P. 1
93867448-modul-SCE-3109

93867448-modul-SCE-3109

|Views: 4|Likes:
Published by Rahaiyu Harun

More info:

Published by: Rahaiyu Harun on Jul 01, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/11/2014

pdf

text

original

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

TAJUK 1

TERMOKIMIA

1.0 Sinopsis Termokimia ialah suatu kajian tentang perubahan tenaga yang menyertai suatu tindak balas kimia. Dalam tajuk ini, anda akan diberi pendedahan tentang jenis tenaga dan perubahan tenaga. Anda juga akan mengkaji tentang Hukum Pertama Termodinamik, pemuliharaan tenaga, tenaga dalam dan pemindahan tenaga, tindak balas eksotermik dan endotermik.

1.1 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti pelbagai jenis tenaga; 2. Menyatakan perubahan tenaga; 3. Mendefinisi konsep pemuliharaan tenaga/ Hukum Pertama Termodinamik; 4. Menerangkan konsep tenaga dalam dan pemindahan tenaga; 5. Menerangkan tindak balas eksotermik dan endotermik; 6. Melaksanakan aktiviti PCK untuk mengajar tajuk kurikulum yang sesuai.

1

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

1.2 Kerangka Tajuk

Termokimia

Sifat Tenaga

Perubahan Tenaga

Hukum Pertama Termodinamik Tenaga Dalam dan Pemindahan Tenaga Tindak balas eksotermik dan endotermik

Pemuliharaan Tenaga

Rajah 1.1 Kerangka Tajuk

1.3 ISI KANDUNGAN 1.3.1 Jenis Tenaga Tenaga ialah sesuatu yang berkemampuan untuk membuat kerja atau memberi haba. Ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Tenaga digunakan dalam semua bidang seperti menggerakkan jentera, menyalakan lampu elektik, memasak makanan, menggerakkan kenderaan dan sebagainya. Tenaga wujud dalam berbagai bentuk seperti yang berikut: • • • • •

Tenaga kimia Tenaga kintetik Tenaga keupayaan Tenaga haba Tenaga elektrik 2

apabila air dari empangan dibiarkan terjun. air akan turun dipengaruhi oleh graviti dan membuat kerja memutarkan janakuasa bagi menghasilkan tenaga elektrik. Sistem kimia mengandungi kedua-dua tenaga keupayaan dan tenaga kinetik. Tenaga kinetik adalah tenaga yang disebabkan oleh gerakan sesuatu objek. tenaga keupayaannya bertukar kepada tenaga kinetic akibat dari pergerakan air tersebut. Sebagai contoh. Di samping itu. 3 .2 Sifat Tenaga Tenaga wujud dalam dua bentuk asas iaitu tenaga keupayaan dan tenaga kinetik. Tenaga keupayaan ialah tenaga yang disebabkan oleh kedudukan sesuatu objek. molekul air mempunyai tenaga terma disebabkan oleh putaran. Tenaga kinetik sesuatu bahan dikait rapat dengan gerak rawak dan tetap atom atau molekulnya dan berkadar dengan suhunya. bilangan dan jenis ikatan yang menggabungkan atom dan cara penyusunan atomnya.3. getaran dan gerak rawak molekul. air tersimpan dalam empangan mempunyai tenaga keupayaan graviti kerana berada tinggi dari paras.SCE3109 Tenaga dalam Kimia • • • Tenaga cahaya Tenaga bunyi Tenaga nuklear 1. Sekiranya pintu empangan dibuka. Setiap molekul air juga mempunyai tenaga keupayaan kimia yang disebabkan oleh daya tarikan dan penolakan elektrostatik dalam setiap atom dan di antara atom. Tenaga keupayaan sesuatu bahan bergantung kepada komposisinya. jenis atom dalam bahan. Sebagai contoh.

3. jumlah tenaga adalah tetap. Tenaga kimia Perubahan tenaga tenaga haba dan tenaga cahaya Tenaga elektrik Tenaga kinetik Tenaga elektrik Tenaga kimia Tenaga haba Tenaga kimia Tenaga cahaya Tenaga elektrik Tenaga bunyi Tenaga kimia Tenaga cahaya Contoh Pembakaran bahan api seperti kerosin dan sebagainya Bateri Perubahan air kepada stim yang menggerakkan dynamo bagi menghasilkan tenaga elektrik Letupan mercun Fotosintesis Penyalaan mentol elektrik Rajah 1.3.4 Hukum Pertama Termodinamik/Pemuliharaan Tenaga Apabila tenaga berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. 4 .2 Perubahan bentuk tenaga 1.2 berikut menunjukkan beberapa contoh perubahan bentuk tenaga. Hukum Pemuliharaan Tenaga atau Hukum Pertama Termodinamik menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh ditukarkan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Layari Internet (1 jam) Layari internet untuk mengumpulkan maklumat tentang pelbagai sumber tenaga di Malaysia. Tenaga dipulihara. Rajah 1.3 Perubahan tenaga Semua bentuk tenaga adalah saling bertukaran antara satu sama lain. Kategorikan sumber tenaga itu sebagai tenaga yang boleh diperbaharui atau tenaga yang tidak boleh diperbaharui 1.

Perpindahan tenaga ini menjejaskan jumlah keseluruhan tenaga. Perpindahan tenaga berlaku dalam bentuk haba q atau kerja. misalnya kelalang.5 Tenaga dalam dan permindahan tenaga Dalam termokimia. Haba dihilangkan kepada sekitarnya manakala wap (sebagai jirim) juga turut meruap ke sekitarnya. (b) Sistem tertutup Dalam sistem terbuka.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Memikir (2 jam) Lukiskan satu siratan tenaga yang menunjukkan pengubahan pelbagai jenis bentuk tenaga dalam kehidupan anda. w. Sistem dan sekitar membentuk semesta. tiada tenaga atau jirim yang dapat berpindah. kedua-dua tenaga dan jirim dapat dipindahkan daripada suatu sistem kepada sekitarnya. air kopi panas dalam cawan. Sekitar adalah bahagian luar system. air kopi panas dalam cawan yang tertutup rapat. hanya tenaga sahaja dapat dipindahkan kepada sekitarnya. bahan dan hasil tindak balas adalah merupakan sistem. makmal dan sebagainya. hanya haba dihilangkan kepada sekitarnya. Misalnya. air panas yang disimpan dalam termos. iaitu (a) Sistem terbuka Dalam sistem terbuka.3. misalnya dalam suatu ujikaji. Misalnya. E yang 5 . Sistem boleh dibahagikan kepada 3 jenis. 1. sistem adalah bahagian dari semesta yang akan dikaji. (c) Sistem terpencil atau tersekat Pada sistem ini. Misalnya. iaitu tenaga dalam.

Rajah 1. Namun begitu. Bagi suatu sistem terpencil atau tersekat. disebut perubahan tenaga dalam. Ini merupakan suatu pernyataan lain bagi Hukum Pertama Termodinamik yang boleh dituliskan sebagai Jumlah tenaga dalam suatu sistem terpencil atau tersekat adalah tetap. haba dipindahkan dari sistem ke sekitar manakala dalam tindak balas endotermik. haba dipindahkan dari sekitar ke sistem. Dalam tindak balas eksotermik. Pada praktiknya. E sesuatu sistem terdiri daripada jumlah semua tenaga terma dan tenaga kimia untuk setiap molekul atau ion dalam sistem itu. Haba tindak balas ini merupakan kuantiti haba yang bertukar di antara sistem dengan sekitarnaya apabila suatu tindak balas kimia berlaku di dalam sistem tersebut pada suhu tetap.6 Tindak balas eksotermik dan endotermik Haba yang terlibat dalam sesuatu tindak balas kimia disebut secara umum sebagai haba tindak balas. jumlah tenaga dalam adalah tetap kerana tiada tenaga atau jirim yang dapat berpindah.SCE3109 Tenaga dalam Kimia terdapat dalam sistem tersebut. Efinal < Einitial Sebaliknya tenaga yang mengalir masuk kepada sistem daripada sekitarnya mempunyai tanda positif kerana sistem tadi mengalami pertambahan haba.3. Jumlah tenaga dalam. di mana ∆E = Efinal .3 6 . adalah sesuatu yang tidak mungkin bagi kita memisahkan suatu tindak balas kimia dengan sekitarnya kerana bahan kimia yang kita gunakan sentiasa berada dalam keadaan bersentuhan dengan sekitarnya. kita masih boleh mengukur akan perubahannya sahaja. Efinal > Einitial 1. ΔE.Einitial Efinal ialah tenaga dalam keadaan akhir sistem Einitial ialah tenaga dalam keadaan awal sistem Sebarang tenaga yang mengalir keluar daripada sistem kepada sekitarnya mempunyai tanda negatif kerana sistem tersebut mengalami kehilangan haba.

4 Profil Tenaga Tindak Balas Endotermik 7 .44 kJ mol-1 (haba dibebaskan) H2O (l) hasil Laluan tindak balas Rajah 1.4 menunjukkan profil tenaga bagi tindak balas endotermik.3 Profil Tenaga Tindak Balas Eksotermik Kandungan Haba.SCE3109 Tenaga dalam Kimia menunjukkan profil tenaga bagi tindak balas eksotermik dan Rajah 1. H H2O (g) bahan ∆H = . H H2O(g) ∆H = + 44 kJ mol-1 (haba diserap) H2O (l) Laluan tindak balas Rajah 1. Kandungan Haba .

edu/guide/hughes/energyconservation. 1.L. bagaimanakah anda boleh membantu pelajar anda untuk mengatasi masalah pembelajaran atau miskonsepsi mereka? 1. vi) Memerhati telefon yang berdering.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Perbincangan ( 2 jam) Aktiviti PCK 1 untuk mengkaji pemindahan tenaga. Puchong: Uni-Ed.k12. Brown.wvusd. H. ii) Nyalakan sesuatu lilin.ca.fi. Laksanakan aktiviti yang berikut dan nyatakan perubahan tenaganya. (2000). iv) Masukkan dua bateri ke dalam kereta mainan dan pasangnya.4 Rujukan Ramli Ibrahim (2001). T. Pada akhir aktiviti ini. Chemistry: The Central Science.html (Hukum Pemuliharaan Tenaga) 8 . Asas Kimia. New Jersey: Prentice Hall.. i) Pasangkan lampu meja. jawab soalan berikut:       Apakah yang anda telah pelajari daripada aktiviti di atas? Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang mengajar topik ini? Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran anda. http://www.us/webdocs/Thermochem/Law-Cons-Mass-Energy. iii) Pasangkan kalkulator yang berkuasa solar. & Bursten. B. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini? Apakah masalah pembelajaran/miskonsepsi pelajar dalam pembelajaran topikmindahan tenaga? Sebagai guru.). Lemay. (8th ed..E.html (Hukum Pemuliharaan Tenaga) http://dbhs.E. v) Tarik satu belang getah.

0 Sinopsis Sesetengah nukleus atom tidak stabil dan mereput secara spontan dengan memancarkan sinaran zarah alfa. kesan biologi radiasi dan penggunaan kimia nuklear. anda akan diberi pendedahan tentang alat pengesanan sinaran radioaktiviti.SCE3109 Tenaga dalam Kimia TAJUK 15 KIMIA NUKLEAR 15. 2. maka sinaran tadi boleh memberikan kesan terhadap organism secara biologi. 3.1 Kerangka Tajuk 9 .2 Kerangka Tajuk Kimia Nuklear Alat Pengesan Sinaran Radioaktiviti Kesan Biologi Radiasi Penggunaan kimia nuklear Figure 15. Dalam tajuk ini. Menjelaskan berbagai alat pengesan radioaktiviti. adalah penting sinaran ini dapat dikesani.1 Hasil Pembelajaran 1. Menerangkan berbagai penggunaan kimia nuklear. Menerangkan kesan biologi radiasi terhadap manusia. Namun ini. 15. 15. beta dan gamma. Sinaran ini bergerak menembusi jisim dan mengion molekul.

3. Di depan filem fotografi terdapat berbagai penyerap dengan ketebalan yang berbeza untuk menahan tembusan sinaran radiasi.SCE3109 Tenaga dalam Kimia 15. Selepas seketika masa. filem fotografi bertukar warna kepada hitam. Lencana ini mengandungi filem fotografi yang terdedah apabila terkena radiasi. 10 . filem itu diproses dan dari ini kadar pendedahan akan menunjukkan dos radiasi yang diserap oleh seseorang pada masa itu. Jika dos radiasi terlalu tinggi.1 Alat Pengesan Sinaran Radioaktiviti Sinaran nukleus boleh dikesan menggunakan alat pengesan seperti berikut: a) Lencana filem fotografi b) Pengesan Sintilasi c) Tiub Geiger-Muller d) Elektroskop Kerajang Emas e) Cloud Chamber f) Pengira Spark Lencana filem fotografi Lencana filem fotografi biasanya digunakan oleh orang yang bekerja di sekitar yang mendedahkan mereka kepada radiasi.3 Isi Kandungan 15.

3 menunjukkan proses suatu pengesan sintilasi. Prinsip asas alat ini ialah penggunaan suatu bahan misalnya fosfor yang boleh memancarkan kilauan cahaya apabila ianya disinari oleh radiasi.com) Pengesan Sintilasi Pengesan sintilasi adalah alat pengesan radiasi yang boleh menghitung zarah dipancarkan daripada nucleus radioaktif.2 Lencana Filem Fotografi (Sumber: http://images.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15.goggle. Rajah 15. . 11 . Bilangan kilauan atau sintilasi se unit masa adalah berkadar dengan bilangan radiasi yang memukul permukaan suatu bahan.

3 Pengesan Sintilasi (Sumber: http://images. Elektron ini akan ditarik kepada suatu siri plat yang dipanggil dinod melalui aplikasi voltan tinggi positif.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15. Denyut ini dikesan dan dipamerkan di atas alat pengukur. beberapa elektron dihasilkan yang kemudian akan ditarik kepada dinod kedua di mana penggandaan elektron berlaku. Bahagian pertama „photomultiplier‟ ialah foto katod yang menghasilkan elektron apabila cahaya memancar ke atasnya. elektron dikumpulkan di anod pada hujung tiub dan membentuk denyut elektronik.goggle. Urutan ini berterusan sehingga ke dinod terakhir di mana denyut elektron sekarang sudah berjuta kali lebih besar daripada di awal tiub. Apabila suatu elekton daripada foto katod memukul dinod pertama. Kilauan yang dihasilkan oleh proses sintilasi dipancarkan melalui tingkap optik ke dalam tiub „photomultiplier „. Pada takat ini.com) Bahan yang biasa digunakan ialah kristal natrium iodide yang mengandungi talium (II) iodida sebagai fosfor untuk mengesan zarah alfa. Tiub Geiger-Muller Tiub Geiger-Muller adalah alat pengesan radiasi yang beroperasi atas prinsip bahawa ion terbentuk apabila radiasi melalui tiub yang diisikan dengan gas pada 12 .

Pancaran radiasi masuk ke dalam tiub melalui tingkap mika dan mengion gas argon dengan mengeluarkan electron daripada molekulnya. Dalam tiub itu terdapat dua elektrod pada voltan tinggi dengan tanda bertentangan.com) 13 . Alat ini terdiri daripada suatu tiub logam yang diisikan dengan gas pada tekanan seperti argon.goggle. Arus ringkas ini dibesarkan dan dibilang menggunakan alat pengira seperti meter kadar atau skala sebagai satu kiraan.5 adalah suatu tiub Geiger-Muller.4 Proses dalam Tiub Geiger-Muller (Sumber: http://images.SCE3109 Tenaga dalam Kimia tekanan rendah. Rajah 15. Rajah 15. Zarah alfa dan beta boleh dikesan secara langsung menggunakan tiub Geiger-Muller.4 menunjukkan proses dalam tiub Geiger-Muller manakala Rajah 15. Bilangan kiraan se unit masa adalah berkadar dengan jumlah radiasi yang melalui tiub GeigerMuller. Ion dan electron yang dihasilkan oleh pengionan radiasi membolehkan pangaliran denyut arus elektrik ringkas di antara elektrod. kadar kiraan latarbelakang ditolak daripada kadar kiraan yang didapati. Apabila tiub Geiger-Muller digunakan untuk mengesan pancaran radioaktif.

SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15.goggle. Caj dengan polariti yang bertentangan dengan objek bercaj akan tertarik kepada terminal. Elektroskop digunakan untuk mengesan kehadiran caj. 14 . biasanya terbuka di bawah dan dipasangkan kepada suatu tapak. Untuk melindungi kerajang emas daripada angin sejuk. kerajang emas juga mencapah kerana medan elektrik objek menyebabkan batang elektroskop untuk mencapah. Elektroskop juga boleh dicaj tanpa sentuhan dengan objek bercaj melalui induksi elektrostatik.6 menunjukkan proses dalam Elektroskop Kerajang Emas. manakala caj dengan polariti yang sama akan menolak kerajang emas dan menyebabkannya mencapah. Jika suatu objek bercaj di bawa berdekatan dengan terminal elektroskop. Rajah 15.com) Elektroskop kerajang-emas Elektroskop kerajang emas terdiri daripada sebatang logam tegak biasanya loyang dan pada hujungnya tergantung dua keping selari keranjang emas. Apabila terminal logam disentuh dengan objek bercaj. ia diletakkan dalam suatu botol gelas. kerajang emas akan mencapah dalam bentuk “V”.5 Tiub Geiger-Muller (Sumber: http://images. Suatu terminal logam diletakkan di atas di mana caj yang diuji digunakan.

7 menunjukkan suatu kebuk awan dan Rajah 15. 15 .8 menunjukkan keratan rentas suatu kebuk awan. Rajah 15.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15.com) Kebuk Awan (Cloud Chamber) Kebuk awan Wilson ialah alat untuk memerhati laluan pergerakan zarah radioaktif.6 Proses dalam Elektroskop Kerajang Emas (Sumber: http://images.goggle.

com) 16 .goggle.7 Kebuk Awan (Sumber: http://images.8 Keratan Rentas Kebuk Awan (Sumber: http://images.goggle.com) Rajah 15.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15.

Pengira Spark Pengira Spark ialah suatu alat khas untuk mengesan zarah alfa. Apabila omboh ditarik ke bawah dengan cepat.com) 17 . Maka. Zarah alfa akan menyebabkan pengionan udara dan menghasilkan suatu discaj percikan api yang dikesan oleh pengira. kita boleh lihat jejaknya. wap air akan mengkondensasi atas ion iaitu laluan caj.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Bahagian atas dan bawah kebuk ditutup oleh gelas yang bergaris pusat beberapa sentimeter. Rajah 15. menjadikan udara dalam kebuk tepu melampau dengan wap. Udara dalam kebuk ini ditepukan dengan wap air.. Ia mengandungi kasa logam dengan suatu wayar di bawahnya dan disambungkan kepada bekalan kuasa. Pada bawah kebuk terletak suatu omboh. Cahaya dicerahkan dari tepi untuk melihat jejak zarah dengan jelas.goggle. Sumber zarah alfa ialah plutonium-209 yang disimpan dalam bekas plumbum tertutup. Jika terdapat suatu zarah bercaj dalam keadaan tepu melampau ini.9 Pengira Spark (Sumber: http://images. isipadu kebuk akan mengembang dan suhu akan menurun.

Kesan biologi radiasi boleh dikategorikan sebagai pendedahan masa panjang dan masa pendek. 18 . Di luar badan.10 Penggunaan Pengira Spark (Sumber: http://images.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15.3. tempoh pendedahan radiasi dan sama ada sumber radiasi di dalam atau di luar badan.com) Memikir (1 jam) Banding bezakan berbagai alat pengesan sinaran radioaktiviti dengan menggunakan penyusun grafik. 15. sinaran gamma adalah sangat merbahaya kerana ia dapat menembusi tisu manusia dengan berkesan.goggle.2 Kesan biologi radiasi Kerosakan yang dihasilkan oleh radiasi begantung kepada tenaga radiasi.

keletihan. kehilangan selera. (b) Pendedahan radiasi yang kuat masa pendek bercenderung memusnahkan tisu di tempat yang didedahkan dan mengakibatkan sindrom radiasi merisik seperti rasa mual. Jika tindak balas ini melibatkan bahan genetik seperti gen dan kromosom. kekurangan sel darah putih. muntah. Radikal ini yang kekurangan elektron sangat reaktif dan boleh menyebabkan tindak balas dalam bahan stabil sel organisma hidup. berdarah dalam dan akhirnya maut. baca artikel dalam laman web berikut: http://hps. 19 . Kemusnahan cepat tisu menjadikan radiasi kuat sebagai suatu alat yang sesuai untuk rawatan setengah-tengah kanser.ht mll Buat nota ringkas tentang bacaan anda dan kongsikan pengetahuan ini dengan rakan sekerja anda. cirit birit dan kekurusan sederhana.SCE3109 Tenaga dalam Kimia (a) Pendedahan radiasi masa panjang menghasilkan pembinaan radikal bebas yang menyebabkan mutasi genetik atau kanser. kelihatan tua lebih awal.org/publicinformation/ate/faqs/consumerproducts. sakit tekak. (c) Pendedahan radiasi juga boleh menyebabkan kemandulan. perubahan ini mengakibatkan mutasi genetik atau kanser. Radiasi tenaga tinggi boleh membuangkan elektron daripada sebatian dan menghasilkan radikal atau radikal bebas dalam tisu yang dilaluinya. Membuat Nota (2 jam) Untuk mendapat kefahaman mendalam tentang kesan biologi radiasi. kemusnahan sistem badan.

Suatu bahan radioaktif yang menghasilkan zarah alfa dimasukkan dalam paip.SCE3109 Tenaga dalam Kimia 15.4 Penggunaan kimia nuklear Kimia nuklear digunakan dalam berbagai bidang.11 Rawatan Kanser Tiroid (Sumber: http://images. maka ia sesuai digunakan untuk mengesan kebocoran paip.com) (b) Industri Bahan radioaktif digunakan untuk mengenal pasti kebocoran paip bawah tanah. Misalnya. Bahan radioaktif juga digunakan untuk mengawal ketebalan bahan seperti kertas dengan menggunakan pengira GeigerMuller. (a) Rawatan Perubatan Bahan radioaktif banyak digunakan dalam rawatan perubatan sebagai penyurih radioaktif yang diagnostik untuk mengenal pasti sesuatu penyakit. Cobalt-60 digunakan untuk rawatan kanser untuk memusnahkan sel kanser yang membahagi dengan sangat cepat. 20 . Sinaran gamma digunakan untuk mensterilkan alat pembedahan.goggle. Rajah 15. Iodine-123 digunakan sebagai penyurih radioaktif bagi rawatan kanser tiroid.3. Sinaran alfa yang dibebaskan oleh bahan radioaktif itu dikesan oleh pengira Geiger-Muller. Sinaran alfa mempunyai kuasa penembusan yang paling rendah. maka mengenal pasti di mana tempat kebocoran paip itu..

bagi yang lebih lama lagi daripada tempoh ini. Apabila hidupan tadi mati. Tumbuhan menggunakan karbon dioksida yang mengandungi karbon-14 untuk proses fotosintesis. haiwan akan memakan tumbuhan tadi.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Rajah 15. 21 . Karbon-14 digunakan untuk menentukan umur barang purba walaupun telah berumur beberapa ratus ribu tahun. Selanjutnya. Pentarikhan karbon-14 hanya boleh digunakan bagi bahan yang mempunyai umur tidak melebihi 50 000 tahun sahaja. nisbah karbon-14 dengan karbon-12 mulai berkurangan kerana pereputan karbon-14 yang berterusan dengan kadar yang kecil. Nisbah keduadua karbon inilah yang menjadi kunci penentu tentang tarikh mati hidupan.12 Pengesanan Kebocoran Paip Bawah Tanah (Sumber: http://images. pentarikhan dilakukan dengan menggunakan isotop uranium-238.goggle. (d) Pengawetan Makanan Bahan radioaktif juga digunakan untuk mensterilkan makanan untuk pengawetan supaya ia tahan lebih lama. Ia juga digunakan untuk menghalang percambahan kentang dan sayur-sayuran supaya boleh disimpan lebih lama.com) (c) Kaji Purba/Arkeologi Bahan radioaktif boleh digunakan untuk menetapkan tarikh bahan antic atau fosil. maka padanya terdapat karbon-14. Karbon-14 hadir di atmosfera dalam bentuk karbon dioksida. Misalnya.

(f) Senjata Nuklear Proses transmutasi nukleus bahan radioaktif secara pembelahan dan pelakuran digunakan untuk menyediakan bom atom dan bom hydrogen yang digunakan sebagai senjata nuclear. Senaraikan langkah keselamatan yang boleh diambil dalam pengurusan bahan radioaktif. Mengumpul Maklumat (2 jam) Kumpulkan maklumat mengenai cara menguruskan bahan radioaktif. (g) Kuasa Nuklear Pembelahan nucleus secara berantai dengan kawalan terkawal dalam reaktor nuklear menghasilkan kuasa nuklear yang mampu memenuhi bekalan elektrik setiap sektor masyarakat. Ia juga digunakan untuk menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baru. 22 . Fosfor-32 digunakan sebaagi pengesan untuk mengkaji penyerapan dan penggunaan fosfat oleh tumbuh-tumbuhan. Karbon-14 digunakan untuk mengkaji laluan karbon dalam fotosintesis tumbuh-tumbuhan.SCE3109 Tenaga dalam Kimia (e) Pertanian Sinaran gama digunakan untuk mensterilkan haiwan peliharaan.

H.. (2001) Chemistry.html (kesan biologi radiasi) http://en. Eighth Edition.com/topic/nuclear-reactor (Tenaga nuklear) http://en.org/wiki/Nuclear_reactor_technology (Tenaga nuklear) 23 .4 Rujukan Brown. Tuliskan satu refleksi sebanyak 200 perkataan tentang pengalaman anda semasa menyediakan latihan ini.C. T.. New Jersey:Prentice Hall. http://hps.org/publicinformation/ate/faqs/consumerproducts. Bursten. Third Edition. Sediakan satu poster tentang kelebihan dan kelemahan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Malaysia.E.J. B.edu/EarlyApparatus/Static_Electricity/Electroscope/Electros cope. (2000) Chemistry-The Central Science.html (Elektroskop Kerajang Emas) http://www.wikipedia..L. Sebarkan maklumat yang disediakan kepada orang lain dengan mempamerkan poster ini di papan buletin sekolah anda.SCE3109 Tenaga dalam Kimia Latihan (2 jam) Kumpulkan maklumat mengenai penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif yang bermanfaat bagi umat manusia. New Jersey: Prentice Hall.R.E. Fay. Lemay.wikipedia. 15.kenyon.org/wiki/Geiger-M%C3%BCller_tube (Tiub Geiger-Muller) http://physics.answers. McMurry.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->