SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PEKAN BANDAR BARU PERAMU 26600 PEKAN PAHANG DARUL MAKMUR

Telefon : 09-4264221 Fax : 09-4264220 _____________________________________________________________________________________________

Laman Web: www.seripekan.edu.my Email : pengetua smksp@yahoo.com.my

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj. Kami : CEA5074.100-2/4/3(09) Tarikh : 24 JUN 2013

Pengarah, Pusat Pengembangan Tenun Pahang Di Raja Kampung Soi, Jalan Kempadang Perdana 1, 25150 Kuantan, Pahang.
Tuan, MEMOHON KEBENARAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM SULTAN ABU BAKAR Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk : 2. Sukacita dimaklumkan program Pemuafakatan Pengantarabangsaan SMK Seri Pekan dan SMPN1 Bogor, Indonesia akan diadakan dari 30 Jun 2013 hingga 5 Julai 2013. Antara program yang telah dipersetujui bersama adalah seperti yang tersebut diatas. 3. Program di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti berikut : Tarikh Masa Sekolah Terlibat Jumlah Peserta : 2 Julai 2013 (Selasa) : 9.30 pagi : 1. SMK Seri Pekan, Pekan, Pahang, Malaysia 2. SMPN1 Bogor, Bogor, Indonesia : 44 orang (35 pelajar dan 9 guru)

3. Sehubungan itu pihak kami memohon jasa baik pihak tuan pengecualian bayaran masuk sewaktu program ini dijalankan. 4. Disamping itu pihak kami juga ingin memohon khidmat juru pandu untuk membantu memberi taklimat kepada peserta program tersebut. 5. Kerjasama pihak tuan dalam menyempurnakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,

ENCIK MOHAMAD ZAILANI BIN MOHAMAD SAID Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful