You are on page 1of 13

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2011 Festival ini akan diadakan pada

jam 8.00 pagi(pendaftaran) di 2 lokasi iaitu di : a. SMK DATO USMAN AWANG (7 MEI 2011) - Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket - Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah - Pertandingan Solar Car Race - Pertandingan Solar Boat Race - Pertandingan Portable Cooking With Nature - Pertandingan Inovasi dan Sains dan Kejuruteraan (Kumpulan / SK TAMAN TAMPOI UTAMA (7 MEI 2011) - Pertandingan Saintis Muda Sekolah Rendah - Pertandingan Bercerita Sains (Tahap 1 - tahun3 shj) Bahasa - Pertandingan Eureka Reee Beach House Oleh itu, pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam festival ini diminta berada di lokasi yang betul selewat-lewatnya 30 minit sebelum pertandingan-pertandingan dimulakan untuk sesi pendaftaran. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja untuk pertandingan yang akan mereka sertai. Pastikan umur peserta mematuhi syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan. Setiap peserta mestilah memakai pakaian uniform lengkap sekolah. Untuk makluman semua sekolah, Pertandingan Amali Sains akan diadakan untuk kategori Menengah Rendah sahaja. Oleh itu, sekolah-sekolah yang telah memilih Pertandingan Amali Sains Menengah Atas akan dimasukkan ke dalam kategori Pertandingan Amali Sains Menengah Rendah. Terdapat beberapa perubahan dalam peraturan bagi beberapa pertandingan. Oleh itu, semua sekolah dikehendaki memastikan peraturan baru dipatuhi. Borang pendaftaran ada di laman web berikut : http://ppdjb.edu.my/jbdat/fst/index.php. Pihak sekolah dikehendaki mengisi borang-borang tersebut mengikut pertandingan yang akan disertai dan memastikan borang-borang tersebut disahkan oleh pihak Pengetua / Guru Besar sekolah masing-masing. Mohon kerjasama pihak sekolah menguruskan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk menjalankan aktiviti diluar kawasan sekolah. Guru pengiring diminta memastikan keselamatan pelajar semasa dan selepas aktiviti dijalankan. 1

Individu) b. Inggeris

Kerjasama dari semua pihak dipohon untuk menjayakan festival ini dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor Bahru 2011 mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan majlis ini. PERUBAHAN DALAM PERATURAN PERTANDINGAN Berikut adalah beberapa perubahan yang perlu dilakukan dalam pertandingan-pertandingan berikut. Peraturan-peraturan lain tidak mengalami sebarang perubahan dan masih mengikut syarat dan peraturan peringkat kebangsaan. Setiap pasukan diminta mematuhi peraturanperaturan ini. 1. PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET a. Roket mestilah siap dibina oleh setiap pasukan sebelum pertandingan diadakan. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori sahaja iaitu, R2 Sasaran Terbaik (Best Target) R3 Payung Terjun Terbaik (Best Parachute) b. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan untuk pemasangan roket untuk pertandingan ini. 2. PERTANDINGAN SOLAR CAR RACE a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu : i. Persembahan Multimedia (10 minit) ii. Pertandingan Kelajuan b. Kereta solar perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan untuk pemasangan kereta untuk pertandingan ini. 3. PERTANDINGAN SOLAR BOAT RACE a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu : i. Persembahan Multimedia (10 minit) ii. Pertandingan Kelajuan b. Bot solar perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan untuk pemasangan bot untuk pertandingan ini. 4. PERTANDINGAN PORTABLE COOKING WITH NATURE a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu : 2

i. Persembahan Multimedia (10 minit) ii. Pengujian suhu dalam tempoh masa 1 jam b. Dapur solar perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan untuk pemasangan dapur solar untuk pertandingan ini. 5. PERTANDINGAN AMALI SAINS (SAINTIS MUDA) MENENGAH RENDAH a. 5 stesen yang akan dipertandingan adalah di dalam makmal sahaja. b. Masa yang diperuntukkan untuk setiap stesen adalah sebanyak 10 minit sahaja. 6. PERTANDINGAN EUREKA REEE BEACH HOUSE a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu : i. Persembahan Multimedia (10 minit) ii. Penghakiman model yang dibina b. Model rumah perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan untuk pemasangan Model Rumah untuk pertandingan ini. KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SOLAR CAR COMPETITION SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN : 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5. 2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dengan seorang guru pembimbing. 3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan. 4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama. 5 Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciriciri aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Car Competition adalah bebas. 6 Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model Solar Car Competition, adalah tidak dibenarkan. 3

7 Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Car Competition tidak boleh melebihi 1 watt. 8 Hanya 1 sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model Solar Car Competition. Jenis alat adalah bebas. 9 Rekabentuk asas kereta terbahagi kepada 3 komponen iaitu: a) binaan badan b) chasis c) tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit) 10 Pertukaran hanya dibenarkan untuk komponen tayar dan motor sahaja. 11 Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model Solar Car Competition turut diambil kira. 12 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan. 13 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu: a) Persembahan multimedia 10 minit b) Pertandingan Kelajuan KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SOLAR BOAT COMPETITION SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN : 1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5. 2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dengan seorang guru pembimbing. 3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan. 4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada sekolah yang sama. 5 Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciriciri aerodinamik. 6 Saiz dan berat model Solar Boat Competition adalah bebas. 7 Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model bot, adalah tidak dibenarkan. 8 Kuasa maksima setiap rekabentuk model tidak boleh melebihi 1 watt. 9 Hanya 1 alat tambahan elektronik sahaja dibenarkan dipasang pada model bot. Jenis alat adalah bebas. 10 Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model akan diambil kira. 11 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta 4

objektif pertandingan setelah mendapat persetujuan daripada pengurus pasukan. 12 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu: a) Pembentangan persembahan multimedia 10 minit b) Pertandingan Kelajuan

semua

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PORTABLE COOKING WITH NATURE SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN : 1 Pertandingan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah rendah Tingkatan 1 hingga 3. 2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dan seorang guru pembimbing. 3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan. 4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada sekolah yang sama. 5 Peserta bebas menentukan rekabentuk, saiz atau bahan yang hendak digunakan. 6 Bekas yang direka mestilah boleh menampung isipadu air sebanyak 500ml (air). 7 Alat yang dibina haruslah berkemampuan memasak air atau makanan pejal. 8 Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga solar sahaja tanpa sebarang sokongan komponen elektrik tambahan untuk meningkatkan suhu. 5

9 Hasil ciptaan hendaklah didokumentasikan dalam bentuk persembahan Multimedia Power Point yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris. 10 Persembahan perlulah mengandungi butiran seperti jenis bahan, kecekapan menyerap tenaga solar, kebaikan dan sebagainya. 11 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan. 12 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu: a) Persembahan multimedia 10 minit b) Pengujian suhu dalam tempoh masa 1 jam

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN : a) b) c) d) e) f) Pertandingan ini dibuka kepada murid sekolah rendah Tahap 1 sahaja (tahun 3 sahaja). Setiap sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja dengan seorang guru pengiring. Pertandingan ini adalah secara individu dan hanya seorang peserta sahaja yang dibenarkan berada di pentas untuk mempersembahkan ceritanya. Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains Sekolah Rendah. Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris. Skrip cerita hendaklah diserahkan kepada urus setia pada hari pertama karnival. 6

g)

h) i) j) k)

l)

Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan ialah 5 minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut :i Permulaan 1 kali ii Minit keempat 1 kali iii Minit kelima 2 kali Markah tidak akan diberikan selepas loceng terakhir dibunyikan. Peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah sistem pembesar suara dengan clip microphone. Penggunaan komputer dan LCD, OHP atau bahan sokongan lain untuk membantu persembahan adalah tidak dibenarkan. Peserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak atau cerita yang dibawa atau dipersembahkan. Props tambahan tidak dibenarkan. Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut :i Mesej dan isi fakta sains 40% ii Penyampaian/Persembahan 20% iii Bahasa 20% iv Kreativiti 15% v Penghayatan dan penampilan 5% Keputusan hakim adalah muktamad.

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN EUREKA RE & EE BEACH HOUSE SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN : 1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tahun 4 dan 5. 2 Setiap sekolah dibenarkan menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 4 orang peserta. 3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah rendah jenis kebangsaan. 4 Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 murid perempuan kecuali sekolah yang hanya terdiri dari 1 jantina. 7

5 Peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing. 6 Tema projek adalah Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE) atau Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (TDKT). 7 Tajuk projek ialah Energy Efficient Beach House. 8 Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah di tepi pantai yang mengaplikasikan konsep-konsep Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE). 9 Pihak penganjur pertandingan akan memberi satu tugasan tambahan kepada para peserta sebaik saja pertandingan dimulakan ( elemen of suprise) dan menggunakan kaedah penyelesaian masalah. 10 Tugasan ini mengandungi arahan untuk menempatkan LED di bahagian tertentu di dalam atau di luar rumah dan mestilah boleh menyala atau berfungsi dengan baik. 11 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan persembahan multimedia yang disediakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.. 12 Semasa pertandingan dijalankan, guru pembimbing dibenarkan berada berhampiran pasukannya pada jarak yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur tetapi tidak dibenarkan menyentuh sebarang bahan atau alatan yang digunakan. 13 Model tersebut hendaklah berskala 1:25 atas tapak rumah di mana dimensinya adalah seperti berikut; a) Keluasan Rumah : seratus meter persegi (100 m2). b) Mempunyai kemudahan: 2 bilik tidur 1 bilik air 1 dapur 1 ruang makan 1 ruang tamu 14 Penilaian hasil adalah berdasarkan daya kreatif reka bentuk rumah dan rupa bentuk elemen-elemen KT & TD.

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PEMBENTANGAN TOPIK SAINS DAN TEKNOLOGI 1. 2. TAJUK : PERTANDINGAN PEMBENTANGAN TOPIK SAINS DAN TEKNOLOGI TEMA : ISU-ISU SAINS DAN TEKNOLOGI 8

3. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN: 3.1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 4 dan 5. 3.2 Pertandingan adalah secara berpasukan yang terdiri daripada 2 orang peserta. 3.3 Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap. 3.4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja. 3.5 Pembentangan adalah dalam Bahasa Inggeris sahaja. 3.6 Tempoh yang diperuntukkan untuk setiap pembentangan adalah 7 minit. Loceng pertama akan dibunyikan pada minit ke-6. Loceng kedua akan dibunyikan pada minit ke-7. Selepas minit ke-8, markah akan ditolak. 3.7 LCD akan disediakan oleh urusetia. Komputer riba perlu dibawa oleh sekolah masing-masing. Bahan lain seperti model, carta dan lain-lain yang boleh membantu dalam pembentangan boleh dibawa. 3.8 Pihak urusetia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta. 3.9 Keputusan panel hakim adalah muktamad. 4. 4.1 4.2 4.3 4.4 KAEDAH PENGHAKIMAN Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut: Isi (50%) Kelancaran bahasa (20%) Penyampaian (20%) Penggunaan alat bantu pembentangan (10%)

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI SYARAT-SYARAT TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET 2011

PERATURAN UMUM 1. Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah menengah Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk sekolah menengah agama bantuan kerajaan. 2. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang pelajar (berusia 12-16 tahun sahaja) dan diiringi oleh seorang guru pembimbing sahaja. 3. Pertukaran peserta dalam pasukan adalah TIDAK dibenarkan. 4. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut: a) Kateogri R2 - Sasaran Terbaik (Best Target) b) Kategori R3 - Payung Terjun Terbaik (Best Parachute) 5. Festival Sains dan Teknologi 2010 juga menetapkan model roket siap bina sebelum pertandingan. 6. Setiap pasukan perlu kreatif dalam rekaan kon muncung dan sirip roket air dengan hanya menggunakan bahan yang berasaskan plastik dan bahan lembut sahaja. 7. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja. 8. Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja. 9. Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal. 10. Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan. 11. Pihak urusetia tidak bertanggugjawab ke atas sebarang kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta dan guru. SYARAT KATEOGRI R2 - SASARAN TERBAIK (BEST TARGET) 1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air dan mengena sasaran untuk memperolehi markah maksimum. 2. Jarak sasaran, x dari tapak pelancar adalah ditetapkan 100m. Bagaimanapun, panel hakim pada hari pertandingan berhak menentukan jarak baru di antara 50m dan 100m. 3. Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh di sasaran, setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, tekanan udara dan sudut roket. 4. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi. 5. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat 2 kali pelancaran sahaja. 6. Jarak roket air yang jatuh dalam zon-zon sasaran akan diambil dan markah akan ditentukan berdasarkan jarak terdekat roket air dari sasaran (bulls-eye).

10

7. Sekiranya roket air berpecah kepada 2 bahagian selepas pelancaran, percubaan tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan) dan hanya 1 percubaan lagi dibenarkan. 8. Gambarajah berikut menunjukkan rekabentuk tapak pelancaran, zonzon sasaran dan markah bagi setiap zon:
7m 9m

50 m -100 m Tapak Pelancar

II III IV

5m 3m 1m

Petunjuk: Zon I : 100 mata Zon : 80 mata II Zon III Zon IV : 60 mata : 40 mata Zon V : 20 mata

SYARAT KATEGORI PARACHUTE)

R3

PAYUNG

TERJUN

TERBAIK

( BEST

1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung terjun dan catatan masa roket di udara akan diambil. 2. Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air. Sila rujuk Komponen Utama Roket Air. 11

3. Komponen utama roket air harus jatuh bersama payung terjun ke permukaan Bumi. 4. Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan tekanan udara. 5. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi. 6. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat 2 kali pelancaran sahaja. 7. Masa akan mula diambil semasa roket air dilancarkan sehingga ianya: i. Jatuh ke permukaan Bumi; atau ii. Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau iii. Hilang dari pemerhatian para hakim; atau iv. Terbang di udara selama 15 minit*. KOMPONEN UTAMA ROKET AIR

12

13

You might also like