MODUL BMM 3103 PENGUJIAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 1.

1 Sinopsis Topik ini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian dan pentaksiran bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topik, para pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapa soalan untuk menguji pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet, perbincangan dalam talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah anda boleh juga dilakukan. Tahukah anda, penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar TAJUK 1: PENGERTIAN DAN KONSEP 1.2 Hasil pembelajaran 1.2.1. Konsep pentaksiran 1.2.2. Konsep pengujian 1.2.3. Konsep penilaian 1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian 1.3 Kerangka Konsep 1.4 Pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi halhal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pengertian dan Konsep Pentaksiran Pengujian Penilaian Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:i. Instrumen ii. Kumpulan yang ditaksir iii. Respon iv. Kumpulan yang menaksir v. Skor 1.5 Pengujian

1

 Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.  Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.  Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran  Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.  Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru. Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan. 1.6 Penilaian Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum. Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:  mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.  menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.  membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan temanteman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.  menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.  membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta

2

2 Hasil Pembelajaran 2. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian. 2.2.1 Sinopsis Sebagaimana yang anda tahu.4.Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan.kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka. dan penilaian. sila jawab soalan-soalan dibawah. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl.8 Aktiviti 2. tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah. Menghuraikan konsep pentaksiran. penilaian. TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL 3 . Selamat berjaya ! 2. a. pengujian. 1. Menjelaskan taksonomi Bloom. 2.2.2. Berdasarkan rajah di atas. semester dan akhir tahun. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu. Dalam panduan pembelajaran ini. Sejauh manakah kertas ujian bulanan.3. dan  membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya. pengukuran. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Berdasarkan maklumat yang diperoleh.1. c. PENILAIAN PENTAKSIRAN PENGUJIAN Arahan: Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan. dan pengukuran ini dalam bentuk grafik. Pengujian dan Penilaian Rajah 1. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu. 2.2. kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.2. dan domain Krathwohl. dan penilaian dilakukan. semester dan akhir tahun yang dibina menepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan? 1. Dalam hal ini.7 Perkaitan antara Pentaksiran. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsepkonsep pengujian. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan. taksonomi Solo. kawasan) dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. b. dua aspek ini akan dibincangkan serta aktiviti yang berkaitan boleh dijalankan bersama pensyarah anda untuk memudahkan pemahaman anda.

3 Kerangka Konsep 2. prosedur. seperti minat. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan.4 Taksonomi Bloom Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain.2. Pengetahuan ii. dan keterampilan berfikir. melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual. Sintesis (Synthesis) Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali 4 . urutan. fakta-fakta. seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. rumus. 2. gagasan. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual Pengetahuan (Knowledge) Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan. Taksonomi dan Domain Taksonomi Bloom Domain Krathwohl Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. seperti pengetahuan. Cognitive Domain (Domain Kognitif). peraturan. sikap. apresiasi. arahan. dan mengoperasi mesin. diagram. definisi. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi. metodologi . jadual . Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu: i. 3. laporan. pengertian. dan sebagainya. berenang. teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar. Aplikasi (Application) Pada tahap ini. metodologi. seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan. prinsip dasar. dan sebagainya. Pemahaman (Comprehension) Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran. pola. iaitu: 1. dan cara penyesuaian diri. Analisis (Analysis) Pada tahap analisis.

metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya. gagasan.5 Domain David Krathwohl  Domain Afektif  Penerimaan (Receiving/Attending)  Tanggapan (Responding)  Penghargaan (Valuing)  Pengorganisasian (Organization)  Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value Complex) Arahan: Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom dan Domain Krathwolh. Penciptaan (Origination) 2.html 2. Persepsi 2.  Domain Psikomotor 1. 1. Mekanisme (Mechanism) 5.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krath stax. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. http://classweb. Respons Terpimpin 4. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang 5 .htm 3.6 Aktiviti 3. Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:1.1 Sinopsis Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Sila huraikan sejauh manakah penggunaan Domain Krathwohl dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun untuk setiap kelas di sekolah anda. anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.pdf 2. Persediaan (Set) 3. Penyesuaian (Adaptation) 7. b.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.nwlink.gmu.data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response) 6.ukm. http://pkukmweb. c.com/~Donclark/hrd/bloom. Setelah itu. Penilaian (Evaluation) Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian. Sila nyatakan bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom. Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun di sekolah anda dari segi: a. http://www.

 Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.1.2. 3.2 Hasil pembelajaran 3. Bil Bentuk Soalan Objektif Kemahiran Aras Kognitif Bidang/Topik/Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Jumlah Item 1.  Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. amali. Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU 3.3 Kerangka konsep 3.4 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)  Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.80%. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).2.  Bilangan item yang mengikut bentuk.  Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.  Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 4 6 . kertas kursus dan lain-lain.5 Kepentingan JSU  Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.  Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % . JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification.  Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.tinggi.  Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JADUAL SPESIFIKASI UJIMBINAAN JSU  Memberikan panduan untuk membentuk format ujian. esei. 3. kandungan dan aras kemahiran. Penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian TAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN 3.2.

BM sebelum dan selepas merdeka 2 2 1. 3. 1 markah bagi 1 item c.3 Fonologi 20 16  Definisi. alat artikulasi. Asal usul BM. Linguistik Diskriptif 1 5 4 1 1 1.6 Langkah-langkah Membina JSU Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu a. Pengetahuan Mudah 7 . Sejarah. Penilaian Sukar 5. jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa X Jumlah soalan Jumlah Masa keseluruhan Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom Tiga domain: kognitif. Sintesis 4. Analisis 3.2 Linguistik BM 15 12  Pengenalan linguistik Definisi. cara penghasilan 3 2 1 1  Fonem segmental 2 2 1 1 1  Fonem suprasegmental 1 1 Jumlah 40 32 Jadual 1: Contoh JSU  Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di sekolah. soalan objektif (30 soalan) b. Kefahaman 1. afektif. dan psikomotor Domain Kognitif 6. Penggunaan 2.

com/kheru2006/iv.gov.4. Memahami serta menghuraikan konsep-konsep ujian. Arahan: Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. Dengan itu. guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagai alat penilaian dalam pendidikan. anda bolehlah menjawab soalan-soalan dalam aktiviti yang diberi serta berbincang dengan pensyarah anda. 4.  Tetapkan bilangan item. guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. pengkelasan atau bimbingan. Dalam topik ini anda. esei dll)  Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)  Pemarkahan Langkah VI  Nyatakan mata pelajaran  Nyatakan tingkatan  Susunan nombor soalan mengikut tajuk Rumusan Dalam penilaian. peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran. Mengaplikasikan kemahiran pembinaan soalan . Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti calon.my/ipba/rdipba/cd1/article123.2 Hasil Pembelajaran 4. 4. Hasil tugasan anda perlu dimasukkan dalam folio pembelajaran anda. JPU berperanan penting. struktur. data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan. Layarilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan. TAJUK 4 : PEMBINAAN UJIAN 8 . dalam proses menilai ini.2.1 Sinopsis Anda telah membincangkan konsep penilaian dan kepentingannya dalam pendidikan serta P&P di dalam bilik darjah.7 Aktiviti 4. kita akan membincangkan bagaimana untuk membina bahanbahan ujian untuk para pelajar kita dan pada akhir topik ini.2.  Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.3.pdf 2. Langkah V:  Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan subjektif.2. Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Justeru.2. http://www.2.Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?  Ujian objektif  Ujian struktur  Ujian esei. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan objektif.htm 3. http://apps. 1. dan lain-lain.geocities.1. 4. 4.emoe.

Budak baik selalu dipuji. Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan) Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. 4. 4. 9 . Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan. Kata Adjektif Bentuk C. Item Padanan Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan.3 Kerangka Konsep 4. Kata Adjektif Pancaindera B.5. Item Salah . Kata Bilangan Contoh 1. 2.5. Jenis soalan: contoh: a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas) b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut) ii. Pembinaan Ujian Objektif Subjektif Item Respons Bebas i.4. Gadis cantik itu anak Pak Zaini. dan aneka pilihan. Ujian Objektif Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup. item jenis aneka pilihan dan kloz. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek. padanan. kelemahan dan kekuatan pelajarpelajar dalam pembelajaran mereka.Betul Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Kata Adjektif Sifatan A.4 Pendahuluan Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar. Dia amat rindu akan emaknya. item jenis padanan. Ini berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P. b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja. Jenis-jenis Ujian Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif. Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan. Item Melengkapkan Penyataan contoh: a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun. Kata Adjektif Perasaan D. Item-item itu ialah format salah-betul. 3.1. 4.

5. Pada mulanya. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Kesahan Isi b. kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri. Soalan Subjektif Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut: Item Jenis Struktur  Item Jenis Esei  Pembinaan Ujian Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah: i. pentadbiran dan pemarkahan. dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Kesahan Serentak d. sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Jenis jawapan terbaik c. pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya.Item Aneka Pilihan Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Kesahan Gagasan ii. a. Antaranya ialah objektif ujian. Kemudian. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity) a. 4. Kebolehpercayaan Ujian Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji. Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian. Analogi Item Jenis Cantuman Teknik Kloz Teknik menggunakan ujian kloz. mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks. Rumusan Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Item aneka pilihan berbentuk soalan b. ini semua tidak sukar dilakukan. Kesahan Ramalan c.2. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut. kandungannya. 10 . berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya.

Kemajuan.2. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi kelebihan atau kelemahannya. Ujian Bakat.4 Ujian Formatif dan Sumatif 11 . 4. 5.3 Menerangkan dan menganalisis ujian kefasihan.2. Item yang anda bina mestilah merangkumi 4 soalan untuk setiap aras iaitu pengetahuan.emoe. Sila bina 24 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa bagi pelajar anda. pencapaian. Jenis penilaian tersebut merangkumi ujian Formatif.3 Kerangka Konsep TAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA 5. 5. sintesis dan penilaian.gov. http://www. analisis. Pencapaian. 1.7 Aktiviti Layari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut. 5. http://apps.2. 5.usm.Arahan : Anda dikehendaki membaca dan memahami aspek-aspek pembinaan ujian dan sila sediakan carta pengurusan grafik bagi perkara-perkara yang berikut: a. aplikasi. Ujian Kefasihan. Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada pelajar anda.2 Hasil Pembelajaran 5.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf Jenis Penilaian bahasa Ujian Formatif Ujian Sumatif Ujian Kefasihan Ujian Kemajuan Ujian Bakat Ujian Pencapaian 5.1 Menghuraikan dan menjelaskan jenis penilaian bahasa.pdf 2. kefahaman.Sumatif. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan esei. kemajuan dan ujian bakat.my/education/publication/JPP239_PEMBINAAN%20DAN%20PENGESAHAN%20UJIAN%20MEMBACA.1 Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami jenis penilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan proses p&p Bahasa Melayu.2 Menganalisis dan membanding-beza jenis penilaian. b.Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru panitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan kelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan membina item ujian objektif.

5. 5. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan.ujian kemajuan. psikomotor dan afektif Penekanan 3. Kognitif.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran.6 Ujian Sumatif Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. ujian sumatif. Terhad kepada tugasan Sifat 4. ujian bakat dan ujian pencapaian. Dibentuk khas Alat 6.Kognitif 4.ujian kefasihan. Pada akhir unit/kursus 3. iaitu ujian formatif. Fungsi 1. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas. Pensijilan atau penggredan 2. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran. Beraneka jenis 5.Rujukan norma 12 . jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Berubah-ubah Kesukaran 5. Peperiksaan akhir tahun 7. Terdapat beberapa jenis ujian. Senang – sukar 6. Sepanjang pengajaran Masa 2.5. Rujukan kriteria Jenis ujian 7.7 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif 1.5 Ujian Formatif Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar.

Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah muridmurid telah menguasai kemahiran. 2. Ujian Kefasihan Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi. NOTA TAMBAHAN Arahan 1. Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. Ujian Pencapaian Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran. Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.tatabahasa dan kosa kata. Ujian Bakat Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik.5. AKTIVITI 6. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu. mengubah bentuk. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat. Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. atau struktur sesuatu bahasa. Ujian Pencapaian.1 Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan 13 . Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.8 Ujian Bakat. Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu kemahiran bahasa.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Anda dikehendaki mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan tajuk di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

 menilai secara sumatif pembelajaran.  Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.  digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred. 6. 6. 14 .2 Hasil Pembelajaran 6. Ia memerlukan perancangan.2. 6. bermakna dan tidak menakutkan pelajar.2.2. 6.3. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui pemerhatian.1 Tujuan Portfolio Tujuan portfolio ialah untuk :  Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. 6.4 Penilaian Melalui Porfolio Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.3 Kerangka Konsep 6.cara yang fleksibel.4. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur.  menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.1 Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui pemerhatian penilaian melalui portfolio. kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira.  Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi. Selain portfolio.4. rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Portfolio Penilaian Melalui Pemerhatian 6.2 Kegunaan Portfolio  menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).

 Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. pengalaman dan harapan. komen. (d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.  Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan. menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar 6.  Portfolio Kerja Harian  Portfolio Hasil Terbaik  Portfolio Dokumen 6. matlamat. jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.4. 6. (c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan.4. halatuju.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina. prosedur kerja. 6. (e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif. dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. seperti di bawah ini. pengetahuan dan kefahaman.4.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio Sesebuah portfolio mengandungi:  Senarai semak yang disediakan oleh guru  Nota-nota yang disediakan oleh guru  Catatan jurnal 15 .4. E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru A 3 Membentuk suku kata A 2 Menyebut bunyi huruf N 1 Permulaan mengenal huruf  Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian.5 Bagaimana Menilai Portfolio?  Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran. (b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik.3 Ciri-ciri Portfolio (a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional.

 Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek. 6.5 Penilaian Melalui Pemerhatian. afektif.5. 6.  Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif. 6. 6. rekod anekdot.psikomotor. Buku log  Refleksi kendiri murid  Gambar dan foto 6.1 Jenis Pemerhatian Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:  Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.5.  Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan. Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P.4. 16 .4 Fungsi Pemerhatian  Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. bahan dan persekitaran.  Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.  Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.  Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak.2 Strategi Pemerhatian  Berterusan mengikut keperluan yang dirancang. rubrik yang merangkumi aspek kognitif.7 Kebaikan Penilaian Portfolio  Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran  Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid  Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid  Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.5.  Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’. 6.6 Rumusan. Antaranya ialah:  Kualiti Pemerhatian  Bentuk Perancangan  Jenis-jenis Pemerhatian 6.5.

Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda berdasarkan penilaian portfolio.  Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui kontrak pembelajaran.1 Cara Pelaksanaan  Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.2 Hasil Pembelajaran 7. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.2. bermakna dan tidak menakutkan pelajar. kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. 7.1 Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui soal jawab. 17 . Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai.2. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan kaedah penilaian tersebut. pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan. TAJUK 7: KAEDAH PENILAIAN BAHASA Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran Penilaian Melalui Soal Jawab 7. dan sikap bias serta prasangka penilai. AKTIVITI 7. Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis.4 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran 7.4.3 Kerangka Konsep 7. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. 1. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. 7. 2.

.........  Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya.. Perkembangan Peringkat Apa yang ingin dicapai pada peringkat ini Bagaimana akan dilaksanakan pada peringkat ini Tempoh masa pelaksanaan peringkat ini Bagaimana 18 ................................................................4...........................................4.................... 7................. Tahun/Tingkatan :........... Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu KONTRAK PEMBELAJARAN Mata Pelajaran : ................................. c............... Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan..... pelajar mengenal pasti dan merekod.. Tugasan : .... Nama : ............................. Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas....3 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?  Penilaian objektif tugasan  Hasil Pembelajaran  Penilaian  Format / Bentuk 7... yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas.............................. 3.....4.. 2......................... menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri......................2 Fungsi Kontrak Pembelajaran Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan : a...............4 Format Kontrak Pembelajaran Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat......... Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan........................ 7........... Objektif : 1...................... Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal............................. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut....... b................

....... Tajuk penilaian melalui kertas kerja akan disampaikan ketika interaksi bersemuka....... Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan.. Di samping itu.. ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep. Modul ini membincangkan tajuk penilaian melalui projek sahaja...1 Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel.. Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi pengajaran Bahasa Melayu kelas KBSR. Sediakan rumusan tentang pencapaian murid anda dan keberkesanan kaedah tersebut.. bermakna dan tidak menakutkan pelajar.....1 Cara Pelaksanaan Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir....... di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar..... kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan. 7.. Biasanya....... 1.. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu.......... sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji pemahaman murid tentang grafik. penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar..... Nama: Nama: Nama: 7. Huraikan dengan contoh-contoh yang tepat dan cara pelaksanaannya...... AKTIVITI Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Projek Penilaian Melalui Kertas Kerja 8..... anda mahu menguji dan menilai murid melalui kaedah soal jawab........ .. Penggunaan teknik ini dalam P&P... ...penilaian peringkat ini dibuat Catatan Tandatangan murid Tandatangan rakan sebaya Tandatangan guru ......5. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.. kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira.... 19 .. Bagaimana anda menjalankan Penilaian Kontrak Pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.... Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan..5 Penilaian Melalui Soal Jawab Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan.... 2...

 Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti.  Jangka masa yang panjang  Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui projek 8. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul.2 Hasil Pembelajaran 8. 1989). kinestetik ).2.  Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif.5 Ciri-ciri Penilaian Projek  Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan.  Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.  Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu. (Wiggins.8.2. Tidak ada satu jawapan yang benar.  Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi. projek bermaksud secara amali. Dalam konteks kurikulum sekolah.  Extended tasks assignment seperti menulis puisi. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan. 8.2 Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui projek 8. visual. Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. kemahiran merancang. melaksana dan 20 .  Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.  Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu. kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.4 Penilaian Melalui Projek  Apakah tujuan pembelajaran Projek ini? Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:  Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.6 Jenis-jenis penilaian Projek  Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.  Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. integrasi pengetahuan.3 Kerangka Konsep TAJUK 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA 8. Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.  Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan. 8.

7 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek. Anda dikehendaki membaca dan memahami tajuk di atas. Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.  Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.  Tugasan prestasi – drama. Arahan: 1.  Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada pensyarah/tutor anda. persembahan. Langkah 2 : Penilaian awal projek. membina model. anda dikehendaki menyediakan senarai semak yang lengkap untuk menilai keberkesanan produk atau bahan yang dihasilkan oleh murid. Murid-murid secara berkumpulan akan menghasilkan pelbagai bahan dan produk. Langkah 5 : Penilaian hasil projek.menerangkan keputusan ujikaji. Pastikan anda membuat latihan yang diberikan untuk membolehkan anda menguasai modul ini. lakonan. Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat. Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek. 8. kemudian sila lengkapkan pengetahuan anda dalam borang pengurusan grafik yang sesuai. poster atau model. Anda memberi tugasan membuat satu projek tentang galakan membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah anda. Arahan: Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda. 2. Tahniah ! Anda telah berjaya menamatkan Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jayanya. ----------------------------------------MODUL TAMAT--------------------------------------------- 21 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful