P. 1
fpk_ak

fpk_ak

|Views: 1,410|Likes:
Published by panjialkhattab
jgn copy...
jgn copy...

More info:

Categories:Types, Research
Published by: panjialkhattab on May 06, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

1.

0 PENDAHULUAN

Falsafah bermakna cinta akan kearifan dan kebenaran.

Falsafah

membuat tinjauan, analisis, sintesis, dan penilaian secara menyeluruh berdasarkan fakta-fakta dan ilmu yang ditemui dari pelbagai bidang secara sistematik dan logis. Penemuan-penemuan ahli filasuf memberikan interpretasi komprehensif tentang ilmu dan kebenaran; sifat manusia dan hubungannya dengan alam semesta; nilai mutakhir segala kejadian oleh Maha Pencipta; erti kehidupan, kesedaran manusia; kebebasan manusia; dan pengertian nilai-nilai etika dan estetika.

Penemuan-penemuan dalam bidang falsafah tidak terpisah dari bidang pendidikan. Penemuan-penemuan itu tentunya tentang manusia, kemanusiaan dan masyarakat boleh digunakan untuk mengubah atau mempengaruhi orientasi dan matlamat sistem pendidikan. Secara lebih spesifik lagi, penemuan-penemuan dalam bidang falsafah boleh menjadi titik rujukan dalam penggubalan kurikulum sekolah, penggubalan kurikulum pendidikan guru, mutu profesionalisme guru, kaedah penilaian pembelajaran, usaha-usaha penyelidikan pendidikan dan sistem organisasi atau jentera pentadbiran pendidikan.

Falsafah walau bagaimanapun tidak mengusulkan cara spesifik untuk melakukan sesuatu tetapi mempersoalkan rasional setiap komponen utama iaitu falsafah tidak menggariskan ‘cara mana’? tetapi mempersoalkan ‘untuk apa’? Dengan erti kata lain yang beribarat, falsafah tidak menunjukkan cara mana membuat membuat sekolah tetapi mempersoalkan untuk apa sekolah dibina.

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1

Negara Malaysia merupakan sebuah Negara yang membangun. Justeru, amat pentinglah bagi negara untuk mempunyai falsafah pendidikan tersendiri. Menyedari hakikat tersebut, pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan idealogi Negara yang menerapkan Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah

Secara ringkas, FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan erti kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Secara am, FPK bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia,1982).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi seperti di bawah: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Idea untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah tercetus pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
2

Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengadungi isu-isu penting berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan. Selain itu, laporan itu juga mengemukakan peri pentingnya kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaan.

2.0 ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR-UNSUR PENTING DALAM FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diteliti dengan lebih terperinci melalui analisis yang merujuk kepada beberapa elemen. Berikut pula adalah elemen-elemen dan unsur-unsur penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
1. Pendidikan adalah suatu usaha berterusan:

Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu yang berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.

2. Perkembangan potensi individu:

Potensi adalah dan kebolehan yang dimiliki oleh manusia sejak dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini yang merupakan anugerah Tuhan ini mungkin terpendam. Oleh itu, potensi individu ini harus diperkembang dan dipertingkatkan secara berterusan melalui proses pendidikan.

3. Perkembangan individu menyeluruh dan bersepadu:

Potensi, bakat dan kebolehan yang saling berkait antara satu sama lain perlu dikembangkan secara bersepadu bagi mengelakkan pertentangan. Perkembangan dan peningkatan sebaik-baiknya merangkumi empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.
4. Insan yang seimbang dan harmonis:

Matlamat ini boleh dicapai apabila semua potensi yang ada pada dirinya telah dikembangkan secara selaras, menyeluruh dan harmonis.
3

Seseorang individu yang seimbang dan harmonis adalah manusia yang telah memiliki sahsiah yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan kesejahteraan dalam jiwanya. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan fikiran yang tenang.

5. Unsur intelek:

Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca, menulis dan mengira. Ia merangkumi unsur hikmah (iaitu ilmu yang sebenar), daya pemikiran yang inovatif lojik, analitis dan ilmu yang bermanfaat.

6. Unsur rohani dan emosi:

Rohanic merangkumi unsur-unsur seperti keyakinan kepada Tuhan, beragama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat, berbudi pekerti mulia, semangat berbakti dan berkorban untuk negara dan bangsa. Emosi pula merangkumi emosi yang matang dan stabil, memiliki dan memupuk perasaan kasih saying serta sifat kekitaan dan perpaduan.

7. Unsur jasmani:

Ia mempunyai ciri-ciri seperti kecergasan fizikal dan kesihatan diri untuk berdikari dan hidup secara bermasyarakatan.

8. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan:

Kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukam Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya.

4

9. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan:

Rakyat

yang

memiliki

sikap

suka

membaca,

cintakan

ilmu

pengetahuan, berfikiran luas dan terbuka serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain.

10. Rakyat Malaysia yang berketerampilan:

Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara . mereka bukan sahaja mampu melaksanakan tugas dalam jangka masa yang singkat tetapi juga dengan cekap dan sempurna.

11. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia:

Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan harian.

12. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab:

Rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara, dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.

13. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri:

Melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk memehami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

14. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan:

Melalui latihan, rakyat boleh menggunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.
5

15. Keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara:

Peringkat keharmonian ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama, hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana kehermonian yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan, dan seterusnya muncul keadaan kemakmuran masyarakat dan negara.

3.0 IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menampakkan implikasinya terhadap sistem pendidikan negara. Implikasinya telah merangkumi tiga aspek utama iaitu kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan.

Implikasinya terhadap kurikulum adalah meliputi beberapa perubahan yang diselaraskan dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan-perubahan tersebut ialah.:
1) Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program

bersepadu.

2) Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai

murni diserapkan dalam semua mata pelajaran.
3) Perubahan

program

pendidikan

yang

berorientasikan

kearah

pendidikan umum.

4) Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran

pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. FPK juga merupakan satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini serta matlamat pendidikan
6

dengan jelas. Oleh itu, FPK hendaklah dihayati oleh kaum pendidik bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Antara implikasi FPK terhadap pendidik adalah:

1) Pendidik melakukan anjakan paradigma pada pemikiran mereka dengan mengatakan bahawa pendidikan tidak boleh sama dari awal hingga akhir. Pendidikan akan berubah sesuai dengan peredaran zaman.

2) Pendidik akan memainkan peranan aktif dalam merealisasikan FPK ini. Dalam hal tersebut, mereka akan bersikap terbuka terhadap perubahan pesat dalam bidang sains dan teknologi terutama bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan bersedia untuk melaksanakannya di dalam pengajaran.

3) Pendidik juga tidak hanya mementingkan kepada pengajaran ilmu sahaja, malah mereka turut mementingkan kepada aspek rohani, pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar, dan memperkembangkan lagi potensi individu menjadi insan yang cemerlang.

Seterusnya ialah implikasi terhadap institusi pendidikan yang mana merupakan tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu, banyak implikasi yang berlaku seiring dalam merealisasikan FPK ini. Antaranya implikasinya ialah :

1) Perubahan kepada infrastuktur sekolah. Perubahan ini penting agar dunia pendidikan tidak dianggap masih lagi di takuk lama. Penambahan kemudahan asas dan penyelenggaraan kemudahan sedia ada perlu dilakukan secara berterusan.
7

2) Perubahan kaedah pengajar. Jika dahulu kelas hanya menggunakan papan dan kapur saja, kini penggunaan ICT dilihat semakin meluas. Hal ini memperlihatkan pendidikan negara seiring dengan keadaan dunia kini.

8

5.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FPK

Sewajarnya,

sekolah

yang

merupakan

salah

sebuah

institusi

pendidikan menjadi ejen yang sangat penting dalam memikul tanggungjawab bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ianya merangkumi beberapa aspek yang ditekankan iaitu aspek kepimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan disiplin.

5.1 Kepimpinan Kepimpinan di sini adalah merujuk kepada pentadbiran sekolah atau pihak pengurusan sekolah. Di sesebuah sekolah, orang yang berhak mentadbir dan memimpin sekolah adalah guru besar dan dibantu oleh tiga orang penolong kanan iaitu, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan Hal Ehwal Murid dan penolong kanan ko-kurikulum.

Guru Besar Guru besar adalah orang paling penting dan berpengaruh dalam sesebuah sekolah. Dalam kurikulum sekolah, guru besar adalah sebagai Selain itu, beliau bertanggungjawab
9

pengerusi jawatankuasa tersebut.

terhadap segala aktiviti yang berjalan di sekolah meliputi pentadbiran, kewangan, kurikulum, ko-kurikulum, keadaan persekitaran, kakitangan dan pelajar. Dalam usaha mengembangkan aspek intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), guru besar memainkan peranan yang sangat penting. Berdasarkan kajian dan temu ramah yang dibuat, guru besar Sekolah Kebangsaan Guar Perahu iaitu Tuan Haji Hashim bin Abdullah menyatakan bahawa bidang tugas beliau sangat luas. Antara yang utama adalah dalam bidang kurikulum, kokurikulum sahsiah serta pentadbiran. Bertepatan dengan FPK dan selaras dengan misi beliau yang mahu meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum di samping menceriakan sekolah, pelbagai program telah dirancang agar potensi murid-murid dapat diperkembangkan lagi. Aktiviti utama dalam program ini adalah membuat nota poket, peta minda, program bijak sifir, reading program, vocabulary building, understanding and using English grammer, latih tubi terancang. Selain itu juga, kelas tuisyen yang melibatkan murid-murid Tahap 2 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga diadakan. Di samping itu, usaha meningkatkan pencapaian sekolah, budaya ilmu turut diterapkan dalam diri setiap murid. Melalui pemerhatian saya di sekolah tersebut, pada majlis perhimpunan pagi pada hari Isnin, Guru Besar akan memberi beberapa perkataan Bahasa Inggeris kepada murid-murid. Perkataan perkataan ini akan disoal semula pada majlis perhimpunan pagi pada minggu yang berikutnya. Selain itu juga, nilai-nilai keagamaan turut diterapkan. Ini dapat dilihat pada setiap pagi apabila murid-murid akan membaca doa penerang hati sebelum memulakan sesi persekolahan dan juga budaya memberi salam apabila bertembung dengan guru. Walaupun bidang kurikulum merupakan bidang tugas yang utama bagi beliau, namun pencapaian dalam bidang kokurikulum tidak pernah diabaikan. Untuk membentuk insan yang yang seimbang dan harmonis, aspek jasmani, emosi dan sosial juga perlu
10

dititikberatkan. Seiring dengan hasrat FPK, beliau telah melaksanakan aktivitiaktiviti kokurikulum yang sewajarnya di sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan di sekolah ialah persatuan akademik, unit beruniform, kelab serta suka dan permainan. Aktiviti-aktiviti seperti permainan secara tidak langsung dapat mengembangkan potensi pelajar yang terpendam. Mereka juga dapat berinteraksi antara satu sama lain dan seterusnya dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan murid-murid dan guru-guru. Selain itu, mereka dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengikut kelab yang disediakan serta dapat membentuk disiplin murid-murid melalui Aktiviti pasukan unit beruniform. Beliau Menurut beliau, bagi dalam memastikan kegiatan ini berjalan dengan lancar, beliau telah menubuhkan Jawatankuasa dengan baik. Guru Penolong Kanan Pentadbiran Guru penolong kanan pentadbiran (GPK1) merupakan orang yang kedua terpenting di sekolah selepas guru besar. Guru penolong kanan pentadbiran di sekolah ini ialah Puan Hajjah Hamidah bt Haji Othman. Beliau bertanggungjawab kepada keseluruhan perjalanan sekolah termasuk yang berkaitan dengan kurikulum. Antara peranan guru penolong kanan pentadbiran adalah membantu guru besar dalam pentadbiran kurikulum sekolah, sebagai naib pengerusi jawatankuasa kurikulum sekolah, urusan pusat sumber sekolah (PSS), menyusun jadual waktu sekolah, menyelenggara maklumat tentang kurikulum dari semasa ke semasa, urusan pengajaran dan pembelajaran guru-guru, urusan berkaitan tenaga pengajar, peperiksaan, penilaian dan sebagainya. Dalam usaha memperkembangkan intelek murid-murid, guru Penolong kanan pentadbiran (GPK1) bertanggungjawab memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. GPK1 akan memastikan ketiadaan guru atas sebab urusan rasmi mahupun cuti sakit akan
11

Ko-kurikulum.

juga

berperanan

memastikan kelengkapan prasarana bagi aktiviti kokurikulum dapat dijalankan

diganti oleh guru lain. Ini bertujuan agar murid-murid tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran mereka. Selain itu juga, GPK1 berperanan dalam urusan penilaian dan peperiksaan. Contohnya, menyemak item ujian serta skema pemarkahan yang disediakan oleh guru panitia. Tujuannya adalah supaya penilaian dan peperiksaan yang dibuat adalah mengikut format serta menepati kurikulum yang terkini.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru penolong kanan Hal Ehwal Murid adalah berperanan sebagai orang yang sangat penting menguruskan murid-murid di sekolah. Berahim. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah ini ialah Puan Hajjah Radziah binti Bidang tugasnya mencakupi kebajikan dan keselamatan muridmurid, disiplin murid-murid serta sebagai penyimpan rekod kemasukan muridmurid ke sekolah. Dalam menjaga kebajikan murid-murid, guru penolong kanan Hal Ehwal Murid perlu berhubung dengan guru-guru kelas untuk mendapatkan maklumat mengenai murid terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. Murid-murid ini diutamakan untuk menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) serta layak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Selain itu, tugasnya ialah memastikan semua murid-murid disediakan bilik darjah yang kondusif untuk belajar. Dalam meningkatkan prestasi muridmurid pula, banyak program yang telah dirancang oleh pihak sekolah seperti G-BUDDY, untuk murid-murid Tahun 6, kelas tambahan bagi murid-murid Tahap 2, Program KIA2M dan sebagainya Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Antara bidang tugas Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ialah mengada dan menyusun program aktiviti tahunan gerak kerja kokurikulum bagi memastikan rancangan tersebut berjalan dengan lancar. Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah ini iaitu Cik Hajjah Asma
12

binti Abdul, bidang kokurikulum merupakan landasan utama dalam meningkat serta memperkembangkan aspek jasmani murid-murid di sekolah. Apabila aspek ini dapat ditingkatkan dalam diri setiap murid, minda yang cerdas terhasil daripada tubuh badan yang sihat. Dalam usaha pihak sekolah ke arah memperkembangkan aspek jasmani murid-murid, sekolah ini telah mengadakan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dibahagikan kepada tiga iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta permainan. Melalui kegiatan unit beruniform ini, murid-murid dapat menambahkan pengetahuan dari luar bilik darjah. Contohnya melalui penglibatan murid dalam unit beruniform Pengakap, murid-murid dapat mempelajari cara membuat ikatan, simpulan, memasang khemah dan sebagainya. Ilmu ini juga diharap dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Disiplin murid-murid juga dapat diperbaiki melalui kegiatan unit beruniform ini. Selain itu juga, aktiviti sukan dan permainan dapat mencungkil bakat dan potensi pelajar yang terpendam. Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk melatih pasukan sekolah. Menerusi penglibatan murid dalam aktiviti ini, secara tidak langsung guru-guru dapat membuat pemerhatian dan pemilihan murid yang berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan sekolah. Mereka kemudiannya akan diberikan latihan yang berterusan sebagai strategi untuk mewakili sekolah ke pertandingan kelompok, daerah atau negeri. Seterusnya, kelab dan persatuan yang dijalankan di sekolah pula dapat melatih murid-murid untuk menerima serta melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Perkembangan dari aspek sosial dapat dibentuk apabila murid-murid perlu bekerjasama dalam menjalankan tugas yang diberikan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan yang ingin melahirkan insan yang mempunyai potensi yang menyeluruh dan bersepadu.

5.2 Budaya Sekolah

13

Budaya sekolah juga disebut sebagai iklim sekolah yang mengandungi empat aspek utama, iaitu aspek fizikal, sosial, perkembangan intelek dan penggunaan bahasa. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, didapati bahawa kesemua aspek-aspek tersebut ditekankan dan dilaksanakan. Kesemua aspek-aspek budaya sekolah yang diterapkan itu dilihat memainkan peranan yang penting dalam menggalas misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari aspek fizikal, secara jelas dapat dilihat budaya kebersihan dan keceriaan amat diterapkan di sekolah ini. Pelbagai strategi dan cara yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi membudayakan kebersihan dan keceriaan di sekolah ini. Antaranya ialah program gotong-royong kawasan sekolah bagi memastikan kawasan sekolah tersebut sentiasa berada dalam keadaan bersih. Kawasan persekitaran sekolah juga ditanam dengan pelbagai jenis pokok bunga. Pertandingan keceriaan kelas juga turut dilaksanakan di sekolah ini. Kelas yang memenangi pertandingan tersebut akan diberikan anugerah dan penghargaaan pada setiap bulan dalam perhimpunan hari Isnin. Di samping itu, bangunan-bangunan sekolah juga dihiasi dengan Selain itu, keselamatan semua warga sekolah dilindungi oleh peraturan sekolah yang dikuatkasakan secara konsisten. Alatan dan kemudahan kecemasan juga turut disediakan seperti alat pemadam api, siren kecemasan, peti pertolongan cemas dan sebagainya. Di samping itu, program-program seperti latihan kebakaran dan latihan pertolongan cemas juga kerap diadakan bagi menerapkan pengetahuan kepada seluruh warga sekolah dalam menghadapi sebarang kemalangan dan kecemasan yang mungkin akan berlaku. digunakan. Bagi memastikan murid-murid mencapai tahap kecemerlangan dan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, pelbagai Bagi mengawal keselamatan sekolah dan murid-murid, perkhidmatan pengawal keselamatan dan pengawal keselamatan lalu lintas mural-mural yang menarik dan kreatif.

14

kemudahan yang telah disediakan oleh pihak sekolah agar persekitaran sekolah berada pada tahap yang kondusif untuk murid-murid menimba ilmu. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah pusat sumber, makmal Sains, makmal komputer, kantin, dewan, bilik rawatan, bilik Kemahiran Hidup, surau, padang, bilik muzik, bilik darjah yang selesa dan sebagainya. optimum. Seterusnya, dari aspek sosial sekolah ini banyak menerapkan budaya yang baik dan nilai-nilai murni kepada murid-murid khususnya. dilihat diamalkan secara berleluasa di sekolah ini. dalam hubungan di Sebagai contoh, budaya murid memberi salam dan menegur guru apabila bertembung Selain itu, kemesraan Budayakalangan warga sekolah juga dipraktikkan. Boleh dikatakan bahawa kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekolah ini lengkap, mencukupi serta digunakan secara

budaya ini secara tidak langsung dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan mempunyai unsur rohani yang tinggi dalam diri. Bagi penerapan aspek perkembangan intelek di kalangan murid-murid, pihak pengurusan pusat sumber sekolah telah mengadakan Program NILAM. Penghargaan akan diberikan kepada murid-murid yang membaca bilangan buku yang paling banyak. Program ini bertujuan untuk menggalakkan muridmurid membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan selaras dengan falsafah pendidikan yang ingin membentuk rakyat yang dapat memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain. Melalui program ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap suka membaca dan sikap berlumbalumba untuk membaca buku. Hasilnya, pada tahun 2008 sekolah ini telah melahirkan seorang Tokoh Nilam yang telah menjadi johan Pertandingan Nilam peringkat negeri Pulau Pinang. Kemudiannya, aspek penggunaan bahasa yang meliputi

penggunaannya secara betul dan jitu di dalam dan di luar bilik darjah juga diterapkan. Murid-murid yang lemah dalam bahasa, sebagai contoh Bahasa Inggeris akan diberi satu perkataan sehari untuk dihafal. Perkataan itu, ditulis
15

pada kad dan dipakaikan pada baju murid-murid bagi membolehkan mereka cepat mengingat dan seterusnya meningkatkan kemahiran berbahasa inggeris mereka. Murid-murid juga digalakkan supaya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris pada setiap hari Rabu. Aspek budaya penggunaan bahasa yang diterapkan ini tidak lain tidak bukan dapat membantu merealisasikan salah satu elemen yang terkadung di dalam FPK iaitu bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.

5.3 Ko-kurikulum Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK), gerak kerja ko-kurikulum dianggap sebagai salah satu komponen yang penting dalam proses pembentukan pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun di tahap yang lebih tinggi dalam konteks FPK. Aktiviti ko-kurikulum adalah sebahagian daripada bidang pendidikan yang membantu memantapkan keupayaan dan prestasi pelajar. Ko-kurikulum ditakrifkan sebagai aktiviti luar darjah atau di sekolah seperti sukan permainan, badan beruniform dan aktiviti kelab dan pusat yang dilakukan di luar waktu persekolahan.

Aktiviti ko-kurikulum diasaskan berdasarkan falsafah bahawa semua pelajar harus mempunyai keseimbangan jasmani, rohani, sosial dan mental. Matlamat ko-kurikulum diadakan dalam sekolah adalah untuk memupuk minat pelajar agar sentiasa cergas dan cerdas melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Selain itu, melalui gerak kerja kokurikulum, dapat melahirkan pelajar "Mesra IT" dalam menguruskan pengorganisasian unit ko-kurikulum dan melahirkan ramai jaguh atau wira yang menjuarai kepelbagaian acara dan pertandingan baik di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

16

Sesungguhnya, aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah kerajaan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sukan dan permainan, unit beruniform dan persatuan. Dalam bahagian sukan dan permainan, sekolah ini bola sepak, hoki, bola jaring, sepak Bagi unit mempunyai lapan jenis sukan iaitu

takraw, badminton, olahraga, bola tampar dan bola baling.

beruniform pula sekolah ini mempuyai Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pancaragam, Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam. Bahagian kokurikulum persatuan pula, sekolah ini mempunyai Persatuan Matematik, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Pembimbing Rakan Sebaya, Kelab Komputer dan ICT, Persatuan Sains dan Teknologi dan Persatuan Agama Islam. Kesemua pasukan permainan, unit beruniform dan persatuan diwajibkan mengadakan latihan dan perjumpaan sekali seminggu yang jadualnya telah disusun oleh Ahli Jawatankuasa Ko-kurikulum.

Selain daripada aktiviti ko-kurikulum yang diwajibkan di dalam sekolah, sekolah ini juga menekankan aktiviti ko-kurikulum yang diadakan dalam pelbagai peringkat. Untuk tujuan ini, pihak sekolah akan menghantar wakil yang terbaik bagi mewakili sekolah. Untuk melakukan pemilihan wakil, sekolah ini akan menganjurkan pertandingan dalaman iaitu di peringkat sekolah. Sebagai contoh, Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah yang diadakan pada setiap akhir tahun. Objektifnya tidak lain tidak bukan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid-murid untuk dijadikan pelapis bagi mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Melalui aktiviti ini juga, potensi murid-murid dapat dikembangkan bukan sahaja dari aspek jasmani, malah dalam aspek-aspek lain iaitu emosi dan sosial. 5.4 Guru Aspek guru juga merupakan aspek penting dalam melahirkan modal insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Justeru, aspek ini akan menjadi salah satu faktor yang dapat merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru mempunyai pelbagai peranan yang harus dimainkan dalam sesebuah sekolah. Antara peranan
17

sampingan yang harus dimainkan oleh guru-guru adalah seperti sebagai pemudah cara dan pembimbing. Sebagai pemudah cara, guru berperanan untuk melicinkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.

Dengan bilangan guru di sekolah ini yang rata-rata berpengalaman dalam pendidikan telah mampu menyampaikan ilmu pengetahuan dengan baik dan berkesan kepada pelajarnya. Pada setiap pagi majoriti daripada guru di sekolah ini sentiasa memotivasikan pelajarnya supaya mereka sentiasa mempunyai semangat yang kuat untuk belajar dan bercita-cita memperoleh pencapaian yang baik. Guru akan bertanggungjawab memberikan kesedaran kepada pelajarnya untuk mencari dan menambah pengetahuan yang sedia ada. Sebagai pembimbing, guru berperanan untuk membimbing pelajarpelajar ke arah kemajuan. Guru sekolah ini sentiasa memantau pelajar yang bermasalah dan memberi bimbingan kepada mereka. Mereka juga berusaha mengasah bakat yang sedia ada dan memperkembangkan lagi.

Daripada pemerhatian yang dibuat, didapati bahawa ramai pelajar yang sentiasa ke bilik guru bagi menanyakan soalan berkaitan pelajaran mahupun persoalan peribadi. Itu membuktikan kenapa dalam bimbingan, fokus utama adalah untuk memperkukuhkan kekuatan pelajar serta membimbing pelajar supaya berkemampuan membuat penyesuaian dan perubahan tingkah laku yang perlu. Di samping itu, personaliti guru di sekolah ini yang menunjukkan pekerti mulia, berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral serta berpandangan progresif dan saintifik dapat dijadikan suri teladan kepada murid-murid.

Selain itu, pihak pentadbiran sekolah ini telah menjadualkan guru yang mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang masing-masing dengan betul. Ini kerana pengagihan tugas haruslah bergantung kepada kelayakan guru. Contohnya, guru yang berkemahiran dalam bidang agama dijadualkan untuk
18

mengajar agama supaya elemen kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan dapat diterapkan kepada pelajar. Berdasarkan ini, dapat kita rumuskan bahawa kewibawaan seseorang guru merupakan faktor penting untuk mencapai objektif yang ditetapkan dalam sekolah untuk menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5.5 Disiplin Menurut Kamus Dewan, istilah ‘disiplin’ bererti latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. Memang tidak dinafikan, disiplin merupakan perkara asas dan menjadi tunjang kepada setiap sesuatu perkara. Tanpa disiplin yang tinggi dalam hidup seseorang individu tidak mungkin akan berjaya dalam kehidupannya. Pelbagai elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai melalui disiplin dalam diri seseorang individu. Antaranya ialah seperti melahirkan warga yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan seterusnya menjadi warga yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Guru mestilah memastikan disiplin sekolah sentiasa terkawal untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan ceria. Melalui disiplin yang terkawal, semua urusan pentadbiran atau pengurusan sekolah akan terjamin dan berjalan dengan lancar. Secara tidak langsung, ini akan melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran dan para pelajar dapat memberikan tumpuan yang sebaik mungkin. Disiplin merupakan satu agen yang mampu mengubah sesuatu yang negatif kepada positif dan sebaliknya. Secara ringkasnya, disiplin mampu mengubah kehidupan masa lampau seseorang membawa kepada kehidupan baru yang lebih sempurna.

Di sekolah ini, para guru telah mengambil serius tentang disiplin pelajar. Selain daripada adanya peraturan sekolah yang digubal untuk mengawal disiplin murid-murid, guru-guru di sini juga menjadi agen yang penting dalam menerapkan disiplin dalam diri murid-murid. Selain itu, para
19

guru juga menunjukkan contoh disiplin diri yang terbaik kepada murid-murid melalui tingkah laku dan sifat-sifat terpuji yang diamalkan. Dalam konsep disiplin ini, guru-guru dilihat sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan-santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai sikap-sikap yang positif terhadap amanah yang diberikan.

6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Seperti yang diketahui, Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seiring dengan matlamat Pendidikan Kebangsaan, iaitu memperkembang potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan yang bertaraf aspek emosi antarabangsa. perlaksanaan dan rohani Sehubungan kurikulum dengan serta itu, guru-guru yang haruslah dapat merealisasikan strategi Kementerian Pendidikan yang menumpukan aspekkokurikulum dan bersepadu memperkembangkan potensi pelajar pelajar dari aspek intelek, jasmani, secara keseluruhan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Justeru itu, guru-guru perlu melengkapkan diri supaya dapat menjadi model ataupun contoh kepada pelajar-pelajar. Selain itu juga, pihak pengurusan dan pentadbiran perlu melengkapkan prasarana agar

