You are on page 1of 2

2.3.

1 Definisi Terencat Akal

Menurut American Association on Mental Retardation (AAMR), kerencatan akal didefinisikan sebagai individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi mental, di samping kemahiran yang rendah dari aspek tingkah laku penyesuaian. Tingkah laku penyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri seperti kebolehan memakai pakaian, makan atau mengemas diri. Kerencatan akal ini mesti dikesan sebelum usia 18 tahun.

Seperti yang dinyatakan dalam bab 1, Individual with Disabilities Education Act (IDEA) mendefinisikan terencat akal sebagai fungsi intelek (IQ) yang rendah serta kekurangan dalam tingkah laku sosial sepanjang tempoh perkembangan yang memberi kesan kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak. IQ lazimnya diukur melalui Ujian IQ di mana skor purata ialah 100. Individu yang memperolehi skor bawah 70 hingga 75 dikenal pasti mengalami kerencatan akal. Untuk mengukur tingkah laku adaptif, sesetengah kemahiran boleh dikenal pasti iaitu: a) Kemahiran aktiviti seharian seperti memakai pakaian, mandi, makan dan sebagainya b) Kemahiran komunikasi seperti memahami apa yang dituturkan dan berupaya memberi tindak balas c) Kemahiran sosial seperti hubungan dengan rakan, keluarga, orang dewasa dan masyarakat.

Julia Jantan (2007) menyatakan bahawa kerencatan akal berlaku akibat masalah kegagalan otak berfungsi. Kerencatan akal yang berlaku pada individu bukan sahaja melibatkan

batasan fungsi mental tetapi turut melibatkan masalah emosi. Kemampuan kognitif kanak-kanak terencat akal juga terganggu. Ini bermakna, kanak-kanak ini lambat unutk menerima sesuatu maklumat yang disampaikan kepada meraka dan sukar untuk memahami konsep-konsep yang kompleks.