You are on page 1of 27

PENGURUSAN MASA

TIME MANAGEMENT
Hasbullah Hj Abu Kassim KAUNSELOR SMK Taman Melati, Setapak, KL cikgulah@yahoo.com

ADAP DAN SYARAT MENUNTUT ILMU


Mengelakkan gangguan dalaman mahupun luaran. Menghormati mereka yang menyampaikan ilmu. Merasa rendah diri pada ilmu. Menuntut ilmu harus daripada asasnya. Bersih daripada segala kemungkaran. Jangan tinggalkan pelajaran yang kurang diminati.

TANYA SAMA POKOK


Tanya sama pokok apa sebab goyang Nanti jawab pokok angin yang kencang Tanya sama angin apa sebab kencang Nanti jawab angin tanyalah awan Awan nanti kata aku kandung air Sampai tempat redup aku pun cair Lihat dalam air nampak bayang-bayang Campak satu batu bayang pun hilang

WAWASAN DIRI
WAWASAN / IMPIAN KENYATAAN NIAT / AZAM HALANGAN STRATEGI DIRI PERLAKSANAAN TEKNIK KEMAHIRAN Mengingat Mengambil Nota Konsentrasi Pengurusan Masa KEJAYAAN

TAKRIF PENGURUSAN MASA

Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan sesama mereka tentang kebenaran dan berpesan tentang kesabaran
(Surah Al Asr)

Time management means taking to make time so you can get more done and have freedom to do more of the thing you want
(IECC News Your Career Our Concern. Vol 2. No. 6. Nov 1996)

MASA : KUANTITI DAN KUALITI

Masa: 365 Hari 7 Hari 24 Jam 60 Minit

= = = =

1 Tahun 1 Minggu 1 Hari 1 Jam

Ada yang mengatakan tidak cukup masa atau berlebih masa. Kuantiti masa adalah sama banyak bagi semua orang tetapi penggunaan masa yang produktif dan berkualiti yang akan menjamin kecemerlangan.

PERANGKAP MASA

Anda seolah-olah dikurung atau diikat oleh situasi tertentu yang menghalang anda dari melakukan apa yang ingin dilaksanakan. Anda tidak berjaya melepaskan atau meleraikan diri daripada ikatan tersebut. ANDA DIKATAKAN BERADA DALAM PERANGKAP MASA.

DUA faktor yang membawa anda dalam perangkap masa iaitu Faktor Dalaman dan Faktor Luaran.

PERANGKAP MASA
Faktor Luaran

Faktor Dalaman

Kehadiran Tetamu Panggilan Telefon Pengaruh Televisyen Komunikasi Lemah Pengaruh Rakan Wujud Krisis

Tiada Keutamaan Kerja Penangguhan Kerja Tidak Asertif Bersikap Simpati Menghadapi Tekanan

TEKNIK MENGURUS MASA

KUIZ KENDIRI : BAGAIMANA ANDA MENGURUS MASA


1.

2.

Adakah anda menulis senarai apa yang akan dilaksanakan setiap hari. Adakah sesuatu tugas penting dilaksanakan sebagai perkara pertama.

TIPS MENGURUS MASA

Mencapai matlamat yang khusus dengan melakukan PERANCANGAN harian, mingguan, bulanan atau tahunan secara bertulis. Melaksanakan tugas atau aktiviti harian berdasar KEUTAMAAN untuk mencapai matlamat mingguan yang telah ditetapkan. A - Keutamaan Tertinggi (Laksana segera). B - Keutamaan Sederhana (Mesti dilaksana tetapi boleh ditunda atau diagihkan). C - Tidak penting (Boleh ditangguh atau dilupakan).

JANGAN BERTANGGUH dan laksanakan segera. Pastikan keutamaan sebelum melaksanakan tugas.
Belajar KATAKAN TIDAK untuk menolak permintaan daripada orang lain yang mengganggu perancangan atau tugas anda. KAWAL PANGGILAN TELEFON dengan 1. Merancang untuk membuat panggilan. 2. Mengawal masa bercakap selama 3 minit. 3. Menapis panggilan telefon. Menolak aktiviti yang melekakan dan TIDAK PRODUKTIF.

Pastikan semuanya sentiasa TERURUS dan TERANCANG. 1. Mencatat perkara yang perlu dilaksanakan, temujanji, idea, nombor telefon atau perkara penting dalam buku kecil. 2. Merancang perkara yang akan dilaksanakan esok pada hari ini.
Melaksanakan 2/3 perkara SERENTAK untuk menjimatkan masa. 1. Mengumpul beberapa soalan atau tugasan dan kemudian berjumpa guru untuk diselesaikan.

MENGAGIHKAN kerja-kerja rutin kepada orang lain.

MENGOPTIMAKAN PENGGUNAAN MASA senggang seperti semasa menunggu bas, masa rehat atau pertukaran kelas.

Menyelesaikan tugas yang sukar semasa anda dalam keadaan yang SEGAR DAN BERSEMANGAT.
MEMECAHKAN TUGAS BESAR kepada komponen-komponen kecil agar lebih mudah dilaksanakan. HORMATI MASA dengan menjadikan pengurusan masa anda sebagai satu habit atau rutin harian.

KECERDASAN TUBUH DAN MINDA


PRESTASI

Paling Cergas

Cergas selepas rehat Cergas selepas rehat

Rehat Masa Letih

TANPA REHAT
MASA

MATRIKS PENGURUSAN MASA


SEGERA
Solat Tugas

TIDAK SEGERA

PENTING

sekolah (Hantar esok)

Riadah Tugas sekolah (Hantar 2 Minggu) Ulangkaji Makan / Minum / Tidur


Menonton

Urusan

TIDAK PENTING

pengkebumian Perancangan Jangka Panjang

Televisyen Memancing

Tugasan MATRIKS

Membuat nota yang akan dibentang dalam study group pada 06.02.03 jam 3.00 Petang di kelas. Hantar tugasan biologi pada 29.01.03. Kamal nak belanja makan petang esok. Bayar duit yuran khas. Guru kelas nak jumpa jam 12.30. Beli liquid paper dan calculator kat Seremban dengan Siti. Emak nak jemput kat sekolah jam 4.30 petang 29.01.03. Siapkan kertas kerja bagi program Lawatan ke Langkawi pada cuti sekolah bulan Mei. Ulangkaji bab 1 dan 2 bagi subjek Prinsip Akaun untuk ujian bulanan pada 19.02.03. Mesyuarat Kadet Remaja Sekolah 08.02.03 jam 2.00 Petang.

PERANCANGAN HARIAN

06.00 07.00 08.00 09.00 10.00. 11.00. 12.00. 01.00. 02.00. 03.00. 04.00. 05.00. 06.00.

07.00.. 08.00.. 09.00.. 10.00.. 11.00.. 12.00..

PERANCANGAN MINGGUAN
ISNIN .. KHAMIS . . . AHAD . . . SELASA JUMAAT . . . RABU . . . SABTU .. .. ..

PERANCANGAN BULANAN
MINGGU 1 .. . . . . MINGGU 3 .. . . . . MINGGU 2 .. . . . . MINGGU 4 .. . . . .

KES : TETAMU TIDAK DIUNDANG

Semua orang kenal anda kerana anda seorang yang peramah dan sentiasa membantu orang lain. Tidak lama lagi anda akan menghadapi peperiksaan dan disamping itu anda perlu menyiapkan 3 tugasan yang diberikan oleh guru. Dalam kesibukan anda, tanpa diduga seorang teman rapat anda datang mengunjungi anda. Apakah reaksi anda?. Adakah anda akan melayaninya atau meneruskan kerja anda.

KES : TELEFON

Peperiksaan penggal hanya tinggal dua hari sahaja. Anda kesuntukan masa kerana terlalu banyak yang hendak dibaca tetapi ke semua bahan bacaan begitu sukar difahami. Teringat anda pada seorang rakan sekelas yang sentiasa mendapat pencapaian baik dalam semua mata pelajaran. Anda inginkan pandangan dan nasihat serta cara dia membuat ulangkaji. Anda menelefonnya tetapi belum sempat anda bertanya, rakan anda meluahkan perasaan sedihnya. Kembimbangan anda semakin memuncak kerana tidak dapat menghentikan perbualan telefon tersebut dan anda kini terperangkap dengan masa perbualan hampir satu jam. Apakah yang anda harus lakukan?.

CERITA APA HARI INI

Anda sedang mengulangkaji pelajaran dan anda berehat sebentar untuk minum air di dapur. Ketika itu anda mendengar GOLLL. Anda ke ruang tamu untuk melihat apa yang berlaku. Rupa-rupanya ia adalah perlawanan bola sepak Liga English. Pada mulanya anda tidak berhasrat untuk bersama-sama menonton tetapi perlawanan sengit antara Manchester United dan Liverpool menimbulkan minat anda untuk mengikutinya hingga akhir. Tanpa disedari anda telah menghabiskan 2 Jam menonton televisyen. Bagaimana dengan menanti anda?. tugasan yang sedia

KES : MEMENDAM RASA

Seperti biasa setiap malam, bilik anda bising dengan bunyi radio yang kuat. Bunyi itu jelas kedengaran kerana suasana malam yang sunyi. Bunyi itu datangnya dari radio rakan sebilik anda. Ia amat mengganggu ketenangan anda. Malam itu, anda berhasrat untuk tidur awal kerana esok ada ujian bulanan. Akibatnya anda tidak dapat melelapkan mata. Anda berasa marah, geram kerana rakan anda mementingkan diri sendiri. Apa yang perlu anda dilakukan.

KAEDAH MENANGANI

Kes : Tetamu Tidak Diundang


1. Mencari tempat sesuai tanpa gangguan. 2. Meletak notis di bilik.

Kes : Cerita Apa Hari Ini


1. Tentukan secara khusus rancangan yang ingin anda lihat. Berada ketika rancangan tersebut disiarkan. 2. Bangun dari tempat duduk sebelum rancangan lain bermula. 3. Jauhkan diri dari lokasi televisyen.

ANDA DAN MASA

Gunakanlah lima sebelum tibanya yang lima iaitu 1. Masa mudamu sebelum tuamu. 2. Masa sihatmu sebelum sakitmu. 3. Masa kayamu sebelum miskinmu. 4. Masa kelapanganmu sebelum sibukmu. 5. Masa hidupmu sebelum matimu.

SEKIAN TERIMA KASIH


BARANG SIAPA YANG INGIN HIDUPNYA SELAMAT DAN BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT MAKA WAJIBLAH DENGAN ILMU
HADITH RIWAYAT MUSLIM