HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

KESIMPULAN Seni Dalam Pendidikan merangkumi 3 jenis seni, iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Ketiga-tiga jenis seni ini perlu dipraktikkan kepada murid apabila mengajar di sekolah kelak. Ini kerana kanak-kanak amat sukakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berunsur ini. Kanak-kanak pra sekolah ceria apabila melakukan aktiviti seni ini. Misalnya, mereka menyanyi sambil membuat pergerakan seperti menggoyangkan badan, berpusing, melompat dan sebagainya. Mereka juga cepat dan mudah memahami sesuatu perkara apabila guru menggunakan Seni Muzik dalam pengajaran dan pembelajarannya. Selain itu, berdasarkan seni juga dapat mengetahui ataupun merasai jiwa seseorang kanak-kanak itu. Kadang kala sesuatu emosi atau sifat tersebut dapat dicerap apabila kanakkanak meluahkannya di dalam aktiviti melukis. Perkara yang dirasai itu telah digambarkan melalui lukisan. Misalnya sama ada kanak-kanak tersebut gembira, riang, sedih, marah dan sebagainya. Seni pergerakan pula, dapat membantu menjana idea-idea kreatif untuk mengajar pada hari muka. Dalam konteks ini, Seni Pergerakan dapat bergabung dengan Seni Muzik di mana apabila muzik didendangkan secara automatiknya kanak-kanak akan bergerak atau menggoyangkan badan terutamanya apabila mendengar muzik yang rancak. Situasi yang sama juga dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik bercerita, drama, tarian dan sebagainya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya seorang guru mengaplikasikan pelbagai teknik dalam sesuatu subjek yang diajar, berkemungkinan besar pengajaran tersebut dapat diterima dan difahami dengan lebih mudah oleh murid-murid kerana sifat seni tersebut menarik, halus dan mudah diterima oleh sesiapa sahaja. Secara keseluruhannya, seni dalam pendidikan membantu guru-guru untuk memberi bimbingan dan panduan kepada kanak-kanak yang berminat dalam bidang seni. Harapan saya agar mata pelajaran ini bukan sahaja dapat diajar kepada guru-guru yang mengikuti kursus ini, malahan juga perlu diperluaskan kepada guru-guru lain yang masih berada di sekolah kerana impak yang menyeluruh dapat dihasilkan sekiranya mata pelajaran ini diperluaskan sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin membentuk manusia secara holistik dari segi Jasmani, Estetika, Rohani, Intelektual dan Sosial (JERIS). ( 3000 patah perkataan )

DISEDIAKAN OLEH LIANG KWEE YEE

PG 32

New York : Thomson Delmer Learning Mayeskey. R. Pica. Experiences In Movement With Music. S. N. New York : Thomson Delmer Learning. Bentong. & Raines. How To Foster Creativity In All Children. M. Bhd. (2003). New York : Thomsen Delmer Learning. (2000). R. Creativity And The Arts WithYoung Children. (2002). DISEDIAKAN OLEH LIANG KWEE YEE PG 33 . Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. ( 2005 ). Menon. Lagu & Puisi. Activities & Theory. Permainan.HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN APENDIKS RUJUKAN / REFERENSI Isbell.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful