P. 1
pentaksiran

pentaksiran

|Views: 19|Likes:
Published by Syuhada Mohamed
bmm 3103
bmm 3103

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Syuhada Mohamed on Jun 24, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/26/2014

pdf

text

original

MODUL BMM 3103 PENGUJIAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 1.

1 Sinopsis Topik ini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian dan pentaksiran bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topik, para pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapa soalan untuk menguji pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet, perbincangan dalam talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah anda boleh juga dilakukan. Tahukah anda, penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar TAJUK 1: PENGERTIAN DAN KONSEP 1.2 Hasil pembelajaran 1.2.1. Konsep pentaksiran 1.2.2. Konsep pengujian 1.2.3. Konsep penilaian 1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian 1.3 Kerangka Konsep 1.4 Pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi halhal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pengertian dan Konsep Pentaksiran Pengujian Penilaian Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:i. Instrumen ii. Kumpulan yang ditaksir iii. Respon iv. Kumpulan yang menaksir v. Skor 1.5 Pengujian

1

 Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.  Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.  Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran  Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.  Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru. Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan. 1.6 Penilaian Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum. Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:  mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.  menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.  membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan temanteman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.  menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.  membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta

2

Selamat berjaya ! 2. a. sila jawab soalan-soalan dibawah. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu. Berdasarkan maklumat yang diperoleh.2.1. dan penilaian dilakukan.2.4.kaedah pengajaran mereka. dan pengukuran ini dalam bentuk grafik. 2.1 Sinopsis Sebagaimana yang anda tahu. dan  membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya. Pengujian dan Penilaian Rajah 1.2 Hasil Pembelajaran 2. kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. b. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl. Berdasarkan rajah di atas. 2. semester dan akhir tahun yang dibina menepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan? 1. dua aspek ini akan dibincangkan serta aktiviti yang berkaitan boleh dijalankan bersama pensyarah anda untuk memudahkan pemahaman anda.3. Menjelaskan taksonomi Bloom. 2. pengujian. PENILAIAN PENTAKSIRAN PENGUJIAN Arahan: Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan.Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. c. Menghuraikan konsep pentaksiran. Dalam panduan pembelajaran ini. Dalam hal ini. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan. Sejauh manakah kertas ujian bulanan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. dan domain Krathwohl. semester dan akhir tahun.8 Aktiviti 2. tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah.2. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian.7 Perkaitan antara Pentaksiran. dan penilaian.2. taksonomi Solo. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka.2. pengukuran. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsepkonsep pengujian. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu. kawasan) dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. penilaian. TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL 3 . 1.

metodologi. teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar. laporan. seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. seperti pengetahuan. urutan. dan keterampilan berfikir. fakta-fakta. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi. Analisis (Analysis) Pada tahap analisis. berenang. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu: i. jadual . rumus. dan sebagainya. peraturan. diagram. 3. Aplikasi (Application) Pada tahap ini. Sintesis (Synthesis) Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali 4 . pola. prinsip dasar. iaitu: 1. metodologi . gagasan. apresiasi.3 Kerangka Konsep 2.2. prosedur. seperti minat.4 Taksonomi Bloom Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain. Pengetahuan ii. definisi. 2. seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan. arahan. Cognitive Domain (Domain Kognitif). Kemampuan dan Keterampilan Intelektual Pengetahuan (Knowledge) Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan. dan mengoperasi mesin. Pemahaman (Comprehension) Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran. melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual. sikap. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan. dan cara penyesuaian diri. dan sebagainya. Taksonomi dan Domain Taksonomi Bloom Domain Krathwohl Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. pengertian.

anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.6 Aktiviti 3.htm 3. gagasan. Persediaan (Set) 3. Sila huraikan sejauh manakah penggunaan Domain Krathwohl dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun untuk setiap kelas di sekolah anda. Mekanisme (Mechanism) 5. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang 5 .1 Sinopsis Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian.5 Domain David Krathwohl  Domain Afektif  Penerimaan (Receiving/Attending)  Tanggapan (Responding)  Penghargaan (Valuing)  Pengorganisasian (Organization)  Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value Complex) Arahan: Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom dan Domain Krathwolh. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang.html 2. Persepsi 2. Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun di sekolah anda dari segi: a.gmu. Penyesuaian (Adaptation) 7. http://www. c.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krath stax. Respons Terpimpin 4.  Domain Psikomotor 1.com/~Donclark/hrd/bloom.ukm. http://pkukmweb. Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:1.nwlink. Sila nyatakan bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response) 6. Setelah itu.data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan. http://classweb. 1. Penilaian (Evaluation) Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian. Penciptaan (Origination) 2.pdf 2.. b.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah. metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.

amali. kandungan dan aras kemahiran.  Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif.tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan.  Bilangan item yang mengikut bentuk. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).  Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.  Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.4 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)  Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.2 Hasil pembelajaran 3.  Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian TAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN 3.2.2. 3.  Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. esei.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 4 6 . JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. 3.5 Kepentingan JSU  Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.3 Kerangka konsep 3. Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU 3.2.1. JADUAL SPESIFIKASI UJIMBINAAN JSU  Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.  Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % .  Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bil Bentuk Soalan Objektif Kemahiran Aras Kognitif Bidang/Topik/Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Jumlah Item 1. kertas kursus dan lain-lain.80%.

3 Fonologi 20 16  Definisi. Sintesis 4. Penilaian Sukar 5. Sejarah. 3. Pengetahuan Mudah 7 . jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa X Jumlah soalan Jumlah Masa keseluruhan Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom Tiga domain: kognitif. dan psikomotor Domain Kognitif 6. Linguistik Diskriptif 1 5 4 1 1 1. soalan objektif (30 soalan) b.6 Langkah-langkah Membina JSU Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu a. Kefahaman 1. BM sebelum dan selepas merdeka 2 2 1. alat artikulasi. Asal usul BM. cara penghasilan 3 2 1 1  Fonem segmental 2 2 1 1 1  Fonem suprasegmental 1 1 Jumlah 40 32 Jadual 1: Contoh JSU  Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di sekolah. Analisis 3. Penggunaan 2. 1 markah bagi 1 item c.2 Linguistik BM 15 12  Pengenalan linguistik Definisi. afektif.

my/ipba/rdipba/cd1/article123.geocities.  Tetapkan bilangan item. guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagai alat penilaian dalam pendidikan.htm 3.pdf 2. Arahan: Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. http://www.1 Sinopsis Anda telah membincangkan konsep penilaian dan kepentingannya dalam pendidikan serta P&P di dalam bilik darjah. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.2.emoe.2. 4.2 Hasil Pembelajaran 4.4. 4.1.3. Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Dengan itu. 4.com/kheru2006/iv. data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan.2. esei dll)  Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)  Pemarkahan Langkah VI  Nyatakan mata pelajaran  Nyatakan tingkatan  Susunan nombor soalan mengikut tajuk Rumusan Dalam penilaian. dalam proses menilai ini.gov. peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran. pengkelasan atau bimbingan. struktur. 1. anda bolehlah menjawab soalan-soalan dalam aktiviti yang diberi serta berbincang dengan pensyarah anda. Dalam topik ini anda. 4.7 Aktiviti 4. Langkah V:  Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif. Memahami serta menghuraikan konsep-konsep ujian. TAJUK 4 : PEMBINAAN UJIAN 8 .2.Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?  Ujian objektif  Ujian struktur  Ujian esei. Mengaplikasikan kemahiran pembinaan soalan . Hasil tugasan anda perlu dimasukkan dalam folio pembelajaran anda. http://apps. Layarilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan. kita akan membincangkan bagaimana untuk membina bahanbahan ujian untuk para pelajar kita dan pada akhir topik ini. Justeru. dan lain-lain. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan subjektif. JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti calon. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan objektif.  Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan. guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya.2.