20

kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara optimum serta dalam keadaan baik dan selamat. Melalui pemerhatian saya selama seminggu semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, dapat saya simpulkan bahawa sekolah ini menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai asas dan panduan dalam menentukan hala tuju kecemerlangan para pelajar iaitu dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Pencapaian-pencapaian sekolah yang membanggakan membuatkan saya yakin bahawa sekolah ni sememangnya memegang hasrat pendidikan negara dalam urusan pentadbiran di sekolah ini. Selain itu warga sekolah ini turut mengamalkan nilai-nilai murni dalam konteks perhubungan seharian samada dikalangan guru dengan pihak pengurusan sekolah mahupun dalam kalangan murid-murid dengan warga sekolah yang lain. Guru-guru memainkan peranan yang penting dalam memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dikalangan pelajar di samping menunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka. Melalui tindakan ini, guru dapat membentuk sebuah masyarakat yang berakhlak mulia dikalangan pelajar.

21

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan kekuatan yang dipinjamkan olehNya dan dengan kesempatan yang diberikan olehNya, saya berjaya menyiapkan tugasan subjek Falsafah Pendidikan ini. Sesungguhnya dalam proses menyiapkan tugasan yang bertajuk “Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan” ini, banyak perkara-perkara baru yang saya perolehi dan pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan tajuk.

Setelah mendapat taklimat tugasan daripada pensyarah subjek iaitu Encik Zulkhairi bin Mohd Akhir, saya memulakan tugasan ini dengan pencarian maklumat-maklumat yang berkaitan daripada buku-buku dan
22

internet. Alhamdulilah, proses pencarian maklumat berjalan dengan lancar kerana maklumat berkaitan FPK sama ada di dalam internet ataupun bukubuku di pusat sumber adalah lumayan. Sesuatu yang baru saya perolehi, kerja kursus kali ini memerlukan saya untuk membuat kajian dan pemerhatian terhadap peranan sekolah yang meliputi beberapa aspek dalam merealisasikan FPK.

Pada permulaannya, saya berasa agak gentar kerana masih belum mempunyai pengalaman dalam melakukan kajian yang sedemikian. Namun setelah mendapat bimbingan dan nasihat daripada pensyarah subjek, saya mula merasa yakin dan lebih bersemangat. Seperti yang sudah sedia maklum, kami yang sememangnya ditetapkan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu dan saya telah mengambil kesempatan itu untuk membuat pemerhatian tinjauan tersebut. Sekolah yang dipilih ialah Sekolah Kebangsaan Guar Perahu. Dalam menjalani pemerhatian itu, saya telah menemu ramah guru besar, penolong kanan pentadbiran, hal ehwal murid dan ko-kurikulum serta beberapa orang guru dan staf sekolah. Saya juga turut membuat Tidak pemerhatian dan tinjauan kendiri bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki terutamanya berkaitan dengan budaya sekolah. sekolah tersebut. terkecuali jugak maklumat berkaitan aktiviti ko-kurikulum yang diadakan di

Sesungguhnya proses menyiapkan kerja kursus ini penuh dengan cabaran dan ujian. Antara cabaran besar yang saya terpaksa hadapi adalah kekangan masa dan tarikh penghantaran bagi tugasan – tugasan lain yang hampir sama dengan tugasan ini. Kesilapan saya ialah terlalu leka dengan tugasan-tugasan lain sehingga tugasan ini terabai. kekalutan dalam menyiapkannya. Pada saat-saat akhir, barulah saya tumpukan pada tugasan ini yang menyebabkan berlaku sedikit

23

Akhirnya, semoga tugasan ini dapat memberi manfaat dan pedoman kepada saya. Segala kelemahan dan kesilapan yang wujud, insya Allah akan diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Ab.Alim Abdul Rahim,(1994). Pengurusan Kokurikulum, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Ahmad Mohd Salleh, (2008). Pengajian Agama Islam dan j-Qaf Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh, (2004). Pendidikan Islam: Falsafah, Sejarah, dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
24

Choong Lean Keow, (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin, (1996). Dinamika Sekolah Dan Bilik Darjah, Kuala Lumpur: Cetaktama Sdn.Bhd.

Sufean Hussin, (1996). Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Portal Kuminiti Warga Pendidikan Daerah Kerian , 2007. http://www.ppdkerian.edu.com.my. Diakses pada 17 Mac 2009.

25

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->