LENCANA SEKOLAH

GAMBAR LUAR HADAPAN SEKOLAH

PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian ini

dilakukan dengan meninjau dan memerhati Melalui kaedah ini, maklumat-

persekitaran sekolah secara keseluruhan.

maklumat sekolah terutamanya yang bersifat fizikal dan boleh dilihat dengan mata kasar ataupun yang bersifat pengamalan secara zahir dalam kalangan warga sekolah dapat dikumpul. Segala maklumat-maklumat yang diperoleh melalui kaedah ini telah direkod dengan melakukan catatan bertulis dan mengambil gambar menggunakan kamera.

Antara maklumat-maklumat sekolah yang dapat dikumpul melalui kaedah ini ialah: 1) Infrastruktur dan prasarana sekolah 2) Amalan nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah 3) Kemudahan-kemudahan sekolah 4) Kata-kata hikmah 5) Mural sekolah 6) Motto, visi dan misi sekolah 7) Sijil-sijil dan piala sekolah 8) Aktiviti kokurikulum pelajar 9) Persekitaran bilik darjah 10) Carta organisasi sekolah

TEMU BUAL

Bagi

kaedah

ini,

guru besar

sekolah,

guru

penolong

kanan

pentadbiran, guru penolong kanan HEM dan guru penolong kanan kokurikulum telah ditemubual. Ianya bagi mendapatkan maklumat berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Segala maklumat yang diperoleh melalui kaedah ini telah direkodkan dengan merakam suara semasa sesi temu bual dijalankan dan membuat catatan di dalam borang rekod kolaborasi.

Antara maklumat-maklumat yang diperoleh melalui kaedah atau instrumen pengumpulan data ini ialah: 1) Tugas dan peranan guru besar 2) Pencapaian sekolah dalam akademik 3) Pencapaian sekolah dalam kokurikulum 4) Tugas dan peranan guru penolong kanan pentadbiran 5) Program-program peningkatan akademik sekolah 6) Maklumat guru-guru sekolah 7) Tugas dan peranan guru penolong kanan HEM 8) Kebajikan dan disiplin pelajar 9) Program-program kebajikan dan bantuan untuk pelajar
10) Tugas dan peranan guru penolong kanan kokurikulum

11) Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah 12) Penglibatan murid dan guru dalam kegiatan kokurikulum

SOAL SELIDIK

Untuk melaksanakan kaedah ini, satu borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan. telah dibuat ialah Sasarannya ialah guru-guru dan kakitangan dengan amalan Falsafah Pendidikan sekolah. Maklumat-maklumat yang diperoleh hasil daripada selidik soal yang berkenaan Kebangsaan di sekolah melalui aspek-aspek berikut: 1) Gaya kepimpinan dan pentadbir sekolah 2) Trend komunikasi pentadbir sekolah

3) Amalan kebudayaan warga sekolah 4) Sosialisasi 5) Budaya ilmu 6) Hormat-menghormati 7) Nilai kebudayaan sekolah

Di muka surat berikutnya ialah contoh borang soal selidik yang telah digunakan.

SENARAI SEMAK

Kaedah ini dilakukan untuk mengumpul maklumat berkenaan dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekolah. Segala maklumat yang diperoleh telah direkod dan diambil gambar dengan menggunakan kamera.

Antara maklumat-maklumat yang diperoleh ialah:

1) Bilik muzik 2) Surau 3) Bilik guru 4) Dewan terbuka 5) Kantin 6) Makmal sains 7) Makmal komputer 8) Bilik akses 9) Pusat sumber 10) Padang sekolah 11) Bilik alat bantu mengajar

GAMBAR-GAMBAR SEMASA BERINTERAKSI DENGAN MURID-MURID

PEMERHATIAN

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan di seluruh persekitaran sekolah, banyak pengetahuan dan ilmu baru yang diperoleh. Berkenaan dengan infrastruktur dan prasarana, sekolah ini mempunyai infrastruktur yang agak baik. Walaupun sekolah ini telah lama ditubuhkan iaitu sejak sebelum merdeka, namun ianya tidak ketinggalan dari segi kemajuan.

Selain daripada tiga blok bangunan sekolah yang lama, sekolah ini juga terdiri daripada dua blok bangunan yang baharu disiapkan beberapa tahun lepas. Namun, blok bangunan sekolah yang lama nampak agak terbiar dengan warna catnya yang sudah agak luntur. kelihatan agak kabur akibat dimamah usia. Lukisan muralnya juga

Di sekolah ini, nilai-nilai murni juga dipraktikkan dalam kalangan warga sekolah. Yang paling ketara ialah amalan menegur dan memberi salam antara pelajar dengan guru, guru dengan pelajar dan guru dengan guru. Amalan membaca doa setiap pagi dan setiap kali hendak pulang sekolah juga dipraktikkan secara berleluasa di sekolah ini.

Selain itu, kemudahan-kemudahan di sekolah ini juga agak lengkap. Tetapi, terdapat juga kemudahan-kemudahan yang agak terbiar dan tidak digunakan semaksima mungkin. Secara keseluruhannya, sekolah ini telah memanfaatkan segala kemudahan yang telah disediakan.

Di samping itu, kata-kata hikmah juga banyak digantung dan dinukilkan dalam bentuk mural di seluruh sekolah. Secara tidak langsung kata-kata hikmah ini dapat menambahkan keceriaan sekolah di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran dalam kalangan murid-murid walaupun di mana mereka berada. pagar sekolah. Motto, visi dan misi sekolah juga diperhatikan digantung di sekitar sekolah. Lokasinya amat strategik iaitu di depan pintu

Selain itu, sesuatu yang menarik diperhatikan di sekolah ini ialah sijil – sijil dan piala – piala yang telah dimenangi oleh sekolah ini dalam pelbagai acara telah dipamerkan di suatu sudut. Usaha ini secara tidak lansung dapat menaikkan semangat murid-murid lain untuk turut menempa kejayaan dan mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang.

Seterusnya

ialah

aktiviti

kokurikulum

murid-murid

yang

dapat

diperhatikan menerusi paparan di papan kenyataan. Selain itu, terdapat juga latihan-latihan yang diadakan untuk acara-acara yang akan dipertandingkan dalam masa terdekat seperti pertandingan kompang selawat, nasyid dan sebagainya.

Suasana di dalam bilik darjah juga dapat diperhatikan. Berdasarkan pemerhatian, suasana di dalam bilik darjah yang disediakan adalah kondusif. Setiap kelas juga kelihatan ceria dengan tampalan dan paparan pelbagai bahan bantu mengajar di dalam kelas. Bilik darjah juga kelihatan kemas dan bersih serta selesa untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Akhir sekali yang dapat diperhatikan ialah carta organisasi sekolah. Carta ini ditampal di papan kenyataan di pejabat sekolah.

TEMU BUAL

Guru-guru yang menjadi sasaran dan yang ditemu bual ialah guru besar, guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan hal ehwal murid dan guru penolong kanan kokurikulum.

Berdasarkan temu bual yang dibuat, guru besar Sekolah Kebangsaan Guar Perahu iaitu Tuan Haji Hashim bin Abdullah menyatakan bahawa bidang tugas beliau sangat luas. Antara yang utama adalah dalam bidang kurikulum, kokurikulum sahsiah serta pentadbiran. Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan selaras dengan misi beliau yang mahu meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum di samping menceriakan sekolah, pelbagai program telah dirancang agar potensi murid-murid dapat diperkembangkan lagi.

Selain itu, dapat diketahui juga pencapaian akademik di sekolah ini melalui temu bual yang dijalankan dengan guru besar sekolah. Menurut beliau, tahap pencapaian akademik murid-murid sekolah ini adalah sederhana. Berdasarkan analisis yang dibuat oleh pihak sekolah, keputusan UPSR sekolah ini menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.

Seterusnya ialah peranan guru penolong kanan pentadbiran. Guru penolong kanan pentadbiran di sekolah ini ialah Puan Hajjah Hamidah bt Haji Othman. Beliau bertanggungjawab kepada keseluruhan perjalanan sekolah termasuk yang berkaitan dengan kurikulum. Antara peranan guru penolong kanan pentadbiran adalah membantu guru besar dalam pentadbiran kurikulum sekolah, sebagai naib pengerusi jawatankuasa kurikulum sekolah, urusan pusat sumber sekolah (PSS), menyusun jadual waktu sekolah, menyelenggara maklumat tentang kurikulum dari semasa ke semasa, urusan pengajaran dan pembelajaran guru-guru, urusan berkaitan tenaga pengajar, peperiksaan, penilaian dan sebagainya.

Sedikit sebanyak maklumat berkaitan dengan program-program untuk peningkatan pencapaian akademik juga di peroleh melalui temu bual bersama

guru penolong kanan pentadbiran. Antara aktiviti utama dalam program ini adalah membuat nota poket, peta minda, program bijak sifir, reading program, vocabulary building, understanding and using English grammer, latih tubi terancang. Selain itu juga, kelas tuisyen yang melibatkan murid-murid Tahap 2 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga diadakan. Di samping itu, usaha meningkatkan pencapaian sekolah, budaya ilmu turut diterapkan dalam diri setiap murid.

Semasa temu bual tersebut, saya telah mengambil kesempatan untuk bertanyakan tentang bilangan tenaga pengajar di sekolah ini berdasarkan kelayakan professional guru. siswazah. Maklumat yang diperoleh, sekolah ini mempunyai seramai 10 orang guru yang siswasah dan 44 orang guru bukan

Seterusnya ialah hasil daripada temu bual dengan guru penolong kanan Hal Ehwal Murid. Maklumat diperoleh, guru menguruskan murid-murid di sekolah. penolong kanan Hal Ehwal Murid adalah berperanan sebagai orang yang sangat penting Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah ini ialah Puan Hajjah Radziah binti Berahim. Bidang tugasnya mencakupi kebajikan dan keselamatan murid-murid, disiplin murid-murid serta sebagai penyimpan rekod kemasukan murid-murid ke sekolah.

Berdasarkan hasil temu bual juga, banyak program-program bantuan kebajikan untuk pelajar-pelajar yang berasal dari keluarga yang tidak berkemampuan dilaksanakan. Antara program-program tersebut ialah, Skim Baucar Tuisyen, Rancangan Makanan Tambahan dan sebagainya. Selain itu,

maklumat mengenai disiplin pelajar juga diperoleh. Menurut beliau, disiplin di kalangan pelajar sekolah ini ialah memuaskan. Tidak rekod disiplin pelajar yang melakukan kesalahan berat.

Seterusnya, kokurikulum.

hasil

temu

bual

bersama

guru

penolong

kanan

Antara bidang tugas guru penolong kanan kokurikulum di

sekolah ialah mengada dan menyusun program aktiviti tahunan gerak kerja kokurikulum bagi memastikan rancangan tersebut berjalan dengan lancar. Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah ini iaitu Cik Hajjah Asma binti Abdul, bidang kokurikulum merupakan landasan utama dalam meningkat serta memperkembangkan aspek jasmani murid-murid di sekolah.

Maklumat lain yang diperoleh ialah berkenaan dengan pencapaian kokurikulum murid-murid di sekolah ini. didapati, tahap pencapaian Berdasarkan temu bual tersebut, dalam bidang ini agak murid-murid

memberasangkan. Beberapa orang dan pasukan murid-murid telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai acara dan pada pelbagai peringkat.

Antara maklumat lain yang diperoleh ialah berkenaan dengan kerjasama guru-guru dan murid-murid dalam bidang ini. Menurut Cik Asma, kebanyakan guru-guru di sekolah ini kurang memberi komitmen dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum sekolah. Sebaliknya, murid-murid sangat bersemangat dan komited dalam menjalankan aktiviti ini.

SOAL SELIDIK

Berdasarkan soal selidik yang telah dibuat, banyak pengetahuan baru yang saya perolehi. Soal selidik yang dibuat adalah bagi menilai kepimpinan dan kebudayaan sekolah. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, didapati pihak pentadbir sekolah ini lebih mengamalkan gaya kepimpinan yang demokratik dan ‘laissez-faire’. Gaya kepimpinan autokratik iaitu penggunaan kuasa autoriti sepenuhnya dalam membuat sebarang keputusan adalah jarang diamalkan oleh pihak pentadbir sekolah. Bagi trend komunikasi pentadbir sekolah pula, trend penyampaian maklumat adalah kerap diamalkan berbanding dengan trend sapaan dan perbincangan.

Dari aspek kebudayaan sekolah pula, amalan sapaan dan memberi salam, berjabat tangan dan memberi penghargaan kerap diamalkan dalam kalangan warga sekolah. Ini adalah suatu budaya yang amat baik dan patut diteruskan serta ditingkatkan pengamalannya dari semasa ke semasa. Selain itu, interaksi sosial yang paling kerap diamalkan di sekolah ini ialah interaksi antara guru dengan murid.

Seterusnya, hasil soal selidik mendapati bahawa budaya ilmu di sekolah ini diamalkan secara berleluasa. kalangan murid-murid adalah begitu Amalan membaca buku dalam memberansangkan disamping

pelaksanaan program NILAM sebagai galakkan. Selain itu, program seperti motivasi dan tazkirah juga ada diamalkan. Budaya hormat-menghormati antara warga sekolah juga dilihat agak memuaskan.

Akhir sekali ialah nilai kebudayaan sekolah dibawah aspek-aspek keceriaan, kebersihan dan keselamatan. Mengikut hasil soal selidik,

kesemua aspek-aspek kebudayaan sekolah ini kerap diamalkan. dapat dibuktikan melalui hasil pemerhatian peribadi saya.

Ini juga

Kebersihan dan keceriaan sekolah SENARAI SEMAK Melalui kaedah senarai semak ini, maklumat-maklumat dan

pengetahuan-pengetahuan baru yang saya perolehi adalah berkaitan dengan kemudahan yang disediakan di sekolah.

Semua kemudahan–kemudahan yang terdapat di sekolah ini telah saya catatkan di dalam senarai semak dan diambil gambar sebagai bukti. Berikut ialah antara gambar–gambar kemudahan-kemudahan yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu.

Bilik Guru

Bilik Muzik

Kantin

Dewan Terbuka

Garaj Basikal

Garaj Basikal

Tandas

Padang Sekolah

Pusat Sumber

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful