You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA (2) LOT 21570, JALAN GENTING KLANG 53300 KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN KALI KEEMPAT 2012 TARIKH : 31 OKTOBER 2011 HARI : RABU MASA : 1.00 TENGAH HARI TEMPAT : BILIK MESYUARAT DANAU GEMILANG KEHADIRAN: 1. PUAN OOI BENG CHOO (GPK TADBIR & KURIKULUM) 2. EN.NOR SALMI B. LUDIN (KETUA PANITIA) 3. CIK NUR FADZLINA BT. KHAIRUDDIN (SETIAUSAHA PANITIA) 4. PN.SITI ASMA BT. MOHAMAD NOR (GURU PENOLONG) AGENDA MESYUARAT: 1. UCAPAN ALUAN GPK TADBIR & KURIKULUM 2. UCAPAN KETUA PANITIA 3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 4. PERKARA BERBANGKIT 5. PENGURUSAN PANITIA 6. HAL-HAL LAIN 7. UCAPAN PENANGGUHAN 1. UCAPAN ALUAN PENOLONG KANAN TADBIR & KURIKULUM 1.1 Puan Ooi Beng Choo, GPK Tadbir & Kurikulum mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat panitia pada kali ini. 1.2 Beliau berharap agar semua ahli panitia memberi tumpuan kepada agenda panitia dan mengingatkan Ketua Panitia supaya memastikan fail panitia sentiasa dikemaskinikan. 2. UCAPAN KETUA PANITIA 2.1 En. Nor Salmi B. Ludin selaku pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih di atas kehadiran Pn. Ooi Beng Choo dan semua guru ke mesyuarat panitia pada kali ini. 2.2 Beliau berharap agar semua guru dapat bekerjasama dalam memastikan pengurusan panitia Sivik & Kewarganegaraan dapat dilaksanakan dengan baik bagi memastikan semuanya lengkap pada akhir tahun ini.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Dicadang sah oleh : Cik Nur Fadzlina Bt. Khairuddin Disokong sah oleh : Pn.Siti Asma Bt. Mohamad Nor

4. PERKARA BERBANGKIT 4.1 Ketua Panitia memaklumkan wang PCG telah digunakan untuk pembelian hadiah bagi bulan panitia dan pembelian bendera. Selain itu, wang PCG panitia juga telah digunakan untuk kegunaan bidang lain yang dirasakan releven dan berkaitan dengan panitia sebagai bantuan. 5. AGENDA 5.1 Pengurusan Panitia 5.1.1 Ketua Panitia mengingatkan panitia supaya fail panitia sentiasa dikemaskinikan. Minit mesyuarat, kertas kerja, dokumentasi dan perbelanjaan 2012 perlu ada di dalam fail panitia. (Tindakan: Ketua Panitia & Setiausaha Panitia) 5.1.2 Semua rancangan pelajaran tahunan, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku-buku rujukan dan buku kerja perlulah dipulangkan oleh semua guru sebelum cuti sekolah pada bulan November. (Tindakan: Semua guru) 5.2 Perancangan 2013 5.2.1 Antara program-program yang telah dirancang bagi tahun 2013 ialah: (i) Ceramah Keteladanan (ii) Lawatan sambil belajar 5.3 Belanjawan 5.3.1 Perbelanjaan 2013 Bil Perkara 1 Bulan Panitia 2 Bahan Bantu Mengajar 3 Ceramah 5.3.2 Peruntukan RM 900 RM 300 RM 150

Perbelanjaan 2012 PCG panitia ditambah sebanyak RM603.60 lagi pada 14 September 2012 dan sehingga bulan Oktober baki PCG berjumlah RM560.30.

5.4 Senarai Buku Kerja & Buku Latihan 2013 5.4.1 Buku kerja yang telah dipilih bagi matapelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan untuk tahun 4, 5 dan 6 ialah buku rampaian terbitan Info Didik. Manakala bagi buku latihan pula, telah ditetapkan untuk semua murid menyediakan 1 buku latihan iaitu buku nombor 2. 6. HAL-HAL LAIN 6.1 Pn.Ooi Beng Choo mengingatkan semua guru agar melakukan tugas dengan sistematik dan cekap supaya tiada kerja yang tertangguh bagi memudahkan proses penyerahan tugas pada akhir tahun ini.

7. UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 Pengerusi berharap agar semua guru dapat melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan baik agar pengurusan panitia berjalan dengan lancar. 7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 tengah hari.

Disediakan oleh, .
(NUR FADZLINA BT. KHAIRUDDIN)

Disemak dan disahkan oleh, ...


(EN. NOR SALMI B. LUDIN)

Setiausaha Panitia Pend.Sivik & Kewarganegaraan Sek. Keb. Danau Kota (2)

Ketua Panitia Pend.Sivik & Kewarganegaraan Sek. Keb Danau Kota (2)

Minit dicadang untuk disahkan oleh: ________________________________ Minit disokong untuk disahkan oleh: ________________________________ Tarikh: ______________________