You are on page 1of 2

Resepi Chocolate cheese layer cake (Kek Coklat Lapis Cheese)

(rizalia@http://www.myresipi.com/top/detail/8831) 7" x 10" square pan (ku buat separuh adunan, guna springform pan 8" yang tinggi 3")

Bahan: Lapisan coklat: 1 1/2 cwn gula halus (ku kurangkan) 125g butter 2 biji telur (grade c~berat utk 2 biji sekitar 80~95gram) 1/2 cwn serbuk coklat/koko (van houten) + 1/2 cwn air panas (bagi larut) 3/4 cwn susu coklat (ku guna susu tepung + air masak) 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sd teh soda bikarbonat + 1 sd teh serbuk penaik (ayak bersama) 1 sd teh esen vanilla

Lapisan cheese: 375 g cream cheese (ku guna 190g) 100 g gula halus (ku guna 50g) 1/2 cwn tepung gandum (ku guna 1/4C) 2 biji telur (grade C juga ye (ku guna 1 gred C) 50ml air biasa (ku guna 25ml) Cara:
1. Lapisan coklat: Pukul butter dgn gula sampai gula larut dan kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga betul-betul sebati. Masukkan pula campuran coklat (yang dah siap bancuh dgn air panas tu). Masukkan pula susu coklat, diselang-selikan dengan campuran tepung+soda bikarbonat+serbuk penaik dan esen. Gaul rata. 2. Ambik 2 sudu besar adunan kek dan masuk dlm piping bag (untuk buat corak2 atas cheese). 3. Sediakan loyang yang bersaiz 7 inci x 10 inci yg berbentuk segi empat tepat. Kalau sape2 ade loyang yg mmg utk cheese cake lagi bagus. Senang nak bawa keluar nanti.

4. 5.

6.

7.

8.

Panaskan oven suhu 170 darjah celcius selama 5 minit. Bakar pula adunan kek coklat tu selama 12 hingga 15 minit. Lapisan cheese: Sementara tunggu kek masak, pukul cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan pula tepung dan gaul rata. Akhir sekali masukkan air. Bila adunan kek coklat dah siap 15 minit, masukkan pula adunan cheese tadi ke atasnya. Paipkan pula 2 sudu adunan kek coklat tadi. Corakkan kek ikut kreativiti anda (paipkan lurus2, pastu ambik lidi gariskan je). Bakar dengan cara bain-marie/water bath iaitu dengan meletakkan loyang tersebut dalam loyang yang lebih besar dan diisi air panas setinggi hampir separuh loyang kek (saya skip step ini sebab malas. Tekstur masih ok cuma mungkin a bit drier around the edges of the cake). Jgn lupa tutup loyang kek dgn aluminium foil sebab nak bagi permukaan kek yg cantik (saya tak buat). Bakar pula selama 40 minit(saya kurangkan suhu about 160C for 35-40min). Bila dah siap bakar, biarkan aje kek sejuk sendiri dalam oven. Kalau buat malam, esok pagi simpan speti sejuk, malam tu boleh le makan sebab rasa cheese lebih enak disimpan (kek saya dah sejuk je terus simpan dalam peti sejuk, malam tu juga makan).