You are on page 1of 1

MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID DALAM TOPIK IKAN HIASAN TAHUN 5 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MUZIK SEMASA PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

MUHAMMAD HASMIE BIN HASSAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU NOVEMBER 2012

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan meningkatkan daya ingatan murid dalam topik ikan hiasan tahun 5 dengan menggunakan kaedah muzik semasa pengajaran dan pembelajaran. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 25 orang murid tahun 5 Akif, Sekolah Kebangsaan Seri Bunian, Pontian. Data telah dikumpulkan menggunakan borang ujian pra dan ujian pasca serta borang soal selidik. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah muzik membantu murid mengingati nama bahagian ikan dan fungsinya di samping meningkatkan minat dan kefahaman mereka. kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa kaedah muzik bukan sahaja membantu dalam ingatan, kefahaman dan minat, ia turut membantu mengembangkan cara pembelajaran yang lebih kreatif.

You might also like