You are on page 1of 16

PRINSIP-PRINSIP PEMBINAAN ITEM UJIAN

AHMAD MUHAIMIN SARAH ZAKARIA RAJA NOR SURIATI

KESAHAN
Membawa maksud sejauh mana sesuatu alat pengukuran berguna untuk membuat keputusan yang relevan. Ia membawa maksud keberkesanan alat ujian mengukur apa yang telah dipelajari.

a)Kesahan kandungan (kesahan isi) Sesuatu ujian dianggap mempunyai kesahan isi yang tinggi apabila ia menguji apa yang telah dipelajari.

Oleh itu untuk memastikan sesuatu ujian itu mempunyai kesahan isi yang tinggi, maka seseorang guru hendaklah membina ujian berdasarkan: Kurikulum yang telah ditentukan Kandungan sukatan pelajaran Apa yang telah dipelajari Jadual Penentuan Ujian Tahap pelajaran yang telah diajar Kefahaman murid Objektif mata pelajaran Perimbangan antara markah yang diberi dengan isi kandungan mata pelajaran dan masa yang diperuntukkan Bilangan item dengan masa ujian

b) Kesahan kriteria - Serentak Bermaksud dua ujian yang berlainan tetapi mempunyai aras kesukaran yang sama. - Ramalan Bermaksud ketepatan ujian itu meramal kebolehan sebenar dalam ujian sebenar pada masa akan datang. Terdapat koefisien korelasi yang tinggi antara ujian ramalan dengan ujian yang sebenar.

Kesahan gagasan - Dikaitkan dengan kebolehan sesuatu ujian itu menguji gagasan, idea, teori dan hipotesis yang dikemukakan. Untuk menentukan kesahan gagasan ini, kita boleh menggunakan teknik pemerhatian, soal selidik, temubual dan eksperimen.

Kesahan muka Merupakan kesahan luaran sesuatu ujian Sesuatu ujian dianggap mempunyai kesahan muka yang tinggi apabila disediakan dengan teliti dan tahap profesionalisme yang tinggi dengan tidak ada kesalahan ejaan, arahan yang jelas, tidak tersilap cetak, tulisan yang terang, bahasa yang jelas dan sebagainya.

KEBOLEHPERCAYAAN
Ia didefinisikan sebagai sejauh manakah ujian itu dapat mengukur dengan tepat apa yang hendak diukur. Ujian yang boleh dipercayai akan memberi markah yang sama apabila menguji kebolehan murid yang sama.

Faktor Kebolehpercayaan
i.Faktor ujian Ujian objektif lebih tinggi kebolehpercayaan daripada ujian subjektif ii.Faktor murid/guru Jika murid mengambil ujian sambil lewa, kita tidak akan dapat mengukur kebolehpercayaan ujian itu secara tepat.

iii.Pentadbiran ujian Jika arahan tidak jelas, masa tidak cukup, penyelia panas baran, maka ujian yangdijalankan itu diragui kebolehpercayaannya atau mungkin tidak ada kebolehpercayaan langsung. iv.Persekitaran Suasana bilik yang panas, kurang cahaya, berdebu dan sebagainya mungkin mempengaruhi kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dijalankan

v. Pemarkahan Biasanya soalan-soalan subjektif akan diberi markah yang berbeza antara seorang pemeriksa dengan seorang pemeriksa yang lain. Jika ini berlaku, maka kebolehpercayaan ujian itu diragui. Ukuran kebolehpercayaan dilakukan dengan: a)Uji-Ulang Ujian (Test-Retest Method) Ujian yang sama dikendalikan dua kali pada masa yang berlainan kepada kumpulan murid atau pelajaryang sama

b)Ujian Setara Dua - ujian yang dibina dan ditadbir dalam bentuk yang sama. c)Ujian Bahagi Dua - menguji dua bahagian yang sama bagi sesuatu ujian

KEOBJEKTIFAN
Merujuk kepada perihal pemeriksa menilai atau membuat interpretasi kepada sesuatu ujian itu.

KEBOLEHTADBIRAN
Membawa maksud cara sesuatu ujian itu dijalankan atau ditadbir.

KEBOLEHTAFSIRAN
Bermaksud mudah atau payah sesuatuujian itu dianalisis dari aspek: a)Boleh atau membandingkan antara seseorang individu dengan individu yang lain atau satu objek dengan objek yang lain b)Keputusan peperiksaan (antara satu peperiksaan dengan satu peperiksaan yang lain)

c) Perbandingan antara satu konsep, prosedur dengan konsep dan prosedur yang lain d)Menilai punca kelemahan