You are on page 1of 2

Sukatan Pelajaran: 2.3.7 Mencantumkan kad cantuman mengikut gambar.

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: Menampal dan mencantumkan kad gambar. Objektif: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; 1. Meningkatkan kreativiti. 2. Melakukan pergerakan motor halus. 3. Mencantumkan kad gambar. Kemahiran Sedia Ada: 1. Murid boleh memegang objek. 2. Kenal warna. 3. Kenal haiwan peliharaan. Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 1. Guru memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan. 2. Murid dikehendaki mencantumkan kad-kad membentuk binatang yang telah dilihat pada awal kelas.(kucing) 3. Diulangi mencantum untuk membentuk arnab dan ikan. 4. Selesai mencantum, kad-kad akan di gam pada kertas. Bahan Bantu Mengajar: Kad cantuman gambar ikan, gambar binatang, gam dan kertas.

Set induksi Deskripsi: 1. Guru tunjuk beberapa keping gambar binatang untuk menarik perhatian murid. 2. Guru bertanya soalan-soalan berikut kepada murid; a) "Ini gambar apa?". b) "Apakah warna binatang ini?". c) "Pernahkah kamu melihat binatang ini?". 3. Murid memberikan jawapan-jawapan seperti berikut; a) "Ikan, kucing dan arnab". b) "Kuning, hitam dan putih". c) "Pernah". Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada

Guru meminta murid yang ada ikan, kucing atau arnab peliharaan di rumah supaya mengangkat tangan. Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid 1. Guru menunjukkan gambar yang telah siap dicantum. 2. Guru memberitahu murid hari ini mereka akan mencantum gambar seperti contoh gambar yang guru tunjukkan tadi.
Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid

1. Guru mendemontrasi cara mencantumkan kad gambar. 2. Guru memberikan penerangan langkah demi langkah cara untuk mencantumkan kad gambar. 3. Guru mengedarkan kad cantuman pelbagai saiz kepada setiap murid. Langkah Kedua 1. Murid dikehendaki memadankan kad cantuman mengikut gambar. 2. Guru membimbing pelajar melakukan aktiviti tersebut. 3. Murid menyusun kad cantuman sehingga membentuk gambar ikan, arnab dan kucing mengikut kad gambar masing-masing. Langkah Ketiga 1. Guru mengedarkan peralatan atau bahan yang digunakan seperti gam dan kertas. 2. Murid menampalkan kad cantuman pada sekeping kertas. 3. Murid yang dapat siap dengan cepat akan dikira sebagai pemenang.

You might also like