4. b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja. Kata Adjektif Sifatan A. Ini berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup. Item Padanan Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan.4 Pendahuluan Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar. 3. Item Salah . kelemahan dan kekuatan pelajarpelajar dalam pembelajaran mereka. Budak baik selalu dipuji. Item-item itu ialah format salah-betul. 4. Dia amat rindu akan emaknya. dan aneka pilihan. Kata Adjektif Pancaindera B.5. Kata Adjektif Perasaan D.Betul Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). item jenis aneka pilihan dan kloz. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek. 4. Jenis-jenis Ujian Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif. Kata Bilangan Contoh 1. Jenis soalan: contoh: a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas) b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut) ii. 9 . 2. Item Melengkapkan Penyataan contoh: a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan.3 Kerangka Konsep 4. Ujian Objektif Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Gadis cantik itu anak Pak Zaini. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan. Kata Adjektif Bentuk C. item jenis padanan. 4. Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan. Pembinaan Ujian Objektif Subjektif Item Respons Bebas i. padanan.1.5. Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan) Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat.

4. Pada mulanya. Kesahan Isi b. Rumusan Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah objektif ujian. Kebolehpercayaan Ujian Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji. pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Analogi Item Jenis Cantuman Teknik Kloz Teknik menggunakan ujian kloz. Kesahan Serentak d. a. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian.Item Aneka Pilihan Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks. sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Kesahan Gagasan ii. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity) a. Jenis jawapan terbaik c. Item aneka pilihan berbentuk soalan b. Soalan Subjektif Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut: Item Jenis Struktur  Item Jenis Esei  Pembinaan Ujian Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah: i.5. dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu.2. Kesahan Ramalan c. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut. kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri. berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya. ini semua tidak sukar dilakukan. pentadbiran dan pemarkahan. Kemudian. 10 . kandungannya.

my/ipba/rdipba/cd1/article123.7 Aktiviti Layari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut. kemajuan dan ujian bakat. http://apps.pdf 2.2 Menganalisis dan membanding-beza jenis penilaian.2. 1.2. b.2 Hasil Pembelajaran 5.2. Kemajuan.4 Ujian Formatif dan Sumatif 11 . Jenis penilaian tersebut merangkumi ujian Formatif.3 Kerangka Konsep TAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA 5.gov. kefahaman. http://www. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan esei.emoe.Sumatif.3 Menerangkan dan menganalisis ujian kefasihan.1 Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami jenis penilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan proses p&p Bahasa Melayu. Item yang anda bina mestilah merangkumi 4 soalan untuk setiap aras iaitu pengetahuan. 5. analisis. 4. aplikasi. 5. Ujian Bakat.Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru panitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan kelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan membina item ujian objektif. 5. pencapaian. Pencapaian.usm. sintesis dan penilaian.pdf Jenis Penilaian bahasa Ujian Formatif Ujian Sumatif Ujian Kefasihan Ujian Kemajuan Ujian Bakat Ujian Pencapaian 5. 5. Ujian Kefasihan.Arahan : Anda dikehendaki membaca dan memahami aspek-aspek pembinaan ujian dan sila sediakan carta pengurusan grafik bagi perkara-perkara yang berikut: a. Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada pelajar anda.my/education/publication/JPP239_PEMBINAAN%20DAN%20PENGESAHAN%20UJIAN%20MEMBACA. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi kelebihan atau kelemahannya. Sila bina 24 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa bagi pelajar anda.1 Menghuraikan dan menjelaskan jenis penilaian bahasa.

Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas. Sepanjang pengajaran Masa 2. Berubah-ubah Kesukaran 5. Senang – sukar 6. ujian bakat dan ujian pencapaian. Rujukan kriteria Jenis ujian 7. 5. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. iaitu ujian formatif. psikomotor dan afektif Penekanan 3. Pensijilan atau penggredan 2. Dibentuk khas Alat 6. Beraneka jenis 5.6 Ujian Sumatif Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Fungsi 1. jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.ujian kefasihan. Peperiksaan akhir tahun 7. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Pada akhir unit/kursus 3.Kognitif 4. ujian sumatif. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran.7 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif 1.5.ujian kemajuan.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Kognitif. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan.5 Ujian Formatif Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar.Rujukan norma 12 . 5. Terhad kepada tugasan Sifat 4. Terdapat beberapa jenis ujian.

menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos. Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian Pencapaian Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi. 2. atau struktur sesuatu bahasa. Anda dikehendaki mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan tajuk di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah muridmurid telah menguasai kemahiran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. AKTIVITI 6. Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu. NOTA TAMBAHAN Arahan 1. Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu kemahiran bahasa. Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat. mengubah bentuk. bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.5.tatabahasa dan kosa kata. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.8 Ujian Bakat. Ujian Kefasihan Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Ujian Bakat Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik.1 Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan 13 . Ujian Pencapaian. Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.

TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Portfolio Penilaian Melalui Pemerhatian 6.2.2. 6. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui pemerhatian penilaian melalui portfolio.  Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.4. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza.  menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui pemerhatian. 14 . Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu.2 Hasil Pembelajaran 6. kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur.2 Kegunaan Portfolio  menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment). rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.3 Kerangka Konsep 6.  digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred. 6. 6.4 Penilaian Melalui Porfolio Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. 6.  Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.2.3. pelaksanaan dan penilaian yang teliti.4.cara yang fleksibel. Selain portfolio.  menilai secara sumatif pembelajaran. 6. bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.1 Tujuan Portfolio Tujuan portfolio ialah untuk :  Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.1 Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio. Ia memerlukan perancangan.

(b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. (c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan. komen.  Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. (d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.4. 6.5 Bagaimana Menilai Portfolio?  Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan.3 Ciri-ciri Portfolio (a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio Sesebuah portfolio mengandungi:  Senarai semak yang disediakan oleh guru  Nota-nota yang disediakan oleh guru  Catatan jurnal 15 .  Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja. halatuju. E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru A 3 Membentuk suku kata A 2 Menyebut bunyi huruf N 1 Permulaan mengenal huruf  Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan. pengalaman dan harapan. matlamat.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.4. pengetahuan dan kefahaman. seperti di bawah ini. 6. menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar 6. jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar. (e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.4. prosedur kerja.4. dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.  Portfolio Kerja Harian  Portfolio Hasil Terbaik  Portfolio Dokumen 6.

Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P.2 Strategi Pemerhatian  Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.  Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek. 16 .5.4.  Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. 6. 6.5.  Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.5 Penilaian Melalui Pemerhatian. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif. bahan dan persekitaran.4 Fungsi Pemerhatian  Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.  Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak. Buku log  Refleksi kendiri murid  Gambar dan foto 6.7 Kebaikan Penilaian Portfolio  Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran  Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid  Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid  Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.5.afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.5. rekod anekdot. Antaranya ialah:  Kualiti Pemerhatian  Bentuk Perancangan  Jenis-jenis Pemerhatian 6. 6. 6.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.1 Jenis Pemerhatian Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:  Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.6 Rumusan. afektif.psikomotor.  Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.  Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang. 6.  Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran. rubrik yang merangkumi aspek kognitif.

Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. dan sikap bias serta prasangka penilai. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan.2. TAJUK 7: KAEDAH PENILAIAN BAHASA Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran Penilaian Melalui Soal Jawab 7.Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. 17 .  Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.4. AKTIVITI 7. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai.3 Kerangka Konsep 7. 7. kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui soal jawab. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda berdasarkan penilaian portfolio.1 Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel.2 Hasil Pembelajaran 7. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. 7.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui kontrak pembelajaran. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas. bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan kaedah penilaian tersebut.2.1 Cara Pelaksanaan  Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.4 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran 7. 2. 1. pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu.

