You are on page 1of 14

Isi Kandungan Kandungan Konsep Reka Bentuk Pengajaran Model Reka Bentuk Pengajaran Assure Model Reka Bentuk

Pengajaran Addie Aplikasi Model Addie Kesimpulan muka surat 2 3 6 13 14

KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN Menurut (Dick & Reiser, 1989), reka bentuk pengajaran ialah satu proses yang

bersistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Menurut (Richey, 1986) pula reka bentuk pengajaran ialah mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran. Menurut (Gustafson, 1991) pula, reka bentuk pengajaran ialah Reka bentuk pengajaran ialah satu pendekatan sistematik bagi seluruh proses pengajaran yang melibatkan: i. ii. iii. iv. Mereka bentuk (deisgn) Membina Menilai dan Menggunakannya

Terdapat 6 elemen asas reka bentuk pengajaran mengikut (Richey, 1986) iaitu : i. ii. iii. iv. v. vi. Menentukan keperluan pelajar Menentukan matlamat dan objektif Membina prosedur penilaian Mereka bentuk & memilih strategi penyampaian Mencuba sistem pengajaran Menilai keseluruhan system

Kegunaan Reka Bentuk Pengajaran i. Selain mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama RP ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

ii.

Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan.

iii.

Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif.

Model Reka Bentuk Pengajaran Assure Model yang dibangunkan oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.

Model Assure mengandungi 6 langkah: i. ii. iii. iv. v. vi. A : Analyse learner (analisis pelajar) S : State objective (nyatakan objektif) S : Select method, media & materials (pilih kaedah, media dan bahan) U : Utilise media & materials ( gunakan media dan bahan) R : Require learner participation (dorong penglibatan pelajar) E : Evaluate and revise (nilai dan semak)

Analisis Pelajar Penggunaan bahan atau media perlulah bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran itu sendiri. 3 perkara penting perlu dilakukan untuk menganalisis: i. ii. iii. Ciri-ciri umum Kompetensi khusus peringkat masuk Stail pembelajaran

Ciri-ciri umum: a. Deskripsi tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio ekonomi b. Ini menjadi asas untuk pemilihan media Kompetensi khusus peringkat masuk:
3

a. Pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk Stail pembelajaran: a. Berkaitan stail verbal, logikal, visual, muzik, kinestatik, interpersonal, intrapersonal

Nyatakan Objektif i. Objektif isi pelajaran perlu disentuh secara ringkas untuk memaklumkan apakah yang sepatutnya dipelajari. ii. Pelajar bersedia untuk mengalami perubahan pengetahuan , sikap dan kemahiran

Pilih Kaedah, Bahan, dan Media i. Terdapat 3 langkah dalam pemilihan: - Menentukan kaedah yang sesuai dengan topik pembelajaran - Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih - Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan ii. Memilih kaedah: -Kepelbagaian kaedah pengajaran (simulasi, demonstrasi, latihan) Perlu berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan sasaran pelajar iii. Memilih media perlulah bedasarkan aspek: - Sepadan dengan kurikulum - Maklumat yang jelas dan tepat - Menarik minat dan mencetuskan motivasi - Menggalakkan penglibatan pelajar - Kualiti yang baik - Tidak bias - Mempunyai panduan penggunaan iv. Mereka bentuk media: -Jika kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk mengubahsuai media yang sedia ada berdasarkan: a. Objektif
4

b. Pelajar c. Kos d. Kepakaran teknikal e. Peralatan f. Fasiliti g. Masa

Gunakan Media Terdapat lima langkah bagi penggunaan media secara baik: i. ii. iii. iv. v. Pribiu (preview) bahan Sediakan bahan Sediakan persekitaran Sediakan pelajar Sediakan pengalaman pembelajaran

Libatkan Pelajar Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dsb. Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas memberi tindak balas yang betul

Nilai & Semak Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Penilaian melibatkan aspek: i. ii. iii. iv. Pencapaian pelajar Pembelajaran yang dihasilkan Menilai media dan kaedah Kualiti media
5

v. vi.

Penggunaan guru dan Penggunaan pelajar

Secara umumnya, pencapaian pelajar dibahagikan kepada; i. ii. iii. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran Sikap pelajar

Menilai Kaedah Dan Media Ciri-ciri yang ditetapkan dalam aspek ini ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. Adakah media berkesan? Bolehkah dipertingkatkan? Adakah ia berguna? Adakah ia membantu pelajar mencapai objektif? Adakah ia mencetuskan minat pelajar? Adakah ia melibatkan pelajar secara aktif?

Selain daripada itu penggunaan senarai semak dan soal selidik boleh dilakukan melalui: i. ii. iii. Perbincangan dengan kelas Temubual dengan setiap individu Pemerhatian

Semua penilaian di atas melibatkan 2 peringkat: i. ii. Penilaian formatif Penilaian sumatif

Reka Bentuk Pengajaran Model Addie Abstark Terdapat beberapa model yang digunakan dalam menghasilkan rekabentuk instruksional, antara model yang terawal ialah model ADDIE. Artikel ini akan memfokuskan model ADDIE kerana model ini boleh dikatakan menjadi sumber kepada kemunculan model-model lain seperti model Morrison, Ross dan Kemp, model Seels dan Glasgow, serta model Dick and Carey. Buktinya hampir semua model rekabentuk
6

instruksional mempunyai lima prinsip utama ADDIE iaitu Analyze, Design, Develop, Implement, dan Evaluate (Kruse, 2004, p. 1). Kata kunci : rekabentuk instruksional, model rekabentuk instruksional, model ADDIE Pengenalan Terdapat banyak model-model rekabentuk instruksional yang dihasilkan dengan strategi tersendiri untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Model-model rekabentuk instruksional ini mestilah direkabentuk berpandukan teori-teori pembelajaran seperti teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Contoh model rekabentuk instruksional yang akan diperbincangkan dalam artikel ini ialah model ADDIE. Terdapat dua kajian yang pernah dilakukan menggunakan model ADDIE ini iaitu kajian yang dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan pada tahun 2006 dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia juga pada tahun 2006. Pada bahagian analisis rekabentuk instruksional model ADDIE, kelebihan-kelebihan penggunaan model ini akan diperbincangkan.

Sejarah dan Definisi Rekabentuk Instruksional Rekabentuk instruksional mula wujud semasa meletusnya perang dunia ke-2, apabila golongan psikologi membuat kajian dan penyelidikan kaedah yang akan digunakan bagi latihan perkhidmatan ketenteraan. Selepas tamat perang, program latihan ini diteruskan oleh 2 orang ahli psikologi untuk menyelesaikan masalah instruksional dibidang pendidikan seperti Institut American (Reiser, 2001, p. 58). Kegunaan rekabentuk instruksional terus berkembang di dalam bidang pendidikan sehingga kini. Dalam bidang pendidikan, rekabentuk instruksional boleh didefinisikan sebagai strategi, kaedah yang sistematik dan teknologi yang digunakan dengan tujuan untuk memudahkan pelajar menguasai objektif yang dikehendaki ( Molenda, Reigeluth, & Nelson, 2003; Yusup Hashim, 2006).

Pengenalan Model ADDIE

Terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering digunakan pakai bagi menghasilkan courseware seperti model ADDIE, model Dick & Carey, model Hanafin & Peck, model Knirk & Gustafson, model Robert Gagne, model Kemp, model ASSURE dan model pembelajaran. Dalam artikel ini, fokus utama lebih kepada model ADDIE kerana akan dikaitkan dengan kajian-kajian lepas tentang keberkesanan penggunaan model ADDIE ini. Model ADDIE mempunyai lima pembahagian utama iaitu (1) analisis, (2) rekabentuk, (3) pembangunan, (4) implimentasi, dan (5) penilaian.

Analyze

Analisi atau Analyze bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu courseware diperkenalkan. Kenapa rekabentuk instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang perlu ada kepada pelajar sebelum courseware itu boleh digunakan? Juga melihat kesesuaian isi kandungan courseware kepada pelajar dan adakah ia sesuai untuk kegunaan individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu courseware yang dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan DVD.

Design

Rekabentuk atau Design pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan. Contohnya courseware tersebut mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesian masalah, permainan, simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau secara pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti sama ada menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainya.

Develop

Pembangunan atau Develop ialah proses menghasikan courseware yang telah direkabentuk. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk grafik yang diperlukan, menentukan pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian courseware yang dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut.

Implement

Impliment atau Implement berperanan untuk membuat pilot test terhadap courseware yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau pelajar telah dipilih bagi menggunakan courseware tersebut. Evaluate

Penilaian atau Evaluate pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya meningkatkan mutu courseware selepas ujian pilot. Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk menilai berapa peratuskah objektif yang tercapai setelah proses penggunaan courseware tersebut selesai digunakan.

Kajian Berkaitan Penggunaan Model ADDIE Seperti yang dinyatakan di peringkat awal terdapat dua kajian yang pernah dilakukan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan model ADDIE iaitu kajian yang dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan pada tahun 2006 dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia juga pada tahun 2006. Kajian oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan

Kajian oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan Kajian ini dilakukan ke atas pelajar kejuruteraan mekanikal di sekolah tinggi Korea Selatan. Sekolah tersebut telah membelanjakan sebanyak $350,000 USD bagi melengkapkan kemudahan kelas multimedia. Guru di sekolah berkenaan juga telah memanfaatkan kemudahan kelas multmedia ini dengan mengajar pelajar berkenaan teori kejuruteraan mekanikal menggunakan program PowerPoint. Namun pelajar masih tidak menunjukkan minat untuk belajar dengan tidur di dalam kelas, melayari internet atau bersembang semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Youngmin, 2006, pp. 1-11).

Bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah mempergunakan model ADDIE, di mana pengkaji akan menganalisis tentang keperluan dan minat pelajar. Kemudian pelajar akan mereka bahan multimedia berdasarkan minat pelajar. Seterusnya pelajar akan membangunkan bahan yang telah direka. Pengkaji juga akan bertindak sebagai fasilitator dan memberi motivasi bagi memastikan pelajar mengimplimentasikan aturan pembelajaran yang dirancang. Pengkaji dan pelajar akan bersama-sama membuat penilaian ke atas bahan multimedia yang telah dihasilkan. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati pelajar bermotivasi untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Contohnya pelajar tidak lagi tidur di dalam kelas kerana dapat menghasilkan bahan pembelajaran mengikut cara pelajar dengan dibimbing oleh guru (Youngmin, 2006, pp. 12-17). Kajian oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini dilaksanakan ke atas pelajar Tingkatan 6 yang mengambil Matematik S. Pengkaji cuba membuat perbandingan antara dua kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pertama mempelajari Matematik S melalui Goal Programming menggunakan multimedia interaktif (IMM). Kaedah kedua pula mempelajari matematik s melalui Goal Programming melalui kaedah tradisional. Multimedia interaktif (IMM) pula akan dibina berasaskan model ADDIE serta dibina oleh mereka yang mahir dalam bidang ICT dan mahir dalam topik matematik. Dalam kajian ini instrumen yang digunakan tidak akan membezakan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, sebaliknya kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan masing-masing akan menggunakan kaedah multimedia interaktif (IMM) dan kaedah tradisional (kuliah).

Dapatan soal selidik yang menggunakan skala Likert mendapati kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan mendapat min yang tinggi dari segi minat untuk belajar Matematik S menggunakan multimedia interaktif dengan min 3.28 berbanding menggunakan buku teks dengan min 2.45. Pelajar juga menganggap belajar Matematik S menggunakan multimedia interaktif lebih berkesan dengan min 3.73 berbanding menggunakan buku teks dengan min 2.33 sahaja.

10

Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa pelajar akan lebih bermotivasi dan berkesan menggunakan multimedia interaktif berbanding menggunakan buku teks. Namun begitu multimedia interaktif yang digunakan di dalam kelas akan lebih berkesan jika guru turut menjadi fasilitator di kelas (Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2006, pp. 85-94). Analisis Rekabentuk Instruksional Menggunakan Model ADDIE Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia saya dapat membuat dua kesimpulan utama.

Penggunaan bahan multimedia perlu direkabentuk. Biasanya guru akan merancang penggunaan bahan media di kelas supaya maklumat yang dikehendaki sampai kepada pelajar. Tetapi masih menjadi persoalan, adakah sekadar merancang sudah cukup untuk memastikan maklumat sampai kepada pelajar? Buktinya terdapat guru yang mengajar menggunakan bahan media program PowerPoint masih tidak dapat menarik perhatian pelajar sekolah kejuruteraan mekanikal di Korea Selatan. Sebenarnya terdapat beberapa perbezaan ketara antara merancang dan mereka. Merancang bermaksud, mengatur terlebih dahulu,

mempersiapkan atau merencanakan. Manakala mereka bermaksud menyusun atau memasang (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, pp. 1280-1305).

Terdapat perbezaan yang ketara antara merancang dan mereka. Mudahnya bahan pengajaran yang telah dirancang iaitu Analyze perlulah melalui proses mereka pula atau Design serta melalui pula proses yang lain seperti model ADDIE iaitu Develop, Implement dan Evaluate. Di Malaysia guru-guru secara keseluruhannya juga masih belum mengenali penggunaan rekabentuk instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya mereka hanya mengenali kaedah-kaedah pengajaran dan teori-teori pembelajaran sahaja. Ertinya guru-guru berkemungkinan hanya mengajar berdasarkan Analyze, Implement dan Evaluate sahaja dan tertinggal dari aspek Design dan Develop. Faktor inilah yang menyebabkan pelajar
11

menjadi bosan semasa sesi pembelajaran walaupun menggunakan sokongan bahan multimedia. Jika guru memahami kelebihan rekabentuk instruksional, guru-guru akan menggunakan model-model yang ada di dalam rekabentuk instruksional dalam menghasilkan bahan pengajaran. Hasil pembelajaran menggunakan rekabentuk instruksional mungkin akan lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran tradisional. Buktinya keberkesanan hasil kajian yang telah dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan.

Penggunaan rekabentuk instruksional model ADDIE dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Kajian oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia telah dapat membuktikan terdapat perbezaan dari segi minat dan motivasi pelajar apabila menggunakan multimedia interaktif yang direkabentuk menggunakan model ADDIE berbanding kaedah kuliah. Sebenarnya Goal Programming yang digunakan bagi mengajar Matematik S bagi pelajar Tingkatan 6 telah mempunyai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik (Baharuddin Aris, et al., p. 87). Tetapi hasil kajian tetap mendapati, pelajar yang mempelajari Matematik S menggunakan Goal Programming serta dibantu dengan multimedia interaktif yang direkabentuk menggunakan model ADDIE mendapat pilihan pelajar yang lebih tinggi berbanding mempelajari Matematik S menggunakan Goal Programming secara kaedah kuliah.

12

Aplikasi Model Addie

Fasa
Analisis Persekitaran pembelajaran Objektif

Tindakan Guru
Menyediakan kelas yang kondusif.

Objektif TMK: Murid dapat mengoperasikan internet, dan menggunakan Power Point. Struktur Rangkaian Pendekatan eklektif

Reka Bentuk Struktur dan pendekatan pengajaran Pembangunan Memuatkan alamat tapak ke dalam folder Pelaksanaan Pengajaran

Disediakan dalam bentuk alamat internet

Murid melakukan aktiviti dengan menggunakan perisian power point dan enjin pencarian: Yahoo, Google Pelajar seronok belajar Visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, muzik, natural Kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar Objektif pengajaran dicapai dan objektif TMK juga dapat dicapai
13

Keseronokan belajar Penilaian KP KBT

Objektif

Kesimpulan

Guru-guru di Malaysia telah mengenali kaedah-kaedah pengajaran serta teori-teori pembelajaran, tetapi yang menjadi persoalan di sini adakah guru-guru di Malaysia telah mengenali rekabentuk instruksional? Telah dibincangkan diperingkat awal,

sememangnya terdapat perbezaan antara kaedah pengajaran dan rekabentuk instruksional. Melalui rekabentuk instruksional guru-guru dapat membuat asimilasi beberapa kaedah-kaedah pengajaran yang telah dianalisis mengikut kehendak pelajar. Seterusnya guru-guru akan membuat rekabentuk kaedah pengajaran yang telah diasimilasi dan membangunkannya menjadi kaedah yang khusus, misalnya untuk topik tertentu. Kaedah baru yang telah direkabentuk dan dibangunkan itu kemudian akan melalui proses implimentasi dan penilaian supaya menjadi lebih berkesan untuk mencapai objektif yang dikehendaki. Penggunaan model ADDIE dalam rekabentuk instruksional sebenarnya dapat membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik berbanding kaedah pengajaran tradisional. Model ADDIE bukan sahaja mudah untuk difahami, malahan mudah untuk diamalkan oleh guru dan pelajar. Cadangan saya, rekabentuk instruksional dan penggunaan model ADDIE ini amat wajar diperkenalkan kepada guru-guru di Malaysia sebagai asas kepada guru-guru mengenali dunia rekabentuk instruksional.

14