You are on page 1of 6

TEH LEE YEE 1PISMP PML(BC)/MT EN.MOHD.

ZAIN TOPIK:SEKOLAH AMANAH

14/01/2011

SHAH ALAM 22 Nov. - Kerajaan dicadang memperkenalkan 'Sekolah Amanah' yang kini menjadi kekuatan sistem pendidikan di negara-negara maju. Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, langkah tersebut bertujuan memperbaiki perpecahan pemikiran dalam sektor pendidikan di negara ini.Beliau berkata, buat permulaan, sekolah tersebut wajar ditubuhkan di lima kawasan Koridor Ekonomi Baru di negara ini dengan beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) atau jutawan menjadi pemegang amanah. "GPMS percaya kesan pelaburan dalam pendidikan pastinya selari dengan niat membangunkan ekonomi."Jadi tidaklah menjadi satu permintaan berlebihan jika kita menggalakkan pembukaan Sekolah Amanah 1Malaysia," kata beliau.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Agung Tahunan Ke-55 GPMS yang disempurnakan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini. Menurut Reezal Merican, penubuhan sekolah itu wajar dimulakan di peringkat menengah dengan menggabungkan pelajar berbilang kaum sekali gus menyemarakkan semangat 1Malaysia.Katanya, Malaysia memerlukan sekolah dan institusi pendidikan yang boleh dijadikan model untuk bergerak ke hadapan."Zaman untuk kita terus dikelabui dengan kepentingan politik dan suara-suara yang mampu mengheret kita ke belakang putaran sejarah sudah mula perlu dijernihkan. "Agenda penjernihan ini mestilah dilakukan dengan ikhlas dan jujur," kata beliau. Sementara itu, Mohd. Puad ketika diminta mengulas berkata, cadangan tersebut sangat baik dan kementeriannya sedia bekerjasama sekiranya kerajaan meluluskannya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Pendidikan&pg=pe_03.htm (14-01-2011)

Projek perintis pertingkat akademik hasil perkongsian awam-swasta


PUTRAJAYA: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kementerian Pelajaran melancarkan inisiatif bersama dikenali Sekolah Amanah bertujuan meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik sekolah menerusi konsep perkongsian awam-swasta (PPP). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebanyak 10 sekolah, masingmasing lima di Johor dan Sarawak dipilih menyertai projek perintis itu di bawah program Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan AMIR. Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda 2, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kangkar Pulai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu, SMK Gelang Patah, SK Kampong Layau, SM Sains Kuching, SMK Bandar Kuching 2, SK Tabuan, SK Empila dan SK Combine.Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, semua sekolah terbabit terdiri daripada sekolah berprestasi lemah, sederhana dan baik serta merentasi pelbagai latar belakang sosio ekonomi. "Sekolah Amanah bukanlah sekolah elit kerana natijah akhir program ini untuk memastikan setiap sekolah dapat meningkatkan prestasi masing-masing dengan bantuan khususnya kewangan daripada Khazanah."Oleh itu, satu unit Sekolah Amanah sudah diwujudkan di kementerian bagi mengawal, menyelia dan memastikan objektif program dicapai selain penubuhan Yayasan AMIR di bawah Khazanah bagi mengendalikan projek perintis ini dalam tempoh lima tahun," katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada media selepas melancarkan program Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan AMIR, di sini semalam. Hadir sama Pengerusi Yayasan AMIR, Raja Tan Sri Arshad Tun Uda; Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud. Muhyiddin berkata, menerusi program berkenaan, Khazanah akan memberi bantuan nasihat, kepakaran dan kewangan dalam usaha menaikkan lagi prestasi sekolah terbabit dan setakat ini beberapa syarikat korporat serta swasta lain menyatakan minat menyertai program terbabit. Sementara itu, Azman berkata, Khazanah memperuntukkan RM20 juta setahun bagi melaksanakan program Sekolah Amanah itu selaras komitmennya menyokong usaha kerajaan mentransformasi sistem pendidikan. Beliau berkata, Johor dan Sarawak menjadi pilihan projek perintis kerana Khazanah banyak menjalankan projek pembangunan di selatan Semenanjung, manakala Sarawak pula kerana pihaknya mahu pembangunan seimbang antara Semenanjung dan Malaysia Timur kerana program itu akan turut dikembangkan ke Sabah. INFO: Sekolah Amanah Mengamalkan konsep perkongsian antara awam dan swasta seperti yang diamalkan di beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, England dan Sweden.

