You are on page 1of 64

Interaksi Tamadun Asia Dan Relevensinya Di Malaysia Dan Dunia

Nama Ahli Kumpulan: Kang Chin Leong Hii Ting Tiang Yap Shu Han Oh Hui Kai Nama Pensyarah: Encik Rajit Bin Lumadan

Tamadun Cina dalam pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia

Latar belakang Tamadun


terletak di Lembah Huang Ho-meluas hingga ke bahagian selatan China perluasan kawasan bermula dengan Disnasti Chin Disnasti Chin:221 S.M-206 S.M pengasas Disnasti Chin-Shih Huang Ti

Disnasti Chin-Shih Huang Ti


menyatukan wilayah geografi and meluaskan jajahan takluk China membentuk empayar berlaku banyak peperangan perluasan kuasa disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat membina Tembok Besar China

Perkembangan tamadun
Zaman Permulaan- kemunculan dinastidinasti seperti Hsia, Shang dan Chou. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal. Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools of Thought.

Zaman Pertengahan/keagungan- Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang. Tahap ini juga dikenali sebagai zaman keemasan dalam tamadun China kerana pencapaiannya dalam pelbagai bidang. Iaitu sains, kesusasteraan, pentadbiran, agama dan sebagainya.

Zaman Peralihan- Zaman ini merujuk kepada kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke atas China. Abad ke-13,China ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan Dinasti Song. China kembali berkuasa dengan kemunculan Dinasti Ming. Abad ke-15,China sekali lagi diperintah oleh orang asing orang Manchu.

Zaman Moden- Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada China. pengaruh barat meresap ke dalam tamadunChina. 1839-1842, China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu. Barat memperkenalkan konsep Most Favored Nation. China mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan Gerakan Menguatkan Diri (18611895) dan Reformasi Seratus Hari (1898) tetapi gagal.

Kepercayaan dan falsafah


Kepercayaan Alam Sekitar : Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.

Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang : Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka.

contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.

Kepercayaan kepada dewa : Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman. mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah Dewa Biji-bijian

KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI FALSAFAH CHINA


Agama Buddha : Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.

Samb..
Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha di India pada kurun ke-6 s.m disebar ke China pada kurun masehi yang pertama. Asas pengajarannya- penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia

Jalan Lapan Lapis Mulia


Pandangan benar. Ucapan benar. Meditasi benar. Kelakuan benar. Cara hidup benar. Usaha benar. Fikiran benar. Mati benar.

Jalan Pertengahan(middle way) yang menggelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan. Dua cabang agama Buddha yang terkemuka iaitu: Theravada - pengajarannya berasaskan doktrin dan penyelamat hanya ditawarkan kepada Sami Buddha. Mahayana - pengajarannya membuka jalan penyelamat kepada semua

Ajaran Confuciusnisme : Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen.

Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.

Ajaran Toisme : Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu Satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi.

Samb..
Buku utama ajaran ini ialah Tao Te Ching . Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.

Iktibar Dari Tamadun India: Pandangan Semester Dan Nilai-nilai Yang Relevensi Kepada Malaysia

Pandangan Semester Tamadun India

mengembangkan pandangan semesta yang dapat mengharmonikan kecenderungankecenderungan berkonflik dan lain-lain unsur kepelbagaian fenomena dunia. Tamadun India juga menekankan sifat perpaduan di satu peringkat dan sifat majmukrelativisme di peringkat lain.

di dalam Tamadun India mereka bersedia untuk menerima pelbagai sistem, corak kehidupan sosial dan kepercayaankepercayaan. Pandangan semesta ini membenarkan seseorang memilih cara berfikir dan melakukan tindakan tersendiri

Sikap menerima kepelbagaian, perbezaan dan kontradikasi dalam tradisi sosiobudaya merupakan asas pandangan semesta India yang asal. Ia menekankan hakikat bahawa terdapat cara berfikir, cara hidup dan cara membuat sesuatu yang berbeza dan alternative walaupun ia bertentangan satu sama lain.

Dalam perkembangan tradisi agama didapati dewa-dewi yang terpenting pada Zaman Veda Awal dengan beribu-ribu mazmur suci dicipta dan pelbagai upacara pengorbanan diadakan. Tradisi India menerima semua ini dengan kepercayaan bahawa mereka ialah unsur-unsur benar Hinduisme. Sama ada ia plisteisme atau monoteisme mahupun Vaisnavisme atau Saivisme semuanya adalah sama bagi seorang Hindu kerana mereka ialah perwakilan simbolik realiti agama yang sama.

Tamadun India juga menyaksikan kedatangan dua agama utama iaitu Islam dan Kristian dengan tradisi, kepercayaan dan amalan masing-masing. Kedua-dua ini wujud bersama dengan kepercayaan dan amalan Hindu. Orang-orang India menerima semua ini dengan semangat serta minda yang membenarkan perbezaan dan kontradikasi. Di samping itu juga, orang-orang India yang memeluk kedua-dua agama ini kekal dengan pandangan, unsur dan amalan Hindu. Misalnya prasangka-prasangka kasta, ketidakbenaran perkahwinan semula balu, penyembahan patung dan amalan upacara diteruskan.

Pandangan Semesta Tamadun India Yang Relevansi Kepada Malaysia

Malaysia dan India mempunyai banyak persamaan bukan sahaja dalam unsur kepelbagaian kaum, budaya dan agama tetapi juga dalam pandangan semesta. masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India memegang pandangan semesta organik, dan menerima segala unsur masyarakat sama ada yang serupa atau berbeza.

Pemikiran rasional, salah satu aspek pandangan semesta atomistik, memerlukan kerajaan sebagai pelindung (penaung) kepada rakyatnya memahami keadaan dan kedudukan sosial dan ekonomi yang berbeza dan mengambil tindakan mengatasi perbezaan ini. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum dalam kedudukan sosio-ekonomi. Pandangan semesta organik membenarkan penerimaan penuh kepelbagaian, perbezaan dan kontradiksi tetapi pandangan semesta atomistik mengajar orang-orang India mentoleransikan kepelbagaian dan perbezaan dan menolak kontradiksi.

NILAI-NILAI
Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan, menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan kepada unsur-unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya, dan Perpaduan.

Dharma
Tradisi Hindu memperkenalkan konsep dharma untuk menandakan sifat benar individu dan masyarakat iaitu dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku). Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan.

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batasan pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas sistem pemikiran agama orang-orang Hindu. Dalam tamadun India kita dapat lihat setakat manakah konsep ketuhanan itu penting dengan merujuk kepada tradisi falsafah mereka sejak Zaman Vedik.

Dalam karya-karya Upanishad konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam dan dikenali sebagai Brahman. Brahman mempunyai dua aspek iaitu saguna (mempunyai sifat) dan nirguna (tanpa aspek). Aspek Saguna Brahman adalah ketua bagi semua, mengetahui segala-galanya dan pemerintah bagi pemikiran dalaman.. Aspek Nirguna Dia tiada sifat-sifatnya. Kewujudannya mutlak, pengetahuannya mutlak dan kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua mi tidak merupakan sifatsifatnya.

Pemikiran falsafah India menyarankan setiap orang menyedari warisan kedewaan mereka dan menerusi ini, mereka akan menyedari tentang tiadanya pembatasan dari segi geografi, bangsa dan agama. Ini menjadi faktor utama untuk menyatupadukan umat manusia di dunia ini. la memecahkan segala bentuk perbezaan yang membelenggui kita dan meningkatkan umat manusia kepada status yang sebenar sebagai anak-anak kekal abadi.

Karma
jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula.
Perbuatan yang baik Mengumpul karma Kelahiran semula yang selesa dan mewah Perbuatan yang buruk Mengumpul pava karma Kelahiran semula yang penderitaan

menggalakkan setiap manusia berbuat baik kepada semua makhluk di dunia ini dan sentiasa berbakti kepada Tuhan

Kepelbagaian agama di India menerima unsur Karma


Budhisme & Jainisme sifat keinginan sebagai sumber penderitaan manusia mencadangkan lapan cara yang mulia dengan merangkumi prinsip karma. menekankan nishkama karma atau membuat kerja tanpa menginginkan hasil dari kerja itu. Mengesyorkan karma yoga sebagai salah satu cara untuk mencapai pelepasan dari kehidupan duniawi, seorang penganut haruslah menjalankan kerja dengan sempurna sebagai instrumen Tuhan tanpa mengharapkan apa jua pun balasan. menggabungkan unsur-unsur Hinduisme dan Islam juga menerima prinsip karma dalam ajarannya.

Bhagavadgita

Sikhisme

Oleh itu, karma merupakan prinsip asas bagi semua aliran pemikiran falsafah dan agama di India.

Ahimsa
Tidak melakukan kekejaman. Prinsip asas yang dtekankan oleh ajaran Upanishad, Buddhisme dan Jainisme. Ahli falsafah India berpendapat bahawa orang yang mencari kebenaran mesti mempunyai kuasa untuk mengawal emosi-emosi dan keinginan, beransur- ansur melepaskan diri dari ikatan kepada badan.

Menentang kekejaman tidak makan daging. Agama Buddhisme menganggap ahimsa sebagai prinsip terpenting dalam ajarannya. Di dalam semua benda yang bernyawa wujudnya roh dan perbuatan membunuh benda itu bererti mengganggu roh yang bersemadi dalam badan itu. Ini dianggap sebagai perbuatan dosa yang menyebabkan pengumpulan pava karma yang menjauh individu dari mencapai nirvana atau pelepasan.

Jadi dalam prinsip ahimsa terdapat unsurunsur positif seperti kasih sayang, simpati, betas kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Sifat- sifat ini haruslah diperkukuh supaya mengelakkan diri daripada melakukan kekejaman atau melukakan hati orang lain.

Satya
Satya (kebenaran) merupakan undang-undang kehidupan yang kekal abadi, tidak berubah, mentadbir duniawi dan terdapat dalam sifat semulajadi manusia. Satya juga ialah pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.

Satya digunakan dalam tujuan dan cara.


Cara Tujuan

Kesucian merupakan cara Tujuan merupakan tahap yang amat penting dalam akhir dalam siri tindakan, mencapai sesuatu tujuan. dan setiap tindakan yang diambil terhadap tujuan adalah merupakan pencapaian separuh tujuan itu.

Tujuan dan cara mempunyai sifat semulajadi yang sama.

Perpaduan
Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, tetapi kerajaan India menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat. Sejarah India menggambarkan pemerintahpemerintah mengeratkan hubungan antara Hindu dan Muslim.

Zaman Pemerintahan Kerajaan di India


Pemerintahan Penunjuk Perpaduan

Mughal

Kashmir

Pegawai-pegawai yang dilantik adalah berdasarkan kebolehan dan bukan berdasarkan agama. Tujuan ialah membantu pentadbir mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat Hindu Sultan Zainal Abidin dihormati kerana tidak mempunyai prasangka agama dan tidak bersikap diskriminasi antara masyarakat Hindu dan Muslim. Buku-buku Sanskrit diterjemahkan ke dalam bahasa Persia supava orang Muslim dapat membaca, memahami agama Hindu dan budaya Hindu purba.

Akbar

Baginda bertindak mengasingkan diri dari tradisi yang menerima sistem Khalifah Arab sebagai kuasa atau ketua kerajaan Muslim. Takhta kerajaan baginda membatalkan cukaijizayah yang dikenakan ke atas rakyat bukan beragama Islam Baginda mengharamkan institusi perhambaan serta menggalakkan sifat persamaan rakyat disisi undang-undang tidak kira kedudukan kelas, kasta atau agama. Semua perkhidmatan kerajaan, sivil dan ketenteraan, dibuka untuk Hindu dan Muslim. Dasar pendidikan menggalakkan persefahaman budaya sehingga terdapat masyarakat Islam dan Hindu yang mula menulis dan menterjemahkan Atharva Veda dan Ramayana ke dalam bahasa Persia.

Pemerintahan India menjadi pengajaran (teladan) tentang dasar yang harus diamalkan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia supaya dapat mewujudkan perpaduan dan kestabilan politik.

Sumbangan Tamadun Jepun Dalam Aspek Politik, Agama Dan Pendidikan

Politik
Semasa pemerintahan Meiji , ia merupakan zaman yang paling gemilang dalam sejarah Jepun. Asalnya negara feudal telah bertukar menjadi negara moden dan menjadi kuasa global dalam masa 40 tahun saja. Beliau juga berjaya membangunkan bidang perindustrian di samping memimpin negara ke arah imperialism.

Agama
Pengaruh Shinto, Confusianisme, Taoisme, Zen Buddisme & konsep Bushido dlm politik & sosial Jepun. Kewujudan nilai moral, etika, akhlak & keagamaan, falsafah, idelogi metafizik dll - dari segi kehidupan beragama adalah unik - menyatukan kepercayaan Shinto, Confusianisme, Taoisme & Buddhisme

Shinto
Kami no michi- agama purba/pribumi. Kami iaitu Amaterasu memerintah bumi. Terdapat 3 dunia lain- takama no hara (syurga), Yomi no kuni (dunia bawah) dan Tokoyo no kuni (dunia seberang) Pemujaan terhadap alam dan roh nenek moyang. setiap uji mempunyai kami.

Buddhisme
masuk melalui Korea kurun ke-6. kurun ke-9 proses penyesuaian dgn Shintoisme. Mazhab Tendai dan Shingon. Kurun ke-14 sehingga 19, Zen Buddhisme berkembang. kurun ke-17 di bawah pengawasan pemerintah kurun ke-19 dan 20 zaman gelap krn bersaing sgn Shintoisme. 2 sumbangan penting-mohon keselamatan dan perlindungan, urusan kematian.

Konfusianisme
bertunjangkan ajaran Kung Fu Tze dan prinsip kenegaraan, nilai moral dan 5 btk hubungan asas. Nilai moral-konsep Li (kesusilaan), Ren (perikemanusiaan), Jen (kepatuhan dan taat kpd ibu bapa).

Taoisme
menyembah alam sekitar- Tao, permulaan segala makhluk dan benda di dunia. kitab suci I-Ching, konsep Yin Yang, ilmu ghaib dan perubatan herba.

Nilai dan Norma Masyarakat


Konsep Bushido- kaedah hulubalang. Berasaskan ajaran Konfusian. Kesetiaan mutlak, pengorbanan diri, keadilan, perasaan malu, adab yg halus dan terpuji, kesucian dan kesopanan, berjimat cermat, semangat perwira, kehormatan, kasih sayang dan lain2.

Sumbangan Agama dan Nilai norma masyarakat mengatasi masalah kemanusiaan sifat rajin & ekonomi stabil pengekalan agama masing-masing

Pendidikan
Zaman Meiji : agenda utama negara menandingi kemajuan barat Beratus penuntut dihantar keluar negara menimba ilmu dalam pelbagai bidang sains, pentadbiran dan teknologi 1871 Kementerian Pelajaran ditubuhkan dan negara itu dibahagi kepada 8 wilayah pelajaran. Di setiap wilayah wujud sebuah universiti, 32 sekolah menengah dan 210 sekolah rendah

Pada tahun 1886 Mori Arinori ( menteri pelajaran 1885 -1889) telah memulakan sistem pelajaran sekolah rendah selama lapan tahun, sekolah menengah menawarkan kursus selama empat tahun. Pada tahun 1980 perintah Diraja mengenai pelajaran yang menghuraikan mengenai kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus diterapkan di dalam kurikulum sekolah dan intitusi pengajian tinggi di Jepun..

Walaupun Jepun dah bergelar negara membangun ,namun Jepun tetap memberi penekanan dan tumpuan dalam bidang pendidikan. Pendidikan moden wujud di Jepun selepas Pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan wajib serta pendidikan tinggi dibentuk dalam tahun tahun seterusnya.

Sistem ini telah diubah selepas Perang Dunia Kedua iaitu mengikut sistem yang berasaskan sistem Amerika Syarikat. Keluarga Jepun yang mempunyai anak membelanjakan bahagian yang sangat besar daripada belanjawan isi rumah mereka untuk pendidikan seperti ini. Untuk memasuki sekolah tinggi yang bagus, seseorang itu perlu lulus daripada sekolah menengah rendah yang baik dan dengan ini persaingan dalam sistem pendidikan wujud terus sejak dari tadika lagi.

Yoga berasal daripada tamadun yang mana? a) Tamadun Islam b) Tamadun Mesir c) Tamadun India d) Tamadun Jepun

Nyatakan 3 nilai dari tamadun India yang relevansi Malaysia. Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya, dan Perpaduan.

Apakah pengaruh agama yang terdapat semasa dalam Tamadun Jepun?


Shinto, Confusianisme, Taoisme, Zen Buddisme & konsep Bushido

Rujukan
http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/t amadun-cina-interaksi-dengan-tamadun.html http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/ik tibar-tamadun-india-pandangan-semesta.html http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/t amadun-cina-interaksi-dengan-tamadun.html http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/ik tibar-tamadun-india-pandangan-semesta.html

You might also like