikan

Kenapa Barat Menentang Jihad


Umat Islam berupaya menguasai dunia pada masa lalu kerana mereka berjihad mempertahankan maruah Islam. Mereka meletakkan kepentingan Islam lebih daripada kepentingan perbadi. Barat bimbang pengaruh Islam akan berkembang dan akan mengancam kepentingan mereka.

Ketidakadilan dan kezaliman pada masa kini merupakan legasi Barat yang satu ketika dahulu menjajah dunia dan sehingga hari ini cuba mempertahankan hegemoninya.

You might also like