Sekolah awam akan diurus bersama oleh rakan kongsi swasta yang berkelayakan dan pengetua daripada perkhidmatan awam di bawah naungan Kementerian Pelajaran. Menggabungkan ciri-ciri terbaik daripada sektor awam dan swasta bagi menyediakan pengalaman pendidikan yang lebih baik untuk pelajar supaya dapat mencapai potensi mereka sepenuhnya. Berbeza dengan Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah SMART dan Sekolah Wawasan kerana ia menggunakan model pengurusan serta operasi yang berbeza iaitu berteraskan perkongsian awam-swasta. Terus mengekalkan status awam tetapi lebih bebas untuk bekerjasama dengan rakan kongsi swasta berkelayakan (menerusi yayasan bukan berasaskan keuntungan) yang mempunyai kepakaran, sumber, dana dan kualiti kepimpinan bagi menawarkan perkhidmatan nilai tambah yang bersesuaian. Rakan kongsi swasta boleh tergolong daripada institusi pendidikan tinggi, kumpulan alumni dan juga syarikat swasta. Diberi kelonggaran bagi membuat keputusan mengenai penyampaian kurikulum, pembangunan profesional berterusan, kewangan dan pemerolehan serta pengurusan sumber manusia bagi mempertingkatkan inovasi dan memenuhi keperluan komuniti setiap sekolah. Menetapkan beberapa sasaran indeks prestasi utama (KPI) yang berkaitan dengan peningkatan hasil pelajar dalam rangka masa lima tahun merangkumi aspek akademik dan bukan akademik seperti keputusan peperiksaan, kemajuan pelajar dan sekolah, perkembangan watak (kepimpinan dan kreativiti) dan kepuasan pihak yang berkepentingan iaitu pengetua, guru, ibu bapa dan pelajar. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/10terpilihSekolahAmanah/Article/(14-01-2011)

SEKOLAH AMANAH
SEKOLAH 'separa korporat' akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secara langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan - sama ada menengah atau rendah - di bawah inisiatif Sekolah Amanah mulai tahun depan. Hal ini akan menjadikan sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan - menengah atau rendah - setanding dengan sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina, atau sekolah swasta dari segi status elitis dan pembiayaan kewangannya, sekali gus mengubah topografi pendidikan dan tanggapan terhadap sekolah kebangsaan di negara ini. Apakah pula perbezaan Sekolah Amanah dengan sekolah swasta? Perbezaan besar ialah Sekolah Amanah merupakan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang bakal mendapat penajaan syarikat, sementara sekolah swasta ialah sekolah yang dimiliki secara berdaftar oleh sebuah pegangan swasta sepenuhnya.Inisiatif Sekolah Amanah akan mencakupi

sekolah kerajaan iaitu sekolah kebangsaan harian, sekolah menengah harian, sekolah agama, sekolah vokasional, sekolah berasrama, sekolah pendidikan khas, sekolah Orang Asli, Sekolah Sukan dan Sekolah Seni.Turut mendapat tempias ialah sekolah bantuan kerajaan yang meliputi sekolah aliran dan sekolah mubaligh. Turut diberi jaminan ialah, tiada bayaran tambahan - sama ada berbentuk yuran, aktiviti atau yang tersembunyi - yang akan dikenakan kepada pelajar atau ibu bapa untuk memasuki Sekolah Amanah. Hal ini berbeza dengan sekolah swasta yang mengenakan yuran yang tinggi kepada pelajar.Namun begitu, hal ini tidak bermakna pihak swasta yang menjadi penaja bakal mempunyai kuasa autonomi ke atas pentadbiran sedia ada di sekolah. Pengetua atau guru besar masih berkuasa penuh.Sebagai permulaan, Khazanah Nasional melalui perbadanannya, Yayasan Amir - sebuah organisasi bukan komersial yang baru diperbadankan - akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelajaran merintis pelaksanaan di 10 sekolah rintis, yang akan diumumkan kelak. ''Kita akan cuba menerapkan budaya korporat dalam budaya sekolah dan mempercepatkan keberhasilan yang dirancang di bawah inisiatif utama Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2010," kata Pengarah Eksekutif Pengurusan Strategik Pembangunan Sumber Manusia Khazanah Nasional, Shahnaz Al-Sadat.Inisiatif tersebut ialah program prasekolah, tawaran baru kepada pentadbir dan pengetua sekolah, program sekolah berprestasi tinggi, program literasi dan numerasi (LINUS) dan program penambahbaikan sekolah. Beliau menggambarkan, Khazanah Nasional akan mengeluarkan belanja yang besar bagi merintis program Sekolah Amanah.''Mungkin RM4,000 bagi setiap pelajar," ujar Shahnaz sambil membayangkan penerapan budaya korporat melalui corak pentadbiran, serta pengenalan beberapa kurikulum sampingan baru yang ada 'sentuhan' korporat.Kepada pertanyaan yang lebih mendalam, khususnya yang menyentuh tentang 'imbuhan' kepada guru dalam persekitaran dan kesesuaian terma gaji korporat, beliau menjawab: ''Terlalu banyak perkara yang hendak diteliti dan kalau soal itu, ia tertakluk pula kepada terma Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)." Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan tentang insiatif Sekolah Amanah itu hari ini.Kepada satu soalan pemberita pada taklimat khas tentang Sekolah Amanah di Kuala Lumpur baru-baru ini, Shahnaz menekankan bahawa projek rintis telah dijalankan selama lebih setahun ke atas sembilan kesatuan dan persatuan guru, seramai 60 pengetua dan guru serta 10 pakar subjek selain kumpulan guru dan orang awam.''Rata-rata positif, dan Khazanah Nasional sendiri tidak mahu merosakkan anak bangsa dengan projek ini," tegasnya. Tambah beliau, objektif Sekolah Amanah ialah merapatkan jurang elitis, menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), memantapkan program pedagogi, menambah baik jaringan pentadbiran antara sekolah primer dengan sekolah yang kurang berkemampuan, merangsang guru untuk lebih berinovatif dan seterusnya menjadi contoh kepada transformasi sekolah.Jika berdasarkan pelan asal yang dibentangkan oleh Khazanah Nasional yang bakal mengambil 10 sekolah sulung sebagai sekolah angkatnya bagi projek berkenaan mulai tahun depan, peranan pihak swasta lebih kepada menaja sebarang program untuk kebaikan sekolah.Khazanah Nasional turut menganggap program berkenaan sebagai melangkaui program tanggungjawab sosial korporat (CSR), kerana ia melibatkan pertaruhan pembangunan modal

insan. Secara teknikalnya, pihak Kementerian Pelajaran serta penaja akan mengadakan perjanjian pelaksanaan dan pengurusan (OMA) - satu ikatan perjanjian yang akan menentukan had autonomi, indeks utama pencapaian (KPI) serta terma yang menggariskan bidang pelaksanaan dan pengurusan oleh pihak swasta.Pihak Kementerian Pelajaran mempunyai kuasa penuh untuk memilih dan menjalin kontrak dengan mana-mana penaja, memilih sekolah yang layak serta menentukan prestasi berdasarkan sasaran awal.Bagi penaja atau yayasan yang telah dilantik, mereka akan terlibat secara langsung dengan aspek pengurusan berasaskan sekolah, perkhidmatan nilai tambah dan pembiayaan tambahan. Hal ini bermakna pihak berkenaan akan menetapkan garis panduan dan piawaian bagi bidang autonomi yang telah dipersetujui, memastikan kemapanan kewangan sekolah, menyediakan kawalan kualiti dalaman dan memilih penyediaan perkhidmatan jika difikirkan perlu. Apa pula peranan pengetua sekolah? Mereka akan meneruskan rutin tugas harian seperti sekarang dalam hal berkaitan dasar pengajaran dan pembelajaran, dasar staf dan pelajar serta pengurusan bajet.Shahnaz menambah, pihaknya membuat kajian terperinci tentang program Sekolah Amanah daripada beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), India dan Sweden, yang ada keperluan khusus masing-masing. Katanya, model perkongsian pintar sektor awam dan swasta (PPP) wujud di lebih 50 buah negara di seluruh dunia.Di AS, katanya, Sekolah Amanah berfungsi menangani 'sekolah yang gagal' di kawasan yang 'paling sukar', memenuhi keperluan pelajar yang tidak mendapat cukup perhatian dan meningkatkan keseluruhan aspek persekolahan melalui persaingan. Di UK pula, konsep yang sama dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan, seperti mana juga di India. Di Sweden, konsep yang sama telah berjaya merapatkan jurang pendidikan antara sekolah yang berprestasi tinggi dan sekolah yang berprestasi rendah khususnya di kawasan ramai anak penghijrah.Di atas premis yang lebih kurang sama, kata Shahnaz, Yayasan Amir akan memilih berdasarkan kriteria berikut: lima sekolah adalah berdasarkan prestasi yang rendah , prestasi sederhana (3) dan prestasi tinggi (2)''Dengan pemilihan ini, kita akan mewujudkan rangkaian supaya sekolah berprestasi rendah boleh belajar daripada rakan mereka di tahap yang lebih baik," kata Shahnaz.

Sekolah Amanah atau Trust Schools akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah kerajaan yang terpilih. Sekolah terbabit akan diberi autonomi oleh kerajaan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar. Autonomi yang akan diberikan termasuk keanjalan untuk mengubah suai kurikulum pembelajaran, menggunakan peruntukan mengikut keperluan, memberi insentif kepada guru mengikut tahap prestasi serta memilih guru dan staf sokongan.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=8128:sekolah -amanah&catid=180:jenis-jenis (14-01-2011)

You might also like