...... Tugasan : .......................4...  Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya.. Perkembangan Peringkat Apa yang ingin dicapai pada peringkat ini Bagaimana akan dilaksanakan pada peringkat ini Tempoh masa pelaksanaan peringkat ini Bagaimana 18 .................. 7............... b....3 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?  Penilaian objektif tugasan  Hasil Pembelajaran  Penilaian  Format / Bentuk 7................................... Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan....... yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas............... 7............. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut............4.............2 Fungsi Kontrak Pembelajaran Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan : a......................... Objektif : 1...........4... Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal....... menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri...................... 3........ Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas......4 Format Kontrak Pembelajaran Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat................... Nama : .. Tahun/Tingkatan :............... 2................................................................................................... c. Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu KONTRAK PEMBELAJARAN Mata Pelajaran : ............................................ pelajar mengenal pasti dan merekod............................................. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.....

anda mahu menguji dan menilai murid melalui kaedah soal jawab. 1.. 19 .. ... Huraikan dengan contoh-contoh yang tepat dan cara pelaksanaannya........... AKTIVITI Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Projek Penilaian Melalui Kertas Kerja 8. Di samping itu.. kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan.. penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar... Sediakan rumusan tentang pencapaian murid anda dan keberkesanan kaedah tersebut... 2...penilaian peringkat ini dibuat Catatan Tandatangan murid Tandatangan rakan sebaya Tandatangan guru . Biasanya.. ..... Penggunaan teknik ini dalam P&P... Modul ini membincangkan tajuk penilaian melalui projek sahaja..... soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir... Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan.......1 Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel..5 Penilaian Melalui Soal Jawab Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan.... sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji pemahaman murid tentang grafik........ bermakna dan tidak menakutkan pelajar.......... Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi pengajaran Bahasa Melayu kelas KBSR.......... Nama: Nama: Nama: 7.... kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira...... Tajuk penilaian melalui kertas kerja akan disampaikan ketika interaksi bersemuka.. 7... Bagaimana anda menjalankan Penilaian Kontrak Pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.. di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.... Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep.1 Cara Pelaksanaan Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya... Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal....5.....

 Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif.2 Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui projek 8. integrasi pengetahuan.2 Hasil Pembelajaran 8. 8.4 Penilaian Melalui Projek  Apakah tujuan pembelajaran Projek ini? Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:  Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab. Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar.8.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui projek 8.  Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu. 8. kemahiran merancang. projek bermaksud secara amali.3 Kerangka Konsep TAJUK 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA 8. kinestetik ).  Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti.  Extended tasks assignment seperti menulis puisi. Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.  Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.  Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.6 Jenis-jenis penilaian Projek  Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis. Dalam konteks kurikulum sekolah.  Jangka masa yang panjang  Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. (Wiggins.  Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu. visual. 1989). Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Tidak ada satu jawapan yang benar.  Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu. melaksana dan 20 .2.  Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.  Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.5 Ciri-ciri Penilaian Projek  Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan.2.

poster atau model. Anda memberi tugasan membuat satu projek tentang galakan membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah anda. membina model.  Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada pensyarah/tutor anda. ----------------------------------------MODUL TAMAT--------------------------------------------- 21 . 2.menerangkan keputusan ujikaji. Tahniah ! Anda telah berjaya menamatkan Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jayanya.  Tugasan prestasi – drama. Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek. Langkah 3 : Pelaksanaan strategi. lakonan.  Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi. Arahan: 1. Anda dikehendaki membaca dan memahami tajuk di atas.7 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek. anda dikehendaki menyediakan senarai semak yang lengkap untuk menilai keberkesanan produk atau bahan yang dihasilkan oleh murid. Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat. Arahan: Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda. Pastikan anda membuat latihan yang diberikan untuk membolehkan anda menguasai modul ini. Langkah 5 : Penilaian hasil projek. kemudian sila lengkapkan pengetahuan anda dalam borang pengurusan grafik yang sesuai. persembahan. Murid-murid secara berkumpulan akan menghasilkan pelbagai bahan dan produk. 8. Langkah 2 : Penilaian awal projek.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->