You are on page 1of 4

Pengenalan Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran murid berasaskan kepada

teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif salam dunia teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid dipupuk dengan sikap kerja yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha mereka. Ia ditawarkan kepada semua murid yang berada dalam darjah 4 hingga darjah 6 diperingkat sekolah rendah. Latar Belakang Masalah Mata pelajaran Kemahiran hidup Bersepadu (KHB) bermatlamat untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan ekonomi yang sentiasa berubah untuk kehidupan seharian. Modul-modul kerja kursus KHB yang perlu dilaksanakan oleh semua murid menjadi alat pengukuran dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh itu boleh disimpulkan bahawa PBS merupakan satu lagi cabangan yang membolehkan murid ditaksir menggunakan pengukur-pengukur yang disediakan sejajar dengan matlamat setiap mata pelajaran. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan sepenuhnya oleh guruguru mata pelajaran. Pecahan permarkahan ialah dalam bentuk 60 peratus dan 40 peratus di mana peruntukkan markah 60 peratus diperolehi melalui peperiksaan dan 40 peratus lagi diperolehi melalui PBS. Persoalan yang timbul ialah bagaimana penentuan 40 peratus tersebut ditentukan oleh guru-guru mata pelajaran. Ini adalah memandangkan tiada instrumen penilaian ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi peringkat PBS sekolah rendah. Bagi mengatasi masalah ini banyak pihak terutamanya Pihak Pejabat Pelajaran Daerah melalui unit mata pelajaran berusaha mengatasi masalah ini. Pada tahun 2011, Pihak Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar/Pudu (PPW Bangsar Pudu) yang diketuai oleh Che Hamidah binti ............. telah mengadakan perbincangan bersama dengan Penulis buku Kemahiran Hidup iaitu Puan Faizah binti Ismail, Guru cemerlang Kemahiran Hidup iaitu Encik Zainol Alam bin..... dan guru-guru sumber peringkat PPWP Bangsar Pudu. Hasilnya, terbentuklah borang pentaksiran kerja kursus (PKK) yang dicadangan akan digunakan oleh semua guru mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam menentukan markah pentaksiran kerja kursus (dijangkakan akan mula digunakan pada tahun 2012).

Berdasarkan borang pentaksiran kerja kursus tersebutlah, maka saya telah mengambil inisiatif dalam menentukan cara menilai kemahiran pelajar sewaktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan supaya ia sejajar dengan PKK. Kaedah penilaian kemahiran pelajar akan ditentukan melalui kaedah penyoalan dan menjawabnya di atas lembaran kerja bagi kemahiran berbentuk pengetahuan dan kaedah pemerhatian akan digunakan bagi kemahiran berbentuk praktikal atau amali. Kaedah pemerhatian untuk kemahiran berbentuk amali akan dibuat secara penilaian berkumpulan manakala bagi kaedah penyoalan pula, penilaian kemahiran adalah dibuat secara individu. Kaedah Pemerhatian (Penilaian Kumpulan) Penilaian kemahiran pelajar melalui kaedah pemerhatian yang dibuat ke atas setiap kumpulan akan menggunakan borang Penilaian Kumpulan. Bagi penilaian ini 3 aspek utama adalah diambil kira dalam menentukan tahap kemahiran yang diperolehi. Aspek-aspek tersebut adalah : i. Aspek alatan dan bahan Melalui aspek ini kumpulan murid akan dinilai melalui cara mereka memilih alatan perkebunan yang akan digunakan semasa melaksanakan sesuatu kerja. Sebagai contoh murid menggunakan sudip untuk memasukkan medium semaian ke dalam pasu maka kumpulan mereka akan ditandakan baik (3 markah diperolehi) untuk aspek ini. Perkara seterusya dalam aspek ini yang dinilai ialah dari sudut pelaksanaan langkah kerja. Sebagai contoh murid terlebih dahulu menyiapkan pasu sebelum medium semaian disediakan maka kumpulan ini akan ditandakan sebagai kurang memuaskan (1 markah). Perkara lain yang terkandung dalam aspek ini lagi ialah dari segi keselamatan dan displin alatan di mana walaupun mereka tidak melaksanakan kerja di dalam bengkel (dilaksanakan di tapak semaian) namun langkah-langkah keselamatan adalah masih perlu diikuti. Aktiviti bergurau senda terutama sekali yang melibatkan penggunaan alatan adalah dilarang sama sekali. Kegagalan murid dalam mematuhi hal ini boleh menyebabkan markah kurang memuaskan diberikan untuk semua perkara dalam aspek alatan dan bahan. Penyimpanan kembali peralatan dan bahan juga turut diambil kira dalam pemberian markah. Untuk mendapatkan markah baik, alatan bukan sahaja perlu disimpan di tempat yang di tetapkan tetapi juga perlu disusun dengan baik. Aspek hasil kerja Hasil kerja yang disiapkan oleh murid perlulah bertepatan dengan kehendak masa yang telah ditetapkan. Selaian daripada itu kekemasan dan kebersihan hasil kerja murid juga dinilai. Mana-mana kumpulan yang gagal menyiapkan semua tugasan yang diberi adalah dianggap sebagai kurang memuaskan. Walaubagaimana pun bagi kumpulan murid yang berjaya menyiapkan separuh daripada tugasan yang telah diberikan, maka markah memuaskan akan diberi. Kegagalan mereka dalam menjaga kebersihan markah juga boleh menyebabkan kumpulan murid tersebut diberikan markah kurang memuaskan.

ii.

Markah baik hanya akan diberikan bagi perkara kebersihan apabila murid mengemaskan tempat penanaman dan membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan. iii. Aspek kerjasama kumpulan. Memandangkan mata pelajaran Kemahiran Hidup cukup menekankan kerjasama antara murid dalam pelaksanaan kerja dan tugasan maka perkara ini juga tidak dikecuali semasa penilaian kumpulan dibuat. Hubungan sesama ahli akan dinilai oleh guru sebelum, semasa dan selepas tugasan dilakukan. Ini bermaksud guru akan melihat sama ada kerja tersebut dibuat secara bersama atau sebaliknya. Perkongsian idea dan pendapat dikalangan ahli kumpulan adalah menjadi tunjang utama dalam penilaian dalam aspek ini. Guru akan memastikan tidak wujudnya sleeping partner dalam kumpulan. Sekiranya hal ini berlaku maka kumpulan tersebut akan ditandakan kurang memuaskan untuk semua perkara dalam aspek kerjasama kumpulan.

Penilaian berbentuk kaedah ini adalah berlandaskan kepada perkongsian markah iaitu markah akhir yang diperolehi adalah dikongsi secara sama rata untuk setiap ahli kumpulan. Sebanyak 30 markah diperuntukkan untuk penilaian kumpulan ini. Kumpulan murid akan dianggap menguasai kemahiran amali yang di ajar apabila memperolehi markah 70 peratus dan ke atas. Sekiranya terdapat kumpulan murid yang memperoleh markah 69 peratus dan ke bawah ini bermakna murid gagal menguasai kemahiran amali yang telah diajar dan secara tidak langsung objektif pembelajaran yang hendak dicapai oleh guru juga turut gagal. Pengiraan adalah sebagaimana contoh. Markah yang telah diperolehi oleh kumpulan berdasarkan borang Penilaian Kumpulan adalah 20 markah. (20/30) x 100 = 66.67 @ 67% Kaedah Penyoalan Kaedah ini lebih menekankan kepada kemahiran yang diperolehi oleh seseorang individu murid dan ianya dilakukan di atas lembaran kerja sebagai bukti perolehan kemahiran.. Walaupun kebanyakan guru menggunakan kaedah ini selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan namun saya memilih untuk menggunakan kaedah ini semasa p&p dilangsungkan. Alasannya adalah mudah di mana sekiranya murid berjaya dikesan awal kegagalan menguasai kemahiran yang diperlukan, pengulangan aktiviti p&p tersebut boleh dilaksanakan segera atau dilangsungkan terus pada masa itu. Di dalam kaedah ini aktiviti penyoalan dilakukan dalam 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Di dalam bahagian A, murid ditanyakan 3 soalan ringkas yang mana pilihan jawapan telah diberikan untuk ditandakan. Soalan akan dikemukan semasa proses p&p dilangsungkan iaitu soalan tersebut akan ditayangkan pada paparan power point. Murid dikehendaki menjawab Keputusan kumpulan : (Gagal)

soalan tersebut pada waktu itu mengikut pilihan masing-masing. Sebaik selesai menjawab kesemua soalan, kertas jawapan akan ditukar di antara sesama murid untuk disemak. Guru akan menayangkan kembali paparan soalan dan jawapan akan diberikan. Murid akan menyemak jawapan sesama mereka dan menandakannya. Pengiraan markah akan terus dibuat. Untuk soalan bahagian A ini, murid adalah sama sekali tidak dibenarkan melakukan kesalahan jawapan. Sekiranya ada, guru perlu secara terus menekankan kembali (pengulangan) kemahiran yang hendak diajar. Di dalam bahagian B, murid diberikan 12 soalan yang tidak mengandungi pilihan jawapan. Walaubagaimana pun, bagi mendapatkan gambaran jawapan, murid dibenarkan menjawab sewaktu aktiviti amali dilakukan. Untuk bahagian ini murid adalah tidak dibenarkan memperoleh salah lebih daripada 5 soalan. Ini bermakna untuk lulus kemahiran atau pengetahuan yang ditanya, murid perlu memperolehi sekurang-kurangnya 7 soalan betul. Ini adalah selaras sebagaimana dengan kehendak objektif pembelajaran yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pengajaran Harian.